Analisis Kos Volum Untung
KUIZ : Analisis Kos Volum Untung
Congratulations - you have completed KUIZ : Analisis Kos Volum Untung.
You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%.
Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1 |
Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran kosmetik berasaskan herba.
Kos berubah seunit = RM25
Kos tetap = RM60 000
Bilangan unit keluaran = 10 000 unit
Titik pulang modal = 5 000 unit
Hitungkan harga jualan seunit kosmetik tersebut.
RM12 | |
RM29 | |
RM37 | |
RM60 |
Question 2 |
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis produk pencuci pinggan yang dikeluarkan oleh Kilang Bersih Berhad
Kos tetap = RM25 000
Kos berubah seunit = RM2
Harga jualan seunit = RM4
Hitung untung sasaran jika kilang tersebut menjual 20 000 unit
RM15 000 | |
RM25 000 | |
RM40 000 | |
RM80 000 |
Question 3 |
En Roslan menjalankan perniagaan kain batik di Mersing. Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada perniagaannya.
Sewa kedai = RM2 400 setahun
Kos berubah = RM 60 sehelai
Harga jualan = RM 100 sehelai
Kirakan unit yang perlu dijual untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM6 000.
60 helai | |
84 helai | |
140 helai | |
210 helai |
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect.
There are 3 questions to complete.
List |
salam.saya kagum dengan respon yang diberikan oleh saudara. untuk tajuk analisis kos volum untung SPM, sama atau tidak dengan soalan STPM ?,,dan, kenapa tiada soalan-soalan bagi subjek perakaunan untuk STPM?,,,
sekiranya ada, boleh tak saudara uploadkan sekali.
Terima kasih. Sebenarnya di sekolah tiada Kelas Tingkatan 6 dan saya sendiri tidak pernah mengajar Perakaunan STPM, oleh itu bahan2 atau soalan2 tiada dalam simpanan saya. Sekiranya saudari ingin mendapatkan maklumat berkaitan STPM, bolehlah layari Blog Perakaunan STPM yang dikendalikan oleh sahabat saya Sifu2b.
cikgu..sy nak tanya..kalau soalan dia bagi macam ni…
2007
unit jualan 55000 unit
jumlah jualan RM 192 500
jumlah kos RM 180 500
2008
unit jualan 57000 unit
jumlah jualan RM 199 500
jumlah kos RM 184 500
soalan: hitung kos berubah seunit?
nak kira tahun 2007 ka 2008 cikgu..
Anim,
Kena guna perbezaan bagi kedua2 tahun tersebut untuk mendapatkan Kos Berubah Seunit. Di mana formulanya :
……… (Jum Kos 2008 – Jum Kos 2007)
KBS = —————————————-
……… (Unit Jual 2008 – Unit Jual 2007)
cikgu…klu dia tanya kos tetap mcm mana pulak
Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah
Maka, Kos Tetap = Jumlah Kos – Kos Berubah
Gunakan maklumat mana2 tahun, katakan 2008.
Kos Tetap = Jumlah Kos – (KBS X Unit Jualan)
……………. = 184,000 – (KBS X 57,000)
……………. = ?
cikgu, klu kos tetap, boleh ambil mana2 tahun ka
Amin,
Ambil mana2 tahunpun jawapannya tetap sama kerana kos tetap dianggap malar.
k cikgu…sy dah paham..
tma kasih
salam cikgu, saya tak faham macam mana nak kira kos berubah seunit, jumlah untung, etc.. semua lah. ada satu soalan saya cuba buat, tapi saya tak faham kenapa jalan kira dia macam tu. cikgu boleh explain dengan formula2 tu tk? thnx.
Ya,
Sila tunjukkan jalan kira tersebut supaya dapat Cg terangkan…. kalau boleh beserta dengan soalannya sekali.
To freely bloom – that is my definition of success.
cikgu mcm mana nak cari harga jualan seunit????
Sekiranya tidak diberikan, kita boleh gunakan formula dibawah, walau bagaimanapun bergantung kepada maklumat yang diberikan dalam soalan.
