KURSUS PENDEDAHAN FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011

Satu Kursus Pendedahan Format Baru Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM telah diadakan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 April 2010. Sayangnya saya sendiri tidak dapat menghadiri kursus tersebut.

Walau bagaimanapun setelah mendapat maklumat yang sahih daripada rakan2 guru yang menghadirinya, InsyaAllah Cg Narzuki Online akan kongsikan kepada semua rakan guru yang lain apa2 maklumat terkini berkaitan format baru tersebut.

Ataupun mana-mana rakan guru yang telah mendapat maklumat tahu tersebut,  sekiranya sudi kongsikan kepada rakan guru yang lain, Cg Narzuki Online amat berbesar hati dan mengalu-alukannya…..

FORMAT PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756
(MULAI SPM 2011)

Kertas 1 (3756/1)
– Objektif
– 40 soalan
– masa 1 jam 15 minit
– 40 markah
– 20%

Kertas 2 (3756/2)
– Subjektif
– Bahagian A (3 soalan – wajib) – 60 markah
– Bahagian B (3 soalan – Pilih 2) – 40 markah
– masa 2 jam 30 minit
– 100 markah
– 60%

Kertas 3 (3756/3)
– Tugasan Projek
– Tugasan 1 – semasa Tingkatan 4 (Ogos-Sept)
– Tugasan 2 – semasa Tingkatan 5 (April – Mei)
– Gred Elemen
– 20%

MUAT TURUN : BUKU FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2011 [dm]2[/dm]

Posted on April 21, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 128 Comments.

  1. Salam Cikgu.
    Saya memang tertunggu-tunggu kursus ini. Kalau cikgu ada maklumat tentang format baru PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011 ni, rasanya cikgu akan berbesar hati untuk berkongsi dengan kami semua. Saya tak tau satu benda pun ni…

  2. Salam,
    Dalam yang terdekat ini, JU setiap negeri akan mengadakan kursus diperingkat negeri masing2 bagi menyampaikan maklumat tersebut kepada semua guru.

  3. salam, bagaimana pula dengan format bagi folio yang akan dilaksanakan oleh pelajar tingkatan 4 tahun ini dengan menggunakan perisian tertentu, cikgu boleh beri jenis perisian yang boleh digunakan?

  4. Pada pandangan saya buat masa ini, tidak perlu menggunakan perisian yang khusus, memadai dengan menggunakan perisian biasa seperti Ms Word dan Ms Excel sahaja.

  5. saya perlukan maklumat untuk format folio bagi prinsip perakaunan, boleh atau tidak pelajar gunakan perisian SEKKOP 123 untuk buat folio tersebut

  6. Maklumat tersebut akan disampaikan oleh JU negeri masing2 semasa kursus di peringkat negeri nanti.

    Pada pandangan saya, tak salah gunakan sekkop123 sekiranya ada kemudahan menggunakannya dan dapat memenuhi arahan tugasan yang diberikan. Walau bagaimanapun dapatkan kepastian terlebih dahulu daripada JU atau Ketua Pentaksir negeri masing2 bagi tujuan penyelarasan.

  7. salam..
    cikgu,kalau ada apa2 mklumat terbaru,@ bahan2 terbaru ttg format k3, sy mohon cikgu tolong war2kan di sini sbb sklh sy sllu ketggalan mklumat dr ppd..
    tqs cg..

  8. Salam.
    Apa content folio tu nanti? Dokumen perniagaan yg direka menggunakan komputer ka? cikgu-cikgu sekalian… tolong…!

  9. Cikgu
    Adakah pelajar yang ambil akaun sebagai subjek tambahan di luar sekolah boleh teruskan ?

  10. Sebagai GAMBARAN AWAL kepada cikgu2 tentang format / isi kandungan kerja kursus adalah seperti berikut :

    ISI KANDUNGAN :
    1. Perakuan Calon
    2. Penghargaan
    3. Pengenalan perniagaan
    4. Profil perniagaan
    5. Perancangan urusniaga
    6. Dokumen perniagaan
    7. Buku Catatan Pertama
    8. Lejar
    9. Imbangan Duga
    10. Penilaian Stok Akhir
    11. Penyata Pendapatan
    12. Kunci Kira-kira
    13. Rumusan

    Walau bagaimanapun maklumat yang tepat hendaklah merujuk kepada ARAHAN TUGASAN yang dikeluarkan pada bulan JULAI nanti. Apa2 masalah / persoalan tentang perlaksanaanya bolehlah bertanya kepada JU negeri masing2 semasa kursus yang akan diadakan nanti.

  11. salam cg. kerja kursus nie mesti kena buat guna komputer ke…by hand x leh ke…

  12. 1 Adakah setiap soalan diperuntukkan 20 markah atau tidak menentu?
    2 Adakah Cg mendapat apa-apa dokumen lengkap ttg format terkini seperti contoh kertas pentaksiran?

  13. Arni,
    Daripada maklumat yang saya terima syarat penggunaan komputer bagi menyediakan kerja kursus tersebut dilonggarkan.

    Patrick,
    Peruntukkan markah kalau tak silap saya, S1-10m, S2&S3-25m, S4,S5&S6-20m, jumlahnya 100m.

