Buku Tunai Runcit

KUIZ : Buku Tunai Runcit

Congratulations - you have completed KUIZ : Buku Tunai Runcit. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Berikut adalah maklumat daripada buku tunai runcit Kedai Aiza pada 31 Oktober 2009.

Wang panjar runcit bulanan ialah RM200. Jumlah pembayaran sepanjang bulan Oktober adalah RM190.

Berapakah jumlah wang yang perlu dituntut daripada ketua juruwang?

A
RM10
B
RM190
C
RM210
D
RM390
Question 2
Sistem panjar biasanya diamalkan dalam penyediaan

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 160 - Soalan 10 SPM 2004]

A
Penyata Bank
B
Akaun Bank
C
Buku Tunai
D
Buku Tunai Runcit
Question 3
Antara berikut, butir yang manakah dicatat dalam Buku Tunai Runcit?

I Tambang

II Gaji kerani

III Komputer pejabat

IV Upah mencuci pejabat

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 160 - Soalan 15 SPM 2005]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 4
Urus niaga yang manakah direkod dalam buku tunai runcit?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 160 - Soalan 10 SPM 2007]

A
Pembayaran sewa kedai secara tunai
B
Penerimaan tunai daripada penghutang
C
Pembelian perabot secara tunai
D
Pembelian setem secara tunai
Question 5
Data berikut diambil daripada Buku Tunai Runcit sebuah perniagaan. btr001   Berapakah jumlah wang yang perlu dituntut daripada juruwang mengikut Sistem Panjar?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 161 - Soalan 11 SPM 2008]

A
RM30
B
RM170
C
RM200
D
RM370
Question 6
Buku Tunai Runcit berikut diperoleh daripada Perniagaan Melor. btr002   Berapakah bayaran balik yang diterima daripada juruwang mengikut Sistem Panjar?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 161, 162 - Soalan 10 SPM 2010]

A
RM96
B
RM104
C
RM192
D
RM200
Question 7
Butiran manakah yang akan dicatat dalam lajur belanja am di Buku Tunai Runcit?

I Gaji kerani

II Alatan pejabat

III Minuman pelanggan

IV Sabun pencuci pinggan

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 162, 163 - Soalan 13 SPM 2012]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 7 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
67End
Return
  1. sarmila nedumaran

    waahhh…ini adalah persiapan utk exam thank you cikgu murni

  2. Cikgu,Dalam buku tunai runcit,pelbagai termasuk pinjaman belian,ada lain tak?kalao Derma atau kadar Bayaran letak mana?letak belanja pejabat atau pelbagai?terima kasih.

  3. Yong,

    Lajur PELBAGAI digunkan untuk item2 belanja yang biasanya wujud akaunnya sendiri.
    Maka Pinjaman, Derma, Kadar bayaran… boleh dicatat dalam Pelbagai.

  4. fun 2 learn akauns
    good luck 2 everyone 4 their test

  5. cikgu,surat khabar dan majalah
    dalam buku tunai runcit nak catat di mana?belanja am atau alat tulis?

  6. Stella,

    Belanja am lebih sesuai.

  7. cikgu ,jika ada lajur belanja pejabat dan pelbagai dalam buku tunai runcit, derma dan kadar bayaran nak letak belanja pajabat lebih sesuai atau letak pelbagai lebih sesuai?

  8. Stella Lai,

    Lajur Pelbagai… digunakan untuk urus niaga yang mempunyai akaunnya yang tersendiri.. seperti Kadar bayaran, Derma, Pinjaman, Belian.

  9. cikgu,tapi kadar bayaran bukan belanja pejabat?

  10. Stella Lai,

    Kita buka tak Ak Kadar Bayaran ?
    Ak Belanja pejabat kita buka untuk belanja kecil yang berkaitan dgn pejabat tetapi tidak sesuai dibuka akaun khas untuknya.. contohnya beli alas meja pejabat… perlu tak kita buka “Ak Alas Meja”… ?

  11. cikgu,kalau dana runcit ialah RM200,maka RM144 untuk bil elektrik boleh masuk tak?

  12. Gan hong may,

    Bergantung kepada dasar dam amalan sesebuah perniagaan.. pada kebiasannya jika belanja tersebut adalah besar berbanding dana runcit yang ada…ianya tidak dibenarkan.

