KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN UNTUK JURULATIH UTAMA

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan kursus tersebut seperti berikut :

Tarikh : 14 hingga 16 Julai 2009
Tempat : Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang Sukatan Semak Semula Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM kepada semua Jurulatih Utama seluruh negara.

Untuk makluman semua guru, bahawa SP dan HSP Semak Semula tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2010 (Pelajar Tingkatan 4). SP dan HSP yang rasmi (secara bercetak) akan dihantar ke sekolah2 pada akhir tahun 2009 nanti. Walau bagaimanapun, bahan2 tidak rasmi akan disampaikan / diedarkan terlebih dahulu kepada semua guru melalui Jurulatih Utama dan JPN negeri masing2 nanti.

Sebagai persediaan awal dan memastikan semua rakan guru memperolehinya, disini saya sediakan bahan2 tersebut untuk di muat turun :

1. Sukatan Pelajaran 2010
2. Huraian Sukatan Pelajaran 2010
3. Contoh  Item Anchor SPM 2009 dan 2010.
4. Contoh Jawapan Item Anchor.

MAKLUMAN :

1. Terdapat sedikit perubahan/penambahbaikan daripada SP dan HSP yang telah diedarkan sebelum ini.

2. Buku Teks mengikut SP & HSP baru masih tidak dapat disiapkan pada tahun 2010. Oleh itu guru dan pelajar diminta menggunakan Buku Teks sediada terlebih dahulu. Satu MODUL akan dibekalkan ke sekolah2 nanti bagi menampung topik2 baru yang terlibat bagi memenuhi keperluan SP dan HSP Semak Semula tersebut.

3. Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan yang akan digunapakai bagi calon SPM2011 nanti juga terdapat sedikit perubahan terutamanya bagi Kertas 2. Oleh itu Format Pertaksiran yang telah diedarkan sebelum ini dianggap terbatal. Dan Format Pentaksiran baru akan diedarkan kepada semua selepas ianya mendapat kelulusan daripada pihak2 tertentu.

4. Perisian AssetBase ver3 juga akan diedarkan ke sekolah2 yang telah menerima Perisian AssetBase ver2.

Sekian, harap maklum.

Posted on July 17, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 24 Comments.

  1. Cg Narzuki
    Adakah Contoh soalan item anchor ini sesuai untuk pelajar akaun T4 & T5 tahun ini?
    Eniza

  2. Eniza,

    Ya sangat sesuai, Contoh soalan ini disediakan khas untuk SPM tahun 2009 dan 2010 sahaja, iaitu bagi soalan 2 dan 3 dalam Kertas 2. Manakala bagi SPM 2011 dan seterusnya, contoh soalan Anchor Item berlainan sedikit kerana peruntukan markahnya 25 markah setiap soalan mengikut cadangan Format Pentaksiran Baru.

  3. Cg Narzuki, terima kasih di atas bahan tersebut.
    Saya juga telah diberikan bahan oleh PKHEM saya yang turut mengikuti kursus di atas. Mungkin Cg Narzuki sudah sedia mengenali beliau, Puan Rahmah Buntar.

    Harapan saya, ialah cg narzuki dapat berikan komen lebih lanjut berkenaan contoh jawapan yang diberikan dan agihan markah kerana ada jawapan yang tidak diberikah agihan markah. Jika boleh, cg narzuki boleh edit set jawapan itu dengan menambah cadangan markah untuk setiap jawapan yang diberikan di atas. Tulis sahaja sebagai EDISI TAK RASMI atau EDISI CG NARZUKI – cadangan agihan markah, supaya kami tahu ia adalah maklumat tambahan cg sendiri.

    Sekian terima kasih.

  4. Sifu2b,

    Baguslah kalau sudah dapat bahan2 tersebut. Saya juga perasan ada guru dari sekolah saudara turut hadir, cuma tak sempat nak bertegur sapa, maklumlah pesertanya ramai lebih kurang 70 orang.

    Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Sebenarnya saya dalam proses menyediakan cadangan agihan markah tersebut. Memandangkan saya masih kurang arif tentangnya, terlebih dahulu saya nak bincang dan minta pandangan rakan2 guru yang lain. InsyaAllah, bila siap nanti saya hantarkan untuk saudara.

  5. cikgu Narzuki,

    1. Jawapan anchor soalan rekod tak lengkap stok alat-alat kecil bolehkah masuk dalam aset bukan semasa kerana alat-alat kecil itu mempunyai susutnilai.

    2. Satu lagi soalan rekod tak lengkap yang agar keliru sikit ialah soalan tahun lepas 2008, dalam maklumat tambahan, Lengkapan RM900 dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan wang peribadi Puan Haryati. Dalam menghitung modal pada 31 mac 2007, mengapa perlu mencampurkan RM900 itu dengan Lekapan dan lengkapan RM8900. Sedangkan RM8900 mungkin sudah termasuk RM900 itu?

