Penyata Penyesuaian Bank

Penyata Penyesuaian Bank bermaksud Penyata yang disediakan oleh peniaga untuk menyesuaikan baki Penyata Bank dan baki Buku Tunai.

Tujuan Penyata Penyesuaian Bank Disediakan :

1. Menyelaraskan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank (biasa baki tidak sama)
2. Memastikan ketepatan dan kesahan rekod dalam Buku Tunai (kesilapan dapat dikesan dan diperbetulkan)
3. Menentukan jumlah tunai sebenar yang terdapat dalam akaun semasa di bank.
4. Megemaskini Buku Tunai.

113 Responses to “Penyata Penyesuaian Bank”

  1. Syakirin Says:

    Cikgu… saya tak pham nak buat penya penyesuaian bank…… susah betl lah…. lps 2….pat penyata pendapatan same gak….

  2. Sifu2b Says:

    Penyata Penyesuaian Bank ada 2 bentuk permasalahan yang akan ditanya dalam SPM. 1. PPB dengan Buku Tunai dikemaskini, 2. PPB tanpa kemas kini buku tunai. Kedua-dua itu pula boleh disoal dan dijawab dalam bentuk persembahan sama ada bermula dengan baki buku tunai atau baki dalam penyata bank.

    tips macamana nak belajar. Anda boleh juga mulakan dulu dengan pendekatan tanpa buku tunai dikemas kini, dan mulakan dengan Baki buku tunai.

    Format mudah PPB ialah seperti berikut:

    Tajuk dan tarikh
    ==================
    Baki debit buku tunai
    + [item-item dalam buku tunai yang asalnya telah dicatat di sebelah kredit tapi tiada dalam Penyata Bank]
    [item-item dalam Penyata Bank di sebelah wang masuk (sebelah kredit PB)

    - [item-item dalam buku tunai yang asalnya dicatat di sblh Debit, tapi tiada dalam Penyata bank]
    [item-item dalam PB di sebelah wang keluar (sebelah Debit PB)

    = Baki kredit Penyata Bank

    Kepada pelajar sifu, sifu beri petua sambil bergurau, iaitu =,x,||
    suruh mereka remember pergerakan tangan ini:
    a. = (melintang => baki di atas Buku tunai dan bawah Penyata Bank)
    b. X (bersilang => semak item yang sama di BT dan PB secara bersilang, Kt. BT > Dt. PB, dan sebaliknya.
    c. || (semua item yang tinggal di sblh Dt BT dan Dt. PB di masukkan ke dlm Tolak,
    semua item yang tinggal di sblh Kt. BT dan Kt. PB dimasukkan ke dalam CAMPUR.

    Ia memerlukan pelajar imaginasi macam senamrobik. Lucu tapi mungkin berkesan.

  3. Cg Narzuki Says:

    KESILAPAN UMUM PELAJAR

    Antara kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh pelajar-pelajar semasa menjawab soalan ini ialah :

    1. Tidak menulis tajuk dengan betul (Nama Syarikat dan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Ogos 2007).

    2. Butiran dalam Buku Tunai Terselaras dan Penyata Penyesuaian Bank yang digunakan adalah tidak betul (Contohnya CEK TAK LAYAN, KESILAPAN CATATAN).

    3. Terlupa format Penyata Penyesuaian Bank, tidak menulis Baki DEBIT atau KREDIT dalam Buku Tunai atau Penyata Bank.

    4. Butiran Cek Belum Dikemukakan dikelaskan sebagai Deposit Belum Dikreditkan dan sebaliknya (Item-item TAMBAH dicatat sebagai TOLAK dan sebaliknya).

    5. Catatan 2 kali item yang sama di dalam BUKU TUNAI (TERSELARAS) dan PENYATA PENYESUAIAN BANK.

  4. najwa Says:

    bagaimana kalau soalan minta sya menyediakan penyata penyesuaian bank tanpa kemas kini buku tunai, tp sya jwb penyata penyesuaian bank dgn kemas buku tunai. adakah ia kan beri kesan pd markah sya.

    satu lagi, dari tips yg cikgu bagi kita tak boleh tulis yg cek tak layan dan kesilapn catatan, so, apa butiran yg patut ditulis ?

  5. Cg Narzuki Says:

    Bagi soalan pertama :

    Najwa, kesilapan tersebut banyak memberikan kesan kepada markah najwa. Di mana jawapan dalam BUKU TUNAI tidak akan diperiksa dan banyak markah akan hilang. Hanya jawapan dalam PENYATA PENYESUAIAN BANK sahaja yang akan diperiksa dan diberikan markah.

    Bagi soalan kedua:

    Penulisan butiran dan jumlah yang betul adalah penting untuk mendapatkan markah.
    Dalam semua soalan perakaunan BUTIRAN mesti merujuk kepada NAMA AKAUN.

    Butiran yang betul bagi CEK TAK LAYAN ialah NAMA PENGHUTANG yang mengeluarkan cek tersebut (boleh dirujuk pada BUKU TUNAI sebelah DEBIT)

    Butiran yang betul bagi KESILAPAN CATATAN ialah NAMA AKAUN yang terlibat dengan kesilapan tersebut (boleh dirujuk pada BUKU TUNAI sebelah Debit/Kredit).

  6. Cg Narzuki Says:

    SIRI BESTARI PERAKAUNAN SPM

    Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank
    Pengarang : Rithuwan Nasir (Sifu2b)

    http://sifu2b.files.wordpress.com/2007/08/sbps-ebook1-ppb-sifu2b.pdf

  7. Kuwe TM Says:

    Bagaimana nak buat PPB dengan lebih ringkas tapi padat…. takut terlebih masa.

  8. Cg Narzuki Says:

    Kuwe TM,

    Sesungguhnya Penyata Penyesuaian Bank merupakan suatu format yang ringkas, hanya melibatkan operasi TAMBAH dan TOLAK sahaja.

    Masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar ialah terlupa / tertukar format, ini kerana dalam buku teks / buku rujukan terdapat beberapa format yang dikemukakan bagi menyediakan Penyata Penyesuaian bank, seperti:

    1. Mulakan PPB dengan baki Buku Tunai,
    2. Mulakan dengan baki Penyata Bank,
    3. Buku Tunai berbaki debit.
    4. Jika Buku Tunai berbaki kredit (overdraf).

