Modul 9 : Pembetulan Kesilapan

Standard Kandungan
9.1 Pembetulan Kesilapan.
9.2 Penyata Kewangan selepas pembetulan kesilapan.

Standard Prestasi
TP1 Menyenaraikan beberapa contoh Kesilapan Ketara.


TP2 Menerangkan maksud Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.
Mengesan Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.


TP3 Membetulkan semua Kesilapan Tidak Ketara dan merekod dalam Jurnal Am selepas Imbangan Duga disediakan.


TP4 Menerangkan beserta contoh kaedah membetulkan Kesilapan Ketara.
TP4 Memindahkan catatan pembetulan dalam Jurnal Am ke lejar berkaitan menggunakan Sistem Catatan Bergu dan menyediakan Imbangan Duga Terselaras selepas Kesilapan Tidak Ketara dibetulkan.


TP5 Mengenalpasti dan menerangkan kesan kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan semasa terhadap kesilapan pada item yang ditemui.
TP5 Menyediakan Penyata Kewangan dengan betul selepas mengambil kira pembetulan terhadap akaun-akaun yang berkaitan.


TP6 Merumuskan kesan terhadap untung atau rugi tahun kewangan semasa sekiranya pembetulan kesilapan tidak diambil kira dalam tahun kewangan sebelumnya.

  1. Umi Kalsum Bt Mohamad

    saya ada soalan, jika kita tersilap termasukkan kos jualan tahun semasa ke tahun lepas, bagaimana kita perlu perbetulkan untuk tahun semasa yea?

    Sekian, terima kasih

  2. Umi,

    Kesilapan tersebut tidak mungkin berlaku.. sebab penyata pendapatan disediakan setiap tahun…. pada tahun lepas semasa sediakan PP… nilai kos jualan pada tahun sekarang belum wujud lagi.
    Kesilapan yang mungkin berlaku.. pada tahun lepas telah tersilap masukkan nilai KJ.. maka kita ingin buat pembetulan kesilapan tersebut pada tahun semasa.

  3. Cikgu,
    Soalan pembetulan kesilapan spm 2016 stok akhir 30850 sepatutnya tidak ada dalam imbangan duga dan jawapan modal ialah RM87000?

  4. Fatimah,

    Ya.. Modal = RM87000

  5. Chrisleera Adriana

    Cikgu, apa jadi dekat akaun untung atau rugi kewangan semasa kalau pembetulan kesilapan tak diambil kira dalam tahun kewangan sebelumnya?

  6. Chrisleera,

    Boleh rujuk buku teks @ buku rujukan..
    Cuba lihat apa kesan ke atas UR.. jika buat pembetulan kesilapan.. kemudian baru fikirkan kesannya ke atas nilai UR jika tidak dibuat pembetulan.

  7. Cikgu,

    Akaun Belian termasuk beli alat alat kecil bernilai RM180 secara kredit daripada Kedai Meng

    Cikgu macam mana buat pembetulan bagi soalan ini ?

  8. Desmond,

    Kesan kesilapanya terlebih dahulu.
    1. Akaun yang sepatutnya direkod. –> Ak Alat2 kecil
    2. Akaun yang tersilap rekod –> Ak Belian
    3. Cara pembetulannya.. tentukan catatan bagi akaun yang sebetulnya –> iaitu Dt Ak Alat2 kecil.
    4. Maka akaun yang tersilap tersebut –> catat disebelah yang satu lagi –> Kt Belian

  9. Cikgu,

    Imbangan Duga pada 30/6/2016
    Insurans – 960

    Insurans diambil untuk setahun bermula 1 Sept 2015

    Cikgu, untuk maklumat di atas, apa pelarasan yang perlu dibuat ?

  10. Enhong,

    1. Kira berapa bulan prabayar –> kira nilainya.
    2. Akaun yang terlibat Insurans prabayar & Insurans

  11. apakah kesan kesilapan (error) kepada dalaman kawalan syarikat?

  12. Hanis,

    Semua bentuk kesilapan samada kesilapan ketara atau pun tidak ketara, sekiranya ianya melibatkan Akaun-akaun Nominal (akaun hasil dan belanja) akan memberi kesan kepada keuntungan yang dilaporkan. Untung atau rugi yang ditunjukkan dalam Akaun Untung atau Rugi tidak memberi gambaran yang sebenar sehinggalah punca-punca kesilapan dikenalpasti dan
    perbetulkan.

  13. Assalamualaikum cikgu,apa maksud debit dan kredit dan bila kita nak gunakan dia ? Boleh tak cikgu trangkan dgn lebih detil dn bgi contoh? Sya dah blajar tpi tak berapa faham n still confuse.

  14. Nina, waalaikumussalam.

    Debit dan Kredit hanya mengambarkan kedudukan disebelah kiri dan kanan sesuatu Akaun.
    Penggunaannya bergantung kepada catatan bergu bagi sesuatu urusniaga serta jenis klasifikasi akaun yang terlibat (Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil @ Belanja).

  15. Cg,
    Sewa dibayar sebanyak RM2000 telah direkodkan di A/k Gaji.

    Kesilapan ini adalah Kesilapan Komisen?

  16. Chee,

    Ya.. ikut kssm –> kesilapan komisen.

  17. Cikgu, silibus f5 2018 sama ke dgn silibus lama? Silibus f4 2017 je kan yg baru?

  18. Jamal,

    Tidak sama… Tingkatan 5 juga akan ikut KSSM mulai 2018.

