LUAR SUKATAN SPM

Bagi mengelakkan KEKELIRUAN kepada pelajar-pelajar SPM, maka halaman ini disediakan.  Maka segala persoalan yang dikemuakan DILUAR SUKATAN SPM akan dipindahkan ke di SINI.

  1. Apa perbezaan item di bawah kaedah langsung dan kaedah tak langsung cikgu?

  2. Maksud saya untuk Penyediaan Penyata Aliran Tunai.. ada dua kaedah… apakah perbezaan item2 di bawah kaedah langsung dan tak langsung.

  3. Tan,
    Terdapat dua (2) cara untuk menyediakan PENYATA ALIRAN TUNAI iaitu kaedah langsung dan kaedah tidak langsung. Kedua-dua cara menghasilkan subtotal yang sama bagi aktiviti operasi, pelaburan, pembiayaan dan perubahan tunai bersih. Perbezaan kedua-dua kaedah adalah senarai item di dalam bahagian aktiviti operasi sahaja.

  4. salam cikgu ,
    Bagaimana membetulkan kesilapan dalam jurnal am ?
    1.semakan pengiraan cukai yang perlu dibayar pada 1 April 2008 sebenar ialah RM10900 . Jumlah itu telah dijelaskan pada 1 Januari 2009 dan didebitkan ke akaun belanja pentadbiran . Liabiliti cukai untuk tahun semasa yang dianggar ialah RM22800 .

  5. Yen,
    Bagi topik ini, kita kena kenal pasti :
    1. Apakah jenis kesilapannya ? Di mana silapnya ?
    2. Akaun mana yang SILAP dan Akaun mana YANG SEPATUTNYA ?
    3. Berapakan AMAUN yang perlu diperbetulkan (ditambah / dikurangkan) ?

    Setelah kita kenalpasti KESILAPAN, baru mudah untuk kita lakukan PEMBETULAN.

  6. assalamualaikum….

    cikgu, apakah beza aset alih dengan aset mudah cair. Adakah ia merujuk kpd perkara yang sama ?

  7. Ila, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg, ASET ALIH adalah merujuk aset bukan semasa seperti kenderaan, peralatan dll. Manakala ASET MUDAH CAIR adalah merujuk kepada Aset Semasa seperti Stok, Penghutang, Bank, Tunai … di mana sifatnya mudah ditukarkan kepada TUNAI.

  8. problem is given the following items:
    a.tractor purchsed (8.1.79) $12,000
    b.accounts payable (12.31.79) 2,000
    c.grain sales during 1979 66,000
    d.cash on hand 1,200
    e.land :300 acres owned,currently valued at $1,000/
    acre but purchased at $750 300,000
    f. continjent tax liability on unrealized gains on farm land 18,000
    g. market value of 400 shares of american motors stocks as of 12.31.79 2,000
    h.market value of corn inventory (5000 bushels)
    12.31.79 13,000
    i.market value of machinery 12.31.79 42,000
    j.machinery depreciation during 1979 5000
    k.accrued interest on PCA loan 12.31.79 700
    l.fire insurance premium for 1980 paid 12.15.79 300
    m. 100 acres of land rented from jim landlord valued at $1000 per acre 100,000
    n. off farm income received during 1979 12,000
    o.1979 farm property taxes of $1800 due..4/1/80 1800
    p.debt to federal land bank (12.31.79),$5000 due on principal (7.1.80) 140,000
    q. market value of corn inventory (5000 bushels)
    12.31.78 11,000
    r. PCA debt on machinery 12.31.79 due in full on 3.1.80
    10,000
    s.interest paid on real estate and machinery loans during 3.1.80 8,500
    t. government farm payment received in1979 2,000
    u.expenditures for seedfuel,repairs and rent in 1979 41,000
    v. value of unpaid family labour during 1979 2,000
    w. accounts payable and prepaid expenses as of 12.31.78were identical to those of 12.31.79
    x. accrued interest on PCA loan as of 12.31.78 was $1200 is includes in interest paid in 1979 listed in them 1200
    y. accrued farm property taxes of $1600 as of 12.31.78 were paid on 12.31.79 1600
    z. principal repaid on real estate loan during 1979 5000
    aa. cash on hand 12.31.78 3600
    bb. family living expenses, income taxes and social security taxes 14,000

    select those items needed to complete the following set of accounts for a accounts for a farm operator fanily:

    1. a current market value basis balance sheet as of 12.31.79
    2. an income statement for 1979
    3. an annual cash flow statement for 1979.

    cikgu yang baik hati tolglh selesaikan mslh sy ini..sy xpaham nk bt mcm mne…asigment ni da nk kne submit..hope ckg boleh tlg….

  9. Sahida,
    Maaf, Cg hanya bantu anda untuk memahami mana2 yang kurang faham sahaja bukan untuk menyelesaikannya.

  10. salam sir,

    i have a question here.. it so complicated to understand it, hope u can help me to solve this adjustment questions~

    below are the information extracted from Hanim’s book as at 31 january 2003.

    As at 1 february 2002:
    prepaid Rent Received RM 1,200
    accrued Commission Received RM 800

    During the year ended 31 January 2003, Hanim had received the following cheques :

    ~ RM 5,400 from Farah for rental of building.
    ~RM 2,800 from Yakin Trading for payment of commissions.

    As At 31 January 2003 :
    Accrued Rent Received RM 600
    Accrued Commission Received RM 400

    Q : Prepare the journal and related ledger

  11. prepaid expenses, deffered charges dan integable asset menggunakan teori yg mana?

  12. Maaf, Cg kurang faham teori yang mana dimaksudkan. Mungkin yang dimaksudkan oleh Nasir ialah “Accrual-basis accounting“.

    Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, boleh rujuk laman berikut :

    1. prepaid expenses & deffered charges

    2. integable asset

  13. terima kasih…

  14. salam..saya ada byk kemusykilan..saya kerja kat kedai runcit.yg menjadi masalah saya ialah ,bos saya tidak bgi data yang lengkap untuk saya buat akaun, plus saya bukan belajar akaun..tp i’m learning..jadi imbangan duga tak leh buat,ap pe pun tak leh buat..saya ada rekodkan:
    a) sales
    b)pemiutang dari salesman
    c)belanja(tapi ada jgk yg tak lengkap)
    oleh itu dari skrg.apa yang perlu saya lakukan?
    saya nk cari untung rugi dgn kaedah perbandingan..bleh x saya dapatkan kunci kira-kira dgn situasi saya skrg ni.?
    dan saya x paham apa itu belanja terdahulu n hasil terdahulu?
    contohnya 1 mac 2011, maklumat apa yang saya kena masukkan dalam belanja terdahulu?adakah belanja pada bulan feb?tq..

  15. Bila data/maklumat tidak lengkap, maka laporan kedudukan kewangan juga akan jadi tidak tepat. Nadia boleh menggunakan cara Rekod Tak Lengkap kaedah perbandingan / kaedah analisis (bergantung kepada data/maklumat yang ada) bagi mencari Untung Bersih serta menyediakan Kunci Kira-kira dengan syarat ada maklumat2 berkaitan Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik (Modal).

    Belanja Terdahulu ialah belanja dimana kita bayar terlebih dahulu untuk masa hadapan. Contohnya kita bayar sewa kedai untuk bulan hadapan, maka dipanggil Sewa dibayar Terdahulu. Begitu juga dengan Hasil Terdahulu, iaitu kita terima terlebih dahulu hasil untuk bulan hadapan.

  16. salam cikgu, saya nak tanye berkaitan pembaikan dan ubahsuai. Pembaikan dan ubahsuai meruapakan aset tetap, sy keliru utk kelaskan aset di bwh pembaikan dan ubahsuai kerana sesetengah perkara yang sedia ada dlm daftar aset (telah didaftarkan oleh senior) boleh dikatakan kos penyelenggaraan. Cth: seperti mengecat kenderaan syarikat.

  17. Kos pembaikan dan ubahsuai akan menambahkan nilai aset tersebut, maka dikelaskan sebagai Aset Tetap. Contohnya Premis yang masih kosong, katakan berkos RM50,000. Kemudian diubah suai dengan kos sebanyak RM30,000. Kos ubah suai tersebut tidak sesuai dikelaskan sebagai BELANJA (Perbelanjaan hasil) sebaliknya ianya merupakan perbelanjaan modal yang akan menambahkan nilai Premis tersebut, maka kos tersebut dicatatkan dalam akaun Premis bagi menambahkan nilai premis tersebut.

    Manakala kos membaiki / mengecat kenderaan hanyalah kos penyelengaraan yang dikelaskan sebagai belanja sahaja.

  18. assalamualaikum..saya bukan pelajar, tapi saya baru membuka kedai pertukangan emas. Masalahnye, saya dah buat journal,ledger sehingga balance sheet, semuanya ok. Tapi bila nak masuk bulan baru, kena carry forward tunai,aset dan sebagainyekan? Tapi semua baki yang kena carry forward tue kena mulakan balik ke? maksud saya mula dari journal dan seterusnya. Contoh kalau saya ada tunai berbaki rm1000, jadi dalam journal saya kena ada akaun tunai dan satu lagi akaun apa? Yang kedua sekiranya perniagaan saya rugi, adakah perlu saya carry forward dan perlukah menunjuk pengurangan dalam capital. Harap cikgu dapat membantu

  19. Siti Faizah, waalaikumussalam.

    Ya semua baki2 akaun aset, liabiliti dan ekuiti perlu di bawa ke bulan hadapan. Catatan dalam jurnalnya … sebagaimana catatan jurnal am bagi “catatan permulaan”. Untung atau rugi akan memberi kesan kepada Akaun Modal…. dan terdapat 2 cara bagi merekod ak modal tersebut…. 1. kaedah modal tetap dan 2. kaedah modal berubah..

    Saya rasa ruangan ini tidak sesuai untuk membincang secara detail … jika masih perlukan bantuan dan pandangan, sila hubungi saya melalui email.

  20. salam cikgu, saya ingin bertanya berkaitan claim tunai…contohnya company A ada borang claim untuk pekerja claim duit. Masalahnya skrg kalu pekerja minta claim beserta resit sebanyak rm100 tapi diluluskan hanya rm90 atau diluluskan RM110..macamana saya ingin rekodkan transaksi ni? adakah perlu tengok resit yg diberikan atau perlu tengok kepada payment voucher?

  21. Nasir,

    Pada pandangan saya, kita rekod berdasarkan berapa jumlah yang sebenarnya dikeluarkan/dibayar oleh syarikat, iaitu berdasarkan Baucer Pembayaran.

  22. salam cikgu,

    saya pelajar diploma perakaunan. Saya ade soalan tentang topik perakaunan cawangan 1 dan 2.

    Pensyarah suruh cari maklumat tapi saya tak dapat cari. Penat saya google tapi masih tak jumpa. Mungkin cikgu boleh cadangkan mana2 laman web yg boleh saya rujuk.

    Trima kasih =)

  23. Zara,

    Cuba layari laman2 di bahagian : E-LINK PERAKAUNAN.

  24. thanks cikgu..=)
    lg satu soalan, boleh cikgu jelaskan x peruntukan sistematik dan rasional mengenai susutnilai ?

  25. Fadhil,

    Sila rujuk PENENTUAN SUSUT NILAI (klik)

  26. salam cgu boleh terangkan tentang kaedah penetapan harga barangan dan perkhidmatan bedasarkan tradisi kos, berdasarkan persainagn dan berdasarkan permintaan…

  27. salam cikgu, i have one question about balance sheet. My question is how would underreporting assets and liabilities
    appear enhance the balance sheet? boleh tak cikgu terangkan kepada saya tentang soalan 2..

    Terima Kasih..

  28. Sabariah,

    Maaf, Cg kuang arif, sila rujuk :

    1. IAS – 33
    2. how would underreporting assets and liabilities appear enhance the balance sheet
    3. Financial Statements

    Semoga ianya dapat membantu anda.

