Kelab dan Persatuan
April 28th, 2008 — Cg Narzuki
AKTA PERTUBUHAN 1966
- Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
- Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.
- Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;
1. menyimpan rekod kewangan.
2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.
SUMBER HASIL
1. Yuran tahunan ahli
2. Yuran pertandingan
3. Kutipan pesta ria
4. Sewa laci almari
5. Derma dari agensi swasta
6. Faedah dari simpanan tetap
7. Sewa alatan sukan
8. Jualan bola tenis terpakai
JENIS BELANJA
1. Sewa rumah kelab
2. Belian surat khabar dan majalah
3. Belian alatan sukan
4. Pembinaan gelanggang tenis
5. Elaun kehormat
6. Belanja mesyuarat
7. Latihan dan kursus
8. Lawatan
PERBELANJAAN HASIL DAN PERBELANJAAN MODAL
Perbelanjaan Hasil
- Bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau persatuan.
- Contoh;
a. Belian barang niaga untuk dijual semula.
b. Belian alat tulis, setem, akhbar dan majalah untuk kegunaan kelab.
c. Susut nilai aset bukan semasa.
d. Elaun kehormat (honorarium) kepada pengerusi atau ahli jawatan kuasa kelab dan persatuan.
e. Belanja untuk menjalankan urusan pentadbiran kelab dan bayaran perkhidmatan seperti gaji, insurans, belanja am, sewa rumah kelab dan kadar bayaran.
Perbelanjaan Modal
- Perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa.
- Contoh;
Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab
Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
Pembelian aset bukan semasa
Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa
Kos pemasangan sistem hawa dingin
PENDAPATAN HASIL DAN PENDAPATAN MODAL
Pendapatan Hasil
- Pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.
- Contoh;
Yuran tahunan ahli / yuran bulanan
Yuran pertandingan
Kutipan jualan pesta ria
Sewa diterima kerana penyewaan kemudahan kelab.
Faedah atas pelaburan.
Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan itu sendiri.
Wang yang diperuntukkan oleh badan induk atau agensi tertentu.
Penerimaan lain yang tidak dianggap sebagai pendapatan modal.
Derma yang bukan bertujuan untuk membiayai sesuatu projek
Pendapatan Modal
- Wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan.
- Contoh;
Jualan aset bukan semasa
Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa
Yuran masuk atau pendaftaran
Peruntukkan daripada agensi kerajaan
AKAUN YURAN
· Yuran kelab terdiri daripada;
o Yuran masuk – boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil.
o Yuran bulanan/tahunan – pendapatan hasil
o Yuran pertandingan – pendapatan hasil
Pendapatan Modal – Kunci Kira-kira ; Dana Terkumpul
Pendapatan Hasil – Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (kredit)
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
· Ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai pada akhir tempoh perakaunan.
· Perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal dicatat sebelah kredit manakala pendapatan hasil dan pendapatan modal dicatat sebelah debit.
· Baki debit menunjukkan terdapat lebihan tunai – aset semasa.
· Baki kredit menunjukkan terdapat kurangan tunai – liabiliti semasa.
AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
· Untuk mencari lebihan atau kurangan antara pendapatan dengan perbelanjaan hasil.
· Lebihan – ditambah kepada dana terkumpul.
· Kurangan – ditolak daripada dana terkumpul.
AKAUN PERDAGANGAN BAGI AKTIVITI DAGANGAN KELAB
· Untuk mengira untung atau rugi operasi perniagaan (perniagaan yang dijalankan bertujuan untuk menambah tabungan kelab dan persatuan).
· Untung atau rugi dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
· Untung operasi – kredit.
· Rugi operasi – debit.
KUNCI KIRA-KIRA
· Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan dana terkumpul.
· Dana Terkumpul = Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti
· Dana Terkumpul Awal = Jumlah Aset Awal – Jumlah Liabiliti Awal
· Dana Terkumpul Akhir = Jumlah Aset Akhir – Jumlah Liabiliti Akhir
· Dana Terkumpul Akhir = Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + Pendapatan Modal



May 1st, 2008 at 11:12 pm
alop… plezz help me bout tajuk kelab & persatuan… langsung x faham…
hellpp…
May 1st, 2008 at 11:13 pm
apa yang awak tak faham?? camna nak tolong
May 1st, 2008 at 11:13 pm
sume.. especially bout penyediaan akaun penerimaan & pembayaran…
May 1st, 2008 at 11:14 pm
senang je……..
biasanya soalan akan memberi ak penerimaan & pembayaran
jadi kamu cuma menurunkannya ke ak pendapatan & penbelanjaan
INGAT
dari DEBIT pindah ke kredit
dari KREDIT pindah ke debit
cuma silangkan
dan juga paling penting
BELANJA MODAL & PENDAPATAN MODAL
TAK BOLEH dimasukkan….
jgn lupa buat susut nilai alatan{jika ada}
dan juga peyelarsan bagi {cth:sewa,insuran,belanja am…}
semasa kira penyelarsan
={akhir -awal + baru}
ak yuran juga perlu dimasukkan
lebihan juga….
harap2 faham lar….
May 1st, 2008 at 11:14 pm
wow.. thanks syamil …
skarang paham la jugak cara nak wat.. hehe..
July 26th, 2008 at 8:11 pm
Hello…
Sebenarnya, saya tak faham tentang dana terkumpul..
Pertama, kena kirakan dana terkumpul dengan menggunakan aset tolak liabiliti untuk kirakan dana terkumpul awal betul??
Lepas itu, masukkannya ke dalam kunci kira-kira bahagian dana terkumpul dan menambahkan lebihan atau kurangan dari Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan betul??
Lepas itu, saya tak faham kene masuk pendapatan modal atau perbelanjaan modal.. yang itu tolong huraikan
Terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu..
July 26th, 2008 at 9:09 pm
Victorian91,
DANA TERKUMPUL merupakan SUMBER KEWANGAN bagi menjalankan aktiviti sesebuah kelab atau persatuan. Ianya adalah sama seperti MODAL dalam entiti perniagaan. Bezanya hanya dari segi istilah sahaja.
Apakah PENDAPATAN MODAL ?
Iaitu wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan. Iaitu satu SUMBER KEWANGAN yang diperolehi oleh kelab dan persatuan bagi membolehkan kelab dan persatuan menjalankan aktiviti yang telah dirancang atau menyediakan kemudahan kepada ahli.
Contohnya :
1. Wang yang diterima daripada JUALAN ASET BUKAN SEMASA. (bukan operasi biasa).
2. Terima DERMA KHAS bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa. (dapat sumbangan kewangan daripada pihak luar).
Jelas disini bahawa PENDAPATAN MODAL merupakan sumber kewangan kepada kelab dan persatuan, Oleh itu ianya akan meningkatkan jumlah Dana Terkumpul. Maka,
DANA TERKUMPUL AKHIR
= Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + PENDAPATAN MODAL
Apakah PERBELANJAAN MODAL ?
Iaitu perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa. Ianya BUKAN SUMBER KEWANGAN kepada kelab dan persatuan, sebaliknya menggunakan sumber kewangan yang ada untuk tujuan tertentu seperti :
1. Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab.
2. Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
3. Pembelian aset bukan semasa
Maka, ianya TIDAK dimasukkan dalam DANA TERKUMPUL, sebaliknya melibatkan ASET seperti Bangunan, Gelanggan, Alatan Sukan. Oleh itu ianya akan direkodkan sebagai ASET BUKAN SEMASA dalam Kunci Kira-kira.
July 27th, 2008 at 4:36 pm
Saya sedang membuat latihan tentang bab Kelab dan Persatuan..
Seperti yang saya tahu pebelanjaan hasil perlu diletakkan ke dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan.
Namun, kenapa upah kantin dalam soalan tidak diletakkan ke dalan akaun pendapatan dan perbelanjaan??
Apakah beza gaji dengan upah??
Buku saya meletakkan gaji sebagai perbelanjaan hasil namun, upah tidak disenaraikan…
Oleh itu, tolong jelaskan kenapa upah tidak diletakkan ke dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan??
Upah kantin diletakkan di dalam akaun perdagangan Minuman…
Terima kasih byk-byk..
July 27th, 2008 at 6:36 pm
Victorian91,
Kelab dan persatuan merupakan organisasi sosial yang ditubuhkan BUKAN untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada ahlinya. Walau bagaumanapun, terdapat juga kelab dan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti kantin, kedai menjual cendemata, kedai menjual alatan sukan untuk menambahkan TABUNGAN kelab.
