KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2012

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Cg Narzuki Online meneruskan usaha mengumpulkan soalan-soalan percubaan setiap negeri bagi tahun 2012. Kejayaan pada tahun lepas menyediakan KOLEKSI TRIAL amat memberangsangkan, Cg Narzuki Online ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan2 guru yang telah sudi bekerjasama menyumbangkan soalan percubaan masing2 untuk dikongsikan bersama. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun ini dan tahun2 seterusnya.

Set soalan yang hendak disumbangkan boleh dihantar melalui :

1. Email : narzuki@gmail.com

2. Kemudahan UPLOAD BAHAN di bawah : (Bahan Prinsip Perakaunan sahaja)



~ MUAT TURUN (AHLI SAHAJA) ~
Koleksi Trial Prinsip Perakaunan SPM 2012 

http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: SBP Trial Akaun SPM 2012 (B)
added: 04/09/2012
description:
clicks: 1706
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Times Akaun SPM 2012 (2.13MB)
added: 27/08/2012
description: Set Soalan Ulangkaji SPM 2012 [www.afterschool.my]
clicks: 1277
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Kedah Trial Akaun SPM 2012 (3.15MB)
added: 04/09/2012
description:
clicks: 1920
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Perlis Trial Akaun SPM 2012 (231.64KB)
added: 06/09/2012
description:
clicks: 1538
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Melaka Trial Akaun 2012 (723.40KB)
added: 07/09/2012
description:
clicks: 1635
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Kelantan Trial Akaun SPM 2012 (527.12KB)
added: 14/09/2012
description:
clicks: 1568
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Pahang Trial Akaun SPM 2012 (5.96MB)
added: 14/09/2012
description:
clicks: 1416
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Perak Trial Akaun SPM 2012 (3.64MB)
added: 14/09/2012
description:
clicks: 1365
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: WP Trial Akaun SPM 2012 (6.57MB)
added: 15/09/2012
description:
clicks: 1479
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Johor Kluang Trial Akaun SPM 2012 (481.78KB)
added: 17/09/2012
description:
clicks: 957
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Johor Batu Pahat Trial Akaun SPM 2012 (681.98KB)
added: 17/09/2012
description:
clicks: 945
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Johor Pasir Gudang Trial Akaun SPM 2012 (909.42KB)
added: 17/09/2012
description:
clicks: 892
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Johor Bahru Trial Akaun SPM 2012 (299.92KB)
added: 18/09/2012
description:
clicks: 1031
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Johor Pontian Trial Akaun SPM 2012 (1.13MB)
added: 19/09/2012
description:
clicks: 801
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Penang Trial Akaun SPM 2012 (655.51KB)
added: 22/09/2012
description:
clicks: 1157
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Negeri 9 Trial Akaun SPM 2012 (399.28KB)
added: 22/09/2012
description:
clicks: 1188
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: MRSM Trial Akaun SPM 2012 (8.86MB)
added: 24/09/2012
description:
clicks: 1626
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Selangor Trial Akaun SPM 2012 (4.92MB)
added: 25/09/2012
description:
clicks: 1301
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Johor Muar Trial Akaun SPM 2012 (774.02KB)
added: 27/09/2012
description:
clicks: 765
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Terengganu Trial Akaun SPM 2012 - Pembetulan (448.27KB)
added: 09/10/2012
description:
clicks: 857

Koleksi Trial Perakaunan Perniagaan SPM 2012

http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Koleksi Trial Perakaunan Perniagaan SPM 2012 (1.45MB)
added: 26/09/2012
description:
clicks: 1036
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif download: Trial Perakaunan Perniagaan SPM 2012 - SMT Kajang (1.04MB)
added: 10/10/2012
description:
clicks: 111

Posted on August 16, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 154 Comments.

  1. utk mrsm, kertas 1 dan kertas 2 19/9/2012

  2. Yan,

    Terima kasih diucapkan.

  3. utk kedah, kertas 2 3/9/2012 dan kertas 1 4/9/2012

  4. salam lebaran..untuk johor kertas 1 dan 2 pada 14/9/2012

  5. Atieharun & Sheila,

    Salam lembaran dan Terima kasih.

  6. Trial melaka K1 & K2 – 7.9.2012

  7. negeri sembilan percubaan p.akaun 21 sept 2012

  8. KL trial K1 & K2 baru abis semalam 28/8/2012

  9. Cikgumyra & Cg Azilah,

    Terima kasih… diharapkan cikgu sudi sumbang set soalan negeri masing2 untuk dikumpulkan dan dikongsikan bersama rakan2 guru yang lain.

  10. Pahang K1 11 Sept dan K2 12 Sept.

  11. pulau pinang 18/9

  12. Ok terima kasih… Diharapkan cikgu dapat sumbangkan set soalan tersebut untuk dikumpul dan dikongsikan bersama rakan2 guru yang lain.

  13. salam..cgu, nk tnya..tentang skema jawapan sbp..
    soalan no 4.. dalam penyata pengeluaran, mmg kena masukkan faedah atas pinjaman dan angkutan keluar? bkn masuk dlm penyata pendapatan? terima kasih..

  14. Yan,

    Kedua2 perkara tersebut TIDAK PERLU dimasukkan dalam Penyata Pengeluaran kerana ianya tidak melibatkan perbelanjaan untuk kilang.

  15. jawapan trial spm untuk SBP tidak boleh dibaca atau fail sdh corrupted…mcm mana yer sy hendak jaw sbg rujukan

  16. Farhana,

    Cuba download sekali lagi…kemungkinan proses download tidak sempurna, menyebabkan fail tersebut tidak dapat dibaca.

  17. Untuk Sarawak kami tiada peperiksaan bersama. InsyaAllah saya akan sumbangkan soalan exam sekolah saya

  18. Cg Hamidon,

    Ok terima kasih, sumbangan tersebut dialu-alukan sebagai mewakili negeri Sarawak.

