Belanjawan Tunai
Standard Kandungan
12.3 Belanjawan Tunai
Standard Prestasi
TP1 Menerangkan tujuan dan kaedah kawalan tunai
TP2 Memberi contoh butiran penerimaan dan pembayaran.
TP3 Menyediakan Belanjawan Tunai dengan memasukkan baki awal, penerimaan dan pembayaran.
TP4 Mengenal pasti Lebihan atau Kurangan dalam Belanjawan Tunai
TP5 Menilai Lebihan atau Kurangan dan Baki akhir dengan menyediakan Belanjawan Tunai secara manual.
TP6 Menghasilkan Belanjawan Tunai menggunakan aplikasi TMK.
Cikgu,
Yang manakah antara item berikut tidak termasuk dalam belanjawan tunai?
Susut nilai
Hutang lapuk
PHR
Angkutan masuk
Angkutan keluar
Duti atas belian
Mika,
Mana2 item yang TIDAK melibatkan wang tunai keluar/bayar atau masuk/terima –> TIDAK MASUK dalam Belanjawan Tunai.
Maksudnya susut nilai, hutang lapuk dan PHR?
Mika..
Ya.. item2 tersebut tidak melibatkan wang keluar –> tidak memberi kesan kepada baki wang tunai ditangan.
Salam cikgu.. adakah baki tunai di tangan berbeza mengikut soalan?
Kalau pemilik membawa masuk modal tunai di bank RM400 —>pnerimaan modal
Kalau tunai di bank RM 400 —> baki b/b
Btul kn cikgu
Omey,
Ya..betul
Tq cikgu..
Jwpn buku teks m/s 103 btul x cikgu..
Omey,
Maaf, Cg belum buat lagi soalan tersebut.
Cikgu,
Dalam bab belanjawan tunai, bayaran balik pinjaman perlu diasingkan kepada ansuran pinjaman dan faedah pinjaman atau gabung sekali saja dalam bayaran balik pinjaman, begitu juga dengan pembelian alatan kedai perlukah diasingkan pendahuluan alatan kedai dan ansuran alatan kedai atau gabung sekali jadi alatan kedai?
terima kasih
Fatimah,
Kedua2 cara boleh digunakan… asingkan @ satukan sahaja… ikut mana2 yang lebih mudah berdasarkan pernyataan maklumat dalam soalan tersebut.
Salam
Baki tunai, baki bank, baki perabot kena total kan n masuk ke baki bb Ke?
Faedah atas pinjaman 5% setahun
seelama 4 tAhun?
Sha,
Baki tunai –> merujuk kepada wang yang ada ditangan @ dibank.
Katakan:
Tunai RM500
Bank RM1000
Perabot RM4000
Berapakah BAKI TUNAI yang ada ?
Belanjawan tunai merekod penerimaan dan pembayaran tunai… di mana faedah pinjaman –> pembayaran.
Cuma perlu kira berapakan bayaran pada SETIAP bulan.
Assalam cikgu, minta tolong cikgu, buku teks m/s 102 nom 4
JUN
Baki b/b 52110
Penerimaan
Sewa 10912
Modal tambahan 16000
Jumlah penerimaam 26912
Pembayaran
Upah 3600
Kadar Bayaran 520
Belanja Baiki kerusi meja 2000
Kenderaan ? ( adakan 30000 atau 60000 bagi 2 tahun)
Adakan belanjawan tunai JUN betul? Sebab saya masih tidak dapat jawapan seperti dinyatakan. Minta tolong cikgu terangkan pasal kenderaan.
Nur, waalaikumussalam.
Cuba semak : Sewa –>12672 , Upah –>3200 ,
Kederaan… bayaran pendahuluan 10000 –> April… ansuran 2500 –> Jun
Pada setiap awal suku tahun dan pada suku tahun Ada apa beza?
Goh,
Suku tahun –> 3 bulan.
Awal suku tahun –> bayaran/terima pada bulan pertama bagi 3 bulan tersebut.
Katakan sewa dibayar setiap AWAL suku tahun .. Jan, Feb, Mac –> bayaran untuk 3 bulan tersebut dibayar pada bulan JAN.
Manakala jika sewa dibayar setiap AKHIR suku tahun .. Jan, Feb, Mac –> bayaran untuk 3 bulan tersebut dibayar pada bulan MAC.
Cikgu,
Dalam belanjawan tunai, butir mesin fotostat nak tulis alatan pejabat atau mesin fotostat?
Terima kasih.
Fatimah,
Saya cadangkan Mesin Fotostat.
