Pos ke Lejar

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.

Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh – Mencatat tarikh urus niaga

Lajur butir – mencatat nama akaun

Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)

Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga

Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.

Akaun terbahagi DUA iaitu;

1. Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modal

2. Akaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).

MENGIMBANG DAN MENUTUP AKAUN

1. Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.

2. Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.

3. Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.

4. Tujuan menutup akaun untuk ;

a. memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.

b. mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti pemilik dan belanja mengurangkan ekuiti pemilik.

FOLIO

1. Rujukan untuk mengesan sumber catatan pertama atau pasangan catatan bergu – rujukan muka surat akaun dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.

2. Mengurangkan kesilapan merekod atau terlupa melengkapkan catatan bergu.

3. Diisi jika pengeposan telah dilakukan iaitu memindahkan catatan dam Buku Catatan Pertama ke lejar.

PEMBAHAGIAN LEJAR

1. Dua bahagian iaitu Lejar am dan Lejar subsidiari.

Lejar Am meliputi :
(a) Akaun Nominal (akaun hasil dan belanja)
(b) Akaun Nyata (akaun aset semasa dan aset bukan semasa)
(c) Akaun penghutang dan pemiutang aset bukan semasa (akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang)
(d) Akaun Modal
(e) Akaun Ambilan

Lejar Subsidiari (lejar kecil) meliputi :
(a) Lejar Belian / Lejar Pemiutang
(b) Lejar Jualan / Lejar Penghutang

2. Tujuan pembahagian lejar;

a. Dapat menjalankan pengkhususan dan pembahagian kerja

b. Dapat menugaskan seorang eksekutif akaun untuk mengendalikan satu bahagian lejar sahaja.

c. Mudah untuk menguruskan pengurusan dan pengawalan.

d. Dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan merekod.

e. Dapat mengurangkan bilangan akaun dalam lejar yang terlalu banyak dalam lejar am.

143 Responses to “Pos ke Lejar”

  1. Miya Says:

    sy pelajar form5 dan ambil subjek p.akaun.
    masalah yg sering sy hadapi masa exam p.akaun ialah masa pindahkan jurnal ke dlm lejar.proses ni membuatkan sy pening.dan sy sering letakkan butir akaun d tempat yg slh.hal ni juga berlaku kpd rakan2 sy lain.boleh dikatakan satu klas.kami juga mempunyai masalah dgn cikgu yg mengajar kami.cikgu sy tidak bersemangat ketika mengajar topik ini.ini menyebabkan rkn2 sy yg lain boring ketika belajar subjek ni.bolehkah beri sy tips utk menyelesaikan masalah ini.dan masih sempatkah utk sy score A utk subjek ni? bantulah saya

  2. Sifu2b Says:

    Miya, awak kena berusaha untuk membezakan Jurnal Am dengan Jurnal Khas. Mulakan dgn Jurnal Am. JA perlu dipos dgan langkah2 berikut (dgn syarat awak dah buat dgn betul semua dlm JA):
    a. Apa-apa item yang amaun di dlm lajur DT, maka pos ke lejar dgn mencari nama akaun yg sama dan MESTI ctt disblh DT. Begiut jug sebaliknya.

    Contoh: Dlm JA ada ctn bikut:

    Trkh Butiran Debit Kredit
    Jan 3 Ambilan 100
    Belian 100

    Makan dlm Lejar Am (LA) nanti awk mesti buat macam ni,
    Cari atau bina Akaun Ambilan, dan pastikan di sblh DT, awk tulis dlm Amaun 100, dan butiran pula nama akaun satu lagi, iaitu Belian.

    b. Jurnal Khas awk kena sentiasa INGAT bhw Jurnal Jualan MESTI AKAN MENGKREDITKAN AKAUN JUALAN DI dlm Lejar Am. Tak boleh tidak, dah memang standard sedunia macam tu

  3. Fatihah Says:

    cikgu,

    Adakah markah akan diberi jika kita tidak menulis tarikh semasa penyediaan lejar?

  4. Cg Narzuki Says:

    Fatihah,

    Dalam Buku Catatan Pertama (JA, JK dan BT), TARIKH, BUTIR, JUMLAH mesti betul baru diberikan markah. (Jika tiada tarikh atau tarikhnya tersalah, maka dikira SALAH). Ini kerana kemahiran yang diuji ialah kemahiran merekod sesuatu urusniaga dengan tepat dan betul, jadi tarikh adalah penting bagi mengambarkan bila urusniaga itu yang berlaku.

    Dalam LEJAR, TARIKH diabaikan (ini bermaksud hanya BUTIR dan JUMLAH yang betul sudah mendapat markah, w/pun tiada tarikh). Ini kerana kemahiran yang diuji disini ialah kemahiran mengepos ke lejar dan juga catatan bergu yang betul.

    Walau bagaimanapun, cikgu galakkan pelajar menulis tarikh pada lejar, ini bertujuan memudahkan pelajar membuat semakan jika berlaku sebarang kesilapan.

  5. Ash07 Says:

    Dalam akaun belian, adakah betul jika saya menulis nama pemiutang(e.g.Syarikat ABS Sdn Bhd)di bahagian debit?
    Atau adakah mesti ditulis dengan pelbagai pemiutang?

  6. Sifu2b Says:

    Ash07, sepatutnya perkataan pelbagai pemiutang sahaja. Catatan dalam Akaun Belian sebenarnya diposkan dari Jurnal Belian, betul tak. Jurnal Belian menyenaraikan semua pemiutang, oleh itu ash07 mesti menggunakan pelbagai pemiutang, walaupun dlm soalan hanya 1 org pembekal/pemiutang.

  7. Man Says:

    I nak tanya soalan dokumen.Akaun diskaun diberi butiran tulis nama syarikat atau pelbagai penghutang?Buku rujukan biasanya akan tulis pelbagai penghutang,tapi i lihat contoh jawapan soalan tahun lepas,ia tulis nama syarikat.

  8. Sifu2b Says:

    Man,

    Tulis perkataan ‘pelbagai penghutang’. Itu yang betul. Buku rujukan itu salah. Mungkin krn tidak disemak dgn teliti.

  9. Mila Says:

    cg, adakah baki akhir (baki h/b, baki b/b) dalam lejar akan diberikan markah ?

  10. Cg Narzuki Says:

    Mila,

    Dalam lejar bagi SOALAN 1, tiada markah diberikan bagi catatan penutupan (Baki h/b & Baki b/b) kerana baki-baki tersebut akan diberikan markah dalam Imbangan Duga (elak pemberiakan markah 2 kali bagi perkara yang sama).

    Dalam Imbangan Duga markah akan diberikan 1/2 markah setiap satu baki akaun. Pemberian markah tidak bergantung kepada nilainya semata-mata, walaupun nilainya tidak sama dengan skema tetapi markah juga akan diberikan sekiranya nilai tersebut diambil daripada Baki h/b @ Baki b/b dalam akaun tersebut (memenuhi konsep Imbangan duga sebagai senarai baki-baki akaun, markah diberi bagi kemahiran konsep tersebut).

    Jadi adalah penting bagi pelajar menunjukkan Baki h/b dan Baki b/b (walaupun akaun nominal) dalam lejar bagi mendapatkan markah ANGKA SENDIRI dalam Imbangan Duga nanti.

  11. Cg Fatin Says:

    Adakah wajib untuk pelajar mengimbangkan SEMUA AKAUN dalam lejar, walaupun ia hanya mengandungi 1 item ? Adakah ia akan menjejaskan markah pelajar ?

  12. Cg Narzuki Says:

    Cg Fatin,

    Jawapan yang lengkap hendaklah diimbang dan tutup semua akaun walaupun hanya ada 1 item.

    Cuma bagi tujuan teknik menjawab soalan SPM, jika hanya ada 1 item tidak perlu diimbang untuk menjimatkan masa (tidak menjejaskan markah).
    TETAPI jika ada lebih dari 1 item MESTI diimbangkan, bagi mendapat markah ANGKA SENDIRI dalam Imbangan Duga nanti.

    Baki h/b dan baki b/b – baki imbangan TIDAK diberi markah, kerana ianya akan diberikan markah dalam Imbangan Duga.