  19. Selamat pagi,

    Sekiranya terdapat kesilapan ketinggalan satu urus niaga, iaitu pulangan jualan tidak dicatat.

    Pembetulan:Ak. P.Jualan = debit

    Tetapi akaun mana dikredit, ABT atau Ak. Jualan?

    Thank you

  20. Letchumanan,

    Dt Pulangan Jualan
    Kt ABT

  21. Thank you

  22. cikgu…macam mana nak kenalpasti antara kesilapan ketara dan kesilapan tidak ketara

  23. Pravin,

    Rujuk keseimbangan ID ( Dt & Kt)
    Ketara –> jumlah TIDAK SAMA
    Tidak Ketara –> jumlah SAMA

  24. Cek bernilai rm300 yg telah dibyr kpd seorang pemiutang iaitu pembekal John telah dikreditkan dlm Buku Tunai dan juga akaun perorangan.

  25. Bagaimanakah untuk membetulkan kesilapan2 tersebut melalui jurnal am???

  26. Yugi,

    Kenalpasti jenis kesilapan dahulu.. kemudian baru tentukan catatan pembetulannya.
    Dalam kes ini –> kesilapan ketara –> pembetulannya tidak melalui JA.

  27. Terima kasih sir…

  28. salam cikgu, cuba nak tanya bila nak guna jurnal , bila nak guna lejar ? apa akaun nak guna jurnal atau lejar

  29. Elisya,

    Ikut kehendak soalan… apa yang diminta sediakan.. ada soalan minta sediakan jurnal… ada sialan minta sediakan lejar.

  30. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam soalan pembetulan kesilapan, imbangan duga diberi Baki Akaun Belum Terima. Maklumat tambahan ialah ali trading dihapuskan sebagai hutang lapuk. Jurnal am yg disediakan perlu debit hutang lapuk kredit Ali Trading atau Debit hutang lapuk Kredit Akaun belum terima? Terima Kasih

  31. Fatimah..

    Kira rujuk kepada akaun yang wujud dalam ID.
    Dt HL Kt ABT

  32. cikgu,
    Bagaimana dengan kesilapan komisen, Jualan kepada ahmad tersalah catat kepada ali. JIka imbangan duga ABT, dalam jurnal am nak tulis debit ABT dan Kredit ABT ataupun Dt Ahmad kredit Ali?

  33. Cadangan saya
    Dt ABT: Ahmad
    Kt ABT: Ali

  34. Cikgu,

    cuba tanya soalan:

    1. Cek RM1800 yang diterima daripada Kedai Sukdev telah dikreditkan dalam Akaun Bank dan didebitkan dalam akaun Kedai Sukdev.

    Jawapan: Kesilapan songsang. betul?

    2. manakah antara berikut merupakan kesilapan prinsip?
    A. Akaun Promosi terkurang catat RM230
    B. Jualan kepada Hasri RM1200 tersalah rekod ke dalam Akaun Basri.
    C. Belanja membaiki premis RM1000 tersilap debit ke dalam Akaun Premis.
    D. Ambilan barang niaga bernialai RM800 tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

    Jawapan: C. Betul?

    3. Ambilan barag niaga bernilai RM300 untuk kegunaan sendiri tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

    Jawapan: Kesilapan Ketinggalan catatan urus niaga. Betul>?

    Terima kasih.

  35. Cikgu,

    Cuba tanya:

    4. Kesilapan direkodkan di bahagian debit yang dibatalkan oleh kesilapan yang sama jumlahnya di bahagian kredit dan sebaliknya.

    Jawapan: kesilapan saling mengimbangi. betul?

    5. kesilapan-kesilapan berikut ditemui oleh Cik Aina, Kerani akaun Perniagaan Mesra selepas penyediaan Akaun Penamat.
    (i) Ambilan barang niaga bernilai RM300 terlupa direkod dalam mana-mana buku.
    (ii) inventori akhir terkurang nilai RM240.

    Apakah kesan kepada untung kasar setelah kesilapan tersebut dibetulkan?

    Jawapan: Meningkat RM540. betul?

  36. Sherine,

    Ya saya setuju dengan semua jawapan anda.

  37. Cikgu,

    Cuba tanya semasa kita buat imbangan duga terselaras, tajuk itu perlu tulis “Imbangan Duga Terselaras pada….”
    Atau tulis “Imbangan Duga pada…”?

  38. Swee Kung,

    Kedua2 boleh digunakan..
    Cuma untuk membezakannya kita guna ID Terselaras.

  39. CikguCikgu,

    Cuba tanya:

    1. Diskaun diterima RM320 telah dikreditkan ke akaun belum bayar dan didebitkan ke akaun diskaun.
    Apakah kesan kesilapan tersebut terhadap untung bersih?

    Jawapan: untung bersih berkurang RM640.
    Mengapa?

    2. Sekiranya belanja membaiki kenderaan RM2000 tersilap catat ke akaun kenderaan dalam tahun kewangan berakhir 31 disember 2016 & tidak diambil kira dalam tahun kewangan tersebut, apakah kesannya terhadap untung nersih tahun 2017?

    Jawapan: tidak kesan
    Mengapa?

  40. Swee kung,

    1. Kesilapan terbalik / songsang –> kesannya 2 kali ganda… hasil terkurang 320 dan belanja terlebih 320. —> mska UB terkurang 640

    2. Untung bersih 2017… hanya mengambilkira hasil & belanja 2017 sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.