Akaun Pengeluaran

KONSEP KOS

- Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

- Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.

- Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.

1. Kos Tetap

- Atau disebut sebagai kos malar.

- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.

- Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.

- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.

- Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).

- Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.

2. Kos Berubah

- Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.

- Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.

- Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.

- Contoh; kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.

ELEMEN KOS PENGELUARAN

1. Kos bahan mentah

o Bahan langsung atau bahan utama dalam proses pengeluaran.

o Kos Bahan Mentah = Stok Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Mentah + Kos Yang Melibatkan Belian Bahan Mentah (Duti Atas Belian Bahan Mentah, Angkutan Atas Belian Bahan Mentah, Insurans Atas Belian Bahan Mentah) – Stok Akhir Bahan Mentah

o Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya.

2. Kos buruh langsung

o Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.

o Contoh; gaji kilang, upah kilang, buruh langsung.

3. Belanja Langsung

o Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.

o Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.

4. Kos Prima

o Kos Bahan Mentah + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.

5. Kos Overhed

o Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output (meliputi semua kos pengeluaran yang bukan kos bahan dan juga bukan kos buruh langsung).

o Tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu.

o Contoh;

a. Kos buruh tak langsung; gaji jurutera kilang, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang dan gaji jaga kilang.

b. Bahan tak langsung; bahan api, minyak pelincir.

c. Sewa kilang.

d. Sewa loji dan mesin.

e. Susut nilai loji dan mesin.

f. Insurans kilang.

g. Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin.

h. Alat-alat kecil – perkakas-perkakas kecil yang digunakan untuk membaiki dan menyelenggara mesin dan loji di kilang; tukul, spana, nat, skru dan playar. ( Belanja Alat-alat Kecil = Stok Awal Alat-alat Kecil + Belian Alat-alat Kecil – Stok Akhir Alat-alat Kecil).

6. Kerja Dalam Proses

o Atau dikenali disebagai barang separuh siap.

o Barang yang telah diproses tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh perakaunan.

o Masih dalam beberapa pringkat pengeluaran.

o Akan dinilai dengan mengambil kira kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed yang terlibat.

KOS PENGELUARAN = KOS PRIMA + KOS OVERHED

KOS PRIMA = KOS BAHAN MENTAH + KOS BURUH LANGSUNG + BELANJA LANGSUNG

KOS OVERHED = KOS BURUH TAK LANGSUNG + BELANJA TAK LANGSUNG

KOS PENGELUARAN BARANG SIAP = KOS PENGELUARAN + KERJA DALAM PROSES AWAL – KERJA DALAM PROSES AKHIR.

101 Responses to “Akaun Pengeluaran”

  1. Cg Narzuki Says:

    KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR

    1. Tidak menunjukkan secara terperinci kos bahan, kos prima dan kos overhed.

    2. Tidak dapat membezakan kos-kos yang terlibat dengan pengeluaran, perdagangan dan pentadbiran.

    3. Apabila diberi pelbagai bahan mentah pelajar tidak menunjukkan secara terperinci kos yang terlibat bagi setiap bahan walaupun diminta oleh soalan.

    4. Tidak mengikut format dan cara mencatat segala butiran berkaitan dengan kos yang terlibat.

    5. Kurang pasti tentang kedudukan dalam Akaun Pengeluaran berkaitan dengan kerja dalam proses awal dan akhir.

  2. Cg Narzuki Says:

    SOALAN 1

    Antara berikut, yang manakah merupakan kos overhed ?

    A. Alat-alat kecil
    B. Gaji pekerja pejabat
    C. Duti import bahan mentah
    D. Susut nilai alatan pejabat

    Apakah jawapan dan alasan anda ?

  3. atiqah Says:

    format penyata kos pengeluaran bagi tahun berakhir

  4. Cg Narzuki Says:

    Atiqah boleh dapatkan format tersebut daripada Modul Tingkatan 5 Cg Sila. Ianya boleh di muat turun melalui menu B-MUAT TURUN di sebelah ataupun klik disini.

    Modul tersebut mengandungi nota-nota dan format-format tertentu bagi semua tajuk tingkatan 5. Terima kasih kepada Cg Sila di atas usaha murni beliau menyediakan modul tersebut.

