Kemahiran Belajar

KEMAHIRAN BELAJAR adalah merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek.
2. Memupuk disiplin belajar.
3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.
4. Meningkatkan daya ingatan.
5. Pengurusan masa yang berkesan.
6. Memantapkan pembelajaran individu.
7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri.
8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.
9. Meningkatkan pencapaian individu.

  • #1 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago


    Kaedah Belajar Berkesan

    1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
    2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
    3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
    4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
    5. Memahami apa yang dibaca.
    6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
    7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
    8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
    9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
    10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
    11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
    12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
    13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
    14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

  • #2 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    Teknik Belajar Berkesan
    (Oleh : Juiptri@tm.net.my)

    Pengenalan

    Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

    Teknik Belajar 5R-STUV

    1. Recopy [salin semula]
    2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
    3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
    4. Recheck [semak semula]
    5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

    1. S-sumarize [ringkaskan nota penting]
    2. T-test your self [uji diri anda]
    3. U-use [gunakan]
    4. V-visualize [bayangkan selalu]

    Teknik Belajar Secara Pembayangan

    Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak ‘akademik’ seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

    Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

    Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

    Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

    Teknik Belajar PV3R

    1. Preview (tinjauan awal)
    2. Question (soal diri)
    3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
    4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
    5. Review (tinjauan akhir)
    6. Sumarize (ringkaskan)
    7. Test your self (uji diri anda)
    8. Use (gunakan)
    9. Visualize (bayangkan)

  • #3 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    Pengurusan Masa

    Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

    1. Masa sebelum tidur – masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan.
    2. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
    3. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
    4. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
    5. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
    6. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
    7. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
    8. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
    9. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
    10. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
    11. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
    12. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
    13. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
    14. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
    15. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
    16. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
    17. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
    18. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
    19. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
    20. Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
    21. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

    * MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH.

    Lain-lain masa yang perlu diurus.

    1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
    2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
    3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
    4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
    5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
    6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
    7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
    8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

    Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

  • #4 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    Amalan Peningkatan Daya Ingatan

    1. Faham.
    2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
    3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
    4. Percaya pada diri sendiri.
    5. Ulang berkali-kali.
    6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
    7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
    8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

    AMALKAN SEMOGA BERJAYA

  • #5 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    RESEPI KEJAYAAN

    Bahan-bahannya;

    250 g Daya usaha

    100 g Kesabaran

    100 g Keimanan

    190 g Keinsafan

    150 g Pengorbanan

    150 g Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

    8 sudu the rasa tanggungjawab

    200 g senyum secukup rasa

    Cara-cara membuatnya:

    Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

    U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

  • #6 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    PANDUAN MENCATAT NOTA

    Pengenalan

    Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.

    Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.

    Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

    Mengapa perlu Membuat nota ?

    1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
    2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
    3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
    4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
    5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
    6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

    Nota daripada buku teks

    Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:

    1. Membantu pelajar memhami pelajaran
    2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
    3. Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

    Teknik Mencatat Nota

    Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:

    1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
    2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
    3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]

    What [Apa]
    Why [kenapa]
    When [bila]
    Where [di mana]
    How [bagaimana]

    4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
    5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

    Ciri-Ciri Nota Yang Baik

    1. Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
    3. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
    4. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
    5. Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
    6. Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
    7. Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
    8. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.

  • #7 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    STRATEGI MENJAWAB SOALAN

    Berikut adalah beberapa strategi menjawab yang boleh digunakan bagi soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:

    1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman/muka surat yang baru.
    2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab.
    3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai menjawab.
    4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.
    5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.
    6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu dibuat.
    7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.
    8. Peruntkkan masa bagi menjawab sesuatu soalan hendaklah sesuai dengan peruntuk markah bagi soalan berkenaan.
    9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.
    10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.
    11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.
    12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

    Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika menjawab soalan.

  • #8 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    KELEMAHAN-KELEMAHAN UMUM PELAJAR

    Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas Prinsip Akaun yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:

    1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
    2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.
    3. Cuai dalam membuat pengiraan.
    4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.
    5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
    6. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
    7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
    8. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.
    9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.
    10. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti.
    11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.
    12. Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.

  • #9 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    MENGURUS MASA BELAJAR
    Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

    Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda mestilah:

    1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 – 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 – 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.

    2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.

    3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.

    4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.

    5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

    6. Sediakan senarai tugas harian (“TO DO” lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey “Put first things first”.

    7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.

    8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.

    9. Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.

    10. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu proses memanggil semula maklumat.

    11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 – 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.

    12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

  • #10 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA
    Oleh DR. ISMAIL ZAIN

    PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.

    Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.

    Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.

    Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

    Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.

    Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-

    Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.

    Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.

    Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

    Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-

    Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu.

    Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut.

    Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya melalui pengalaman yang telah saya alami ketika memberi kursus kepada pelajar-pelajar untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.

    Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.

    Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya:-

    Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif.

    Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.

    Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar.

    Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.

    Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.

    Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk “Superbrain”, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat… “learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort…” yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

    Sumber : Utusan Malaysia

  • #11 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    TANGGAPAN DIRI POSITIF
    Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D – Laman MAP

    Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri.

    Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyakbergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya.

    Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya.

    Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, “orang itu tak boleh dipercayai”, semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan memerangkap diri sendiri.

    Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada.

    Tanggapan ini pula merujuk kepada peristiwa lampau dalam sejarah hidup kita. Misalnya, kalau kita diminta memberikan pidato umum, kita mungkin menolaknya dan memberikan seribu alasan semata-mata kerana dulunya kita pernah ditertawakan kerana pidato yang tidak menjadi. Sebaliknya, kalau kita tidak pernah langsung berpidato, kita merujuk kepada pengalaman rakan yang ditertawakan dan menggambarkannya sebagai diri kita sendiri.

    Kenapa tidak pelajari pengalaman mereka yang berjaya? Dapatkan idola dalam setiap bidang yang mahu diceburi. Misalnya, berani macam Anwar Ibrahim, bijak dan berwawasan macam Dr. Mahathir Mohamad, baik pekerti dan takwa macam Nik Aziz. Dengan gabungan beberapa individu di atas pastinya kita bakal menjadi orang yang jauh lebih baik. Dan sebaik-baik idola itu ialah junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

    Minda manusia ibarat sebidang tanah. Apa yang disemai itulah yang dituai. Kalau kita sentiasa terdedah dengan unsur-unsur yang baik, bergaul dengan mereka yang berjaya, hidup dalam persekitaran yang membina. Pastinya tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita mirip kepada kecemerlangan. Jadi semailah padi agar yang dituai nanti padi. Jangan semai lalang nanti yang tumbuh nanti juga lalang.

  • #12 written by ana
    about 6 years ago

    Slmt ptg ckgu,ckgu,sy memang susah nk faham apa sebenarnya akaun ni dan cara membuatnya.sy faham apabila embuatnya d sekolah tp apabila sy hendak mengulang kaji d rumah,saya jd blank.untuk pengetahuan ckgu sy tidak pernah lulus akaun sejak tingkatan4.sy tidak mahu mengecewakan ibu bapa sy krn hnya 4 bulan lg menjelang spm.bantulah sy untuk menyelesaikan masalah ini.

  • #13 written by Cg Narzuki
    about 6 years ago

    Ana, jangan mudah berputus asa masih ada lagi peluang untuk lulus walaupun masa hanya tinggal 4 bulan sahaja.

    Mulai sekarang Ana mesti menetapkan TARGET sebanyak 40% (sekurang-kurangnya) dalam peperiksaan SPM nanti. Sekiranya mencapainya, ana bukan sahaja akan LULUS (7D) kemungkinan besar akan mendapat KEPUJIAN (6C).

    Bagaimana caranya ?

    1. Pastikan Ana dapat menjawab Soalan 1 : Dokumen Sumber (iaitu 29 markah = 24%)

    - Dapatkan teknik menjawab soalan ini daripada guru anda.
    - Kuasai kemahiran menjawab dengan mendapat bimbingan guru dari semasa ke semasa.
    - Perbanyakkan latih tubi soalan tahun2 lepas dan minta tolong guru semak jawapan anda

    2. Pastikan soalan Kertas 1, Ana BETUL 20 daripada 40 soalan objektif (iaitu 20 markah = 17%)

    - Kertas 1 mengandungi 40 soalan yang terdiri daripada
    —- 24 soalan aras rendah,
    —- 12 soalan aras sederhana
    —- 4 soalan aras tinggi.
    - Jadi lakukan latih tubi beberapa set soalan tahun2 lepas, pastikan soalan pada ARAS RENDAH dapat dijawab.

    Sekiranya Ana dapat melakukannya
    Maka Ana akan mendapat, 24% + 17% = 41%. (kemungkinana besar mendapat gred 6C)

    Semoga sedikit panduan yang Cg berikan dapat membantu menyelesaikan masalah yang Ana hadapi. Dan Cg doakan semoga Ana akan berjaya.

  • #14 written by shafiq
    about 5 years ago

    cg, saya setuju cg kata jwp soalan yg mudah dahulu. tetapi bagaimana dgn soalan dokumen, kdg2 ia mangambil masa lebih dari 1/2 jam. kalau tk siap dan tk balance rasa mcm dh fail akaun. adakah soalan 1 dan 2 perlu dijawab dahulu sbb guru saya beritahu jika dpt jwb dgn baik 2 soalan ini ada harapan utk lulus. bagi pelajar yg lemah kalau sudah dpt jwb dua soalan ini, sudah baik pd mereka. tetapi ada kwn saya yg tak jwb langsung soalan no 2 semasa trial dahulu n pelajar tersebut fail. mereka lebih risaukan soalan2 lain drp soalan no 2. lebih2 lagi bila mereka tahu ada skima baru. bagaimana nasihat cg. tq

  • #15 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Shafiq,

    Memang tidak dapat dinafikan S1 dan S2 sangat penting untuk skor kerana kedua-duanya memberikan (48m) 40% daripada jumlah markah keseluruhan. Tujuan disarankan menjawab soalan mudah dahulu ialah ianya akan menjimatkan masa, Misalnya, S3 masa yang diperuntukkan 20 minit, jika soalan tersebut MUDAH bagi kita, maka kemungkinan hanya 15 minit saja masa yang akan digunakan. Oleh itu JIMAT 5 minit dan ianya boleh digunakan untuk menjawab / semak S1.

