Perkongsian – Pembubaran

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PEMBUBARAN PERKONGSIAN

1. Kematian pekongsi

2. Ditukarkan kepada syarikat

3. Perintah mahkamah

4. Kekurangan pokongsi

5. Persetujuan sesama pekongsi

6. Tempoh perkongsian tamat

7. Tiada potensi untuk maju

8. Pekongsi tidak siuman

9. Tujuan penibuhan tercapai

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

1. Semua aset perkongsian dilupus iaitu dijual atau diambil alih oleh rakan kongsi (penjelasan amaun yg perlu dibayar kepadanya).

2. Semua liabiliti dijelaskan; liabiliti kepada pihak luar/pemiutang luar dijelaskan terlebih dahulu.

3. Bayar balik pinjaman pekongsi.

4. Menjelaskan hutang bagi baki Akaun Modal dan Akaun Semasa pekongsi.

5. Pemberhentian operasi atau urus niaga perniagaan. Nama perkongsian dibatalkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

DUA KAEDAH YANG BIASA DIGUNAKAN

1. Aset perkongsian dijual dan liabiliti dijelaskan.

2. Aset dan liabiliti diambil alih oleh pekongsi.

AKAUN REALISASI

- Akaun sementara untuk menutup dan menyempurnakan urusan pembubaran apabila berlaku pembubaran sepenuhnya dalam sesuatu perkongsian.

- Dibuka untuk :-

1) merekod semua aset yang dijual atau diambil alih termasuk penerimaan tunai dari jualan asset, diskaun diterima dan pembayaran pembubaran (belanja realisasi).

2) menghitung sama ada pembubaran mendapat keuntungan atau kerugian.

3) membahagikan keuntungan atau kerugian antara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang telah ditetapkan.

- Selepas catatan jurnal disediakan ia akan diposkan ke Akaun Realisasi dan akaun-akaun lain yang terlibat.

- Akaun Realisasi akan diimbangkan untuk menentukan untung atau rugi realisasi yg akan dibahagikan antara pekongsi mengikut nisbah untung atau rugi yg telah dipersetujui.

- Baki akhir Akaun Semasa perlu dipindahkan ke Akaun Modal Pekongsi dan menutup akaun Bank untuk membayar balik balik baki modal pekongsi.

Kurangan dalam Akaun Modal Pekongsi

Ø Dalam Akaun Modal; untung realisasi (kt) manakala rugi realisasi (dt)

Ø Kurangan disebabkan oleh;
rugi realisasi yg besar.
nilai aset yg diambil alih terlalu tinggi.
baki kredit Akaun Semasa sedikit atau debit Akaun Semasa yg besar.
jumlah ambilan yg banyak.
sumbangan modal yg rendah.

Ø Pekongsi yg mengalami kurangan dalam Akaun Modal perlu membayar balik kurangan tersebut kepada perkongsian.

Ø Jika pekongsi tersebut tidak mampu membayar kurang modal itu, beliau tidak patut mengambil alih aset lama. Kekurangan modal beliau perlu ditanggung oleh pekongsi-pekongsi lain mengikut nisbah modal tetap.

113 Responses to “Perkongsian – Pembubaran”

  1. Firdaus Says:

    Cg, macam mana nak catat jika rakan kongsi ambil alih pemiutang.

  2. Cg Narzuki Says:

    Firdaus,

    Dalam kes pemiutang di ambil alih oleh rakan kongsi, ada 2 keadaan :

    1. ambil alih pada nilai penuh pemiutang.

    Contohnya,
    Dalam KKK: Pemiutang = RM3,200
    Maklumat tambahan : Pekongsi A bersetuju untuk mengambil alih pemiutang dengan nilai penuh.

    Catatannya,

    Akaun Modal A
    Kredit : Pemiutang RM3,200

    2. ambil alih pada nilai kurang daripada jumlah pemiutang sebenar ( diskaun ).

    Contohnya,
    Dalam KKK: Pemiutang = RM3,200
    Maklumat tambahan : Pekongsi A bersetuju untuk mengambil alih pemiutang dengan nilai RM3,000.

    Catatannya,

    Akaun Modal A
    Kredit : Pemiutang RM3,000

    Akaun Realisasi
    Kredit : Pemiutang RM200

    Ok, itu saja, kaedahnya hampir sama dengan bayaran kepada pemiutang dengan cek. Cuma perbezaanya AKAUN BANK digunakan. Jika diambil alih oleh pekongsi, maka AKAUN MODAL PEKONGSI yang terlibat.

  3. Gha Says:

    askum..sifu mcmne nk wat jurnal am dlm pmbubaran prkgsian?

  4. Cg Narzuki Says:

    Gha,

    Untuk soalan format SPM, kebiasaannya dikehendaki menyediakan Akaun Realisasi, Akaun Modal setiap pekongsi dan Akaun Bank, Jurnal Am tidak diperlukan.

    Walaubagaimanapun jika ingin mengetahuinya, Gha perlu mengetahui apakah langkah2 semasa proses pembubaran berlaku. Setiap langkah2 tersebut boleh disediakan Jurnal am. Cg rasa untuk mendapatkan keterangan yang lebih detail bersama-sama contohnya sekali, sila rujuk buku teks.

    Sebagai persediaan menjawab soalan SPM, Cg nasihatkan Gha berlatih menjawab soalan tersebut TANPA menyediakan Jurnal Am terlebih dahulu kerana ianya mengambil masa. Gha boleh terus kepada penyediaan Akaun Realisasi, Akaun Modal dan Akaun Bank. Dalam exam MASA sangat penting, jadi kita kena gunakan TEKNIK menjawab yang betul supaya masa 2 ½ jam yang diperuntukan dapat digunakan sebaik mungkin.

  5. Gha Says:

    Oh..time ksih ckgu

  6. Cg Narzuki Says:

    TAHUKAH ANDA ?

    Sekiranya salah seorang pekongsi mempunyai baki debit dan tidak mampu menjelaskan hutangnya semasa pembubaran perkongsian, hurangnya akan ditanggung oleh pekongsi lain mengikut nisbah modal tetap masing-masing. Peraturan ini dikenal sebagai Peraturan Garner lawan Murray.

  7. Ed Kimari Says:

    Cikgu,
    Kebanyakan soalan pembubaran perkongsian yang saya lihat di KKK, Akaun Pekongsi adalah Akaun Modal-Modal pekongsi. Sekiranya terdapat Akaun Semasa Pekongsi di KKK, bagaimana hendak menyelesaikannya?

    Pada pandangan saya, sekiranya Akaun Semasa Pekongsi berbaki kt, pindahkan baki tersebut ke akaun modal pekongsi itu dengan:

    Dt Akaun Semasa Pekongsi
    Kt Akaun Modal Pekongsi

    dan jika Akaun Semasa Pekongsi berbaki dt, (bermakna pekongsi tersebut adalah penghutang atau berhutang terhadap perniagaan perkongsian itu)

    Dt Akaun Modal Pekongsi
    Kt Akaun Semasa Pekongsi

    Adakah betul pendangan saya itu.
    Apa komen Cikgu

  8. Cg Narzuki Says:

    Ed Kimari,

    Bagus, nampaknya anda telah menguasainya dengan baik. Dan butir yang digunakan dalam Ak. Modal nanti ialah Ak. Semasa Pekongsi tersebut. Tahniah!