  13. cikgu,

    cuba tanya…

    soalan (buku tunai runcit):
    sept 1 ada baki rm 200

    kalau ada satu urus niaga adalah penghutang membayar sebahagian pinjaman (akan masuk ke penerimaan)

    so, total pembayaran adalah RM235

    so baki h/b ialah RM5
    Baki b/b ialah RM5
    so jawapan untuk bayaran balik tunai ialah RM190, bukan RM235 ke?

    terima kasih.

  14. Sheeine,

    Jumlah bayaran balik.. mesti mencukupi jumlah peruntukan bulanan RM200.

  15. Cikgu,

    Cuba tanya, sewa tempat letak kereta mengapakah letak sebagai belanja perjalanan?

    Derma bolehtak letak sebagai pelbagai tak? Dalam soalan tersebut, ada belanja am Dan pelbagai. Jawapan adalah letak di belanja am.mengapa?

  16. sherine,

    Bayaran tempat letak kereta dibayar apabila peniaga membuat perjalanan..

    Derma lebih sesuai dicatat dalam lajur Pelbagai.

  17. cikgu, jika membaiki komputer, nak letak belanja pejabat atau pelbagai?kita ada buka akaun membaiki komputer kan?

  18. saya punya buku latihan , derma pun catat dalam belanja am…jawapan salah ke?

  19. Stella,

    Belanja membaiki komputer.. biasanya dikelaskan sebagai belanja pejabat.

  20. Cikgu, kalau ade baki rm30 dan tunai rm250 jumlahnya rm280. So kalau ade belanje yg lebih 280 dikira lebih panjar ke?

  21. Echa,

    Jika duit kurang.. camna nak belanja lebih..
    dalam soalan biasanya ada item yang tidak boleh menggunakan duit tunai runcit.

  22. Cikgu kalau upah membaiki penghawa dingin Dan Upah mencuci tingkap pejabat nak lebal dalam belanja pejabat atau belanja am?

  23. Kaitlyn,

    Pada pandangan saya… lebih kepada Belanja Pejabat.

  24. Cgu, klu ada column alat tulis n belanja pejabat, item surat khabar tu nak letak Kt column mana ek? Thanks

  25. Jeni

    Belanja pejabat

  26. Cgu, kalau dalam bku tunai, kita beli buku resit, buku jurnal, buku lejar secara tunai (dlm 1 resit), kita nak tulis ape ek kat ruangan butir buku tunai sblh kredit? Alat tulis/belanja pejabat/belanja am? Thanks

  27. Jeni,

    Alat tulis

  28. nak tanya lagi cgu.kalau diberi lajur belanja pejabat, belanja pos dan tambang, item angkutan nak letak kat lajur mana? thanks

  29. Jeni,

    Angkutan… lajur Tambang lebih sesuai kerana berkaitan dengan kos pengankutan.

  30. Ckg macam mana nk beza baki b/b bank pada tarikh permulaan

  31. Nor Syuhada,

    Bank boleh berbaki debit atau kredit.

    Bank –> AS –> Debit
    Overdraf Bank –> LS –> Kredit

    Bagi kes Buku Tunai Runcit…
    1hb Baki b/b & Bank.. mesti Debit.

  32. sepatutnya,tulis analisis bayaran tp tertulis analisis belanja dekat buku tunai runcit. tolak markah tak cikgu?

  33. Ainisofiya,

    Tidak mengapa…. tidak tolak markah.

  34. Cikgu apa beza buku tunai dengan buku tunai runcit?

  35. Nana,

    Cuba cari apakah fungsi Buku Tunai Runcit… baru kita boleh bandingkan bezanya dengan Buku Tunai.

    Sila rujuk disini:
    https://mygurud065118.blogspot.my/2015/04/buku-catatan-pertama.html?m=1

  36. Cikgu, kalau ada beri pinjaman kpd Ali dari tunai runcit, dan beberapa hari kemudian Ali membayar balik pinjaman, mcm mane nak rekod bayaran balik itu dalam buku tunai runcit?

  37. Lee,

    Rekod sebelah dt : bayaran balik pinjaman.

  38. Hello cikgu, Beli barang niaga letak kolum belanja pejabat atau pelbagai?

  39. Apple,

    BELIAN –> PELBAGAI
    Sebab Belian wujud akaunnya sendiri.