Harga Jualan Seunit = Jumlah Jualan / Unit jualan
cg mcm mana formula kos perkilangan seunit????terima kasih…
Kos Perkilangan Seunit = Jumlah kos perkilangan / Unit produk
Asslmualaikum ,
cg bagaimana jika hanya diberi utk soalan spt:
Bill unit jualan 25000
jumlah hasil jualan rm 188750
jumlah kos 68750
1. cari kos ttp ?
thanks cg.
Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah
maka, Kos Tetap = Jumlah Kos – Kos Berubah
Cuba dapatkan jumlah kos berubah / kos berubah seunit terlebih dahulu. Cg rasa masih ada maklumat yang belum dinyatakan diatas, yang boleh digunakan untuk mencari kos berubah tersebut.
salam cikgu.. sy terjumpa soalan nie. tp x pandai nk jwb cmne..
” analisis kos-volum-untung memainkan peranan penting bagi membantu pihak pengurusan memilih strtgi pemasaran”.. bincangkan pnytaan tersebut..
sy tidak fhm mengenai kaitannya,, hrp cg blh tlg.. t.k
Fify,
Petikan daripada Nota Matrikulasi :
Maaf, Cg kurang arif megenainya. Cadangan Cg, cuba bincangkan dan kaitkan satu persatu elemen strategi pemasaran iaitu dari segi HARGA, KELUARAN, TEMPAT dan PROMOSI dengan AKVU atau Titik Pulang Modal.
cg narzuki,
salam, nak tanya sikit. sekiranya soalan analisis kos volum untung memberikan kos mesin RM55000 dan kos tetap yang lain, kadar susutnilai tidak diberikan, untuk mencari TPM, adakah kita anggap 55000 itu sebagai kos tetap? saya pernah baca buku rujukan yang ambil the whole of the kos mesin sebagai kos tetap, tetapi saya rasa tidak rasional ? What do you think? please help. thanks
foong
Foong,
KOS MESIN dan MESIN (kos) adalah 2 perkara yang berbeza.
1. MESIN (kos) bermaksud nilai ASET tersebut pada nilai kos. Maka tidak boleh dikelaskan sebagai KOS TETAP, tetapi SUSUT NILAInya setiap tahun boleh dikelaskan sebagai KOS TETAP.
2. KOS MESIN bermaksud kos2 yang terlibat dalam pengendalian Mesin dalam setahun, seperti penyelenggaraan mesin, susut nilai mesin dll. Maka ianya boleh dikelaskan sebagai KOS TETAP.
slm,cg..
n0p tny0 selalu k0 bab nie tubik dlm kerts 2???
ad0 kmgkinn tubik k0 thn nie?
tQ.
Topik ini pernah dikeluarkan tahun lepas dan beberapa tahun sebelumnya, jadi boleh dikatakan selalu juga juga keluar.
Masuk atau tidak pada tahun ini Cg tidak pasti. Bagi Cg semua topik ada kemungkinan keluar pada tahun ini.
Cikgu……lukisan graf mesti 45′ darjah???
Robby Lim,
Tidak semestinya 45 darjah, sekiranya jawab menggunakan graf, kita plot titik ikut unit keluaran – jumlah jualan atau unit keluaran – jumlah kos.
Cikgu,
Bolehkah cikgu jelaskan berkenaan dengan topik TPM, kaedah graf. Mestikah kita bina jadual untuk mengira kos berubah, jumlah kos dan hasil jualan seperti yang ditunjukkan dalam buku teks ms 506? Adakah ini diambil kira sebagai jalan kerja? Adakah markah akan terjejas jika tidak dibuat? Pada pendapat saya, oleh sebab semua garisan ini berbentuk garis lurus (linear), kita cuma memerlukan dua titik sahaja untuk disambungkan. Jika jadual terpaksa dibina, agak banyak masa akan diperlukan untuk melukiskan graf TPM. Ini tidak berbaloi berbandingkan markah yang diberikan dalam soalan SPM 2009. Terima kasih.