  9. Ed Kimari Says:

    Cikgu,
    Langkah pertama merekodkan urusniaga pembubaran perkongsian dalam perakaunan ialah memindahkan ke semua Aset kecuali Bank atau Tunai ke Akaun Realisasi.

    Seandainya soalan didalam KKK ada menyatakan item Pendapatan Terakru dan Belanja Terdahulu yang dikategorikan bi bawah Aset Semasa, adakah perlu juga dipindahkan ke Akaun Realisasi?

    Setahu saya, item Liabiliti tidak di pindahkan ke Akaun Realisasi. Item2 liabiliti seperti pemiutang di tutup akaunnya dengan pembayaran melalui Bank atau Tunai dan hanya jika mendapat diskaun diterima shj dipindahkan ke akaun Realisasi. Adakah ianya juga diaplikasikan untuk item Pendapatan Terdahulu dan Belanja Terakru (dikategorikan dibawah Liabiliti Semasa?

  10. Cg Narzuki Says:

    Ed Kimari,

    Untuk jawab soalan ini, Cg syorkan Ed buka ketiga2 akaun yang terlibat serentak. Kemudian,

    1. pindahkan maklumat dalam KKK:
    - semua ASET (AS dan ABS, kecuali BANK) …. ke Ak Realisasi
    - Bank……………………………….. ke Ak Bank
    - Modal & Ak Semasa ………….. ke Ak Modal

    2. Baca maklumat tambahan :
    - jika jual / pungut hutang ….. Kt Realisasi Dt Bank
    - jika ambil alih …………………. Kt Realisasi Dt Modal Pekongsi
    - jika bayar LIABILITI ………… Kt Bank Dt: Liabiliti berkenaan.
    - jika belanja realisasi ………. Kt Bank Dt Ak Realisasi

    3. Tutup Ak Realisasi
    - hitung rugi / untung realisasi ….. Dt/Kt Realisasi dan Modal Pekongsi

    4. Tutup Ak Modal
    - hitung angka imbangan …….. Dt/Kt Ak Modal dan Bank

    5. Tutup Ak Bank
    - tiada sebarang baki.

    Perhatian !!!:
    Jika bayar kepada pemiutang 900 dan dapat diskaun 100, maka cara catatnya:
    Kt : Ak Ralisasi … butirnya PEMIUTANG (jangan guna DISKAUN)
    kT: Ak Bank …….. butirnya PEMIUTANG

    Itu saja langkah2nya.

  11. Ed Kimari Says:

    Terima Kasih atas penjelasan Cikgu.

    Langkah2 pembubaran tersebut telah saya fahami.
    Masalahnya cikgu, seandainya soalan didalam KKK dibahagian Aset Semasa ada menyatakan item2 Pendapatan Terakru dan Belanja Terdahulu, perlukah ianya dipindahkan juga ke Akaun Realisasi? dan akan adakah maklumat tambahan mengenai Pendapatan Terakru dan Belanja Terdahulu tersebut?

    Bagaimana pula jika soalan didalam KKK dibahagian Liabiliti Semasa ada menyatakan item2 Pendapatan Terdahulu dan Belanja Terakru, bagaimana pula cara untuk menyelesaikannya. Adakah hanya perlu:
    Kt Bank
    Dt Pendapatan Terdahulu
    Dt Belanja Teraku
    untuk menutup akaun atau membayar tanggungan perkongsian? adakah ini caranya cikgu?

    dan yang terakhir, bagaimana caranya untuk merekod maklumat tambahan “pada tarikh pembubaran, didapati bil kadar bayaran masih belum dijelaskan dan perkara ini tidak direkodkan dalam mana2 buku?

    Pertolongan Cg amat saya hargai.

  12. Cg Narzuki Says:

    Ed Kimari,

    SEMUA ASET (AS dan ABS kecuali BANK) …. Masuk Ak Realisasi
    Maka, Pendapatan terakru dan Belanja Terdahulu (AS)…. ….. masuk Ak Realisasi

    Maklumat tambahan tidak semestinya ada :
    Jika ADA – maksudnya ada penerimaan…. Kt Realisasi dan Dt Bank
    Jika TIADA – tidak perla catat di mana2 : maksudnya tiada penerimaan, ianya akan terkumpul dalam Rugi Realisasi nanti.

    LIABILITI (LS dan LBS) …. mesti dijelaskan, maka catatan nya :

    Kt BANK
    Dt akaun liabilliti tersebut ( x perlu ditujukkan)

    Kadar bayaran terakru … LS, maka MESTI dijelaskan terlebih dahulu., maka catatannya :
    Kt BANK

    Dt Kadar bayaran terakru … (x perlu tunjukkan, jika TELAH ADA dalam KKK asal). ATAU

    Dt Ak Realisasi ……………… (jika kadar bayaran terakru BELUM ada dalam KKK asal – caranya SAMA seperti BELANJA REALISASI).

  13. Ed Kimari Says:

    Terima kasih Cikgu di atas penjelasan tersebut
    Sekarang barulah saya memahaminya dengan lebih jelas lagi :)

  14. shafiq Says:

    cikgu, saya keliru tntg ketrangan dlm ak realisasi yang cg jelaskan di atas. mengapa diskaun diterima tidak boleh ditulis dlm ak realisasi tetapi kena tulis pemiutang. bukankah dis diterima itu pendapatan? setahu saya ak realisasi diwujudkan untuk melihat sama ada ada untung atau rugi dari pembubaran prkongsian. disbbkan itu diskaun diterima dianggap pendapatan, dan perlu direkodkan. hanya diskaun diberi tidak direkodkan sbb kita beri penghutang diskaun (belanja). hrp mendapat penjelasan cg. tq

  15. Cg Narzuki Says:

    Shafiq,

    Sebelum proses pembubaran, semua akaun hasil dan belanja ditutup dapatkan Untung/Rugi Bersih, kemudian sediakan Ak Pengasingan Untung Rugi untuk agihkan untung/rugi kepada setiap rakan kongsi melalui akaun Semasa masing-masing. Jadi yang tinggal sekarang ialah akaun2 ASET, LIABILITI dan EKUITI (modal dan ak. Semasa pekongsi).

    Ak. REALISASI merupakan akaun sementara yang diwujudkan bagi proses pembubaran bagi menghitung Untung/Rugi daripada pembubaran tersebut dan akan diagihkan/dikongsikan bersama rakan kongsi. Oleh itu semua akaun aset2 juga akan ditutup dan dipindahkan ke Ak Realisasi (kecuali Bank). Semua HASIL atau BELANJA yang terlibat semasa proses tersebut juga akan dimasukkan dalam Ak Realisasi (Debit : Belanja dan Kredit : Hasil).

    Baki Bank – dipindahkan ke Ak Bank.
    Baki Modal – dipindahkan ke Ak Modal.
    LIABILITI (seperti Pemiutang, Pinjaman atau Gaji Terakru) masih lagi wujud, dan SEMUA liabilti MESTI dijelaskan sepenuhnya. Tetapi dalam soalan tidak diminta buka akaun2 tersebut.

    Dalam kes Pemiutang dan Diskaun yang diterima ini, katakan baki
    Pemiutang = RM2200, dan diskaun diterima RM200. Maka jumlah yang perlu dibayar ialah RM2000.