  19. Assalamualaikum cg. Narzuki
    boleh tak cikgu tolong semak jawapan percubaan negeri Kedah ( soalan 1d ii- jumlah perlu dibayar jika dapat diskaun tunai

    jawapan pada skema RM5488… tapi saya rasa RM5292

    Soalan: Harga senarai RM6000, Disk Niaga 10%, Disk Tunai 2%… Terima Kasih

  20. Ana, waalaikumussalam.

    YA saya setuju. .. jawapan sepatutnya ialah RM5400 – (5400 x 2%) = RM5 292.

  21. Cikgu,
    Soalan kertas 1 Perlis dirujuk, Soalan 9 skema B, tetapi apa yang saya dapat ialah C. Soalan 13 skema D, tetapi saya rasa B. Soalan 24 mungkinkah pinjaman juga timbul dalam akaun realisasi bila kita guna kaedah pindah ke realisasi sebelum bayaran pinjaman atau pun Bank memberi kita diskaun atau potongan bayaran bila kita sudah tak mampu bayar bank dan maka pinjaman (diskaun diterima) ini akan terdapat dalam akaun realisasi. Apa pendapat Cikgu? Terima Kasih

  22. Cg Nizam,

    Pada pandangan saya:
    1. No. 9 = C ……. bukannya B seperti skema.
    2. No. 13 = D ….. seperti skema…… PHR tidak terlibat dengan Ak Kawalan Pnghutang
    3. No. 24 = C …. daripada pilihan yang diberikan jawapan paling tepat Pinjaman .. SKOP soalan adalah berdasarkan Buku Teks

  23. Assalamualikum. maaf nak tanya cg, soalan trial negeri kelantan belum upload.

  24. Cg Maznitah, waalaikumussalam.

    Sekarang ini, saya sedang berusaha untuk dapatkan set soalan Trial PAHANG, PERAK, JOHOR kemudian akan dimuat-naik bersama dengan set soalan KELANTAN.

  25. Salam cg narzuki,
    Merujuk soalan no.2 Trial Kelantan 2012, saya ingin tahu bagaimana pengiraan faedah atas pinjaman 10% jika pinjaman 10% (matang pada mei 2013) dengan tarikh imbangan pada 30 Jun 2012, Imbangan duga menunjukkan butiran faedah atas pinjaman RM1800? Adakah pengiraan faedah 10% itu dari mei 2011 hingga jun 2012 iaitu 13 bulan? TQ cikgu

  26. Msubri68,

    Kedua-dua pinjaman tersebut GENAP SETAHUN tempoh perakaunan (1 Julai 2011 – 30 Jun 2012),
    maka FAEDAH ATAS PINAJAMAN 10% = 10% x RM20000 = RM2000. Manakala dalam ID menunjukkan bayaran sebanyak RM1800 telah dibuat, maka wujud FEADAH ATAS PINAJAMAN 10% TERAKRU sebanyak RM200.

    TARIKH MATANG Mei 2013 digunakan bagi menentukan ianya dikelaskan sebagai LS / LBS…. memandangkan 30 Jun 2012 – Mei 2013KURANG SETAHUN… maka PINJAMAN 10% dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.

  27. Cikgu,
    Merujuk kepada soalan 6 negeri perlis, mengapa belanja am tidak dimasukkan dalam kos overhed sedangkan soalan tidak nyatakan belanja am itu ialah belanja am kilang atau belanja am pejabat?

  28. Cg Fatimah,

    Pada pandangan saya, sepatutnya BELANJA AM tersebut perlu dinyatakan samada untuk KILANG atau PEJABAT… ataupun diagihkan mengikut nisbah tertentu.

    Cadangan saya, sebelum soalan tersebut diedarkan kepada pelajar buat pembetulan pada soalan BELANJA AM kepada BELANJA AM PEJABAT. .. supaya skema yang disediakan boleh diterima pakai.

  29. Soalan K1 WP
    No 13, Jwpn A @ B?

  30. Soriana,

    Jawapannya A : RM1700 (DEBIT)…….. Baki sesuatu akaun adalah merujuk kepada BAKI B/B….. bukannya BAKI H/B.

  31. salam..dah try download bahan trial 2012 tapi bila nak buka tgk tak dapat.

  32. salam..saya dah download bahan trial 2012 tapi tak boleh buka plak..kenapa ya?

  33. Cikgu Irah,

    Pastikan proses download….. sempurna, jika ada masalah, cuba download sekali lagi…..
    Fail tersebut dalam format ZIP…… cikgu kena UNZIP terlebih dahulu dengan program WinZip atau seumpamanya. … cuba dapatkan khidmat guru ICT dalam hal tersebut… minta beliau installkan, sekiranya belum ada.

  34. cg narzuki,
    soalan percubaan johor – KLUANG
    no.2
    1)PINJAMAN BANK merujuk kepada LIABILITI SEMASA , mengapa bukan LBS ?( 1 Jan 2008 – 1 Jan 2013)
    2) F.A. Pinjaman dikira sebagai RM 1080 .,tapi (1 Jan 2012 – 30 Sep 2012) bukan 9 bulan sahaja ,iaitu 810 .
    apa masalahnya

  35. Buffett,

    1) PINJAMAN BANK …. matang/tamat pada 1 JANUARI 2013

    KKK disediakan pada 30 SEPTEMBER 2012... maka pada tarikh INI apakah kedudukan PINJAMAN BANK tersebut ?
    …………………… 30 September 2012 hingga 1 Januari 2013 = 3 BULAN, maka pada 30 September 2012 .. kedudukan Pinjaman Bank dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.