    Jadi amat mengelirukan jika anda menghafal kesemua format2 tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan, dan sebagai persediaan menghadapi SPM, cikgu cadangkan supaya HANYA SATU format sahaja yang perlu dihafal iaitu Mulakan PPB dengan Baki BUKU TUNAI dan berakhir dengan Baki PENYATA BANK.

    Dan sekiranya Buku Tunai yang diberi berbaki KREDIT (OVERDRAF), maka Nilai pada Baki Buku Tunai tersebut hendaklah diKURUNG (sebagai nilai negatif).

    Contoh secara perbandingan;

    1. Buku Tunai berbaki DEBIT.

    Syarikat XYZ
    Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember 2007

    Baki Debit dalam Buku Tunai 1000
    (+) Item KREDIT dlm BT & PB 500
    …………………………………………. 1500
    (-) Item DEBIT dlm BT & PB 700
    Baki Kredit dalam Penyata Bank 800

    2. Buku Tunai berbaki Kredit (overdraf)

    Syarikat XYZ
    Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember 2007

    Baki Kredit dalam Buku Tunai (1000)
    (+) Item KREDIT dlm BT & PB 500
    ………………………………………. (500)
    (-) Item DEBIT dlm BT & PB 700
    Baki Debit dalam Penyata Bank (1200)

    Dengan memperbanyakkan LATIHAN mengunakan SATU FOTMAT membolehkan anda mahir dan dapat menyediakanya dalam masa yang singkat.

    Perhatian : Kenalpasti kehendak soalan samada KEMASKINI BUKU TUNAI atau TANPA KEMASKINI BUKU TUNAI.

    Kemaskini BT : Anda dikehendaki menyediakan (1) Buku Tunai kemaskinI, (2) Penyata Penyesuaian bank. [GUNA FORMAT YANG SAMA BAGI PPB].

    Tanpa Kemaskini BT : Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank sahaja. [FORMAT SAMA]

  9. Hirzi Says:

    cikgu, bagaimana nak buat penyata penyesuaian bank? saya memang tak tau nak buat? tolonglah saya..

  10. Cg Narzuki Says:

    Hirzi,

    Beberapa panduan telahpun dibincangkan di atas, sila baca dengan teliti dan cuba ikuti.

    Terdapat dua bentuk soalan yang biasanya ditanya, iaitu :

    1. Sediakan Penyata Penyesuaian Bank tanpa mengemaskini Buku Tunai.

    2. Sediakan Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemakini Buku Tunai.

    Sebagai panduan, Apa yang perlu Hirzi buat ialah :

    1. Kenalpastikan soalan tersebut perlu mengemaskini Buku Tunai atau tidak.

    2. Mengetahui Format Penyata Penyesuaian Bank dan format Buku Tunai dikemaskini.

    3. Bandingkan Buku Tunai dan Penyata Bank (debit – kredit; kredit – debit) dan kenalpasti :
    - item-item yang terdapat dalam Buku Tunai tapi tiada dalam Penyata Bank
    - item-item yang terdapat dalam Penyata Bank tetapi tiada dalam Buku Tunai.

    # Item-item tersebut yang akan digunakan semasa menyediakan Buku Tunai Kemaskini dan juga Penyata Penyesuaian Bank nanti. Dalam mengenal pasti item-item tersebut, 3 perkara perlu diberikan perhatian :
    a. Kesilapan catatan
    b. Cek tak layan (rujuk penyuruhbayar)
    c. Cek bulan lepas.

    4. Seterusnya sediakan Buku Tunai Kemaskini (jiak soalan minta kemaskini buku Tunai) dan Penyata Penyesuaian Bank.

    Jika masih menghadapi masalah sila kemukakan soalan secara lebih terperinci supaya mudah untuk cikgu menerangkannya.

  11. Cg Narzuki Says:

    TIP SPM !

    Penekanan harus diberikan kepada :

    1. Item-item yang perlu diambil kira dalam menyediakan Penyata Penyesuaian Bank seperti cek-cek yang belum dikemukakan dan deposit belum dikreditkan.
    2. Cara-cara menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.

  12. ABU HASSAN FIKRI Says:

    DOAKN SY SUPAYA CEEMERLANG DLM MATAPELAJRN AKAUN PD (SPM08)

  13. Cg Narzuki Says:

    Abu Hassan Fikri,

    Cg doakan semoga berjaya dengan keputusan yang CEMERLANG. InsyaAllah.

  14. Wong Says:

    Hi, cg
    Adakah soalan spm akan keluar ppb dalam bentuk ayat? Sebab bentuk ini tak pernah dikeluarkan. Yang kita biasa buat mesti ada Buku Tunai dan Penyata bank sekali.

  15. Cg Narzuki Says:

    Wong,

    Bagi makluman Wong sebelum SPM 1993, soalan dokumen : semua urusniaga dinyatakan dalam bentuk ayat, memandangkan ianya adalah tidak praktikal / tidak menyamai amalan dunia perniagaan sebenar, maka bentuk soalan tersebut ditukarkan kepada bentuk sekarang iaitu setiap urusniaga diberikan dalam bentuk dokumen.

    Pada pandangan Cg, menyediakan PPB berdasarkan BT dan PB juga adalah lebih praktikal untuk diuji berbanding dalam bentuk ayat. Jadi pastikan anda menguasai soalan bentuk tersebut dahulu, walaubagaimanapun jika ada “lebihan masa” baru tengok2 soalan berbentuk ayat.

  16. shafiq Says:

    cg saya nk tanya tntg penyata penyesuaian bank. jika soalan minta ‘tanpa kemas kinikan buku tunai’ tetapi saya takut lupa format, boleh tak saya buat dgn mulakan dgn buku tunai terselaras dan kmd baru buat penyata penyesuaian bank selepas itu? hrp cg cepat balas sbb mon ni exm. Tq

  17. Cg Narzuki Says:

    Shafiq,

    Sekiranya soalan dikehendaki menyediakan PPB sahaja (tanpa kemaskini BT), tetapi anda menyediakan BT Terselaras dan PPB (kemaskini BT), maka separuh daripada jumlah markah akan hilang. Di mana jawapan dalam BT tidak akan diperiksa. Hanya jawapan dalam PPB sahaja yang akan diperiksa dan diberikan markah.

  18. lina Says:

    bagi soalan yg perlu mengemaskini buku tunai.
    jika berlaku kesilapan menulis jumlah,
    dimana jumlah di penyata bank lebih kecil daripada jumlah di buku tunai,

    di sebelah dt/kt buku tunai perlu diletakkan perbezaan jumlah itu? minta cikgu terangkan.