Perniagaan tujuannya adalah untuk mencari KEUNTUNGAN dan keuntungan perniagaan tersebut pula merupakan PENDAPATAN kepada kelab dan persatuan.
Kita sediakan AKAUN PERDAGANGAN bagi perniagaan tersebut untuk mengira KEUNTUNGAN. Jadi segala hasil / belanja yang berkaitan dengan urusniaga perniagaan akan dimasukkan dalam Akaun Perdagangan. Misalnya UPAH KANTIN, merupakan perbelanjaan bagi Kantin maka ianya akan dimasukan dalam Akaun Perdagangan untuk mencari UNTUNG kantin. Kemudian UNTUNG KANTIN akan dipindahkan ke AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN kerana untung kantin tersebut merupakan PENDAPATAN bagi kelab dan persatuan.
Manakla lain-lain hasil / belanja yang melibatkan urus niaga kelab dan persatuan, seperti GAJI PEKERJA merupakan PERBELANJAAN kepada kelab dan persatuan. Maka ianya akan dimasukkan dalam AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN untuk mencari LEBIHAN / KURANGAN kelab dan persatuan.
August 4th, 2008 at 8:02 pm
Butir dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran adalah silangan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan kecuali:-
1. baki akaun penerimaan
2. nama aset (alatan pejabat, alatan sukan dll)
3. penerimaan modal (disebut dlm mak tambh soalan)
4. Butir dan angka yang dimasukkan dlm ak. yuran, kawalan, ak dagangan.
5. Derma bertujuan
August 4th, 2008 at 9:21 pm
TQ.
August 31st, 2008 at 12:12 pm
TIP SPM !
Pelajar harus memberi penekanan terhadap :
1. Cara membuat pelarasan bagi Akaun Yuran untuk menghitung yuran sebenar bagi suatu tempoh perakaunan.
2. Penyediaan Akaun Penerimaan dan Pembayaran, Akaun Perdagangan, Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira.
3. Pengiraan dana terkumpul.
September 1st, 2008 at 6:30 pm
cikgu, boleh tak cikgu tolong terangkan tentang akaun kelab dan persatuan??bab ni ssh sgt…..
macam mane nak ingat pendapatan hasil dan pendapatan modal @ belanja modal dan belanja hasil……….
September 2nd, 2008 at 8:12 am
Amirah,
Nota lengkap yang telah diberikan diatas, sila rujuk penerangan dan contoh yang diberikan, serta komen-komen sebelum ini.
Secara ringkasnya, Pendapatan Modal dan Perbelanjaan Modal ialah urus niaga yang melibatkan ASET BUKAN SEMASA.
Contoh Perbelanjaan Modal :
1. Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab
2. Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
3. Pembelian aset bukan semasa
4. Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa
5. Kos pemasangan sistem hawa dingin
Contoh Pendapatan Modal :
1. Jualan aset bukan semasa
2. Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa
3. Yuran masuk atau pendaftaran jika dinyatakan dalam maklumat tambahan.
4. Peruntukkan daripada agensi kerajaan
Manakala Pendapatan Hasil merupakan pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.
Perbelanjaan Hasil merupakan bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau persatuan.
PERHATIAN !!! Butir dan angka yang telah dimasukkan dlm Ak. Yuran, Ak. Kawalan, Ak Perdagangan. TIDAK perlu dimasukkan dalam Ak. Pendapatan dan Perbelanjaan.
September 3rd, 2008 at 2:16 pm
terima kasih ckg. nota ckg. memng snang utk difahmi…. DoAkN sAyA SukSes dlM SPM 08.
September 3rd, 2008 at 2:21 pm
bleh ckg trngkn ke mna jaln yg sy patut prgi lpas SPM.. sy amik AKAUN tpi xde addmath..tpi sy minat utk smbng blajar dlm bidng perakaunan..
September 4th, 2008 at 12:09 am
Fikri @ Abu Hassan Fikri
Sama-sama, Semoga Berjaya dengan Cemerlang dalam SPM 2008 nanti.
Syabas kerana berminat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan. Oleh kerana tidak ada add math, maka Fikri terlepas peluang untuk ke Matrikulasi Akaun. Walau bagaimanapun peluang2 ke IPT masih terbuka luas. Untuk itu Fikri harus semak syarat minimum kelayakan yang dikeluarkan oleh setiap IPT berkenaan, biasanya 2 minggu sebelum keputusan SPM dikeluarkan.
Sekarang ini tumpukan sepenuhnya pada pelajaran, serta persediaan menghadapi SPM tak lama lagi.
September 13th, 2008 at 10:31 pm
aslamkm..
cgu blh x tnjk kan saya format penuh akaun kelab dan persatuan??
terima kasih~
September 13th, 2008 at 11:23 pm
Hani,
Sila Muat Turun Cg Sila – Modul Ting 5, rujuk pada mukasurat 17 – 20.
September 22nd, 2008 at 11:35 pm
boleh tlg terangkan tentng pengurusan kewangan sebuah organisasi dan kaedah2nya?
September 23rd, 2008 at 12:42 am
Nadia,
Sila muat turun bahan yang Cg sediakan berkaitan dengan PENGURUSAN KEWANGAN. Ianya mengandungi 12 muka surat, jadi adalah tidak praktikal untuk Cg terangkan disini.
October 3rd, 2008 at 8:05 pm
Cikgu, alat tulis dikira sebagai aset bukan semasa atau aset semasa?
Saya rasa alat tulis merupakan aset semasa kerana alat tulis diletakkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan…
Lepas itu, saya baru buat satu soalan..
1 April 2005 = Tunai = RM 1920
31 Mac 2006 = Tunai = RM 9020
Cuma saya nak tahu kenapa tunai pada 31 Mac 2006 tidak dimasukkan ke dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan?? Saya fikir bahawa tunai diterima pada 31 Mac 2006…
Kerana Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan untuk pendapatan hasil…
Terima kasih byk-byk..
October 3rd, 2008 at 10:28 pm
Victorian91,
STOK ALAT TULIS adalah ASET SEMASA.
(Rujuk baki awal & baki akhir .adalah merujuk kepada stok alat tulis)
ALAT TULIS adalah BELANJA, maka perlu dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan. Cuma untuk mendapat jumlah belanja tersebut perlu melakukan pelarasan.
Contohnya,
Maklumat baki :
Alat tulis (1 Jan) 50 (31 Dis) 20 … ini adalah stok A/T.
Dalam Buku Tunai :
Kredit : Alat tulis 130 …. maksudnya beli A/T baru.
Berapakah BELANJA ALAT TULIS ?
= stok awal + baru beli – stok akhir
= 50 + 130 – 20
= 160 …………………(masuk dlm Ak. Pdpt & Pbjn)
Soalan kedua, maaf Cg tak jelas apa soalannya ?
Ingat dalam Ak. Pdpt & Pbljn … hanya melibatkan akaun HASIL dan BELANJA sahaja. Cuma terdapat beberapa item yang memerlukan pengiraan/pelarasan dilakukan terlebih dahulu, seperti :
1. Alat tulis …… kena cari belanja alat tulis
2. kadar bayaran Terakru / Terdahulu …. kena cari belanja kadar bayaran.
3. Aset Bukan Semasa … kena cari SUSUT NILAI
October 4th, 2008 at 12:27 am
Soalan kedua ( Maaf kerana saya tak begitu jelas )
Soalan : Berikut ialah maklumat berhubungan dengan aktiviti-aktiviti Kelab Suka-suka bagi tahun barakhir 31 Mac 2006 :
Penerimaan
Yuran 4740
Bayaran masuk 560
Bayaran pertandingan 890
Jualan alatan sukan lama 620
Derma dana kolom renang 2200
Sewa gelanggang 1330
Pembayaran
Alatan sukan 1780
Surat khabar dan majalah 230
Hadiah pertandingan 670
Kadar bayaran 520
Belanja am 40
Maklumat tambahan :
1 April 2005 31 Mac 2006
Yuran terdahulu 90 120
Yuran tertunggak 60 80
Alatan sukan 3700 4300
Kelengkapan 2400 2100
Tunai 1920 9020
Sediakan akaun pendapatan dan perbelanjaan
Saya agak confuse sikit tentang butir tunai di maklumat tambahan..
kenapa jawapan dalam buku mengabaikan tunai pada 31 Mac 2006?
Baki tunai RM1920 kena diletakkan dalam akaun penerimaan dan pembayaran..