    2) Perkara pertama yang perlu diberikan perhatian ialah TEMPOH PERAKAUNAN iaitu 1 OKTOBER 2011 – 30 SEPTEMBER 2012.
    … Adakah pinjaman tersebut CUKUP SETAHUN….. berdasarkan TEMPOH PERAKAUNAN diatas… ?
    ………… jawapannya YA, maka FAEDAH ATAS PINJAMAN = 9% x RM12000 = RM1080.

  36. Salam, ada sesiapa boleh share soalan perakaunan perniagaan?soalan ini utk pelajar sekolah teknik..terima kasih

  37. cikgu NARZUKI,
    Faedah pinjaman8%
    – (i) pinjaman bermula pada 1 Oktober 2008
    Sediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira pada 31 April 2009.

    — Maka , Faedah atas pinjaman ialah kali 8% X 7/12 .
    ———– Pinjaman tersebut dikelaskan sebahgai ?

  38. Buffett,

    Faedah atas pinjaman = 8% x 7/12 x JUMLAH PINJAMAN ……………………………. cuba kenal pasti wujud faedah pinjaman terakru atau tidak.

    Manakala PINJAMAN 8% perlu rujuk kepada TARIKH TAMAT / MATANG .. bagi menentukan perlu dikelaskan sebagai LS atau LBS.

  39. soalan koleksi mrsm hanya k2 saja…. k1 adakah????

  40. Widayati,

    Ada set lengkap…. K1, K2 dan Jawapan ………..Cuba muat turun sekali lagi .. jika ada masalah.

  41. makanya kalau soalan tidak nyata tempoh matang, pinjaman tersebut dikelaskan sebagai LBS . Ya ?
    adakah teknik special bagi menentukkan LS &LBS ?

  42. Buffett,

    PINJAMAN .. secara asasnya dikelaskan sebagai LBS, sehinggalah dinyatakan bahawa TEMPOH MATANG / TARIKH TAMAT menunjukkan pada tarikh KKK disediakan tinggal KURANG 1 TAHUN … barulah dikelaskan sebagai LS.

  43. Assalamualaikum cg.Narzuki,

    Soalan Pahang No.6, maklumat pembubaran (iv), saya rasa pemiutang telah jelaskan hutang RM18050 bukan RM8050.
    Menurut cikgu Narzuki?
    Terima kasih :-)

  44. Nag, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, memang ada sedikit kesilapan menaip dalam soalan dan juga skema jawapan.
    Soalan (iv) ……. RM8 200 diperbetulkan sebagai RM18 200
    Skema jawapan : Ak Realisasi … Premis RM75 000 —-> RM73 000 dan Penghutang RM6 440 —-> RM8 440.

  45. Terima kasih sangat2 cikgu narzuki atas perkongsian soalan PP..:-)

  46. Zaid Sabri,

    Sekiranya rakan2 guru PERAKAUNAN PERNIAGAAN SPM sanggup bekerjasama dengan saya untuk mengumpulkan solan2 trial 1 Malaysia…. hasilnya amat memberansangkan seperti mana KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011 & 2012.

  47. cikgu NARZUKI,
    soalan Johor – PASIR GUDANG no 2
    mengelaskan Pinjaman 8% sebagai LBS tapi bukan
    31 Julai 2012 – 1 Jan 2013 (hanya 6 bulan ) menurut pengiraan dikelaskan LS .tapi sekma kelaskan LBS .
    pelik~

  48. Buffett,

    YA, saya setuju sepatutnya ianya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA kerana tempoh matangnya KURANG 1 TAHUN.

  49. how to register so I can download the paper?

  50. G-Fly,

    Hanya isikan alamat EMAIL di bahagian PENDAFTARAN AHLI 2012 disebelah kanan —->
    Maklumat pendaftaran akan dihantar ke email tersebut.

  51. I have filled the email address, but I don’t receive any mail or information yet~

  52. G Fly,

    Cuba tengok di folder SPAM .. dalam email…. kemungkinan masuk disitu.

  53. Assalamualaikum,
    cg.Narzuki, soalan 3 (f) Johor Bahru.

    Soalan minta Dana terkumpul 30 Jun 2012, tapi jawapan di beri utk Dana Terkumpul 1 Julai 2011.

    Betulkah jawapan RM56165?
    Pandangan cg. Narzuki?
    Terima Kasih

  54. Nag, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, Memang berlaku kesilapan menaip disitu …. memandangkan peruntukan markah hanya 3 MARKAH, maka dalam soalan sepatutnya sediakan Penyata Dana Terkumpul pada 1 Julai 2011… seperti mana dalam skema jawapan.

  55. salam cikgu, mcm mana nak dptkan sto akhir dkat imbangan duga tu?harap cikgu dpt balas dgn kadar yg segera

  56. Adlina,

    Dalam ID hanya ada STOK AWAL sahaja…. nilai STOK AKHIR diperolehi daripada JUMLAH NILAI BAKI AKHIR setiap barang niaga daripada KAD STOK.

  57. salam cikgu,
    soalan percubaan sbp kertas 2
    no 2,maklumat tambahan no vi..
    Polisi susut nilai :
    ? Kenderaan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
    ? Lengkapan pada kos termasuk lengkapan yang baru dibeli pada 30 Jun 2012 bernilai RM 7 400. Lengkapan disusut nilai 10% setahun atas kos
    blh ckgu terangkan yg lengkapan tu..sy xfaham kenapa lengkapan (kos) kena TOLAK lengkapan baru,kemudian baru darab 10% sthn..bkn ke kena TAMBAH lengkapan baru..

  58. Amirah,

    LENGKAPAN pada 31 Jun 2012 = RM20,000 …..iaitu jumlah Lengkapan LAMA + BARU

    Lengkapan BARU dibeli pada 30 Jun 2012, maka TIADA susut nilai untuk Lengkapan Baru RM7400.

    Maka, Lengkapan LAMA iaitu RM20000-RM7400=RM12600 …. perlu dikira susut nilai.. iaitu 10% x RM12600= RM1260.