  13. Dayang Says:

    Cikgu Narzuki,

    Saya pelajar persendirian dan ini kali pertama saya mengambil P.A tanpa bimbingan sesiapa. Saya hanya merujuk kepada buku NExus keluaran Sasbadi. Saya cepat memahami semua pengimbangan itu dan ini. Cuma satu perkara saya tidak faham dan cepat keliru adalah baki b/b dan baki h/b.
    Berikut adalah yang saya faham mengenainya;-
    1) Kawan memberitahu baki b/b itu bawa ke bawah dan baki h/b itu hantar ke bawah
    2) Apabila dalam Buku Tunai, b/b dan h/b dicatat dalam ruangan folio
    3) Baki h/b terhasil daripada tunai di debit tolak tunai di kredit

    Berikut yang saya tidak faham;-
    Apakah kegunaannya?
    Adakah ia bersifat positif / negetif?
    Apabila saya melihat contoh, saya faham jika b/b di debit dan h/b di kredit. Tetapi saya menjadi keliru jika b/b atau h/b pada kedua2nya dan keadaan terbalik.

    Maaflah, saya ni nampak bodoh sangat

  14. Cg Narzuki Says:

    Tahniah ! kerana mempunyai keinginan dan kesanggupkan mengambil PA. PA merupakan ilmu yang melibatkan kemahiran, dan setiap ILMU KEMAHIRAN memerlukan tunjukajar / tunjukcara daripada seorang GURU kerana banyak kemahiran perakaunan yang perlu dipelajari dan dikuasai tidak dinyatakan dalam buku. Setiap ilmu perakaunan yang dipelajari sebenarnya saling berkaitan antara satu sama lain, dengan adanya bimbingan guru ianya akan menjadi lebih mudah untuk difahami.

    Perkara asas yang perlu diketahui ialah 5 pengkelasan akaun iaitu :
    ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA.

    Ada akaun yang berbaki DEBIT dan ada yang berbaki KREDIT, iaitu :

    AB = LEH
    Aset dan Belanja merupakan akaun yang berbaki DEBIT
    Liabiliti, Ekuiti dan Hasil akaun berbaki KREDIT.
    Jadi tidak semua akaun mempunyai BAKI B/B disebelah debit, kerana ada juga BAKI B/B di sebelah kredit. Ianya bergantung kepada jenis akaun diatas. AB = Debit, LEH = Kredit.

    Apa itu BAKI ?

    Katakan pada 1/1/08 anda mendapat wang sebanyak RM100 daripada bapa anda. Kemudian wang tersebut dibelanjakan RM30 untuk beli buku. Berapakan baki wang anda ?
    Sudah tentu RM70.

    Pada 2/1/08 berapakah baki wang yang anda ada ? Pasti RM70, dalam akaun RM70 merupakan BAKI B/B iaitu baki yang dibawa daripada 1/1/08 ataupun dipanggil BAKI BAWA BAWAH atau BAKI AWAL. Katakan anda belanjakan pada hari ini sebanyak RM20. Berapakan baki yang tinggal ? Iaitu RM50, maka BAKI AKHIR wang anda pada hari ini tinggal RM50, dalam akaun ianya dipanggil BAKI H/B (Baki hantar bawah) iaitu baki yang akan dihantar ke hari esoknya iaitu 3/1/08.

    Apa KEGUNAAN BAKI B/B dan BAKI H/B ?

    Baki menunjukkan KEDUDUKAN KEWANGAN kita pada AWAL (iaitu BAKI B/B) dan baki pada AKHIR (iaitu BAKI H/B). Dan Baki h/b pada hari ini menjadi Baki b/b pada esok hari … begitulah seterusnya.

    Dalam Buku Tunai “b/b” atau “h/b” boleh ditulis dalam ruangan FOLIO ataupun terus tulis “Baki b/b” atau “Baki h/b” dalam ruangan BUTIR.

    Cg harapkan keterangan ini dapat membantu Dayang, Cg nasihatkan dapatkan khidmat seorang GURU. Seseorang itu tidak dipanggil BODOH jika selalu bertanya apabila tidak tahu, sebaliknya seseorang itu akan dianggap BODOH jika ianya TIDAK TAHU tetapi TIDAK MAHU BERTANYA.

  15. Cg Narzuki Says:

    TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Cara mengeposkan catatan dari Buku Catatan Pertama ke lejar yang sesuai.
    2. Pastikan catatan disebelah yang betul debit dan kredit.

  16. ela Says:

    Salam..cg,sy ingin cg trgkn mgnai lejar ni..sy mmg xfhmla..kawan2 yg lain pun tdk mmhaminya…jd,sy arap cg dpt bantu sy ttg lejar kseluruhannya..jd sy bley berikan ilmu ne kt kwn2 sy..terima kasih…

  17. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Lejar merupakan BUKU AKAUN yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan yang diposkan (dipindahkan) daripada Buku Catatan Pertama (iaitu JA, JK dan BT). Dan setiap satunya mempunyai caranya yang tersendiri. Untuk Cg terangkan perkara tersebut di sini adalah tidak sesuai kerana ianya memerlukan TUNJUKAJAR secara praktikal.

    Cg cadangkan Ela dan kawan2 dapatkan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR GURU berhubung dengan kemahiran poskan BCP ke Lejar seperti berikut :

    1. Poskan Jurnal Am ke Lejar
    2. Poskan Jurnal Khas ke Lejar
    3. Poskan Buku Tunai ke Lejar

    Kuasai kemahiran tersebut SATU PERSATU, pastikan Ela dapat membezakan ketiga-tiga cara tersebut. Dan sebagai panduan, sila rujuk kepada nota berikut :
    Cg Awang : Teknik Menjawab Soalan Dokumen

  18. Resah Says:

    Cikgu
    Bila pos ke lejar perlu ikut urutan tarikh tak ataupun Buku Catatan Pertama?

  19. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Untuk mudah dan tidak tertinggal mana-mana item, adalah lebih baik pos ke lejar mengikut BCP (JA, JK dan BT) satu per satu. Urutan tarikh tidak penting sama ada dalam BCP ataupun Lejar, asalkan catatannya ada sudah DITERIMA dan diberikan markah.

  20. Victorian91 Says:

    Saya baru menduduki Peperiksaan Percubaan SPM untuk Prinsip Perakaunan..
    Namun, masalah saya sekarang ialah soalan nombor 1.. iaitu tentang dokumen perniagaan..
    Walaubagaimana saya cuba untuk menulis secepat mungkin namun saya masih mengambil kira-kira 1 jam…
    Saya hairan kerana cikgu saya kata kena siap soalan 1 dalam masa tidak lebih 50 minit..
    Saya rasa teknik menjawab saya adalah salah,..
    Adakah cikgu ada apa-apa tip..

    SPM dah dekat..

    Harap cikgu boleh bagi panduan..
    Terima kasih..

  21. Cg Narzuki Says:

    Victorian91,

    Teknik menjawab Soalan 1 : Dokumen telah Cg bincangkan sebelum ini. Sila rujuk post DOKUMEN PERNIAGAAN.

  22. Resah Says:

    Cikgu
    Di lejar bagi akaun diterima / akaun diberi apakah tarikh yang perlu diletakkan? Adakah ikut tarikh dalam buku tunai contohnya 2008 Julai 5 ataupun pada akhir bulan tersebut 2008 Julai 31?

    Terima kasih.

  23. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Apa maksud “Akaun diterima / Akaun diberi” ?

    Tarikh ikut tarikh urusniaga berlaku. Tetapi jika JUMLAH kena ikut tarikh akhir bulan. Contohnya :

    JURNAL JUALAN
    Jan 5 Mamat 200 …. dalam Ak Mamat : Butir Jualan
    Jan 7 Dolah 300 …. dalam Ak Dolah : Butir Jualan
    Jan 31 Ak. Jualan 500 …. dalam Ak Jualan : Butir Pelbagai Penghutang

    BUKU TUNAI
    Jan 20 Mamat (Dis) 20 (Bank)180 …… dalam AK Mamat
    …………… Jumlah (dis) 20 ….. dalam AK Diskaun : Butir Pelbagai Penghutang

  24. Resah Says:

    Cikgu
    Pembahagian Lejar penting untuk peperiksaan Prinsip Perakaunan peringkat SPM?