  14. Salam cikgu,

    Kerja kursus tu perlu dibuat berdasarkan perniagaan yang sebenar atau rekaan? Terima kasih

  15. Salam,
    Hanya rekaan semata2, tetapi mesti mengikuti arahan tugasan yang akan dikeluarkan pada bulan Julai nanti. Seperti jenis perniagaan, baru memulakan perniagaan atau meneruskan perniagaan, bilangan dokumen mengikut jenis yang perlu ada dan sebagainya.

  16. saya pun dapat info yang sama…wahhh…mencabar gak begini bebudak kene reka perniagaan….i”ll be more alert..thanks for the info…tak sabar nak tunggu taklimat tuh…very important oooo

  17. Takut terlepas kursus tu jer… kat Sabah selalu jer gitu… Kadang2 surat sampai pada hari kursus….! atau lebih lewat daripada itu. Huhh… Macamlah tak boleh guna faks… untuk maklumkan awal2 kan? Ntahlah… ni masalah faktor manusia la ni… (sorrylah ter”emo” pula kat sini)

  18. Jadi sentiasa bertanyakan khabar dengan JPN, JU negeri atau rakan2 guru yang lain tentang kursus tersebut, supaya tidak ketinggalan.

  19. PUSAKAK BANGSA

    macam mana juga mau tanya..always bizi..sek saya punya faks pung problema jg..payah mau tembus kata PAP.. katanya da canggih manggih skrg..faks pun tak lepas.. apara barisang..agaknya barisan panjang klu mau ganti mesin fax..

    cg narzuki bole tak bgi sama saya no JU Sabah..tQ

  20. Cikgu boleh juga berhubung melalui email sesama cikgu2 Sabah yang terdapat dalam senarai GURU PRINSIP PERAKAUNAN 1MALAYSIA (klik) bagi mendapat maklumat tersebut.

    Salah seorang JU Sabah yang saya kenali pada tahun lepas ialah En Zamri Ahmad, rujuk dalam senarai tersebut.

  21. Terima kasih atas info tersebut. Harap kursus JU akan dipercepatkan, contohnya masa cuti sekolah pertengahan tahun ini supaya guru-guru mampu sediakan diri dan pelajar T4 2010 juga cepat dapat maklumat terkini.

  22. salam,,cikgu,,terkilan saye coz x dpt bersama2 join kursus pendedahan format baru ini,,sbnrnye,saye sendiri ternanti2 bile JU negeri nk panggil,,utk kursus ini,bukan ape student pun dh tertanye2,bile nk wat kerja kursus ini,,tp alhamdullilah, dgn adenyer blog cikgu narzuki ini,saye jwb dulu pertanyaan student saye,walaupun sedikit maklumat,,harap klu ade info pasal format terbaru ini,cikgu share kan bersame2 dlm blog ini,segala kerjasama amat dihargai..^___^

  23. Sifu2b dan Cg Lisa,

    Taklimat/kursus Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru sekalian diperingkat negeri adalah dibawah bidangkuasa Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN masing2. Bila dan bagaimana ianya akan dilaksanakan adalah bergantung kepada perancangan SPP negeri masing2. Di mana JU, GC dan guru2 yang terlibat dengan taklimat/kursus tersebut hanya menurut perintah daripada SPP sahaja.

    Diharap cikgu2 semua dapat bersabar dan sama2 kita nantikan kehadiran hari tersebut.

  24. as salam cikgu,td sy dpt tau acc 2011 ada 3 paper.paper 3 tu keje kusus?cnfirm ke?cikgu sy kata akan dibincngkan lg. kalu jd adakah stiap pljar kna key in mklumt dokumen dlm komp ke?soalan dokumen mmg xda dh ke dlm soalan 1 paper 2??tq 🙂

  25. Salam,
    Ya perkara tersebut (kertas 3) akan mula dilaksanakan pada tahun ini lagi sebagaimana yang dinyatakan diatas. Sila baca komen2 yang telah dikemukakan sebelum ini.

  26. adakah kita perlu ajar gunakan perisian komp spt Ms Excel kpd pel t4 thn ini spt yg ada dlm RP ?tq

  27. Kita kena ajar sebagaimana kehendak SP dan HSP. Cuma pandangan peribadi saya, penguasaan pelajar terhadap kemahiran perakaunan secara manual perlu diberikan keutamaan.

  28. Salam, ada ke apa-apa bahan atau rujukkan untuk buat projek atau kerja kursus Ting 4 tu, saya tak dapat apa-apa maklumat pun mengenai kerja kursus ni lagi.

  29. Salam,
    Cikgu kene tunggu taklimat/kursus yang akan diadakan oleh
    Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN masing2 nanti.

  30. Assalamualaikum cg naarzuki..
    Anda meme hebat dalam mbina laman web sendiri. Tkasih saya ada ambil serba sedikit bahan PAK untuk pelajar saya.

