KEPUTUSAN SPM 2013 : 20 MAC 2014

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2013 akan diadakan pada hari KHAMIS, 20 MAC 2014 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI : SPM 2013

[DM]304[/DM]

COLLECTION OF CERTIFICATE
1. Candidates applying for the certificate before 30th April 2014 are to collect their certificates from their respective schools from September 2014 onwards.
2. Candidates applying for the certificate from 1st May 2014 to 31st October 2014 are to collect their certificates from their respective schools from January 2015 onward

Posted on March 13, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 19 Comments.

  1. cg, murid-murid yang nak mohon sijil lcci tu di mana mereka blh dptkn borang? utk online mmg tidak mngkin utk murid2 ini.

  2. Fazidah,

    Borang2 tersebut telahpun dihantar ke sekolah pada awal tahun lagi. Jika tiada disekolah, bolehlah muat turun DISINI. (klik)

  3. cikgu, tolong balas.
    saya nak tnya pasal borang lcci ni.
    cikgu saya ada bagi borang tuh. n dah isi sbelum spm lagi.
    lepastuh, bila dah dapat keputusan semalam, cikgu bg borang tuh untuk isi kod dan lain2.
    sya dapat akaun b dan kod saya 6.
    macam mna lepas dah isi borang tuh? nak sertakan dengan apa lagi? kenapa perlukan duit? lepas tuh bagi balek borang kat ckgu knapa ek?

    bleh cikgu tolong terangkan. plis

  4. Ina,

    Sijil tersebut dikeluarkan oleh LCCI yang beribu pejabat di London, jadi sedikit bayaran dikenakan.
    Permohonan tersebut perlu disertakan:
    1. Borang permohonan yang lengkap diisi,
    2. Postal Order / Wang Pos yang bernilai RM25.. baray kepada LCCI International Qualificasions (M) Sdn Bhd
    3. Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
    4. Salinan Slip Keputusan SPM yang disahkan.

    Kemudian serahkan kepada guru anda untuk dikumpulkan dan dihantar ke LCCI secara berkelompok.
    # Apa-apapun sila rujuk guru akaun sekolah anda.

  5. okay. terima kasih. sgt sgt

  6. cikgu, mintak pengesahan daripada pegawai A tu sapa? slain pengetua?

  7. Lol,

    Di sekolah selain Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan juga boleh sahkan salinan tersebut.

  8. Cikgu .
    Lpas da beli wang pos tu nak hantar ke address ape ye?

  9. Nadia,

    Hantarkan kepada alamat yang tertera pada borang tersebut.
    1. Borang yang lengkap diisi
    2. Wang Pos yang lengkap diisi kepada “LCCI International Qualifications (M) Sdn Bhd”… dan bahagian belakang .. Nama anda , Alamat, Tujuan, No Akaun X perlu.
    3. Salinan slip kuputusan SPM disahkan.
    4. Salinan kad pengenalan disahkan

  10. Assalamualaikum. Cikgu sy nk tanya tentang kod sijil LCCI. Dari kod 1 hingga 6, manakah kod yg terbaik. Tq.

  11. Masithah, waalaikumussalam.

    MAKSUD GRED LCCI
    Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
    Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 3 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun”

    Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
    Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 6 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.

  12. Ok cikgu sy sudah faham ttg gred sijil LCCI ni. Tq

  13. cikgu jika saya tersalah huruf di wang pos ,mana nya?
    saya tulis Qualificasions perkataan sebanar ialah Qualifications. yang salah nya huruf S tu sepatutnya T?

  14. Hairul,

    Rasanya tiada masalah, kemungkinan pihak pejabat pos nanti pun tidak perasan kesilapan tersebut.

  15. Oh,kalau macam tu tak apa lah , terima kasih Cikgu.

  16. askum cg..boleh tak kalau anta borang lcci tu sndri..
    tanpa melalui skolah??

  17. Shida, waalaikumussalam.

    BOLEH mohon sendiri menalui pos ataupun melalui online.

