Yearly Archives: 2012
ULANGKAJI TOPIKAL : KERTAS 1 (TRIAL 2011)
Bahan berikut telah disumbangkan oleh Cikgu Mhd Hamdee Azlan bin Mhd Hambali, SMK Tanjung Puteri, Kuala Ketil, Kedah untuk dikongsikan kepada semua rakan guru dan para pelajar. Bahan tersebut merupakan koleksi soalan trial SPM 2011 yang telah disusun semula mengikut TOPIKAL. Semoga bahan tersebut dapat dimanafaatkan sebaik mungkin demi kecemerlangan anak didik masing-masing.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Mhd Hamdee Azlan atas sumbang yang diberikan.
[dm]196[/dm]
KEPUTUSAN SPM 2011 – 21 MAC 2012
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012. Sumber : KPM
POST TERDAHULU : PERMOHONAN SIJIL LCCI 2010
TUGASAN KERJA KURSUS TING 5 TAHUN 2012
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada rakan2 guru, ada sedikit PENAMBAHBAIKAN terhadap arahan tugasan tersebut berbanding tahun lepas. Serta kemungkinan besar ianya juga akan dikeluarkan seminggu lebih awal .. sebagai persediaan untuk guru… iaitu pada 23 26 Mac 2012 manakala tempoh pelaksanaan tetap sama sepertimana dalam Format Pentaksiran iaitu mulai 1 APRIL hingga 31 MEI.