    S1 biasanya akan mengambil masa yang lebih sekiranya ID tidak seimbang kerana pelajar akan mengambil masa untuk menyemak / mengesan kesilapan yang berlaku. Katakan kesilapan tersebut hanya 1 markah, tetapi pelajar telah menggunakan masa 5 minit atau lebih untuk menyemak dan memperbetulkannya. Sedangkan masa tersebut boleh digunakan untuk menjawab soalan lain yang boleh memberikan 5 markah atau lebih. Jadi Cg cadangkan TERUS menjawab soalan lain walaupun ID tidak seimbang, dan lakukan semakan apabila semua soalan telah dijawab. ID tidak seimbang tidak semestinya hilang banyak markah, mungkin hanya 1/2 , 1 atau 2 markah sahaja.

    Skema baru sebenarnya banyak menguntungkan pelajar, markah lebih mudah diperolehi sekiranya pelajar INGAT FORMAT dan OPERASI + / – adalah betul. Nasihat Cg pastikan S1 dan S2 dikuasai dengan baik serta pastikan Kertas 1 betul sekurang-kurangnya 20 soalan.

  • #16 written by shafiq
    about 5 years ago

    tq ats nasihat cg yg sgt berguna di saat hampir dgn spm. saya akn gunakan kaedah cg utk dptkn extra masa utk semak semula jwpn. saya juga semakin yakin jwb soaln K1 dgn bantuan guru saya yg sentiasa membuat ulangkaji kertas 1 kerana katanya banyak tajuk yg dpt kami cover jika selalu buat latih tubi K1. tq cg.

  • #17 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Shafiq,

    Disaat2 akhir, banyak2lah jumpa cikgu anda, minta bimbingan dan nasihat. Dengan berbuat demikian akan menambahkan KEYAKINAN Shafiq dalam menjawab soalan SPM nanti. Ok. Good Luck.

  • #18 written by ameerul
    about 5 years ago

    cikgu,
    saya rase tertkan krana SPM dah dkt.
    lbih kurng 2minggu je lgi.
    saye da try blaja akauns sndiri tpi kurng pham.
    so,mcm mane nie?
    btw,bleh saye tau ape soalan ramalan thn ini?
    thnx!

  • #19 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Ameerul,

    Prinsip Perakaunan memerlukan bimbingan dan tunjukajar daripada guru, kerana banyak kemahiran yang perlu dikuasai seperti teknik2 menjawab tidak dinyatakan dalam mana-mana buku rujukan.

    Nasihat Cg, jawab soalan2 trial (daripada koleksi diatas) kemudian semak jawapan dengan skema yang disediakan. Serta cuba dapatkan bimbingan dan panduan daripada guru atau kawan2. Pastikan Soalan 1 dan Soalan 2 dapat dikuasai dengan baik.

    Berkaitan soalan ramalan, sila rujuk tips yang diberikan di BAWAH.

    Semoga Berjaya.

  • #20 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    TIPS BELAJAR

    Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari

    Belajar Untuk Belajar
    -Jangan Takut Pada Peperiksaan
    -Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
    -Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.

    Kenal Pasti Cara Belajar
    -Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
    -Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
    -Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.

    Teknik Belajar
    -Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
    -Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.

    Sikap Di Dalam Kelas
    -Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
    -Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.

    Masa Dalam Kelas Sangat Penting
    -Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
    -Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
    -Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

    Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
    -Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
    -Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.

    Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
    -Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
    -Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
    -Jangan Lupa Bawa Buku Teks
    -Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
    -Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

    Mendengar Secara Berkesan
    -Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
    -Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
    -Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.

    Belajar Merancang Masa
    -Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
    -Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
    -Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.

    Buat Jadual Waktu Belajar
    -Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
    -Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

    Bosan,Bosan Apa Ubat Nya
    -Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
    -Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
    -Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
    -Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

    Strategi Ulangkaji
    -Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
    -Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
    -Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
    -Bincang Dengan Rakan-Rakan

    Teknik Membaca
    -Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
    -Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

    Buat Nota Dengan Baik
    -Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
    -Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
    -Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
    -Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

    Manfaatkan Bahan Rujukan
    -Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
    -Kamus Inggeris-Melayu Dewan

    Persediaan Pada Hari Peperiksaan
    -Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
    -Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
    -Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
    -Tidur Dengan Cukup

    Menjelang Hari Peperiksaan
    -Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
    -Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
    -Pastikan Anda Tiba Awal
    -Elakkan Dari Berbual Kosong
    -Pastikan Semua Keperluan Cukup

    Persediaan Emosi
    -Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
    -Menjaga Hati Ibu Bapa
    -Tidak Bercinta
    -Terlalu Yakin
    -Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

    Persediaan Fizikal
    -Mengutamakan Kesihatan Badan
    – Tidak Tidur Larut Malam
    – Menjaga Keselamatan Diri
    – Makan Makanan Secukupnya
    – Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

    Persediaan Mental
    -Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
    -Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
    -Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

    Strategi Cemerlang Peperiksaan -1
    -Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
    -Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
    -Mengingati Tajuk
    -Buat Nota

    Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
    -Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
    -Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
    -Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
    - Mencari Sebab Tidak Tahu

    Mengatasi Persoalan Seperti
    -Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
    -Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
    -Subjek Ini Cukup Membosankan
    -Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat

    Persoalan – 2
    -Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
    -Terlalu Banyak Untuk Dihafal
    -Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
    -Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir

    Masa Depan Yang Cerah
    -Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
    -Kehidupan Yang Lebih Baik.

    Kata Hikmat
    -Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
    -Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.

    Kata Bestari
    -Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.

  • #21 written by masliza
    about 5 years ago

    salam… Cikgu di sini saya mohon bantuan untuk membuat jadual ulangkaji yang berkesankerana saya calon persendirian spm. akan ambil peperiksaan pada 2010. untuk makluman cikgu sudah 13 tahun tidak belajar dan hampir lupa kesemuannya. hanya mengambil sunjek teras iaitu 12 kertas…
    mohon bantuan cikgu… wassalam.

  • #22 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Masliza,

    Tempoh 13 tahun suatu jangka masa yang panjang, berbagai-bagai perubahan boleh berlaku seperti Huraian Sukatan Pelajaran, Format Pentaksiran Soalan SPM dan sebagainya. Pandangan Cg, cuba dapatkan panduan dan bimbingan daripada guru bagi setiap subjek yang diambil.

    Dibawah ini Cg nyatakan salah satu teknik membuat jadual belajar sebagai panduan Masliza. Semoga ianya membantu.

    TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR

    JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa . Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri , untuk memanfaatkan masa yang terluang . Setelah ditolak masa di sekolah , masa tidur , masa bersukan , masa makan , masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain .

    Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian . Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon . Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza .

    LANGKAH PERTAMA dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar . Contohnya

    Hari Ahad :
    9.00 pagi – 10.00 pagi
    10.30 pagi – 12.00 tengah hari
    2.00 petang – 3.30 petang
    3.30 petang – 5.00 petang
    8.30 malam – 10.00 malam
    10.00 malam – 11.30 malam

    Hari Isnin :
    2.30 petang – 4.00 petang
    4.00 petang – 5.30 petang
    8.30 petang – 10.00 malam
    10.00 malam – 11.30 malam

    LANGKAH KEDUA , ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran , berdasarkan kepentingan dan kelemahan diri .

    Contohnya :
    Matematik – 4 kali seminggu
    Bahasa Inggeris – 2 kali
    Sejarah – 4 kali
    dan seterusnya

    LANGKAH KETIGA , ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas .

    PERINGATAN :
    1. Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar, berbeza mengikut hari, maka jadual belajar perlu dibuat berasingan . Iaitu setiap hari .
    2. Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.
    3. Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja . Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
    4. Pematuhan kepada jadual , tidak semestinya 100% , kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga .

  • #23 written by dayana
    about 5 years ago

    saya nak tahu mcm mane nk buat jadual belajar di rumah?saya tak de idea nak buat jadual dan tak tau bagaimana caranya.bolehkah tuan tunjukkan saya.

  • #24 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Dayana,

    Teknik menyediakan jadula belajar telahpun Cg nyatakan diatas, sila ikut satu persatu langkah2 yang diberikan. Bentuknya lebih kurang jadual waktu persekolahan.

  • #25 written by aidil
    about 5 years ago

    salam cikgu..

    nie lari dari topik.. minta maaf yer.
    nak tanya macam mana nak ambil spm sistem terbuka nie.
    untuk menggantikan subjek lain.maksud saya ganti subjek yang gagal tu.. sekarang nie betulker tak ada kertas julai lagi..

    teima kasih cikgu..

    Regards
    ai

  • #26 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Aidil,

    Kalau tak silap Cg Sistem Persijilan Terbuka SPM telah bermula tahun 2000 lagi. Di mana pelajar dapat mengambil sehingga 21 subjek (kalau tak silap) dalam satu tahun. Tetapi disekolah biasanya menawarkan 9 hingga 11 subjek sahaja (termasuk 5/6 subjek teras), selebihnya kena belajar sendiri. Cg tidak pasti berkaitan peperiksaan kertas julai, samada masih ada atau tidak.