Cikgu ,kalau soalan tulis insurans dibayar pada setiap suku tahun ,
So kata soalan Ialah Jan feb Mac
Letak mana satu
Goh,
Jika tidak dinyatakan bila ianya dibayar awal @ akhir –> cuba kita fikir secara rasional… bila kita akan bayar awal @ akhir ?
Jika bayar akhir –> maksudnya bayaran akan sentiasa tertunggak untuk 2 bulan.
Maka secara rasionalnya kita akan bayar pada bulan awal…. terdahulu untuk 2 bulan.
cikgu mcm mne nk cari (i)
dekat soalan 5 tu, butir-butir tu ad kne mengena dgn baki b/b ke cikgu, klau ad, nk amik salah satu or yg ad kne mengena je ?
Fathin,
1. Kira:
jualan tunai 30% x Sept 30% x Okt 30% x Nov
ABT (jualan kredit) –> bayar sebulan kemudian.
ABT Ogos 70% x Sept 70% x Okt
2. Butir merujuk kepada penerimaan daripada mana.. Cth Jualan , ABT.
Serta pembayaran untuk apa.. cth Belian, ABB.. dll
cikgu , saya dh cuba tpi tk dpt utk cri (i)
Fathin,
Cgu sudah tunjukkan pengiraannya..
Assalamualaikum cikgu,
Sye ada masalah nk jwb soalan ini. Boleh cikgu bantu selesaikan? Dngn cara mengira skali.
Wawa, waalaikumussalam.
Jawab dahulu.. Cg hanya semak dan bimbing sahaja.
soalan dlm buku teks m/s 102
soalan no 4
vii) pada bulan jun, pemilik telah membawa masuk tunai sebanyak rm16000 untuk kegunaan pejabat
macam mana nak buat saya kurang faham soalan ni
Nadzirah,
Duit masuk Jun –> ITEM PENERIMAAN –> Modal 16000
soalannya:
-kenderaan yg dibawa masuk pd 1/1/17 disusutnilaikan 10% setahun atas kos
-PHR diselaraskan 3% atas baki ABT
soalan tu kena rekod dok dlm belanjawan tunai
Nazirah,
Tidak melinatkan WANG TUNAI KELUAR –> tidak masuk Belanjawan.
cikgu nk contoh belanjawan tunai Tingkt 5 perniagaan (kerja khusus)
Matt li,
Rujuk buku teks Prinsip Perakaunan.. ada cara2 dan contohnya.
# ada lebih baik rujuk guru perniagaan.. sebab Cg tiada soalan kerja kursus tersebut.
Tunai runcit kena kena tmbah sekali dlm belanjawan tunai ke?
.
Kadar bayaran bulan jun 2000 dijangka akn bertambah 5% drpd bulan sebelumnya, kadar bayaran bulan semasa akn dibayar pd bulan berikutnya.
Saya kurang fhm bahagian kadar bayaran bulan semasa
cikgu
jika maklumat belanjawan tunai tentang pemilik membawa masuk sebuah komputer bernilai RM2500 utk kegunaan perniagaan
so nak masuk ke penerimaan tulis modal?
nak tulis di bulan berapa ?
Xx,
Tak perlu masuk mana2… kerana tidak melibatkan WANG TUNAI.
Assalam cikgu..bagaimana cara merekod yg betul dlm belanjawan tunai..utk faedah atas pinjaman dan bayaran ansuran ….adakah diasingkan @ digabungkan
Hanna, waalaikumussalam..
Kedua2 cara boleh diterima.
Cuma pada praktikalnya… kita bayar terus sejumlah wang (pokok + faedah)
# kita rujuk penyataan dalam soalan.. guna cara yang memudahkan ianya direkod.
assalamualaikum cikgu ,camne nak kira
untuk soalan ni
pinjaman sebanyak rm 40000 akan diterima pada bulan november dengan kadar faedah 10% setahun selama 5 tahun .bayarn ansuran pertama akan dibayar pada bulan berikutnya.
Autowadah, waalaikumussalam.
Ada 2 jenis item terlibat:
1. Penerimaan ; Pinjaman 40000 –> Nov
2. Pembayaran :
Kira jumlah yang perlu dibayar balik = pinjaman + faedah utk 5 tahun = A
Bayaran balik bulanan = A / 60 bulan –> Dis
Hai Cikgu…. nak tanya jika soalan tentang bahasa
Jika soalan kata
* bakinya Akan dibayar dalam tempoh dua bulan berikutnya * maksudnya apa? Apakah bezanya dengan Kalau ditanya
* akan dijelaskan dalam tempoh dua bulan berikutnya? *
Kenapa Ada dua jawapan? Bukankah maksud sama? Dalam tempoh bukankah WITHIN?
