Kaedah Analisis
October 25th, 2008 — Cg NarzukiMembicarakan topik Rekod Tak Lengkap yang berkaitan dengan Kaedah Analisis.
PENENTUAN PENDAPATAN KAEDAH ANALISIS
- Penganalisisan semua urus niaga dalam tempoh masa yang berkenaan untuk mendapatkan butir yang tertinggal yang diperlukan dalam penyediaan Akaun Penamat. (Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci kira-kira)
MENGHITUNG JUALAN DAN BELIAN
1 JUALAN
i. Jualan = Jualan tunai + Jualan kredit
ii. Jualan tunai – dt Buku Tunai / penerimaan tunai
iii. Jualan kredit – Penyediaan Akaun Kawalan Penghutang; atau
2 BELIAN
i. Belian = Belian tunai + Belian kredit
ii. Belian tunai – kt Buku Tunai / pembayaran tunai
iii. Belian kredit – Penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang; atau
ANALISIS BELANJA DAN HASIL
1. Untuk mendapatkan maklumat ;
i. Pendapatan hasil
ii. Perbelanjaan hasil
iii. Perbelanjaan terakru dan terdahulu
iv. Perndapatan terakru dan terdahulu
v. Peruntukan susut nilai dan hutang ragu
2. Penyediaan Akaun Perdagangan – untung kasar / rugi kasar
3. Penyediaan Akaun Untung Rugi – untung bersih / rugi bersih



July 21st, 2009 at 9:24 pm
buku teks m/s 185 soalan 14 saya tidak dapat jawapan untung bersih,bolehkah cikgu tunjukkan caranya,tq.
July 21st, 2009 at 9:43 pm
Azmi,
Minta maaf, mungkin buku teks kita tidak sama, kerana buku teks Cg pada m/s 185 hanya ada no 7 sahaja. Sebenarnya terdapat 2 jenis buku teks yang digunakan bagi setiap Tingkatan 4 dan 5, maklumat lanjut boleh rujuk DISINI.
October 23rd, 2009 at 8:47 pm
err..jika pemilik ada buat ambilan barang jualan macam mana catat? kalau ambilan tunai pula camne?
October 23rd, 2009 at 10:19 pm
Sedar,
Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi pemilik, jika belum dicatat dalam mana2 buku. maka AMBILAN bertambah dan BELIAN akan berkurang. Kalau ambilan tunai, maka TUNAI akan berkurang.
Tetapi kena berhati2 dengan soalan, kenal pasti sama ada urus niaga tersebut telah direkodkan ataupun belum direkodkan lagi, kerana caranya ada sedikit perbezaan.
October 31st, 2009 at 11:58 am
sya ada sdikit kmuskilan…..kalau ada pul.jualan/pul.belian perlu kah dimasukkan dalam ak kawalan penghutang/pemiutang…..dan apa bezanya kalau ia dicatat atau belum dicatatkan lagi…tq
October 31st, 2009 at 12:55 pm
Kimi,
Pada asasnya, semua akaun yang terlibat dengan akaun penghutang / pemiutang akan dimasukkan dalam akaun kawalan masing2.
Maklumat tambahan yang menyatakan bahawa sesuatu urus niaga itu BELUM DICATAT atau SUDAH DICATAT dalam mana2 buku memberikan kesan yang berbeza:
1. Jika BELUM DICATAT – maka catatan PELARASAN perlu dilakukan bagi mengambilkira urus niaga tersebut.
2. Jika SUDAH DICATAT – maka TIDAK melibatkan catatan pelarasan terlebih dahulu.
Komen Cg terhadap soalan 2 Melaka berhubung dengan Pulangan Jualan. Klik DISINI.
October 31st, 2009 at 4:05 pm
cgu,dalam cont0h s0alan anchor item bgi program persijilan berganda s0alan 3(perniagaan rizman)….terdaPAT matlumat tambhan-perkara ini telah direkod dalam buku perniagaan….tp,dalam skema pul.jualan ini dimasuk kan dalam ak kawalan
October 31st, 2009 at 4:06 pm
Kimi,
Cg dah cakap pada ASASnya kena masukkan dalam Ak Kawalan, cuma :
1. jika BELUM DI REKOD, kena buat PELARASAN terlebih DAHULU kemudian baru masukkan dalam Ak Kawalan.