Tapi kenapa tunai akhir bukan hasil?
Perlu dimasukkan ke dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan??
Saya harap soalan ini jelas ..
Terima ksh
October 4th, 2008 at 1:18 am
Victorian91,
Ak Penerimaan dan Pembayaran = Buku Tunai / Ak Tunai
Tunai 1920 …. merupakan BAKI AWAL Ak. Penerimaan dan Pembayaran.
Manakala 9020 … merupakan BAKI AKHIRnya.
Bila sediakan
……….Ak. Penerimaan dan Pembayaraan
Baki B/B ………….. 1920 | PEMBAYARAN 3240
PENERIMAAN ….. 10340 | BAKI H/B …….. 9020
Masukan baki awal + PENERIMAAN – PEMBAYARAAN = baki akhir 9020.
Ak. Pendapatan dan Perbelanjaan hanya melibatkan akaun HASIL dan BELANJA sahaja, manakala TUNAI merupakan ASET SEMASA .
November 23rd, 2008 at 8:40 pm
cg sy nk contoh cara pengiraan kelab dan persatuan
November 23rd, 2008 at 8:49 pm
lulu,
Contoh pengiraan belanja alat tulis ada dinyatakan dalam komen di atas.
Bagi mendapatkan maklumat lebih detail bersama contoh2nya sekali sila Muat Turun Cg Sila – Modul Ting 5, rujuk pada mukasurat 17 – 20.
December 31st, 2008 at 4:33 pm
Salam Cikgu,
Saya terjumpa satu latihan di internet mengenai akaun kelab dan persatuan. Saya ingin mendapat pendapat cikgu mengenai jawapan untuk akaun yuran pada soalan nombor 2 kerana ia agak mengelirukan. Sekian, terima kasih.
http://websekolah.bharian.com.my/Skor/FokusSPM/Jun5
December 31st, 2008 at 6:53 pm
Hamizah,
Itulah cara yang BETUL dalam penyediaan Akaun Yuran. Menggunakan Baki b/b dan Baki h/b bukannya “Yuran tertunggak b/b”, “Yuran terdahulu b/b” dan sbgnya. Jadikan BUKU TEKS sebagai rujukan utama kerana terdapat buku2 rujukan dipasaran yang menggunakan istilah2 yang tidak tepat dan kadang2 SALAH mengikut kehendak skema pemarkahan.
March 25th, 2009 at 10:43 am
Assalamualaikum…..
Saya nak minta tolong dari cikgu dan rakan-rakan. boleh saya tahu apa perbezaan di antara kelab dan persatuan.
March 25th, 2009 at 7:21 pm
Waalaikumussalam.
Cuba Nadia fikirkan apakah persamaan dan perbezaan antara Kelab Badminton dan Persatuan Matematik di sekolah anda.
April 9th, 2009 at 8:38 pm
cikgu tolong la sy…sye rse susah sgt nk blajar prinsip akaun nie…
April 10th, 2009 at 12:21 am
Balqis,
Semua subjek SUSAH untuk dipelajari jika kita tiada MINAT, KEMAHUAN dan USAHA. Prinsip Perakaunan merupakan ilmu kemahiran / teknikal, jadi ianya tidak boleh dipelajari / difahami hanya melalui proses pembacaan semata-mata. Cara paling berkesan ialah melalui proses BIMBINGAN BERTERUSAN daripada seorang guru, perbanyakkan LATIHAN serta SELALU BERJUMPA dan BERTANYA sama ada rakan ataupun guru anda.
“TIADA KEJAYAAN, TANPA USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH”
April 11th, 2009 at 4:08 pm
thanks ckg…sye cube nk download nota yg ckg ade bg link kt comment2 d ats…tp x boleh la…ape kate ckg dtg skolah sy bg teknik2 lebih berkesan….
April 11th, 2009 at 5:38 pm
Balqis,
Bahan2 tersebut boleh dimuat turun tanpa masalah, cuba sekali lagi, insyaAllah boleh. Cara yang berkesan bukan pada tekniknya saja tetapi mengamalkan teknik2 tersebut secara berterusan dengan bimbingan guru, latihan dan banyakkan bertanya.
Nasihat Cg buat masa ini, cuba kuasai satu per satu topik yang sedang dipelajari di sekolah – banyakkan LATIHAN dan BERTANYA jika ada sebarang masalah berkaitan denganya, Cg di sini sedia membantu.
April 11th, 2009 at 11:14 pm
insyaallah ckg…mayb mslh sy skrang x dpt bimbingan sgt dr guru….sy try cri tsyen prinsip akaun tp x rmai yg wat… trime kasih la ckg…sy try ikut nsihat ckg..yg psl download td 2 da boley da..
April 12th, 2009 at 5:00 pm
Balqis,
Sebaik2 guru untuk memdapatkan bimbingan ialah guru di sekolah balqis, kerana peluang untuk berjumpa dan bertanya lebih banyak. Dan sebagai tambahan gunakan Blog ini untuk mendapatkan sedikit bimbingan daripada Cg.
May 6th, 2009 at 8:42 pm
salam. cg saya hendak tanya kenapa dalam akaun yuran kita tulis bank/tunai di bhg kt bagi yuran yg kita ambil dr ak penerimaan dan pembayaran. bukankah kita tk perlu buka ak tunai atau bank? dlm buku tulis bank. kenapa tidak tulis penerimaan dan pembayaran? tq
May 6th, 2009 at 11:27 pm
Apek,
Untuk makluman apek, setiap aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai akan direkodkan dalam Buku Tunai (iaitu Akaun Bank dan Akaun Tunai). Cuma untuk tujuan pelaporkan kepada ahli2 kelab semua urus niaga yang tercatat dalam Buku Tunai tersebut diringkaskan dan dicatatkan dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran.
Ak P&P sebenarnya bukan suatu Akaun sebagaimana akaun dalam Lejar, ianya hanya RINGKASAN kepada Buku Tunai. Kalau apek perhatikan Akaun Penerimaan dan Pembayaran tiada tarikh sebagaimana akaun biasa dalam lejar.
Oleh itu segala penerimaan dan pembayaran yang terdapat dalam Ak P&P adalah merujuk kepada Buku Tunai, maka butiran yang perlu digunakan dalam Akaun Yuran adalah BANK / TUNAI. Dalam KKK juga nanti akan menggunakan butir BANK dan TUNAI dann bukannya Penerimaan dan Pembayaran.
Apa yang dimaksudkan dengan RINGKASAN ?
Cuba perhatikan catatan dalam Buku Tunai dan Ak P&P dibawah :
BUKU TUNAI (sebelah Debit)
Jan 1 Yuran ahli RM100
Mac5 Yuran ahli RM250
Jun27 Yuran ahli RM150
Catatan dalam Ak P&P diringkaskan menjadi :
Penerimaan :
Yuran Ahli RM500
Semoga apek faham apa yang cuba disampaikan oleh Cg.
June 23rd, 2009 at 2:49 pm
salam…. cg boleh bagi saya nota ringkas utk tjuk ini,? supaya sy lebih fhm.
June 23rd, 2009 at 4:53 pm
Noey,
Sila muat turun Modul Cg Sila – Tingkatan 5 sebagai panduan.
June 25th, 2009 at 10:11 pm
cg,
soalan no 10(c) dlm buku teks m/s154 sy x dpt kira dye punye lebihan.
lebihan yg sy dpt adalah sebyk 11020.
dkt mana salah sy?
June 26th, 2009 at 9:08 am
Hanna,
Sila kemukakan jawapan anda, baru Cg dapat semak dimana silapnya.
July 8th, 2009 at 9:02 pm
salam…
blh sy tau step utk wat ak. kelab n persatuan?
July 8th, 2009 at 11:26 pm
Hanna,
Dalam topik ini, anda perlu tahu menyediakan beberapa akaun, iaitu :
1. Ak Yuran (perlu dibuka walaupun soalan tidak minta).
2. Ak Penerimaan dan Pembayaran (sama spt Ak tunai/bank)
3. Ak Perdagangan …. bagi kelab yang menjalankan perniagaan kecil spt: kedai minuman (jika ada).
4. Ak Pendapatan dan Perbelanjaan (mesti diminta dalam soalan)
5. Kunci Kira-kira.
Cuba kuasai satu persatu-satu akaun2 tersebut.
July 9th, 2009 at 12:19 am
Hi Cg Narzuki,
Salam sejahtera.