  19. Cg Narzuki Says:

    Lina,

    Jika soalan KEMASKINI BUKU TUNAI, petuanya begini :
    1. Tuliskan dalam BT samada ianya TERLEBIH atau TERKURANG.
    2. Jika TERKURANG, maka penyelesaiannya TAMBAH (letak disebelah SAMA).
    3. Jika TERLEBIH, maka TOLAK (letak disebelah BERBEZA).

    Cuba ikut petua tersebut, pasti hasilnya tidak menghampakan.

  20. lina Says:

    ya, terima kasih. saya sudah faham.

  21. zul Says:

    jika terdapat kesilapan amount di dalam penyata bank atau buku tunai, bagaimana?

  22. Cg Narzuki Says:

    Zul,

    Jika soalan KEMASKINI BUKU TUNAI, Cari BEZA antara BT dan PB, dan tuliskan dalam BT seperti yang telah dinyatakan dalam komen diatas.

    Jika soalan TANPA KEMASKINI BT, Cari BEZA, dan tuliskan jumlah beza tersebut di tempat yang TERLEBIH samada dalam BT atau PB. Kemudian sediakan PPB ikut format.

  23. ela Says:

    salam cg…
    sy nak tya..
    napa dlm buku tunai ada dtulis bintang cmne…*
    *kesilapan dalam buku tunai n cek xlayan..
    apa maknya…??
    bla sy tgk jwpn,cth..
    ogos 7 alatan pejabat *205..dlm bku tunai sblh kt..no cek 063..
    dlm pyata no cek 063…dt 250…
    tp dlm jwpn tuk kemas kini buku tunai..
    napa jwpan alatan pejabat d sblah kt n 45…
    sy kurang fhm…

    dlm pyta

  24. Cg Narzuki Says:

    Salam.

    Tanda * menunjukkan kelisapan yang dinyatakan adalah merujuk kepada urusniaga pada tarikh tersebut.

    Dalam Buku Tunai :
    TELAH REKOD KT: ALATAN PEJABAT RM205 (jumlah ini SILAP)
    Jumlah sepatutnya ialah RM250 (telah terkurang RM45 di sebelah Kredit)
    Untuk membetulkan kita perlu HANYA TAMBAH RM45 lagi disebelah kredit, supaya jumlah kredit menjadi RM250.

  25. ela Says:

    ok tanx cg…
    bru sy fhm…
    cg..
    kalu jmlah b/b d sblh kt,kna bawh b/b trsbut kt pyta kan…
    sy kurg fhm……
    pena cg sy ckp klu jmlh sblh kt lbh besar mknya…
    sy pun xtaw sy da lupa..
    tp mmg ada cg sy ckp ttg jmlh b/b sblh kt..
    tu pun law sy xslp….hehe

  26. Cg Narzuki Says:

    Jika Baki b/b di sebelah Debit dalam Buku Tunai, maka dalam Penyata Penyesuaian Bank nanti tuliskan “Baki Debit pada Buku Tunai”.

    Jika Baki b/b di sebelah Kredit dalam Buku Tunai, maka dalam Penyata Penyesuaian Bank nanti tuliskan “Baki Kredit pada Buku Tunai”… ianya bermaksud Overdraf Bank.

    Berhubung dengan format penyata penyesuaian bank sila rujuk post Cg di atas.

  27. zai Says:

    salam cikgu
    saya nak tanya, macam mana nak bezakan item kesilapan dalam buku tunai tu sama ada kita nak campur atau tolak?
    lagi satu untuk item”cek tak layan” mesti tulis macam ni :
    nama penghutang (cek tak layan).
    tak boleh tulis “cek tak layan” sahaja?
    begitu jugak ngan kesilapan?

  28. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Untuk tentukan Item “kesilapan catatan” perlu dicampur atau ditolak bergantung kepada :
    1. Format PPB – sama ada mulai dengan Baki Buku Tunai / Baki Penyata Bank.
    2. Kesilapan dalam BT – TERLEBIH / TERKURANG
    3. Kesilapan dalam BT – disebelah DEBIT / KREDIT
    4. Buku Tunai berbaki DEBIT / KREDIT (overdraf)

    Contohnya :
    Kesilapan dalam BT di sebelah KREDIT dan PPB mulai dengan Baki BT. Maka,

    1. Penyata Penyesuaian Bank
    Baki debit pada BT
    (+) Kesilapan TERLEBIH

    2. Penyata Penyesuaian Bank
    Baki debit pada BT
    (-) Kesilapan TERKURANG

    Jika kesilapan di sebelah DEBIT , PBB mulai dengan baki PB, Baki BT Kredit (overdraf), maka OPERASI + / – jadi TERBALIK.

    BUTIRAN yang perlu digunakan hendaklah merujuk kepada NAMA AKAUN yang terlibat. Jika “cek tak layan”, “kesilapan” sahaja digunakan maka ianya SALAH.

    Contohnya,
    SYARIKAT TOKO ……………………….. diterima
    SYARIKAT TOKO (cek tak laku) ……. diterima
    SYARIKAT TOKO – CEK TAK LAKU ….SALAH
    CEK TAK LAKU …………………………. SALAH

  29. eric Says:

    nak tanya pandangan cikgu,
    Soalan 1
    cara mengemaskini buku tunai,selepas menyediakan buku tunai,bolehkah penyata penyesuaian bank bermula dengan baki penyata bank?adakah diterima dalam permarkahan?

    Soalan 2
    dalam penyata penyesuaian bank,baki kredit buku tunai,amaun tiada kurungan,adakah ia salah dari segi permarkahan?
    tq

  30. eric Says:

    nak tanya pandangan cikgu lagi

    Jawapan buku
    baki kredit buku tunai (1454)
    +cek belum dikemukakan 32754
    31300
    -deposit belum dikreditkan 3876
    baki kredit penyata bank 27424

    bolehkah jawapan di bawah diterima dalam permarkahan
    baki kredit buku tunai 1454
    +deposit belum dikreditkan 3876
    5330
    -cek belum dikemukakan 32754
    baki debit penyata bank (27424)

  31. Cg Narzuki Says:

    Eric, Pada pandangan saya,

    Jawapan 1

    Ianya DITERIMA kerana tidak menjadi kesalahan PPB dimulai dengan baki Buku Tunai ataupun Baki Penyata Bank.