    Catatan yang sepatutnya :

    …………………Ak. Pemiutang
    …………………………… Kt: Baki 2200
    Bank ……..2000
    Realisasi… 200

    ………………………Ak Bank
    ………………………… Kt: Pemiutang 2000

    …………………….Ak. Realisasi
    ………………………… Kt: Pemiutang 200 (diskaun)

    Kita perlu menggunakan butir ”Pemiutang” kerana catatan bergunya ialah Ak. Pemiutang dan Ak Diskaun diterima sudah tidak wujud lagi semasa proses pembubaran. Jika kita menggunakan butir ”Diskaun” ini bermaksud :

    …………………Ak. Pemiutang (berbaki 200)
    …………………………… Kt: Baki 2200
    Bank ……..2000

    ………………………Ak Bank
    ………………………… Kt: Pemiutang 2000

    …………………….Ak. Realisasi
    ………………………… Kt: DISKAUN 200

    …………………Ak. DISKAUN (tidak wujud)
    Realisasi ……..200

    Semoga perbandingan tersebut dapat menjawab persoalan shafiq.

  16. Hani Says:

    assalamualaikum cikgu..
    selamat hari raya..
    apa khabar?
    cikgu..
    saya mempunyai masalah untuk memahami cara2 pembubaran perkongsian..
    boleh cikgu terangkan caranya?
    serta minta cikgu berikan format penuh nya sekali..

  17. Cg Narzuki Says:

    Hani, Selamat Hari Raya dan Khabar baik.

    Sila ikuti perbincangan Cg di atas. Cg telah terangkan cara-caranya dan untuk menambahkan lagi kefahaman Hani boleh muat turun Modul Tingkatan 5 Cg Sila dibahagian :

    B-Muat Turun Bahan
    Cg Sila – Modul Ting 5 … Sila rujuk m/s 10 – 13.

  18. fared Says:

    cg,
    boleh cg tunjukkan jurnal am untuk pembubaran ini.
    mungkin dengan panduan jurnal am saya akan mudah untuk mmbuka akaun2 seperti akaun realisasi,bank dan lain2 lagi.

  19. Cg Narzuki Says:

    Fared,

    Untuk soalan ini tidak perlukan jurnal am, kalau Fared sangat memerlukannya boleh rujuk dalam buku teks.

    Akaun Realisasi merupakan akaun sementara yang mengambungkan DT: ASET, BELANJA dan KT: HASIL.
    Sekiranya aset dijual / ambilalih — KREDIT (aset berkurang)
    - jika jual ———- Dt: BANK
    - jika ambilalih —- Dt: AK MODAL PEKONGSI
    Belanja realisasi — Debit (Belanja)

    Ok, semoga berjaya untuk esok.

  20. leong Says:

    cikgu,

    saya ada masalah tentang tarikh pembubaran,
    iaitu soalan telah menunjukan tarikh dalam kunci kira-kira(30 Jun 2006),tetapi soalannya tidak memberikan tarikh pembubaran(biasanya soalan yang saya buat telah memberikan tarikh pembubatan)..

    oleh itu..betulkah saya tulis tarikh JUN.30 dalam ak.realisasi dan akaun-akaun yang berkenaan?

    cikgu sekolah saya memberitahu tarikh dalam pembubaran sebenarnya tidak begitu penting, betulkah katanya?

  21. Cg Narzuki Says:

    Leong,

    Sebelum proses pembubaran dilakukan, semua akaun akan ditutup dan sediakan KKK. Jadi tarikh pada KKK tersebut boleh digunakan sebagai tarikh pembubaran.

    Bagi tujuan rekod perakaunan tarikh adalah sangat penting. Tetapi apa yang dimaksudkan oleh cikgu anda adalah untuk tujuan menjawab soalan peperiksaan tarikh boleh diabaikan (sama ada tulis / tidak tulis tarikh) kerana ianya tidak akan menjejaskan pemberian markah anda.

  22. leong Says:

    ok…terima kasih cikgu…

  23. AkiFayS Says:

    salam..cikgu…dalam menjawab soalan pembubaran…bagi saya…saya lebih senang menjawab dengan menggunakan tanda kurungan “( )”…contoh nya…

    Kunci kira-kira:
    diskaun pemiutang RM 450

    Akaun Realisasi:
    >>>>pemiutang (diskaun) RM 450

    Adakah ini akan menjejaskan markah saya??

  24. Cg Narzuki Says:

    AkiFayS,

    Tanda “( )” bermaksud nota atau catatan sahaja, jadi ianya diabaikan semasa pemberian markah. Markah akan diberikan berdasarkan PEMIUTANG RM450. Dengan kata lain, ianya tidak akan menjejaskan markah anda.

  25. syahirah Says:

    A’kum.

    utk menjawab bahagian kekurangan modal, bagaimana utk kita menutup akaun modal pekongsi dan akaun bank sekiranya pemodal muflis/bankrap?

    terima kasih.

  26. Cg Narzuki Says:

    Syahirah,

    Perkara ini boleh dirujuk Peraturan Garner lawan Murray, di mana seorang pekongsi diistiharkan muflis dan tidak mampu membayar kurangan modal, maka 2 rakan kongsi yang lain akan membantu menampung kekurangan modal tersebut mengikut nisbah modal akhir pekongsi.

  27. syahirah Says:

    terima kasih, lepas tu butiran di akaun pemodal adalah nama pekongsi?

  28. syed Says:

    blh tlg terangkan ttg akaun realisasi

  29. Cg Narzuki Says:

    Syahirah,

    Ya, butirnya adalah nama pekongsi, ikut sistem catatan bergu.

    Syed,

    Sila rujuk post Cg diATAS.

  30. rawda_92 Says:

    camane nk pandai akaun ye??
    sye ni susah nk tangkap la kalaw ckgu sye mangajar..

  31. Cg Narzuki Says:

    Rawda,

    Ilmu perakaunan merupakan ilmu melibatkan kemahiran, ianya tidak akan betul2 faham hanya dengan mendengar apa yang cikgu ajar. Tetapi buat apa yang cikgu suruh, tanya jika ada masalah dan perbanyakkan latihan.

    Contohnya, anda mahu menjadi ahli sukan yang berjaya, adakah hanya dengar apa yang jurulatih cakap saja anda akan faham dan berjaya, tanpa anda mengikuti sesi latihan yang diadakan secara bersungguh2. Serta mendapat bimbingan secara berterusan semasa sesi latihan.

    Begitulah juga kesnya dalam belajar prinsip perakaunan, dengar apa yang cikgu cakap, buat latihan yang diberikan, bertanya jika ada masalah dan perbanyakan latihan. Serta jadikan cikgu anda sebagai tempat merujuk dan dapatkan bimbingan beliau secara berterusan.

  32. Karen Says:

    terima kasih

  33. syahirah Says:

    terima kasih

  34. Victorian91 Says:

    Hi, cikgu..

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membantu saya menghadapi peperiksaan SPM 2008 prinsip perakaunan tahun lepas..
    Walaupun bukannya banyak.. namun saya menghargai sumbangan cikgu..

    Saya mendapat A1 dalam prinsip perakaunan..
    Dan 11A1′s dalam SPM 2008

    :)

  35. Cg Narzuki Says:

    Victorian91,

    TAHNIAH di atas pencapaian cemerlang anda. Semoga akan terus mencipta kecemerlangan di masa akan datang.

  36. zamir.. Says:

    …cikgu…klu…kt soalan tuh …ada diambil alih…kan
    ..
    kta kna boh kt sebelah…kt akaun realisasi..
    …kna tulis..modal nama pekongsi

    …selepas itu….
    klu kt akaun bank…plak…
    modal….tuh nk kena tulis kt mna plak..
    debit ka kredit….???kebingungan??
    ..satu lg…bg soalan..neyh…klau x tulis tarikh x pa ka???