    Terima kasih.

  25. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Bagi skop SPM, apa yang hendak diuji ialah kemahiran asas pelajar postkan dari JA, JK dan BT ke Lejar. Menyediakan Lejar yang terlibat, Imbang dan tutup setiap akaun. Seterusnya menyediakan Imbangan Duga.

    Oleh itu, samada pengkelasan lejar dibuat atau tidak, ianya tidak akan menjejaskan pemberian markah. Bagi tujuan menjawab peperiksaan SPM, Cg cadangkan abaikan pembahagian lejar tersebut. Buka setiap akaun mengikut urutan butir daripada JA, JK dan BT supaya tidak tertinggal mana-mana catatan, yang menyebabkan kehilangan markah.

    Teknik menjawab biarlah teratur dan bersistematik bagi mengelakan ketinggalan catatan.

  26. shihan Says:

    Cikgu, kalau buat soalan dokumen semasa tutup jurnal,kita akan tulis contoh
    31 Akaun belian DT 10000
    DT itu tulis dekat dgn akaun belian atau di lajur folio

  27. Cg Narzuki Says:

    Shihan,

    Syarat untuk menulis catatan “DT” adalah TIDAK GANGGU BUTIR. Maksud Cg jika ditulis dekat seperti berikut :

    31 Akaun Belian Dt 10000 …. ini dikira menggangu butir, mana ada butir “Akaun Belian Dt“.

    31 Akaun Belian ……………. Dt 10000 … ini dikira tidak menggangu butir kerana ianya terpisah.

    Cara yang paling selamat ialah menggunakan “(DT)“, kerana “( )” adalah bermaksud nota/catatan walaupun ditulis dekat atau jauh ianya dianggap sebagai nota sahaja dan tidak menggangu buitr.

  28. fared Says:

    cg,
    saya mmg ambil masa yg lama untuk siapkan soalan dokumen.
    berdasarkan komen2 di atas. tidak salahkan saya tidak letakkan tarikh ketika membuat lejar?.
    dan lejar dibuat bermula daripada buku tunai, jurnal am dan akhit sekali jurnal khas.adakah saya betul?

  29. Cg Narzuki Says:

    Fared,

    Tidak salah jika dalam LEJAR tidak diletakkan tarikh. Tetapi Cg cadangkan diletakkan tarikh tersebut supaya memudahkan lakukan semakan jika berlaku ID tidak seimbang.

    Untuk pos ke lejar Cg cadangkan mulakan dengan Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai. Ini kerana anda kemungkinan akan hilang markah untuk 1 hb. Baki b/b dalam lejar jika jurnal am dipindahkan kemudian.

    Syarat untuk Baki b/b MESTI berada pada baris pertama sebelum item2 lain. Jika berada selepas item2 lain maka dikira SALAH. Ini salah satu sebab kenapa Cg cadangkan TARIKH dalam lejar perlu ditulis, supaya kita akan menyedarinya jika tarikh 1 hb. berada dibawah.

  30. Mish Anish Says:

    cikgu. kalau Pelbagai Pemiutang dlm lejar mesti bertarikh akhir bulan ke? sy x paham yg tu..

  31. Cg Narzuki Says:

    Mish Anish,

    Kita pos setiap item mengikut tarikh masing2- satu persatu, contohnya.

    Jurnal Jualan
    Jan 2 Sykt A ……. 100 … pos ke Ak Sykt A – Dt : Jan 2 Jualan
    Jan 15 Sykt B…… 200… pos ke Ak Sykt B – Dt : Jan 15 Jualan
    Jan 31 Ak Jualan (Kt) 300… pos ke AkJualan – Kt : Jan 31 Pelbagai Penghutang

  32. fared Says:

    cg,
    adakah markah akan ditolak jika saya tak imbangkan buku tunai dan lejar?

  33. Cg Narzuki Says:

    Fared,

    Tiada tolakan markah dalam soalan 1. Baki bagi setiap akaun TIDAK diberikan markah dalam LEJAR. Markah untuk baki2 tersebut akan diberikan markah dalam Imbangan Duga nanti.

  34. ela Says:

    SALAM CG..
    sy sbnrnya sgt lemah sgt dlm lejar ne…
    baru2 ne sy dpt markah 58 in p.a xam tu…
    2 yg plg tgi…
    sy anya dpt stgh mrkh dlm lejar…
    cg…bley trgkan n gtw crnya cmna nk nak wat lejar??
    car pndah..
    apa yg prlu di msukkan dlm lejar..
    cg sy da byk kli ajar..
    fhm mmg fhm tp dlm kls dlm xam…fuh kntoi…
    tlg sy cg…plzzz

  35. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Soalan tersebut telah Cg terangkan dalam post diatas.

    Sila muat turun Bahan Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen

    Dengan berpandukan nota tersebut, cuba jawab beberapa set soalan dokumen. Jika masih ada masalah sila kemukakan kepada cg.

  36. ela Says:

    baiklah cg..trima kaseh…

  37. ela Says:

    salam cg…
    ada x latihan2 tbaru tuk form4 n 5???
    i mean 4 spm 2009???
    ada x???

  38. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Sekarang Cg sedang berusaha menyediakan dan mengumpul bahan2 tersebut. InsyaAllah Cg akan edarkan nanti.

    Jika Ela mahu bimbingan Cg, Sila beritahu bagaimana cara-cara untuk postkan Jurnal AM ke Lejar mengikut kefahaman Ela. Nanti Cg perbetulkan jika ada kesilapan.

  39. ela Says:

    OK cG…
    jANluPA K aNTA bHAN2 tUE..
    inSyALLAH sy tRY dLu..HeHe..Lmah CkiT Ne…Nnti Sy aNTA kAT cg…
    n MMg sY perLu BmbGN cg SgT!!tAnX…..

  40. ela Says:

    salam cg…
    bley ka sy taw mcmna cra blajar??sbb sy agak klru ckit r..
    mana sbjek yg kna dlu stdy…huhu…
    n cg..slen blog prnsip ne..dmna bley sy cari nota2 or lthn tuk sbjek yg len???

  41. ela Says:

    cg…
    jadi btul la nex yer p.a ada 3 krtas???
    jd yg krtas ke 3 tu apa cg???projek ka???assignmen???
    xjd beban ka cg law ada 3 krtas ne??
    arap2 sy dptla hdpi……

  42. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Semua subjek kena study awal jangan tunggu saat akhir baru nak study. Untuk dapatkan apa-apa maklumat di internet, gunakan engin pencari seperti Google atau Yahoo.

    Format Pentaksiran Baru seperti yang diwar-warkan sebelum ini telah ditangguhkan perlaksanaanya ke tahun 2011. Jadi tahun 2009 dan 2010 formatnya sama seperti SPM 2008. Sila rujuk DISINI untuk maklumat lebih lanjut.

  43. ela Says:

    LAr…
    Sy Ngt JAd…
    HuHu…
    Ok cG..
    tANX

  44. ela Says:

    Salam…
    Cg…
    sy ingin tya cg ttg lejar…
    ok…
    sy dpt knal pasti akaun..
    contohnya jualan secara kredit kepada Mahendran rm2500…
    n akaun trsbut ialah
    akaun penghutang
    akaun jualan…
    tp maslh yg sy hdpi..
    tuk ltk dmna dt n kt…
    sy klru…
    n sy mac xdpt fhm ttg pgposan jurnal ke lejar…
    tlg sy cg…

  45. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Bagi menentukan Dt atau Kt, kita rujuk kepada asas berikut :

    AB :: LEH

    DEBIT – Aset & Belanja
    KREDIT – Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.
    Nota : Asas ini untuk PENAMBAHAN, jika PENGURANGAN sebaliknya.