Boleh tak saya tahu apakah jawapan (Ak. Pendapatan & Perbelanjaan & KKK) utk Soalan 2 SPM 2008.
Terima Kasih.
July 9th, 2009 at 1:06 am
Seva,
Ak. Pendapatan dan Perbelanjaan – LEBIHAN =RM4,419
KKK – Modal Kerja =RM17,537 dan Jumlah (penyata) =RM88,457
July 9th, 2009 at 4:30 pm
cikgu, bley x bagi saya soalan akaun kelab dan akaun pengeluaran beserta jawapan?
July 9th, 2009 at 4:53 pm
Ashikin,
Cg telah sediakan Koleksi Soalan Trial 2007 & 2008, soalan beserta skemanya sekali. Jadi Cg cadangkan muat turun saja di sana, bukan saja topik ak. kelab dan ak pengeluaran, malah topik2 lain juga ada. Dan juga dapatkan buku Koleksi soalan tahun2 lepas keluaran CERDIK.
July 11th, 2009 at 7:05 pm
cg,
Jika pada 1 Januari 2008 mencatatkan, yuran tertunggak bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM 35.
Maklumat tambahan di bawahnya menyatakan bahawa yuran yang masih tertunggak pada 2007 hendaklah dihapus kira sebagai lapuk.
Apa yang saya patut saya catatkan di baki b/b yuran tertunggak?
July 11th, 2009 at 7:59 pm
Hanna,
Debit – Baki b/b (yuran tertunggak) RM35.
Cuba cari berapakan jumlah yuran 2007 yang masih tertunggak untuk dihapuskan sebagai yuran lapuk. Caranya – rujuk Buku Tunai / Bank, berapa yuran ahli yang diterima untuk tahun 2007 ? Katakan RM30. Maka Yuran Lapuknya ialah RM5.
Maka rekodkan :
Kredit – Yuran lapuk RM 5
July 24th, 2009 at 11:25 pm
Cg,
Berikut ialah Akaun Yuran Kelab Kancil yang tidak lengkap.
……………………………………Akaun Yuran
2005……………………………..RM…2005……………………….RM
Feb.29…Baki h/b…………….100…Feb.29…Tunai……….8200
…………Baki h/b…………….300
Hitungkan yuran bagi tahun berakhir 29 Februari 2005.
Adakah silap ke soalan ini? Ia merupakan soalan spm tahun 2005. Jawapan yang diberi adalah RM8 400. Tetapi di sebelah debit akan yuran terdapat 2 baki h/b…
July 25th, 2009 at 8:12 am
Wong,
Tidak mungkin ada 2 BAKI H/B di sebelah yang sama. Kemungkinan buku soalan tersebut tersilap taip. Sepatutnya begini :
……………………………………Akaun Yuran
2005……………………………..RM…2005……………………….RM
Feb.29…Baki h/b…………….100…Feb.29…Tunai……….8200
…………………………………………………………Baki h/b……….300
August 14th, 2009 at 10:00 pm
selamat sejaterah, cg.
yuran masuk ialah pendapatan modal atau hasil?
TQ.
August 14th, 2009 at 10:47 pm
Teh,
Yuran Masuk boleh dianggap pendapatan modal atau pendapatan hasil, ianya bergantung kepada dasar atau pelembagaan sesebuah kelab dan persatuan.
Dalam menjawab soalan, Yuran masuk akan dianggap sebagai Pendapatan Hasil sekiranya tiada maklumat tambahan yang menyatakan sebaliknya.
September 11th, 2009 at 5:35 pm
salam cg..
di mana saya boleh dapatkan contoh soalan untuk akaun kelab dan persatuan?
saya tak jumpa.. :)
kalau boleh, saya nak secepat mungkin ye cg..
tq..
September 11th, 2009 at 6:35 pm
Nadhirah,
Soalan2 bagi topik Kelab dan Persatuan serta topik2 lain boleh diperolehi dalam :
1. Soalan Gerak Gempur SPM 2009 oleh Cg Sila.
2. Contoh Anchor Item oleh LPM.
3. Soalan SPM 1993 – 2006 Topikal.
September 11th, 2009 at 6:56 pm
PENERIMAAN ialah yuran rm4850 dan jualan perabot lama rm210 manakala PEMBAYARAN ialah belian perabot baru ialah rm450
Maklumat tambahan
1) perabot …..3810
2) semua perabot disusutnilai 10%
3) yuran tahunan…5100
cg…nak minta tolong sikit..
bagaimanakah nak kira susut nilai perabot dan hendak mencari jumlah yuran…..
September 11th, 2009 at 11:32 pm
Zeewoon,
Maklumat tambahan perlu dinyatakan dengan jelas kerana disitulah trik soalan. Oleh itu Cg andaikan maklumat tambahan adalah seperti berikut :
1) nilai perabot pada awal tempoh perakaunan / baki awal.
2) perabot disusutnilaikan 10% atas nilai baki akhir.
3) Yuran tahunan 5100.
Susut nilai perabot = 10% X Baki akhir perabot
Baki akhir perabot
= Baki awal + beli – jual
= 3810+450-210
=4050
Oleh itu, susut nilai perabot = 10% X 4050 = RM405
Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, Cg rasa soalan minta menyediakan akaun yuran bukannya kira jumlah yuran. Ini kerana jumlah yuran adalah merujuk kepada yuran tahunan iaitu RM5100, tak perlu kirapun. Oleh itu sila nyatakan soalan dengan jelas supaya keterangan Cg nanti tidak tersilap sebagaimana kehendak soalan.
September 16th, 2009 at 1:48 pm
salam cg,
kalau tadika, yuran msk dlm ak u/r atau ak penerimaan & perbelanjaan?
September 16th, 2009 at 1:50 pm
Teh,
Dalam topik Kelab dan Persatuan akaun2 yang terlibat antaranya ialah :
Ak Penerimaan dan Pembayaran = Buku Tunai
Ak Pendapatan dan Perbelanjaan = Ak Untung Rugi.
Bagi TADIKA, ianya bukan dikelaskan sebagi Kelab atau Persatuan, ianya adalah suatu perniagaan perkhidmatan yang mencari keuntungan. Oleh itu YURAN MASUK adalah merupakan hasil kepada tadika tersebut dan perlu dimasukkan dalam Ak Untung Rugi.
October 4th, 2009 at 10:56 am
salam cikgu..
selamat hari raya..
cikgu sy nak copy nota tentang kelab dan persatuan cikgu boleh tak??
cikgu izinkan yer..
sebab cikgu saya suruh sy ajar tntg kelab dan persatuan ni di kelas nanti..
boleh yer cikgu..
October 4th, 2009 at 6:23 pm
Nur Caseyh,
Ok, dibenarkan. Semoga Nur dapat melakukan perbentangan dengan baik.
October 4th, 2009 at 7:05 pm
terima kasih cikgu..
October 22nd, 2009 at 4:51 pm
PENERIMAAN: PEMBAYARAN:
baki 1 jan 2009—-230 belian cenderamata——-260
yuran ahli ———-1470 alat tulis———————120
yuran masuk——-30 kadar bayaran————180
derma am———-280 sewa dewan—————1400
jualan mesin——-330 khairat kematian———-600
berapakah baki tunai kelab tersebut pada 31 dis.2009? kenapa?
October 22nd, 2009 at 5:30 pm
Butch,
Ak Penerimaan dan Pembayaran adalah bersamaan dengan Buku Tunai/AK Tunai. Jadi untuk mendapatkan baki akhirnya imbang dan tutup akaun tersebut, dapatkan Baki h/b dan Baki b/b.
October 22nd, 2009 at 7:09 pm
cikgu, x de jawapan la! A RM50(dt)
B RM50(kt)
C RM 180(dt)
D RM180(kt)
October 22nd, 2009 at 8:57 pm
Mungkin ada kesilapan menaip pada soalan tersebut. Pada pandangan Cg Yuran Masuk adalah RM300, bukannya RM30.
November 27th, 2009 at 11:44 am
cikgu, selasa akn dtg ni sdh nk exm prinsip akaun,
masalahnya skrg, ckgu d sekolah kmi x ajr cmana nk uat akaun yuran & berkaitan dlm bab ni..
sya hrp ckgu bntu sya cmana nk sedia kan akaun dalam bab ini..sya risau sekiranya spm tahun ni msuk soalan akaun yuran..