  40. Kenapa Bayaran Balik jawapannya bukan Ambil Jum. Pembayaran

  41. Mei,

    Oleh kerana jumlah tersebut telah termasuk pinjaman dan bayaran balik pinjaman…. manakala jumlah yang perlu diterima ikut panjar runcit hanyalah JUMLAH YANG DIBELANJAKAN sahaja.

  42. Thx. Cg

  43. cg,beli setem kena letak ka bahagian belanja pejabat kan?

  44. cg,bayar upag membaiki pintu pejabat kena letak di bahagian belanja pejabat kan? Lagi satu bil elektrik pun letak di belanja pejabat kan?

  45. Kety,

    1. Salah, Setem –> Pos
    2. Ya –> Belanja pejabat

  46. ok?cg belanja am dengan belanja pejabat sama kan?kat analisis belanja sana kena tulis kedua-dua ni ke?

  47. Kety,

    Biasanya soalan akan tetapkan lajur analisis apa yang perlu disediakan.

  48. Cikgu, ape beza belanja am dan pelbagai?

  49. Ismail,

    Belanja am.. untuk belanja yang kecil.. tak sesuai buka satu akaun khaa untuknya.. maka kita gambungkan dalam Ak Belanja am.
    Manakala lajur PELBAGAI..untuk kita masukkan item2 yang mempunyai akaun dia sendiri… contoh Belian… pinjaman kepada pekerja.. kadar bayaran..dll.

  50. Cth soalan
    Belanja kurier,
    Masuk belanja am atau pelbagai cikgu.

  51. Ismail,

    Belanja kurier –> lebih kepada Belanja Pos.

  52. Cikgu minuman dan kuih masuk pelbagai atau belanja am?

  53. Ismail,

    Cuba fikir… ada tak Ak Minuman dan kuih ?

  54. Cgu, sampul surat tu nak letak lajur pos atau belanja pejabat?

  55. Jeni,

    Sampul surat –> Alat tulis

  56. Tak ada akaun so masuk dalam belanja am

  57. Ismail,

    Ya.. bukan Pelbagai….
    Kita pilih lajur yang paling sesuai daripada lajur2 yang dinyatakan dalam soalan.

  58. aslm cikgu,,
    saya nak tnya soalan nye macam ni:

    •peruntukan dana runcit yang ditetapkan rm 500
    •baki tunai runcit pada 1 mei 2017 rm 280
    • pembayaran dalam bulan mei 2017:
    -belanja pejabat rm 90
    -tambang rm 35
    -pelbagai rm60
    hitung amaun maksimum yang boleh dituntut oleh juru wang runcit.

    jawpaan saya :
    280–90–35–60=RM 95
    betulke cikgu?jika salah boleh cikgu bantu saya?

  59. Dayana,

    280 – 90 – 35 – 60 = 95 –> baki akhir tunai runcit yang tinggal.

    Peruntukan Dana Tunai Runcit = 500
    Baki akhir tunai runcit ditangan = 95
    Maka.. amaun MAKSIMUM yang boleh dituntut pada 1 Jun = 500 – 95 = 405

  60. maaf cikgu,,saya dh try tpi pilihan jawapan utk 405 tiada yg hanya ada
    A.rm 35
    B.rm 95
    C.rm 185
    D.rm 315

  61. Dayana,

    Jawapan yang sepatutnya RM405.

    Sekiranya peruntukan dana tunai runcit hanya RM280… barulah jawapannya:
    90 + 35 + 60 = 185

  62. saya pon rasa camtu,,papepun terima kasih cikgu sbb dh tlg 🙂

  63. Salam,
    Cg sy nak tnya,

    Sold goods to maxcell ltd rm 9900 .

    Kalau soalan macam ni, perlu masukkan atau tidak dalam buku tunai sbb dia tak nyatakan cek atau cash

  64. Auni,

    Maksudnya jualan secara kredit.

  65. Cikgu…apa nk buat kalau btruncit ni…di akhir bln..tiada bayaran balik di bt?
    Ia akan memberi kesan kepada KKK kn..
    Mcm mne kita nk bt adjustment ye cikgu?

  66. Aini,

    Jika tiada bayaran pada akhir bulan.. –> maka bayaran balik akan dibuat pada AWAL bulan berikutnya.

    Tidak memberi apa2 kesan kepada KKK.
    Tidak perlu sebarang pelarasan… bila bayaran dibuat nanti –> baru kita rekodkan.