    Merujuk contoh yang diberikan, iaitu
    DEBIT : Akaun Penghutang …. kerana Aset BERTAMBAH
    KREDIT : Akaun Jualan……. kerana HASIL BERTAMBAH

    Bagi menjawab soalan Dokumen, kemahiran berikut perlu dikuasai satu persatu mengikut Kitaran Perakaunan :

    Dokumen – Buku Catatan Pertama – Lejar – Imbangan Duga

    1. Pengecaman dokumen – perlu dicatat dalam JA, JJ, JB, JPJ, JPB atau BT.
    2. BCP – tahu cara2 mencatat dalam JA, JJ, JB, JPJ, JPB atau BT.
    3. Pos ke LEJAR – tahu cara2 pos bagi setiap jenis BCP.
    4. Sediakan Imbangan DUga – tahu cara2 imbang dan tutup setiap AKAUN dan baki2nya dipindahkan ke Imbangan Duga.

    Cg nak bertanya, adakah Ela telah mengusai kemahiran 1 diatas, iaitu pengecaman dokumen ? Jika sudah ok, baru kita bincangan kemahiran 2, 3 dan 4 di atas.

  46. ela Says:

    OK cg…
    Its Mean kna ikut hukum perakaunan la..
    yg dbt brtmbh hasil..
    cmtu kan???
    baru sy trngt
    ok..
    sy suda pun mguasai kemahiran 1 itu…
    n mmg slalu dpt mrkh pnuh d pgecaman dokumen…
    tp yg slalu sy brmslah ialah bcp,lejar n imbangan…
    sy kurg fhm…
    help me
    tanx cg

  47. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Baiklah,
    Kemahiran 2 – menyediakan BCP dengan BETUL. Boleh rujuk DISINI.

    Kemahiran 3 – poskan setiap BCP ke Lejar :
    1. Jurnal Am ke Lejar
    2. Jurnal Khas ke Lejar
    3. Buku Tunai ke Lejar.

    Poskan Jurnal Am ke Lejar :

    Jurnal Am
    Jan 5 Dt: Angkutan Masuk …. 50
    ……… Kt : Syarikat Z ………….…. 50

    - Buka Ak Angkutan Masuk .. catat sebelah DEBIT Syarikat Z 50
    - Buka Ak Syarikat Z …… catat sebelah KREDIT Angkutan Masuk 50

    Poskan Jurnal Khas ke Lejar :
    - Kita pos setiap item mengikut tarikh masing2- satu persatu, contohnya.

    Jurnal Jualan
    Jan 2 Sykt A ……. 100 … pos ke Ak Sykt A – Dt : Jan 2 Jualan 100
    Jan 15 Sykt B…… 200… pos ke Ak Sykt B – Dt : Jan 15 Jualan 200
    Jan 31 Ak Jualan (Kt) 300… pos ke AkJualan – Kt : Jan 31 Pelbagai Penghutang 300

    Ok, ada masalah tak dengan pengeposan JA dan JJ di atas ?

  48. ela Says:

    sy fhm tp kurg ckit..
    sy nk tya..
    klu masa xam lejar n bcp mmg sy xckup masa nk wat…
    sy nk tw apa item yg prlu d masukkan d bcp n lejar…
    cz itu yg sy xtw….huhu..
    mmg sy xfhmla..
    maaf cg..
    myusahkan..
    huh

  49. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Bagi menduduki exam, kita kena bersedia AWAL, bukannya masa exam baru nak ingatkan apa yang telah cikgu ajar. Persedian awal sangat penting, baru masa exam nanti CUKUP masa.

    Cg rasa Ela perlu menguasai Kemahiran 2 dahulu – mecatat dalam BCP dengan betul. Bagi memudahkan pembelajaran Ela dapatkan 1 set soalan dokumen, kemudian Ela nyatakan apakah urusniaga yang terlibat (satu per satu) kemudian kita bincang dalam BCP mana ianya perlu dicatat dan bagaimana hendah mencatatnya.

    Oleh kerana Ela sudah menguasai Kemahiran 1 – Pengecaman, Ela kemukakan urusniaga2 yang berkaitan dengan Jurnal Am sahaja dahulu, kita bincangkan bagaimana cara merekodnya satu per satu.

    Bila sudah mahir JA, baru kita beralih ke Jurnal khas dan seterusnya Buku Tunai.

  50. ela Says:

    insyallah sy akan cuba…
    tanx cg..
    i have to work hard this yer…..
    wah

  51. Cg Narzuki Says:

    Ok, Good Luck.

  52. shera Says:

    cg..
    mcm mna spya sng score p.akaun nie..
    bleh cg ajr kan ka..
    coz ckgu yg ajr kmi skrg pun mcm syok sendiri..
    dia jak yg fhm2 sendiri..
    smpai rsa mcm mau drop jak subjek nie…
    tp rsa mcm rugi plak..
    coz sdh 1 thn blajar…

  53. Cg Narzuki Says:

    Shera,

    Dalam apa-apa subjek sekalipun, tiada cara mudah untuk skor melainkan berusaha bersungguh2. Buat masa ini cuba fahami dan kuasai topik yang diajar oleh guru dengan perbanyaklah latihan dan bertanyakan guru atau rakan. Jika perlu, ikuti kelas tuisyen, disamping dapatkan bimbingan Cg di sini.

  54. cal Says:

    cikgu
    apa khabar?
    saya agak keliru dengan penutupan pada akaun-akaun di lejar.
    Misalnya akaun belanja, semasa penutupan adakah baki h/b atau akaun untung rugi ; akaun jualan dan belian, penutupannya sepatutnya baki h/b atau akaun perdagangan. Semasa SPM yang mana satu saya perlu praktiskan.
    2. Dalam soalan SPM 1, misalnya bahagian c, penyediaan Imbangan Duga, sekiranya ID saya tidak seimbang, tetapi sesetengah entry saya adalah betul. Adakah saya akan diberi sedikit markah atau 0
    tq

  55. Cg Narzuki Says:

    Cal,

    Kedua2nya betul. Semua akaun2 hasil dan belanja akan diimbang, tutup dan pindahkan ke Akaun Perdagangan & Untung Rugi untuk mendapatkan Untung Bersih. Akaun2 tersebut sebenarnya TIADA Baki h/b dan Baki b/b kerana ianya TIDAK akan dipindahkan ke tahun kewangan hadapan sebaliknya terus pindah ke AUR untuk mendapatkan Untung Bersih tahun kewangan tersebut.

    Walau bagaimanapun untuk peringkat SPM, pelajar TIDAK dikehendaki menyediakan sehingga ke Penyata Kewangan, tetapi hanya setakat Imbangan Duga sahaja. Penekanan diberikan kepada konsep Imbangan Duga, iaitu himpunan senarai baki semua akaun yang telah diimbang dalam lejar am. Fungsi bagi menyemak ketepatan catatan bergu yang telah dibuat dalam akaun2 di lejar, di mana jumlah baki debit sama dengan jumlah baki kredit.

    Jadi, cadangan Cg untuk peringkat SPM, terutamanya bagi menjawab soalan 1, penutupan semua akaun tersebut menggunakan Baki h/b dan Baki b/b, bagi memudahkan pelajar menyediakan Imbangan Duga.

    Pemberian markah dalam Imbangan Duga berdasarkan setiap satu item, jika ianya betul maka akan dapat markah. Tidak semestinya semua item betul baru diberikan markah.

  56. zai Says:

    salam cikgu..
    saya nak bertanya pasal soalan dokumen.
    untuk pengeposan ke lejar…
    macam mana nak tulis tarikh yang betul..
    kalu dalam lejar yang sebenar…adakah 07/04/09 ataupun
    2009
    Apr 4 ?

    tq..

  57. Cg Narzuki Says:

    Zai,

    Kedua2nya betul dan boleh digunakan mengikut keadaan dan kesesuaiannya. Cuma pada kebiasaannya dalam sistem manual, tarikh ditulis seperti dibawah supaya nampak lebih kemas.

    2009
    April 4

  58. pening Says:

    AB=LEH
    jualan itu hasil?tapi masuk AK pdagangan bukan Untung rugi?
    belian itu Belanja atau aset? (ingat macam stok. krn boleh kita kurangkan kalau ada ambilan )
    alaa…pening jugak

  59. Cg Narzuki Says:

    Pening,

    Pastikan anda boleh bezakan antara Ak Perdagangan dan Ak Untung Rugi terlebih dahulu, baru anda akan faham kenapa jualan dan belian dimasukkan dalam Ak Perdagangan bukannya Ak Untung Rugi.