    Jawapan 2

    Juga DITERIMA jika baki kredit buku tunai tidak dikurung TETAPI opresi + dan – mesti diterbalikkan daripada format biasa.

    Walaubagaimanapun saya tidak galakkan kerana kemungkinan akan berlaku kesilapan seperti jawapan ini :

    baki KREDIT buku tunai 1454
    +deposit belum dikreditkan 3876
    5330
    -cek belum dikemukakan 32754
    baki DEBIT penyata bank (27424) …… SALAH

    Sepatutnya Baki KREDIT Penyata bank (27424). Oleh kerana eric telah tukarkan baki overdraf jadi +, maka baki penyata bank – akan jadi KREDIT (terbalik daripada kebiasaan).

    Jadi bagi mengelakkan pelajar KELIRU dengan format2 tersebut, maka saya cadangkan supaya pelajar menggunakan SATU FORMAT PPB sahaja iaitu mulai dengan BAKI BUKU TUNAI dan gunakan tanda ”( )” bagi baki kredit buku tunai (overdraf bank).

    Ok, itu saja pandangan daripada saya.

  32. Cg Mai Says:

    Saya juga nasihatkan pelajar mulakan dengan baki di Buku TUNAI sebab item selepas itu adalah cek belum diTUNAIkan.

    Jadi TUNAI…TUNAI.

  33. eric Says:

    thanks for ur opinion…

  34. apek Says:

    saya ingin tahu tntg penyata penyesuaian bank:
    (a) cek belum dikemukakan – perlu tulis no cek dan nama?
    (b) tulis kesilapan atau Abu (kesilapan)
    (c) baki akhir perlu ditulis ‘baki debit di buku tunai’ atau tk perlu tulis
    (d) dividen-awang, adakah perlu dikurungkan (awang)
    tq

  35. Cg Narzuki Says:

    Apek,

    Petua mudah bagi mengelakkan kehilangan markah ialah BUTIRAN yang digunakan adalah merujuk kepada NAMA AKAUN yang terlibat.

  36. sifu2b Says:

    Saya menyetujui nasihat Cg narzuki dan Cg Mai,
    Saya hanya minta pelajar fokus kepada format yang bermula dengan baki tunai. Jika ia adalah overdraf, saya arahkan pelajar saya amalkan format nilai dalam kurungan. Saya yakinkan pelajar-pelajar dengan pendekatan ini, mereka hanya perlu membiasakan diri dengan 1 format.

    Dulu pun semasa sy kerja swasta, saya hanya perlu sediakan format yang bermula dengan baki buku tunai sebab bos senang faham, atau mungkin dah jadi kebiasaan atau amalan di syarikat itu.

  37. c0klet23 Says:

    sy ade masalah dengan cikgu sekolah ndan cikgu tusyen..
    masalah ini berkaitan dengan baki debit di penyata bank..
    cikgu tusyen sy bg tahu jika kita dpt baki negatif kita tak perlu letakkan angka tersebut dlm kurungan.manakala cikgu sekolah pula kate sy harus letakkan kurungan jika sy dpt bg negatif..
    bleh x ckgu bg tahu sy,yg mane yg betul??..

  38. Cg Narzuki Says:

    Coklet23,

    Cg nasihatkan gunakan cara guru sekolah anda, kerana dengan meletakkan tanda ( ) akan mengingatkan kita bahawa penyata bank tersebut adalah berbaki DEBIT (atau Overdraf). Maka dalam Penyata Penyesuaiaan Bank nanti butir yang perlu digunakan ialah “Baki Debit pada Penyata Bank”. BUTIR mesti betul untuk mendapat markah.

    Cara guru tuisyen juga tidak salah (tanpa tanda kurungan) ASALKAN butiran yang kita gunakan “Baki Debit pada Penyata Bank”. Cuma dengan adanya tanda ( ) tersebut dapat membantu kita mengingati bahawa ianya adalah Overdraf iaitu berbaki Debit bagi Bank.

    Jadi cara cikgu sekolah anda sedikit sebanyak dapat membantu anda daripada kehilangan markah untuk butiran.

  39. aisyah Says:

    cikgu,

    dalam kaedah 3, pada permulaan kita akan letak baki debit/kredit pada buku tunai.

    tapi,bila nak letak butir yg akhir sekali tu,kite kena letak baki debit ke atau baki kredit pada penyata bank??
    sy jadi confius la..

  40. Cg Narzuki Says:

    Aisyah,

    Pertama Aisyah perlu ingat bahawa Baki Buku Tunai dan Baki dalam Penyata Bank bersifat TERBALIK. Maksud Cg,
    1. BANK besifat ASET jika BT berbaki DEBIT tetapi PB berbaki KREDIT
    2. BANK bersifat LIABILITI (Overdraf) jika BT berbaki KREDIT tetapi PB berbaki DEBIT.

    Jadi cara mudah untuk tentukan Baki DEBIT / KREDIT pada PB ialah lihat saja JUMLAH AKHIR yang diperolehi jika :
    1. POSITIF – Baki KREDIT pada PB
    2. NEGATIF – Baki DEBIT pada PB
    SYARATNYA : Menggunakan tanda ( ) bagi baki OVERDRAF, seperti yang telah Cg terangkan sebelum ini.

    Dan terdapat juga soalan yang telah menyatakan baki PB berbaki KREDIT atau DEBIT …. (sila rujuk baki akhir PB, jika ada).

  41. c0klet23 Says:

    salam cg..

    sy nk tanya betul ke format yg cg tusyen sy bg ni..

    penyata penyesuaian bank pada….
    baki kredit di buku tunai
    + : deposit belum dikreditkan

    - : cek belum dikemukakan

  42. c0klet23 Says:

    deposit kalau digantikan sebagai simpanan boleh x??..

  43. Cg Narzuki Says:

    Coklet23,

    Seperti komen Cg sebelum ini, format tersebut tidak salah tetapi Cg syorkan menggunakan format ini (guna tanda kurungan bagi overdraf) :

    Penyata Penyesuaian Bank Pada ….
    Baki Kredit di Buku tunai ( )
    (+) Cek belum dikemukakan :
    (-) Deposit belun dikreditkan :

    Deposit dan simpanan sama saja maksudnya dan tidak salah jika digunakan, cuma Cg syorkan gunakan “deposit” sebagaimana dalam buku teks.

  44. yee Says:

    cikgu saya nak tanya kalau “deposit belum dikreditkan ” tulis sebagai ” cek belum di dikreditkan ” adakah salah ?