November 27th, 2009 at 11:45 am
Fara,
Untuk ajar satu bab memerlukan masa yang lama dan tidak sesuai dilakukan disini. Cg cadangkan baca Nota dan Soal-Jawab di atas sebagai panduan awal. serta dapatkan tunjukajar daripada cikgu / rakan anda. Sekiranya dirasakan masa yang ada tidak sempat untuk kuasai topik tersebut, maka adalah lebih baik tumpukan kepada topik2 yang telah dipelajari.
November 28th, 2009 at 10:31 am
tempoh pnerimaan dan pmbayaran berakhir 31 dis 06 yuran 05,= 270 yuran 06=25800 yuran 07=320 cikgu sy nk tnye sdkit sy xbrpe pasti yuran 06 jumlah tersebut kte msuk kn dlm bank yuyan 07 adlah yuran terdahulu awal adakah yuran 05 yuran terdahulu akhir?????ke yuran 05+06 dan msuk ke dlm bank???blh cikgu pasti kn…
November 28th, 2009 at 10:57 am
Penerimaan :
Yuran 05 ……..270
Yuran 06 ….25800
Yuran 07 ……..320 … Yuran Terdahulu akhir … dlm KKK (LS)
Dalam Ak Yuran :
…. Kt: BANK (270+25800+320)… 26390
Dalam KKK :
Liabiliti Semasa :
Yuran Terdahulu …………. RM320
November 28th, 2009 at 2:00 pm
dlm a/k yuran adakah kte perlu rekod yuran 05 sblah dbit(terdahulu awal) dan yuran 07 sblah kt(terdahulu akhir) apabila kte sdah tambah smua ke dlm bank?????
November 28th, 2009 at 3:41 pm
………………………. Ak Yuran
Dt: Baki b/b ….. 270 … Kt:BANK (270+25800+320)… 26390
Dt: P&P……….25800
Dt: Baki h/b ……320
#sekiranya tiada maklumat lain spt Yuran Lapok.
November 28th, 2009 at 8:29 pm
mf kn sy cikgu sy msih keliru………… bkn kah dt baki b/b 270 ltak sblah kt???? ni cikgu matlumat………yuran tertungak 1jan06 330….yuran tertungak 31jan06 280…….yuran05 =270,yuran06=25800,yuran07=320….buku tunai berakhir 31 dis 06…..blh cikgu tlg rekod…..
November 28th, 2009 at 8:30 pm
Ok, sekarang baru jelas soalannya.
Yuran 05 ..RM270 adalah merujuk kepada YURAN TERTUNGGAK AWAL RM330. Ini bermaksud Yuran Tertunggak Awal RM330 telahpun diterima sebanyak RM270. Maka, terdapat baki yang TIDAK BERJAYA DIKUTIP (330 – 270) sebanyak RM60 yang dipanggil sebagai YURAN LAPOK.
Oleh itu,
………………………. Ak Yuran
Dt: Baki b/b ….. 330 … Kt:BANK (270+25800+320)… 26390
Dt: P&P………..26080….Kt: YURAN LAPOK ……………………60
Dt: Baki h/b ……320 … Kt: Baki h/b ………………………….280
…………………..===== ………………………………………….=====
Dt: Baki b/b …..280 …. Kt: Baki b/b………………………….320
January 7th, 2010 at 2:06 pm
Cikgu, Akaun Perdagangan sudah tidak ada di dalam bab Kelab dan Persatuan berdasarkan Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan yang terbaharu?Apakah maksud aktiviti berkala kelab? Adakah aktiviti berkala kelab sama seperti aktiviti dagangan kelab?
January 7th, 2010 at 3:39 pm
Memang penyediaan Akaun Perdagangan bagi aktiviti dagangan kelab (HSP lama) telah ditiadakan dalam HSP baru.
Pada pandangan saya, kita kena ajar juga kepada pelajar sebagai langkah bersedia / berjaga-jaga. Kerana mencari untung atau rugi aktiviti dagangan kelab boleh juga termasuk dalam “Menghitung untung atau rugi aktiviti berkala kelab dan persatuan” dalam HSP baru.
Antara aktiviti berkala kelab yang perlu dihitungkan untung / rugi ialah :
1. Jualan cenderamata
2. Pertandingan, dll.
Di mana dalam Buku Tunai / Ak Penerimaan dan Pembayaran ada dinyatakan Jualan/Hasil daripada sesuatu aktiviti berkala, Belian / belanja2 berkaitan aktiviti tersebut, maka perlulah dihitung terlebih dahulu (samada bentuk pengiraan / bentuk penyata menghitung) untung atau rugi yang diperolehi daripada aktiviti tersebut, kemudian baru dimasukkan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Kelab sebagai Untung Cenderamata, Untung Pertandingan dan sebagainya.
January 8th, 2010 at 12:04 pm
cikgu..adakah pembukaan kantin dan restoran tergolong dalam aktiviti berkala kelab?Adakah lebihan dan kurangan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan merupakan untung dan rugi kelab dan persatuan?
January 8th, 2010 at 12:10 pm
Pembukaan kantin / restoran sebenarnya sudah menjadi aktiviti dagangan kelab bukan lagi hanya aktiviti berkala. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga untuk tahun hadapan kita ajarkan juga kepada pelajar, kerana soalan SPM sekarang agak sukar untuk dijangkakan.
Lebihan / Kurangan bagi kelab dan persatuan adalah bersamaan Untung / Rugi bagi kelab tersebut. Oleh kerana tujuan utama kelab dan persatuan ditubuhkan bukannya untuk mencari keuntungan, maka Lebihan / Kurangan telah digunakan.
March 23rd, 2010 at 11:54 am
elaun untuk ajk persatuan ditentukan dalam mesyuarat agong atau ditetapkan ajk yang telah dipilih.
March 23rd, 2010 at 11:58 am
Pada pandangan Cg, memadai diputuskan dalam mesyuarat AJK sahaja.
April 30th, 2010 at 12:10 pm
apa maksud petikan buku tunai ni
yuran 2006 RM 45
yuran 2007 RM 2870
yuran 2008 RM 110
ini adalah petikan buku tunai bagi 31 disember 2007
April 30th, 2010 at 12:25 pm
Ok, maksudnya pada tahun semasa (2007) Kelab telah menerima wang daripada kutipan yuran ahli sejumlah (45+2870+110). Di mana jumlah kutipan tersebut terdiri daripada Yuran Tertunggak RM45 tahun lepas (2006) yang baru dibayar pada tahun semasa (2007). Yuran untuk tahun semasa RM2870 serta Yuran Terdahulu RM110 untuk tahun 2008 yang dibayar pada tahun 2007.
April 30th, 2010 at 1:52 pm
nak note tentg akaun kelab dan persatuan
April 30th, 2010 at 2:17 pm
Notanya ada dalam post di ATAS.
May 6th, 2010 at 11:24 am
dalam maklumat tambahan ni di tulis 1jan 2007 yuran tertunggak RM70. yuran masih tertunggak 2006 dianggap yuran lapuk. pas2 31 dis 2007 yuran tertunggak RM 88… saya jadi pening lah nak buat akaun yuran..boleh ckgu tunjukkan n jelaskan dengan details supaya saya lebih faham konsepnya…..
May 16th, 2010 at 5:08 pm
Salam Cikgu,
Saya merupakan Bendahari sebuah kelab sukan dan baru memegang jawatan tersebut. Sebelum ini, akaun tidak disediakan dengan sempurna. Saya ingin meminta bantuan daripada Cikgu berkenaan apakah akaun-akaun yang perlu ada di dalam sebuah kelab. Saya hanya mempunyai butiran mengenai terimaan dan bayaran sehingga Mac, 2010 sahaja. Saya ada sedikit asas perakaunan. Diharap cikgu dapat membantu. Terima kasih.
May 16th, 2010 at 5:09 pm
Salam,
Akaun2 asas yang patut ada ialah :
1. Akaun Yuran Ahli
2. Akaun Penerimaan dan Pembayaran
3. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
4. Kunci Kira-kira
May 18th, 2010 at 3:39 pm
blaja tentang bab kelab dan persatuan…..mengelirukan..saya harap ckgu dpt bantu saya tentangnya..
May 18th, 2010 at 4:55 pm
Kena banyak bertanya, kerana ilmu ada dalam buku tetapi KEMAHIRANnya ada pada guru2. Maka selalulah bertanyakan kepada guru.