  5. nazliya Says:

    cg, alat tulis kilang masuk tak dalm ak pengeluaran? sy rasa masuk sb ada word ‘kilang’. kenapa dalam jwpan buku koleksi soalan spm past yr, tak masuk? satu lagi, apa beza “lekapan’, ‘lengkapan’ dan ‘lekapan & lengkapan’. ada org kata lengkapan sama dengan perabot. lekapan pula benda yang lekat kat dinding macam lampu, aircon. lekapan & lengkapan pula tak tau contoh mcm mana. tlg ye cikgu. tq

  6. Cg Narzuki Says:

    Nazliya,

    Asalkan melibatkan belanja kilang, maka ianya mesti dimasukkan ke dalam Ak Pengeluaran. Pada kebiasaanya alat tulis kilang diberi baki awal dan baki akhir serta belian alat tulis. Jadi kita kena buat pelarasan untuk mencari berapakan BELANJA ALAT TULIS untuk tempoh tersebut. Caranya, BELANJA ALAT TULIS = BELIAN ALAT TULIS + BAKI AWAL A/T – BAKI AKHIR A/T. Kemudian masukkan dalam KOS OVERHED. Semak jawapan buku tersebut, mungkin ada kesilapan.

    Contoh yang diberikan sudah betul tu.. cuma Akaun Lengkapan dan Lekapan adalah gabungan kedua-duanya sekali dalam satu akaun.

  7. Cg Narzuki Says:

    TAHUKAH ANDA ?

    Dalam suatu kilang, banyak aset kecil seperti playar, sepana, gergaji dan pahat yang digunakan oleh pekerja kilang. Belanja alat-alat kecil ini dicatatkan dalam Akaun Pengeluaran sebagai satu belanja kos overhed.

    Belanja alat-alat kecil = Stok awal alat-alat kecil + Belian alat-alat kecil baru (jika ada) – Stok akhir alat-alat kecil.

  8. Cg Narzuki Says:

    TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Elemen kos pengeluaran.
    2. Cara penyediaan Akaun Pengeluaran atau Penyata Kos Pengeluaran untuk menghitung kos pengeluaran.

  9. Cg Narzuki Says:

    TAHUKAH ANDA ?

    Butir dalam Kunci Kira-kira sebuah firma pengeluaran adalah sama seperti bagi firma dagangan kecuali butir STOK. Bagi firma pengeluaran, butir stok terdiri daripada :

    a) Bahan mentah
    b) Barang siap
    c) Kerja dalam proses

  10. jun Says:

    adakah kerja dalam proses dianggap kos prima?

  11. Cg Narzuki Says:

    Jun,

    Kos Prima = Kos Bahan Mentah + Kos Langsung

    Item KDP boleh diberikan dalam 2 keadaan :
    1. Jumlah KDP awal dan KDP akhir.
    2. KDP awal dan KDP akhir bagi setiap komponen kos (BM,BL,OH).

    Dalam keadaan 1 : KDP tidak termasuk dalam Kos Prima.
    Dalam keadaan 2 : KDP bagi BM dan BL termasuk dalam Kos Prima.

  12. shafiq Says:

    saya ada buat latihan ak pengeluaran. saya nk tanya tntg bayaran royalti kilang. di mana saya nk letakkan, adakah di bwh kos buruh (sbb dlm buku kata ia adalah kos langsung) atau saya letakkn dlm kos OH. minta cg tunjukkan cara rekodkannya. kalau saya letak di bwh kos buruh, adakah saya perlu langkahkan sebaris sbb dia bukan kos buruh. tq

  13. jun Says:

    jadi, untuk keadaan 1, KDP tidak dianggap kos prima mahupun kos overhed. tulis selang sebaris drpd kos overhed.

    betul?

  14. Cg Narzuki Says:

    Shafiq,

    Kos Prima = Kos Bahan Mentah + Kos Langsung
    Kos Langsung = Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.

    Oleh kerana adanya item belanja langsung, maka shafiq boleh tulis begini :

    KOS BAHAN MENTAH :
    …………………………………………………. XXX
    KOS LANGSUNG :
    Kos Buruh Langsung XX
    Royalti kilang XX XXX
    Kos Prima ………………………………….. XXX

    Jika diletakkan dalam Kos Overhed, maka dikira SALAH komponen.

    Jun,

    Ya, dalam keadaan 1 KDP merupakan gabungan KDP bagi ketiga2 komponen, maka ianya hendaklah diasingkan daripada Kos Overhed. seperti :

    KOS BAHAN MENTAH ……. XX
    KOS LANGSUNG ………….. XX
    KOS OVERHED ……………. XX
    ……………………………..XXX
    (+) KDP awal ………………XX
    ……………………………..XXX
    (-) KDP akhir ………………XX
    KOS PENGELUARAN …….XXXX.

  15. Victorian91 Says:

    Nak tanya,
    Saya baru buat soalan..
    Tapi saya hairan kenapa ada soalan yang letak alat tulis dalam kos overhed
    Dan ada soalan yang mengabaikan alat tulis dalam penyediaan akaun pengeluaran..
    Kena letak ke?? Terima kasih..

  16. Cg Narzuki Says:

    Victorian,

    Dalam penyediaan Akaun Pengeluaran, perkara yang perlu dikenalpasti ialah hanya belanja2/kos2 yang melibatkan Kilang sahaja dimasukkan dalam Ak. Pengeluaran. Jika melibatkan belanja2 kedai/pejabat TIDAK perlu dimasukkan.