Martina,
Saya setuju dengan pandapat tersebut, Sama ada perlu dibina jadual lengkap ataupun tidak bergantung kepada kehendak soalan. Jika dikehendaki bina jadual atau sebagai jalan kerja, pelajar boleh sediakan jadual hanya untuk 2 tahap pengeluaran sahaja…. iaitu :
1. tahap 0 unit pengeluaran
2. apa2 tahap yang difikirkan sesuai mengikut maklumat dalam soalan.
Itupun sudah memadai, dan tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Cikgu,
Kalau ikut buku teks ada 3 cara dalam menentukan TPM iaitu 1) Kaedah margin caruman 2) Kaedah graf 3) kaedah margin keselamatan. Pada pandangan saya margin keselamatan adalah untuk analisis TPM bukan kaedah untuk mencari TPM..kaedah yg ketiga yg sesuai adalah kaedah aritmatik(matematik), apa pandangan cikgu?
Fatimah,
Pada pandangan saya,
Kaedah menentukan/mengira TPM hanyalah 2 iaitu :
1. Kaedah Formula (Matematik)
2. Kaedah Graf.
Apa yang dinyatakan dalam buku teks tersebut adalah KAEDAH untuk ANALSIS TPM ada 3 kaedah iaitu :
1. Kaedah Margin Caruman
2. Kaedah Graf
3. Kaedah Margin Keselamatan
Cgu
Graf kos pengeluaran dlam bab ini sa langsug tak fham….cikgu saya ckap mesti 45 degree….saya rasa tak semesti…
Robby,
Graf Titik Pulang Modal…. bukannya graf kos pengeluaran. Tidak semesti 45 degree, bergantung kepada nilai…. kos tetap, harga jualan seunit dan kos berubah seunit.
Cikgu,
Jika soalan memberi maklumat harga jualan seunit RM5 dan kos berubah serunit RM3 dan sewa kilang setahun RM5000 dan gaji pengurus kilang setahun RM3000 setahun maka kos tetap ialah RM8000, TPM ialah 4000 unit. Dalam soalan lain, jika harga jualan RM5 unit dan kos beruhah seunit RM3, dan sewa sebulan RM500 dan gaji pengurus sebulan ialah RM1000, Perlukah sewa dan gaji itu didarab dengan 12 bulan untuk mencari kos tetap sebulum cari TPM?
Nizam,
Sekiranya TPM yang dikehendaki untuk satu tempoh perakaunan (1 tahun) , maka sudah tentu Kos Tetap tersebut juga untuk SETAHUN (iaitu X 12 bulan).
Cikgu,
Soalan itu tidak dinyatakan sama ada TPM 1 tahun atau 1 bulan dan hanya memberi maklumat Harga jualan RM5 seunit dan Kos berubah RM3 seunit serta sewa sebulan RM500 dan Gaji pengurus sebulan ialah RM1000, Cari TPM?. Adakah kita boleh andaikan soalan itu cari TPM untuk sebulan dan kos tetap ialah RM1500?
Nizam,
Kadang-kadang soalan TIDAK menyatakan dengan jelas tempoh tersebut, tetapi kita boleh kenal pasti melalui maklumat2 yang diberikan secara tidak langsung, seperti tarikh tempoh perakaunan dll…. (jika saya dapat lihat soalan yang LENGKAP, lagi mudah untuk memutuskan ianya untuk 1 tahun / bulan)…. cuma kebiasaannya pengiraan dibuat untuk SETAHUN, walau bagaimanapun bergantung kepada soalan tersebut.
Assalamualaikum cikgu?
bagaimana ingin mencari kos berubah seunit berdasarkan soalan yang diberi ini.
PP pada thun lepas.
jualan (29000x RM42) rm1218000
(-) KosBerubah 812000
Margin Sumbangan rm 406000
(-) Kos Tetap 300000
Untung Operasi rm 106000
1) kirakan TPM dlm unit dan ringgit
2)berapakah margin keselamatan bg syarikat pd thun lepas.
ini sahaja maklumat yg diterima.
sekian terima kasih
Fynass, waalaikumusssalam.