  59. salam…cikgu nazuki saya try print soalan percubaan terengganu…tulisannya tak nampak dan kabur. harap cikgu boleh download yang baru.

  60. Zandin78,

    Ok, saya telah edit set soalan Terengganu supaya lebih JELAS. Sila muat turun yang baru.

  61. cikgu macam mana nak jadi ahli bagi blog sir

  62. Tnes,

    Isikan alamat email dibahagian PENDAFTARAN AHLI 2012, maklumat lanjut akan diemailkan.

  63. Cikgu,

    Untuk soalan no. 4, Kertas 2 Terengganu Percubaan SPM, saya ingin mengetahui sebab alat pejabat ditolak RM 5000. Saya tidak dapat mencari maklumat tambahan yang mengatakan alat pejabat perlu ditolak RM 5000

  64. Luvdwatulie,

    Itu soalan no 5….. cuba perhatikan senarai baki pada 1 Julai 2011…. bukankan terdapat SUSUT NILAI TERKUMPUL ALAT PEJABAT RM5000.

  65. cikgu saya dah mendaftar sebagai ahli. Tapi kenapa masih tak dapat nak buka soalan percubaan spm negeri-negeri lain contoh soslan negeri Kedah. Ada zip file

  66. Ainee,

    Dalam setiap ZIP fail tersebut terdapat set soalan kertas 1, kertas 2 dan Jawapan yang disatukan dalam satu fail bagi memudahkan proses muat turun. Perisian seumpama WinZip adalah suatu perisian asas yang perlu ada dalam komputer sekarang ini…

    Salah satu perisian yang boleh digunakan ialah CAM UnZip (klik) …. cuba muat turun perisian tersebut, kemudian install dan gunakannya untuk menyelesaikan masalah anda.

  67. Assalamualaikum Cg,

    Berkaitan soalan Kelab bagi Trial Terengganu (soalan 2), nilai di KKK saya tidak seimbang, kurang di sebelah dana terkumpul sebanyak 4125 .. Saya sediakan mengikut format Penyata .. Skemanya menggunakan format T ..

    Pendapat cikgu? Terima kasih :)

  68. Hadi, waalaikumussalam.

    Bentuk T atau Penyata tidak menjadi masalah … kemungkinan maklumat kelab menderma 50% daripada keuntungan persembahan bernilai RM4125 belum diambil kira .. di mana Derma RM4125 – sebagai PERBELANJAAN dalam P&P … dan TOLAK di BANK RM4125.

  69. Cikgu, simpanan tetap dikelaskan sebagai aset semasa atau aset bukan semasa?

  70. Zaid,

    Pada pandangan saya,
    SIMPANAN TETAP pada asasnya dikelaskan sebagai ASET SEMASA. Sama juga dengan PINJAMAN biasanya dikelaskan sebagai LIABILITI BUKAN SEMASA.

    Walaubagaimanapun, untuk skop SPM sekarang… sekiranya ada dinyatakan TEMPOH MATANG, maka pelajar perlu mengelaskannya mengikut BAKI TEMPOH yang tinggal… jika KURANG 1 TAHUN – dikelaskan sebagai SEMASA… jika LEBIH 1 TAHUN – dikelaskan sebagai BUKAN SEMASA.

  71. Cikgu,

    Maaf kerana tersilap no. soalan. Tetapi, saya masih tak dapat cari butir tersebut. Di sana terdapat susut nilai lengkapan, susut nilai kenderaan tetapi tidak ada butir susut nilai alat pejabat.

  72. Luvdwayulie..

    Sebenarnya terdapat RALAT pada soalan dan skema Terengganu, soalan & skema pembetulan telah dihantar kemudian. Untuk soalan tersebut terdapat “Susut nilai terkumpul alat pejabat sebanyak RM5000 pada senarai 1 Julai 2011″… itu sebab dalam skema jawapan Alat Pejabat (15000 – 5000) = RM10,000.

    Sila muat turun Terengganu Trial Akaun SPM 2012 – Pembetulan.

  73. salam cikgu,
    saya hendak bertanya bagaimana hendak mencari dana terkumpul awal dalam soalan 2. terengganu. terima kasih.

  74. Cikgu Sheik,

    Dana Terkumpul awal = Jumlah Aset awal – Jumlah Liabiliti awal ……… 1 Jun 2011

    Kesilapan yang biasa pelajar buat ialah TERTINGGAL BAKI BANK RM20 151….. diambil daripada Baki awal AK BANK

  75. terima kasih cikgu

  76. salam..soalan trial terengganu bab akaun kelab..
    sediakan kkk untuk bank mcm mana dapat nilai bank 1725 (5850-4125). Kalau tutup akaun bank jawapnnya lain…harap dpt penjelasan dr cg..tq

  77. Onemie18,

    Pada pandangan saya,
    Keuntungan pertandingan nasyid = RM8250….. Baki Akhir AK BANK = RM5850

    Maklumat (IV) 50% daripada keuntungan pertandingan nasyid …. iaitu 50% X 8250 = RM4125… diDERMAkan…. perkara tersebut belum direkodkan lagi.. maka akaun yang terlibat :
    (1) DERMA RM4125 ……… sebagai Perbelanjaan
    (2) BANK ……(RM5858 – RM4125) = RM1725

  78. soalan terengganu No. 5ii, kenapa pemiutang tidak tolak pulangan belian dan 5iii kenapa modal tambahan tolak susutnilai.

  79. Shamsiah,

    Soalan yang saya upload pada peringkat awal terdapat sedikit kesilapan dalam soalan dan skema jawapan.
    Sila muat turun Terengganu Trial Akaun SPM 2012 – Pembetulan

  80. Terima kasih cikgu.

  81. Assalmualaikum, cg. Narzuki

    soalan k1 negeri Perak
    No. 40 : adakah jawapannya B?

    pandangan cg.Narzuki?
    Terima Kasih

  82. Nag,

    Saya setuju dengan SKEMA JAWAPAN No.40 ialah A 4.5 kali.