Juga Ada soalan tanya * bakinya dibayar bulan berikutnya *
semuanya beza… kelirulah
Cyn,
1. Maksudnya sama : 2 bulan berikutnya –> baki bulan JAN akan dibayar MAC.
2. bulan berikutnya : baki JAN akan dibayar FEB
Hai Cikgu… tetapi jawapan berbeza… Akan dibayar dan dijelaskan maksud tak Samakah?
Jawapan itu kata dijelaskan dalam tempoh dua bulan berikutnya ialah baki jan dijelaskan mac
Dibayar dalam tempoh dua bulan berikutnya pula ialah Baki jan dibayar feb dan mac….
Cyn,
“Dibayar” = “dijelaskan”
Bayar baki hutang/ABB lazimnya sekali gus tidak sepertimana bayar balik pinjaman secara beransuran (walaupun tidak dinyatakan). untuk jadikan bayar beransur dengan nilai yang sama… soalan sepatutnya menyatakan .. bayar “secara ansuran” dalam tempoh 2 bulan.
assalammualaikum cikgu. saya ada soalan tentang cara pengiraan bagi pinjaman, ansuran bayaran balik beserta faedah. cikgu ada explain kat atas tapi saya still tak faham.
boleh cikgu terangkan satu2?
Marissa, waalaikumussalam.
Katakan.. Pinjaman 20,000
Faedah 10% setahun
Tempoh pinjaman 5 tahun.
Jumlah faedah = 10% x 20000 x 5 = 10000
Jumlah kena bayar = 20000 + 10000 = 30000
Ansuran bulanan = 30000 / 60 bulan = ….
cikgu, peniaga memulakan perniagaan pada 12/3/2018 dgn modal 30000 , soalan mahu belanjawan tunai bagi April dan mei , jadi 30000 dianggap sebagai modal atau baki b/b?
Jonathan,
Cuba fikir… duit RM30,000 datang dari bulan lepas @ duit baru dapat pada 1 April.. ?
Ya , bulan lepas , jadi baki b/b betul ?
baki pada 1 oktober 2018.
tunai di bank RM25000
akaun belum terima RM10000
BAKI AWAL KE CG
Nazirah,
Baki awal tunai… 25000.
Pada 1 oktober 2018,Puan xxx akan memulakan perniagaannya dengan modal;
Tunai di bank. 1000
Tunai. 6000
Peralatan kedai. 5000
Jadi, modal awal berapa? Peralatam kedai nak tambah tak?
Belanjawan tunai –> hsnya berkaitan wang tunai ditangan dan tunai dibank sahaja.
-pemilik bercadang membeli peti sejuk pd bln nov bernilai rm10000. 40% dari harga peti sejuk dibayar pd masa pembelian manakala bakinya dibyr secara ansuran bulanan sebanyak 2 kali ber,ula pd bulan disember
-pinjaman sebanyak rm40000 akan diterima pd bln nov dng kadar faedah 10% setahun selama 5 tahun . bayaran ansuran pertama akan dibayar pd bln berikutnya.
– pemilik membawa masuk perabot bernilai rm10000 pd bln november
Nazirah,
Berikan jawapan.. Cg berikan komen mana2 yang silap.
Untung rugi selepas pelarasan ialah tambah hasil tolak belanja kah?
Belum terima dan belum terperoleh ialah hasil
Belum bayar dan prabayar ialah belanja
Betul tak?
Xyxy,
1. Tidak semestinya.. bergantung kepada penyataan pelarasan.
2. Hasil Belum Terima –> AS
Hasil Belum Terperoleh –> LS
Belanja Belum Bayar –> LS
Belanja Prabayar –> AS
# sila kemukakan soalan ikut topik yang betul.
Kadar bayaran belum bayar juga belanja mengapa dia tak terbalik jadi tambah
Xyxy,
Kadar bayaran belum bayar –> Kadar bayaran kena (+) –> UB (-)
Cikgu,
BT menunjukkan baki dt RM12800 manakala penyata bank berbaki kt RM10500. Apakah yg menyebabkan perbezaan baki tersebut?
A. Cek tak laku 2300
B. Cek blm dikemukakan 2300
C. Deposit blm dikreditkan 2300
D. Dividen atas pelaburan 2300.
Jawapan saya C tetapi jawapan skema B.
Mana satu yg betul?