    Belian adalah Belanja bukannya aset. Semasa membeli barang niaga Ak Belian digunakan (bukannya akaun stok), jadi jika barang niaga tersebut diambil maka jumlah Belian (barang niaga yang dibeli untuk dijual semula) akan berkurang.

    Selagi anda menamakan diri anda “pening”, secara tak langsung anda menyemai sifat mudah putus asa dan mengalah dalam diri anda. Sebagai pelajar sepatutnya anda menyemai sifat2 jatidiri yang tinggi.

  60. yee Says:

    cikgu , saya nak tanya dalam Akaun Diskaun diberi dan Akaun diskaun diterima yang pos dari Buku Tunai , “butir” ialah tulis “pelbagai penghutang & pelbagai pemiutang ” atau tulis ” nama syarikiat ” ? guru sekolah saya cakap butir mesti ialah tulis nama “syarikat” dan bukan “pelbagai penghutang dan pemiutang ” , betul kah guru saya cakap ?

  61. Cg Narzuki Says:

    Yee,

    Maaf untuk Cg katakan, bahawa BUTIR dalam Akaun Diskaun Diberi dan Akaun Diskaun Diterima adalah PELBAGAI PENGHUTANG dan PELBAGAI PEMIUTANG, dan bukannya Syarikat. Ini kerana untuk poskan ke Akaun Diskaun kita hendaklah merujuk kepada JUMLAH di lajur Diskaun dalam Buku Tunai.

    Konsepnya adalah sama dengan poskan Jurnal Jualan ke Lejar. JUMLAH dalam Jurnal Jualan akan diposkan ke Akaun Jualan dan butir yang digunakan ialah PELBAGAI PENGHUTANG dan bukannya Nama Syarikat.

  62. sha Says:

    salam…
    cikgu,
    saya cume ada sedikit kekeliruan..
    saya bukan student akaun..
    tapi skang kena wat akaun utk satu company..
    dlm buku saye xtau lah nk panggil buku pe ada date, particulars debit and credit..
    syarikat saye ade mengeluarkan invoice,so invoice tu harus diletakkan di debit or credit n payment yg diterima dari client pula mcm ner?
    saye t’konfius..
    hope dpt tlg saye

  63. sha Says:

    salam…
    soalan kedua…
    dlm buku yg sme,sgale perbelanjaan juga dicatitkan disitu.kekeliruan yg same.hendak letak di debit or credit.
    soalan ketiga…
    jika saya buat akaun utk client,cth inv rm1000.00 hndk diletakkn di crdit or debit..
    n jika utk suplier plak,kami akan terima invoice,so mane saye ptut letak amount invoice 2..

  64. Cg Narzuki Says:

    Sha,

    Maaf, Cg tak jelas bagaimana sistem perekodan company tersebut. Jadi Cg nasihatkan sha bertanyakan senior/pegawai di company tersebut supaya apa yang sha buat nanti akan memenuhi kehendak company.

  65. sha Says:

    salam..
    mnta maaf ye cikgu..
    mslhnye skang xde og yg boleh ditnye..
    saye cume gunekn 1 buku untuk cttn sgale pengeluaran invoice kpd client,pembayaran pada suplier n juga payment masuk yg dibayar oleh client.jd dbhagian crdt or dbt perlu sye letak amount invoice yg sye keluarkan,payment yg sye trime

  66. sha Says:

    cume yg sye leh bgtau ckgu,sy rase sy gune kn akaun perorangan

  67. sha Says:

    salam…
    maaf ye cg..
    sye simpulkan pe yg sye nk tau..
    payment yg sye trime n pyment yg sye kluarkn perlu sye masukkan di bhgiakn crdt or dbt…

  68. flamez Says:

    assalamualaikum cikgu,sy masih keliru macam mana nak memindahkan buku tunai kepada lejar..lagi satu,jika hendak memindahkan jurnal jualan kepada lejar,harus buka akaun lejar,tapi butirnya adakah boleh saya menulis pelbagai penghutang dan jumlahnya saya ambil daripada jumlah jualan kredit(diambil dari jurnal jualan)??

  69. Cg Narzuki Says:

    Sha,

    Oleh kerana sha tiada asas akaun dan syarikatpun tidak mengamal sistem perakaunan yang lengkap, maka sebagai permulaan, Cg cadang gunakan cara yang lebih mudah untuk difahami oleh semua. Iaitu sediakan 3 buah buku untuk merekod :
    1. Penerimaan dan Pembayaran (Buku Tunai) – untuk merekod wang masuk (DEBIT) dan wang keluar (KREDIT)
    2. Akaun2 Pelanggan – untuk rekod hutang (invois) dan terima bayaran.
    3. Akaun2 Pembekal – untuk rekod hutang (invois) dan pembayaran.

    Format yang Cg cadangkan sebagai contoh :
    Pelanggan Ali
    Tarikh …. Butir ………..….Invois …Bayaran…Baki
    Jan1 ….Invois 1234 ………rm1200 ……..……..rm1200
    Jan3….Tunai / Cek 1234 ……………rm1000…rm200
    Jan5….Invois 1235……….rm600………………rm800
    Jan7….Tunai/Cek 3424……………….rm800….rm0

    Format tersebut juga boleh digunakan untuk akaun setiap pembekal. Dengan cara tersebut Cg rasa lebih mudah difahami. Sha boleh tahu baki hutang setiap pelanggan dan juga baki hutang dengan setiap pembekal apabila ditanya oleh boss. Semoga cara yang Cg cadangkan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

  70. Cg Narzuki Says:

    Flamez,

    Waalaikumussalam, Buku Tunai (item DEBIT) – pindahkan ke sebelah KREDIT dalam lejar akaun tersebut dan butirnya sama ada TUNAI / BANK. Dan begitulah sebaliknya.

    Setiap item yang ada TARIKH, BUTIRdan JUMLAH dalam Jurnal Jualan (atau Jurnal Khas yang lain) perlu diposkan lejer (akaun masing2), Contohnya :

    JURNAL JUALAN
    Jan 2 …Ali………..rm1000 ….pindah ke Dt Ak ALI..butir JUALAN

    Jan4…..Baba………rm2000 ….pindah ke Dt Ak BABA..butir JUALAN

    Jan7…..Chong…….rm3000 ….pindah ke Dt Ak CHONG..butir JUALAN

    Jan31…Ak.Jualan ..rm6000 ….pindah ke Kt Ak JUALAN..butir PELBAGAI PENGHUTANG

  71. Ian Says:

    Cikgu, apakah perbezaan antara lejar khas dengan lejar subsidiari?Adakah dua jenis lejar ini adalah sama hanya nama berbeza?

  72. Cg Narzuki Says:

    Ian,

    Ya, kedua-duanya adalah merujuk kepada perkara yang sama.

  73. sha Says:

    salam..
    trime kasih kpd cg…
    skang sye lbih fhm dimana sye hndak ltakkan wang kuar n wang masuk..
    jika sye perlu membuat statement utk pembekal n pelanggan, macam mane plak 2…kerana perlu gunekan ruang debit n credit kn..

  74. sha Says:

    cg..
    bleh bg sye cnth satu buku tntang perakaunan untuk dijadikn rujukn..
    kalo leh in malay coz lbih mudah utk fhm…
    from beginner tp complete n mudah difhmi..

  75. Cg Narzuki Says:

    Sha,

    Format tersebut juga boleh digunakan untuk membuat penyata kepada pelanggan, mereka juga lebih mudah faham. Kalau nak gunakan juga debit dan kredit, maka gantikan tajuk lajur INVOIS kepada DEBIT dan BAYARAN kepada KREDIT, bagi penyata pelanggan. Kita tidak perlu keluarkan penyat kepada pembekal, kerana mereka yang akan keluarkan kepada kita.

    Pada pandangan Cg belajar melalui buku untuk menyediakan rekod perakaunan agak sukar kerana anda tiada asas akaun dan tidak ada buku di pasaran yang betul2 sesuai untuk dijadikan rujukan. Cadangan Cg adalah lebih baik Sha mengikuti kelas Perisian Perakaunan (seperti UBS, MYOB dll) yang terdapat disekitar tempat anda. Kerana hasilnya lebih baik dan lebih cepat.

