KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2020 : PRINSIP PERAKAUNAN

Posted on October 18, 2020, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 78 Comments.

  1. Nurul Fathiyyah

    Assalamualaikum wbt.
    Sy sudah email detail utk register ahli pagi td.
    Tq.

  2. Nurul, waalaikumussalam.

    Nama cgu telah berjaya didaftarkan..terima kasih.

  3. Assalamualaikum.. Sy dh bank in n email utk jadi ahli

  4. nor alin alyani

    sy berminat untk daftar sebagai ahli

  5. Nor,

    Klik pada LANGKAH PENDAFTARAN.. untuk maklumat lanjut.

  6. Saya dah setel bayaran untuk koleksi soalan trial. please check email.tq

  7. Wan Mahiran,

    Telah berjaya didaftarkan.. terima kasih.

  8. Bila boleh download kertas percubaan 2020

  9. Minggu depan.. saya akan mulai upload di blog.

  10. Saya dah settle bayaran untuk koleksi pembayaran soalan trial.

  11. Sila semak email..

  12. saya sudah buat pembayaran utk ahli baru 2020. walau bagaimanapun saya masih belum dpat log in lagi. mohon buat semakan.

  13. Afizah,

    Telah dinyatakan dalam LANGKAH PENDAFTARAN.. tanda permohonan telah berjaya didaftarkan..

  14. Assalamualaikum cg.
    Just nak maklumkan,
    Files trial 2020 Negeri Kelantan unavailable utk download. Tak keluar pic ‘zip’ tu.

  15. Nurul, waalaikumussalam.

    Terima kasih atas makluman.. saya telah upload fail yang baru.
    Dah boleh download..

  16. Assalam cikgu
    Saya nak tanya pendapat cikgu Kenapa jawapan soalan percubaan Batu Pahat. Akaun Kawalan ABT baki akhir ABT tu tidak ditolak dgn hutang lapuk dlm maklumat tambahan. Sebab biasanya utk kira PHR baki akhir ABT kena tolak dulu dgn hutang lapuk dimaklumat tambahan baru Di darab dgn peratus PHR.
    Boleh cikgu bagi penerangan.

  17. Rosya, waalaikumussalam.

    Bagi soalan Milikan Tunggal.. penyataan tersebut mengambarkan item pelarasan… maka perlu diselaraskan HL & ABT.

    Manakala bagi KES RTL.. maklumat yang ada HANYA berdasarkan Baki awal.. Baki akhir.. Buku Tunai dan maklumat tambahan sahaja –> tiada sistem catatan bergu yang lengkap.
    Maka untuk mendapatkan baki akhir ABT.. kita akan jumlah mana2 ABT yang masih ada… iaitu ABT BERSIH. .. ini bermakna HL telahpun diambilkira.

    KECUALI soalan menyatakan bahawa HL tersebut BELUM DIAMBILKIRA.. barulah diselaraskan baki akhir ABT – HL.

  18. Soalan Percubaan Batu Pahat. soalan 2 dan 3, soalan pembukaan itu sama. Perlu dibetulkan.

  19. Anakiu,

    Terima kasih.. atas makluman.. nanti saya dapat soalan baru yg telah dikemaskini.

  20. Assalamualaikum cikgu,

    Ada soalan trial untuk Negeri Sembilan untuk 2020?

  21. Fathiyah, waalaikumussalam.

    Saya dimaklumkan.. masih ada sekolah yang belum menduduki peperiksaan tersebut.. kerana penutupan kes covid.

  22. Assalamualaikum cg..

    Skema jawapan kertas 1 utk YIK xda.
    Hanya ada skema kertas 2 sahaja ya?
    Tq.

  23. Nurul, waalaikumussalam.

    Terima kasih atas makluman tersebut. Nanti saya alan dapatkan skema K1 dalam masa terdekat..

  24. Cikgu nak tanya ada percubaan untuk negeri lain tak?

  25. Dophline,

    Oleh kerana ada sekolah2 yang masih cuti & belum menduduki peperiksaan percubaan lagi.. maka soalan2 tersebut tidak boleh dikongsikan lagi..

  26. Salam cg nk tnye..
    nk buat double entry tpi dlm ayat tuh dye x nyatakan bayar melalui cash atau bank.. so, kita guna bank ke?

  27. Ryan,

    rujuk pada soalan… adakah SEMUA soalan tidak menyatakan bayar tunai @ cek… maka kita boleh guna BANK.
    tetapi jika dalam soalan itu ada yang nyatakan bayar dengan CEK dan ada yang tidal.
    maka urusniaga yg tidak nyatakan itu dikira sebagai TUNAI.