  37. Cg Narzuki Says:

    Zamir,

    1. Jika ambil alih aset : Dt-Modal Pekongsi dan Kt-Ak Realisasi, ianya tidak melibatkan Ak Bank.

    2. Jika jual aset : Dt-Bank dan Kt-Ak Realisasi, tidak melibatkan Modal Pekongsi.

    Kebiasaanya soalan akan menyatakan tarikh proses pembubaran dilakukan, maka adalah lebih baik ditulis tarikh tersebut, supaya catatan akaun menjadi lebih lengkap dan sempurna.

  38. zeewoon Says:

    Kenderaan=38000
    Lengkapan=8560
    Bank=1890 kredit
    Stok=11250
    Penghutang=3950
    Pemiutang=2870
    Modal:
    Pauzi=20000
    Halim=20000
    Nor=5000
    Pinjaman12000

    (iii) Baki penghutang dapat dikutip kecuali RM395 dihapuskan sebagai hutang lapuk
    (iv) Pemiutang bersetuju menerima RM2 296 sebagai penjelasan penuh
    (vii) Rakan kongsi yang mengalami kurangan modal perlu membawa masuk tunai tambahan

    cg nak tolong sikit..
    bagaimanakah hendak kira kerana tidak faham soalan…

  39. Cg Narzuki Says:

    Zeewoon,

    Langkah2 untuk merekodkan pembubaran perkongsian telah Cg nyatakan di ATAS (Klik), sila ikut satu per satu langkah2 tersebut.

  40. Previn Says:

    Cikgu, saya baru selesai menduduki pp percubaan saya di S’ban…Cikgu Akaun saya telah menberi saya kosong utk sln pembubaran walaupun segala catatan saya betul.walau bagaimanapun, tarikh saya salah mengikut guru akaun saya.
    Perniagaan dibubarkan pada 30 Aprl..dan saya tulis 1 Mei..Apabila saya semak skema permakahan Pahang tahun 2008, demikianlah jawapannya..Perniagaan dibubarkan pada 31 ogos dan tarikh yang ditulis ialah 1 september… Yang mana satu betul cikgu dan patutukah saya dapt kosong utk sln itu?
    Terima kasih cikgu.

  41. Cg Narzuki Says:

    Previn,

    Tidak sepatutnya mendapat kosong, dalam soalan ini biasanya tarikh diabaikan, penekanan diberikan kepada catatan pembubaran tersebut. Sekiranya tiada tarikh ditulis, ianya juga akan diperiksa dan diberikan markah asalkan catatannya betul.

  42. gayathri Says:

    Cikgu Narzuki,
    Adakah topik lembaran kerja dan buku tunai runcit masih penting dalam peperiksaan SPM?

    terima kasih

  43. Previn Says:

    terima kasih Cikgu.. malangnya cikgu saya tidak mahu menerimanya dan menyebabkan saya dapat B dalam kertas akaun saya…
    Terima kasih cikgu

  44. Cg Narzuki Says:

    Tidak mengapa, itu kerana cikgu anda mahu membentuk anda menjadi seorang akauntan yang cekap dan berjaya.

    Pada realitinya Tarikh, Butir dan Amaun adalah sangat penting dalam semua catatan rekod perakaunan. Cuma pada peringkat SPM sahaja diberikan sedikit kelonggaran kepada pelajar dengan mengabaikan tarikh tersebut. Asalkan pelajar memahami akan prinsip2 asas dalam merekodkan pembubaran sesebuah firma perkongsian. Itulah sebabnya subjek ini dipanggil “Prinsip Perakaunan”.

  45. Previn Says:

    terima kasih banyak banyak cikgu….Perlulah lebih cermat lain kali lah..Terima kasih cikgu,

  46. mp Says:

    cikgu,
    Dalam trial SMS Machang, soalan realisasi,
    mengapa faedah atas overdraf terakru direkod di bahagian debit akaun realisasi. Bukankah ia liabiliti dan hanya direkod di dalam akaun bank?
    Jika ada tunai diberi dalam soalan, perlukah kita merekodnya dalam akaun realisasi seperti aset-aset lain, atau kontrakan sahaja ke akaun bank?
    terima kasih

  47. Cg Narzuki Says:

    Mp,

    AKAUN REALISASI adalah akaun sementara untuk menutup dan menyempurnakan urusan pembubaran apabila berlaku pembubaran sepenuhnya dalam sesuatu perkongsian.

    Segala urus niaga yang terlibat semasa proses pembubaran tersebut akan direkodkan dalam samada BELANJA atau HASIL akan direkodkan dalam Ak Realisasi, contohnya Belanja Realisasi dan juga diskaun diterima daripada pemiutang.

    Maklumat tambahan :
    (iv) Pihak bank telah memaklumkan bahawa faedah atas overdraf terakru berjumlah RM220 dan belum direkodkan dalam akaun bank perkongsian.

    Perkara ini BELUM direkod dalam mana2 buka lagi, maka semasa proses pembubaran sejumlah wang terpaksa dikeluarkan untuk menjelaskan belanja Faedah atas overdraf tersebut. Maka catatannya ialah :
    Dt: Realisasi RM220
    Kt: Bank RM220
    Kes ini sebenarnya sama dengan Belanja Realisasi yang baru wujud dan dibuat pembayarannya semasa proses pembubaran sedang berlaku.

    Bagi masalah TUNAI, adalah lebih baik dikontrakan ke BANK bagi memudahkan urusan pembayaran balik modal kepada setiap pekongsi. Begitu juga dalam kes Akaun Semasa Pekongsi, ianya perlu ditutup dan dipindahkan ke Ak Modal Pekongsi bagi memudahkan pengiraan jumlah modal yang perlu dibayar balik kepada setiap pekongsi.

  48. Miss Sha Says:

    cikgu…leh tak ckgu terangkan psl perakaunan pkongsian iaitu ‘akaun penilaian semula’ , akaun realisasi, dan juga peraturan Garner vs Murray…cmne yer?sy xbap tau psl ni..sy mohon sgt spaya cikgu dpt terangkn pada sy..tlg yer ckgu

  49. Cg Narzuki Says:

    Miss Sha,

    Ini sudah diluar skop SPM, tapi Cg akan cuba jawab setakat yang termampu.

    RASIONAL PENILIAN SEMULA ASET (Bab Perkongsian)
    1- Aset perniagaan dinilai semula bagi menentukan nilai sebenar sebelum kemasukan pekongsi baru.
    2- Ia ditentukan daripada nilai semasa aset di tolak dengan liabiliti.
    3- Nilai ini akan diguna oleh pekongsi lama untuk menentukan berapa harga atau nilai yang perlu dibayar oleh pekongsi baru.
    4- Ini dapat mengelak pekongsi baru mendapat faedah dari kenaikan nilai aset perniagaan tanpa membayar premium tambahan. Sebaliknya, jika nilai semasa aset perniagaan jatuh sebelum kemasukan pekongsi baru dan penilaian semula tidak dilakukan, maka pekongsi baru akan menanggung kerugian tersebut.