  45. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg, ianya tidak salah tetapi sebaik2nya gunalah sebagaimana buku teks iaitu “Deposit belum dikreditkan”.

  46. aisyah Says:

    cikgu boleh x terangkan ka sy ape tu overdraf bank.
    sy x faham

  47. aisyah Says:

    cikgu balas la cepat skit

  48. Cg Narzuki Says:

    Aisyah,

    OVERDRAF BANK secara ringkasnya sebagai
    - kita terhutang dengan bank,
    - baki wang kita dibank NEGATIF ,
    - cek yang kita keluarkan terlebih daripada jumlah baki wang yang ada dalam bank.

    Overdraf bank dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.

  49. dulu pening sekarang sedar Says:

    Cikgu,
    dengar kata penyesuaian bank boleh mula dari baki bank ataupun baki buku tunai , betul ke? mana lebih bagus ?
    Betul ke kita boleh pastikan bhw jwpn kita betul jika
    baki bank = baki penyesuaian?
    Ada tak soalan lain di mana kita boleh pastikan sama ada jawapan kita correct?Macam mana dengan soalan dokumen?
    terima kasih

  50. Cg Narzuki Says:

    Sedar,

    Format penyediaan Penyata Penyesuaian Bank boleh bermula dengan Baki pada Buku Tunai ataupun Baki pada Penyata Bank, kedua-dua boleh digunakan, cuma Cg cadangkan gunakan format mula dengan baki buku tunai.

    Secara kasarnya boleh dikatakan jika baki dalam PPB sama dengan Baki dalam Penyata Bank, maka kemungkinan ianya betul. Tetapi walaupun bakinya sama jumlah markah yang diperolehi tidak semestinya dapat markah penuh. Ini boleh disebabkan oleh penggunaan BUTIR yang tidak tepat/salah walaupun angka yang digunakan betul, maka ianya dikira SALAH. Oleh itu berhati-hati dengan BUTIR yang sepatutnya digunakan.

    Antara topik2 lain, jika jumlahnya SAMA maka “kemungkinan” jawapan kita betul. Iaitu :
    1. Dokumen : Imbangan Duga sama jumlah.
    2. Penyata Kewangan : KKK sama jumlah.
    3. Pembubaran : Akaun Bank – tiada baki/ jumlah sama.
    # Tetapi pastikan BUTIR yang betul digunakan.

  51. Sedar Says:

    Thank you!

  52. cikgu azliza Says:

    saya ada masalah di bahagian ini..
    bagaimana kita ingin kenalpasti dalam soalan bentuk @ kaedah yang mana diminta menjawad..contohnya untuk soalan SPM tahun 2006.. sy keliru dalam memulakan baki debit buku tunai @ baki kredit penyata bank
    bantu saya…

  53. tamil selvan/l muniandy Says:

    apakah maksud lejar….plz

  54. Cg Narzuki Says:

    Cikgu Azliza,

    “Saya ada soalan …… ” jangan mudah jadikan sesuatu perkara itu sebagai “masalah”, nanti bertimbung2lah masalah terbeban atas kepala kita. (… bagi motivasi sikit).

    Mana-mana kaedah boleh digunakan, cuma saya nasihatkan amalkan/latih pelajar dengan satu kaedah saja iaitu bermula dengan Baki debit/kredit pada BUKU TUNAI, supaya pelajar tidak keliru dalam menjawab soalan kertas 2. Setelah pelajar menguasai kaedah tersebut, baru ceritakan kaedah2 lain yang boleh digunakan secara ringkas sebagai makluman pelajar bagi tujuan menjawab soalan dalam kertas 1.

    Tamil selvan,

    Sila ke post POS KE LEJAR berikut.

  55. zamir.. Says:

    ..salam….cikgu..

    macam mana kita nak kenal pasti…

    imbang dalam…penyata..penyesuaian bank…yang
    kita buat….tuh..???

    satu lagi…dalam kaedah 3

    kesilapan …kita nk kena tulis kat mana erk???
    confius….

  56. Cg Narzuki Says:

    Zamir,

    Bagi memastikan jawapan kita kemungkinan besar betul atau imbang, hanya bandingkan BAKI dalam Penyata Penyesuaian Bank SAMA dengan baki pada Penyata Bank / Buku Tunai (jika PPB dimulai dengan baki Penyata bank).

    Cg nasihatkan agar menggunakan SATU KAEDAH yang sahaja supaya anda tidak mudah keliru. Sila baca dengan teliti komen2 Cg di atas.

    Bagi masalah KESILAPAN CATATAN sila rujuk komen Cg DIATAS.

  57. Hanna Says:

    cg,
    kalo dkt maklumt tambahan tertulis cek dipulangkan oleh bank dengan tanda “Rujuk Penyuruhbayar”, apa yg perlu sy buat?

  58. Cg Narzuki Says:

    Hanna,

    Itu menunjukkan cek yang kita terima (DEBIT dalam buku tunai) adalah Cek Tak Layan, maka penerimaan tersebut hendaklah dibatalkan.

    1. Sekiranya soalan minta dikemaskini buku tunai, maka dalam Buku Tunai (kemaskini) hendaklah dicatat disebelah KREDIT bagi membatalkan penerimaan tersebut.

    2. Manakala, jika soalan tanpa kemaskini buku tunai, maka dalam Penyata Penyesuaian Bank (mula dengan Baki Buku Tunai) hendaklah diTOLAK daripada Baki Buku Tunai tersebut.

  59. TEH Says:

    salam cg,
    ini ialah soalan trial melaka.
    penyata bank bg bln ogos 2009 yg diterima oleh perniagaan haziq menunjukkan baki kt 18800. baki ini berbeza dgn baki buku tunai disebabkan oleh perkara berikut:
    - cek-cek berjumlah 1300 masih belum dikreditkan oleh bank.
    - caj bank 25 blm direkodkan dlm buku tunai.
    hitungkan baki buku tunai pd 31/8/09?
    A. 17475
    B. 17525
    C. 20075
    D. 20125

    jwp dlm skema ialah D. tapi sy x faham mcm mana buat.
    harap cg boleh jelaskan.
    Terima kasih banyak-banyak.

  60. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Jawapannya memang D = RM20125.