  76. Ashraf Says:

    Cikgu,

    Salam Sejahtera.
    Saya pelajar STPM yg mengambil subjek perakauanan. Saya ingin meminta bantuan cikgu untuk mendapatkan soalan STPM tahun-tahun lepas.

    Sekian Terima Kasih.
    Ashraf

  77. Cg Narzuki Says:

    Asraf,

    Maaf, Cg tidak ada maklumat/bahan berkaitan Perakaunan STPM, sila layari laman Sifu2b di http://sifu2bstpm.wordpress.com/

  78. sha Says:

    salam..

    trima kasih cikgu…skng sy dh jelas..
    just t’keliru krn clerk lme dh menterbalikkn kegunaan
    debit & kredit 2..
    thks a lot..

  79. Cg Narzuki Says:

    Sha,

    Kegunaan DEBIT dan KREDIT bagi pelanggan dan pembekal adalah berbeza/terbalik, dimana :

    Pelanggan : DEBIT untuk Invois dan KREDIT untuk bayaran.
    Pembekal : KREDIT untuk Invois dan DEBIT untuk bayaran.

    Ini disebabkan PELANGGAN adalah ASET, PEMBEKAL adalah LIABILITI.

  80. sha Says:

    Salam…

    cg, sye dh wat 1 statement utk pembekal…
    bank in(pembayaran) sye masukkn di bhgian dbt…
    invoice sye masukkn d bhgian crdit..
    bank in 01.01.09 rm1000.00 (down pymnt)
    invoice 15.01.09 rm 500.00
    invoice 30.01.09 rm 700.00
    bank in 01.02.09 rm 500.00

    so bile sye nk wat statemnt
    date particular debit credit bal
    01.01.09 bank in 1000.00 (1000.00)
    15.01.09 inv 500.00 ( 500.00)
    30.01.09 inv 700.00 200.00
    01.02.09 bank in 500.00 ( 300.00)

    btul ker pe yg sye wt nie????

  81. sha Says:

    date…………particular……….debit…………credit……….bal
    01.01.09……..bank in……………………….1000.00….(1000.00)
    15.01.09………inv…………….500.00……………………( 500.00)
    30.01.09………inv……………..700.00……………………..200.00
    01.02.09………bank in………………………..500.00….( 300.00)

    btul ker cmnie cre nye klu nk wt statemnt utk pembekal?

  82. Cg Narzuki Says:

    Sha,

    Kalau untuk PEMBEKAL, INVOIS di sebelah KREDIT (tambah hutang), manakala BAYARAN di sebelah DEBIT (kurangkan hutang). Jadi catatan debit-kredit sudah terbalik.

  83. sha Says:

    salam…
    slmt pg cg…
    sy nk tnye, credit note dan debit note 2 pe maksudnye?
    leh trangkan…utk elakkn kekeliruan..
    trime ksih…

  84. Cg Narzuki Says:

    Sha,

    NOTA DEBIT – dikeluarkan bagi MENAMBAHKAN HUTANG yang disebabkan oleh :
    - nilai dalam invois asal telah TERKURANG nilai.
    - caj tambahan seperti Kos Angkutan yang dikenakan ke atas pelanggan.

    NOTA KREDIT – dikeluarkan bagi MENGURANGKAN HUTANG, yang disebabkan oleh :
    - pulangan barang niaga oleh pelanggan.
    - nilai dalam invois telah TERLEBIH nilai.

  85. sha Says:

    salam…
    cg,sy phm ape yg cg trangkn utk nota kredit dan debit.
    soalan saya strusnye, adakah maksud nye masih same jika saya perlu mmbuka nota kredit/debit utk pembekal

  86. Cg Narzuki Says:

    Sha,

    Tidak perlu buka untuk nota2 tersebut, gunakan akaun Pembekal atau Akaun Pelanggan sedia ada.

    NOTA DEBITt catat disebelah TAMBAH HUTANG (sama dengan INVOIS), manakala NOTA KREDIT disebelah KURANG HUTANG (sebelah pembayaran).

  87. cg mar Says:

    akum..
    nak penjelasan Saya kurang pasti.
    kalau student saya catat butir di akaun belian nama pemiutang boleh diberi markah atau tidak?
    cth: catatan akaun belian sebelah Dt
    Syarikat ali Rm5000
    Syarikat abu RM 250

    mengikut skema : catatan tersebut ialah
    akaun belian sebelah Dt
    Pelbagai pemiutang Rm 5250
    Adakah boleh diberi markah jika pel merekod nama perniagaan bukan pelbagai pemiutang?
    tq

  88. cg mar Says:

    satu lagi, jika syarikat ada membeli almari untuk kegunaan pejabat dari sya aisyah secara kt. Pel catat belian tersebut sebagai Dt alatan pejabat kt sya aisyah. Adakah betul? Sepatutnya almari itu di catat perabot @ lengkapan… boleh diterima jawapan alatan pejabat?

  89. Cg Narzuki Says:

    Cg Mar,

    Tidak diberikan markah. Jawapan mesti DT: PELBAGAI PEMIUTANG RM5250 baru diberikan markah.

    Alatan pejabat lebih merujuk kepada alatan2 seperti komputer, mesin fotostat dll. Oleh itu ALMARI tidak boleh dikelaskan sebagai ALATAN PEJABAT dan jawapan pelajar tidak boleh diterima.

  90. Mohd Subri Says:

    Terlebih dulu saya nak ucap terima kasih kepada ckg kerana banyak membantu dalam hal ehwal prinsip perakaunan, mslh saya ialah, dlm menjawab soalan 1(b) SPM, dalam akaun di lejar – adakah tarikh setiap urusniaga wajib ditulis, jika tidak ditulis, adakah memberi kesan kepada markah pelajar?

  91. Cg Narzuki Says:

    Mohd Subri,

    Soalan ini Cg telah jelaskan di ATAS, atau klik DISINI.

  92. ajeq Says:

    akum…sya ni tkder basic langsung dlm akaun so bla lecturer ajr dlm kels sya menjadi blur..so sy minta cg tolong sya ajr kan sya basic of account..mcm mana nk buat akaun t dan nk balance sheet

  93. Cg Narzuki Says:

    Ajeq,

    Perkara asas yang perlu anda tahu buat masa ini ialah :
    1. Apa itu Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja ?
    2. Apa maksud Persamaan Perakaunan (Aset = Liabilti + Ekuiti) ?
    3. Apakah yang dimaksdukan AB = LEH ?

    Pada pandangan Cg, untuk anda menguasai SEMUA basic akaun dalam masa yang singkat adalah tidak mungkin, kerana ianya memerlukan kefahaman, TUNJUK AJAR dan banyak LATIHAN. Jadi Cg nasihatkan, cuba fahami satu per satu apa yang SEDANG dipelajari. Banyakkan BERTANYA rakan2 atau pensyarah anda. Kemukakan soalan secara SPESIFIK apa yang anda tidak faham supaya mudah Cg, rakan2 atau pensyarah memberikan penerangan.

  94. muz Says:

    cg, sy mempunyai mslh dlm memindahkan maklumat dr jurnal ke lejar & dr buku tunai ke lejar.. selain itu, sy juga mempunyai mslh utk memindahkan baki dr lejar ke imbangan duga. bagaimana cra utk sy selesaikn mslh ini cg?

  95. Cg Narzuki Says:

    Muz,

    Cg sarankan Muz baca komen2 Cg diatas serta muat turun panduan dan teknik menjawab soalan dokumen yang telah disediakn oleh Cg Awang, Cg Ghazali dan Cg Hamidon di bahagian berikut :

    B-Muat Turun Bahan
    Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
    Cg Ghazali – Bahan Bengkel
    Cg Hamidon – Bahan Bengkel

    Bahan-bahan tersebut ada menerangkan secara lebih detail bagaimana menyediakan BCP dan postkan ke lejar serta menyediakan Imbangan Duga.

  96. y0ehanna Says:

    salam~
    cg,,mcm mne kte nk pstikn
    dokumen tu juRnal khaS / jurnal am??

  97. Cg Narzuki Says:

    Yoehanna,

    JURNAL KHAS hanya melibatkan :
    1. INVOIS dan NOTA DEBIT – Jurnal Jualan / Belian
    2. NOTA KREDIT – Jurnal Pulangan Jualan / Belian
    dan SYARAT UTAMAnya mestilah BARANG NIAGA.