    Persoalannya adakah ALAT TULIS digunakan di dalam sesebuah kilang atau hanya digunakan di kedai/pejabat sahaja ?

    Terdapat juga kilang2 menggunakan ALAT TULIS dalam proses pengeluaran produk mereka. Maka, ianya boleh dimasukkan sebagai Kos Overhed. Petua Cg, sekiranya seseuatu item yang diberikan dalam soalan JELAS menunjukkan belanja/kos adalah untuk kedai/pejabat, barulah TIDAK dianggap sebagai kos overhed. Jika sebaliknya, kita masukkan sebagai Kos Overhed saja.

  17. zarif Says:

    aslmkum.cikgu , saya masih keliru dalam akaun pengeluaran. bolehkan cigu berikan saya sedikit tip dan latihan ?

  18. Cg Narzuki Says:

    Zarif,

    1. Kos Pengeluaran hanya mengambil kira item2 kos yang terlibat dengan kilang sahaja, jika melibatkan kedai / perniagaan tidak perlu diambil kira.

    2. Dapat kenalpasti item2 kos : Kos Bahan Mentah, Kos Buruh Langsung atau Kos Overhead.

    3. Dapat melakukan pelarasan bagi item2 dalam maklumat tambahan yang diberikan.

    4. Mengingati format Kos Pengeluaran : Bentuk T dan Penyata. Dan menyediakannya dengan lengkap dan sempurna.

    Soalan latihan boleh diambil daripada soalan tahun2 lepas ataupun Koleksi soalan percubaan yang Cg telah sediakan. Sila kemukakan apa yang anda masih keliru secara detail, supaya mudah untuk Cg menjelaskannya.

  19. reena Says:

    jika dilihat penyediaan akaun @ penyata pengeluaran bagi pelbagai jenis bahan mentah yg digunakan tidak pernah keluar dalam SPM sebelum ini. namun, ada juga cara penyediaannya dalam bentuk berlajur ditekankan dalam buku teks. persoalan saya, perlukah ia diajar atau ditekankan bila mengajar students? dimana hanya ditekankan akaun dan penyata pengeluaran sahaja.

  20. Cg Narzuki Says:

    Reena,

    Apa yang ada dalam SP dan HSP serta Buku teks hendaklah diajar. Dan mulai tahun ini dan seterusnya, kita tidak boleh lagi hanya mengajar apa yang dikeluarkan dalam soalan tahun2 lepas semata2. Ini kerana bentuk/format soalan kini dalam proses tranformasi.

    Sebagai contohnya, bagi topik Titik Pulang Modal, kedua-dua kaedah formula dan kaedah graf perlu diberikan penekanan. Begitu juga dengan Penyata Penyesuaian Bank, soalan dalam bentuk ayat (tanpa Buku Tunai dan Penyata Bank) juga ada kemungkinan akan dikemukakan dalam soalan nanti. Bagi topik perkongsian, jangan hanya tekankan 2 rakan kongsi sahaja, perkongsian 3 rakan kongsi juga kemungkinan akan disoal.

    ~ TRANFORMASI : Jangan jadikan soalan tahun2 lepas sebagai sandaran ~

  21. reena Says:

    aklah ckg. terima kasih atas pandangan ckg. nanti saya ajar juga yang itu.tq

  22. matt Says:

    sebenarnya bayaran royalti boleh kira dalam kos overhed atau kos langsung?kalau saya kira bayaran tersebut dalam kos overhed adalah salah atau tidak?harap maklum..

  23. Cg Narzuki Says:

    Matt,

    Royalti adalah kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran. Di mana royalti dikenakan atas setiap unit keluaran, oleh itu ianya dikelaskan sebagai BELANJA LANGSUNG.

    Manakal KOS OVERHED merupakan kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output. Ianya tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu ataupun dikenali sebagai KOS TETAP.

    Sekiranya dimasukkan royalti dalam komponen Kos Overhed, maka ianya dianggap salah.

  24. matt Says:

    Cikgu, saya mahu bukti bahawa royalti mesti rekod dalam kos langsung.

  25. Cg Narzuki Says:

    Matt,

    Tiada apa yang perlu dibuktikan, tetapi bagi menyokong kata2 Cg sila rujuk Buku Teks Tingkatan 5 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd pada m/s 193 di bawah tajuk BELANJA LANGSUNG. Ataupun rujuk saja mana2 buku rujukan yang terdapat dipasaran yang berkaitan dengan Belanja Langsung.

  26. matt Says:

    BOLEH TANYA CIKGU ADA MSN??SUPAYA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI DENGAN SENANG..

  27. Cg Narzuki Says:

    Maaf, tidak ada MSN.