    AKAUN PENILAIAN SEMULA ASET
    - Satu akaun sementara iaitu akaun penilaian semula aset dibuka apabila penilaian semula aset dilakukan. Tujuannya ialah merekod segala peningkatan dan penurunan nilai aset dan lain-lain pelarasan spt. catatan tidak lengkap, belanja penilaian semula serta segala belanja atau hasil yang tertinggal untuk dicatatkan dalam akaun untung rugi.

    AKAUN REALISASI
    - Akaun sementara untuk menutup dan menyempurnakan urusan pembubaran apabila berlaku pembubaran sepenuhnya dalam sesuatu perkongsian.
    - Dibuka untuk :-
    1. merekod semua aset yang dijual atau diambil alih termasuk penerimaan tunai dari jualan asset, diskaun diterima dan pembayaran pembubaran (belanja realisasi).
    2. menghitung sama ada pembubaran mendapat keuntungan atau kerugian.
    3. membahagikan keuntungan atau kerugian antara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang telah ditetapkan.

    PERATURAN GARNER LAWAN MURRAY
    - Bagaimanakah kita akan menyelesaikan masalah pekongsi yang mempunyai baki debit akaun modal (kekurangan modal) dan pekongsi tersebut tidak mampu menyediakan tunai yang mencukupi bagi menampung kekurangan akaun modalnya. Dan, seterusnya pekongsi tersebut diisytiharkan muflis? Penyelesaiannya ialah pekongsi-pekongsi lain akan membantu menampung kekurangan tersebut, tetapi bagaimanakah kaedah pengagihan defisit akaun modal tersebut?

    - Bagi menyelesaikan masalah ini, rujukan kepada kes perundangan yang terkenal iaitu Garner lawan Murray (1904) perlu dibuat. Keputusan yang dibuat oleh hakim yang mengadili kes ini bertentangan dengan prinsip umum yang diterima pakai iaitu pengagihan menurut kadar pengagihan untung rugi yang dipersetujui. Di dalam kes ini diputuskan bahawa baki defisit modal pekongsi yang tidak mampu membayar tunai (muflis) bagi menampung defisit tersebut haruslah di bahagikan di kalangan pekongsi lain mengikut nisbah modal terakhir pekongsi, iaitu baki yang ditunjukkan di dalam akaun modal dari penyata kewangan terkini.

    - Dua syarat utama bagi menggunakan peraturan Garner lawan Murray ialah:
    1. Baki modal pekongsi mestilah debit (defisit),
    2. Pekongsi itu tidak mampu menyediakan tunai bagi menampung kekurangan modal tersebut (muflis).

  50. Miss Sha Says:

    thanks ye ckgu..sdikit sbnyk notes cikgu membntu sy…

  51. TEH Says:

    salam cg,
    sy menemui 1 soalan yg kata perniagaan bubar pd 30 April 2008.. tapi tarikh maklumat tambahan ialah bulan mei.. Jadi masa sy catat di ak realisasi, adakah sy perlu catat mengikut tarikh bulan Mei?

  52. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Tarikh yang digunakan untuk rekod dalam akaun ialah tarikh urus niaga itu berlaku. Mungkin dalam soalan itu bermaksud pada 30 April semua rakan kongsi telah bersetuju untuk membubarkan perniagaan mereka. seterusnya proses pembubaran seperti jual aset, ambil alih aset mula dilakukan dalam bulam Mei.

    Jika begitulah keadaanya, maka tarikh bulan Mei lebih mengambarkan tarikh sebenarnya urusan pembubaran itu berlaku.

  53. TEH Says:

    cg,
    sekiranya tarikh maklumat tambahan cuma hingga 5 Mei. Jadi masa sy tulis rugi realisasi di ak realisasi ialah 5 mei atau 31 mei?

  54. Cg Narzuki Says:

    Oleh itu tarikh yang paling tepat ialah tarikh semua proses pembubaran telah selesai. Jika pada 5 Mei semuanya telah selesai, maka tersebut merupakan tarikh sebenar perniagaan tersebut berakhir (bubar), tidak perlu tunggu pada 31 Mei.

    Teh, bagi soalan ini sebenarnya tarikh diabaikan (tidak ambil kira), ini bermaksud jika anda tidak menulis tarikh2 tersebut, jawapan anda juga akan diberikan markah (asalkan butir dan jumlahnya betul). Oleh itu, Cg menasihatkan agar jangan buang masa memikirkan pasal tarikh2 tersebut, sebaliknya tumpukan kepada langkah2 penyediaan dan catatan dalam Ak Realisasi, Ak Modal dan Ak Bank.

  55. TEH Says:

    terima kasih atas penjelasan cg.

  56. syahirah Says:

    salam cikgu narzuki. saya nak tanya adakah kertas jawapan akaun yg ditulis menggunakan pensel akan ditanda oleh pemeriksa? saya risau sebab saya tulis guna pensel. saya tak tahu yg kita tak boleh guna pensel. saya berharap sangat pemeriksa akan terima jawapan saya :(

  57. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg, jawapan anda akan diterima dan diperiksa asalkan ianya jelas dan dapat dibaca.

  58. syahirah Says:

    Alhamdulillah. lega saya. kalau tidak, saya rasa nak menangis. hehe. terima kasih cikgu.

  59. aisyah Says:

    salam cg, macam mana nak rekodkan dlm pembubaran apabila:
    penghutang…………….8100
    hutang sebanyak 180 x dpt dikutip balik.Penghutang lain menjelaskan hutangnya dan diberi diskaun 60

  60. Cg Narzuki Says:

    PENGHUTANG – kita hanya catatkan jumlah yang BERJAYA DIKUTIP sahaja untuk dimasukkan ke dalam BANK.

    Iaitu : 8100 – 180 – 60 = 7,860
    Maka, Dt Bank 7860 dan Kt Realisasi 7860

  61. Mcrish Says:

    Hi Cikgu,
    Sejak saya melawat dan mendapatkan info dari webpage cg,banyak yang dapat saya manfaatkan.Terima kasih banyak.
    Ada soalan yang memerlukan bantuan dari cg iatu
    1. Jika soalan yang melibatkan soalan pengkongsian dimana modal aset bawa masuk berbentuk Nota belum bayar.Adakah ini dikira di akaun modal,faedah atas modal dan lain?
    2.Modal tunai dan modal berbentuk aset perlu di campur bagi mengira faedah atas modal?
    3.bagaimana jika modal salah seorang pekongsi debit dan yang lain kredit,adakah kedudukan akaun modal berubah?

    Terima kasih sekali lagi.

  62. Cg Narzuki Says:

    Modal adalah apa-apa saja milik pemilik/rakan kongsi yang dibawa masuk kedalam perniagaan, samada wang tunai, aset dan sebagainya, maka itu dikira MODAL. Katakan rakan kongsi menyumbangkan wang tunai 20,000 dan kenderaan 50,000 kedalam perniagaan bagi memulakan perniagaan, maka jumlah MODAL yang disumbangkan oleh beliau adalah 70,000 bukanya hanya 20000. Dan ianya diambilkira dalam pengiraan Faedah atas modal mengikut syarat perjanjian yang telah dipersetujui.

    Dalam kes PEMBUBARAN, mana-mana akaun modal pekongsi yang berbaki DEBIT / mengalami kurangan modal dikehendaki mengimbangkannya dengan tambahan tunai ke bank perniagaan. Kes ini boleh terjadi sekiranya nilai aset yang diambil alih oleh pekongsi tersebut melebih jumlah modal yang disumbangkan dalam perniagaan.