  29. IAS 2 apa cikgu sbb saya x dpt nak buka pun..

  30. Saya masuk ke aliran Perakaunan (Ting 4) namun subjek Add Math tidak ditawarkan dlm kelas perakaunan di sekolah kami. Apakah kesan kepada peluang kami untuk melanjutkan ke matriks atau IPTA dlm bidang perakaunan nanti?. Saya bercadang utk mengambil Add Math secara luar pakej sahaja kerana minat dan risaukan ttg peluang melanjutkan pelajaran..

  31. Hafiz,

    Setahu Cg salah satu syarat untuk ke Matrikulasi, mesti mengambil Add Mate… jika tidak ambil, maka dengan sendirinya tidak layak untuk memohon. Walau bagaimanapun peluang ke IPT masih lagi terbuka luas. Cg bersetuju dan sokong sekiranya Hafiz ambil juga subjek tersebut di luar pakej.. di mana ianya akan membuka lebih luas lagi peluang untuk melanjutkan pelajaran nanti.

  32. TQVM Cikgu… maklum balas cikgu sgt membantu dan menaikkan motivasi sy…

  33. salam sifu..
    saya nak tanya tentang stok hapuskira..betul atau tidak jika stok hapuskira perlu ditunjukkan dalam akaun perdagangan belian – stok akhir – stok hapuskira. dan stok hapuskira tersebut dianggap juga sebagai belanja dalam akaun untung rugi..betul atau salah andaian saya ini..harap dapat membantu

  34. Sheila,

    Pada pandangan saya, Stok hapuskira tidak perlu ditunjukkan dalam Penyata Perdagangan sebaliknya diselaraskan dengan nilai STOK AKHIR.. Di mana nilai STOK AKHIR dalam Penyata Perdagangan mengambarkan NILAI SEBENAR stok akhir yang ada dalam perniagaan pada akhir tempoh perakaunan setelah mengambilkira stok hapuskira yang disebabkan hilang, rosak dan sebagainya

    Pada tempoh perakaunan berikutnya STOK AKHIR tersebut akan menjadi STOK AWAL.

  35. saya masih kurang faham..cth stok yang nak dihapuskira 2500 stok akhir dalam perniagaan 20 000.bagaimana pelarasan ditunjukkan..
    stok akhir kita akan niagakan pada tahun kewangan berikutnya tetapi stok hapuskira tidak akan dijual. jadi perniagaan tidak akan menaggung belanja atas kerugian stok hapuskira tersebut ker..
    maaf masih muskil coz ini perniagaan sebenar beralaku jadi saya keliru..harap sifu dapat bantu..

  36. Sheila.

    Pada pandangan saya.
    Penilaian STOK AKHIR adalah berdasarkan PENGIRAAN FIZIKAL melalui rekod seperti Kad Stok… tidak melalui catatan bergu pada rekod perakaunan. Begitu juga dengan stok2 yang rosak, hilang atau yang mahu dihapuskira .. kita akan rekodkan dalam buku catatan / dalam bentuk kad.

    Katakan :
    Kad Stok = RM20,000
    Stok hapuskira = RM2500
    Maka, nilai STOK AKHIR = RM17500 ……….. dicatatkan dalam Penyata Perdagangan.

    Perkara /pengiraan tersebut boleh dimasukkan sebagai NOTA kepada akaun sahaja….. yang dibaca bersama-sama Penyata Kewangan yang disediakan.

  37. ok tq sifu telah faham..

  38. salam ada nak tanya diluar sukaran..

    in dec 1997,company took advantage of an opportunity to purchase a large of quantity of stationery at a bargain price rm2000.no adjustments have been made in the accounts for the fact that three quarters in value of the stationery was in stock on 30 April 1998. adakah soalan ini merupakan correction of error..minta bantuan cikgu bagi idea catatan dt n kt…tq

  39. Sheila,

    Pada pandangan saya, soalan tersebut merupakan PELARASAN, dan ianya juga boleh dijadikan item PEMBETULAN KESILAPAN… iaitu jenis ketinggalan catatan.
    Cadangan catatan bergu : Dt Stok Alat Tulis dan Kt Alat Tulis.

  40. saya ingin bertanya

    apakah yang dimaksudkan dengan penyata aliran tunai secara kaedah langsung dan tidak langsung

  41. Selamat Petang Cikgu

    Soalan:
    Jualan=RM100 000
    Jumlah Kos RM80 000

    Dikehendaki:
    Kos Beubah atas Jualan

    Macam mana buat?

    Terima kasih.

  42. macam mana formula balance of trade, balance on current account & overall balance

  43. kenapa keuntungan bersih tidak semestinya memberikan aliran tunai yang posotif

  44. Afiqah,

    Untung = Hasil – Belanja
    Aliran Tunai merujuk kepada aliran wang tunai keluar masuk.
    Hasil pula terdiri daripada hasil tunai + hasil kredit…. maka HASIL yang TINGGI NILAI tidak semestinya WANG TUNAI masuk juga tinggi, mungkin hasil kredit yang tinggi… Contoh mudah :

    Jualan = jualan tunai + jualan kredit
    Jualan = 100 + 2000 = 2100

    Belian = belian tunai + belian kredit
    Belian = 300 + 1000 = 1300

    Maka Untung = Jualan – Belian = 2100 – 1300 = 800
    Aliran tunai = +100 – 300 = -200

  45. slmt ptg .saya nak tahu apa tu perakaunan cawangan .knp tak boleh dpt nota utk topik ni.terima kasih

  46. Maithily,

    Pada pandangan saya, perakaunan untuk cawangan atau untuk ibu pejabat sama saja dari segi perakaunannya.

  47. salam cik, kalau reverse repurchase agreements dy dlm category CA ke NCA? sy ade masalah nk clasify kan samada mereka2 ni CA ataupun NCA. untuk :
    i. financial investment AFS
    ii.financial investment HTM
    iii.debt securities issued and other borrowed funds.
    terima kasih :)

  48. Idznee,

    Cuba rujuk IAS39 (klik)

  49. Cg,

    pelaburan dari segi saham akan dinilaikan dalam

    -kos sejarah atau
    -harga pasaran

  50. Cg,

    Bagi tanah, adakah kita harus mencatat harga kos walaupun nilai pasaran telah jauh meningkat?