  83. Salam cikgu, saya nak dapatkan koleksi soalan untuk tingkatan 4, saya bakal menghadapi final exam pada minggu hadapan. Harap cikgu tolong saya secepat yang mungkin. Terima kasih.

  84. Gdah,

    Maaf, buat masa ini cikgu tidak menyediakan Koleksi Soalan Tingkatan 4.

  85. hi, teacher, I’m a student from Langkap,Perak.

    I have some questions about Prinsip Perakaunan SPM… I hope teacher can answer me :)

    1. Can i write Shortcut words in SPM?
    Eg: Pulangan Jualan ? Plgn Jln

    2. Is the name of the syarikat/ enterprise have to be written at the title of penyata kewangan?

    3. Should I show the workings although thr is no arahan calling me to do so?

    Thx :)

    1 more question, as i know, almost all states trial papers have been published, Have teacher analysed and spot any questions that may be coming out in SPM2012? 😀

  86. Mei,

    Pada pandangan cikgu.

    1. Cikgu LARANG pelajar cikgu menggunakan perkataan ringkas dalam menjawab soalan….. kerana kemungkinan besar akan HILANG MARKAH disebabkan perkara tersebut.

    2. Sebaik-baik jawapan … TULIS nama perniagaan tersebut.

    3. JALAN KERJA sangat2 DIGALAKKAN pelajar tulis dalam kertas jawapan bagi item2 yang melibatkan pengiraan / pelarasan…. kerana anda mungkin berpeluang DAPAT MARKAH walaupun jawapan anda salah.

    4. Analisis Trial 2012 boleh dimuat turun daripada Blog Cikgu Rosli Hamid (klik)

    Cikgu TIDAK dan TIDAK GALAKKAN “spot” soalan…. Pesanan cikgu kepada pelajar….“Cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, kerana semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir anda dengan A+”.

  87. boleh minta skema jawapan bagi negeri Pulau Pinang? Terima kasih!!!

  88. Assalamualaikum cg…

    no.4c(i) soalan trial terengganu 2012.
    jawapan yg saya perolehi 4000 unit/RM52 000. sedangkan skema yg diberi 2500 unit/RM32 500..mcm mana ye cg?

  89. Wan,

    Sila muat turun Terengganu Trial Akaun SPM 2012 – Pembetulan.

  90. ok…..cg.thanks :-)

  91. betul kata cikgu, terima kasih cikgu :)
    tapi kan, perkara perkara tu makan masa lah ><
    biasanya saya tak cukup masa dalam peperiksaan.
    saya hanya cukup masa untuk menyiapkan soalan-soalan sebelum cikgu kutip kertas, Memang tiada masa untuk membuat semakan.
    Cikgu ada tak tips atau cara untuk menjimatkan masa dalam peperiksaan ?
    Lagi, Apakah langkah yang harus diambil ketika kami dapati bahawa jawapan kami bermasalah? (mungkin dapati drpd ketidakimbangan dalam kunci kira-kira)

  92. Mei,

    Pada pandangan Cg,
    Sebenarnya ianya TIDAK mengambil masa yang lama….. tetapi hasil amat berbaloi… itulah cara untuk mendapatkan markah sebanyak mungkin. MASA yang diperuntukkan betul2 mencukupi untuk menjawab kelima2 soalan tersebut. Masa dapat dijimatkan apabila kita betul2 MENGUASAI topik2 yang ditanya. ….. kita jawab soalan dari soalan MUDAH ke SUSAH.

    SEMASA menjawab sesuatu soalan, jika didapati berlaku kesilapan…. JANGAN BUAT SEMAKAN pada masa tersebut (dikuatiri akan mengambil masa yang lama), sebaliknya TERUSKAN menjawab ke soalan2 berikutnya…. Dan apabila telah menjawab SEMUA SOALAN… baru kembali ke soalan yang terdapat kesilapan untuk dilakukan semakan… sekiranya masih ada masa.

  93. Hi cikgu narzuki, kertas peperiksaan percubaan spm dari negeri Penang tidak dibekal dengan skema jawapan. Boleh tak cikgu meminta daripada guru yang menghantar soalan tersebut. Terima kasih

  94. Lowkweefong,

    Semua set soalan tersebut LENGKAP dengan Kertas 1, Kertas 2 dan Skema Jawapan…. termasuk Penang.

  95. oh, macam tu ye… ok 😀 faham, terima kasih cikgu.
    Semalam saya buat soalan trial (cover tak tunjukkan paper tu dari nageri mana) , terdapat beberapa soalan yg tak faham, sila cikgu berikan tunjuk ajar :) Thank you teacher

    1.
    Soalan : Dana Tunai Runcit pd 1 Jan 2012 RM163. Jumlah bayaran balik yg diperoleh dr ketua juruwang pd tarikh yg sama ialah RM137. Jumlah pambyran dana runcit utk Jan ialah RM120. Kira Byrn balik yg dituntut oleh ketua juruwang pd 1 Feb 2012. (2 markah)
    Jawapan : RM120
    Masalah : Markah yg diberi ialah 2, tapi jalan kerja tiada. Boleh ke macam tu? ke ada cara yg lain untuk menunjukkan jalan kerja?

    2.
    soalan : Harga Senarai ialah RM6000. Dskn niaga ialah 10%. Dskn Tunai pula ialah 2%. Hitungkan jumlah yg perlu dibayar jika pembeli layak dpt dskn tunai.
    Masalah : Oleh sebab soalan tidak menyatakan kelayakannya untuk mendapat diskn niaga, perlu tak saya ambil kira? Jika Dskn Tunai & niaga pun diberi, maka jawapannya ialah 6000-(6000-600)2%=RM5292 ?