  • #27 written by hana
    about 5 years ago

    cikgu..

    sy kurg gemar dgn subjek sejarah..krn ia sgt bnyk dan kdgkala mngantukkan sy..sy tak tahu teknik mmpelajarinya..bab 1 ting.4 pun tak habis lagi..bila sy dah bace sy akan lupa krn bnyk lagi subjek yg prlu sy bace..asik ulang je bnyk kali..sy ambil 11 sbjek pd thun 2009 ini…kalau nak buat nota tu rasanya mcm tak sempat je…boleh tak cikgu beritahu cara belajar sejarah agar kita lebih minat dan cepat ingt..secara individu dan dlm bntuk study group..

  • #28 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Hana,

    Cg cadangkan Hana kemukakan masalah ini kepada cikgu sejarah, kerana beliau lebih mengetahuinya. Cuba layari blog cikgu sejarah berikut :

    Blog Cikgu Adie’s
    http://akulelaki.wordpress.com/

  • #29 written by ela
    about 5 years ago

    salam cg..
    bley tlg sy x..
    sy nk stdy cma kalu bab yg mghafal ne…
    kira sma sbjek pun byk kna hfl..
    trutama pa,eko,sej…
    cmna crya nk bhgkan time mghafal n nk wat latih tubi???

  • #30 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Hana & Ela,

    Sila rujuk panduan lengkap yang telah diberikan di atas, antaranya :
    1. Kaedah Belajar Berkesan
    2. Teknik Belajar Berkesan
    3. Pengurusan Masa
    4. Amalan Peningkatan Daya Ingatan
    5. Panduan Mencatat Nota
    6. Mengurus Masa Belajar
    7. Penggunaan Peta Minda
    8. Tips Belajar

    Kesemua panduan tersebut dikemukakan oleh Pakar2 Motivasi, jadi anda hanya perlu BACA, PILIH dan AMALKAN apa yang diperkatakan.

  • #31 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    KEMAHIRAN BERTANYA DALAM PEMBELAJARAN

    1. Bertanya atau diam ?

    Rajin bertanya luas pengetahuan, malu bertanya sesat jalan.
    Pertanyaan penting bagi mengatasi masalah kurang faham. Murid-murid selalu atau pernah memerhatikan kanak-kanak kecil (adik-adik kita umpamanya) mempunyai tabiat yang baik sekali terhadap proses pembelajaran, iaitu sering bertanya apabila mereka mempunyai masalah.

    2. MENGAPA bertanya ?

    Kurang faham sesuatu konsep
    Kurang pasti apa yang dibaca, didengar, dilihat.
    Tidak faham tentang istilah yang guru gunakan
    Untuk mendapatkan jawapan
    Untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada guru

    3. Mengapa MALU bertanya ?

    Rasa rendah diri
    Tidak yakin pada diri sendiri
    Merasakan orang lain lebih padai
    Bimbang ditertawakan oleh rakan
    Bimbang orang lain akan mengatakan kita tidak tahu

    4. Apakah yang hendak ditanya ?

    Perkataan baru
    Istilah baru
    Gambarajah yang kabur
    Formula yang rumit
    Konsp yang tidak difahami
    Penggunaan formula / rumus

    5. BAGAIMANA mengemukakan soalan ?

    Mulakan dengan : maafkan saya cikgu….
    Cikgu, apa makna …………..
    Cikgu, bagaimana ia berfungsi ?
    Cikgu, bagaimanakah ………
    Cikgu, boleh ulangkan cara penyelesaian tadi ?
    Cikgu, mengapakah ia berubah ?
    Cikgu, minta jelaskan sekali lagi tentang ………
    Sudahkan pertanyaan dengan : terima kasih, cikgu……

    Sumber : Laman Aspirasidiri

  • #32 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    TEKNIK MENDENGAR BERKESAN

    1. Bersedia

    Tetapkan matlamat / harapan ibu bapa
    Menanam minat terhadap mata pelajaran
    Menanam minat terhadap guru yang mengajar
    Tidak penat
    Tidak mengantuk

    2. Peralatan yang mencukupi

    Alat tulis / buku nota
    Buku ruukkan / teks
    Kertas nota

    3. Duduk dekat dengan guru

    Mendengar dengan jelas (dapat lebih tumpuan)
    Senang bertanya

    4. Ulang kaji tajuk awal

    Bacaan awal (sebelum menghadiri kelas / waktu malam)
    Dapat menjangka awal perkataan / istilah / rumus penting

    5. Aktif dan diam

    Ambil bahagian dalam perbincangan
    Jika tidak faham bertanyalah segera
    Diam dalam makna memberi sepenuh perhatian (memudahkan pemahaman)

    6. Elak gangguan

    Berbual / bermain / ingat perkara lain / berkhayal
    Alih perhatian / prasangka

    7. Catat nota

    Ringkas dan padat ( kg : kampung)
    Tulis cepat dan jelas
    Gunakan simbol yang boleh difahami ( contoh : > lebih )

    Sumber : Laman Aspirasidiri

  • #33 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    MENGGARAP KEMAHIRAN MEMBACA

    1. Membaca secara BERHATI-HATI

    Beri tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dibaca
    Pastikan dapat memehami isi / fakta penting dalam bahan bacaan
    Elakkan gangguan (radio, televisyen, bunyi bising, sms, mms)
    Ulang jika tidak memahami apa yang dibaca

    2. Membaca secara MENYELURUH

    Dari pengenalan hingga ayat terakhir. Jangan memilih sebahagian topik sahaja. Setiap isi saling berkaitan
    Perhatikan juga gambar, gambarajah, graf, jadual, peta minda dan sebagainya

    3. Membaca secara BERULANG-ULANG

    Membantu mengingat isi / fakta dengan lebih baik
    Menggelakkan dari tertinggal fakta-fakta penting

    4. Membaca dalam SUASANA SELESA

    Lampu terang / tenang / sunyi /
    Udara segar dan mencukupi
    Suhu bersesuaian
    Pengudaran yang baik / kipas / arcond

    5. Berada di dalam KEADAAN SELESA

    Badan sihat, kalau demam, makan ubat dan berehatlah dahulu
    Duduklah dalam keadaan tegak dan bersandar pada kerusi
    Elakkan daripada berbaring / menyarap

    6. Baca secara BERPERINGKAT

    Peringkat permulaan : Baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhannya.
    Peringkat seterusnya : Membaca untuk mendapatkan maklumat.

    7. Cuba BENTUK Soalan ketika membaca

    Uji Kefahaman / ingatan : 5W 1H ( What, When, Where, Why, Who, How)
    Apa ? bila? di mana ? kenapa ? siapa ? bagaimana ?.

    8. CATATKAN isi yang dibaca

    Mengukuhkan ingatan
    Dapat mengelak daripada mengantuk

    9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca

    Pen, highlither, kamus, penanda buku, kertas conteng
    Tandakan isi penting dengan highlither
    Gunakan kamus untuk istilah sukar

    Sumber : Laman Aspirasidiri

  • #34 written by noor
    about 5 years ago

    salam,
    saya ingin bertanya… apabila peperiksaan makin hampir amalan rohani apakah yg perlu diamalkan? Patutkah saya:-
    1. Solat hajat
    2. Solat tahajud
    3. Membaca alquran
    4. Berpuasa sunat semasa peperiksaan sedang dijalankan.

    Terimakasih

  • #35 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Noor,

    Itulah yang sebaik2nya, perbanyakkan amalan kerohanian, sesungguhnya ianya akan memberikan kita ketenangan dan keharmonian. Sentiasa berdoa kehadrat Illahi dan perbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW.

    Tetapi adalah lebih baik jika amalan2 tersebut dimulakan dari sekarang secara istiqamah. Kerana matlamat hidup kita bukan setakat berjaya dalam peperiksaan SPM sahaja, malah lebih jauh daripada itu.

  • #36 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    TIGA STRATEGI UNTUK RAIH KEJAYAAN CEMERLANG
    Oleh Ahmad Zabidi Hitam

    KETUA Wilayah Tengah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Mohamad Nasip Saiat menggariskan tiga strategi untuk diamalkan pelajar bagi meraih kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

    Strategi itu ialah sentiasa menghormati Allah termasuk sentiasa melakukan suruhanNya, tidak derhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan hormat guru.

    “Kalau hendak berjaya dalam pelajaran, pelajar perlu melaksanakan semua panduan ini, selain konsisten ketika mengulangkaji pelajaran.

    “Pelajaran dapat mengubah masa depan seseorang, menjamin masa depan lebih cemerlang dan mampu meningkat kualiti kehidupan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Skor A PMR di Wisma Felcra, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Turut hadir Pengurus Yayasan Bank Rakyat, Rafidah Yaakop, Pengurus Bank Rakyat cawangan Angkasaraya, N Huzaimi Abdul Halim dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Zainor Said.

    Seramai 250 peserta di kalangan anak anggota bank itu dan ahli koperasi sekolah terpilih sekitar Kuala Lumpur menyertai seminar sehari anjuran bersama akhbar sisipan Minda terbitan Berita Harian.

    Program bimbingan guru berpengalaman yang juga penulis Fokus PMR akhbar itu memberi pendedahan peserta mengenai teknik menjawab soalan secara tepat dan berkesan.

    Mohamad Nasip berkata, pelajar juga dinasihat jangan meminggirkan Bahasa Inggeris kerana subjek itu penting khususnya ketika di universiti.

    “Sebaliknya mereka perlu belajar bersungguh-sungguh, sekali gus cemerlang dalam peperiksaan bagi menjamin masa depan yang gemilang,” katanya.

    Sumber : Berita Online 10/04/2009

  • #37 written by eila
    about 5 years ago

    salam..cgu brksn ke stdy last2 mnit??

  • #38 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Eila,

    Prinsip Perakaunan merupakan ilmu yang memerlukan pelajar FAHAM, INGAT FORMAT, LATIHAN dan KEMAHIRAN/TEKNIK MENJAWAB. Disaat2 akhir, untuk faham dan ingat format mungkin boleh TETAPI untuk menguasai kemahiran menjawab adalah tidak mungkin. Kerana kemahiran tersebut tidak boleh diperolehi melalui bacaan dan hafalan tetapi melalui LATIHAN dan BIMBINGAN GURU yang berterusan. Sebagai perbandingan, untuk menjadi ahli sukan yang berjaya, adakah dengan hanya melakukan latihan disaat2 akhir sahaja akan dapat menguasai semua kemahiran dengan baik ?