2. jika TELAH DI REKOD, ianya tidak melibatkan PELARASAN, maka dimasukkan TERUS ke dalam Ak Kawalan seperti Soalan 3 – Perniagaan Rizman.
October 31st, 2009 at 7:47 pm
time kasih,cg bru sye paham….tp untk buat plarasan tu macam mna
October 31st, 2009 at 7:48 pm
Kimi,
Kalau BELUM REKOD Pulangan Jualan, maka pelarasannya ialah PENGHUTANG (baki akhir) TOLAK dengan dahulu Pulangan Jualan = baki akhir Penghutang baru.
Kemudian sediakan AK Kawalan Penghutang dengan menggunakan Baki akhir Penghutang yang baru dan masukkan juga Pulangan Jualan.
Ataupun pendekatan 2 – sebagaimana skema Melaka, Di mana pelarasan terhadap pulangan jualan (yang belum di rekod) dilakukan kemudian. Di mana Ak Kawalan Penghutang disediakan tanpa mengambil kira Pulangan Jualan dan menggunakan baki akhir Penghutang (tanpa pelarasan) – rasionalnya : baki akhir penghutang yang diberikan itu belum mengambilkira pulangan jualan jadi tidak perlu dimasukkan kerana pada masa itu belum lagi wujud PJ. Kemudian baru dilakukan pelarasan terhadap baki akhir Penghutang dan dimasukkan dalam KKK.
November 1st, 2009 at 2:17 pm
baiklah cgu,saye dah paham sekarang…trima kasih cg
November 4th, 2009 at 4:48 pm
cikgu, contohnya jumlah bagi Kadar Bayaran RM 1200.
lpas tu, bagi Kadar Bayaran terakru Awal RM 150 dan bagi Kadar Bayaran terakru Akhir RM 120…
sy nak tanya, kalau nak masukkan Kadar Bayaran dalam belanja, nak kira macam mana cikgu..
November 4th, 2009 at 4:50 pm
Amin,
Kadar Bayaran (catat dalam Penyata Pendapatan : Belanja)
= Jumlah dibayar (BT) + KB Terakru Akhir – KB Terakru Awal
= RM1200 + RM120 – RM150
= ?
November 4th, 2009 at 6:52 pm
cg,dalam rek0d tak lengkap kaedah analisis ada beberapa pelarasan,bole tak cg bgi jenis2 pelarasan dalam rekod tak lengkap…dan cara menjawabnya
November 4th, 2009 at 7:29 pm
Aman,
Jenis2 pelarasan telah Cg senaraikan dalam post di ATAS. Cara menjawab ada beberapa cara boleh digunakan. Cuma cadangan Cg :
1. Lakukan PELARASAN terhadap maklumat2 yang diberikan dengan menyediakannya sebagai JALAN KERJA bagi setiap satunya.
2. Sediakan Penyata Pendapatan dan KKK dengan berpandukan maklumat dalam soalan serta Jalan Kerja pelarasan yang telah disediakan tadi.
November 4th, 2009 at 7:58 pm
cikgu, sy xpaham knp Kadar Bayaran kena tambah Kadar Bayaran terakru Akhir dan tolak Kadar Bayaran terakru Awal.. Dan satu lagi, knp kalau butir sewa, kena tambah dgn sewa terdahulu awal, dan tolak yg akhir..
cara pengiraan yg berlainan..boleh ckgu terangkan x. sy xpaham
November 4th, 2009 at 9:01 pm
Anim,
Pelarasan dibuat pada AKHIR tempoh perakaunan.
1. Jika TERAKRU (Belum bayar / belum terima), maka pelarasannya kena TAMBAH, iaitu tambah BAKI AKHIR, maka BAKI AWAL mesti diTOLAK.
TERAKRU = BT + BAKI AKHIR – BAKI AWAL
2. Jika TERDAHULU (Bayar Lebih / Terima Lebih), maka pelarasannya kena TOLAK, iaitu tolak BAKI AKHIR, maka BAKI AWAL mesti TAMBAH.