    3.
    Soalan : Baki akhir Bank ialah RM8793, Baki stok RM12146. Maklumat Tambahan=Pemilik mengambil barang niaga RM890 dan tunai RM650 utk kegunaan sendiri.
    Hitungkan Modal akhir.
    jawapan : Amaun bank dan stok tidak bertukar (akn tunai dan belian tidak diwujudkan )
    Masalah : Bukan ke ambilan dlm maklumat tambahan kena diambil kira dlm menghitung modal akhir? Atau sebenarnya amaun baki akhir telah merangkumi ambilan tersebut??

  96. Mei.

    Soalan tersebut adalah soalan Percubaan KEDAH.

    1. YA… BOLEH….. soalan terssebut untuk menguji kefahaman pelajar tentang SISTEM PANJAR

    2. DISKAUN NIAGA … tidak memerlukan apa syarat….. SEMUA urus niaga / belian … akan dapat DISKAUN NIAGA sekiranya dinyatakan % diskaun niaga.
    Saya setuju dengan jawapan RM5 292…. selepas diambilkira Diskaun nIaga dan Diskaun Tunai.

    3. Soalan tersebut berkaitan dengan topik REKOD TAK LENGKAP…. di mana BAKI AKHIR … BANK dan STOK diperolehi dengan mengira secara fizikal… ini bermaksud NILAI BAKI tersebut TELAH mengambil kira apa yang berlaku sebelumnya…. maka maklumat “Ambilan barnag niaga dan tunai” .. TIDAK PERLU lagi ditolak daripada akaun2 tersebut…. Kita hanya mengambil jumlah kedua2nya sebagai nilai AMBILAN…. bagi tujuan mendapatkan nilai UNTUNG BERSIH.

  97. oh, ok, faham totally dah 😀
    TQ teacher ya
    saya dengar kawan saya cakap, dalam akaun apa apa saja (contohnya, akaun bank, akaun realisasi dll),sekiranya tarikh yg ditulis tu salah, maka, seluruh jawapan salah, tiada satu markah pun diberi. Berdasarkan pengalaman cikgu, adakah itu benar?

  98. Mei,

    Pada pandangan cikgu.. perkara tersebut TIDAK BENAR, kerana penguasaan kemahiran perakaunan yang hendak diuji dan dinilai.

  99. Boleh saya tanya cikgu, cikgu ada buat analisis untuk 13 negeri bagi spm prinsip akaun?
    terima kasih cikgu =)

  100. Mryong,,

    Boleh muat turun di Blog Cikgu Rosli Hamid (klik)

  101. terima kasih cikgu 😀 sy akan berusaha sedaya upaya utk mendpt keputusan terbaik !! Harap cikgu sentiasa sihat :)

  102. Mei,

    Sama2….Semoga apa yang anda hajati… akan TERCAPAI. Semoga berjaya.

  103. simpanan tetap perlu di catat dimana dalam kunci kira-kira adakah di aset semasa atau aset bukan semasa…
    tq

  104. Ruhaida,

    Pada pandangan saya…. untuk sukatan SPM.
    SIMPANAN TETAP dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    Tetapi jika dinyatakan TEMPOH MATANG, maka kita tentukan berdasarkan tempoh matang tersebut, LEBIH 1 TAHUN = ABS, KURANG 1 TAHUN = AS.

  105. Cg Narzuki, Assalamualaikaum.

    Saya ingin bertanya tentang skema jawapan untuk Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan 2012 Negeri Perak Soalan 4 (Penyata Penyesuaian Bank).

    Butiran ke-8 dalam soalan 4 tersebut menyatakan bahawa cek bernilai RM670 kepada Jason Trading telah tersalah catat di sebelah debit Buku Tunai.

    Kesilapan ini memerlukan kita mengkreditkan semula ke dalam Buku Tunai. Tetapi kenapa amaunnya perlu digandakan dengan dua menjadi RM1340 bukannya hanya RM670 sahaja ?

    Mohon cikgu boleh memberikan penjelasan yang lengkap di atas kekeliruan saya ini…..terima kasih!

  106. Ryzalman, waalaikumussalam.

    Kesilapan tersebut dikenali sebagai KESILAPAN TERBALIK / SONGSANG (catatan debit dicatat disebelah kredit atau sebaliknya) dan cara pembetulannya ialah di GANDA 2 disebelah yang sepatutnya.

    Rasionalnya.
    Kesilapan TERLEBIH disebelah debit RM670….. sepatutnya dicatat dibelah KREDIT RM670,

    Maka,
    Pembetulannya ialah catatan disebelah KREDIT RM1340…. iaitu :
    1) RM670 adalah untuk MEMBATALKAN kesilapan disebelah DEBIT RM670,
    2) manakala RM670 lagi adalah untuk MEWUJUDKAN catatan pembayaran kepada Jason Trading sebanyak RMN670 disebelah KREDIT.

  107. Tanya pandangan cikgu,soalan 2 melaka,maklumat tambahan i pulangan jualan belum direkodkan,mcm mana buat pelarasan?

  108. Cyc,

    Pelarasannya ialah TAMBAH di Pulangan Jualan RM260 (wujudkan jika belum ada) dan TOLAK di Penghutang RM260.

  109. y pulangan jualan tidak direkodkan di akaun kawalan penghutang?

  110. Cyd,

    Kita tidak masukkan dalam AK KAWALAN PENGHUTANG kerana ianya disediakan berdasarkan rekod / maklumat yang SEDIA ADA. Manakala PELARASAN tersebut dikesan dan diselaraskan SELEPAS Ak Kawalan disediakan….. itulah rasionalnya kenapa perkara tersebut TIDAK dimasukkan dalam Ak Kawalan Penghutang.