    3. Dalam soalan rekod tak lengkap SPM tahun 2001, perabot RM3200 yang dibeli dengan wang sendiri memang tidak dicampur dalam perabot yang disenaraikan….terima kasih

  6. Gayathri,

    1. Stok Alat-alat Kecil TIDAK BOLEH dimasukkan dalam Aset Bukan Semasa, ciri-cirinya hampir sama dengan Stok Akhir (barang niaga) iaitu ASET SEMASA. Pelarasan yang dilakukan terhadap Stok Alat-alat kecil sebenarnya BUKAN mencari SUSUT NILAI, tetapi mencari BELANJA ALAT-ALAT KECIL yang digunakan bagi tempoh perakaunan tersebut.

    2. Ya saya setuju. Pada pandangan peribadi saya, sepatutnya maklumat tambahan (ii) perlu dinyatakan ”Lengkapan RM900 dibeli ………. belum dicatat dalam mana-mana buku.” supaya soalan tersebut lebih JELAS dan TIDAK MENGELIRUKAN pelajar.

    3. Dalam soalan tersebut telah JELAS menyatakan bahawa “ Sebahagian daripada nilai perabot pada akhir tahun adalah perabot yang dibeli oleh pemilik dengan wang peribadinya berjumlah RM3,200.” Ini jelas menunjukkan nilai baki akhirnya TELAH mengambilkira belian perabot tersebut.

  7. terima kasih cikgu, penjelasan yang amat baik.

  8. KP PAk sek saya telah menghadiri taklimat tntg perkara di atas n diberitahu akn ada kursus sebenarnya selepas Hari Raya nnti. hanya satu yg saya musykil ialah tntg penggunaan asset base. adakah ia akn diimplementasikan / wajibkan utk semua sek bagi kerja kursus t4? tq

  9. Ciknon,

    Ekoran daripada kursus tersebut, Jurulatih Utama setiap negeri diminta mengadakan pula kursus kepada guru2 prinsip perakaunan di negeri masing2.

    Apa yang penting ialah semua yang terkandung dalam SP dan HSP dapat disampaikan kepada pelajar. AssetBase hanyalah salah satu daripada Perisian Pendidikan Perakaunan yang boleh digunakan.

    Oleh itu penggunaan AssetBase bukannya suatu kemestian, ianya merupakan Perisian Pendidikan Perakaunan yang telah dibeli oleh KPM dan boleh digunakan bagi membantu guru2 dalam menyampaikan isi kandungan tertentu yang terdapat dalam HSP kepada pelajar. Dalam penyediaan kerja kursus (Kertas 3) nanti, tidak semestinya menggunakan AssetBase, tetapi sedikit sebanyak ianya dapat membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan mereka.

  10. Cg Narzuki,

    Salam

    Terima kasih atas maklumat di atas.

    Saya di Pahang baru sahaja mendapat surat Kursus Orientasi Semak Semula Kurikulum Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah T4 & T5 yang akan diadakan pada 18-20 Ogos di Temerloh.

    Setakat ini saya masih kabur lagi tentang formasi pemarkahan untuk SPM 2009 dan 2010. Adakah formasi pemarkahan ini dibincangkan dalam kurusu ini. Ini amat penting supaya cikgu memberi skema pemarkahan jawapan yang betul kepada pelajar. Kalau cikgu dapat menyediakan formasi pemarkahan bagi soalan-soalan ala SPM 2009 dan 2010, saya berpendapat ianya akan banyak membantu guru dan pelajar memahami skema pemarkahan SPM 2009 dan 2010.

    Terima kasih

  11. Cikgu Taufik,

    Salam. Kursus di peringkat negeri akan dikendalikan oleh JU negeri masing2, jadi pengisian kepada kursus tersebut adalah bergantung kepada perancangan JU negeri masing2. Pada pandangan saya, kemungkinan besar perkara tersebut akan dibincangkan semasa kursus nanti, memandangkan ianya merupakan suatu yang baru dan cikgu2 juga perlu mengetahuinya.

  12. Perhatian kepada semua rakan guru dan pelajar, satu kemudahan untuk UPLOAD imej atau fail telah disediakan. Diharapkan dengan adanya kemudahan ini proses perkongsian bahan2 akan menjadi lebih mudah.

    [img]https://cgnarzuki.com/wp-content/upload/kursus maytower.jpg[/img]
    Gambar Semasa Kursus di Maytower Hotel, sumbangan Cg Rosli bin Hamid. Perlis.

  13. Komen:
    Nampaknya soalan anchor amat panjang dan mencabar. Rasanya murid akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan sedemikian. Maafkan saya kerana menyatakan bahawa: Jika semua soalan pada tahun 2011 yang mengikut Format Baharu adalah seperti ini, maka saya rasa ramai murid akan menggugurkan mata pelajaran ini. Saya harap keadaan ini tidak berlaku. Kita sama-sama lihatlah.