  28. SUTHAN Says:

    hi CIkgu Narzuki,
    Saya merupakan seorang pelajar akaun yg selalu mendapat 90 markah ke atas untuk peperiksaan saya.
    Malangnya, semenjak saya mendapati penyakit h1n1, saya tidak hadir ke sekolah untuk 3 minggu…
    saya telah skip topik akaun pengeluaran .
    dan itu menyebabkan saya untuk mendapat markah 80 sahaja,
    can u give me any tips?

  29. Cg Narzuki Says:

    KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR

    1. Tidak menunjukkan secara terperinci kos bahan, kos prima dan kos overhed.

    2. Tidak dapat membezakan kos-kos yang terlibat dengan pengeluaran, perdagangan dan pentadbiran.

    3. Apabila diberi pelbagai bahan mentah pelajar tidak menunjukkan secara terperinci kos yang terlibat bagi setiap bahan walaupun diminta oleh soalan.

    4. Tidak mengikut format dan cara mencatat segala butiran berkaitan dengan kos yang terlibat.

    5. Kurang pasti tentang kedudukan dalam Akaun Pengeluaran berkaitan dengan kerja dalam proses awal dan akhir.

  30. mp Says:

    cikgu, manakah yang lebih tepat, belanja alat-alat kecil atau susut nilai alat-alat kecil?

  31. Cg Narzuki Says:

    mp,

    Belanja alat-alat kecil lebih tepat berbanding susut nilai alat-alat kecil. Kes ini boleh disamakan dengan belanja alat tulis atau susut nilai alat tulis, mana yang lebih tepat ?

  32. TEH Says:

    salam cg,
    37 Antara berikut yang manakah Kos Tetap ?
    I Sewa Pejabat
    II Susut Nilai Mesin
    III Buruh Tak Langsung
    IV Stok Bahan Mentah

    A I dan II
    B I dan IV
    C II dan III
    D III dan IV

    jwp dlm skema ialah C.. adakah semua butir yg ada perkataan pejabat tidak kaitan dgn bab ini?

  33. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Bagi topik Kos Pengeluaran, hanya item2 yang terlibat dengan KILANG sahaja diambil kira dalam Penyata kos Pengeluaran.

    Manakala KOS TETAP pula adalah merujuk kepada Kos Overhed, jadi jawapannya ialah C.

  34. anim Says:

    cikgu, kalau butir ‘bayaran royalti kilang’ masuk dekat perbelanjaan langsung ka cikgu…? dan apa maksud royalti?

  35. Cg Narzuki Says:

    Anim,

    Ya, Secara mudahnya royalti ini adalah suatu bayaran kepada pemilik asal. Contohnya CD Lagu, setiap 1 keping CD / Album yang dikeluarkan dan dijual akan dibayar royaltinya kepada penyanyi. Oleh itu ianya dikelaskan sebagai BELANJA LANGSUNG, kerana jumlah royalti yang dibayar adalah bergantung kepada bilangan unit barangan yang dikeluarkan.

  36. kair0 Says:

    cg,jika dalam s0alan memberikan [stok awal=buah-buahan,manisan,botol dan tin],adakah dalam pyata pngeluaran st0k awal bahan mentah tadi dicampur sekali gus atau ditulis semula satu persatu

  37. Cg Narzuki Says:

    Kairo,

    Sekiranya Belian dan Stok Akhir juga diberi mengikut item2 tersebut, maka adalah lebih baik disediakan satu persatu dalam bentuk lajur dan diakhiri dengan lajur JUMLAH bagi pengiraan KOS BAHAN MENTAH.

  38. Syafiq Says:

    as’kun,,cg,,

    sy nak tny..
    1) ape yg x perlu msk dlm akaun pengeluaran?
    2)kenapa upah atas belian,duti n angkutan masuk ke tambah dgn BELIAN?

  39. Cg Narzuki Says:

    Syafiq,

    Akaun Pengeluaran hanya mengabilkira item2 yang terlibat dengan perbelanjaan KILANG sahaja. Perpelanjaan2 yang melibatkan Kedai/ Pejabat/Perniagaan akan dimasukkan dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi / Penyata Pendapatan. Contohnya, gaji juru jual, sewa kedai, insurans kedai.

    Belanja2 tersebut merupakan belanja/kos yang terlibat semasa pembelian bahan mentah ataupun dikenali juga sebagai KOS BELIAN, antaranya Angkutan masuk, Upah atas belian, Duti import/ atas belian, Insuran atas belian.

  40. habeeba Says:

    salam cg,
    dlm soalan, terdapat maklumat tambahan mengenai air dan elektrik.
    adakah air dan elektrik ini consider sbg kadar byrn dan dmasukkan ke dalam kos everhead??