    Untuk mencapai KECEMERLANGAN, PERSEDIAAN AWAL adalah KUNCINYA.

  • #39 written by ZAHRAH
    about 5 years ago

    salam…
    Saya pelajar perakaunan di KMPP.setelah saya menjalani kehidupan di KMPP selama lbh krg 5 minggu,kadang2 saya rasa tertekan.apa yang harus saya lakukan?ini kerana keputusan kuiz saya juga tidak memberansangkan…
    please tlg saya…
    thanks a lot…

  • #40 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Zahrah,

    Anda rasa tertekan mungkin disebabkan oleh : Apa yang anda belajar sekarang “seolah-olah” tidak sama dengan apa yang awak belajar di sekolah dulu. Kadang2 awak rasakan kawan yang tiada basic akaun lebih baik daripada anda yang ada basic.

    Sebenarnya apa yang dipelajari sama saja , cuma ISTILAH2 yang digunakan agak berlainan sedikit tetapi merujuk kepada perkara yang sama. Contohnya Akaun Belum Terima = Penghutang, Akaun Belum Bayar = Pemiutang. Susutnilai Terkumpul=Peruntukan Susutnilai. Belanja Prabayar= Belanja Terdahulu… dll.

    Semasa SPM catatan pelarasan tidak diajar sediakan Jurnal Am seperti sekarang. Anda juga didedahkan dengan penggunaan Lejar Am dan Lejar Subsidiari. Format Lejar berbentuk “T” dan LAJUR juga diperkenalkan.

    Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai bagi mengantikan Buku Tunai. Format Jurnal Khas lain sedikit.

    Mungkin disebabkan perkara2 diatas, anda jadi KELIRU dan TERTEKAN. Nasihat Cg adakah study group untuk membincangkan sebarang permasalahan yang timbul disamping dapat menghilangkan sedikit rasa tertekan. Serta gunakan sebaik mungkin waktu tutorial untuk bertanya.

    Zahrah juga boleh muat turun nota2 matrik sebagai bahan rujukan yang telah Cg sediakan diSINI.

    Kalau tak silap ada anak didik Cg di sana, namanya
    NURUL AFIQAH BT CHE RAZAMI dari Kelantan.

    Percayalah kalau SPM boleh CEMERLANG, Matrik juga pasti boleh CEMERLANG. Berusahalah Bersungguh2. InsyaAllah Berjaya.

  • #41 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    CALON SPM PERLU BUAT PERSEDIAAN MENTEL, FIZIKAL
    Oleh Basir Zahrom

    SELAIN mengulang kaji, pelajar juga perlu menunjukkan komitmen tinggi serta membuat persediaan mental dan fizikal sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, kata Pegawai Pelajaran Daerah Mukah, Abdul Wahab Sepawi.

    Selain itu, katanya, calon peperiksaan berkenaan juga perlu berusaha dan memperlihatkan hasil daripada pelbagai kemudahan disediakan untuk membantu mereka berjaya dalam pelajaran.

    “Contohnya, jangan anggap seminar peperiksaan yang dianjurkan ini dengan mudah memberi kejayaan, sebaliknya pelajar perlu memanfaatkannya bagi mendapatkan hasilnya.

    “Pelajar perlu berusaha gigih bagi memperlihatkan hasil daripada pelbagai kemudahan yang disediakan untuk mereka.

    “Sehubungan itu, segala tunjuk ajar penceramah hendaklah dimanfaatkan kerana program ini peluang keemasan pelajar meningkatkan penguasaan kemahiran,” katanya pada majlis perasmian Seminar Skor A SPM anjuran Yayasan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) di Mukah, Sarawak, baru-baru ini.

    Sumber : Berita Harian Online 23/07/2009

  • #42 written by farah hawani
    about 5 years ago

    assalamualaikum,
    cg sy nak tahu ttg konsep kemahiran belajar dan kepentingannya..

  • #43 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    Farah Hawani,

    KEMAHIRAN BELAJAR adalah merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.

    KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
    1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek.
    2. Memupuk disiplin belajar.
    3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.
    4. Meningkatkan daya ingatan.
    5. Pengurusan masa yang berkesan.
    6. Memantapkan pembelajaran individu.
    7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri.
    8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.
    9. Meningkatkan pencapaian individu.

  • #44 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    TIPS MEMUDAHKAN PEMAHAMAN SEWAKTU BELAJAR

    Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini, anda telah berhempas pulas mengulangkaji sehari sebelum ujian bulanan berlangsung. Malangnya sewaktu di dewan peperiksaan, soalan ujian itu seperti tidak terjawab kerana segala fakta yang dibaca hilang entah kemana……..
    Satu persoalan, adakah anda faham apa yang anda baca? Sebenarnya pemahaman berkait rapat dengan pengingatan. Untuk mengingati suatu fakta dengan mudah, kita harus memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk mengingatinya. Disini tersenarai beberapa teknik mengingati suatu fakta dengan sistematik dan mudah. Sebenarnya setiap orang mempunyai otak yang sama hanya bergantung kepada cara individu menggunakannya.

    1. Berbisik sendirian boleh membantu menguatkan ingatan
    - Apabila anda cuba menghafal sesuatu fakta, anda boleh menukarkannya kepada bahasa dan berbisik kepada diri sendiri. Ini dapat mengukuhkan ingatan anda.

    2. Untuk fakta yang tidak harus dilupakan, mesti dihafal pada keadaan sekitar yang lain dari biasa.
    - katakan suatu fakta yang agak penting untuk matapelajaran tertentu, maka anda harus menghafalnya dengan baik ditempat yang lain dari biasa. Contohnya menghafal dihadapan cermin atau didalam bilik air. Dengan memikirkan keadaan tersebut, secara tidak langsung anda teringat fakta berkenaan.

    3. Kaitkan fakta yang sukar diingati dengan objek-objek yang selalu dijumpai.
    - Cari apakah barang yang paling selalu anda lihat. Apabila sukar menghafal sesuatu fakta, kaitkan dengan barang tersebut. Dengan itu, fakta itu tidak mudah luput.

    4. Buat ulangkaji matapelajaran yang dipelajari dalam jangkamasa 9 jam.
    - Mengikut kajian, hanya 35% atau 2/3 daripada fakta yang dihafal kekal dalam ingatan dalam jangkamasa 9 jam. Oleh itu, dalam masa 9 jam selepas mempelajari sesuatu pelajaran, anda harus mengulangkaji sekali lagi untuk meningkatkan tahap ingatan anda.

    5. Ingatan lebih jelas jika gerakan disertakan.
    - Semasa belajar sejarah, anda mungkin bosan dengan nama tokoh atau tahun yang perlu diingati. Apabila keadaan ini berlaku, anda boleh berdiri dan cuba melakukan beberapa gerakan yang berkaitan dengan tokoh berkenaan. Dengan itu, anda dapat mengingatinya dengan lebih berkesan.

    6. Pengetahuan yang ada mesti digunakan, barulah menjadi kepunyaan.
    - Seringkali ada orang bertanya, ” Ingatan saya lemah, apakah yang patut saya lakukan?” Sebenarnya, manusia akan melupakan sesuatu untuk mengingati sesuatu yang lain. Sesuatu yang diperlukan akan kekal dalam ingatan dan yang tidak digunakan akan dilupakan. Oleh itu, jika anda mahu apa yang dipelajari kekal dalam ingatan, anda harus sering menggunakannya.

    7. Cara pembelajaran ke depan tiga langkah dan undur dua langkah dapat memperkuatkan ingatan.
    - Anda boleh membahagikan apa yang anda hendak pelajari kepada tiga bahagian. Selepas menghabiskan bahagian utama, terus ke bahagian kedua. Apabila tamat bahagian kedua, ulangi bahagian pertama dan baca bahagian kedua dan seterusnya. Apabila habis bahagian ketiga, kembali membaca kesemua bahagian. Dengan ini anda pasti dapat mengingati fakta penting dan memahaminya dengan bagus.

    8. Membuat catatan kesilapan dapat mengelakkan kelemahan mudah lupa dan susah untuk mengingati.
    - Menganggap peperiksaan atau latihan sebagai jalan untuk mencari kesilapan diri, baru ada maknanya. Tetapi manusia sering melupakan sesuatu yang dibencinya atau yang tidak berfaedah kepadanya. Untuk mengelakkan keadaan ini, buat catatan kesilapan yang dilakukan semasa latihan atau peperiksaan. Misalnya, anda boleh melekatkan soalan yang salah dijawab dalam sebuah buku latihan dan tuliskan jawapan sebenar di tepi soalan. Cara ini dapat membantu mengenalpasti kesilapan anda.