  14. Anchor Item sememangnya menguji Kemahiran Perakaunan yang melayakkan pelajar SPM mendapat pengiktirafan LCCI. Pada peringkat awal mungkin agak sukar, tetapi sekiranya pelajar didedahkan dan dilatih dengan soalan2 sedemikian, maka masalah tersebut dapat diatasi sedikit demi sedikit. Semuanya bergantung kepada USAHA dan KESUNGGUHAN guru itu sendiri dalam mendidik dan membimbing pelajar bagi menguasai kemahiran2 tersebut.

    Pada pandangan saya, tiada guna dilakukan perubahan SP & HSP dan Format Pentaksiran, jika tingkat kemahiran yang hendak disampaikan kepada pelajar masih ditahap yang sama.

    Dalam Format Pentaksiran baru nanti, hanya 2 soalan (Anchor Item) daripada 5 soalan akan dikemukakan dalam format sedemikian, bukannya semua. Sebenarnya perubahan format pentaksiran tersebut akan membantu lebih ramai pelajar untuk LULUS, manakala pelajar yang cemerlang akan mendapat PENGIKTIRAFAN LCCI, bukankan itu adalah lebih baik berbanding dengan sebelum ini. Oleh itu saya percaya akan lebih ramai pelajar berminat untuk mengambil subjek Prinsip Perakaunan di masa-masa akan datang.

  15. saya sgt bersetuju dgn en patrick. mmg kita mahu kemahiran diuji pada perkara baru tetapi dgn menjadikan soalan sgt panjang menyusahkan pelajar sahaja terutama pelajar sederhana dan lemah. kdg2 guru mengalami kesukaran mengajar kaedah yg paling senang dan mudah utk pelajar mahir soalan-soalan tersebut.di sini saya ingin betanya tntg jwpn soalan anchor yg diberi. saya tidak mahir dlm pemberian mkh tetapi dlm skima tidak dinyatakan bhg mana akn diberi mkh sbb terlalu umum. boleh tak cg berikan pecahan mkh supaya sng kami mengajar pelajar tntg item2 yg boleh dan tdk boleh dpt mkh. tq

  16. Ciknon,

    Cuba perhatikan agihan peruntukan markah mengikut Format 2009 dan 2010 :
    Soalan 2 +3 = 30 markah, iaitu 20 + 10 (Anchor Item)
    Soalan 1+4+5/6 = 50 markah, iaitu 28+10+12
    Kertas 1 = 40 markah

    Jadi bagi pelajar yang lemah dan sederhana, sudah semestinya agak sukar bagi mereka menjawab soalan anchor item (30/120 markah @ 25%). Namun begitu mereka masih lagi berpotensi mendapat 1A sekiranya tidak menjawab soalan 2 dan 3, di mana mereka masih berpeluang mendapat 90/120 markah @ 75% dan layak mendapat Sijil LCCI. Sekiranya cikgu2 amati betul2, sebenarnya LPM dengan begitu bijak sekali mengatur perancangan supaya setiap perubahan yang dilakukan akan membawa kebaikan kepada para pelajar sekalian.

    Contoh Anchor Item 2009 dan 2010 serta jawapannya adalah dikeluarkan oleh LPM sendiri sebagai panduan para guru dan pelajar. Agihan pecahan markah memang tidak dinyatakan kerana ianya dikelaskan sebagai MAKLUMAT SULIT yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Mungkin semasa kursus kepada cikgu2 diperingkat negeri masing2 akan membincangkan tentang cadangan pecahan markah tersebut.

  17. salam,ckg.nak tanya ckg ada lagi x soalan achor.blh send bagi x?kerana sy rasa hanya buat solan achor tu kurang cukup.harap balas

  18. Wei623,

    Boleh dapatkan di Blog Cg Mohammad
    https://cikgumohammadsaid.blogspot.com/

  19. Salam, cikgu.Seperti yang cikgu maklumkan bahawa sukatan SP & HSP Semak Semula hanya akan berkuatkuasa tahun 2010 untuk pelajaran Tingkatan 4 sahaja, ini bermaksud pelajaran Tingkatan 5 tahun 2010 masih perlu mulaikan dengan Bab 1 Akaun Kawalan, Bab 2 Pembetulan Kesilapan dan seterusnya…..right? Thanks.

  20. CikLee,

    Tingkatan 5 tahun 2010 masih lagi mengikuti sukatan lama dan format pentaksiran sebagaimana format SPM 2009.

  21. a’kum
    boleh cg jelaskan mengenai stok alat-alat kecil.
    dalam soalan anchor item no 2, mengapa ada susut nilai tetapi tidak dicatat juga dalam aset bukan semasa.

    t/kasih.

  22. maaf, soalan anchor item no 3.

  23. Assalaamualaikum…
    cikgu, saya ada masalah dalam sukatan baru ni… adakah modul sudah dikeluarkan dan saya masih tak dapat lagi. boleh tak kalau cikgu beri no. telefon utk saya hubungi utk bertanyakan soalan.. terima kasih cikgu

  24. Salam.

    Berita gembira, apa yang ditunggu-tunggu telah tiba… Sila ke post BAHAN SUMBER PnP PRINSIP PERAKAUNAN 2010

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.