  51. Salam cikgu,
    Saya nk tanya terdapat 5 pekongsi dlm syarikat .bila berlaku kematian adakah automatik terbubar syarikat?jika 3 rakan kongsi dgn nilai syer lebih 50% tiak berminat utk teruskn perniagaan blh kn pembubaran berlaku jika pekongsi utama dgn syer 38% tidak mahu membubarkan perniagaan dan terus menerus berseorang mengurus.
    Jika terdpt tunggakan gaji,adakah rakan kongsi boleh menuntut semula mana2 gaji tertunggak.?

  52. Zamiha,

    Maaf, saya kurang arif.. sila rujuk petikan dibawah sebagai panduan.. semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda.

    PEMBUBARAN PERKONGSIAN

    Pembubaran Secara Tersendiri
    Tmt tempoh – s34(1)(a)
    Projek tmt – s34(1)(b)

    Pembubaran Secara Notis
    Tnpa tempoh, beri notis – s34(1)(c)
    Bubar ikut tarikh trnyata dlm notis @ mula notis dismpaikan pd pkgsi – s34(2)
    (Kes: Tam Kok Cheong & Ors lwn Low Pui Heng)

    Kebankrapan, Kematian @ Cagaran
    Prstjuan para pkgsi utk bubar apbl trdpt sorg pkgsi mati @ bankrap – s35(1)
    (Kes: Khoo Yoke Wah lwn Lee Choo Yam Holdings Bhd)
    Pkgsi diberi pilihan utk bubar jika sorg tlh mencagarkan syernya utk byr hutg peribadi – s35(2)

    Ketaksahan Perkongsian
    Operasi menyalahi undg2 – s36
    (Kes:Hudgell Yeates lwn Watson)

    Pembubaran Oleh Mahkamah
    Permohonan utk bubar – s37 (a – f)
    (a) hlg akal : J lwn S
    (b) ketakupayaan tetap : Withwell lwn Arthur
    (c) kelakuan memudaratkan : Charmichael lwn Evans
    (d) pecah syrat, sengaja @ brturut2 : Cheesman lwn Prince
    (e) kerugian : Handyside lwn Campbell
    (f) adil & sksma, prgduhn : Re Yenidj lwn Tobacco Ltd.

    Sumber: http://ixoramerah.wordpress.com/2011/03/05/pembubaran-perkongsian/

  53. cikgu,
    apa beza penyata aliran tunai kaedah langsung dengan kaedah tidak langsung?

  54. Hajar,
    Terdapat dua (2) cara untuk menyediakan PENYATA ALIRAN TUNAI iaitu kaedah langsung dan kaedah tidak langsung. Kedua-dua cara menghasilkan subtotal yang sama bagi aktiviti operasi, pelaburan, pembiayaan dan perubahan tunai bersih. Perbezaan kedua-dua kaedah adalah senarai item di dalam bahagian aktiviti operasi sahaja.

  55. cikgu,
    Boleh terangkan maksud PENYATA PERUBAHAN EKUITI. Adakah sama dengan PENYATA PERUBAHAN KEDUDUKAN KEWANGAN? Boleh cikgu jelaskan? Terima kasih.

  56. Syimah,

    Setahu Cg, TIDAK SAMA… Penyata Perubahan Kedudukan Kewangan = Penyata Aliran Tunai.

  57. ok. Terima Kasih cg..

  58. Assalam…
    Apakah kesannya terhadap proses pembuatan keputusan pelabur jika maklumat perakaunan tidak diselaraskan?

  59. Azlinaar, waalaikumussalam.

    Sila rujuk “Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan” daripada situ cuba kaitkan dengan kesan keatas pengguna penyata kewangan (seperti pelabur) dalam proses pembuatan keputusan mereka.

  60. dan juga Format untuk Akaun Perdagangan + Akaun Untung Rugi = Penyata Pendapatan

  61. salam cikgu boleh terangkan Tentang Penyata Perubahan Equiti serta formatnya

  62. Ariff,

    Format penyata2 tersebut boleh cari di google.

  63. assalamualaikum.
    cikgu, bagaimanakah cara untuk merekod asset tetap yang dibeli pada tahun 2011 (yg tidak pernah direkod langsung) bagi menyediakan financial statement 2014? Belian pula di beli secara hire purchase loan. Apekah pula kesannya terhadap statement of cash flow?

  64. cg,
    soalan saya adalah mengeluarkan cek rm300 ontuk service kenderaan dan cek rm500 untuk tunai di kedai…dan bagaimanakah dari segi catatn jurnal,catatn lejar,dan pindahanbaki lejar ke dlm akaun perdagangan, akaun UR dan kunci kira kira…saya x faham ..takde basic akaun..

  65. Sany,

    Jurnal Am
    dt belanja membaiki 300
    Kt bank 300

    Dt tunai 500
    Kt bank 500

    LEJAR
    Ak belanja membaiki
    dt bank 300

    Ak Tunai
    dt bank 500

    Ak bank
    kt belanja membaiki 300
    Kt tunai 500

    Ak Untung Rugi (petikan)
    Belanja:
    Belanja membaiki 300

    kkk (petikan)
    Aset semasa:
    Tunai 500
    Liabiliti semasa:
    Bank (overdraf) 800

  66. Terima kasih cikgu..penerangan cikgu dpt menolong sy..

  67. sy ingin bertanya…jika soalan pada akhir tempoh perakaunan 31 dis terdapat baki hasil perkhidmatan rm672000 dan hasil perkhidmatan belum terperoleh sebanyak 16000,
    di dalam maklumat tambahan menyatakan 1/4 dari baki akaun hasil perkhidmatan belum terperoleh masih belum diperoleh pada hujung tahun.
    soalan minta sediakan ID pada 31 dis
    soalan saya bagaimana catatan jurnal bagi soalan diatas

  68. Iza,

    Perhatian !!! Pendekatan peringkat SPM tidak sama.