  28. Salam cg.. Ada skema jawapan untuk soalan percubaan sarawak?

  29. Francis,

    Maaf, saya tiada set soalan Sarawak..

  30. Selamat Sejahtera cg,

    Dalam Trial Exam 2020 Baling, Soalan 3, kenapakah Belanja Am dikategorikan sebagai Kos Overhed, sedangkan soalan tidak menyatakan dengan jelas belanja am ini merupakan belanja am kilang. Adakah semua belanja am dianggap sebagai kos overhed dalam Akaun Pengeluaran?

    Terima kasih, cikgu.

  31. Jeffry, selamat sejahtera.

    Bergantung kepada soalan…
    Belanja am… boleh jadi belanja kilang dan juga belanja pejabat/kedai.
    Maka rujuk maklumat dalam soalan..
    1. jika ada dinyatakan AGIHAN antara kilang & kedai/pejabat… maka perlu diagihkan.
    2. jika TIADA sebarang agihan.. maka ianya dikira sebagai belanja am kilang

  32. Cikgu, nak jawapan utk percubaan Terengganu

  33. Cg, bagi Percubaan 2020 Batu Pahat , bagaimana kita menghitung dividen interim syer keutamaan?
    Dividen bagi 7 bulan pertama

    RM 2,000,000x 6% x 7/12= RM70000

    Adakah purata bulan saya betul?

  34. Chee,

    Ya. telah dinyatakan TUJUH bulan pertama… cuma semak balik modal Luqman

  35. Cikgu, alat-alat kecil ialah aset semasa atau aset bukan semasa?

    dlm skema Pinang,alat-alat kecil dikategorikan sbg aset bukan semasa.

    tetapi yg saya tahu ialah aset semasa.

  36. Ianya lebih besifat Aset Semasa.

  37. Cg,
    Jawapan dalam Jawapan Batu Pahat menggunakan tempoh 6 bulan sahaja.

  38. Chee,

    Maaf, sebelum ini saya silap rujuk soalan..
    kita kira tempoh bermula tarikh modal dibayar penuh.. 31 Januari —> 31 Julai = 6 bulan.

  39. Cg,
    Terima kasih

  40. Cikgu,

    Merujuk kpd soalan 2 K2 Percubaan P.Pinang 2020, mengapakah pinjaman SME berjumlah 6000 bg liabiliti semasa? Bukan utk 8 bulan (4000) sahaja ke cikgu?

  41. Apai,

    LS… akan dibayar dalam tempoh setahun akan datang.

  42. Cikgu,
    Adakah penyata aliran tunai salah satu jenis dari Penyata Kewangan?

  43. Fatimah,

    Bergantung kepada sudut mana kita lihat:
    1. Perakaunan –> Ak Perdagangan dan Untung Rugi & Penyata Kedudukan Kewangan.
    2. Perniagaan –> termasuk Penyata Aliran Tunai

  44. how to daftar

  45. Hi Cg Narzuki,

    Soalan N9 belum upload lagi, Terima kasih.

  46. Dophline,

    Saya tidak pasti mereka telah menduduki peperiksaan percubaan ataupun belum disebabkan sekolah tutup PKPB.

  47. Cikgu,
    Soalan N9, soalan 3b dirujuk, mengapa untung bersih tidak perlu buat Pelarasan faedah pinjaman belum bayar rm500?

  48. Fatimah,

    Pada pandangan saya Faedah pinjaman belum bayar tersebut perlu diselaraskan pada nilai UB… kerana jelas dinyatakan Faedah atas pinjaman yang direkod hanya bernilai RM1500.

  49. hi cg Narzuki,
    mohon tanya kenapa N9 tidak boleh download, terima kasih cg…

  50. Dophline,

    Ok, cuba download sekali lagi..

  51. terima kasih cg Narzuki…boleh download sekarang…

  52. assalamualaikum cikgu, pada soalan percubaan 2020, batu pahat, saya perasan huruf WM dan WK di tulis bersebelahan item BANK. Apa itu maksud WM dan WK?

  53. black, waalaikumussalam.

    Dt : Wang Masuk
    Kt : Wang Keluar

  54. Cikgu, dalam bab rekod tak lengkap kaedah perbandingan.
    Soalan
    Nota kredit yang diterima drp pembekal perlu menolak (-) inventori dan (-) ABB.
    Adakah betul?

  55. Celine,

    Hanya – ABB sahaja.

  56. Cikgu,saya nak tanya tentang soalan sbp 2020 punya, soalan 5 kenapa skema jawapannya mengira pinjaman seperti begitu?

  57. Han,

    Pinjaman perlu dilaporkan sebagai LS bagi jumlah yang perlu dibayar dalam tempoh setahun.. manakala bakinya yang perlu dibayar dlm tempoh lebih 1 tahun dilaporkan sebagai LBS.

