Modul 12: Perakaunan Untuk Kawalan Dalaman

Standard Kandungan

12.1 Kawalan Tunai
12.2 Penyata Penyesuaian Bank
12.3 Belanjawan Tunai
Standard Prestasi

TP1 Menerangkan tujuan dan kaedah kawalan tunai


TP2 Memberi contoh butiran penerimaan dan pembayaran.


TP3 Menyediakan Belanjawan Tunai dengan memasukkan baki awal, penerimaan dan pembayaran.


TP4 Menganalisis item yang terdapat dalam Buku Tunai tetapi tidak terdapat dalam Penyata Bank dan sebaliknya.
TP4 Mengenal pasti Lebihan atau Kurangan dalam Belanjawan Tunai


TP5 Memilih kaedah bermula dengan baki kredit atau debit Penyata Bank atau baki debit atau kredit Buku Tunai dan sediakan Penyata Penyesuaian Bank tanpa mengemaskini Buku Tunai
TP5 Menilai Lebihan atau Kurangan dan Baki akhir dengan menyediakan Belanjawan Tunai secara manual.


TP6 Menghasilkan Buku Tunai yang dikemas kini dan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank bermula dengan baki kredit atau debit Penyata Bank atau baki Buku Tunai yang dikemas kini.
TP6 Menghasilkan Belanjawan Tunai menggunakan aplikasi TMK.

  1. Belanjawan tunai
    1)membeli mesin daftar tunai nak tulis apa butir?

  2. Goh,

    Butirnya boleh guna “Mesin Daftar Tunai”

  3. Cikgu
    Membeli Peti penyejuk mau tukar apa Nama?

    Lengkapan? Mesin?

  4. Goh,

    Terlebih dahulu.. kena kenalpasti jenis perniagaan dan kegunaan peti tersebut untuk apa ?

    Boleh rujuk DISINI.
    https://sifu2b.wordpress.com/interaksi-guru-pelajar-akaun/topik-tgktn-4/t4-bhg1-kategori-dan-kelas-akaun/

  5. Pada bulan julai, Perniagaan bercadang membeli van Bernilai 80000,bayar pendahuluan 20000 dan baki dibayar dalam 12 kali ansuran mulai bulan berikut

    So macam ini
    Pembayaran
    Apa butir ini ?dan nak asing tulis atau macam mana?

  6. Maklumat ;
    Insurans dibayar pada bulan oktober untuk tempoh satu tahun berjumlah rm1200

    Macam ini perlu bahagi 12bulan?

  7. Perniagaan bercadang membesarkan premis perniagaan yang berkos 36000

    Butir tulis premis atau belanja membesarkan premis?

  8. Goh,

    1. Ada 2 pilihan.. nak asingkan : “Pendahuluan Kenderaan” & “Ansuran Kenderaan” … atau hanya satu “Kenderaan”.

    2. Tidak perlu… terus rekod bulan Oktober.

    3. “Premis”

  9. Terima kasih cikgu

  10. 30% jualan secara kredit dan semua jualan diberikan kredit satu bulan. Jualan kredit pada bulan ogos ialah rm3000

  11. Munirah,

    3000 –> terima bulan September –> butirnya “Akaun Belum Terima”

  12. Fatimah Bt Ahmad

    Cikgu,
    Soalan spm penyata penyesuaian bank dirujuk, dalam urusniaga okt 31 Viknes(diskaun RM233), adakah urusniaga ini wang yang dibayar atau diterima dari Viknes? secara cek atau tunai?
    terima kasih

  13. Fatimah Bt Ahmad

    maaf cikgu, soalan di atas dirujuk kepada soalan spm 2017 soalan 2.

  14. Fatimah,

    Memandangkan TIADA no cek –> kira sebagai penerimaan.
    Oleh kerana tidak dinyatakan terima tunai / cek –> maka, kedua2 jawapan boleh diterima. Cuma pada kebiasaannya pembayaran memggunakan cek.

  15. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Tiada no.Cek, Bolehkah kita anggap sebagai pembayaran secara tunai?

  16. Fatimah,

    Betul.. boleh jadi.. tetapi sudah menjadi amalan perniagaan bayar dengan cek… cuba lihat item pembayaran yang lain… walaupun nilainya hanya RM211.. RM326 masih guna cek.. inikan pula RM3267.

  17. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Kesian juga pelajar kerana soalan ini ada sedikit keliru, begitu juga soalan spm 2016 yg berkenaan dengan invois yang diterima. Semoga pada masa akan datang tiada lagi soalan yg mengelirukan pelajar. Terima kasih cikgu Narzuki kerana selalu sedia membantu.

  18. salam cg, kalau belanjawan tunai, nilai ade sen.. perlu ke letak nilai sen ? ke kena bundarkan

  19. Omey,

    Bundarkan..

  20. salam cikgu,bolehkag cikgu terangkan maksud 60% dpd jualan adalah secara kredit dengan tempoh kredit selama satu bulan

  21. Joanne,

    Katakan Jualan bulan Mac RM10,000
    Jualan kredit = 60% x 10000 = 6000 –> akan diterima pada bulan April.
    Jualan tunai = 40% x 10000 = 4000 –> diterima bulan Mac

  22. Cikgu, hutang lapuk dan hutang lapuk diambil kira dalam belanjawan tunai ?

  23. Hutang lapuk dan hutang lapuk terpulih *

  24. Cikgu tak online ?

  25. Eusebius,
    hutang lapuk tidak dicatat dalam belanjawan tunai, hutang lapuk terpulih boleh dicatat dalam belanjawan tunai sekirannya ada anggarannya.

  26. cikgu betulkah ? mana cikgunarzuki?

  27. adakah hutang lapuk dan hutang lapuk perlu diambil kira dalam belanjawan tunai ?

  28. Hutang lapuk tidak melibatkan wang tunai keluar.. maka tidak masuk Belanjawan tunai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.