  41. Cg Narzuki Says:

    Habeeba,

    Ya, air dan elektrik dalam maklumat tambahan adalah merujuk kepada Kadar Bayaran, dan sekiranya ada agihan untuk kilang dan pejabat/kedai, maka jumlah kadar bayaran untuk kilang sahaja perlu dimasukkan dalam Kos Overhed.

  42. habeeba Says:

    hhmmm……………… maklumat ape lagi yg sepatutnya diletakkan dalam kadar bayaran cg mcm air n elektrik?

  43. Cg Narzuki Says:

    Habeeba,

    Secara mudahnya Kadar Bayaran adalah merujuk kepada jenis2 belanja yang melibatkan bil seperti bil air, bil elektrik, bil telefon …. Dimana caj yang dikenakan berdasarkan suatu kadar tertentu seperti RM0.20 seliter, RM0.30 seminit dan sebagainya.

  44. Syafiq Says:

    cg,,
    kadang2 soalan mintak buat akaun pengeluaran dlm bentuk akaun atau penyata,,tp kalau soalan tny dlm bentuk akaun tp kite jawab dlm bentuk penyata adakah salah cara 2?….

  45. Cg Narzuki Says:

    Syafiq,

    Walaupun soalan minta sediakan Akaun Pengeluaran, tetapi anda sediakan dalam bentuk Penyata Kos Pengeluaran, jawapan anda masih diterima.

  46. Syafiq Says:

    Assalamualaikum,,cg

    tp adakah cara ini boleh digunakan dlm semua topik cth kunci kira2,pengasingan untung n rugi dan lain2?… sbb sy lbh pandai dlm bentuk penyata drpd bentuk akaun atau bentuk T..

  47. Cg Narzuki Says:

    Syafiq,

    Ya, sekarang ini penyediaan dalam bentuk penyata adalah digalakkan.

  48. Khan Seang Says:

    cg apa ialah kos overhed berubah. Dulu form5 belum belajar tapi form six ada belajar. Saya tak faham macm mana kira kuantiti Tempahan Ekonomi , Tinkat/ paras Tempahan Semula& Minuman Bahan.

  49. Cg Narzuki Says:

    Maaf, Cg tidak arif tentang sukatan STPM, diharapkan mana2 guru STPM dapat membantu anda.

  50. alif Says:

    salam…nk tye,,buruh langsung ltak kt mne dalam penyata pengeluaran????

  51. Cg Narzuki Says:

    BURUH LANGSUNG diletakkan selepas Kos Bahan Mentah Digunakan … sila rujuk Format Penyata Pengeluaran bagi mendapatkan gambaran lengkap.

  52. fadzlee Says:

    Cg,
    KDP awal dan akhir perlu direkod di mana dalam Akaun pegeluaran? adakah setelah kita kira overhed atau perlu ditunjuk pada setiap bahagian iaitu di kos bahan mentah, buruh langsung dan di kos overhed…TQ

  53. Cg Narzuki Says:

    Ikut maklumat dalam soalan, jika soalan hanya berikan:

    1. KDP awal dan KDP akhir – maka, catatkan selepas KBM+KBL+KO+KDP awal – KDP akhir.

    2. KDP awal dan KDP akhir bagi setiap komponen BM, BL dan KO – maka, perlu dicatatkan dalam setiap komponen kos tersebut satu persatu.

  54. sky123 Says:

    salam cikgu .jika soalan ada tulis angkutan masuk , so angkutan tersebut perlu letak di akaun pengeluaran ker ? contoh soalan 2005 no 3 . soalan saya kenapa angkutan masuk tersebut perlu letak di akaun pengeluaran tetapi dia tidak tules angkutan masuk bahan mentah . lagi satu . soalan tulis angkutan keluar sahaja , so angkutan keluar ini letak di mana ?

  55. Cg Narzuki Says:

    Akaun Pengeluaran / Penyata Kos Pengeluaran HANYA melibatkan kos2 / belanja2 yang berkaitan dengan KILANG SAHAJA.

    Jika melibatkan belanja2 Kedai / Perniagaan, maka dimasukkan dalam Penyata Pendapatan bagi mencari Untung / Rugi Bersih perniagaan.

    Bagi topik, ini ANGKUTAN MASUK adalah merujuk kepada kos pengangkutan bagi membawa masuk bahan2 mentah yang dibeli ke dalam KILANG, walaupun tidak dinyatakan angkutan masuk bahan mentah. Maka ianya perlu dimasukkan dalam Akaun Pengeluaran.

    Manakala ANGKUTAN KELUAR adalah merujuk kepada kos pengangkutan untuk menghantar barang kepada PELANGGAN, maka ianya melibatkan perbelanjaan kedai / perniagaan, sebagaimana gaji jurujual, sewa kedai yang perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

  56. sky123 Says:

    bermakna, soalan hanya kata insurans atas belian maka ia akan diletakkan di akaun pengeluaran ?