    Sekiranya INVOIS yang melibatkan BUKAN barang niaga, maka ianya perlulah dicatat dalam JURNAL AM.

  98. ah Q Says:

    cikgu,sy x pndai nak poskn ke lejar dan imbangan duga selalu tak seimbang…blh cikgu tnjukkn cara utk poskn ke lejar dn imbangan duga??

  99. Cg Narzuki Says:

    ah Q,

    Cg sarankan baca komen2 Cg diatas serta muat turun panduan dan teknik menjawab soalan dokumen yang telah disediakn oleh Cg Awang, Cg Ghazali dan Cg Hamidon di bahagian berikut :

    B-Muat Turun Bahan
    Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
    Cg Ghazali – Bahan Bengkel
    Cg Hamidon – Bahan Bengkel

    Bahan-bahan tersebut ada menerangkan secara lebih detail bagaimana menyediakan BCP dan postkan ke lejar serta menyediakan Imbangan Duga.

  100. ah Q Says:

    ok..trima ksih atas bantuan cg….

  101. sedar Says:

    err…perlu tak kami imbangkan semua akaun dalam spm dengan nyatakan jumlah kedua2 belah kt dan dt?
    dalam exam agak menyusahkan dan memakan masa kan?
    lagipun macam tiada markah?
    tapi ada kaitan tak dgn sijil lcci?

  102. sedar Says:

    cadangkan supaya cikgu tubuhkan page baru bagi tips peperiksaan?
    terima kasih

  103. Cg Narzuki Says:

    Sedar,

    Sebaik-baik jawapan tutup dan imbangkan semua akaun yang ada. Sekiranya dirasakan makan masa yang lama untuk menyediakannya, anda boleh terus sediakan Imbangan Duga tanpa tutup akaun yang ada hanya 1 item. Dan setelah habis menjawab semua soalan lain, jika masih ada lebihan masa, maka bolehlah anda lengkapkan penutupan akaun2 tersebut.

    Page untuk TIPS PEPERIKSAAN (klik) dan TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN (klik)
    telah lama Cg sediakan dalam post terdahulu.

  104. miss lolyz Says:

    askum cg,
    saye nak tnyer, kalau sy x letak tarikh dkt lejar dengan jurnal khas dikira salah k??akan menggangu markah sy k??

  105. Cg Narzuki Says:

    Miss lolyz,

    Catatan dalam BUKU CATATAN PERTAMA, iaitu Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai MESTI mengandungi TARIKH, BUTIR dan JUMLAH yang betul baru diberikan markah, jika tiada / silap salah satu, maka dikira SALAH.

    Dalam LEJAR tarikh biasanya DIABAIKAN (hanya BUTIR dan JUMLAH diambilkira), tetapi adalah LEBIH BAIK dalam Lejar dituliskan juga TARIKH bagi memudahkan anda membuat semakan jika berlaku kesilapan.

  106. yew wei Says:

    cikgu apa itu akaun nominal ?

  107. Cg Narzuki Says:

    Akaun Nominal adalah akaun2 hasil dan akaun2 belanja.

  108. n0r Says:

    assalamualaikum..
    boleh saya tau bila, siapa, mengapa dan bagaimana hendak menggunakan lejer?

  109. Cg Narzuki Says:

    Cuba fahami dahulu apa yang dikatakan sebagai KITARAN PERAKAUNAN dan kedudukannya dalam kitaran tersebut. Barulah nor akan nampak dengan jelas dan segala persoalan2 tersebut dapat diselesaikan.

  110. fara07 Says:

    a’kum ckgu Narzuki..

    sy slalu buat silap semasa hndak mngimbangkan lejar..boleh x ckgu tunjukkn formula lejar??

  111. Cg Narzuki Says:

    Salam, sebenarnya tiada apa-apa formula untuk imbang dan tutup akaun lejar. Cuma kita kena faham apakah tujuan imbang dan tutup akaun lejar tersebut ? Jawapannya, nak cari BAKI AKHIR.

    Bagaimana nak cari BAKI AKHIR ? ….. Mestilah JUMLAH BESAR – JUMLAH KECIL. Dan BAKI AKHIR mestilah berada di sebelah JUMLAH BESAR. … Itu saja secara konsepnya.

    Contohnya,
    ……………………..Ak Penghutang
    Baki b/b ………… 300 … Bank ……… 200
    Jualan …………… 500 … Pulangan …100

    Sebelah mana yang BESAR ? …….. Debit 800, Kredit 300
    Berapa BAKI AKHIR nanti ? ……….. 800 – 300 = 500,
    Baki akhirnya disebelah mana ? …. DEBIT

    Jadi Ak Penghutang mesti berbaki DEBIT sebanyak RM500. Cuma Fara perlu kuasai cara untuk mencatat secara sistem perakaunan.

    Langkahnya :
    1. Masukkan Jumlah BESAR dalam baris JUMLAH.
    2. Cari beza 800 – (200+100)=500 …. BAKI H/B
    3. Pindahkan Baki h/b kesebelah Debit sebagai BAKI B/B.

    ……………………..Ak Penghutang
    Baki b/b ………… 300 … Bank ……… 200
    Jualan …………… 500 … Pulangan …100
    ………………………………. Baki h/b … 500 (Langkah 2)
    ……………………..800 ……………………800 (Langkah 1)
    Baki b/b …………500 (Langkah 3)

    Ok, itu saja, semoga penegangan Cg dapat membantu fara mengimbang dan menutup akaun dengan betul.

  112. eyka Says:

    salam…cikgu…
    saya x mahir nak tutup lejar lah…so,sye x leh nk wat imbangan duga…mcm mne nieh??
    then bnyk topik2 yg saya x leh nk kuasai lgi….
    lgi stu,saya minat akaun ni…tp,sye x tau lar knape sye x leh nk jwab soaln akaun dgn baik…

  113. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Dalam akaun, banyak kemahiran2 yang perlu dikuasai. Ilmu perakaunan tidak boleh dikuasai SEKALI GUS semua sekali, kita kena kuasai SATU PER SATU kemahiran2 tersebut, seperti rekod dalam BCP, pos ke Lejar, imbang dan tutup akaun lejar, sediakan ID dan sebagainya. Untuk menguasai kemahiran2 tersebut kita tidak boleh TUNGGU2 untuk bertanya. Sebaik saja ada masalah terus TANYA kawan ataupun sebaik2nya tanya cikgu anda.

  114. edika Says:

    salam sejahtera. bolehkah cgu tolong dapatkan bentuk soalan asas perakauanan?

  115. Cikgu Ct Says:

    perlukah ajar kepada pelajar BCP dulu baru ajar lejar, kerana saya skip dulu topik BCP dan teruskan dengan bab lejar.. sebab ada cikgu senior di sekolah saya minta saya ajar bab lejar dulu..

  116. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan saya, sepatutnya kita ajarkan mengikut kitaran perakaunan sebenar, supaya pelajar betul2 faham akan proses/kitaran tersebut. Walau bagaimanapun bergantung kepada perancangan yang dibuat oleh cikgu masing2 asalkan memenuhi semua kehendak HSP.

  117. shahrul nizam Says:

    cg… saya pelajar dari SMKSYP1 dan saya mempunyai masalh untuk mengepos ke lejar dari buku tunai dan jurnal.. apakah tips2/ formula untk mengepos butir2 dlm buku tunai dan jurnal??? sila terangkan secara trperinci…

  118. Cg Narzuki Says:

    Perkara tersebut telah Cg terangkan dalam post diatas.

    Sila muat turun Bahan Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen

    Dengan berpandukan nota tersebut, cuba jawab beberapa set soalan dokumen. Jika masih ada masalah sila kemukakan kepada cg.

  119. Fadzil A Aziz Says:

    Saya bukan pelajar tetapi tengah belajar berniaga dan belajar tentang akaun perniagaan. Saya ingin bertanya CG :

    1. Saya keliru tentang Lejar Am dan Jurnal Am. Perkara apa yang perlu saya rekodkan ke dlm Lejar Am dan Jurnal Am. Adakah ada persamaan fungsi kedua2 dokumen ini atau ia adalah sama hanya berbeza penggunaan istilahnya.