    Selain kes pembubaran perkara tersebut tidak mungkin berlaku. Jika ianya berlaku juga, maka ianya akan menjadi sebab untuk perkongsian itu dibubarkan.

  63. zu Says:

    nak tanya sikit cikgu, dalam merekod belanja realisasi, apakah catatan yang sesuai? ada bagtau saya tulis kos realisasi di sebelah dt akaun realisasi….ada bagitau saya tulis bank di dt akaun realisasi..mohon pandangan

  64. Cg Narzuki Says:

    Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu :

    1. Kaedah Langsung.
    Ak Realisasi : Dt BANK
    Ak Bank : Kt REALISASI

    2. Kaedah Tak Langsung.
    Ak Realisasi : Dt Belanja/Kos Realisasi/Pembubaran
    Ak Bank : Kt Belanja/Kos Realisasi/Pembubaran

    Kedua2 kaedah tersebut boleh digunakan, tetapi jangan dicampur-adukkan.

  65. Tesmalian Says:

    Cg klo lejar, kne seimbangkan ke??? Klo x seimbang markah terjejas x????

  66. Cg Narzuki Says:

    Sebaik-baik jawapan ialah imbang dan tutup setiap akaun. Setengah2 keadaan akan menjejaskan markah jika tidak imbang dan tutup dengan lengkap.

  67. zarina Says:

    salam,cg..
    1) kenapa pemuitang berkait dengan diskaun diterima???
    Bila masa kita guna perkataan diskaun diterima? dan bila masa kita guna pemiutang ??

    2) macam kita nak dapat rugi realisasi dan untung realisasi ??
    Adakah melalui buka jurnal ???

    tima kasih cikgu

  68. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Katakan Baki Pemiutang RM3200.
    Bayar RM3000 dan terima diskaun RM200.

    Maka,
    Ak Bank – Kt Pemiutang 3000
    Ak Realisasi – Kt Pemiutang (dis) 200

    Ini kerana mengikuti sistem catatan bergu.. dengan Ak Pemiutang (tetapi biasanya tidak disediakan). Di mana,

    Ak Pemiutang
    ………………………. Baki b/b 3200
    Bank……… 3000
    Realisasi ……200
    ………………3200……………..3200

    Cadangan saya kedua-duanya kita gunakan PEMIUTANG, dalam Ak Realisasi pemiutang sudah mengambarkan Diskaun diterima. Ini kerana dalam proses PEMBUBARAN hanya Ak Realisasi, Ak Modal, Ak Bank dan Akaun2 LIABILITI saja yang masih wujud. Semua akaun2 lain telah ditutup, oleh sebab itu semua urus niaga yg melibatkan ASET, BELANJA dan HASIL akan menggunakan AK REALISASI.

    Daripada Ak Realisasi, kita dapat tentukan UNTUNG / RUGI REALISASI. Caranya sama seperti mencari UNTUNG / RUGI BERSIH dalam Akaun Untung Rugi. Cuma AMAUN tersebut perlu diagihkan kepada setiap rakan kongsi mengikut nisbah kongsi untung yang dipersetujui dalam perjanjian.

  69. zarina Says:

    salam..
    cgu dlm buku teks dia tunjuk setiap langkah untuk pembubaran perkongsian. Tapi ikut soalan dia hanya nak 3 akaun biasanya..Iaitu akaun realisasi, akaun modal pekongsi dan akaun bank.

    tapi cikgu saya galakkan pelajar ikut step langkah pembubaran,supaya nampak betul tak?

    saya ada soalan boleh tak cikgu tunjuk jalan jawapan mengikut langkah 2 dalam buku, sy tak nampak lah kalu ikut 3 akaun tu terus.

    conth soalan:
    Lina dan eliza ialah pekongsi dalam satu perkongsian yang membahagikan untung @ rugi mengikut nisbah modal tetap. Linda ingin berpindah dan memulakan perniagaan di tempat lain Pada 1 ogos 20×0, mereka bersetuju membubarkan perkongsian. kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh itu ditunjukkan OLeh KKK

    kunci kira-kira

    Aset ………………………………..Liabiliti
    Kenderaan 25000…………………akaun modal:
    Lengkapan 5600…………………….linda 18000
    stok……….3800…………………….eliza 12000
    penghutang 6,600……………….akaun semasa
    bank……….3100…………………….linda 620
    ………………………………………..eliza 470
    ………………………………………pemuitang 13010

    mklumat tmbahn;
    a)linda ambil alih kenderaan 23000
    b)sejumlah 6000 berjaya dikutip dgn penghutang dan bakinya dihapus sebagai htg lapuk.
    c) cek bernilai 9200 diterima sebagai hasil dari jumlah aset alin
    d)pemiutang telah dibayar setelah ditolak diskaun sebagai rm1010
    e) perbeanjaan realisasi berjumlah RM90
    f)semua penerimaaan dibankan dan pembayaran dibuat dengan cek.

    A) sediakan akaun realisasi
    B) Akaun modal pekongsi
    C) Akaun bank

    boleh cikgu tunjuk jalan langkah dalam buku teks Langkah 1 – 8??

  70. Cg Narzuki Says:

    Maaf, Cg mengajar tidak ikut satu persatu langkah2 dalam buku teks.

    Apa yang Cg ajarkan :
    1. Pelajar faham apakah maksud, konsep pembubaran dan akaun2 yang terlibat.
    2. Apakah perkara2 / urus niaga2 yang berlaku semasa proses pembubaran.
    3. Bagi setiap perkara tersebut apakah catatan yang perlu dibuat.
    4. Kirakan Untung / Rugi Realisasi atas proses pembubaran tersebut. Serta jumlah baki modal yang perlu dipulangkan kepada setiap rakan kongsi ataupun jumlah yang perlu dibawa masuk oleh rakan kongsi ke dalam perkongsian.

    Manakala teknik menjawab soalan tersebut pula :
    1. Buka ketiga2 akaun yang terlibat (Ak Realisasi, AK Modal dan Ak Bank).
    2. Pindahkan semua baki2 yang ada KKK ke dalam ketiga2 akaun tersebut kecuali LIABILITI.
    3. Buat catatan bergu bagi setiap maklumat tambahan satu per satu.
    4. Tutup Ak Realisasi – dapatkan Untung / Rugi Realisasi. ~ Pindahkan ke Ak Modal.
    5. Tutup Ak Modal ~ Pindahkan baki2 ke Ak Bank.
    6. Tutup Ak Bank. ~ Tiada Baki @ Seimbang.

  71. Wan Says:

    Salam, cg, knape doskaun diberi x dctat dlm Ak realisasi tp diskaun diterima dcatat plak???

    Pastu, klo soaln mcm ni,
    Penghutang- 12000
    Hutang sbyk 120 x dpt dikutip blk. P’hutang lain mnjelaskn
    HUTANGNYA dgn diberi diskaun RM50…

    “hutangnya” tu siapa? Pnghutang ke?
    N cm ne nk selesaikn yg ni???

  72. Cg Narzuki Says:

    Merujuk kepada soalan tersebut :

    Penghutang yang berjaya dikutip = 12000 – 120 -50 =11830
    Oleh itu catatan dalam AK Realisasi sebanyak 11830 sudahpun mengambilkira Diskaun diberi dan juga Hutang lapuk, maka tidak perlu dicatat lagi.

    ………………….Ak Realisasi
    Penghutang….12000 Bank (penghutang)…11830

    Manakala Diskaun diterima daripada PEMIUTANG, merupakan HASIL kepada perkongsian dan ianya BELUM DIAMBIL KIRA, maka perlulah dimasukkan dalam Ak Realisasi.