  57. Cg Narzuki Says:

    INSURANS ATAS BELIAN perlu dicatat dalam Kos Belian Bahan Mentah, manakala INSURANS (sahaja) boleh merujuk kepada insurans kilang dan dicatat dalam KOS OVERHED.

    Sekiranya dinyatakan INSURANS KEDAI baru dianggap belanja perniagaan dan tidak perlu dimasukkan dalam Akaun Pengeluaran. Ataupun Insurans diagihkan mengikut nisbah tertentu, maka bahagian kilang sahaja perlu dimasukkan dalam Akaun Pengeluaran.

  58. Fatin Says:

    Cikgu,
    Mungkinkah dalam soalan yang sama meminta kita sediakan akaun pengeluaran dan kemudian penyata pendapatan? terima kasih

  59. Cg Narzuki Says:

    Ada kemungkinan, kerana dalam HSP ada menyatakan Hasil Pembelajaran : “Merekodkan pemindahan kos pengeluaran ke Penyata Pendapatan.”

  60. Fatin Says:

    terima kasih cikgu

  61. shakiera Says:

    salam..
    cikgu..saya nk tnye.
    klau die maklumat baki jualan 2 ade 2 item cmner ye..
    cntohnyer
    stok awal :
    gula-gula 13000
    biskut manis 25000

    jualan :
    gula-gula 190000
    biskut manis 110000

    stok akhir
    gula-gula 20000
    biskut manis 10500

    bahan mentah telah diberi…..
    ini untuk syarikat yg menjalankan perniagaan gula-gula dan biskut manis.

  62. zero Says:

    cikgu,
    sanya nak tanya…

    1 Jan 2005 31 Dis 2005
    Kerja dalam process
    Bahan Mentah 570 550
    Buruh Langsung 440 420
    Overhed 390 400

    nak macam mana tulis dalam penyata kos pengeluaran?

  63. faiz Says:

    shakiera:kalau tak silap saya,jualan tak perlu ditambah kerana jualan ialah selepas bahan mentah dihasilkan.kos pengeluaran hanya untuk bahan mentah.kalau stok akhir itu perlu ditambah dua-dua sekali kerana kilang tersebut melakukan kedua-duanya.btul tak cg?

  64. Cg Narzuki Says:

    Tq Faiz, apa yang penting dalam menyediakan Penyata Kos Pengeluaran. Hanya item2 yang melibatkan kilang / pengeluaran sahaja. Jika melibatkan kedai / perniagaan, ianya akan dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

    Zero,
    Kena masukkan dalam setiap KOMPONEN KOS – KDP awal dan KDP akhir masing2.

  65. Fatin Says:

    Cikgu,
    adakah sukatan pelajaran ‘memindahkan kos pengeluaran kepada penyata pendapatan’ termasuk dalam sukatan pelajar tingkatan lima tahun ini? kami pelajar tingkatan lima tahun ini perlukan membuat persediaan? terima kasih

  66. Cg Narzuki Says:

    Untuk tahun ini, masih boleh rujuk kepada buku teks yang sedia ada ataupun rujuk HSP 2004-2010.

  67. sky123 Says:

    salam cikgu , kalau soalan ada diskaun belian bahan mentah (diskaun diterima) letak di mana ?

  68. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Pada pandangan Cg, Diskaun belian bahan mentah perlu dicatatkan dalam komponen KOS BAHAN MENTAH, iaitu Belian (-) Diskaun belian.

  69. Fatin Says:

    cikgu,
    Salam, dalam soalan tahun lepas akaun pengeluaran tahun 2004, pulangan keluar 645 patutkah di tolak dari belian bahan mentah sebab soalan tidak menyatakan pulangan keluar untuk bahan mentah atau barang siap?. Terdapat 2 buku di pasaran, sebuah yang tolak sementara yang sebuah lagi tidak.
    Bolehkah belanja alat-alat kecil ditulis sebagai susut nilai alat-alat kecil? sebab dalam soalan anchor no 3 yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan, ia menggunakan susut nilai alat-alat kecil. Terima kasih

  70. Cg Narzuki Says:

    1. Pulangan keluar = Pulangan BELIAN.
    Jadi bagi kilang, apa yang dibeli adalah BAHAN MENTAH. Maka PULANGAN KELUAR tersebut adalah merujuk kepada pulangan bahan mentah dan perlu ditolak daripada BELIAN BAHAN MENTAH.

    2. Ya, Susut nilai alat-alat kecil / belanja alat-alat kecil boleh digunakan.

  71. Fatin Says:

    terima kasih

  72. Fatin Says:

    Cikgu
    Dalam soalan spm 2003 akaun pengeluaran, alat-alat dalam proses RM16384. Adakah sama dengan kerja dalam proses akhir?