June 30th, 2010 at 8:21 am
Cg nak tanya tentang Kelab. Di mana Yuran Masuk perlu direkod kalau soalan menyatakan apa-apa tentang yuran masuk? KKK atau Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
June 30th, 2010 at 8:43 am
YURAN MASUK – boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil, ianya bergantung kepada dasar yang ditetapkan oleh kelab dan persatuan tersebut.
Sekiranya soalan TIDAK menyatakan apa-apa tentang Yuran Masuk, maka ianya dianggap sebagai PENDAPATAN HASIL dan perlu dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.
June 30th, 2010 at 11:04 pm
cikgu Narzuki,
Bolehkah dalam Akaun Yuran Baki b/b(debit) ganti dengan perkataan yuran tertunggak dan baki b/b(kredit) ganti dengan perkataan yuran terdahulu? kalau mengikut catatan bergu, baki tahun lepas yuran tertunggak, kita pindah masuk akaun yuran tahun ini jadi…Debit Akaun yuran dan Kredit Akaun yuran tertunggak…jadi baki b/b debit dalam akaun yuran kita tulis yuran tertunggak, tak salahkah?
terima kasih
June 30th, 2010 at 11:27 pm
cikgu Narzuki,
Dalam menyediakan akaun penerimaan dan pembayaran serta akaun pendapatan dan perbelanjaan. Jika soalan memberikan yuran pertandingan RM2000 dan belanja pertandingan RM1500. Bolehkah saya debit yuran pertandingan RM2000 dalam akaun penerimaan dan pembayaran dan kredit belanja pertandingan dalam akaun penerimaan dan pembayaran. manakala kredit yuran pertandingan RM2000 dalam akaun pendapatan & perbelanjaan dan debit belanja pertandingan.
Atau pun saya boleh debit untung pertandingan RM500 dalam akaun penerimaan dan pembayaran dan kredit untung pertandingan RM 500 dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan?
terima kasih
June 30th, 2010 at 11:33 pm
Cikgu narzuki,
sorry cikgu, hari itu banyak soalan yang fatin terpaksa tanya tentang kelab persatuan ini sebab bab ini agar keliru sedikit. jika dalam akaun penerimaan dan pembayaran terdapat butir beli meja. dalam kunci kira-kira aset bukan semasa, fatin perlu tuliskan sebagai meja atau perabot atau lengkapan?
terima kasih
June 30th, 2010 at 11:59 pm
Fatin,
1. Tak salah, kerana dalam merekodkan pelarasan terakru/tertunggak dan terdahulu terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan:
Kaedah 1 – Hanya menggunakan Ak Yuran sahaja TANPA menyediakan Ak Yuran Tertunggak / Yuran Terdahulu. Maka BUTIR yang digunakan bagai yuran tertunggak / terdahulu awal ialah BAKI B/B.
Kaedah 2 – Menyediakan Ak Yuran dan juga Ak Yuran Tertunggak serta Ak Yuran Terdahulu. Maka BUTIR dalam Ak Yuran ialah Yuran Tertungak dan Yuran Terdahulu, di mana pada awal tempoh perakaunan akan dilakukan catatan pembalikan terhadap pelarasan yang dilakukan pada akhir tempoh perakaunan yang lepas.
Walau bagaimanapun, Cg lebih galakkan penggunaan Kaedah 1 bagi menjawab soalan peperiksaan kerana ianya lebih mudah dan ringkas.
2. Cadangan Cg, dalam Ak Penerimaan dan Pembayaran – debit yuran pertandingan RM2000 dan kredit yuran pertandingan RM2000. Manakala dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan – kredit untung pertandingan RM 500.
3. Meja boleh dikelaskan sebagai PERABOT ataupun LENGKAPAN, penggunaan “MEJA” untuk dilaporkan dalam KKK adalah tidak sesuai.
July 2nd, 2010 at 8:39 am
terima kasih cikgu….penjelasan yang sangat teliti dan mudah di fahami
July 2nd, 2010 at 9:32 am
Cikgu,
Saya agar keliru dengan akaun kelengkapan, bolehkah komputer dan mesin taip masuk dalam kelengkapan. Dalam kunci kira-kira aset bukan semasa, bolehkah terdapat akaun perabot, akaun alatan pejabat dan akaun kelengkapan dalam masa yang sama? bukankah semua alatan pejabat dan perabot masuk dalam akaun kelengkapan?
terima kasih
July 2nd, 2010 at 10:27 am
Sebenarnya “Kelengkapan” tidak ada dalam istilah perakaunan, perkataan yang sepatutnya ialah LENGKAPAN. Ianya merujuk kepada aset2 seperti perabot. Ak LENGKAPAN dan Ak PERABOT adalah merujuk kepada perkara yang sama, maka ianya TIDAK boleh wujud serentak, mesti salah satu sahaja.
ALATAN PEJABAT hanyalah merujuk kepada alat2 yang digunakan seperti komputer, mesin taip, mesin fotostat dll. Dan ianya TIDAK boleh dikelaskan sebagai LENGKAPAN.
Manakala aset2 seperti kipas, lampu, penghawa dingin boleh dikelaskan sebagai LEKAPAN, bukannya LENGKAPAN.
Bagi mengabungkan item2 tersebut biasanya AK LENGKAPAN DAN LEKAPAN akan digunakan.
July 2nd, 2010 at 2:37 pm
terima kasih
July 2nd, 2010 at 7:35 pm
Cikgu Narzuki,
Dalam akaun kelab dan persatuan. contohnya dalam penyediaan penyata perdagangan minuman. bolehkah gaji di tambah dalam belian seperti di bawah.
penyata perdangangan
Jualan 500
stok awal 100
Belian 100
gaji pelayan 100 200
—— ——
300
- stok akhir 20
……….
kos jualan 280
——
untung minuman 220
——
atau
Jualan 500
stok awal 100
+ belian 100
——
200
- stok akhir 20
—–
kos jualan 180
——
untung kasar 320
tolak gaji 100
—–
untung bersih 220
===
terima kasih
July 2nd, 2010 at 8:30 pm
Memandangkan Kedai Minuman bagi kelab adalah kecil tidak banyak item hasil dan belanja yang terlibat, maka kedua-dua format tersebut boleh diterimapakai. Tujuan utama menyediakan Penyata Perdagangan Minuman adalah untuk mencari UNTUNG/RUGI kedai minuman untuk dimasukkan sebagai PENDAPATAN/PERBELANJAAN kepada kelab.
July 5th, 2010 at 11:44 pm
salam cikgu narzuki , sy nk tanya akaun yuran ni sebenarnya akaun hasil yang berbaki kredit ke ? dan , jika dia akaun hasil yg berbaki kredit . kenapa yuran lapuk yg dianggap belanja dikreditkan di sebelah kredit akaun yuran ?
July 6th, 2010 at 12:10 am
Salam,
Yuran Ahli merupakan HASIL UTAMA kepada Kelab dan Persatuan. Tetapi AKAUN YURAN yang disediakan (mengikut kaedah perekodan yang diajar oleh guru / buku teks) bukan saja mengambarkan HASIL, malah ASET SEMASA dan juga LIABILITI SEMASA. Di mana baki b/b sebelah Debit mengambarkan Yuran Tertunggak – Aset Semasa kepada Kelab. Manakala Baki b/b sebelah Kredit mengambarkan Liabilti Semasa kepada Kelab. Dan Jumlah YURAN yang dianggap HASIL adalah jumlah yang dipindahkan ke Ak Pendapatan dan Perbelanjaan sahaja, bukannya merujuk kepada baki akhir.
Manakala YURAN LAPUK yang direkodkan adalah merujuk kepada YURAN TERTUNGGAK awal yang berbaki DEBIT dalam Ak Yuran. Disebabkan sebahagian drp jumlah tersebut memang sah tidak dapat dikutip, maka ianya akan dihapuskan sebagai YURAN LAPUK. Jadi bagi mengurangkan jumlah Aset : Yuran Tertunggak, maka Yuran Lapuk tersebut perlulah dicatat disebelah KREDIT.
July 8th, 2010 at 11:06 am
salam..
sy nak tahu..
nak cri jmlah belian dan jualan cam ne?
belian=baki hutng pmbekal akhir +byrn kpd pmbekal – baki pemiutng awl + belian tunai…tp…
byrn kpd pmbekal 2 cari kat mane? n belian tunai 2 nak cri kat mane n kalu x de dlm maklumat cam ne?