  67. Cikgu macam nak masukkan maklumat Dari keratan cek untuk buku tunai?

  68. Anur,

    Wang keluar –> Kredit –> butirnya berdasarkan urus niaga kenapa cek tersebut dibayar. SEWA… dilajur BANK.

  69. salam cikgu, kalau baki di tangan RM40. Menerima sekeping cek RM160 dari ketua juruwang sebagai bayaran balik tubai yang dibelanjakan bulan sebelumnya. Nak dicatat sebagai apa ye?
    thnk u cikgu.

  70. Syiqin,

    1hb Baki bb 40
    1hb Bank 160

  71. beli sebuah pencetak nak letak kat mana ?

  72. bayar gaji kerani ?

  73. Dilah,

    1. Kerani tidak ada kuasa untuk membeli aset –> tidak boleh guna Wang Tunai Runcit

    2. Sama juga bayar gaji –> tidak guna wang tunai runcit.

    # abaikan kedua2 item tersebut.–> dia nak uji kefahaman fungsi buku tunai runcit.

  74. Cikgu nak tanya Bunga Hiasan letak kat Pelbagai atau Belanja Pejabat

  75. Harvey,

    –> Belanja Pejabat

  76. Terima Kasih!

  77. budak baru nak belajar akaun

    Cikgu, nak tanya..
    1) urusniaga mana yg direkod ke jurnal khas?
    2) sistem panjar biasanya diamalkan dalam penyediaan buku tunai ke buku tunai runcit?
    3) adakah tambang, gaji pekerja, mesin pejabat dan pinjaman bank direkod dalam buku tunai runcit?

  78. Izabella,

    1. Urus niaga secara kredit melibatkan barang niaga.
    2. Buku Tunai Runcit
    3. Belanja kecil2an –> BTR

  79. assalamualaikum cikgu,

    Pertanyaan mengenai buku tunai runcit.

    1. Jika perbelanjaan tu terlebih daripada dana yg ada dalam petty cash, kiranya petty cash berhutang dengan kakitangan yang claim bill ?

  80. Amy waalaikumussalam.

    Sepatutnya tidak wujud keadaan tersebut.. baki tunai negatif.

  81. Cikgu kalau tunai runcit aset atau liabiliti?

  82. Nana,

    Tunai runcit = Tunai

  83. Salam cg. Apakah kepentingan buku kawalan tunai runcit?

  84. Bagaimana cari bayaran balik oleh juruwang?

  85. Serene,

    Secara mudah…. berapa jumlah yang telah dibelanjakan akan dibayar balik oleh ketua juruwang..

  86. Salam cikgu,saya masih x faham nak beza belanja am dengan pelbagai.
    Mohon pencerahan.
    Terima kasih

  87. Hadif,

    Secara mudah… mana2 urus niaga yang biasanya ada akaunnya tersendiri… kita catat di lajur pelbagai… cth : Belian, Derma, dll.

  88. Sampul surat kira pos atau alat tulis?

  89. Hadif,

    Sampul surat –> Alat tulis
    Sampul dan setem –> Pos

  90. terima kasih banyak banyak cg

  91. Cikgu, saya nak penjelasan tentang buku tunai runcit. Saya diberi tugas untuk membuat lejar dari BTR. Jadi di bahagian lejer tersebut..contohnya a/k alat tulis, saya perlu tulis tunai runcit dgn jumlahnya atau jenis belian yang dibuat(seperti beli kertas warna/sampul surat)?

  92. Navy,

    Ikut catatan bergu:
    Ak Alat Tulis
    Dt Tunai Runcit xxx

  93. Terima kasih cikgu.

  94. cikgu , tumpang tanya . apa fungsi belanja am dalam BTR ni ?

    kalau ada soalan tanya

    ” membayar upah cuci tingkap ”
    ” membaiki kipas pejabat ”

    bukankah itu masuk dalam belanja pejabat ? tapi , dalam soalan tu tak tulis pun ada alatan pejabat dalam analisis bayaran .

    dia cuma tulis belanja am . macam mana tu cikgu ?

  95. Jjennise,

    Masukkan dalam lajur analisis yang paling sesuai.. jika tiada belanja pejabat –> belanja am.

  96. Cikgu… Kalau buku tunai runcit.. Beli sebuah pencetak masuk dalam alat tulis ke atau belanja pejabat

  97. Haresh,

    Beli aset.. sepatutnya lajur PELBAGAI.