  31. Cg,
    Macam mana dengan pelajar yg mengambil PA secara persendiriaan?

  32. assalamualaikum cg..
    saya nak tanye….cikgu tau tak markah untuk kerja kursus tugasan 1 perlu dihantar bile dan adakah jangka masa yang ditetapkan iaitu ogos-sept perlu dipatuhi..
    adakah pelajar-pelajar perlu menyediakan fail…
    terima kasih

  33. Cg Affandi,
    waalaikumssalam, dan terima kasih. Ambil saja apa2 bahan yang dirasakan sesuai digunakan untuk kegunaan pnp cikgu.

    Yatie,
    Setakat hari ini Cg masih belum ada apa2 maklumat mengenainya lagi, bila dapat nanti Cg akan maklumkan disini.

    Sheila,
    Waalaikumussalam, berdasarkan Jadual Perlaksanaan Tugasan yang diedarkan masanya diperuntukkan 2 bulan (ogos-september) tetapi pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan hanya dalam masa 5 minggu sahaja. Walau bagaimanapun kita kena tunggu maklumat muktakhir yang akan dikeluarkan oleh LP nanti.

  34. Askm C. Narzuki.
    Saya mengajar di Chenor, Pahang. Memang kami di sini xmendapat ape2 maklumat mengenai format baru peperiksaan terutama tentang kerja kursus. Sukatan pelajaran pun kurang jelas, mujurlah ade modul yg disediakan oleh ckgu dan rakan2. Kirenya modul tu memang ikut sukatan yg terbaru lah cikgu?
    Kerja kursus tu menggunakan asset base ke?
    terima kasih atas bantuan

  35. Waalaikumussalam mp @ Mairani Pilus,

    Berhubung dengan Format Pentaksiran SPM 2011, Cikgu kena tunggu taklimat/kursus yang akan diadakan oleh
    Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN Pahang dengan kerjasama Ketua Pentaksir Negeri dan JU nanti. Tugasan projek tersebut tidak semestinya menggunakan Assetbase, perisian asas seperti Ms Word, Ms Excel sudah memadai.

    Modul tersebut adalah disediakan oleh Unit Perdagangan, Bidang Pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Saya hanya membantu menyebarluaskan bahan sumber tersebut kepada rakan guru sahaja.

    Modul itu hanya sebagai panduan awal kepada guru2 yang perlu digunakan bersama-sama buku teks sedia ada. Buku yang betul2 memenuhi kehendak SP dan HSP baru adalah buku teks yang akan dikeluarkan awal tahun hadapan nanti.

  36. banyak juga maklumat mengenai tugasan yang akan dibuat oleh pelajar tingkatan 4. di sini saya mahu minta pertolongan cikgu khasnya cikgu di sabah, sebab blog ini menjadi salah satu medan perbincangan mengenai subjek akaun. memandangkan saya kerja di sekolah pedalaman, segala maklumat dapat lambat juga. jadi jika JPN sabah anjurkan kursus mengenai kerja kursus ini, sila maklumkan dalam blog ini supaya dapat tahu. saya tidak mahu pelajar saya ketinggalan mendapat info ini. harap cara ini juga membantu guru2 lain yang lambat mendapat info mengenainya. tq.

  37. Kalau tidak silap saya, bulan Jun nanti pihak LPM akan buat kursus pendedahan format baru di Sabah sebagaimana yang telah diadakan di KL baru2 ini.

  38. mohd saad bin harun

    seperti sdr sy juga terkilan tak dpt dan dipanggil utk mengikuti kursus tersebut tidak silap di Dynasty KL. Sy difahamkan kursus yg diberikan kpd org2 terpilih diminta utk dikongsi dgn rkn2 guru yg lain. walau bagaimanapun mungkin buat masa ini kita diminta supaya belanja berhemah dan amlkan jimat crmat, maka kurusus/ taklimat tidak dpt dijlnkan perengkat daerah maupun negeri. sy secara peribadi bimbang pendedahan tidak diberikan tetapi diminta utk melaksanakan program yg kita sdr tak jelas. hrp kalau boleh sdr pnjang2kan. terima kasih

  39. Mana2 guru yang dipanggil ke kursus tersebut telah dilantik sebagai Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan atau Pentaksir Kawasan oleh Unit Peperiksaan Penilaian JPN masing2. Dan beberapa orang guru (yang tidak mengikuti kursus tersebut) juga akan dilantik sebagai Pentaksir Kawasan. Penjimatan macammana sekalipun pendedahan / taklimat kepada guru di setiap sekolah yang menawarkan prinsip perakaunan akan dilaksanakan sama ada dibuat peringkat negeri ataupun di peringkat daerah, terutamanya berkaitan dengan Kertas 3 yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos nanti.

  40. NORAWI BIN SEMAN

    Terima kasih kpd cg narzuki atas maklumat terbaru. Saya tertunggu2 juga mengenai kertas 3 yg bakal dilaksanakan nnti. Skolah saya kekurangan kemudahan, jadi mungkin 1 cabaran untuk melaksanakan kerja secara berkomputer ini. Harap pelajar2 saya xkertinggalan nnti. Begitu juga dengan cara penilaian, mmg banyak yg perlu diketahui ini.

  41. Sama-sama, tiada kemudahan komputer adalah diluar kawalan pelajar, maka pelajar terpaksa sediakan secara manual sahaja. Cara2 penilaian akan didedahkan dalam kursus/taklimat nanti.