  58. Hai cg,
    Kenapa soalan akaun kawalan batu pahat, baki abbnya nak tolak diskaun diberi tetapi baki abt tidak perlu tolak dengan hutang lapuk?

  59. Jing,

    Jika ianya item pelarasan.. kena tolak.
    Jika hanya makluman sahaja.. hanya masukkan dalam ak kawalan.

  60. Cg, saya ahli baru. Cg bagaimana nak dapatkan set soalan untuk tingkatan 4 bersama jawapan untuk disemak?

  61. Jaya,

    Set soalan sedemikian boleh dapatkan buku latihan dipasaran.

  62. Assalammualaikum, saya dah daftar pada 4 Julai 2021. Mohon semak ya. Terima kasih.

  63. Nur waalaikumussalam.

    Telah berjaya didaftarkan.. terima kasih.

  64. Terima kasih atas perkongsian.

  65. Assalamualaikum cikgu,
    Adakah koleksi trial ini disertakan dengan skema jawapan? Terima kasih.

  66. Ikbal, waalaikumussalam..

    Ya.. set lengkap.. Kertas 1, Kertas 2 dan Jawapan..

  67. Baik cikgu, sy hendak buat pendaftaran. Boleh sy tau koleksi trial ni boleh dikongsi tak kpd yg lain, atau hanya terhad kpd yg berdaftar shj?

  68. Ikbal,

    Boleh saja… untuk manafaat anak2 pelajar.

    # nanti dalam seminggu dua lagi saya akan uploadkan koleksi percubaan 2021.

  69. Assalammualaikum cikgu. Sy nk tny tentang soalan ni.
    Maklumat aset dan liabiliti :
    Pinjaman SME 26,000
    Maklumat tambahan : v) Pinjaman SME berjumlah RM30,000 telah dibuat pada bulan Disember 2019 untuk tempoh 5 tahun dengan kadar faedah sebanyak 4% setahun. Bayaran balik pinjaman berserta faedah dibuat setiap bulan mulai Januari 2020.

    Macam mana nk buat yg ni cikgu?

  70. Ikbal, waalaikumussalam.

    DUA perkara yang perlu diberikan perhatian.
    1. Faedah atas pinjaman SME
    2. Pinjaman yang perlu dilaporkan sebagai LS dan LBS.

    Faedah pinjaman SME = 4% x RM30000 x 8/12 = RM800 … dalam ID RM800 menunjukkan TIDAK wujud Faedah Belum Bayar. (tiada sebarang pelarasan)

    Bayaran balik Pinjaman = RM30000/5 tahun = RM6000 , maka sebulan = RM6000/12 = RM500 …. 1 Jan – 31 Ogos = 8 bulan jumlah yang telah dibayar RM500 x 8 bulan = RM4000.
    Maka itu sebabnya Baki Pinjaman pada 31 Ogos 2020 = RM30000 – RM4000 = RM26000.

    Liabiliti Semasa : Pinajaman SME = RM6000 …. iaitu jumlah yang perlu dibayar dalam tempoh SETAHUN
    Liabiliti Bukan Semasa : Pinjaman SME = RM26000 – RM6000 = RM20000.

  71. Terima kasih cikgu

  72. Tahniah Cikgu! Terbaik website Cikgu… Saya nak cari maklumat…sebab dah lama tinggalkan hal accounting ni… Jumpa jawapan dekat sini… Semoga Cikgu diberi keberkatan hidup.

  73. Cikgu Wawa,

    Aamiin, terima kasih.
    Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat keberkatan atas semua kerja buat kita.

  74. Asalam cikgu kalau kertas objektif BI spm saya comot pada kertas ABC kerana pemadam yang digunakan tidak elok sehingga buat kertas hitam sedikit namun masih nampak jawapan.adakah ia boleh menjejaskan keputusan SPM?

  75. Waalaikumussalam.
    Bergantung kepada mesin yang scan kertas jawapan tersebut… jika dapat dibaca… Alhamdulillah.
    Jika tidak dapat dibaca, mungkin ada alternatif lain yang akan diambil oleh pihak LPM..berdoa aja lah..
    # jangan ulangi kesilapan tersebut.

  76. satu lagi soalan cikgu jika kertas objektif spm no 1 mesin tak dapat scan manakala yang lain dapat discan.Apakah no 1 akan menjejaskan keputusan yang lain?

  77. Atas sistem mesin tersebut.. samada.. terus reject @ terima yang lain…
    Nasihat cgu.. abaikan yang lepas..tak perlu fikirkan… jangan ulangi lagi… banyakkan berdoa… dan terus tumpukan kepada subjek2 akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.