  98. macam mana nak rekod
    jurnal pelarasan :
    D+ tunai RM200
    K+ ambilan RM200
    dan
    D+ Insurans prabayar RM300
    K+ Insurans RM300
    DALAM LEJAR PELARASAN

  99. Vin,

    1. Buka kedua2 akaun yang terlibat…. masuk catatan urusniaga ysng sedia ada (bagi akaun yang telah wujud).
    2. Catat item pelarasan tersebut ke akaun2 berkenaan secara catatan bergu.
    Cth :
    Ak Insurans
    Kt Insurans prabayar 300

    Ak Insurans Prabayar
    Dt Insurans 300

  100. salam cikgu,soalan saya:
    1) apakah fungsi buku kawalan tunai runcit?
    2) apa kesan mematuhi prosedur kewangan dalam pengurusan tunai runcit?
    3) bagaimana cadangan panjar wang runcit diluluskan?

  101. Cikgu, tapi pinjaman Bukan sesuai untuk direkod Dalam buku tunai runcit kan?..sepatutnya Dalam buku tunai Kan?

  102. Thehotness,

    Kena lihat kepada jenis dan jumlah pinjaman juga… jika pinjam kepada pekerja dalam jumlah yang kecil … boleh juga BTR.

  103. cikgu , kalau membeli tisu tandas ni sesuai masuk lajud mana ya antara belanja pejabat dan pelbagai ? terima kasih cikgu

  104. Jenifer,

    Belanja Pejabat.
    Lajur PELBAGAI –> hanya untuk belanja/bayaran yang ada akaunnya sendiri.. contohnya : Belian, Kadar Bayaran, Pinjaman.

  105. cikgu apa maksud dana apungan tunai runcit

  106. Nurul,

    Sejumlah wang yang diperuntukkan untuk BTR bagi suatu tempoh tertentu.. cthnya RM200 untuk 2 minggu @ 1 bulan dll…

  107. Cikgu surat khabar dan majalah dalam buku tunai runcit nak catat di mana?
    belanja pos,belanja pejabat atau alat tulis?

  108. Wzy,

    –> Belanja pejabat

  109. cg, apakah sebab berlakunya perbezaan antara baki dalam peti tunai runcit dan baki dalam buku kawalan tunai runcit?

  110. Qaisara,

    Cuba fikir… apa sebab2 yang mungkin… duit yang ada dalam bag kita ada RM80… tapi daripada rekod kita dalam buku masih ada RM100.

  111. Cg,apa 3 sebab perbezaan antara baki dalam peti tunai runcit dan dalam buku kawalan tunai runcit?

  112. Cg, apakah kaedah yang digunakan bagi menyimpan dokumen simpanan dan baucar bayaran di dalam fail?

  113. Qis,
    1. Antara sebab2nya : ketinggalan catatan… kesilapan catatan dan ada unsur penyelewengan.
    2. Maaf, Nama kaedah Cg tidak pasti.

  114. Cikgu,minta tanya membeli pencetak dan beli sebuah meja pejabat tak peluh catat dalam buku tunai runcit ke?

  115. Hi cikgu, bagi dakwat pencetak nak letak di alat tulis atau belanja pejabat?

  116. Lena,
    Beli aset… tidak dicatat dalam BTR.

    Jessie,
    Alat tulis.. lebih sesuai..

  117. Terima kasih cg

  118. Cikgu bayaran tol nak letak di mana kalau tiada beri lajur pelbagai

  119. Lena,

    Tidak sesuai.. lajur PERBAGAI..
    Lebih sesuai TAMBANG

  120. Terima kasih cikgu

  121. Hello Cikgu,Bil telefon blh letak di buku tunai runcit tak?

  122. Liyana,

    ya boleh..

  123. Hi cikgu, kalau dana runcit RM200, kemudian ada pelanggan bayar balik pinjaman RM30 (penerimaan dt), dan jumlah pembayaran kt ialah RM175, maka baki hb perlu mencukupi RM200 atau RM230? macam mana nak balance kan jumlah di bahagian debit dan kredit?

  124. Maisara,

    Ikut cara cari BAKI H/B & BAKI B/B… seperti biasa.

  125. Cikgu,
    Wang sebanyak RM250 diperuntukkan sebagai dana tunai runcit.
    RM250 perlu letak sebagai bank atau tidak?