  42. cikgu, sya ada email cikgu zamri spt dr alamat email yg sya dpt dari forum cikgu.sya nak tanya dia tentang kursus pentaksiran format tapi dia tidak reply…kecewala….

  43. arni shahida

    salam cg, mengenai buku catatan pertama dalam kerja kursus pelajar nie,saya ada dengar kena buat jurnal pembayaran tunai & jurnal penerimaan tunai.betul ke..buku tunai tak perlu..

  44. Nicole,
    Kursus pendedahan format pentaksiran SPM 2011 yang dianjurkan oleh LPM bagi negeri Sabah dan Sarawak mungkin akan diadakan pada bulan Jun nanti. Tunggu aja …

    Arni,
    Apa yang perlu dibuat akan dinyatakan dalam Arahan Tugasan yang akan diedarkan kepada pelajar mungkin pada bulan Julai nanti.

  45. selamat petang, terima kasih cg. narzuki, cg. zamri sudah email saya. sya baru terima semalam.

  46. akum….untuk buat dokumen soalan tugasan tuh..saya tgk perisian Asset Base memenuhi kperluan membina dokumen…

  47. Salam, saya setuju dengan Cg Zul, perisian AssetBase dapat membantu pelajar menyediakan dokumen secara berkomputer dengan mudah bagi pelajar/sekolah yang ada kemudahan ICT dan perisian tersebut.

  48. salam..cuma penggunaan komputer hanya memberikan markah 20% dari markah keseluruhan assignment.pelajar guna manual tangan pun masih boleh mendapat markah..

  49. Nicole & Cg Zamri,
    Apakah maklumat yang Nicole terima daripada Cg Zamri? Boleh berkongsi?

  50. JU tu apa

  51. NORIZA A RAHMAN

    ASSALAMUALAIKUM,
    SAYA GURU DI KEDAH TETAPI SELALU BALIK KG DI KELANTAN. KALAU CG BUAT KURSUS ATAU BENGKEL DALAM CUTI, SILA WAR-WARKAN. SAYA TERINGIN MENGIKUTINYA. TERIMAKASIH.

  52. Shazlina,
    JU = Jurulatih Utama

    Noriza,
    Waalaikumussalam, insyaAllah jika dirasakan sesuai untuk diwar-warkan.

  53. kepada Patrick Tan,
    saya hr tu cuma tanya sama ada cg.zamri tahu bila kursus akan diadakan sbb sya khuatir kalau buat dlm masa cuti bulan 6 ni saya balik kampung di semananjung dan saya memang teringin menghadiri sdr kursus tu.
    Jwp cg. zamri cuma kata mungkin bulan 6 atau 7.tdk sebut buat dlm masa cuti bulan 6 atau slp cuti…

  54. Salam

    Cikgu…
    berdasarkan pandangan cikgu, mungkin lebih mudah menggunakan excel. Bagaimana penggunaan dimaksudkan? adakah pelajar membuat kerja secara manual seperti post ke lejar hingga kkk termasuk mengira secara menual dan kemudian ditaip dalam excel?

    Mungkin untuk menjumlahkan ruang debit dan kredit boleh disetkan namun bagaimana dengan pengeposan ke lejar hingga ke kkk, rasanya tidak dapat dilakukan sebagaimana fungsi perisian perakaunan sedia ada.

    Pertanyaan ini untuk memastikan tahap penggunaan excel yang perlu dilibatkan kepada pelajar.

  55. Salam,
    Pada pandangan saya, penilaian berasaskan sekolah iaitu Kertas 3 – Tugasan projek dilaksanakan adalah bagi memastikan setiap pelajar betul2 memahami dan menguasai kemahiran2 asas perakaunan dalam menyediakan set lengkap akaun sesebuah perniagaan. Bermula dengan pembentukan sebuah perniagaan, perancangan urus niaga, penyediaan dokumen2, mencatat dalam Buku Catatan Pertama …. seterusnya menyediakan Penyata Kewangan serta sedikit rumusan berkaitan kedudukan kewangan perniagaan. Setiap kemahiran2 tersebut pelajar perlu kuasai sebaik mungkin dan perlu diberikan keutamaan.

    Manakala penggunaan ICT hanyalah satu elemen daripada beberapa eleman yang diuji. Memandangkan kekangan masa (8 minggu) dan kemudahan ICT di sekolah, pada pandangan saya adalah lebih baik disediakan secara tugasan tersebut manual sepenuhnya terlebih dahulu, apabila pelajar betul2 faham dan kuasai kemahiran2 tersebut serta berpuas hati dengan hasil tugasan yang dihasilkan, maka baru disediakan laporan secara bertaip komputer. Tujuan utama disini adalah mendedahkan pelajar kepada penggunaan komputer, sama ada mnggunakan Ms Excel ataupun Ms Word yang asas sudah memadai.

    Saya juga berpendapat, jika pelajar terus diajar menggunakan perisian perakaunan bagi menyiapkan tugasan tersebut, hasilnya memang baik dan lengkap. Tetapi kemahiran asas perakaunan seperti pos ke lejar, imbang dan tutup akaun, penyediaan Imbanga Duga, serta penyediaan Penyata Kewangan pelajar tidak dapat dipastikan. Ini kerana jika menggunakan perisian perakaunan, semua perkara/kemahiran2 tersebut akan dijana secara automatik, pelajar hanya masukkan catatan urus niaga sahaja.