    Hasil perkhidmatan RM672,000
    Hasil perkhidmatan belum terperoleh (awal) RM16,000
    Hasil perkhidmatan belum terperoleh (akhir) = 1/4 x 16000 = RM4,000, maka catatan pelarasan terhadap hasil yang diperoleh 3/4 (iaitu RM12,000)

    Jurnal AM
    Dt Hasil perkhidmatan RM12,000
    Kt Hasil perkhidmatan belum terperoleh RM12,000

    Imbangan Duga
    Hasil perkhidmatan (672,000-12,000) 660,000 …..sebelah kredit
    Hasil perkhidmatan belum terperoleh (16,000-12,000) 4,000 … sebelah debit

  69. satu lagi jika dalam baki-baki pada 31 dis terdapat sewa prabayar sebanyak rm32000, dalam maklumat tambahan menyatakan baki dalam akaun sewa prabayar adalah untuk tempoh dari dis 2011 hingga mac 2012, jd bagaimana pula catatan jurnal dan bagaimana catatan baki dalam imbangan duga terselaras 31 dis 2011

  70. Iza,

    Sewa prabayar RM32,000 ….. bayar sehingga Mac 2012
    Iaitu prabayar 3 bulan (Jan-Mac) = 32,000 x 3/12 = RM8,000 … jadi BAKI AKHIR Dis 2012
    Belanja untuk tempoh perakaunan semasa = 32,000 – 8,000 =RM 24,000

    Catatan Jurnal Am
    Dt Sewa dibayar RM24,000
    Kt Sewa prabayar RM24,000

    Imbangan Duga
    Sewa dibayar RM24,000 (debit) ….. + baki awal jika ada.
    Sewa prabayar (32,000 – 24,000) RM4,000 (debit)

  71. Assalamualaikum cikgu, sekiranya membeli barangniaga secara tunai dan kredit, adakah kita boleh gunakan jurnal belian? sebab saya tengok nota cikgu jurnal belian digunakan untuk membeli barang secara kredit. harap dapat membantu. terima kasih.

  72. Sebab saya dapat soalan membeli barangniaga secara kredit daripada Syarikat Teguhria RM13,000 dan secara tunai daripada Syarikat Bahgia Sokmo RM4,200. Untuk Jurnal, saya harus gunakan yang mana ya? Saya telah gunakan Jurnal Belian tetapi apa yang saya faham Jurnal Belian digunakan untuk pembelian secara kredit. Jadi saya perlu gunakan Jurnal apa untuk membuat catatan bagi pembelian secara barangniaga secara tunai?

  73. Hafizah, waalaikumussalam

    JURNAL BELIAN dan JURNAL JUALAN hanya digunakan untuk urus niaga belian / jualan BARANG NIAGA secara KREDIT sahaja.
    Manakala SEMUA urus niaga secara TUNAI/CEK… direkodkan dalam BUKU TUNAI.

    # Apa yang saya nyatakan disini merujuk kepada sukatan SPM sahaja. Manakala untuk peringkat yang lebih tinggi seperti Program PJJ kebiasannya hanya menggunakan JURNAL AM sahaja sebagai buku catatan pertama.

    Maka ini cadangan jawapan untuk anda :

    JURNAL AM
    5 Okt Belian 13000 (Dt)
    ………..Syarikat Teguhria 13000 (Kt)
    5 OKt Belian 4200 (Dt)
    …………Tunai 4200 (Kt)

  74. Soalan 1
    mengeluarkan cek RM300 untuk servis kenderaan dan cek RM 500 untuk tunai di kedai.
    jadi saya perlu gunakan Jurnal apa untuk membuat catatan bagi pembelian secara barangniaga secara tunai?

  75. Malar,

    Pada pandangan saya, berdasarkan soalan tersebut, hanya perlu catat dalam Jurnal Am sahaja.. pos ke lejar dan seterusnya tunjukkan catatan dalam Ak Perdaganga, AK Untung Rugi dan KKK bagi item2 yang berkaitan sahaja.

  76. salam cikgu soalan ini melibatkan berapa akun yg perlu saya buka? soalannya: 11 OKTOBER 2014 MENGELUARKAN CEK RM 300 UNTUK SERVIS KENDERAAN DAN CEK RM 500 UTK TUNAI DI KEDAI.

  77. Hamizah,

    Sila rujuk cadangan jawapan saya DIATAS.

  78. Assalamualaikum cikgu, jurnal apakah yang patut saya gunakan untuk pembelian barangniaga secara tunai sebanyak RM4,200 dan pembelian barangniaga secara kredit RM13,000 dr Syarikat Teguhria. Adakah untu pembelian tunai menggunakan Jurnal Pembayaran Tunai dan pembelian secara kredit menggunakan jurnal belian? Harap cikgu dapat membantu saya, terima kasih.

  79. cikgu,
    Jurnal Penerimaan Tunai ialah jurnal khas yang merekod semua penerimaan tunai dan cek oleh perniagaan sebelum catatatan di pos ke akaun yang berkenaan dalam lejar.
    apa maksudnya cikgu?

  80. Ckgu, kenapakah kebanyakan syarikat lebih memilih kaedah tak langsung dalam menyediakan penyata aliran tunai pada bahagian operasi?
    Dan berdasarkan MFRS 107, mfrs tersebut lebih menyarankan kaedah langsung dalam menyediakan penyata aliran tunai pada bahagian operasi. Boleh tak ckgu terangkan mengapa?

  81. Salam,cikgu macm mane nak kire kos perkilangan seunit???ade kaitan ke dgn unit invtri awl ngan akhir??

  82. Cikgu apa beza Penyata pendapatan komprehensif dengan penyata kedudukan kewangan?

  83. Salam cg… Kalau angkutan masuk dia bahagian mane ya… Kos tempoh atau kos produk??

  84. Assalamualaikum Cikgu Narzuki,

    Cikgu, saya student pjj ada kemusykilan berkaitan kaedah du pont. Apakah kaitan Return Equity dan Return of Asset? Pohon pencerahan dari Cikgu.
    Terima kasih Cikgu.

  85. Ina, waalaikumussalam.

    Maaf saya tak pasti… sila emailkan nota/ modul berkaitan dengannya, kemudian baru saya cuba terangkan… setakat yang termampu.