  126. Kerist,

    Ya.. sebagai item penerimaan.. 1 hb.. butirnya BANK

  127. Cikgu

    Kalau hanya ada kolum belnja pejabat dan alat tulis. Betul x jawapan sy di bawah

    Kertas A4 – alat tulis
    Fail – belanja pejabat
    Alat meja – belanja pejabat

  128. Ralat cg.. alas meja

  129. Naz,

    Fail… lebih sesuai Alat Tulis

  130. assalammualaikum cikgu , kenapa tunai di tangan tak masuk buku tunai runcit yea ? thankyou in advancee

  131. farah, waalaikumussalam.

    Tunai di tangan –> Ak Tunai

  132. Selamat sejahtera cikgu, dakwat mesin pejabat nak letak di alat tulis atau belanja pejabat

  133. Yow,

    Alat Tulis lebih sesuai..

  134. salam..kalau ayat tulis kata nilai permulaan buku tunai runcit rm350.. jumlah baucar buku tunai runcit pd hujung bulan rm270..berapa nilai yang juruwang patut minta untuk balancekan buku tunai runcit?

  135. Liyana,

    Rujuk kepada konsep sistem panjar….. juru wang akan mengantikan balik jumlah yang telah dibelanjakan,, supaya jumlah Tunai Runcit pada awal bulan berikutnya cukup RM350.

  136. Belanja petrol lajur man? Sampul surat? Tips minum an? Surat berdaftar?

  137. Beli katrij komputer=masuk dalam (alat tulis/belanja pejabat)?
    Beli pencetak= masuk dalam (alat tulis/belanja pejabat)?

  138. Fatihah,

    Katrij komputer –> Alat Tulis
    Beli komputer –> Tak masuk… sbb beli ASET.

  139. Cg kalau upah bersih pejabat dan surat berdaftar di bhagian belanja am atau belanja pejabat?

  140. Fazira,

    Pada pandangan cg,
    Surat Berdaftar.. lebih sesuai Belanja Pos.. jika tiada –> Belanja Am
    Upah bersih pejabat –> Belanja Pejabat

  141. hi CIKGU, beli sampul surat nak letak di lajur pelanja pos atau alat tulis?

  142. cikgu beli fail pejabat nak letak di lajur alat tulis atau belanja pejabat??

  143. cg,

    Sampul surat –> Alat Tulis
    Sampul & setem –> Belanja Pos
    Fail2 –> Alat Tulis

  144. Okay terima kasih cikgu

  145. Cikgu, jika sampul surat dan setem letak lajur yang mana??

  146. May Qi,

    Sampul surat —> Alat Tulis
    Sampul & setem –> Belanja Pos

  147. Kalau dia tak bagi baki b/b.. Dia terus bagi wang permulaan rm 350 diperuntukan sebagai Dana tunai runcit.. Nak tulis butir Bank ke baki b/b?

  148. Jenny,

    baru mula… tiada baki dari bulan sebelumnya.. maka penerimaan wang tersebut daripada akaun Bank.. maka butirnya BANK 350

  149. pencetak nk letakkan kt lajur alat tulis atau belanja pejabat ?

  150. Dina,

    Pembelian ASET.. tidak boleh menggunakan duit darpada Tunai Runcit… maka item tersebut TIDAK PERLU dicatat dalam Buku Tunai Runcit.

  151. Assalam ckgu, sampul surat termasuk dalam belanja pejabat atau alat tulis?

  152. Irdina, waalaikumussalam.

    Alat Tulis

  153. cikgu?kalau soalan buku tunai runcit bagi ‘dana runcit RM380?baki b/b RM180?tunai di tangan RM550’?kena macam mana catat dalam buku tunai runcit?tunai di tangan kena macam mana diurus ataubiarkan saja?
    terima kasih cikgu

  154. Khalisa,

    Buku Tunai Runcit
    1hb Baki b/b … 180
    1hb Tunai……..200

    Pindahkan daripada tunai ditangan ke tunai runcit 200

  155. 1.Dimanakah sepatutnya dokumen dan baucar tunai runcit di simpan?

    2.Dimanakah Borang tuntutan Gantian Tunai Runcit dan Baucar Bayaran yang telah siap di semak dan disahkan oleh pengurus di simpan?

  156. gulu,

    Sediakan fail khas untuk simpan dokumen2 tersebut.