  • #45 written by Cg Narzuki
    about 5 years ago

    MENGGUNAKAN OTAK ORANG LAIN

    Jangan salah tafsir maksud ayat diatas. Teknik menggunakan otak orang lain ialah menceduk cara pembelajaran dan pengetahuan yang ada padanya untuk kegunaan diri sendiri. Pergaulan yang baik adalah perlu untuk menggunakan cara ini.

    a) Pandai bercakap tidak setanding pandai mendengar
    - Tidak kira siapa pun orang ternama, mereka merupakan orang yang mahir mendengar. Melalui itu, mereka mengumpul banyak maklumat dan menggunakanya atas kerjaya diri sendiri dan mencapai kejayaan. Oleh itu, jika anda hendak menggunakan otak kawan atau guru, anda mesti menjadi seorang yang mahir mendengar.

    b) Mendengar pengalaman kegagalan lebih baik daripada pengalaman kejayaan.
    - Pengalaman kejayaan seseorang biasanya lebih menumpukan keputusannya dan mengabaikan proses kejayaannya. Sebaliknya jika mendengar pengalaman kegagalan, biasanya akan dijelaskan sebab menghadapai masalah dan kesilapan yang dilakukan dengan teliti. dan tentunya anda tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman kegagalan petunjuk jalan kejayaan.

    c) Maksud belajar ialah teknik mencuri kaedah pembelajaran dan pengetahuan orang lain.
    - Belajar adalah mengumpul maklumat kemudian menukarkannya menjadi pengetahuan diri sendiri dan seterusnya menggunakannya. Oleh itu, cara yang paling cepat dan tepat ialah mencuri teknik atau pengetahuan orang lain. Sasarannyaguru, abang , kakak, rakan dan sebagainya. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti mendapatkan pandangan kawan tentang soalan atau topik tertentu dan kesimpulan yang dibuat olehnya.

    d) Menggunakan otak orang lain dapat mengenalpasti kelemahan diri
    - Kandungan nota ialah isi dan maklumat penting dari buku rujukan dan teks. Ia memudahkan proses mengulangkaji. Sekiranya ia dapat ditukar-tukar dengan kawan, anda dapat menukar maklumat yang tidak terdapat dalam buku nota masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti kelemahan sendiri.

    e) Menggunakan perbincangan kumpulan kecil dengan betul, membolehkan anda menggunakan otak orang lain untuk belajar
    - Kelemahan pembelajaran dalam kumpulan kecil ( study group ) adalah disebabkan tiada kerjasama antara ahli. Jadi pilihlah seorang ketua yang berdaya maju dan berdedikasi dari segi pelajaran dan bertanggungjawab mengajar cara penbelajaran bukan apa yang perlu dipelajari. Ketua akan membahagikan projek kepada setiap ahli kumpulan dan perbincangan tentang jawapan yang tepat dilakukan. Kesimpulannya, kita dapat menerima lebih pandangan dari pelbagai sudut dan lebih memahami pembelajaran.

    f) Membuat ramalan soalan, libatkan lebih ramai kawan.
    - Jika peperiksaan hampir tiba, antara langkah yang dilakukan ialah membuat ramalan soalan. Tetapi kadangkala soalan tidak menyeluruh dan tidak tepat, kumpulkan soalan ramalan yang dibuat oleh rakan dan buat perbandingan.

    g) “Guru” merupakan buku rujukan terbaik.
    - Semasa dalam kelas, anda harus meneliti penerangan guru dan buat catatan fakta yang dititik beratkan. Buat ulangkaji. Jika ada kemusykilan, rujuk kepada guru terbabit untuk penerangan yang jelas ataupun dapatkan nasihat tentang contoh latihan dan buku kerja yang sesuai digunakan. Dengan kata lain, guru merupakan rujukan terbaik.

  • #46 written by mawaddah
    about 4 years ago

    salam ckg….
    rasa bertuah sgt terbuka laman ni…b4 this, i dont know about this website….
    sy dh 2 thn mlepasi fasa SPM…skrg sy amek prguruan….
    apa yang merungsingkan sy, adik sy bkl menduduki SPM pd thn ni….disebabkan result SPM sy yang merudum berbanding result sy sblum ni (sy dpt 5A UPSR n 8A PMR, tp hnye dpt 5A je dlm SPM), adik sy jd tension…
    dia nk dptkn result yg cmrlg….dia takut sbb result UPSR n PMR dia lg rndh dr sy…dia bimbang result SPM dia lg truk dr sy….dia terlalu hardworking smpai slalu sakit2.bagaimana sy nk nasihatkan dia spy bertenang dan hadapi SPM dgn hati yang tenang?

  • #47 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Mawaddah,

    Cg bukan seorang kaunselor untuk memberikan nasihat. Namun sedikit pandangan daripada Cg, pertama, yakinkan beliau bahawa pencapaian UPSR & PMR bukannya penentu kepada pencapaian SPM nanti. Kuatkan azam, semangat untuk mencapai kecemerlangan. Ketenangan akan diperolehi dengan meningkatkan keyakinan diri dan melakukan persediaan awal, serta perbanyakkan selawat ke atas Nabi dan solat hajat.

    Cg cadangkan dapatkan tips2 bagi menghadapi peperiksaan yang telah Cg sediakan di TIPS PEPERIKSAAN untuk dijadikan panduan kepada beliau.

  • #48 written by oliv
    about 4 years ago

    jangan lah sesekali belajar last minit

  • #49 written by Atin
    about 4 years ago

    salam..Dr.result trial sy bg sbjek teras ok..tp bg elektif truk sgt..sy ambk aliran sn tulen..ad pluang ke untk sy dpt result yg baik untk spm t??adkh sy prlu truskn untk ambk aliran sains apbila menyambung plajaran??jika tidak,aliran pe yg ptut sy ambk?

  • #50 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Atin,

    Jangan putus asa, teruskan berusaha, buat sehabis baik, perbaiki setiap kelemahan, dan yakinlah peluang untuk mendapat keputusan yang cemerlang tetap ada.

    Bagi menjawab soalan seterusnya, sila baca artikel berikut
    Kemana Selapas SPM?” (klik).

  • #51 written by suelaiza
    about 4 years ago

    nak tip2 bjye dlm akaun

  • #52 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Sila baca tips2 kemahiran belajar yang telah Cg kumpulkan diATAS. Sesuai digunakan untuk semua subjek.

  • #53 written by anis
    about 4 years ago

    salam..ckgu,,macam mana nk uruskn masa dgn bijak??sya selalu membuang masa tapi x tahu cara untuk mengurus masa yang ada dgn bijak..

  • #54 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Salam, sila rujuk post berkaitan Pengurusan Masa di atas.

  • #55 written by anis
    about 4 years ago

    terima kasih ckgu..thnx a lot!!salam..

  • #56 written by yusli
    about 4 years ago

    cg zuki, mcm mana nak contact cg, buton contct us tak jumpa. ada emel tak. sbb tak kena pula klu komen dlm pos.tq

  • #57 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Ok, boleh emailkan kepada cgnarzukionline@gmail.com

  • #58 written by annum
    about 4 years ago

    mcm mne nak jd plajar yg cmrlang akaun????

  • #59 written by wAn
    about 4 years ago

    askum ckgu..i wnt 2 ask u smthng..mcm mne kte na jd expert ble mMbuat ssUatu kje akaun????

  • #60 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Annum & Wan,

    Sila baca artikel2 berkaitan kemahiran belajar yang telah Cg sediakan di atas, Ianya sesuai digunakan untuk cemerlang dalam semua subjek jika diamalkan dengan betul.

  • #61 written by nurazmi asyraff
    about 4 years ago

    assalamualaikum cikgu..
    saya pelajar lepasan spm 2010..selepas ini saya akan menyambung jurusan keewangan dan perbankan islam..
    jadi, saya ingin meminta nasihat cikgu apekah yang perlu saya lakukan sekarang nie bg membut persediaan an sebelum memulakan pelajaran lajutan tersebut???
    adakah saya perlu belajar dahulu sukatan pelajaran yg akan diajar agar sy mudah faham pd masa akan datang??
    SEKIAN TERIMA KASIH CIKGU ATAS KESUDIAN CIKGU MEN OLONG SAYA YG KEBUNTUAN INI..

  • #62 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Waalaikumussalam,
    Kemahiran belajar diperingkat sekolah ataupun di peringkat IPT hampir sama sahaja. Cadangan Cg, baca artikel2 berkaitan KEMAHIRAN BELAJAR yang telah Cg sediakan diATAS, pilih mana2 yang sesuai dan amalkan. Dan cuba dapatkan sebuah buku tulisan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bertajuk “Rahsia Cemerlang di IPT” yang terdapat dipasaran RM9.00.

    Buku ini merupakan ringkasan daripada buku “Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang”. Tip dan amalan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah dan santai. Sebuah yang “MESTI BACA” oleh pelajar IPT atau anda yang akan menjejakkan kaki di menara gading. PERTEMPURAN baru di alam IPT tidak sama dengan perjuangan mendapatkan SPM di sekolah menengah. ‘Musuh’ yang dihadapi lebih ‘kejam’, ‘ganas’ dan ‘tangkas’. Lengkapkan diri anda ini dengan ‘senjata-senjata’ baru dan canggih, buku ini disusun sebagai combat-kit menghadapi ‘peperangan’ ini.

    … sebagai tambahan, baca petua2 berikut:

    35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI Dr FADZILAH KAMSAH

    1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

    2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    - kita ingat 10 % apayang dibaca
    - kita ingat 20% apa yang didengar
    - kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    - kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    - kita ingat 90% setelah dipraktikkan

    3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

    4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

    5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    - pastikan cahaya adalah terang
    - kurangkan gangguan bunyi
    - tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    - tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    - kerusi dan meja menghadap kiblat
    - jangan lupa untuk senyum

    6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

    7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

    8. Tahu teknik merangsang memori:
    - memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    - menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    - mengingat kembali (recall)
    - menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

    9. Sentiasa awal dan mendahului:
    - persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    - pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    - belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    - untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

    10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

    11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    - duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    - memberikan tumpuan sepanuhnya
    - menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    - menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

    12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

    13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

    14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

    15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

    16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

    17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

    18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

    19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

    20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

    21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

    22. Tahu petua mengulang kaji
    - cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    - siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    - duduk tegak dikerusi yang selesa
    - baca doa penerang hati
    - baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    - fikir dan ingat kembali isi utama
    - catat/lakar
    - semak semula ketepatan maklumat
    - ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    - buat rumusan
    - jawab soalan
    - tampal maklumat yang rumit di dinding
    - baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

    23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

    24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    - jangan makan kepala ikan
    - jangan makan organ dalaman
    - jangan minum semasa makan
    - jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    - jangan melihat kemaluan
    - jangan melihat buih
    - jangan membaca nama pada batu nisan
    - banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    - banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    - banyakkan makan kekacang
    - pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    - jangan makan sehingga terlalu kenyang
    - jangan kencing berdiri

    25. Tahu kemahiran mengingat:
    - tampal nota-nota penting di dinding
    - tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    - gunakan kaedah akronim
    - reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    - pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

    26. Cekap mengatur jadual belajar:
    - mempunyai jadual belajar
    - patuh kepada jadual
    - buat jadual yang boleh diikuti

    27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

    28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

    29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

    30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

    31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

    32. Pelbagaikan tempat belajar.

    33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

    34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

    35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    - taat kepada Allah
    - mendirikan sembahyang
    - menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    - hormati & sayangi guru
    - bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    - suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    - membantu rakan yang memerlukan
    - berdoa dan bersyukur kepada Allah
    - sentiasa bertawakal
    - mahir dalam setiap mata pelajaran

    Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

  • #63 written by zamrun munaim
    about 4 years ago

    Kertas yang amat baik untuk diikuti, semoga mencapai kejayaan yang hakiki.

