Kos Pengeluaran

KUIZ : Kos Pengeluaran

Congratulations - you have completed KUIZ : Kos Pengeluaran. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Butir yang manakah akan dicatat ke Akaun Pengeluaran?
A
Jualan
B
Gaji jurujual
C
Gaji buruh langsung
D
Susut nilai perabot kedai
Question 2
Antara yang berikut, manakah kos berubah?

I Kos buruh

II Sewa kilang

III Insuran kilang

IV Kos bahan mentah

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 3
Antara yang berikut, manakah elemen kos pengeluaran?

I Kos overhed

II Kos barang siap

III Kos bahan mentah

IV Kos buruh langsung

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 4
Antara yang berikut, yang manakah kos overhed bagi sebuah firma pengeluaran?

I. Bahan langsung

II. Upah pekerja kilang

III. Belanja alat-alat kecil

IV. Susutnilai mesin kilang

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 5
Data 4 ialah maklumat yang diperoleh daripada Kilang Aina.

Stok bahan mentah 1 Jan 2005 = RM3 500

Belian bahan mentah = RM25 500

Duti import bahan mentah = RM1 400

Upah buruh langsung = RM2 000

Stok bahan mentah 31 Dis 2005 = RM4 500

Hitungkan kos bahan mentah yang digunakan.
A
RM 24 500
B
RM 25 900
C
RM 26 500
D
RM 32 400
Question 6
Apakah komponen kos overhed?

I Alat tulis kilang

II Alat-alat kecil

III Gaji tak langsung

IV Bahan mentah kilang

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 7
Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan sebuah kilang.

Belian bahan mentah = RM50 000

Kos buruh langsung = RM10 000

Kos buruh tak langsung = RM4 000

Sewa kilang = RM2 000

Stok akhir bahan mentah = RM8 000

Berapakah kos prima kilang?
A
RM42 000
B
RM46 000
C
RM52 000
D
RM58 000
Question 8
Item manakah yang diambil kira dalam menghitung kos prima?

I Belanja alat kecil

II Susut nilai mesin

III Gaji operator pengeluaran

IV Angkutan masuk bahan langsung
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 9
Dalam pengiraan kos pengeluaran, komponen manakah cap dagangan (paten) akan dicatat?
A
Kos overhed
B
Belanja langsung
C
Kos buruh langsung
D
Kos bahan langsung
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 9 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
6789End
Return
  1. Cg, sebenarnya alat- alat kecil sepatut dikategori sbg ABS dan bukannya kos overhed, kalau tulis sbg belanja alat alat kecil (S/n) maka dianggap lagi sesuai , boleh beri tunjuk ajar?

  2. saya setuju dengan Ms wong. Pada pendapat saya, item “alatan kecil” sepatutnya dianggap sebagai ABS. Maka belanja susut nilai alatan kecil harus diperuntukkan. Namun, jika soalan memberi item “belanja alatan kecil” (berdasarkan konsep materialiti), kita akan mengelaskannya sebagai “belanja”. Dengan ini, belanja susut nilai tidak dilakukan. Apakah pendapat cikgu?

  3. Cikgu, dalam topic rekod tak lengkap, apabila alatan kecil dianggap sebagai ABS dan disusut nilaikan, bagaimanakah alatan kecil ini dan susut nilai terkumpul dipersembahkan dalam Kunci kira-kira? Contoh:

    Stok alatan kecil pada 1/1/2010 – RM1000
    Belian alatan kecil – RM400
    Stok alatan kecil pada 31/12/2010 – RM1300
    Maka, BSN = RM1000+RM400-RM1300=RM100
    Dalam KKK, cara manakah adalah betul?
    Cara 1: ..Alatan kecil 1400
    – Susut nilai terkumpul 100
    ——–
    1300
    ======
    ATAU,
    Cara 2: Alatan kecil 1300

  4. Ms Wong & Martina,

    Pada pandangan saya, Ini cuma masalah penggunaan BUTIRAN “Alat-alat kecil”
    1) Dalam KKK : “Alat-alat kecil” adalah merujuk kepada STOK ALAT-ALAT KECIL yang dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    2) Dalam Kos Pengeluaran : Kos Overhed : “Alat-alat kecil” adalah merujuk kepada BELANJA ALAT-ALAT KECIL.

    Cadangan saya, bagi mengelakkan kekeliruan pelajar.. kita bezakan penggunaan BUTIR tersebut:
    1) KKK : gunakan STOK ALAT-ALAT KECIL
    2) Kos Overhed : gunakan ALAT-ALAT KECIL / BELANJA ALAT-ALAT KECIL

    # Kes ini bersamaan dengan ALAT TULIS.

  5. Jika “stok alat kecil” dianggap sebagai AS, susut nilai tidak boleh diperuntukkan. Kita cuma boleh menggunakan “belanja alat kecil”, dan bukannya “susut nilai alat kecil” dalam akaun pengeluaran. Namun, saya sering lihat jawapan dalam buku latihan (work book) menggunakan “susut nilai alat kecil”. Ini amatlah kelirukan…

  6. Martina,

    Pada pandangan saya,
    Ilmu perakaunan adalah LUAS dan sentiasa berkembang, … terdapat banyak kaedah yang digunakan bagi sesuatu perkara dan penggunaannya mengikut kesesuaian… seperti jenis, saiz, dasar, amalan sesebuah perniagaan dll.

    Namun, pandangan saya disini adalah merujuk kepada skop SPM, di mana ALAT-ALAT KECIL lebih kepada alat2 seperti pemutar skru, spana, tukul atau jarum, benang…. jadi adakah sesuai alat2 tersebut dikelaskan sebagai ASET BUKAN SEMASA ?

    Pada saya, ianya lebih sesuai dinyatakan sebagai STOK ALAT-ALAT KECIL dan dikelaskan sebagai ASET SEMASA, maka penggunaan BELANJA ALAT-ALAT KECIL lebih sesuai berbanding SUSUT NILAI ALAT-ALAT KECIL.

    Bagi kes2 lain, jika Alat-alat Kecil tersebut dikelaskan sebagai ABS, maka penggunaan SUSUT NILAI ALAT-ALAT KECIL adalah sesuai untuk digunakan. Cuma buat masa ini saya belum dapat gambarkan apakah contoh Alat2 Kecil yang boleh dikelaskan sebagai ABS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.