    Ok, itu saja pandangan peribadi saya berkaitan perkara tersebut.

  56. salam cikgu.. saya nak bertanya, adakah pendedahan format terbaru ini disebarkan kepada guru-guru akaun sekolah swasta? dan Bolehkah sekiranya kami guru-guru sekolah swasta ingin menyertai mana-mana kursus membincangkan format terbaru akaun ini yang dianjurkan oleh pihak JPN?…

  57. Salam,
    Saya tidak pasti tentang sekolah swasta, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian JPN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  58. Terima kasih cikgu.

  59. cg, saya kini dlm ting. 4 dan mengambil prinsip perakaunan. cg saya suruh menulis surat untuk JPN supaya diberi kebenaran untuk menduduki peperiksaan dan kerja kursus.
    perlukah saya menulis surat? bagaimana? tolong beri cadangan cg….

    Terima kasih

  60. Maaf Fadzlee, Cg tak faham apa masalah yang dihadapi sehinggakan perlu memohon kebenaran pihak JPN.

  61. Salam.

    Cikgu …
    Saya ada pertanyaan tentang penilaian stok akhir. Untuk menilai stok akhir, jika saya menggunakan kad stok, di dalam kad stok ada ruangan mencatat barang masuk [melalui belian tunai/kredit] dan barang keluar [melalui jualan tunai/kredit]

    Soalan saya bagaimana hendak membuat kad stok jika perniagaan yang dijalankan merupakan perniagaan memproses barang yang dijual. Cth perniagaan kedai kek. Peniaga akan membeli bahan mentah seperti tepung, gula, marjerin dan sebagainya sedangkan stok keluar dalam bentuk kek [yang diproses dari bahan2 tadi].

    Pertanyaan saya lebih kepada bagaimana membuat / mencatat kad stok itu. Adakah boleh menganggap sahaja peniaga membeli kek siap dan menjual sahaja kek tersebut untuk memudahkan catatan kad stok? adakah logik turut diambil kira dalam penilaian markah? kerana kebiasaannya kedai kek akan membuat kek sendiri sebelum dijual.

    Harap cikgu faham soalan saya. Terima kasih. Saya terbuka untuk melanjutkan perbincangan jika cikgu perlukan lebih penjelasan tentang pertanyaan ini. 🙂

  62. Terdapat beberapa format Kad Stok dan penggunaanya juga bergantung kepada jenis perniagaan seperti:
    1. Beli – Jual barang siap, – PERNIAGAAN
    2. Beli bahan mentah – jual barang siap – PENGELUARAN

    Satu Kad Stok khas untuk satu item tersebut sahaja, contohnya Kad Stok bagi TEPUNG akan digunakan untuk merekod Tepung yang dibeli, Tepung digunakan dan Baki Tepung yang tinggal. Begitu juga dengan bahan mentah yang lain seperti Gula, Marjerin. Bagi kedai Pembuat Kek (skala kecil) Kek yang disiapkan bukan dalam kuantiti yang banyak kerana sifatnya yang tidak tahan lama. Biasanya tidak disediakan Kad Stok bagi Kek2 tersebut, hanya disediakan untuk bahan2 mentah sahaja bagi tujuan penilaian STOK AKHIR nanti.

    Tetapi bagi perniagaan kek yang berskala besar, di mana terdapat pelbagai jenis kek dalam kuantiti yang banyak dan dipasarkan secara meluas di pasaraya atau di kedai2. Maka Kad Stok bagi setiap Jenis Kek digunakan.

    Dalam penilaian kerja kursus pelajar semua kriteria akan diambilkira dalam pemberian markah. Bagi memudahkan pelajar memahami konsep atau penggunaan kad Stok, adalah disarankan pilih perniagaan yang beli dan jual barang siap, seperti Kedai jual perabot, kedai komputer, kedai runcit dsb…. yang tidak melibatkan proses pengeluaran, di mana boleh dikelaskan sebagai PERKILANGAN/PENGELUARAN.

    Pendedahan terhadap kaedah penilaian inventori LIFO dan FIFO boleh diterangkan melalaui Kad Stok tersebut.

  63. Terima kasih 🙂

  64. Assalamualaikum,

    Ada sesiapa di kalangan guru yang sudah memulakan tugasan 1 T4? Selain dari EXCEL, apa tak cadangan perisian sesuai (yang percuma) yang boleh kita gunakan.

    Ada plan nak seragamkan perisian seluruh negara?

  65. nak tanya, kerja kursus t4 sudah mulake? ada tak info apa2 mengenai kursus di sabah? boleh tak mana2 ckg di sabah kongsi maklumat di sini? tq

  66. Kerja kursus akan bermula bulan Ogos – September. Tentang kursus di Sabah, saya tidak pasti telah dijalankan ataupun belum.

  67. Saya ada terima surat panggilan mesyuarat format(?!) pada 5-7 Julai ini di Kota Kinabalu. Tak taulah sama ada ia berkaitan dengan kerja kursus atau benda lain.