  • #64 written by nasrul
    about 4 years ago

    salam..cg,bleh x bagi konsep kemahiran belajar,takrif kemahiran belajar dan pendapat daripada tokoh;tokoh kemahiran belajar seperti ERIK ERIKSON,JEAN PIAGET,THORNDIKE..mohon bantuan cg

  • #65 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Salam,
    Maaf, diluar pengetahuan Cg.

  • #66 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    UNTUK TATAPAN ANAK-ANAK PELAJAR

  • #67 written by nasrul
    about 4 years ago

    slm..cg bleh bagi contoh idea-idea untuk tingkatkan kemahiran belajar

  • #68 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Nasrul,

    Sila baca artikel2 yang telah Cg kemukakan di ATAS, semoga membantu anda meningkatkan kemahiran belajar.

  • #69 written by mas
    about 4 years ago

    salam cikgu..saya adala pljr STPM..dan sy sukar untuk mngingat buku2 yg telah sy plajari..kdg2 sy berasa sedih dan putus asa..bagaimana ni ckgu,?sy xbrapa yakin mnduduki peperiksaan STPM..wlaupun dah byk tips2 sy cuba..

  • #70 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Mas,

    Maaf, diluar kemahiran Cg. Jadi Cg nasihatkan supaya Mas berjumpa dengan Kaunselor Sekolah seberapa segera bagi mendapat khidmat nasihat, kerana beliau lebih arif daripada Cg. Semoga berjaya dalm STPM nanti.

  • #71 written by amirul ajwad
    about 4 years ago

    ckgu,mcm mana nk pandai akaun???

  • #72 written by Cg Narzuki
    about 4 years ago

    Amirul,
    Ilmu perakaunan merupakan ilmu kemahiran yang perlu dikuasai peringkat demi peringkat. Umpamanya Amirul ingin belajar SILAT/SENI BELA DIRI. Adakah boleh pandai hanya dalam masa 2 minggu sahaja ? Pengetahuan dan kemahiran2 ASAS amatlah penting DIFAHAMI dan DIKUASAI. Penguasan setiap kemahiran hanyalah melalui LATIHAN dan TEGURAN daripada GURU, tidak ada cara mudah/cepat. Ilmu kemahiran tidak boleh dikuasai dengan cara membaca buku semata2 tetapi mesti BERGURU. Ini kerana dalam BUKU hanya ada ILMU, tetapi KEMAHIRANnya hanya ada pada GURU.

    Secara ringkasnya untuk pandai akaun, TUMPUAN SEPENUHNYA semasa cikgu mengajar, perbanyakkan LATIHAN, selalu BERJUMPA dan BERTANYA GURU jika ada sebarang masalah.

  • #73 written by Nur Ilyani
    about 3 years ago

    Salam..
    boleh kami tahu apakah ciri-ciri sumber manusia yang dimaksudkan dalam kemahiran belajar..Minta penjelasan..
    Terima kasih..
    Wassalam

  • #74 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Salam,
    Maaf, Cg kurang arif sangat… kena rujuk kaunselor.

  • #75 written by nysa
    about 3 years ago

    salam ckgu . ckgu, ape yang perlu kite buat kalau cikgu tu ketika mengajar kite die hanye memberikan tumpuan pada sesetngah pelajar.sedangkn ketika yg lain ingin bertnye die buat x endah sje .

  • #76 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Salam Nysa,
    Sebagai seorang pelajar, bila ada yang tidak faham, maka terus bertanyakan rakan atau sebaik2nya guru. Cadangan Cg, cuba selalu bertanyakan soalan2 diluar waktu kelas. Secara tidak langsung, cikgu akan rapat dengan anda, dan InsyaAllah semasa dalam kelas nanti anda juga akan menjadi salah seorang pelajar tumpuan cikgu anda.

  • #77 written by maddiey
    about 3 years ago

    salam..

    bgaimna guru boleh aplikasikn kemahiran belajr dlm proses pngajaran dan pembelajrn dr segi:

    1. sikp berdikari dn b’inisiatif
    2. mncari ilmu dr plbg sumbr mklumt
    3. mnggunkn teknik2 mningktkn ingatan

  • #78 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Maddiey @ Madihah,
    Salam,
    Maaf, Cg kurang arif tentang ini, cuma cadangan Cg, huraikan satu persatu maksud :
    1. Berdikari
    2. Berinisiatif
    3. Sumber maklumat Ilmu
    4. Teknik peningkatan Ingatan

    Kemudian baru dikaitkan dengan mengaplikasi kemahiran belajar dalam proses PnP

  • #79 written by maddiey
    about 3 years ago

    ok.. thanx cg..=)

  • #80 written by OLET
    about 3 years ago

    cgu…..sy mmpnyai mslh bosan smsa bljr…..dah b’mcm cara sy lakukan utk mngatasi mslh ini…ttpi,sy ttp jga mrasa bosan…….kdg2,kalau sy dah bosan…sy akan rasa mngantuk….
    mcm mna nie cgu…?
    sy dah buntu dah nie…..

  • #81 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    OLET,

    Ini sebahagian daripada artikel MENGURUS MASA BELAJAR Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D. yang boleh dijadikan panduan belajar bagi mengelakkan rasa bosan.

    Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda mestilah:

    3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.

    4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.

  • #82 written by hafiz
    about 3 years ago

    ckgu…mslh sye bsan smase blajar…kkdg ibu sye akn memeinta sye mlakukan kerja2..sprti prgi kdai dn sbgainyee…so mnghilangkan mod sye nk stdy..

  • #83 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Hafiz,

    Bagi mengelakan rasa BOSAN semasa belajar, cuba pelbagaikan aktiviti belajar supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.

    TIGA STRATEGI UNTUK RAIH KEJAYAAN CEMERLANG Oleh Ahmad Zabidi Hitam
    “Strategi itu ialah sentiasa menghormati Allah termasuk sentiasa melakukan suruhanNya, tidak derhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan hormat guru.”

    Jangan jadikan suruhan/menolong ibu bapa sebagai ALASAN untuk kita tidak belajar, PENGURUSAN MASA itu sangat penting, walau di mana berada kita masih BOLEH BELAJAR, tidak semestinya semasa berada dalam bilik belajar semata2. Pelajar cemerlang akan menggunakan sepenuhnya MASA yang ada untuk belajar, antaranya : Semasa membantu ibu bapa / semasa berjalan ke kedai, kita boleh belajar secara BAYANGAN, ingat kembali apa yang telah kita baca sebelum ini, menghafal sesuatu, bertanya diri sendiri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi.

    Dan pesanan Cg, jangan sekali-kali menyakiti hati kedua ibu bapa, lakukan apa yang disuruh dengan rasa rela, hormati dan sayangi mereka sepenuhnya. Semoga hidup kita diberkati dan DOA mereka sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita untuk meraih kejayaan.

  • #84 written by MIRA
    about 3 years ago


    Cg Narzuki:

    Pengurusan Masa
    Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
    1. Masa sebelum tidur – masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan.
    2. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
    3. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
    4. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
    5. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
    6. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
    7. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
    8. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
    9. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
    10. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
    11. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
    12. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
    13. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
    14. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
    15. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
    16. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
    17. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
    18. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
    19. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
    20. Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
    21. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
    * MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH.
    Lain-lain masa yang perlu diurus.
    1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
    2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
    3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
    4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
    5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
    6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
    7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
    8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
    Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

  • #85 written by syasya
    about 3 years ago

    Salam cikgu .. Saya sekarang ini berada di dalam Tingkatan 5 .. Saya belajar Sains Perakaunan .. Masalah saya begini .. Sebenarnya saya merasa sangat putus asa untuk belajar subjek akaun kerana semasa saya Tingkatan 4 saya belajar Akaun secara main-main dan tidak serious .. Kerana saya mahu mengambil kelas Katering semenjak saya di sekolah rendah lagi sehinggalah saya habis PMR .. Tetapi keputusan PMR saya menunjukkan yang saya layak untuk mengambil subjek Sains Perakaunan .. Semasa di awal tahun lepas cikgu membenarkan pelajar2 menukar course yg diminati .. Tetapi abang tiri saya tidak membenarkan saya menukar course sains akaun kepada kelas katering (emak dan ayah saya telah meninggal dunia) .. Sekarang ini saya sangat memerlukan nasihat dan panduan cikgu tentang bagaimana mahu menimbulkan minat belajar akaun dan bagaimana cara-cara skor subjek akaun .. saya sangat risau dengan masa depan saya dan SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja .. TQ =)

  • #86 written by ingin tahu
    about 3 years ago

    salam bagaimana ingin belajar sendiri untuk mengambil spm…bantulah saya

  • #87 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Baca artikel2 berkaitan Kemahiran Belajar yang telah dikemukakan di ATAS sebagai panduan. Kemudian cuba fikir dan rancang serta senaraikan APA YANG PERLU DIBUAT sebagai persediaan menghadapi SPM nanti.