  73. Cg Narzuki Says:

    Berlaku beberapa kesilapan menaip dalam soalan tahun tersebut. “Alat-alat dalam proses” adalah SALAH sepatutnya “Kerja dalam proses”.

  74. Fatin Says:

    Cikgu,
    upah operator kilang termasuk dalam kos prima atau kos overhed. terima kasih

  75. Cg Narzuki Says:

    Upah operator kilang merupakan KOS BURUH LANGSUNG, jika tiada operator maka proses pengeluaran tidak dapat dijalankan. Maka, ianya adalah sebahagian daripada KOS PRIMA.

  76. Fatin Says:

    cikgu,
    upah operator kilang dan upah operator mesin kilang adakah sama? terima kasih

  77. Cg Narzuki Says:

    Boleh dikelaskan sebagai Kos Buruh Langsung, cara mudahnya jika mereka tidak datang bekerja… adakah pengeluaran boleh dijalankan. Jika tidak, maka dikelaskan sebagai Kos Buruh Langsung, Sebaliknya jika mereka tidak datang bekerja, tetapi tidak menjejaskan proses pengeluaran, maka dikelaskan sebagai Kos Overhed.

  78. CW Says:

    Hi cikgu,
    Terdapat 2 format Akaun Pengeluaran iaitu + kerja dlm proses awal & – KDP akhir di akhir sekali (konsep lump sum) & KDP yang dipecahkan kepada kos bahan mentah, buruh langsung & overhed.
    Adakah kita mesti melihat soalan iaitu jika tanpa dipecahkan KDP itu maka kita hanya + & – KDP di akhir sekali atau sebaliknya.
    Sekiranya mesti mengikut format adakah kita akan ditolak markah sekiranya hanya guna + & – KDP dibawah shj walaupun diberikan pecahan setiap KDP awal & akhir.
    TQ

  79. Cg Narzuki Says:

    Sekiranya diberikan pecahan KDP mengikut komponen, maka mesti ditunjukkan KDP dalam setiap komponen, kerana kemahiran tersebut yang hendak diuji. Jika dijadikan lump-sum, maka pelajar akan kehilangan markah. Sepatutnya pelajar dapat 3 markah, tetapi hanya dapat 1 markah sahaja.

  80. Fatin Says:

    cikgu,
    merujuk kepada soalan tahun lepas 1997, jawapan yang beri oleh buku di pasaran adalah guna lump-sum walaupun soalan bagi pecahan kepada tiga iaitu kerja dalam proses bahan mentah, buruh langsung dan overhed, ini bermakna hanya dapat 1 markah sahaja?

  81. Cg Narzuki Says:

    Apabila dikelaskan mengikut komponen, maka laporan dalam Penyata Kos Pengeluaran mestilah mengikut komponen2 tersebut, kalau tidak apa guna direkod mengikut komponen jika akhirnya diambil lump-sum saja.

  82. phang Says:

    cikgu..nak tanya sikit …
    1. pelarasan untuk stok awal dan akhir alat-alat kecil ialah susut nilai alat kecil yang dimasukkan ke dalam penyata kos pengeluaran bahagian kos overhed ?
    2. penyata pendapatan dan kunci kira-kira tak perlu disediakan untuk bab akaun pengeluaran ?
    terima kasih cikgu

  83. Cg Narzuki Says:

    1. Ya, susut nilai alat-alat kecil / belanja alat-alat kecil dekelaskan sebagai Kos Overhed.

    2. Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran setakat merekod pemindahan kos pengeluaran ke penyata pendapatan sahaja.

  84. CW Says:

    Hi cikgu,
    Baru-baru, ini anak buah saya menghadiri ceramah akaun di sekolahnya dimana mereka menjemput seorang guru cemerlang akaun sekolah teknik & cikgu mengatakan akaun pengeluaran juga ialah soalan anchor yang boleh keluar sebagai soalan 2 bersama dengan penyata kewangan. Adakah ini benar. Sekiranya ya, bukankah ini merupakan sukatan lama. Patutkah pelajar belajar gabungan akaun pengeluaran & penyata kewangan.
    terima kasih, cikgu

  85. Cg Narzuki Says:

    Maaf, saya tak pasti. Setahu saya, tahun ini masih menggunakan sukatan dan format tahun lepas di mana 2 soalan merupakan soalan Anchor Item (tidak termasuk Ak Pengeluaran). Kalau tahun depan ada kemungkinan, kerana sudah tiada lagi Anchor Item dan buku teks baru akan dikeluarkan sebagai rujukan. Walau bagaimanapun sebagai langkah berjaga2, adalah lebih baik pelajar bersedia juga dengan soalan tersebut, mungkin ianya maklumat terbaru.