  68. yake? setakat ini saya tiada terima apa2 surat dan maklumlah di pedalaman entah sampai lambat. harap dapat awal supaya tidak ketinggalan jika ia berkaitan dengan kursus. mana2 ckg di Sandakan kalau dpt surat sila maklumkan di sini ya. harap guru lain dapat membantu.

  69. Sifu2b,
    Terima kasih atas makluman tersebut. Kemungkinan besar mesyuarat tersebut berkaitan dengan pendedahan format pentaksiran baru termasuklah kertas 3 : Tugasan Projek. Dan maklumat yang akan disampaikan pada hari tersebut merupakan maklumat yang terkini berhubung dengan perlaksanaan kerja kursus tingkatan 4, diharapkan ianya dapat disebarkan untuk dikongsikan bersama di sini.

  70. norawi bin seman

    Setakat ni saya pun masih belum terima apa2 surat mengenai kursus di kk kiinabalu tu. or adakah cuma skolah2 terpilih je yg terlibat? tapi kwasan saya di pitas ni pn blum ada apa2 maklumat. Sifu 2b, surat tu tarikh bila?

  71. Untuk guru2 di Sarawak, surat dah diterima,. Taklimat pada 12 – 14 Julai di Harbour View Hotel Kucing…Problemnya tiket tak tau lagi…. bukan dekat dr Miri ni….

  72. Cik Puan Norawi,
    Surat tu bertarikh 15 Jun 2010. Header surat – Lembaga Pepeiksaan.

    Tajuk surat : TUGAS RASMI BERKAITAN PEPERIKSAAN : MESYUARAT PENATARAN FORMAT.

    Lokasi : Tang Dynasty

    Yang uniknya, ada 8 sesi mesyuarat sepanjang 3 hari. Tak pula dipanggil kursus.

  73. Saya huzairi dr penerbitan Infodidik Sdn. Bhd. jika ada guru berminat menulis subjek akaun, perdagangan, ekon sila e-mel saya di ezreenico@yahoo.com. Terima kasih

  74. ya, saya setuju tentang jenis kedai runcit yang dipilih nanti tdk smstinya kedai runcit biasa tetapi ialah kedai yang menjual barang keperluan harian termasuklah pakaian, kasut, alatan elektrik, n perabot. kalau difahamkan sebagai kedai runcit yg jual gula, tepung, susu dll susah bdk2 nk buat kerja kursus tu. kedai kek juga tdk sesuai sbb spt kt cg sdh masuk dlm kategori pengeluaran. saya prnh tanya pelajar saya yg pilih kedai kek, apa jenis barang niaga yg awak nk beli? pelajar tu jwb tepung, cream, vanilla, strawberry. kalau mcm ni teruk nk sediakan kad stok n masalahnya ialah brp nk letak harga brg2 kecil ni? kena beli dlm jumlah besar jika tdk , untung akan jadi kecil sbb semua item2 kecil ni kosnya rendah. silap hb untung bersih kurang RM100.

  75. Terima kasih atas pandangan tersebut.

  76. kami di petaling utama sdh menghadiri kursus sehari sahaja tntg kerja kursus ini. JU beritahu pelajar boleh guna dokumen yg boleh dibeli di kedai. slip wang masuk juga boleh ambil dr bank. masalahnya ialah dalam dokumen tersebut susah nk ditulis nama peniaga kerana ruang terhad atau tiada. kebyaknnya hanya ada ruangan utk tulis nama pembeli sahaja. saya nk tanya cg ada idea nk tuliskan nama dan alamat peniaga yg keluarkan dokumen trsebut. doc yg tiada dijual di kedai pelajar diminta reka guna komp. laporan spt BCP, lejar,ID dan Penyata kewangan semua diminta guna komp.pd pendapat saya, gunakan dokumen sebenar mmg tepat , mereka dlm komp baik juga tetapi ada masalah tntg kekurangan komp sek. bagaimana pendapat cg. tq

  77. Pada pandangan saya , dokumen yang ada dijual di pasaran tidak sesuai untuk pembelajaran kerana item2 yang terdapat dalam dokumen tersebut tidak lengkap dan tidak sesuai digunakan. Adalah lebih baik pelajar bina sendiri dokumen2 tersebut berdasarkan contoh2 yang terdapat dalam buku teks samada secara manual ataupun berkomputer.

  78. wong ( stpm)

    selamat petang cikgu.
    saya ada soalan nak minta tunjuk ajar daripada cikgu..

    1) anak murid memberitahu saya, cikgu dia yang menyertai khusus,memberitahu, tiada perubahan dalam sukatan, seperti, diskaun diberi dan diskaun diterima masih anggap sebagai belanja dan hasil dalam akaun untung rugi dan bukan dalam akaun perdagangan yang tolak daripada belian ataupun jualan..

    2) Cikgu dia juga memberitahu murid yang jurusan sains tidak dibenarkan menduduki Prinsip akaun dalam SPM…
    adakah semua ini benar ah?
    kerana murid dari science juga risau…
    terima kasih …..