  • #88 written by ennie
    about 3 years ago

    Smekom ckg narzuki…. sy pljr ting 5 thn ini, bakal mengambil spm pd thn ini. Sy ingin bertanya…… bagaimana jika sy ingin score dlm akaun?

  • #89 written by AMIRUL MUKMIN
    about 3 years ago

    assalamualaikum cikgu….saya baru masuk tingkatan empat..dan megambil mata pelajaran akaun..dan baru mendapat keputusan peperiksaan….

    tapi..markah yang saya dapat…sangat menyedihkan…
    saya harap cikgu dapat bantu saya..untuk meningkatkan lagi prestasi saya dalam mata pelajaran akaun…

  • #90 written by AMIRUL MUKMIN
    about 3 years ago

    dan..cikgu…bila hendak mengulang kaji…saya jadi blank…
    susah untuk saya faham…

  • #91 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Amirul, waalaikumussalam,

    Kenalpasti kelemahan, perbaiki, tingkatkan usaha, banyakkan latihan serta selalu bertanya guru. Sebagai panduan :

    Kaedah Belajar Berkesan
    1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
    2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
    3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
    4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
    5. Memahami apa yang dibaca.
    6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
    7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
    8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
    9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
    10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
    11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
    12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
    13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
    14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

  • #92 written by SyiraM
    about 3 years ago

    Cikgu, bagaimana hendak membahagikan masa dengan baik? Terima kasih Cikgu :)

  • #93 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    SyiraM,

    Sila rujuk PENGURUSAN MASA (klik) di Atas. ~ Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

    MENGURUS MASA BELAJAR(klik) ~ Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

  • #94 written by mohd nazmie arasat
    about 3 years ago

    salam,sye mempunyai masalah sikit mengenai subjek PA ni.. sye kurang faham ..jadi sye ingin bertanye kenape???

  • #95 written by nuh
    about 3 years ago

    macam mana saya nak mahir dalam prinsip akaun ?

  • #96 written by mohd nazmie arasat
    about 3 years ago

    sekali lgi sye ingin bertanye..agak susah bagi sye subjek PA ni so bagaimane nak menyenangkan subjek ini???

  • #97 written by amirah
    about 3 years ago

    salam cikgu ,
    boleh cikgu terangkan mengenai subjek2 yang sesuai di baca/di ulangkaji mengikut kesesuain waktu…
    macam pagi..sesuai baca apa ?
    tengahari..petang …malam
    terima kasih

  • #98 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Amirah,

    Berikut adalah sedutan dari artikel Dr. Sulaiman Masri (konsultan kemahiran media komunikasi dan cemerlang peperiksaan) dalam Utusan Malaysia 30/7/98. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengulangkaji pelajaran, walaupun tumpuan kepada calon UPSR, tetapi ianya masih boleh dijadikan panduan dengan sedikit pengubahsuaian.

    Ingat, semasa membaca untuk ulang kaji anda mesti berusaha memaham, mengingat, menghafal dan menguasai isi, perhendaharaan kata (bahasa Melayu/bahasa Inggeris), rajah, jalan pengiraan, ejaan tempat/orang/benda, tarikh, gambar, tanda baca, simbol, rumus dan tatabahasa.

    Jadual Belajar Bestari
    1 – 30 Ogos
    8 – 9 pagi bahasa Melayu Kefahaman
    9 – 10 pagi bahasa Melayu Penulisan dan tulis sebuah karangan
    10.30 – 11.30 pagi Matematik, misalnya nombor bulat dan operasi
    11.30 pagi – 12.30 tengahari Sains, misalnya Alam Kehidupan
    12.30 – 3 petang makan/solat Zohor/rehat/tidur siang
    3 – 4 petang latihan mengeja nama tempat/nama orang/nama benda, dan latihan melukis gambar rajah sains
    4 – 5 petang latihan menjawab contoh kertas soalan, misalnya Matematik daripada buku latihan oleh penyusun/penerbit ternama. Kemudian semak jawapan daripada contoh jawapan. Sebaik-baik latihan ini diperiksa oleh ibu bapa atau sanak saudara yang prihatin
    6.30 – 6.45 petang mandi
    7 – 7.25 petang makan malam. Makan pada waktu begini baik diamalkan sebab anda boleh khusuk melakukan solat Maghrib dan semasa belajar sejam kemudian anda tidak mudah mengantuk disebabkan makanan sudah hadam
    7.25 – 7.45 malam solat Maghrib
    8 – 8.30 malam mengikuti siaran berita daripada televisyen atau radio dan cuba contohi cara betul menyebut perkataan, nama orang, nama tempat, dan pembinaan ayat
    8.30 – 9 malam rehat/solat Isya
    9 – 10 malam bahasa Inggeris. Bagi perkataan, pastikan anda menghafal ejaan, ejaan, makna, selok-belok bahasa serta tatabahasa
    10 – 11 malam latihan menjawab contoh kertas soalan, misalnya Sains
    11.30 malam – 6 pagi tidur

    Demikianlah contoh aktiviti ulang kaji bagi lima subjek pada sebelah siang dan malam.

    Anda lakukan ulang kaji setiap hari dan malam dari 1 hingga 30 Ogos menurut mata pelajaran yang dicadangkan.

    Perubahan pada topik-topik setiap mata pelajaran sehingga faham dan ingat.

    Jika anda mengulang kaji setiap topik dan kandungannya dengan bergilir dan seimbang, Insya-Allah anda semakin menguasai setiap isi, rajah dan maklumat yang penting untuk peperiksaan.

    Bagi latihan menjawab contoh kertas soalan lima mata pelajaran yang disediakan oleh penulis/penerbit ternama, bolehlah anda lakukan secara bergilir pada sebelah petang (4 – 5 petang) dan pada sebelam malam (10 – 11 malam).

    Ini bermakna latihan menjawab daripada contoh-contoh kertas soalan itu berjumlah sebanyak dua mata pelajaran setiap hari dan malam. Bagi lima mata pelajaran, anda perlukan dua hari setengah.

    Bermakna, satu minggu anda dapat menyelesaikan dua set contoh kertas soalan subjek tertentu.

    Untuk latihan penulisan karangan/melengkapkan teks bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula, jika mematuhi jadual ulang kaji ini, anda dapat menyelesaikan tujuh karangan/melengkapkan teks setiap minggu bagi setiap mata pelajaran.

    Tujuh karangan itu hendaklah yang berbentuk surat kiriman, laporan, rencana, ucapan, dialog, perbahasan dan sebagainya sebagaimana yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran.

  • #99 written by binainsan
    about 3 years ago

    Assalamualaikum, terima kasih kerana menyediakan nota yang berharga dan boleh digunakan sebagai rujukan, semoga Allah memberkati dan minta dihalalkan ilmu yang diperturunkan. Amin.

  • #100 written by SamSam
    about 3 years ago

    Cikgu, ada tak cara yang senang untuk mempelajari p. akaun dan skor dengan tinggi?

  • #101 written by deq_nur
    about 3 years ago

    salam cikgu, nak tanya apakah kemahiran belajar yang boleh digunakan untuk pelajar menghadapi peperiksaan?

  • #102 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Deq_nur,

    Sila ke post TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN (kilk)

  • #103 written by nell
    about 3 years ago

    salam sjhtera…..cikgu,saya sbnarnya plajar enam rendah bgi tahun ni. saya ni seorang yg suka belajar dan mahukan rslt cermlang .untk pengetahuan cikgu smasa spm lps saya mndapt reslt yg kurang cermelang sedangkan saya sdh bnyk mengunakan masa lbih 5 jam untk blajar dan tidak termasuk mengulang kaji dalam sehari.rakan saya seorang yg hanya mengikut mood untk bljar dan tidak mgamalkan cra blajar yg teratur mampu mndapat 9A+2A….jadi maslh utama saya wajarkah msa bljr tersebut saya amalkan di thun permulaan perskolahan enam rendah ini?….dan apakah cara untuk mempelajari sesuatu plajaran supaya senang ingat dan apakah masa yg sesuai untk bljar???adakah faktor tekanan mempengaruhi minda seseorang itu ktika belajar atau menyebabkan cpt lupa?

  • #104 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Nell,

    Pada pandangan Cg, MASA sahaja bukan penentu untuk mengusai sesuatu kemahiran / pelajaran, tetapi KAEDAH BELAJAR BERKESAN itu sangat penting. Terdapat pelbagai petikan berkaitan dengan tips, kaedah kemahiran belajar yang berkesan telah Cg kemukakan DIATAS, semoga ianya dapat membantu anda.

  • #105 written by Yati Sani
    about 3 years ago

    Anak saya tidak kreatif ketika menjawab soalan dalam peperiksaan, bagaimana untuk saya membantu anak saya bagi mengatasi masalah ini? Ada sebarang kelas untuk kemahiran berfikir bagi anak2? Terima kasih cg.

  • #106 written by Ain
    about 3 years ago

    Salam cikgu, sy ingin bertanya di sini, bagaimana caranya belajar dan mengingati subjek akaun menggunakan kaedah cepat??

  • #107 written by Cg Narzuki
    about 3 years ago

    Ain,

    Subjek akaun merupakan subjek kemahiran, jadi untuk betul2 menguasai kemahiran2 tersebut kena banyakkan LATIHAN dan sentiasa dapatkan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR daripada GURU. Selebihnya, baca artikel2 kemahiran belajar yang telah dikemukakan di atas.