    PENGHUTANG disitu merujuk kepada beberapa orang penghutang…. ada yang dihapuskan sebagai Hutang lapuk, ada yang diberikan diskaun

  73. ??? Says:

    Salam, cg xpe tak klo tjuk name akaun kt atas skali tu,
    Cntoh nye— Akaun realisasi kite tulis sbg realisasi sje??

    Cg sy kate xpe. Ap pndpt cg??? Adkh ia jejaskn markah???

  74. Cg Narzuki Says:

    Bentuk “T” sudahpun mengambarkan AKAUN, maka kalau tidak tulis”Akaun” tidak menjadi masalah.

  75. wan Says:

    cg yg soalan sy tnye kt atas tu,
    kenape diskaun diberi-50 kene tolak juge???
    bg nk dpt kn penghutang bersihkah?

    lepastu, kan cg kate kt ats ni tk tulis “akaun” pun xpe kn…
    jd klo cth nye: Akaun Semasa Lina

    kalo saya tulis: Semasa Lina shj boleh??

  76. Cg Narzuki Says:

    Bagi PENGHUTANG, kita kena dapatkan berapakah jumlah yang berjaya DIKUTIP daripada PENGHUTANG, dan jumlah tersebut akan diBANKkan…. Oleh tiu Diskaun diberi, Hutang lapuk haruslah diTOLAK daripada Baki Penghutang sebenar, bagi mengetahui berapa jumlah penghutang yang berjaya dikutip.

    Merujuk kepada soalan yang ditanya diatas, Sebaik2nya ditulis dengan lengkap AKAUN REALISASI, cuma dari segi pemberian markah, jika ditulis “Realisasi” sahaja ianya diterima dan tidak akan menjejaskan markah.

    Bagi Akaun Semasa, hendaklah ditulis AKAUN SEMASA kerana ianya adalah satu nama khas, dan “Semasa” sahaja tidak boleh berdiri sendiri, tidak sebagaimana Ak Modal dan Ak Realisasi.

  77. mar81 Says:

    salam.
    Merujuk pd soalan SPM 2010, soalan pembubaran kalau tak silap soalan 3.
    maklumat tambahan kata: ming bertanggungjawab menjelaskan semua pemiutang pada nilai buku. jadi apa catatanya? Adakah Dt. pemiutang kt. modal ming @ Dt. modal ming kt. realisasi?
    Kedua: baki akaun semasa dipindahkan ke akaun modal…
    jadi betul ke kalau saya pindahkan baki akaun semasa di imbang duga tersebut (kt) ke akaun modal di sebelah kt juga?
    kalau boleh cg bagitahu skit jawapannya. untuk perbandingan dgn jawapan saya.
    perlukan kepastian.

  78. Cg Narzuki Says:

    Maaf, pembetulan … Soalan SPM 2009 bukannya SPM 2010.

    Cadangan jawapan :

    1. Dt: Pemiutang dan Kt: Modal Ming … tidak melibatkan Ak Relisasi.

    2. Kedua2 Ak Semasa berbaki KREDIT, maka pindahkan ke Ak Modal di sebelah KREDIT juga. Proses pemidahannya Dt: Ak Semasa Kt: Ak Modal.

  79. mar81 Says:

    ooop maaf tersilap taip. betul tu spm 2009.
    kenapa kita kt: modal ming? bukan ke apb ming menjelaskan hutang pemiutang modal ming akan berkurang? jika kita kt: modal ming seperti mana cikgu bagitahu bukan kah modal ming jadi bertambah.
    kalau saya silap tolong betul kan cg.Mohon tunjuk ajar. Tq

  80. Cg Narzuki Says:

    Jika Ming mengambil alih ASET – Modal Ming akan BERKURANG, seolah-oleh Ming bayar untuk mendapatkan aset tersebut, maka dicatat sebelah DEBIT dalam Ak Modal Ming.

    Jika Ming ambil alih LIABILITI – Ming akan menangung beban hutang tersebut, maka perniagaan seolah-olah kena bayar kepada Ming terlebih dahulu, dan Ming akan menjelaskannya kepada pemiutang. Oleh itu Ak Modal Ming BERTAMBAH, maka ianya perlu dicatat disebelah KREDIT.

  81. mar81 Says:

    oooo begitu. terima kasih. boleh la saya perbetulkan dgn ank2 murid saya….tq

  82. Fatin Says:

    Cikgu narzuki,
    merujuk kepada soalan tahun lepas 2009…dalam akaun realisasi bolehkah saya tulis belanja realisasi untuk ganti nama kos perundangan.
    terima kasih

  83. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg, sebaik2nya kos perundangan sepertimana dalam soalan, walau bagaimanapun penggunaan “belanja realisasi” juga diterima. Ini kerana kos perundangan juga merupakan salah satu daripada belanja realisasi. Tetapi penggunaannya hendaklah KONSISTEN dalam kedua-dua akaun realisasi dan akaun bank.

  84. Fatin Says:

    terima kasih

  85. Mcrish Says:

    Asslmmualaikum Cg Nar,

    dimana boleh saya dapatkan format lengkap/sample utk ak.realisasi ,ak modal pekongsi & ak bank.

    thanks a lot Cg…

  86. Cg Narzuki Says:

    Salam, sila muat turun Modul Tingkatan 5 – Cg Sila.

  87. sheila Says:

    salam…cikgu narzuki..
    saya nak minta pendapat bagaimana nak buat set induksi yang menarik bagi topik pembubaran perkongsian.terima kasih..cikgu

  88. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Set induksi tidak perlu terlalu sukar, asalkan dapat menarik tumpuan dan mencetus minda pelajar terhadap topik yang hendak disampaikan.

    Satu cara yang saya gunakan ialah dengan hanya menayangkan (LCD) sekeping gambar sebuah bangunan perniagaan. Kemudian saya kemukakan beberapa soalan :
    1. Gambar apa ?
    2. Apa jenis perniagaan ?
    3. Apakah aset2, liabiliti dan ekuiti bagi perniagaan tersebut ?
    4. Sekiranya rakan kongsi meningggal, apa akan terjadi pada perniagaan tersebut ? …… sebab2 bubar.
    5. Jika ingin dibubarkan apa akan berlaku kepada aset2, liabiliti dan ekuiti perniagaan ? ….langkah2 pembubaran.

    Kemudian baru masuk kepada isi kandungan.

    Itu salah satu cara mudah yang boleh digunakan, walau bagaimanapun terdapat berbagai2 cara lain, bergantung kepada kreativiti guru.

  89. mattpert Says:

    cikgu ensem laaaa……

  90. Lanka Says:

    Cg, nk tnye soaln ni. Spm 2009.

    Pemiutang- 13 296

    Soalan: ming b’tanggungjawab m’jelaskan semua pemiutang
    Pd nilai buku.

    Ape mksud nye ??? Nk jwb mcm mane??? Tq..

  91. Cg Narzuki Says:

    Itu bermaksud Ming mengambil alih liabiliti tersebut, maka
    catat dalam Ak Modal Ming sebelah KREDIT Pemiutang 13296.

  92. Lanka Says:

    Oh sori. Sy xprasan soalsn ni sudah ditnye di ats.
    Cg klo kos perundangan/ blanja realisasi sy tulis bank
    Shj bleh????