  79. selamat petang,

    1) Dalam menerangkan konsep AKAUN KONTRA yang berkaitan dengan DISKAUN DIBERI dan DISKAUN DITERIMA, maka format seperti mana dalam Bahan Sumber yang diedarkan sesuai digunakan. Pada pandangan saya, kita kena dedahkan kepada pelajar tentang wujudnya dua format tersebut, kerana masa Matrikulasi nanti format tersebut akan digunakan. Tentang format mana perlu digunakan bagi menyediakan penyata kewangan bagi tahun ini masih belum jelas, sehinggalah BUKU TEKS baru dikeluarkan. Bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan pelajar, kebanyakkan cikgu meneruskan dengan format yang digunakan sebelum ini.

    2) Pada pandangan saya, maklumat tersebut tidak benar. Cuma masalah mungkin timbul jika sekolah tersebut tidak menawarkan subjek prinsip perakaunan kepada kelas sains, tetapi pelajar mengambilnya secara persendirian (belajar sendiri). Maka akan wujudnya masalah dalam penyediaan TUGASAN PROJEK (Kertas 3) dan pentaksiran tugasan tersebut.

  80. Hi, cg
    Tentang tugasan 3 (Projek), guru sekolah mengatakan hanya sekolah terpilih sahaja yang perlu mengendalikan tugasan tersebut. Adakah pernyataan ini benar? Bagaimana 20% diperuntukkan sekiranya pelajar tidak perlu membuat tugasan tersebut?
    Terima kasih cg.

  81. SEMUA calon SPM2011 mesti menyiapkan tugasan tersebut, jika tidak calon tersebut dianggap TIDAK HADIR / GAGAL walaupun kertas 1 dan kertas 2 mereka mendapat keputusan cemerlang.
    Pengecualian hanya diberikan kepada calon2 tertentu sahaja selepas mendapat kelulusan daripada pihak LPM, seperti calon OKU.

  82. cikgu, saya nak tanya cikgu ada contoh kerja krusus prinsip perakaun tingkata 4 tahun 2010? saya juga nak tanya nak bagaimana nak buat kerja krusus ini ?

  83. Maaf, tiada contoh kerja kursus, yang ada hanya contoh soalan sahaja. Arahan Tugasan dan Soalan tersebut akan dikeluarkan oleh LPM selewat2nya pada akhir Julai nanti.

  84. Cikgu,
    Firstly, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian cikgu dalam menyediakan maklumat yang berguna untuk pelajar-pelajar serta guru-guru.
    Soalan saya:-
    1) Adakah soalan dokumen tidak lagi menjadi soalan wajib SPM seperti sebelum ini (Soalan 1 Kertas 2) dan ianya hanya diuji melalui kerja kursus?
    2) Adakah Akaun Kawalan termasuk dalam syllabus Tingkatan 4 untuk Ting 4 tahun 2010?
    Terima Kasih

  85. 1. Ya.
    2. Akaun Kawalan dan Pembetulan Kesilapan telah dimasukkan dalam sukatan tingkatan 4.

  86. salam..
    cg, mcm mane nk buat assignment account bg ting.4?

  87. Salam, Tunggu Arahan Tugasan yang akan dikeluarkan pada akhir Julai nanti. Bagi tujuan penyelarasan, sila dapatkan maklumat daripada Ketua Pentaksir Kawasan masing2.

  88. Adakah pasti yang murid-murid tingkatan 4 tahun ini diwajibkan menyediakan kerja kursus prinsip perakaunan.?
    Terima kasih

  89. Ya, wajib disediakan.

    Kertas 1 – 20%
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 (Ting 4 + Ting 5) – 20%

  90. cikgu, soalan kerja kursus dah keluar ke?

  91. Sehingga hari ini , masih belum dikeluarkan lagi. Sila rujuk laman rasmi Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.

    https://apps2.moe.gov.my/lpm/

  92. Hi, cg
    Adakah pelajar tidak dibenarkan daripada mengambil Prinsip Perakaunan sebagai subjek tambahan? Sebab cg di sekolah menghalang pelajar mengambil subjek ini dengan alasan tiada cg yang akan menyemak dan mendengar pembentangan tugasan…

  93. Jika pelajar tidak ada markah untuk kerja kursus, maka pelajar tersebut dianggap tidak menduduki peperiksaan KERTAS 3, maka akan dianggap GAGAL, walaupun kertas 1 dan kertas 2 dapat markah penuh.

  94. cikgu narzuki, bagaimana nak sediakan soalan akhir tahun f4 berdasarkan format baru? bahagian A 3, B 3 tapi perlu pendek2 ke soalannya? boleh emelkan saya contoh soalan yang cikgu dah buat?

  95. Solan tersebut telah dipindahkan ke BICARA GURU. Sila rujuk komen saya DISINI (klik)

  96. ckg saya nk thu tentang kerja kursus untuk tahun depan…
    coz saya nk prepair awal2..
    boleh ke??

  97. Format Kerja Kursus untuk Tingkatan 5 ataupun Item Contoh tahun hadapan telahpun dikeluarkan oleh LPM. Sila rujuk Buku Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011 (klik).

  98. cikgu tempoh sebenar kerja kursus lama mana…?
    dan bolehkah dimulakan awal dr tarikh sebenar…???