July 8th, 2010 at 11:14 am
salam,
cikgu kalu soaln bg:
dlm ak pnerima&pmbyrn,
belian alat sukan baru 1832
mklmt +,
altn skan awl, 3258 akhir,4326
knp jwpn di ak pndptn&pmblanjaan, dia tulis belian s/n altn skan n tulis 764, knp x 1832? n knp di kkk x de psn?
July 8th, 2010 at 11:20 am
BAYARAN kepada pembekal dan BELIAN TUNAI boleh diperolehi daripada BUKU TUNAI atau AK Penerimaan dan Pembayaran yang diberikan dalam soalan.
AK Pendapatan dan Perbelanjan hanya mengambilkira akaun2 HASIL dan BELANJA sahaja. ALAT SUKAN merupakan Aset Bukan Semasa, tetapi SUSUT NILAInya merupakan BELANJA, maka perlu dimasukkan dalam AK P&P. Cuma persoalannya berapakan susut nilai alat sukan tersebut. Terdapat 3 kaedah mengira susut nilai, iaitu garis lurus / atas kos, baki berkurangan dan juga penilaian semula. Dalam soalan ini tiada kadar susut nilai diberikan, maka Kaedah Penilaian Semula perlu digunakan.
Iaitu, SN = baki awal A/S + belian A/S – baki akhir A/S.
Belian A/S merupakan perbelanjaan modal, tidak boleh dimasukkan dalam AK P&P, ianya merupakan pertambahan kepada nilai A/S…. dengan kata lain, BELI ASET … bukannya belanja.
Oleh kerana menggunakan kaedah penilaian semula, di mana BAKI AKHIR Alat Sukan sudah mengambarkan Nilai Buku/Saksama aset tersebut pada akhir tahun, maka dalam KKK tidak perlu dimasukkan PSN lagi.
July 8th, 2010 at 6:21 pm
salam cg..
– pemiutang minuman d akaun penerimaan dan pembayaran sama ke dgan bayaran kepada pembekal??…tq,,tu saje…
July 8th, 2010 at 6:24 pm
Ya. sama maksudnya.
July 11th, 2010 at 12:03 am
salam cikgu , kalau ada yuran lapuk , perlu ker yuran lapuk tersebut didebitkan di akaun pendapatan dan perbelanjaaan ?
July 11th, 2010 at 10:01 am
Ya, YURAN LAPUK merupakan sebahagian daripada PERBELANJAAN kepada Kelab, maka perlu diDEBITkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.
July 11th, 2010 at 11:41 pm
salm , cikgu , kalau pada awal bulan alatan sukan bernilai 2420 , belian alatan sukan ialah 1100 ,pada akhir bulan pula bernilai 3300 , kenapa di kunci kira kira alatan sukan dinilai 3520 ? bukan kah bernilai 3300 sama seperti alat tulis dimana nilainya diambil pada akhir bulan ?
July 11th, 2010 at 11:50 pm
cikgu , apakah itu yuran lapuk? kenapa yuran lapuk dikreditkan dalam Ak yuran ? jika yuran lapuk dikreditkan dlm ak yuran bukankah itu akan menambahkan hasil?
July 11th, 2010 at 11:55 pm
Sky123,
Alatan Sukan adalah ASET, maka dalam KKK nilai pada baki akhir diambilkira. Tetapi dalam pengiraan SUSUT NILAI, kita kena lakukan pengiraan/pelarasan terhadap baki2 tersebut.
SN = baki awal A/S + belian A/S – baki akhir A/S.
Dan SUSUT NILAI tersebut dicatatkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.
Sabarina,
YURAN LAPUK adalah BELANJA. Cuba ikuti catatan bergunya, iaitu:
Dt: YURAN LAPUK
Kt: YURAN
Dalam Ak Yuran dicatatkan disebelah Kredit mengambarkan AK YURAN perlu dikurangkan/dihapuskan sebagai Yuran Lapuk. Manakala dalam Ak Yuran Lapuk (kita tidak sediakan) merupakan akaun belanja yang perlu dipindahkan ke Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.
July 12th, 2010 at 3:19 pm
bermakna alatan sukan nilai 3520 atau 3300 yang diletakkan di kkk ?
July 12th, 2010 at 3:25 pm
KKK disediakan pada akhir tempoh perakaunan, maka nilai Alatan Sukan mestilah NILAI BAKI AKHIR nya .. rujuk soalan.
July 20th, 2010 at 8:02 pm
Cg
Yuran masuk ialah pendapatan hasil atau pendapatan modal?
….Jika pendapatan hasil direkod dlm a/k pendapatan & perbelanjaan
…..Jika pendapatan modal direkod di mana?
July 20th, 2010 at 8:05 pm
YURAN MASUK boleh dikelaskan sebagai Pendapatan Hasil dan Pendapatan Modal bergantung kepada dasar syarikat. Dalam soalan, Yuran Masuk dianggap sebagai Pendapatan Hasil sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya dalam maklumat tambahan.
Pendapatan Hasil – Ak Pendapatan dan Perbelanjaan
Pendapatan Modal – KKK
July 25th, 2010 at 10:23 pm
salam cikgu . sya ingin bertanya . dalam akaun penerimaan dan pembayaran bahagian debit : yuran pertandingan sukaneka , jualan baju sukan . manakala di bahagian kredit : pemiutang , belanja sukaneka , upah pekerja kedai . disini kita kena buat akaun perdagangan dua kali ke ? untuk sukaneka dan perniagaan baju sukan ? kenapa jawapan buku sya yuran sukaneka ditolak dgn belanja sukaneka ? bagaimana nak kenal pasti ianya kena tolak ?
July 25th, 2010 at 10:30 pm
Salam, dalam kes ini tidak perlu buka 2 akaun perdagangan. Ini kerana “sukaneka” tersebut hanyalah salah satu AKTIVITI Kelab, dan KEUNTUNGAN daripada AKTIVITI tersebut boleh dikira dengan mudah, iaitu PENDAPATAN – PERBELANJAAN.
Untung Sukaneka = yuran pertandingan – belanja sukaneka.
Maka, UNTUNG SUKANEKA tersebut dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan Kelab sebagai PENDAPATAN kepada kelab.
Bagi mengenalpasti perkara tersebut, kita lihat kepada suatu AKTIVITI KELAB yang memberikan KEUNTUNGAN kepada kelab, maka kita perlu TOLAK bagi mengika keuntungan tersebut.
July 26th, 2010 at 5:01 pm
askum…
cikgu bleh terangkan step untuk membuka akaun yuran (tanpa yuran tertunggak ). Maksud saya yang melibatkan catatan debit dan kredit iaitu apa akaun yg didebitkan dan yg dikreditkan.
July 26th, 2010 at 5:05 pm
Secara ringkasnya, menyediakan Ak Yuran:
1. Masukkan Baki Awal (Yuran tertunggak, Yuran Terdahulu) – Jika ada.
2. Penerimaan Yuran (Dt: Buku Tunai) – catat disebelah Kt Ak Yuran.
3. Yuran Lapuk – catat di belah Kt Ak Yuran (jika ada)
4. Catatkan BAKI AKHIR (Yuran tertunggak, Yuran Terdahulu) – Jika ada
5. Imbang Ak Yuran – Angka Pengimbang tersebut Butir : Ak Pendapatan dan Perbelanjaan
July 27th, 2010 at 11:37 pm
Cikgu,
Dalam soalan 6 SPM 2005 kelab persatuan. Jawapan menunjukkan Kutipan pertandingan RM1030 dan sewa gelanggan 880 di masukkan dalam Pendapatan. Hadiah pertandingan 858 dan penyelenggaran gelanggang 360 dalam perbelanjaan. Bolehkah fatin hanya masukkan untung pertandingan 172 dan untung sewa gelanggang 520 dalam pendapatan sahaja. terima kasih
July 28th, 2010 at 12:29 am
Pada pandangan Cg,
1. UNTUNG PERTANDINGAN RM172 , (iaitu Kutipan Pertandingan RM1030 – Hadiah pertandingan RM858) BOLEH DITERIMA kerana ianya boleh dikelaskan sebagai Keuntungan daripada AKTIVITI BERKALA Kelab tersebut.
2. Tetapi hasil sewa gelanggang dan belanja penyelenggaraan gelanggan, TIDAK BOLEH DISATUKAN kerana ianya BUKAN merupakan AKTIVITI BERKALA bagi kelab sebagaimana Aktiviti Pertandingan, Aktiviti Sukaneka. Masing2 merupakan suatu PENDAPATAN dan PERBELANJAAN bagi kelab yang perlu dinyatakan secara BERASINGAN.