    2. Perbelajaan tunai oleh pemilik perlu direkodkan dibahagian mana sebagai contoh Makan tengahari untuk diri sendiri bukan meraikan seseorang atau pelanggan.

    3. Apa perlu saya buat jika sesuatu perbelanjaan oleh pemilik itu kehilangan resit dan pemilik tidak ingat apa yang dibelanjakan. Apa yg perlu direkodkan dan bahagian mana?

    4. Apa itu aliran wang tunai, adakah ia sama dengan buku tunai?

    Diharap CG dapat membantu. Terima Kasih

  120. Fadzil A Aziz Says:

    Assalamualaikum CG.

    1. Apa yang dimaksudkan dengan Pulangan Jualan atau belian. Boleh CG berikan contoh.

    Terima kasih

  121. nazira Says:

    assalamualaikum,cikgu.saya nie lemah sikit nak buat buku tunai dan lejar.macammane yew nk buat????bg saya tips boleh tak.???terima kasih..

  122. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Cg cadangkan muat turun nota berikut :
    Cg Awang : Teknik Menjawab Soalan Dokumen sebagai panduan

  123. nabhar Says:

    salam cg..
    sy guru baru mngjar prinsip akaun…sy mmg blur nak ajar sbjek ni sbb sy kurang arif format pemarkahan terbaru..sy hrp cg boleh bantu sy dari segi tips format & pemarkahan sbjek ini.
    tqs cg…

  124. fuad Says:

    cg sya nk tanya markah untuk lejar berapa?

  125. fuad Says:

    sya bab dokumen…jurnal..buku tunai..semua dah ok..dh boleh ingt tapi yg lejar…susah nk ingt..then confius yg mana nk letak kt lejar…disebabkan sya x buat lejar ujian dianogstik gagal… dlam kelas kita org ada 32..yg lulus 11 org jer … pling tinggi pun 48…

  126. Cg Narzuki Says:

    Fuad,
    Markahnya bagi poskan ke lejar biasanya dalam 10 markah (ada dinyatakan dalam soalan).

    Secara mudahnya, apa yang ada TARIKH, NAMA AKAUN dan JUMLAH dalam setiap item dalam BCP perlu diposkan ke LEJAR masing2. Kena kuasai cara2 untuk pos ke lejar bagi setiap Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai, kerana ketiga2 ada caranya yang tersendiri…. cuba kuasainya satu persatu.

  127. farrah Says:

    salam alaik ckgu .
    sye stdent form 4 and skrg tngh stuck bhgian mcmana nk pos dri bku tunai ke lejar .
    cth :Jualan dan bank kat bku tunai.
    so dats mean bank tu debit dan jualan kredit . so kalau kat lejar saya kena buka acc. jualan lah kan ? dan letak bank dlm akaun jualan dekat bahgian kredit ? mcm tu ?

  128. Cg Narzuki Says:

    Jika dalam BT disebelah DEBIT, maka item tersebut diposkan ke lejarnya di sebelah KREDIT. dan begitulah sebaliknya.

    Item JUALAN dalam BT sebelah Debit lajur Bank, maka dalam AKAUN JUALAN catat disebelah KREDIT dan butirnya BANK.

  129. abel Says:

    assalammualaikum cikgu..
    saya mempunyai masalah dlam pengeposan ke lejar,,
    kadangkala saya keliru adakah ianya debit atau kredit..
    bagaimana harus saya atasi masalah ini??

  130. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Cara paling BERKESAN bagi menyelesaikan masalah ini, ialah dapatkan TUNJUKAJAR daripada guru anda di sekolah. Cuba kuasai satu persatu kemahiran pengeposan tersebut :
    1. Jurnal Am ke Lejar
    2. Jurnal Khas ke Lejar
    3. Buku Tunai ke Lejar
    Ini kerana setiap satunya mempunyai cara yang tersendiri.

    Sebagai panduan, boleh juga baca komen2 yang telah Cg kemukakan di ATAS.

  131. aishah Says:

    cikgu nk tanya sikit, cyew x faham lorh apa maksud belanja am???? and soalan saya ialah,

    Dis 13 terima resit untuk belanja servis alat penghawa dingin daripada syarikat teong hin RM75

    +SO CYEW KNEW BUKAK AKAUN BELANJA AM, LEKAPAN & lengkapan, syarikat teong hin kew??

    Dis 26 Membayar bil telefon dengan tunai Rm265

    + so cyew knew bukak akaun tunai nan belanja am kew???

    tolong help meh… (hrp bls secepat mungkin)

  132. Cg Narzuki Says:

    Aishah,

    Maaf, sila gunakan bahasa yang betul dalam mengemukakan soalan supaya rakan2 yang lain tidak keliru dan dapat memahaminya dengan mudah.

  133. fatin Says:

    salam cikgu narzuki,
    fatin nak tanya satu soalan jika beli barangan secara kredit daripada syarikat ABC, maka saya akan debit akaun belian dan kredit Akaun syarikat ABC…..dalam tajuk lejar akaun syarikat ABC, perlukah saya tulis akaun syarikat ABC atau Syarikat ABC sahaja tanpa nama akaun.
    Bagaimana pula Akaun Belian, jika tajuk lejar saya hanya tulis Belian sahaja tanpa nama akaun, adakah ini akan menjejaskan markah yang diperolehi.
    terima kasih

  134. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Bagi skop SPM, perkataan “Akaun” pada tajuk sesuatu akaun dalam Lejar, sama ada ditulis atau tidak adalah diterima. Ini kerana buku Lejar itu sendiri adalah khas untuk penyediaan akaun.

  135. fatin Says:

    terima kasih cikgu. bagaimana pula jika dalam spm, suruh kita sedia akaun pengasingan untung rugi tetapi saya sediakan dalam bentuk penyata, bolehkah?
    terima kasih

  136. Cg Narzuki Says:

    Akaun Pengasingan UR bukan akaun2 biasa yang disedaikan dalam Lejar. Ianya tergolong dalam kumpulan Akaun Penamat, yang mana boleh disediakan dalam bentuk “T” @ Akaun ataupun bentuk Penyata. Pada masa ini penyediaan akaun penamat dalam bentuk Penyata adalah digalakkan, walaupun dalam soalan menyatakan sediakan Akaun PUR.

  137. fatin Says:

    terima cikgu…selamat hari guru

  138. abel Says:

    assalammualaikum,cikgu..
    saya amat berterima kasih dengan nasihat yang cikgu berikan..
    saya amat gembira dengan pencapaian terbaru saya..
    SELAMAT HARI GURU,CIKGU!!!!

  139. Cg Narzuki Says:

    Fatin & Abel,
    Terima kasih atas ucapan tersebut. Semoga anda berdua beroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti, InsyaAllah.

  140. ain Says:

    assalamualaikum cikgu..
    1stly saya nk ucap selamat hari guru..

    cikgu, saya ada satu masalah dalam merekod maklumat dalam catatn pertama..saya konfius nk msukkn butir dalam buku catatn pertama..saya selalu tersalah msukkn butir ke dalam akaun..

    terima kasih cikgu..

  141. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Jika catatan butir dalam BCP silap, maka kemungkinan besar pos ke lejar juga akan silap. Cadangan Cg, cuba kuasai SATU PERSATU kemahiran2 berikut:
    1. Pengecaman dokumen – BCP yang mana satu.
    2. Merekod dalam BCP bagi setiap JA, JK dan BT.
    3. Poskan ke Lejar satu persatu – JA, JK dan BT
    4. Imbang dan tutup setiap akaun
    5. Sediakan Imbangan Duga.

  142. hesell Says:

    ‘beli perabot dgn tunai’ nak letak akaun mana? akaun tunai or akaun perabot ?

  143. Cg Narzuki Says:

    Setiap urus niaga akan memberi kesan kepada sekurang2nya 2 akaun, satu didebitkan dan satu lagi dikreditkan.

    Dalam kes ini:
    Debit – Akaun Perabot (… kerana Perabot bertambah)
    Kredit – Akaun Tunai (… kerana Tunai berkurang)

Leave a Reply