  99. Tempoh Kerja Kursus
    1. Tingkatan 4 : Ogos – September
    2. Tingkatan 5 : April – Mei

    Soalan Tugasan hanya dikeluarkan pada awal tempoh tersebut, jadi macam mana nak sediakan awal kerja krusus tersebut. Lagipun soalan/arahan tugasan pada setiap tahun adalah berbeza.

  100. cikgu boleh tahu tak?markah projek ini 20% dan markah ini akan dapat kalau buat projek ini ke atau akan kurang kalau tidak cukup maklumat?

  101. Assalamualaikum cikgu

    betul ke format baru nie lebih ketat permarkahannya?

  102. Waalaikumussalam,

    Pada pandangan saya, tidaklah terlalu ketat dan tidaklah terlalu longgar, berada pada paras sederhana.

  103. assalamualaikum ckg…ni sy nk tny…soalan untk kerja kusus tingkatan 5 2011 tahun ni adakah soalan nya mungkin serupa dgn soalan last year?…

  104. Afidah, waalaikumussalam.
    Contoh soalan Tugasan untuk Tingkatan 5 sudah dikeluarkan oleh LPM, sila ke SINI (klik) untuk muat turun.

  105. cikgu..saya dah klik di link yg ckg bg td,tp sy x dpt download sbb sy bkn ahli…ada x cr lain slain dr harus menjdi ahli tu?..bg jawapan as soon as possible ye cikgu…

  106. Cuba cari di GOOGLE kot2 ada.

  107. huhu..xda…sy paksa la jd ahli kn?

  108. Cuba cari di laman Lembaga Peperiksaan.

  109. salam cikgu..markah untuk kerja kursus tingkatan 4 2010 kena submit bila kat LPM?tiada maklumat yang spesifik tentang penghantaran markah..

  110. maaf cikgu…kalau tidak keberatan’boleh tak cikgu bagi prosedur tentang penghantaran markah kerja kursus ni?

  111. Setahu saya, selepas dijumlahkan kedua2 tungasan ting4 dan ting5, kemudian baru serahkan kepada S/U Peperiksaan Sekolah untuk dihantarkan ke LPM secara online bersama2 markah kerja kursus yang lain. Maklumat lanjut mungkin akan disampaikan oleh LPM dalam siri Taklimat Penataran Kerja Kursus Ting5 2011 pada bulan Februari / Mac nanti.

  112. cikgu.. send soalan tu dekat email sy

  113. kerja kursus form 5 thn nim ngan form 4 thn lps same x???

  114. salam…. blh x beritahu ttg maklumat trperinci mngenai kerja kursus thun nie? blainan kan dr thun lps?

  115. ade ke contoh kerja khusus??????

  116. salam… cikgu..mcm mna nk buat pelarasan? yg susut nilai terkumpul tu disusutnilai selama sebulan ka setahun?

  117. assalamualaikum…ckgu…npe blh ade prubhan ni…bnyk plak 2???mse dh nk abis da…smpat ag ke???

  118. Salam. Sy nak tanya mengenai format soalan kertas 2. Soalan no. 2 dan 3 adakah akan menguji mengenai penyediaan penyata kewangan sehingga kunci kira2 (memandangkan markahnya 25). Manakala soalan bhg B adalah tajuk-tajuk yg lain. Mohon jwp cg krn tak berapa jelas ttg format soalan kertas 2.

  119. Cgrhana,
    Pada pandangan saya, tiada sebarang penetapan soalan 2 dan 3 melibatkan penyediaan penyata kewangan hingga KKK. Cuma ada kemungkinan soalan tersebut seperti Topik Penyata Kewangan : Milikan Tunggal, Perkongsian, Kelab dan Persatuan, RTL…. memandangkan peruntukannya 25 markah. Walau bagaimanapun topik2 yang lain boleh juga dijadikan soalan 2 dan 3.


  120. ayu:

    assalamualaikum…ckgu…npe blh ade prubhan ni…bnyk plak 2???mse dh nk abis da…smpat ag ke???

  121. projek akaun form5 ini mmg susah cikgu.. ada satu pertanyaan… adakah markah ini akan ditambah sekali dgn exam…

  122. cikgu …bgi bha contoh cara bwat kerja kursus nie …
    ssah la cikgu mau bwat nie ..contoh yang macam ting 4 cikgu ..bole kan cikgu

  123. huhuhu…nk tanye sikit..kalo private spm candidate nk hantar tugasan ni kt mane ? tmbahan pulak saya tak di beri tahu tarikh tutup menghantar tugasan ini pada bulan mei..boleh buat rayuan tak ? huhuhu

  124. em , macam nie yee ? terima kasih untuk info yee 😀

  125. ada contoh kerja kursus akaun tingkatan 4 2012….tolong emelkan saya…tq

  126. cikgu,siape yg buat soalan akaun spm nie,
    “LCCI” ke?

  127. Yoko,

    Setahu Cg, soalan disediakan oleh panel penggubal yang dilantik oleh LPM, kemudian disemak oleh pihak LCCI untuk melayakkan Sijil SPM mendapat pengiktirafan dari LCCI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.