    Baki kredit Penyata Bank …… 18800
    (+) Cek belum dikreditkan …… 1300
    (+) Caj bank ………………………….. 25
    Baki debit buku tunai …………. 20125

  61. anim Says:

    cikgu…sy cuba buat soalan trial perak..soalan PPB..soalan minta kemaskini kini kan buku tunai..butir perlu diambil dari Penyata Bank kan…so lpas sy kmaskini kan buku tunai,sy buat PPB..tp jumlah yg sy dpt xsama dgn jumlah yg ada dkat baki kredit di Penyata Bank..tp bila sy buang 1 butir di buku tunai iaitu Deposit yg sepatutunya perlu dimasukkan dalam buku tunai..tp bila sy buang butir tersebut..jumlah baki kredit sy sama dgn dlm Penyata Bank tersebut..sy cuma nak tau,kalau butir deposit, x perlu masukkan dalam Buku Tunai ke cikgu..

  62. Cg Narzuki Says:

    Anim,

    Dalam Penyata Bank, kita kena berhati2 dengan item CEK BULAN LEPAS di mana butirnya CEK dan lihat no. ceknya mengambarkan cek tersebut dikeluarkan pada bulan lepas dengan merujuk kepada no2 cek dalam Buku Tunai di sebelah kredit.

  63. anim Says:

    tapi kan cikgu..butir Deposit tersebut tak da No Cek..maksudnya Deposit tersebut Cek Bulan lepas ka cikgu…

  64. Cg Narzuki Says:

    Anim,

    Setelah Cg semak kertas soalan tersebut (Trial Perak 2009), didapati :

    1. Soalan tersebut dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank TANPA kemaskini Buku Tunai. Sekiranya Anim menyediakan Buku Tunai dikemaskini, maka banyak markah akan hilang, kerana markah hanya diberikan item2 yang terdapat dalam PPB sahaja.

    2. Item 12 Mei Shahrul Faiz RM890 dalam Buku Tunai (debit) dan item 14 Mei Deposit RM980 dalam Penyata Bank adalah merujuk kepada urus niaga yang SAMA cuma berlaku KESILAPAN dalam Buku Tunai, iaitu terkurang sebanyak RM90. Maka kedua2 item RM890 dan item RM980 TIDAK perlu dimasukan dalam PPB, tetapi hanya perbezaan (kesilapan) RM90 sahaja yang perlu dimasukkan dalam PPB.

    Sila semak semula jawapan yang Anim disediakan.

  65. anim Says:

    eh cikgu,maaf..bukan trial perak..tapi gerak gempur negeri perak..xpala cikgu..sy dah tengok soalan lain..kalau butir Deposit tu xperlu masukkan dlm buku tunai..
    tima kasih…

  66. aman Says:

    cgu,dalam pb dgn mengemaskini bt jika dalam bt diberi kt,kita mesti dt dalam bt yg dkmaskini…tp klu baki bt yg dberi dt,adakah kita hrus krdt dalam bt yg dkmskinikan..tq

  67. Cg Narzuki Says:

    Aman,

    Tidak semmestinya begitu. Dalam soalan kemaskini buku tunai, kita kena sediakan :
    1. BT (kemaskini) – item2nya hendaklah diambil daripada :
    # Penyata Bank – Dt dlm PB, maka Kt dlm BT dan sebaliknya.
    # BT – item cek tak layan dan kesilapan catatan.

    2. Penyata Penyesuaian Bank – item2nya hanya diambil daripada BT sahaja.

    ~ Sila baca komen2 Cg di ATAS.

  68. bdk akaun Says:

    cgu,
    ada contoh soalan PPB dlm bntuk ayat x?

  69. Cg Narzuki Says:

    Soalan trial SMS Machang 2009 daripada Koleksi Trial 2009 CNO ada mengemukakan soalan PPB dalam bentuk ayat.

  70. anuar Says:

    salam cikgu…saya ada masalah nak buat bank reconcile ni…saya harap sgt2 cikgu dapat bantu saya..tk

  71. love akaun Says:

    cikgu,saya kurang faham la tajuk PPB ni..boleh tak kalau cikgu terangkan kpd saya mcm mana nak faham dengan lebih mudah??saya harap cikgu boleh bantu saya..

  72. Cg Narzuki Says:

    Tidak ada cara mudah untuk faham kecuali anda sentiasa bertanya apa yang anda tidak faham satu persatu.

  73. HASNIZA BT BAHARUDIN Says:

    adakah patut jika kita hanya ajar pelajar kita dengan dua kaedah sahaja… bermula dengan baki buku tunai dan mengamskini buku tunai. kerana bimbang pelajar akan lebih keliru dengan banyak kaedah

  74. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan saya, sekarang ini kita tidak boleh lagi hanya bersandarkan format/ gaya penyoalan soalan tahun2 lepas. Adalah lebih selamat kita ajar mengikut kehendak HSP.

    Cadangan saya bagi mengelakkan kekeliruan pelajar, kita JANGAN ajar semua kaedah secara serentak. Sebaliknya ajarkan dahulu format mula dengan baki buku tunai (sama ada kemaskini atau tanpa kemaskini buku tunai). Setelah pelajar betul2 menguasinya barulah kita perkenalkan format mula dengan baki penyata bank, iaitu hanya tukarkan item2 yang perlu ditambah dan item2 yang perlu ditolak.

  75. PUSAKAK BANGSA Says:

    salam cg,

    sy bru mau jinak2 ngan akaun ni..mau tny
    SPM thn lepas PPB ni da kluar, cg rasa ada kemungkinan tak soalan ni klua lagi..biasa ka juga mcm thn lepas da kluar thn ni kluar lagi..

  76. Cg Narzuki Says:

    Selagi ada dalam sukatan pelajaran, maka ada kemungkinan ianya akan dikeluarkan dalam soalan SPM nanti. Telah keluar tahun lepas tidak semestinya tidak tahun ini tidak akan keluar. Kita hendaklah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

  77. ckg syud Says:

    saya ada masalah dlm membuat penyata penyesuaian bank yg xdk dberi buku tunai n p/bank…tp diberi dlm btk ayat…

  78. Cg Narzuki Says:

    Adalah penting untuk pelajar betul2 memahami item2 yang terlibat dalam penyediaan PPB. Sama ada maksudnya dan juga kesan keatas baki buku tunai atau Penyata Bank bergantung kepada format PPB yang digunakan.