  86. cg,
    bagi 2 contoh berikut, kos sejarah atau pelaporan beasaskan nilai saksama digunakan:
    -harga tanah yang semakin meningkat
    -kemerosotan harga pelaburan

    haga kos atau harga semasa

  87. cg,

    apakah contoh-contoh bagi catatan penutup?

    saya kurang faham.

  88. Chee,

    Pada pandangan saya,
    Pada asasnya direkodkan berasaskan konsep kos sejarah, dan setelah berlaku perubahan nilai dan perkara tersebut ingin dilaporkan, maka catatan pelarasan perlu dilakukan terhadap akaun2 tersebut bagi mengambarkan pelaporan berasaskan nilai saksama

    Contoh catatan penutup .. penutupkan Akaun Stok (iaitu Stok akhir akan jadi Stok Awal tempoh perakaunan selepeasnya), Penutupan Akaun Ambilan dan Untung Bersih ke Akaun Modal.

  89. Salam cikgu.. Tumpang tnya.. Kenapa kebanyakan syarikat lebih gemar menggunakan PAT kaedah tak langsung berbanding kaedah langsung?

  90. Adib,

    Apa yang dimaksudkan dengan PAT?
    Cuba nyatakan apa beza antara keadah langsung & kaedah tak langsung?
    daripada situ kita boleh tentukan apa sebabnya.

  91. Penyata Aliran tunai.. Apa yg sya nmpk kaedah langsung ngn tak langsung ada perbezaan dari segi pengiraan dalam kendalian operasi… Mcm kaedah tak langsung kita perlu masukkn item2 bukan tunai yg diselaras mcm susutnilai dan perubahan modal kerja dalam kaedah langsung kita msukkn item belanja dan hasil yg melibatkan tunai.. Tp yg sya x paham kenapa kebykkn syarikat gemar kepada tak langsung berbanding secara langsung.. apakah puncanya… Mohon penjelasan.. Terima kasih ckgu

  92. Adib,

    Ok, pada pandangan saya, penggunaan kaedah tak langsung adalah lebih mudah kerana semua maklumt diambil daripada penyata kewangan yang telah disediakan sebelum ini, hanya perlu buat pelarasan terhadap item2 yang tidak melibatkan tunai sahaja.
    Manakala kaedah langsung, syarikat perlu mengenalpasti dan mengkelaskan semua item2 yang hanya melibatkan tunai terlebih dahulu, kemudian baru menyediakan PAT.

  93. Boleh tolong terangkan Maksud cukai
    Ciri cukai
    Jenis undang2 dalam cukai dan kajian teori yang berkaitan cukai..

  94. As-salam cikgu..
    boleh saya dapatkan link untuk terjemahan perkataan? contoh: prepaid expenses kepada bahasa melayu..
    sebelum ni saya jumpa kat blog ni.. tapi saya cari tak jumpa..
    dan saya cadangkan kalau boleh wujudkan satu kolum untuk ‘search’ untuk mempermudahkan pencarian.. kalau boleh di buat lah..
    tq

  95. Aizad, waalaikumussalam.

    Terima kasih atas cadangan..
    Boleh guna Laman DBP

  96. assalam cikgu, boleh bantu saya untuk soalan berbentuk begini, perniagaan ahmah membeli barangan niaga daripada syarikat Malek bernilai RM 40,000 sejumlah RM10,000 dibayar dengan CEK TUNAI, bakinya adalah secara kredit.

    Apa maksud CEK TUNAI.

    Yang saya faham :
    Akaun Belian – RM 30,000
    Syarikat Malik – Kredit RM 40,000
    Tapi CEK TUNAI menyebabkan saya jadi x faham terus.
    Jadi bagaimana saya nak rekod untuk jurnal dan lejar jika situasi sebegini.?
    mohon bantuan cikgu.terima kasih

  97. Ummul,waalaikumussalam.

    Dt Belian 40,000
    Kt Sykt Malik 30,000
    Kt Bank 10,000

  98. Salam hormat cikgu, saya nak tanya berkaitan soalan di bawah:
    Pada 1 Mei 2014, Ali memulakan perniagaan dengan modal berbentuk tunai RM30000 dan sebuah kenderaan bernilai RM35,000.
    Bagaimana saya perlu memulakan catatan permulaan. Untuk modal tunai adakah masuk ke dalam Buku Tunai atau Jurnal Am? Adakah kenderaan tersebut masuk ke dalam jurnal am (dt.kenderaan,kt.tunai)?

  99. Dee,

    Catatan Permulaan perlu disediakan dalam JURNAL AM terlebih dahulu kemudian baru diposkan ke lejar yang berkenaan termsuklah Buku Tunai.
    Jurnal Am
    Dt: Tunai 30000 —–> Buku Tunai
    Dt: Kenderaan 35000 —–> Ak Kenderaan
    Kt: Modal 65000 —–> Ak Modal

  100. Terima kasih cikgu. Saya nak tanya lagi, kalau pembelian barangniaga drpd sesebuah sykt secara cek dan bakinya secara kredit, kedua-dua masuk ke dalam jurnal belian?lepas tu pos ke lejar am sekali dengan akaun modal ke?

    harap dpt pencerahan. saya sangat keliru :(

  101. Dee.

    Belian kredit —> Jurnal Belian
    Belian tunai —> Buku Tunai / Bank

    kemudian poskan ke Lejar..
    Urus niaga ini.. tiada kaitan dengan Ak Modal.

    Kitaran perakaunan:
    Urusniaga — Dokumen — BCP — Lejar — ID — Pelarasan — IDT — Penyata Kewangan — Catatan penutup.