    Satu lg, mcm mne nk knal pasti soaln ni bkaitan
    Ngn ak.realisasi or ak. Modal sperti soaln di atas yg sy tnye sblum ni….tq

  93. Cg Narzuki Says:

    Dalam merekod perkara tersebut ada 2 kaedah yang boleh digunakan, iaitu kaedah langsung dan kaedah tidak langsung. Penggunaannya hendaklah secara konsisten, jangan campur aduk antara kedua2 kaedah tersebut.

    Kaedah 1 : Kaedah langsung
    Ak Realisasi Dt: BANK
    Ak Bank Kt: REALISASI

    Kaedah 2 : Kaedah tidak langsung
    Ak Realisasi Dt: BELANJA REALISASI
    Ak Bank Kt: BELANJA REALISASI

    Sekiranya item yang terlibat terdapat dalam Ak Realisasi, maka Ak realisasi akan terlibat.
    Dan sekiranyanya melibatkan RAKAN KONGSI, maka AK MODAL akan terlibat.
    Manakala, jika melibatkan pembayaran, maka Ak BANK akan terlibat.

  94. john Says:

    maklumat tambahan cakap aset-asat dijual dengan tunai dan semua penerimaan mesti dibabkkan. oleh itu saya tidak bagaimana buka. ajar saya boleh?

  95. Cg Narzuki Says:

    Semua aset2 telahpun dipindahkan ke Ak Realisasi, iaitu disebelah Debit. Maka, apabila aset2 tersebut dijual catatannya ialah :

    Ak Realisasi – catat sebelah KREDIT, butirnya BANK
    Ak Bank – catat sebelah DEBIT, buitrnya REALISASI.

  96. john Says:

    maklumat tambahan cakap aset-asat dijual secara tunai
    kedua ialah semau penerimaan dan pembayaran mesti dibankkan.
    oleh itu saya bagaimana buka.

  97. Cg Narzuki Says:

    John @ Gan Wei Lin,
    Maksudnya tak payah buka Akuan TUNAI kerana wang yang diterima terus dimasukkan ke dalam bank dan semua pembayaran menggunakan CEK, maka akaun yang terlibatnya hanyalah AKAUN BANK.

  98. annum Says:

    cmNe???

  99. Cg Narzuki Says:

    Maksudnya bagi merekodkan Pembubaran tersebut hanya melibatkan akaun berikut sahaja:
    1. Akaun Realisasi
    2. Akaun Modal setiap pekongsi
    3. Akaun Bank.

  100. lamka Says:

    salam,

    kalo Ali ambil alih pemiutang (nilai penuh)

    nk catat mcm mane kt ak.Modal Ali??

  101. lamka Says:

    salam cg,

    berdasarkan pos cg kt ats:

    Bagi masalah TUNAI, adalah lebih baik dikontrakan ke BANK bagi memudahkan urusan pembayaran balik modal kepada setiap pekongsi. Begitu juga dalam kes Akaun Semasa Pekongsi, ianya perlu ditutup dan dipindahkan ke Ak Modal Pekongsi bagi memudahkan pengiraan jumlah modal yang perlu dibayar balik kepada setiap pekongsi.

    sy x phm?? bkn tunai x yah rekod ke?? kenape perlu kontra kn??????

  102. Cg Narzuki Says:

    Kredit Ak Modal Ali dan butirnya PEMIUTANG. Bagi masalah TUNAI sekiranya tunai tersebut tidak digunakan untuk apa2 bayaran, maka adalah lebih baik disatukan dalam Ak BANK, bagi memudahkan pengiraan jumlah wang yang ada sekarang dan urusan pengagihan/ bayaran balik modal masing2.

  103. deezan Says:

    sifu,amcam nak wat akaun pengasingan untung rugi

  104. Cg Narzuki Says:

    Sila rujuk page PERKONGSIAN-PENGASINGAN UNTUNG RUGI

  105. dol Says:

    Salam
    Saya sedang mencari jawapan dalam perniagaan perkongsian.

    1. saya telah memulakan perniagaan ayam berkongsi dengan 4 orang. Modal saye 2,500, org ke-2 1000, org ke-3 1500, orang ke-4 1000.
    2. saya dan org ke-2 menjalankan perniagaan ini. lagi 2org kongsi tidur.
    3. setelah 2 bulan berniaga, org ke-4 telah sabotaj perniagaan ini dengan mengunci rumah tempat letak freezer yang mengandungi 20 ekor ayam bernilai rm500 sehingga ayam menjadi busuk. ini di sebabkan 2 bulan kami berniaga sempat rolling, semua tidak dapt balik modal dan saye dan orang ke-2 tiada gaji.
    4.Setelah beberapa hari orng ke-4 dan ke-3 mahukan modalnye balik seperti mane yang diaorang letak.
    5. saye nak tanye sifu macamane solution pembahagian dan cara mengagihkan semula duit-duit ahli perkongsian apabila semua barang2 dijual.

    plz email me..
    sangat2 nak tahu kerana bile perniagaan ini dah x jln, org ke-4 dan ke 3 ini, hendakkan modal diaorang jugak jika tidak dapat nak bergaduh.

  106. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Beberapa maklumat yang Cg perlukan bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut, Nanti Cg hubungi melalui email.

    Secara amnya, penyediaan akaun yang lengkap dapat membantu rakan kongsi yang lain memahami tentang kedudukan kewangan, apa yang perlu dilakukan terhadap aset2 yang ada, bagaimana nak agihkan untung / rugi daripada pembubaran tersebut serta berapakan modal yang perlu dibayar balik kepada setiap rakan kongsi. Semoga masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

  107. Razana Says:

    Salam cikgu,
    saya nk bertanya mengena tajuk pembubaran. Untuk membubarkan perkongsian, kita mestilah terlebih dahulu menutup semua aset, ttp yg menjadi kemusykilan di sini, ianya ditutup pada nilai kos atau pada nilai buku? Harap cikgu dapat bagi jawapannya..tq..

  108. Cg Narzuki Says:

    Salam, aset bukan semasa sebenarnya ditutup mengikut nilai buku. Cuma cara merekodnya bergantung kepada cara kaedah merekodkan susut nilai yang digunakan.

  109. muzni feshal Says:

    cikgu,

    saya adalah pelajar yang lemah…dan berasa sangat susah nak jawab soalan pembubaran ni…

    Adakah soalan ini akan naik lagi dalam spm tahun ini?

  110. Cg Narzuki Says:

    Maaf, Cg tak tahu naik ke tak. Pada kebiasaanya topik perkongsian akan ditanya dalam SPM, sama ada Pengasingan Untung Rugi ataupun Pembubaran. Cuba kuasai kedua2 topik tersebut, InsyaAllah dapat jawab 1 soalan.

  111. zuha Says:

    salam

    cikgu, boleh tak cikgu tunjukkan kesan dalam kunci kira2 apabila pekongsi diambil alih oleh ahli kongsi lain (jika boleh,nak tengok kesan sebelum dan selepas)

    terima kasih

  112. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg, dalam kes PEMBUBARAN perkongsian, kita tidak boleh buat perbandingan KKK sebelum dan selepas. Kerana SELEPAS dibubarkan maka semua akaun2 telah ditutup dan tidak wujud lagi KKK. Kalau nak tengok kesan ambil alih, kita kena tengok pada Akaun Modal Pekongsi.

  113. GAN Says:

    diskaun kepada penghutang hendak masuk di mana?

Leave a Reply