TERDAHULU = BT – BAKI AKHIR + BAKI AWAL
# Satu lagi pendekatan yang boleh digunakan ialah membuka Akaun KADAR BAYARAN dan Akaun SEWA.
November 26th, 2009 at 8:51 pm
cikgu saya tak faham mengapa insuran terdahulu perlu tambah dengan insuran dlm penyata bank,bukan tolak ke?
soalan trial johor
November 26th, 2009 at 9:09 pm
lol,tak apa cikgu saya sudah faham ,mereka tidak merekodkan insurans terdahulu di aset semasa.
November 27th, 2009 at 2:16 am
ckgu,cmana nk cri ambilan tunai?
bolah ckgu terang kan?
November 27th, 2009 at 9:00 am
erm fara semua ambilan ya terdapat dlm maklumat diberi adalah ambilan tunai/bank(wang)
kecuali maklumat tambahan menyatakan pemilik mengambil barang niaga bernilai xxx(ini kira sebagai ambilan barang)
tetapi kalau farah tanya tentang soalan anchor item 2009 dan 2010 no.5 , nak cari ambilan tunai perlu buat pelarasan dahulu.selajutnya cikgu narzuki akan menerangkan lebih jelas.
November 27th, 2009 at 9:03 am
betulkan saya cikgu kalau ada kesilapan =p
November 27th, 2009 at 9:04 am
Fara,
Tidak ada cara khas untuk mencari Ambilan tunai, ianya bergantung kepada maklumat yang diberikan.
Contohnya soalan no. 5 daripada contoh soalan anchor item 2009 dan 2010. Semua maklumat berkaitan dengan Ak Tunai seperti Baki awal, Baki Akhir, Penerimaan Tunai dan Pembayaran Tunai telah diberikan KECUALI Ambilan Tunai. Jadi daripada maklumat tersebut kita boleh cari nilai bagi Ambilan Tunai tersebut.
Terdapat 2 cara untuk mencari Ambilan Tunai.
1. Secara pengiraan :
Ambilan Tunai = Baki awal tunai + Penerimaan Tunai – Pembayaran Tunai – Baki akhir tunai.
2. Sediakan Ak Tunai.
November 27th, 2009 at 9:06 am
lol cikgu tentang soalan trial johor itu saya tidak imbang,saya tolak 200 daripada insuran kerana terdapat insurans terdahulu dan letak insurans terdahulu 200 di aset semasa tak imbang tetapi dalam skema mereka tambah insurans terdahulu dengan insurans sahaja.
cikgu boleh terang sikit?
November 27th, 2009 at 11:10 am
Soh,
Insurans = Insurans yang dibayar (BT) – Insurans Terdahulu Akhir + Insurans Terdahulu Awal.
Maka, Insurans = 1200 – 0 + 200 = 1400 … dalam PP.
Manakala dalam KKK hanya mengambilkira baki2 akaun yang terdapat pada AKHIR TAHUN sahaja. Oleh kerana Insurans Terdahulu RM200 tersebut merupakan baki awal tahun maka ianya tidak perlu dimasukkan dalam KKK.
November 27th, 2009 at 11:48 am
oh rupanya begitu,cikgu saya ada sikit tak faham tentang kenderaan,harga kos 200000 tetapi 11000 itu ialah?kos lepas tolak psn?
November 27th, 2009 at 12:31 pm
Soh,
Maklumat tersebut adalah ringkasan daripada :
Kenderaan (kos) ….. RM20,000
(-) PSN ………………………9,000
Nilai Buku ……………..RM11,000
Daripada maklumat tersebut kita dapat kenal pasti baki PSN pada 1 Jan 2008 ialah RM9,000.
SN = 10% x 20,000 = RM2,000 ….. Belanja dalam PP.
PSN pada 31 Dis 2008 = 9,000 + 2,000 = RM11,000
Maka,
KKK pada 31 Dis 2008
Kenderaan ….. 20,000
(-) PSN …………11,000 ….. (drp 9,000+2,000)
November 27th, 2009 at 1:02 pm
Terima kasih cikgu.cikgu saya nak tanya lagi =p, kalau soalan tidak suruh kita kira psn kenderaan,perlukah kita letakkan psn kenderaan 9000 dalam kkk.
Saya ada sedikit masalah tentang psn dlm kkk sama ada kelab atau rekod tak lengkap.