  102. assalamualaikum,cg.
    berkenaan soalan ummu, bagaimana hendak buat KKK dan akaun untung rugi dan pendapatan?
    terima kasih

  103. Nur, waalaikumussalam.

    Kita tidak boleh sediakan Akaun Perdaganga dan Untung Rugi serta KKK yang lengkap kerana banyak lagi maklumat yang diperlukan.
    Dalam soalan tersebut hanya sediakan Petikan sahaja.. iaitu tunjukkan akaun2 yang terlibat di dalam Akaun Perdagangan, Untung Rugi atau KKK sahaja.
    Contohnya:

    Ak Perdagangan
    Stok awal
    Belian XXX

    KKK
    Aset Bukan Semasa
    Kenderaan xxx

    Ast Semasa
    Tunai xxx

    Ekuiti Pemilik
    Modal xxxx

  104. Nurul Syuhaida Binti Md. Rawi

    salam cikgu…cikgu ada tak nota atau format penyata ekuiti bagi pemegang saham perakaunan prasiswazah??

  105. cg,
    slmt ptg.

    nak tanya, kalau memulakan perniagaan dgn modal rm40000 dan membayar cek tunai rm10000 untuk membeli barang niaga, cek tunai itu dinamakan sebagai bank atau tunai. kalau bank, semasa dimasukan dalam lejar, rm10000 itu akan dimasuk dalam akaun bank dan akaun belian sajaha atau akan ditolak dalam akaun tunai juga? tolong jelaskan pada sya, sngt mengelirukan :(

  106. Nurul,
    Maaf tiada, cuba google.

    Kausi,
    Sila rujuk komen2 diatas, perkara tersebut telahpun dibincangkan.

  107. assalammualaikum..

    saya ada 3 soalan yg hendak diajukan kepada cikgu..

    Berdasarkan PERS, piawaian yang digunakan bagi nilaian pelaburan adalah merujuk kepada IAS25- Accounting for Investment.

    “Investment classified as long-term assets should be carried in the balance sheet at either:
    (a) cost, or
    (b) revalued amounts, or
    (c) in the case of marketable equity securities, the lower of cost and market value determined on a portfolio basis.

    boleh tak terang mcm mana nilai saham ditentukan samada pada nilai di (a), (b) dan (c).??

  108. soalan kedua.. apa implikasi kepada syarikat sekiranya nilai saham dinilai pada (a), (b) atau (c)???

  109. soalan ketiga.. apa maksud statement di bawah..

    if revalued amounts are used, a policy for the frequency of revaluations should be adopted and an entire category of long-term investment should be revalued at the same time.

    the carrying amount of all long-term investments should be reduced to recognise a decline other than temporary in the value of the investments, such reduction being determined and made for each investment individually.

  110. Lina, waalaikumussalam.

    Maaf, diluar pengetahuan Cg.

  111. assalam cikgu , mcm mana nak sediakan penyata aliran tunai?

  112. saya bukan pelajar akauantan , sekarang ni asasi dan belajar tentang bab ni . saya kene bentangkan mengenal penyata ni dan lect saya minta untuk buat soalan . tapi masalahnya saya x tau mcm mana nak buat soalan tu

  113. Izzuan,

    Boleh rujuk di Bab Belanjawan Tunai.
    Penyata Aliran Tunai = Belanjawan Tunai.
    atau google sahaja tentu akan jumpa mengenainya.

  114. As salam. Saya nak tanya ckg sijil lcci utk pelajar sek ckg spm 2014 dah dpt k

  115. Norhayati,

    Jika masih belum terima, boleh hubungi pegawai LCCI berhubung sijil tersebut.

  116. As salam cg..boleh sy bertanyakan tentang bagaimana Akaun Pengurusan Terkini Syarikat?
    Boleh cg tunjukkan gambaran contoh lejar ?

  117. Myra,

    Bentuk akaun dalam lejar tetap sama ada bentuk “T” ataupun bentuk lajur.
    Pada pandangan Cg, maksud “Akaun pengurusan terkini syarikat” sekiranya kita ingin memohon pembaharuan lesen perniagaan.. ialah sertakan akaun2 syarikat bagi tahun semasa / terbaru.. bukan akaun2 tahun2 lepas.

  118. As salam. Ckg ada maklumat tak ttg lcci utk saya hubungi

  119. Norhayati, waalaikumussalam.

    Cuba layari laman rasmi LCCI
    http://www.lcciasia.com

  120. Mengikut fahaman saya untuk dapat mengakses bank-bank soalan serta soalan-soalan trial…seseorang itu dikehendaki mendaftar serta membayar yuran RM 10 sebulan. ini sebagai suatu diskriminasi bagi pelajar yang tidak berkemampuan…harap maklum dan kerjasama anda amat saya hargai. Sekian.

  121. Mira,

    RM10 untuk SETAHUN… dan boleh muat turun Koleksi Trial dari tahun 2007 hingga 2015… hampir mencecah 100 set soalan lengkap.

    Jika daftar jadi ahli.. untuk 1 hari sekalipun…. keistimewaannya tetap sama.. dapat juga muat turun semua koleksi soalan2 tersebut. Maka saya cadangkan kumpulkan duit 10 sen sehari, insyaAllah 100 hari cukup duit untuk daftar… bila sampai bulan September nanti, dapat pula tambahan Koleksi Trial 2016.

    # Sepatutnya guru yang daftar jadi ahli, muat turun semua koleksi soalan tersebut… bagi kepada pelajar sebagai latihan pengukuhan. Ataupun dijadikan modul soalan topikal, sebagai persediaan kepada pelajar menduduki peperiksaan SPM bulan November nanti.

  122. Salam. Penyata aliran tunai tu untuk merekodkan ape ye sbnrnye? Dan ape step pertama yang perlu dilakukan untuk menyediakan penyata aliran tunai?

  123. Nur Fahda,

    Penyata ALiran Tunai juga dikenali sebagai Belanjawan Tunai.
    Sila rujuk DISINI (klik)

  124. asslm….
    cikgu, macam mna nak jawab soalan ni?

    jualan ; 30000
    kos barang dijual yg berubah : 15000
    kos tetap : 12500

    tuk thn depan dijangka
    1. kos tetap akan meningkat 1000
    2. kos berubah akan meningkat 15%
    3. harga jualan kekal
    4. campurn jualan tidak berubah

    berapa jumlah jualan yg diperlukan tuk thn depan

  125. assalamualaikum cikgu…bolehka bagi jelaskan saya tentang
    1. kos bersama..?macam mna nak kira kalau soalan minta kos bersama?
    2. macam nak cari jualan terbaik?
    harga seunit rm1 = 1000 unit
    ada kenaikan 50 sen tp turunkan 50 unit
    kos berubah 30 sen..

    saya peningla nak jawab…
    bantu saya ya cikgu….