  18. Salam.. Cg sy ad Trima wassap ttg lcci.. Tp alamat dia x sama dgn alamt dlm Borg tu

    (LCCI) International Qualifications merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dengan bidang perniagaan. Sejak tahun 1881, pengiktirafan LCCI telah banyak membantu para pelajar mencapai kejayaan dalam dunia pekerjaan. Dalam pasaran alam pekerjaan yang penuh saingan, kemahiran vokasional LCCImerupakan kelebihan yang berharga bagi pengiktirafan antarabangsa dan kecekapan di dalam industri yang berkaitan.
    Setiap tahun, jumlah pendaftaran LCCI melebihi 500,000. Para pelajar dari 125 buah Negara telah menggunakan kelulusan LCCI sebagai peningkatan kemahiran mereka di dalam alam pekerjaan. Oleh kerana kelulusan ini merupakan antara yang terbaik dalam akademik dan industri, semakin ramai graduan LCCI untuk memasuki universiti dan badan professional.
    LCCI mempunyai pelajar di seluruh Asia melebihi 24 buah Negara dan terkemuka terutama di Singapora, Malaysia dan Hong Kong. Peperiksaan LCCI telah dijalankan di Malaysia lebih daripada 70 tahun dan pelajar dari satu generasi ke generasi telah mencapai kejayaan di dalam kerjaya dengan kelulusan kewangan LCCI.

    Apakah Projek Dua Pensijilan SPM?
    Projek Dua Pensijilan SPM merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan LCCI International Qualifications untuk menganugerahkan pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang layak menerima sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’ dari LCCI International Qualifications.
    Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan akademik pelajar serta menaikkan daya saing mereka dengan kehendak dunia pekerjaan. Pelajar yang mempunyai sijil ini berserta dengan kemahiran tertentu, sudah pasti mempunyai peluang pekerjaan yang cerah.

    Siapakah yang Layak Memohon Sijil LCCI?
    Semua pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang memperolehi gred 6C dank e atas akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)’.
    Selain itu, pelajar yang memperolehi gred 6C dan ke atas bagi SPM Prinsip Perakaunan dan Bahasa Inggeris 1119 akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’.

    Apakah kebaikan memperolehi sijil LCCI?
    Sijil LCCI memberikan beberapa kebaikan seperti berikut:
    • PENGIKTIRAFAN – LCCI dikenali oleh semua syarikat di Malaysia, tidak kira syarikat yang kecil mahupun yang besar, disebabkan ciri-ciri praktikalnya yang berkaitan dengan kehendak pasaran.
    • ANTARABANGSA – Kualiti LCCI adalah konsisten di seluruh dunia serta member jaminan kepada para pelajar bahawa ia boleh digunakan di peringkat antarabangsa.
    • FLEKSIBEL – LCCI bersesuaian bagi pelajar sepenuh masa mahupun orang dewasa yang sibuk dengan kerjaya kerana ia merupakan kelulusan yang boleh dilakukan dalam modul jangka pendek untuk digabungkan sebagai ijazah Diploma dalam tempoh masa yang diberi.

    Bagaimana Saya Boleh Memperolehi Sijil LCCI?
    Pelajar boleh memohon sijil ini melalui beberapa cara yang berikut:
    a. Memohon secara terus dengan sekolah anda dalam tempoh masa 1 bulan dari tarikh keputusan SPM diumumkan.
    b. Memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos dengan pejabat LCCI International Qualifications Malaysia.
    c. Memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos dengan Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualifications;
    LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn. Bhd.
    Suite 10.01, 10th Floor, Menara Yayasan Selangor, 18A, Persiaran Barat 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

    Prosedur Permohonan:
    a. Lengkapkan boring permohonan yang boleh didapati di semua sekolah, pejabat LCCI Malaysia, laman web (www.lcciasia.com) dan pusat latihan yang dilantik oleh LCCI.
    b. Sertakan salinan keputusan SPM.
    c. Sertakan salinan kad pengenalan.
    d. Bayaran kos pentadbiran sebanyak RM25.00 dikenakan untuk setiap sijil LCCI. (Jika anda ingin sijil anda diposkan, sila kepilkan bersama sampul surat Pos Ekspress beralamat sendiri yang bernilai RM4.00).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.