  157. Cg apa langkah² mengesan kiraan tunai runcit??

  158. Faiz,

    Maaf, Cg tak faham kiraan apa yang hendak dikesan..

  159. cikgu,mengirim surat berdaftar letak di penerimaan atau pembayaran?

  160. Cheng,

    Pembayaran

  161. Mac 1 Menerima wang tunai drpd kerani RM200
    Mac 31 Terima cek tunai drpd kerani utk menggantikan semua perbelanjaan tunai runcit

    Cikgu,saya nak tanya macm mana rekod dlm buku tunai runcit?

    Memberi tip yang ni rekod ke pelbagai ke?

  162. Tan,

    1hb.. Bank 200 (dt)

    31hb Bank xxx (dt) –> nilai rujuk JUMLAH WANGBYANG TELAH DIBELANJAKAN.

    ITEM PELBAGAI.. merujuk kepada urusniaga yang mempunyainya Akaunnya sendiri… cth Belian.. Pinjaman

  163. Cikgu apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh kerani tunai runcit jika berlaku kesilapan dalam pengiraan tunai runcit..

  164. Faiz,

    Buat catatan pembetulan kesilapan..

  165. Cg,kalau sabun pencuci tangan belanja pejabat atau pelbagai

    Upah pencuci belanja pejabat atau pelbagai

  166. Kalau plastik sampah belanja pejabat atau alat tulis atau pelbagai

  167. Kalau salinan kunci pejabat belanja pejabat atau pelbagai

  168. Siti,

    1. Sabun pencuci –> Belanja pejabat
    2. Upah pencuci –> boleh Pelbagai (jika ada)
    3. Plastik sampah –> Belanja pejabat
    4. Salinan kunci –> Belanjs Pejabat

  169. cikgu,untuk buku tunai runcit…beli katrij pencetak dalam alat tulis atau belanja pejabat?

  170. Rina,

    Alat Tulis..

  171. Cikgu, inventory tu perlu letak dalam buku tunai ke? Letak kt bahagian bank ke ?

  172. Zester,

    Inventori tidak melibatkan.. Buku Tunai.
    Ianya adalah Baki b/b dalam Ak Inventori.

  173. Jadi tak maklumat tu tak payah letak ke cikgu ?

  174. Zesfer,

    Ya..

  175. Hi cikgu saya nak tanya derma nak letak di lajur belanja pejabat atau pelbagai?

  176. Evan,

    DERMA –> PELBAGAI

  177. cikgu nak tanya sekiranya bagi sampul surat dalam buku tunai runcit tetapi harus tunjuk lanjur belaja pos, belanja pejabat dan minuman sahaja. So, saya letak sampul surat dalam lajur apa?

  178. Sampul surat sepatut Alat Tulis
    Sampul dan setem –> Belanja Pos.

    Memandangkan tiada lajur Alat Tulis.. maka lajur Belanja Pos lebih sesuai.

  179. cg,

    kalau belanja petrol duduk di tambang kan?

  180. Ya.. berkaitan dengan pengangkutan..

  181. Kalau belanja melebihi rm100 utk per item boleh masuk dalam buku tunai runcit tak cikgu? Contoh, tambang teksi rm150

  182. Berapa amaun bayaran per item yang boleh menggunakan buku tunai runcit?

  183. Runjuk jumlah peruntukan setiap bulan dan jenis perbelanjaan.. runcit.

    Tambang teksi –> Belanja Runcit

  184. membeli barang niaga sebanyak rm30 letak pelbagai?

  185. Belian –> Pelbagai

  186. cikgu, dalam buku tunai runcit
    – beli sebuah meja pejabat
    – bayar gaji kerani

    nak letak dalam column mana (belanja pejabat/belanja pos/alat tulis)

  187. Kedua2nya tidak melibatkan Wang Tunai Runcit… abaikan.

  188. – menghantar bungkusan melalui pos
    – beli sampul surat pos ekspress
    – membayar tambang lrt
    – menghantar surat berdaftar
    – hantar bungkusan berdaftar
    – derma jogathon

    nak letak dalam column mana? (belanja pejabat/belanja pos/belanja perjalanan/alat tulis)

  189. 1. Belanja pos
    2. Belanja pos
    3. Belanja perjalanan
    4. Belanja pos
    5. Belanja pos
    6. Tak masuk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.