July 28th, 2010 at 6:46 am
terima kasih cikgu, apa maksud aktiviti berkala?
July 28th, 2010 at 7:12 am
Cikgu,
Adakah salah jika kita masukkan yuran pertandingan dalam pendapatan dan Hadiah pertandingan dalam perbelanjaan jika bahagian soalan tidak menyuruh kita cari untung pertandingan. terima kasih.
July 28th, 2010 at 7:39 am
Aktiviti Bekala = Aktiviti Bermusim, seperti menganjurkan Pertandingan, Pesta sukan, Sukaneka dll yang seumpamanya.
Pada pendapat Cg, TIDAK SALAH sekiranya soalan tidak minta berbuat demikian. Seperti soalan 2008, soalan jelas minta sediakan pengiraan untuk mencari keuntungan atau kerugian bagi pertandingan membaca.
July 28th, 2010 at 3:33 pm
cikgu,
adakah salah jika soalan tidak suruh kita cari untung pertandingan tetapi kita cari untung pertandingan dan masukkan dalam pendapatan. terima kasih
July 28th, 2010 at 3:53 pm
Tidak Salah, malah mengikut huraian sukatan baru ianya adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Iaitu mencari keuntungan / kerugian daripada sesuatu aktivit berkala kelab, walaupun tidak diminta.
July 31st, 2010 at 7:34 pm
cikgu,
Dalam penyediaan akaun yuran. jika kita tidak guna baki b/b dan baki h/b, maka kita akan gunakah yuran tunggak dan yuran terdahulu untuk ganti baki b/b dan baki h/b. Perlukah saya guna yuran tunggak awal untuk baki b/b dan yuran tunggak akhir untuk baki h/b? maksud fatin perlukah tulis perkataan awal dan akhir? terima kasih
July 31st, 2010 at 7:50 pm
Dalam menyediakan rekod berkaitan YURAN terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan, dan memberi kesan kepada penggunaan BUTIR dalam Ak Yuran, iaitu :
1. Membuka Ak. Yuran, Ak. Yuran Terdahulu dan Ak Yuran Tetunggak. Dimana pada awal tempoh kewangan dilakukan catatan pembalikan bagi Yuran Tertunggak dan Yuran Terdahulu bagi tempoh kewangan sebelumnya. Itu sebabnya wujudnya catatan AKAUN YURAN – Dt: Yuran Tertunggak dan Kt: Yuran Terdahulu.
Implikasinya – Butir dalam Ak Yuran adalah merujuk kepada nama akaun, iaitu YURAN TERTUNGGAK dan YURAN TERDAHULU sahaja JANGAN ditambah “AWAL” dan “AKHIR”. Itu dikira SALAH. Kerana tidak wujud “Yuran tertunggak h/b” dan “Yuran tertunggak b/b”.
2. Hanya membuka AKAUN YURAN sahaja, maka catatan bagi Yuran tertunggak dan Yuran terdahulu (awal dan akhir) adalah merujuk kepada BAKI B/B : Baki Dt- Yuran Tertunggak (Aset), manakala Baki Kt:- Yuran Terdahulu (Liabiliti)
July 31st, 2010 at 11:23 pm
cikgu,
Saya agar keliru kupasan mutu jawapan yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan malaysia seperti berikut.
1. Penulisan baki untuk yuran tertunggak tidak konsisten…
Butir yang digunakan untuk merekod baki awal yuran tertunggak ialah ‘baki b/b’ manakala baki akhir pula menggunakan butir ‘yuran tertunggak’. Calon seharusnya merekod ‘baki h/b’ untuk baki akhir tersebut. Penggunaan butir yang konsisten perlu di amalkan. Jika baki awal ialah ‘yuran tertunggak awal’ maka baki akhir perlu ditulis ‘yuran tertunggak akhir’. sila rujuk http://apps2.moe.gov.my/lpm terima kasih
July 31st, 2010 at 11:25 pm
kupusan jawapan spm tahun 2005..soalan 6
July 31st, 2010 at 11:57 pm
Seperti saya nyatakan diatas, terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan. Penggunaan kaedah tersebut hendaklah secara KONSISTEN, tidak boleh bercampur aduk.
- Jika guna Baki b/b pada baki awal, maka pada baki akhirnya mesti menggunakan kaedah Baki b/b dan Baki h/b.
- Jika menggunakan kaedah Yuran Tertunggak dan Yuran Terdahulu pada baki awalnya, maka baki akhirnya juga mesti menggunakan Yuran Tertunggak dan Yuran Terdahulu.
August 1st, 2010 at 11:19 am
cikgu,
saya faham maksud cikgu tetapi saya keliru dengan kupasan lembaga yang menggunakan perkataan yuran tertunggak awal dan akhir. seperti yang cikgu bagi tahun perkataan awal dan akhir tidak boleh tulis dan hanya tuliskan perkataan yuran tertunggak atau yuran terdahulu dalam akaun yuran. terima kasih cikgu yang sudah banyak membantu saya. Hanya Allah yang dapat balaskan budi baik cikgu.
August 3rd, 2010 at 9:46 pm
cg nak tanya sikit ade x tips nak memudahkan untuk buat akaun kelab & persatuan?
August 3rd, 2010 at 9:47 pm
Semua topik adalah sama,
1. Fahami konsep2 yang terlibat dalam sesuatu topik.
2. Tahu dan ingat format akaun2 / Penyata2 yang terlibat.
3. Dapat kenal pasti item2 daripada maklumat yang diberikan.
4. Perbanyaklan latihan.
5. Selalu berjumpa dan bertanyakan guru, kerana KEMAHIRAN menjawab soalan tidak ada dalam mana2 buku tetapi hanya ada pada guru anda.
August 9th, 2010 at 11:01 pm
berikut ialah petikan akaun penerimaan dan pembayaran bagi tahun berakhir 31 Dis 2009
Yuran 2008 150
Yuran 2009 7940
Yuran 2010 260
soalan objektif: Yuran tertunggak bagi 1 jan 2009 ialah RM180. Pada 31 Dis 2009, yuran yg belum diterima ialah RM 50. Berapakah yuran yg akan dikreditkan dlm A/k Pendapatan dan perbelanjaan bagi thn 2009?
August 9th, 2010 at 11:12 pm
Cuba semak soalan, Kalau tidak silap Cg, yuran yang belum diterima ialah RM30, dan BUKANNYA RM50. … ianya dipanggil YURAN LAPUK. Apakah jawapan Sabrina, kemudian Cg berikan komen.
August 15th, 2010 at 12:48 pm
salam cikgu ,saya keliru lagi laa soalan akaun kelab. soalan yg saya buat maklumat tambahan kata 10% susut nilai untuk alatan pejabat, untuk mengira dana terkumpul awal susut nilai ini diambil kira ker ? lagi satu , upah untuk perniagaan minuman ditambah atau ditolak dalam akaun perdagangan ?
August 15th, 2010 at 12:49 pm
Dana terkumpul AWAL = Aset AWAL tahun – Liabiliti AWAL tahun,
Pelarasan biasanya melibatkan BAKI AKHIR tahun.
Upah minuman merupakan BELANJA, jika buat bentuk penyata kena TOLAK. Jika buat bentuk “T” catat disebelah Debit.
August 16th, 2010 at 8:47 pm
cikgu , jawapan ialah RM7990. Yuran yang belum diterima ialah RM 50.
August 16th, 2010 at 8:50 pm
Sabrina,
Daripada maklumat tersebut, Cg dapati jawapannya ialah RM7990.
Baki Yuran Tertunggak RM180, tetapi YURAN 2008 yang diterima HANYA RM150… maka wujudnya jumlah yang tidak berjaya dikutip iaitu RM30 yang dipanggil YURAN LAPUK.
YURAN LAPUK RM30 yang perlu dicatat disebelah Kt Ak Yuran.
August 18th, 2010 at 10:59 pm
bagaimana cg dapat RM 7990. Bolehkah cg tunjukkan pengiraannya?
August 18th, 2010 at 11:00 pm
Sabrina,
…………………………..Ak Yuran
Baki b/b…………..180… Bank (150+7940+260)…. 8350
Pend & Perb…….7990… Yuran Lapuk (180-150)…….30
Baki h/b…………..260… Baki h/b…………………………50
………………………8430………………………………..8430
August 19th, 2010 at 9:19 am
i m really appreciate that ur imformation and material have help me a lot.