  79. ciknon Says:

    saya rasa beri penyata dan buku atau tidak, bukan masalah besar. yg penting tahu apa kehendak soalan. dalam perakaunan kita kena ajar pelajar juga “jalan bengkang bengkok ‘ bukan ‘jalan yg straight’ je. kalau pelajar belajar secara menghafal, biasanya dia suka jln yg straight, tapi jika pelajar itu tahu buat, apa sahaja jalan, dia boleh selamat sampai. kita kena bersedia mengajar pelajar dgn berbagai cara sebab soalan akan keluar berbagai cara dan rupa spt tahun lepas. guru juga tidak boleh lagi mengajar pelajar secara straight , nanti pelajar tidak dpt menjawab soalan dgn baik. so, utk cg syud format PBB pada saya masih sama , hanya bezanya ialah cara soalan itu dikemukakan , itu saje. mula-mula mmg akan rasa pelik dan susah tetapi lama-lama bila cg sendiri bnykkan buat latihan, soalan itu sbnrnya menggunakan cara yg sama bila ada penyata dan BT.

  80. erina Says:

    macam maner nak faham penyata penyesuaian bank ya?

  81. Cg Narzuki Says:

    Sila baca terlebih dahulu nota dan komen2 yang telah dibincangkan DIATAS.

  82. lamka Says:

    cg kenape

    deposit blum dikredit kn— kene dt???
    cek blum dikemukakan—- kene kt????

  83. Cg Narzuki Says:

    Maaf, cg tak faham maksud soalan yang ditanya.

  84. Lal Says:

    Apakhabar Cikgu,
    Maaf menggangu cikgu,adakalanya saya rasa confident apabila dapat menyiapkan tugasan untuk tajuk ini dengan baik tetapi adakalanya saya gagal ,rasa nya saya masih tidak lagi konsisten .Dalam menyediakan buku tunai ada masalah jika terdapat soalan seperti cek yang telah dikeluarkan ,dibuku tunai RM987 ttp di PB 897,saya masih confius dan tidak dpt tentukan jawapan yang mana harus tambah/tolak,jadi menyebabkan PB baki awal silap.

    Boleh cikgu berikan sedikit nasihat.
    Terima kasih.

  85. Cg Narzuki Says:

    Kes 1:
    BT – Kt: 987 ……. TERLEBIH KELUAR 90
    PB – Dt: 897

    Kes 2:
    BT – Kt: 897 ……. TERKURANG KELUAR 90
    PB – Dt: 987

    Jika soalan TANPA kemaskini Buku Tunai dan PPB dimulai dengan Buku Tunai, maka :

    Kes 1:
    PPB
    Baki debit buku tunai ………. XXX
    (+) ….(butir ikut soalan)….. 90
    (terlebih catat keluar – Bank TERKURANG, maka kena TAMBAH)

    Kes 2:
    PPB
    Baki debit buku tunai ………. XXX
    (-) ….(butir ikut soalan)….. 90
    (terkurang catat keluar- Bank TERLEBIH, maka kena TOLAK)

    # Sekiranya PPB dimulai dengan Baki Penyata Bank, maka ianya akan jadi terbalik.

  86. Lal Says:

    Alhamdulilah ,Terima kasih cikgu kerana membantu.

  87. imah2010 Says:

    salam.

    cikgu.. apabila menyediakan penyata penyesuaian bank berdasarkan baki dari penyata bank, jika ada caj bank, maka perlu ditambah.

    Soalannya.. adakah caj bank tersebut [yang tercatat dalam penyata bank bulan Jan] perlu dicatat dalam buku tunai bulan berikutnya iaitu pada bulan Feb?… dengan mengambil kira catatan berterusan dari bulan demi bulan. Jika perlu… bagaimana caranya?

    Atau hanya selesai apabila dicatat dalam penyata penyesuaian bank UNTUK BULAN JAN TADI?

    Apa pendapat cikgu? Harap dapat memberi jawapan. Terima kasih.

  88. Cg Narzuki Says:

    Salam, imah soalan ini bukan untuk jawapan soalan peperiksaan tetapi untuk diaplikasikan didalam perniagaan sebenar, betul tak ?

    Salah satu amalan yang boleh digunakan, buku tunai ditutup setelah Penyata Bank diterima, jadi mana2 urus niaga yang terdapat dalam Penyata Bank seperti caj bank, faedah, kesilapan dll akan DIKEMASKINI terlebih dahulu dalam buku tunai. Kemudian baru disediakan Penyata Penyesuaian Bank berdasarkan Cek2 belum dikemukakan dan Deposit2 belum dikreditkan (daripada buku tunai) sahaja.

    Salah satu tujuan disediakan Penyata Penyesuaian Bank adalah untuk mengemaskini Buku Tunai perniagaan.

  89. imah2010 Says:

    terima kasih cikgu. memang benar ia bukan soalan peperiksaan. harap cikgu tak kisah. ia amat membantu saya.

    sebenarnya bendahari koperasi minta pendapat saya..dan ia ada kaitan dengan bab ini. sekaligus kalau saya dapat menjelaskan kepada pelajar saya.. [jika keadaan memerlukan] alangkah baiknya. tak lupa kredit pada cikgu …banyak saya perlu pelajari lagi.

    Moga Allah membalas budi baik cikgu. Amin

  90. dikna Says:

    salam cg,
    nk tnye psal soalan spm2009….
    ad senior sy yg dh lalui spm2009 pa ckp penyata penyesuaian bank taon lpas yg kuar spm2009 gne format baru…..
    pentyata penyesuaian bank ni ada format baru jgk ke??? yg mne….sy xtaw la

  91. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Bukan format baru, cuma gaya soalan tidak sama dengan beberapa tahun kebelakangan ini. Di mana sebelum ini soalan diberi dalam bentuk Buku Tunai dan Penyata Bank dan diminta sediakan Penyata Penyesuaian Bank. Manakala soalan tahun lepas diberi dalam bentuk ayat tentang perkara2 yang perlu diselaraskan bagi penyediaan PPB. …. sebenarnya dalam buku tekspun telah ada soalan2 berbentuk sedemikian.

  92. dikna Says:

    oh mcam 2…thnx cg

  93. Mcrish Says:

    salam cg,
    maafkan sy ,boleh ka cg terangkan item 2 spt berikut harus sy letak dimana,sy kurang faham /pasti antaranya,

    1.cek dikeluarkan kpd syt abc utk byr hutang belum dikemukakan ,adakah harus dibawah cek yg belum dikemukakan?
    2.cek diterima telah tp belum di deposit ,adakah dibawah deposit blm di kemukakan ?
    3. cek dr pelanggan telah direkod di sblh kredit dlm BT,adakah debit balik di BT ?
    4. bank caj phkimatn – adakah di bawah buku tunai terselaras?Dt @Kt?
    5. cek tak layan?
    6. Cek dikembalikan oleh bank
    7.Arahan tetap untuk bank membuat potongan bulanan bayaran sewa-

    maaf sy memang x pandai dlm bab ni,tp sy nak pastikan sy mampu faham.

    terima kasih cg.