November 27th, 2009 at 2:21 pm
Soh,
Sekiranya ada maklumat pelarasan berkaitan SN, maka akan wujud PSN. Dan sekiranya wujudnya PSN, maka dalam KKK perlulah dimasukkan.
Walaupun tiada pelarasan SN tetapi ada dinyatakan PSN, maka ianya juga mesti ditunjukkan dalam KKK.
November 27th, 2009 at 6:36 pm
terima kasih cikgu.saya cuba buat soalan lain secepat mungkin.
November 28th, 2009 at 12:02 pm
cikgu saya ada masalah lagi dengan psn =.=
kenapa soalan wilayah persekutuan putrajaya psn kenderaan cuma 1350?
kita tak perlu kira untuk tahun 2008?
November 28th, 2009 at 12:03 pm
Soh,
Tempoh perakaunannya ialah … 1 Julai 2008 – 30 Jun 2009
Maka, SN = 10% x 13500 = 1350
November 28th, 2009 at 5:49 pm
tempoh perakaunan soalan kedah juga sama 1 julai 2008 hingga 30 jun 2009,psn dikira dikira kerana maklumat tambahan beritahu tahun kenderaan dibeli pada 1julai 2007?
kalau maklumat tidak beritahu bermakna kita hanya perlu kira satu tahun?
November 28th, 2009 at 5:50 pm
Ya, jika tidak dimaklumkan tarikh aset tersebut dibeli, kita andaikan ianya genap setahun. Tetapi jika ada tarikh pembelian, kita kena ambilkira bilangan bulan ianya dibeli / digunakan. Ini kerana kadar susut nilai yang diberikan adalah untuk tempoh SETAHUN, jika hanya 6 bulan ianya dibeli/digunakan, maka Susut Nilainya mestilah di X 6/12.
November 28th, 2009 at 9:05 pm
terima kasih cikgu.
May 12th, 2010 at 5:42 pm
ckgu, apakah beza PULANGAN JUALAN DAN PULANGAN BELIAN? SAYA KELIRU CKGU..
1) Sivam memulangkan barangan yg rosak sebanyak RM500.
-PULANGAN JUALAN
2) Memulangkan barang yg rosak kepada syarikat Fready RM280.
-PULANGAN BELIAN
Apakah beza antara kedua-duanya ckgu?
May 12th, 2010 at 11:25 pm
Dalam kes 1:
Sivam adalah pelanggan, kita jual kepadanya – kita rekod sebagai JUALAN. Tetapi Sivam dapati barangan tersebut rosak, maka dia pulangkan kembali barangan tersebut kepada kita, maka kita rekodkan sebagai PULANGAN JUALAN / PULANGAN MASUK.
Dalam kes 2:
Kita beli daripada Syarikat Fready (Pembekal) – kita rekodkan sebagai BELIAN. Kita dapati barangan tersebut rosak, maka kita pulangan kembali kepada pembekal tersebut, maka ianya direkodkan sebagai PULANGAN BELIAN / PULANGAN KELUAR.
July 3rd, 2010 at 2:56 pm
untung bersih telah berikan di soalan. tetapi hendah mencari untung bersih diselaras dengan menggunakan maklumat tambahan yang diberi(7 markah). saya tidak tahu hendak menggunakan apa cara untuk menyelesaikan masalah ini.
July 3rd, 2010 at 3:00 pm
Tiada cara khas untuk menyelesaikannya, cuma memerlukan kemahiran mengenalpasti item2 yang perlu diselaraskan serta item2 yang memberikan kesan terhadap Untung bersih. Secara amnya :
Untung bersih (sebelum pelarasan)
(+) item2 yang memberikan kesan Pertambahan
(-) item2 yang memberikan kesan Penolakan
= Untung bersih (terselaras)
July 3rd, 2010 at 7:48 pm
cikgu ada latihan ACCI ?
July 4th, 2010 at 10:40 am
Tiada.
July 23rd, 2010 at 9:19 pm
selamat sejahtera, cg.
bolehkah cg berikan latihan soalan kaedah analisis. sebab dalam buku rujukan jarang ada latihan tentangnya.
terima kasih banyak banyak
August 27th, 2010 at 2:02 pm
salam..cg cam ne nak skor akaun ek? napa saya susah sangat nak faham soklan 2? terutamanya rekod tak lengkap?