  111. 1. simpanan tetap ialah Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa?

  112. bagaimana nak bezakan pinjaman yang mempunyai tarikh matang sebagai LS atau LBS?

  113. Loengpin Yap,

    Pada pandangan saya…. untuk sukatan SPM.
    SIMPANAN TETAP dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    Tetapi jika dinyatakan TEMPOH MATANG, maka kita tentukan berdasarkan tempoh matang tersebut, LEBIH 1 TAHUN = ABS, KURANG 1 TAHUN = AS.

    Manakala dalam kes PINJAMAN… pada asasnya ianya dikelaskan sebagai LIABILITI BUKAN SEMASA.
    Tetapi jika dinyatakan TEMPOH MATANG, maka kita tentukan berdasarkan tempoh matang tersebut, LEBIH 1 TAHUN = LBS, KURANG 1 TAHUN = LS.

    Pengiraan JANGKA MASA YANG TINGGAL ialah BERMULA pada tarikh KKK disediakan .. hingga tarikh TEMPOH MATANG tersebut..
    Katakan KKK disediakan pada 31/12/2012… manakala TEMPOH MATANG ialah pada 30/06/2013… iaitu TINGGAL 6 BULAN, maka dikelaskan sebagai SEMASA

  114. terima kasih atas maklumat yang disumbangkan

  115. Cikgu,
    Soalan 5, K2 percubaan selangor dirujuk (i) Jualan 1/5 daripada stok kepada faiz dengan mendapat keuntungan sebanyak 20%, stok (1520), penghutang 1824, UB 304. (iv) faiz memulangkan barang niaga bernilai RM120 kerana rosak, dalam skema, stok 120 dan penghutang (120)….adakah kesilapan skema dalam bahagian (iv) ini? Bukahkah penghutang (120), stok 100 dan untung bersih (20)?
    terima kasih

  116. Cg Fatimah,

    YA, saya setuju dengan jawapan cikgu…. maklumat (iv) Penghutang -120, Stok +100 dan UB -20…. ini kerana STOK dinilai berdasarkan NILAI KOS.

  117. Cikgu narzuki,
    terima kasih. Jika dalam akaun semasa contohnya faedah atas pinjaman jika ada pelajar yang tulisan agar besar, bagaimana nak tulis dalam 2 barisan…faedah atas kemudian barisan ke 2 tulis pinjaman baru tulis angka RM500 di barisan kedua atau faedah atas kemudian tulis angka RM500 dalam barisan pertama kemudian barisan ke 2 hanya tulis pinjaman sahaja?

  118. Cg Fatimah,

    Cadangan saya :
    FAEDAH ATAS
    …..PINJAMAN ………. RM500.

  119. cg,

    lembaran kerja masih ada sukatan?

  120. Chiahuilingt,

    Lembaran Kerja telah DIKELUARKAN daripada sukatan baru.

  121. salam cikgu..cikgu bleh bri spot tjuk y bkal kluar spm 2012..spy sy dpt byang kan..sy tkut soalan y bkal kluar nnti..ckgu tlong bri tip2 terakhir ckgu..

  122. Sara,

    Maaf, Cg tidak “spot” tajuk2 yang akan keluar. Nasihat Cg, gunakan masa yang seadanya ini untuk mengulangkaji dan menguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada ….. “Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir anda dengan A+”.

  123. soalan percubaan MUAR 2012 – 5B
    (i) mengira kos jualan
    minta tolong cikgu terangkan .

  124. Buffett,

    Soalan ini lebih kepada kemahiran matematik.
    Untung Kasar 20% atas Kos Jualan ……….. sama dengan TOKOKAN=UK/KJ x 100….. ini bermaksudnya BASENYA KOS JUALAN, iaitu 100%.
    Maka… JUALAN = 120% ……. iaitu UK 20% + KJ 100%… = RM240,000

    Jika, JUALAN 120% = RM240,000
    Maka, KOS JUALAN 100% = RM240,000 / 120 X 100 = RM200,000

  125. Salam cikgu,

    bolehkah pelajar menjawab semua soalan dengan menggunakan pensel dalam SPM sebenar?

  126. Suorahimi,

    Pada pandangan saya, BOLEH.. cuma TIDAK DIGALAKKAN….. dan pastikan tulisannya JELAS dan BOLEH DIBACA.

  127. salam cikgu diskaun diterima perlu tak direkodkan dalam akaun pengeluaran

  128. Sheila.

    Pada pandangan saya,
    Diskaun diterima merupakan KONTRA kepada BELIAN. Sekiranya BELIAN tersebut merujuk kepada BELIAN BAHAN LANGSUNG, maka DISKAUN DITERIMA tersebut perlu DITOLAK dalam AK PENGELUARAN.

    Kecuali Diskaun diterima tersebut JELAS merujuk kepada BELIAN BARANG SIAP, maka ianya domasukan dalam Ak PERDAGANGAN.

  129. merujuk soalan trial P.Pinang soalan no6 ada butiran diskaun diterima tetapi tidak ditolak dalam ak pengeluaran sedangkan belian barang siap tiada dalam senarai imbangan duga..adakah skema tersebut silap..

  130. Sheila.

    Pada pandangan saya. ianya jelas tidak merujuk kepada belian barang siap, hanya ada belian bahan lansung sahaja… maka sepatutnya diskaun tersebut perlu dimasukkan dalam Ak Pengeluaran.

  131. ok tq..satu lg soalan kalau akaun kelab dan persatuan MRSM..ada jaulan tiket pertandingan dan belanja pertandingan. dalam soalan tidak minta untuk cari keuntungan / kerugian pertandingan jadi tidak perlu cari keuntungan/ kerugian pertandingan..hanya rekodkan dalam pendapatan dan perbelanjaan sahaja..betul tak cikgu..