  • #108 written by jack
    about 2 years ago

    Cikgu ,

    macam mana nak improve dalam mata pelajaran account ?
    saya lemah dalam mta pljrn ni . :’( ?

    saya nak study , tp kadang2 tk jumpe jawpn2 die dkt buku teks . tmbhkan lgi susah ==”

    what should i do cikgu ?

    Terima Kasih ,

  • #109 written by Cg Narzuki
    about 2 years ago

    Jack,

    DIATAS Cg sertakan pelbagai tips dan panduan Kemahiran Belajar yang boleh digunakan untuk menguasai semua subjek.

    Untuk belajar subjek akaun, tidak boleh hanya melalui bacaan semata2. mesti melalui LATIHAN, dan selalu BERTANYA, BERJUMPA dan dapatkan BIMBINGAN dan TUNJKAJAR daripada GURU secara BERTERUSAN.

  • #110 written by mat
    about 2 years ago

    salm ck gu.sy nie pelepasn pmr n bru saje mengmbil mate plajarn akaun.sy kurang fahm tentang mte plajarn ini n bley x ckgu explain kt sy tentang mate plajarn ini.

  • #111 written by Cg Narzuki
    about 2 years ago

    Mat,

    Cg cadangkan baca artikel2 yang telah kemukakan di KERJAYA DIBIDANG PERAKAUNAN (klik).

    Semoga mendapat gambaran tentang mata pelajaran ini.

  • #112 written by pja
    about 2 years ago

    cikgu bagaimana cara pngurusan masa untuk student ipt. saya baru masuk ke alam ini.. Harap cikgu sudi membantu memberikan tips dan rangka untuk saya mudah menguruskan aktu study saya.

  • #113 written by Cg Narzuki
    about 2 years ago

    Pja,

    Sila layari laman sesawang berikut :
    Teknik Belajar di Universiti (klik)
    Semoga ianya dapat membantu anda dalam mencari jawapan kepada masalah tersebut.

  • #114 written by aniyzah96
    about 2 years ago

    salam cg,sy pelajar form 4..sebenarnya sy b’mint sngt dgn PA nie cg..tp sy susah nak masuk ke otak sy..cg blh x bantu sy mcm mna nak belajr PA nie.sy langsung x faham fasal PA nie…tolaong sy cg..kalau cg x keberatan…

  • #115 written by Cg Narzuki
    about 2 years ago

    Aniyzah,

    Semua subjek .. sama saja.. asalkan kita betul2 MINAT, sentiasa JUMPA GURU jika ada masalah dan sentiasa BERTANYA jika tidak faham serta perbanyakkan LATIHAN dan PERBINCANGAN sebagai pengukuhan.

    Pelbagai tips dan kemahiran belajar yang boleh dijadikan panduan telah Cg kemukan di ATAS.. sila baca yang cuba amalkan.

  • #116 written by Cg Narzuki
    about 1 year ago

    RAHSIA HILANG MENGANTUK
    Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

    RAMAI pelajar apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada tidak sampai 10 minit berada depan buku, mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.

    Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara mengatasinya.

    1. Tidak cukup tidur. Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

    Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi.

    Jika ini masalahnya, nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.

    Jika anda tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengubah tabiat buruk itu. Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang ‘study smart’ bukan semata-mata ‘study hard’.

    2. Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga lapan jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

    3. Makan terlalu banyak. Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan, perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan ba?nyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuat?kan anda mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulang kaji.

    4. Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.

    Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan, berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

    Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan, tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah.

    Anda beriadah untuk segar pada waktu malam bagi menelaah pelajaran.

    Ada pelajar keletihan disebabkan aktiviti kokurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulang kaji dan sehingga memenatkan badan.

    Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan pembabitan kokurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa supaya anda tetap segar dan tidak mengantuk di waktu malam.

    5. Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba fikirkan sejenak antara minat dengan belajar, manakah yang wujud dulu?

    Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna dan markah yang tinggi.

    Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tidak minat sejarah?

    Minat timbul apabila anda lihat dalam diri ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

    Oleh itu, yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.

    Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

    Lihat seimbas semua muka surat yang anda baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran menyeluruh.

    Perhatikan perkara-perkara yang berikut:

    Tajuk-tajuk kecil – dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain seperti rajah, jadual, carta dan peta.

  • #117 written by Cg Narzuki
    about 1 year ago

    TIPS BELAJAR – APABILA SUKAR MEMAHAMI APA YANG DIAJAR

    Saya dahulunya boleh dikatakan cepat tangkap apabila sesuatu subjek atau topic baru diajar oleh guru. Bukanlah membangga tapi begitulah hakikatnya, kerana itulah saya kadangkala hairan bagaimana sesetengah pelajar sukar memahami apa yang diajar guru. Maka, saya simpulkan tips di bawah sebagai panduan mereka yang agak sukar memahami apa yang diajar.

    1) Rajin bertanya
    Banyakkan bertanya kepada guru apabila sesuatu itu tidak difahami. Seeloknya, terus berjumpa guru selepas kelas dan mana-mana waktu lapang agar tidak lupa. Anda mungkin sukar memahami apa yang diajar semasa di dalam kelas namun apabila tumpuan guru diberi 100% kepada anda sahaja, InsyaAllah anda akan mula mendapat kefahaman yang diperlukan.

    2) Beri tumpuan
    Jangan sesekali berangan semasa guru mengajar di hadapan. Apabila guru mengajar beri tumpuan sepenuhnya, barulah kita tidak akan tertinggal sesuatu maka pelajaran akan mudah difahami.

    3) Catat nota
    Mencatat adalah sesuatu yang baik dilakukan dan menjadi amalan orang bijak pandai. Bagi mereka, setiap ilmu itu adalah baik dan ada kegunaannya di kemudian hari. Maka catatlah segala yang penting dan berulang kali membacanya. Otak kita bukannya hebat seperti komputer yang membolehkan kita mengingat semua perkara hanya sekali dengar.

    4) Berbuat baik kepada guru
    Hormatilah guru anda walau siapapun mereka kerana merekalah yang memberikan ilmu kepada kita. Nilai gaji seorang guru tidak akan pernah mampu bersamaan dengan segala ilmu dan usaha yang dicurahkan.
    Berbaik dengan guru bukan bermakna anda perlu berkepit 24 jam dengan mereka atau selalu datang ke rumah mereka. Cukup sekadar berbuat baik, mendengar kata mereka dan jangan melakukan sesuatu yang menyakitkan hati. InsyaAllah berkat hubungan baik dengan para guru, maka Allah akan berbuat baik kepada kita dan membantu dalam pelajaran.

    5) Amalkan ilmu
    Ini yang selalu dilupakan oleh semua orang. Ada ilmu tapi tidak diamal. Amalkan ilmu yang baik, maka ilmu itu tidak akan hilang.

    6) Tuntut ilmu dari kawan
    Berdasarkan pengalaman saya di sekolah, ada sesetengah orang yang kurang faham hanya semasa di dalam kelas. Tidak pasti sebabnya. Apabila di luar, sesetenagah mereka ini lebih memahami apa yang diajar oleh kawan. Maka, bagi yang lemah banyakkan dekati mereka yang lebih pandai dan faham subjek tersebut, lalu tuntutlah ilmu darinya. Mungkin cara penerangan guru di dalam kelas kurang sesuai dengan anda, maka kawan anda InsyaAllah dapat menolong.

    Sumber : Tips Belajar – Apabila Sukar Memahami Apa yang Diajar

  • #118 written by Cg Narzuki
    about 1 year ago

    10 UCAPAN PALING BERANCUN SEORANG PENUNTUT ILMU – Prof Dr Muhaya

    1. ‘Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.’
    Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

    2. ‘Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.’
    Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

    3. ‘Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!’
    Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

    4. ‘Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.’
    Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

    5. ‘Agak-agaknya Saya Faham.’
    Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

    6. ‘Banyaknya Nak Kena Ingat.’
    Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

    7. ‘Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.’
    Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

    8. ‘Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.’
    Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

    9. ‘Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.’
    Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

    10. ‘Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.’
    Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

    Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/

  • #119 written by siti musliha binti abdullah
    about 4 months ago


    Cg Narzuki:

    KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA
    Oleh DR. ISMAIL ZAIN

    PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.
    Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.
    Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.
    Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.
    Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.
    Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-
    Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.
    Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.
    Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.
    Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-
    Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu.
    Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut.
    Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya melalui pengalaman yang telah saya alami ketika memberi kursus kepada pelajar-pelajar untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.
    Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.
    Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya:-
    Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif.
    Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.
    Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar.
    Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.
    Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.
    Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk “Superbrain”, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat… “learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort…” yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
    Sumber : Utusan Malaysia

  • #120 written by siti musliha binti abdullah
    about 4 months ago

    saya dilantik jadi timb.exco fakulti….nak tanye macam mana kita orang nak bagi motivasi pelajar tersebut? agak2nak bagi ceramah nak jemput orang luar bagi ceramah ke @pensyarah? agak2 boleh tak saya jemput cikgu bagi ceramah temoat kita orang?

  • #121 written by Cg Narzuki
    about 4 months ago

    Siti musliha,

    Maaf, Cg bukanlah orang yang sesuai dipanggil untuk tujuan tersebut. Cg cadangkan panggil pakar motivasi yang ramai terdapat diluar sana.

  • #122 written by Hanis
    about 3 months ago

    Assalamualaikum cikgu , saya tidak faham ketika cikgu mengajar kerana saya sering mengantuk . Kini saya di tingkatan 4 .. Selalunya saya buad pengiraan supaya bagi seimbang , dia selalu tak seimbang . Saya tidak tahu di mana kesalahan saya . Bagaimana caranya saya ingin belajar tentang itu ?

  • #123 written by Cg Narzuki
    about 3 months ago

    Hanis,

    Sila rujuk petikan2 di ATAS sebagai panduan.

  • #124 written by fatimah
    about 1 week ago

    terima kasih

No trackbacks yet.