  94. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    1. Betul.
    2. Deposit belum DIKREDITKAN…. bukan belum dikemukakan.
    3. Ya betul, tapi jumlahnya perlu diGANDAkan (kesilapan terbalik).
    4. Caj bank akan mengurangkan akaun kita, maka dalam BT sebelah KREDIT.
    5. & 6. Sama maksudnya…. kita kena KURANGKAN kerana cek tersebut tak laku…. maka BT – KREDIT.
    7. Akaun di bank akan BERKURANG, maka BT sebelah KREDIT.

  95. Mcrish Says:

    salam cg,
    terima kasih byk.

  96. aisyah meor Says:

    apa maksud penyata penyesuaian bank?

  97. Cg Narzuki Says:

    Penyata Penyesuaian Bank bermaksud Penyata yang disediakan oleh peniaga untuk menyesuaikan baki Penyata Bank dan baki Buku Tunai.

    Tujuan Penyata Penyesuaian Bank Disediakan :

    1. Menyelaraskan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank (biasa baki tidak sama)
    2. Memastikan ketepatan dan kesahan rekod dalam Buku Tunai (kesilapan dapat dikesan dan diperbetulkan)
    3. Menentukan jumlah tunai sebenar yang terdapat dalam akaun semasa di bank.
    4. Megemaskini Buku Tunai.

  98. Mcrish Says:

    As’lammualaikum cg,

    boleh cg terangkn sedikit ,sebab wujudnya perbezaan baki antara baki di Buku Tunai (ruangan bank) dan baki di Penyata Bank.

    terima kasih.

  99. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,

    Pertama, kita kena faham bahawa BUKU TUNAI dan PENYATA BANK disediakan oleh 2 pihak yang berbeza, Tetapi merujuk kepada akaun yang sama.
    1. Buku Tunai – disediakan oleh Peniaga
    2. Penyata Bank – disediakan oleh pihak bank.

    Maka, wujudkan perbezaan antara kedua-dua baki tersebut adalah disebabkan oleh:
    1. Terdapat butir yang direkod dalam Buku Tunai tetapi tidak direkod dalam Penyata Bank, seperti:
    - Cek belum dikemukakan
    - Deposit belum dikreditkan

    2. Terdapat dalam Penyata Bank tetapi tidak direkod dalam Buku Tunai, seperti:
    - Faedah atas simpanan
    - Dividen
    - pindahan kredit daripada penghutang
    - Caj bank
    - Faedah atas overdraf

    3. Terdapat kesilapan merekod yang dilakukan oleh peniaga atau pihak bank.

  100. Mcrish Says:

    Alhamdullilah…. & thanx cikgu.

  101. rasyidah0408 Says:

    salam
    cikgu, tentang penyata penyesuaian bank, saya ada soalan
    1) apakah perbezaan antara deposit yang belum dikreditkan dengan cek-cek yang belum dikemukakan?

    2)Boleh cikgu sertakan contoh untuk kedua-dua jenis urusniaga tersebut dan apakah kesan dalam penyediaan penyata penyesuaian bank?

    3)Kenapa terdapat 2 jenis penyata penyesuaian bank iaitu tanpa dan dengan mengemaskini buku tunai? apa kepentingan dan kelebihan kedua-dua kaedah tersebut?

    terima kasih.

  102. zan Says:

    salam.
    1 / cikgu nak tnya tentag cara nk rekod apabila berlakunya kesilapan catatan.
    1- kesilapan catatan angka
    2-kesilapan catatan apabila bank tersalah debit check deposit.
    tq

  103. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Cg cadangkan muat turun Nota Matrikulasi – Bab 4 : Perakaunan Tunai berhubung dengan Penyata Penyesuaian Bank.

  104. nia Says:

    salam cg. mahu tanye ^^

    kalo cek rm128 kpd aziz tlh di DT kn oleh bank tapi direkod
    di sblh DT buku tunai mcm mane??
    sy kurang paham.
    tq….

  105. Cg Narzuki Says:

    Maksudnya berlaku KESILAPAN CATATAN dalam Buku Tunai, di mana sepatutnya butir AZIZ RM128 dicatat disebelah KREDIT. Maka pembetulan tersebut perlulah dilakukan dalam BT dengan mencatatkannya disebelah KREDIT sebanyak 2 kali ganda iaitu RM256.

  106. Wan Says:

    Mcn mane nk thu kesilapn ctatan dlm BT atau PB???

  107. Cg Narzuki Says:

    Bagi soalan PPB, sebarang kesilapan catatan diandaikan kesilapan pada catatan syarikat iaitu dalam Buku Tunai.

  108. Wan Says:

    Salam, cg merujuk b.teks ms: 53…

    Sy nk tnye, kn jualan pd 21 ogos tk dcatat dlm PB.
    Jd nnti sy perlu ctat di mana klo dlm PPB??
    Butir nye pula???? Trima kasih….

  109. Nadia Says:

    salam cg…sy merupakan pelajar matrikulasi…..sy still confuse lg mcm mne nk selesaikan penyata penyesuaian bank mengikut format bg peringkat matrikulasi…. blh cg sediakan format PPB utk matrikulasi?

  110. ama Says:

    slm..
    ckgu..
    pe format utk kemas kini buku tunai???
    debit ape??
    kredit ape???

  111. Cg Narzuki Says:

    Wan,
    Nanti Cg rujuk buku teks dan berikan komen kemudian.

    Nadia,
    Sila muat turun nota2 Matrikulasi di SINI. (klik)

    Ama,
    Sila muat turun Nota Cg Sila sebagai panduan dan rujukan dibahagian berikut:
    B-MUAT TURUN BAHAN
    Cg Sila – Modul Ting 5

  112. Nadia Says:

    salam cg,
    sy suda cuba byk kali utk download nota2 matrikulasi….
    tp still xblh a cg….
    mcm mne nk buat ea..

  113. Cg Narzuki Says:

    Salam, sebenarnya tiada masalah untuk muat turun, mungkin tidak kena caranya. cuba sekali lagi. semoga berjaya.

    NOTA MATRIKULASI – FA (klik)

Leave a Reply