  126. Assalamualaikum cikgu, saya bakal menghadiri interview sebagai guru prinsip perakaunan.
    blh cikgu bagi sedikit tips2.

    saya juga nak tahu adakah ada perbezaan soalan dan silibus dari spm 2007 dengan yg sekarang?

    yg saya sedia maklum hanya tambahan kerja kursus shaja. betul ke?

  127. Mira, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, mesti tahu :
    1. Sukatan dan format pentaksiran SPM
    2. Kaedah P&P yang boleh digunakan.
    3. Ciri-ciri guru yang cemerlang dan P&P yang berkesan.

    Ya. Format pentaksiran SPM 2007 (hanya Kertas 1 dan Kertas 2).. sekarang Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 (kerja kursus)

    Cgu doakan semoga berjaya dalam temu duga tersebut.

  128. terima kasih cikgu atas doa yg diberikan.

    blh cikgu bg link2 web yg saya blh buat rujukan untuk tahu P&P yg berkesan

  129. Mira,

    Boleh rujuk DISINI (klik)

  130. assalamualaikum cikgu,
    saya student dip. saya sdg buat tajuk akaun pengilangan(pengeluaran)… mne saya nk letak item peruntukkan untung tidak nyata? sama ada dlm penyata pengilangan atau penyata perdagangan n UR atau PKK…

  131. Maria, waalaikumussalam.

    Konsepnya mudah sahaja.. apa2 belanja/kos yang melibatkan kilang.. masuk Penyata Perkilangan.. dan belanja/kos yang berkaitan dengan kedai/pejabat masuk PUR… manakala item2 aset, liabiliti dan ekuiti..masuk PKK.

  132. tima kasih cikgu…
    dan ape pula maksod baki PUBN mesti di tolak daripada stok akhir barang siap??????

  133. Maria,

    Cuba jelaskan apa maksud PUBN..

  134. PUBN tu penyata untung belum nyata…

  135. maaf peruntukkan untung belum nyata

  136. Maria,

    Maaf, cgu tidak dapat terang… jika ada format lengkap.. insyaAllah cgu boleh bantu.

  137. ok xpe cikgu tima kasih…

  138. Salam cikgu,

    Apakah klasifikasi akaun untuk item berikut?

    1. Leasehold premise
    2. Freehold land

  139. Alib,

    Kedua2 dikelaskan sebagai Aset.

  140. Cikgu,

    Kalau dalam invois ada letak cukai GST, adakah kita perlu buka akaun cukai? Ataupun kita terus ambik total amount sahaja?

  141. Alib,

    Kena asingkan jualan dengan cukai gst.

  142. Cikgu,

    Cukai GST dikenakan setelah tolak diskaun? Boleh tak cikgu tolong semak proses perekodan transaksi jualan yang ada cukai dari jurnal sampai KKK?

    Contoh transaksi:
    Jualan Kredit
    Penghutang: ABC
    Invois
    Sub total: RM 2000
    Diskaun 5%: RM 100
    Total boleh cukai: RM 1900
    Cukai GST 6%: RM 114
    Total: RM 2014

    Jurnal : Jurnal Jualan (RM 2000)
    Jurnal Am
    1. Dt ABC Rm 114
    Kt Cukai Rm 114
    2. Dt Diskaun Rm 100
    Kt ABC Rm 100

    Lejar: Akaun ABC
    Dt Jualan Rm 2000, Cukai Rm 114
    Kt Diskaun Rm 100

    Akaun Jualan
    Kt ABC Rm 2000

    Akaun Cukai
    Kt ABC 114

    Akaun Diskaun Diberi
    Dt ABC Rm 100

    Imbangan duga:
    Debit
    ABC Rm 2014
    Diskaun diberi Rm 100

    Kredit
    Jualan RM 2000
    Cukai RM 114

    Penyata pendapatan
    Jualan RM 2000
    .
    .
    .

    Tolak: Belanja
    Diskaun diberi Rm 100

    KKK: Aset Semasa
    ABC Rm 2014
    Liabiliti Semasa
    Cukai GST RM 114

    Betul tak perekodan ni? Saya pelajar universiti study course principles of accounting sem ni.

    Terima kasih cikgu.

  143. Alib,

    Diskaun 5% iaitu RM100 merupakan diskaun niaga.. tidak perlu direkodkan..

    Jurnal : Jurnal Jualan (RM 1900)
    Jurnal Am
    Dt ABC Rm 114
    Kt Cukai GST Rm 114

  144. Betul tak Cukai GST masuk dlm KKK d bhgian Liabiliti Semasa?

  145. Alib,

    Ya..

  146. Cikgu,

    Di universiti ni, lecturer tu letak semua transaksi macam beli perabot secara tunai, bayar belanja pengiklanan secara tunai di jurnal am. Sedangkan benda tu setahu saya dicatat terus ke buku tunai. Jurnal am untuk transaksi seperti belian aset bukan semasa secara kredit. Adakah betul cara perekodan jurnal yang dibuat ni?

  147. Alib,

    Asas perekodan pada awalnya semua urus niaga hanya direkod dalam Jurnal Am sahaja… kemudian ilmu perakaunan berkembangan.. diwujudkan JA dan Jurnal Khas serta BT. Jadi tidak salah apa yang telah dipelajari di sana… catatan dalam JA lebih jelas sistem catatan bergunya.

  148. Cikgu.. sya buat PTA mengenai sewa beli dalam sewa beli ada tiga point kecil iaitu, maklumat kemudahan kredit, jadual pembayaran balik pinjaman dan laporan status pinjaman.. cikgu apa maksud maklumat kemudahan kredit.. dan laporan status pinjaman.. bole cikgu tlong terangkan?

  149. Apa klasifikasi Cutting and Assembly Machine? Adakah ia aset ataupun belanja?

  150. Ajib,

    Ianya sejenis mesin…. maka dikelaskan sebagai Aset.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.