  86. CW Says:

    Terima kasih cikgu.
    Tolong upload untuk kita cikgu, sekiranya ada sebarang perubahan dalam topik-topik yang terlibat dalam soalan anchor.
    TQ

  87. lamka Says:

    Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

    cg, diskaun diberi dan diterima mmg x masuk ak.pengeluaran ke??

  88. Cg Narzuki Says:

    Lamka, waalaikumussalam & salam ramadhan.

    Ya, tidak masuk. Kenapa ? …. Adakah ianya melibatkan kos/perbelanjaan bagi KILANG atau KEDAI perniagaannya ?

  89. Fatin Says:

    Cikgu,
    dalam soalan tahun lepas 2006, soalan akaun pengeluaran. Bukankah bahan pembungkus dan bahan bakar di masukkan dalam kos prima kerana kos-kos tersebut berkadar langsung dengan unit pengeluaran? terima kasih

  90. Cg Narzuki Says:

    Fatin,

    Bahan2 tersebut dikelaskan sebagai BAHAN TAK LANGSUNG dan dimasukkan dalam Komponen Kos Overhed.

  91. cva Says:

    Cikgu,

    Dalam nota cikgu dan juga blog cikgu sila, royati dinyatakan sebagai kos langsung. Adakah ianya perlu ditambah selepas ‘kos bahan mentah digunakan’, iaitu sebelum kos buruh langsung sebelum mendapat kos prima. Soalan SPM 2000: saya mendapati dalam jawapan yang disediakan di buku soalan tahun lepas bagi royalti ditunjukkan sebagai sebagai kos buruh langsung, iaitu seperti nota cikgu. Namun begitu, salah mendapat tahu ada cikgu sekolah yang mengajar pelajar untuk mencatat royalti sebagai kos overhed. Adakah catatan royalti sebagai kos overhed betul?

  92. Cg Narzuki Says:

    Cva,

    Kos2 seperti : Bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten dikelaskan sebagai BELANJA LANGSUNG.
    Di mana belanja tersebut turut berubah secara berkadar terus dengan setiap unit pengeluaran. Pada pendapat Cg, adalah tidak tepat jika ianya dicatatkan sebagai Kos Overhead.

  93. cva Says:

    Terima kasih,

    Oleh yang demikian ia seharusya termasuk sebahagian daripada kos prima.
    1) Cikgu, yang mana harus ditunjukkan terlebih dahulu:
    kos langsung atau kos buruh langsung atau yang mana mana pun ok?
    2) sekiranya student masukkan royalti dalam kos overhed, adakah ia di anggan tidak mengikut skema dan tiada markah diberi?

  94. cva Says:

    Cg,

    Harap cikgu dapat membantu saya mengenai perkara di atas.

    thank

  95. Cg Narzuki Says:

    Cva,

    Pandangan Cg,
    1. Mana-mana pun ok, cuma Cg cadangkan KOS BURUH LANGSUNG dahulu baru KOS/BELANJA LANGSUNG.

    2. TIDAK dapat markah untuk item tersebut kerana SALAH KOMPONEN KOS.

  96. sky123 Says:

    salam cikgu . sy nak tanya, di maklumat tambahan soalan tulis insurans terdahulu 300 . dan insurans yg dh dibayar rm 1000 . adakah insurans ini 1000 perlu ditambah dgn 300 ? atau ditolak ?

  97. Cg Narzuki Says:

    Sky123,
    Indurans TERDAHULU, maksudnya kita telah bayar LEBIH, maka pelarasannya kita kena TOLAK.

  98. Joanna Says:

    Hi, boleh saya tanya,

    Katakan saya sudah kira sampai dapat KOS PENGELUARAN, dan soalan meminta untuk Penyata Pendapatan selepas itu, di manakah Kos Pengeluaran akan pergi?

  99. Cg Narzuki Says:

    Joanna,
    Kos Pengeluaran dimasukkan dalam KOS JUALAN, bersama2 BELIAN (jika perniagaan ada membeli barang siap yang lain).

    KOS JUALAN:
    Stok awal ———————–xxx
    Kos Pengeluaran——– xxx
    Belian ——————— xxx xxxx
    ———————————– xxxx
    (-) stok akhir —————— xxxx

  100. sky123 Says:

    salam cikgu kalau dia tulis pulangan belian sahaja , kenapa tidak diletakkan dalam akaun pengeluaran seperti soalan spm 2004 ?

  101. Cg Narzuki Says:

    Sky,
    PULANGAN KELUAR/BELIAN memang merujuk kepada pulangan BAHAN MENTAH, maka ianya perlu dimasukkan dalam Kos Pengeluaran. Memang ada kesilapan dalam jawapan dalam buku Koleksi Peperiksaan Sebenar (CERDIK).
    Kos bahan mentah digunakan = RM103728; Kos Prima = RM147728; Kos Pengeluaran = RM198936.

Leave a Reply