  132. Sheila,

    Pada pandangan saya, TIDAK SALAH… kerana dalam soalan TIDAK menyatakan perkara tersebut perlu dicari Keuntungan / Kerugian atas pertandingan tersebut.

  133. hi cikgu,boleh saya tanya 1)soalan k1perlis 2012: 27 macm mana buat dan 24: bukankeh bank juga tak wujud dalam Ak Realisasi

    2)cikgu sudah beritahu k2melaka 2012: soalan2-pulangan jualan tak perlu masuk dalam kawalan penghutang betulkah kerana kawalan tersebut asal dari maklumat yang diberi saja dan *belum direkod dlm mana2 buku*diabaikan??saya keliru sangat=(

  134. cikgu 24 dah faham,tapi yang lain boleh tolong saya?
    =(

  135. Canditate2012,

    BETUL kata-kata cikgu anda.. cuma ianya BUKAN DIABAIKAN, tapi dilakukan pelarasan SELEPASNYA.. dimana akan wujud Ak Pulangan Jualan … (masukkan dalam Penyata Pendapatan) dan BAKI PENGHUTANG AKHIR perlu diselaraskan iaitu TOLAK nilai tersebut…..

  136. oh maksudnya pelarasan tak perlu buat dalam kawalan tapi maklumat tambahan macam (pulangan jualan RM350) lalu tulis dalam kawalan?

    dan k1 perlis2012: 27 boleh ajar saya?=) jika cikgu ada masa=),terima kasih banyak2 dengan bantuan cikgu

  137. Canditate2012.

    YA, sebab dimaklumkan BELUM DIREKODKAN lagi.. maka dalam AK Kawalan BELUM WUJUD lagi…. manakala sekiranya maklumat tambahan HANYA memaklumkan Pulangan Jualan RM200…. maka kita kena masukkan dalam Ak Kawalan.. kerana perkara tersebut TELAH wujud/direkodkan sebelum ini.

    Merujuk soalan 27… Dividen SK = 10%…. oleh kerana telah diberikan Dividen INTERIM sebanyak 8%, maka DIVIDEN AKHIR hanya layak terima 2% SAHAJA.… kadar dividen SK adalah TETAP 10%.
    Pengiraannya : Dividen akhir = 2% x 500000 x RM1 = RM10000.

  138. terima kasih cikgu, boleh tak cikgu check skema perak k2 soalan 4b(pada akhir ‘baki kredit di penyata bank’) betul tak?atau debit?sebab jawapannya jadi positif tapi kena tulis kredit juga?

  139. Canditate2012,

    Baki + / – dalam BUKU TUNAI dan dalam PENYATA BANK .. adalah TERBALIK

    BT…… + berbaki DEBIT, – berbaki KREDIT
    PB….. + berbaki KREDIT, – berbaki DEBIT.

  140. sry cikgu, kenapa skema batu pahat k2 soalan3 akaun kawalan penghtg ada masuk pulangan jualan yang dapat dari maklumat tambahan tapi melaka k2soalan2 tak masuk dalam kawalan penghtg ,yang mana betul???=(

  141. Canditate2012.

    Dalam kes pulangan jualan yang BELUM DIREKODKAN dalam mana-mana buku… Cg lebih setuju dengan SKEMA MELAKA.

  142. Cikgu Narzuki,
    Soalan 3 spm 2012 ramai pelajar cikgu terlupa tambah RM’000 di belakang semua angka sebab mereka kurang didedahkan dengan soalan bentuk begini dan SPM kali pertama keluar soalan begini. apa pendapat cikgu, adakah mereka akan mendapat kosong dalam soalan tersebut?

  143. hari ni kelam kabut pengawas peperiksaan fotostat jurnal, lejar dan buku tunai takut tak cukup…rupanya soalan berkaitan dokumen tak keluar pun…hampa2..

  144. Ya, ramai yang bertanyakan perihal RM ‘000 tu.
    risau 25markah di situ.

    perlu ambil kira atau abaikan, tetapi dalam jawapan pada label RM ditulis RM’000 (di atas sahaja seperti dalam soalan)

    pendapat cikgu Narzuki?

  145. Cg Fatimah,
    Pada pandangan saya… pemeriksa adalah lebih arif dan bijaksana dalam menangani masalah terbebut……… jadi kita tidak perlu runsing, kerana apa yang hendak diuji ialah KEMAHIRAN PERAKAUNAN pelajar dalam menyelesaikan arahan soalan tersebut… saya yakin calon tidak akan DIZALIMI sedemikian rupa dengan memberi “0”.

    Cg Nag,
    Pada pandangan saya, Perkara tersebut sepatutnya PERLU DIAMBILKIRA.. tidak boleh diabaikan. Sekiranya pelajar sediakan JAWAPAN seperti mana format soalan… bagi saya tiada masalah dan boleh diterima.

  146. terima kasih cg.Narzuki

    maksud ‘abaikan’ saya tu ialah, guna angka yang diberi sahaja tanpa letak RM’000, tetapi pada jawapan hanya label kat atas pada RM ada ‘000.

    Tapi, saya rasa lebih tenang, tidak risau bila cg.Narzuki jelaskan begitu. Sebab ramai pelajar bertanyakan hal ini

    Selamat bercuti!

  147. Cg Nag,

    Sama-sama.. Bercutilah dengan tenang.. dan sama-sama kita tunggu keputusan SPM yang akan diumumkan bulan Mac 2013 nanti.

  148. Slm cg, ada tak koleksi kertas 1 ikut topik percubaaan 2012
    spt percubaaan 2011.

    Tq
    CgKay

  149. Cg Kay,

    Maaf, buat masa ini belum ada lagi.

  150. cikgu saya nak soalan sebenar dan skema jawapan spm
    dkt mana saya boleh dptkan

  151. S,

    Boleh dapatkan dipasaran Buku Koleksi Soalan SPM Tahun2 Lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.