Harga jual seunit = RM42
Kos berubah seunit = RM28 …….. (812000/29000)
Margin caruman seunit = RM14 …….. (42-28 @ 406000/29000)
Kos tetap = RM300000
1) TPM = Kos tetap / MSU = 300000 / 14 = 21428.57 …… 21429 unit @ 21429xRM42=RM900018
2) Margin keselamatan = jualan sebenar – tpm
Margin keselamatan (RM) = RM1218000 – RM900018 = …………….
Margin keselamatan (unit) = 29000 – 21429 = …………………
salam,cg.
Upah langsung masuk dlm kos tetap ke?
or upah tak langsung masuk kos tetap….
Hiken,
Upah langsung = kos berubah
Upah tak langsung = kos overhed = kos tetap
salam cg.
mcm mana nk kira tpm dlm unit dan ringgit kalau dia bg harga jualan rm 40 seunit,kos tetap rm6000 dan kos berubah rm25.
Az,
TPM (unit) = Kos tetap / (Harga jual seunit – Kos berubah seunit)
TPM (unit) = 6000 / (40-25) = 400 unit
TPM (RM) = TPM (unit) x Harga jual seunit
TPM (RM) = 400 unit X RM40 = RM16,000
Cikgu nak Kira kos tetap, kos berubah Dan harga jualan Kalau dia bagi table macam mana ? Dan macam mana nak buat graf ? Terima kasih cikgu
Adam,
Ada 2 bentuk soalan yang menggunakan jadual:
1. Data tahun, unit, jumlah kos, jumlah hasil untuk 2 tahun
2. Data unit, jumlah kos, jumlah hasil untuk beberapa paras kekuaran bermula dengan 0 unit.
Kes 1 : Kos Tetap = Jumkah kos – Kos berubah, Kos berubah = kos berubah seunit X jum unit.
Kes 2 : Kos tetap = jumlah kos (pada paras 0 unit), kos berubah = jumlah kos – kos tetap.
Graf : tahu bentuk/lakaran graf. Terlebih dahulu kenalpasti TPM (dalam unit dan RM), kos tetap…. seterusnya lukis graf tersebut.
salam. nak tanya gaji pejabat tak masuk dalam pengiraan penyata kos pengeluaran ke?
satu lg nak tanya exam akaun tahun ni apa bab yg ckg jangka masuk.
Yati,
Gaji pejabat …tidak melibatkan kos kilang,… maka ianya akan masuk dalam Penyata Pendapatan PEJABAT/Kedai.
SEMUA BAB ada kemungkinan masuk… Cadangan saya, guna masa yang seadanya ini untuk cuba menguasai sebanyak mungkin topik yang ada.. semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir dengan A+.
Jija soalan tidak menyatakan susut nilai mesindan loji, adakah mesin dan loji boleh dianggap sebagai kos tetap semasa mengira TPM? Bagaimsna pula dengan sewavbangunan, adakah boleh dianggapb sebagai kos tetap?
Chan.
Kena rujuk kepada soalan.. kadang2 nilai mesin dan loji yang diberikan mengambarkan kos mesin dan loji yang terlibat sepanjang tempoh tersebut.. maka –> kos tetap.
Sewa bangunan kilang —> kos overhed = kos tetap.
salam cg,,nak tanya,,rumus kos perkilangan seunit tu kan jumlah kos perkilangan / unit produk kn,,mksudnya jumlah kos perkilangan tu ambil jumlah kos barang dikilang kseluruhan tu ke cgu???,,n unit produk tu cntohnya mcm mna???
Alin,
Kos pengeluaran merujuk kepada kos bahan langsung + kos buruh langsung + kos overhed.
Manakala unit keluaran merujuk kepada kuantiti barang siap yang dikeluarkan bagi tempoh tersebut.
asalamualaikum cg narzuki saya nak tanya macam mna nak koss berubah seunit dan harga jualan seunit
Nur Azrin, waalaikumussalam.
Asasnya, KBS = Kos berubah / unit
HJS = Jumlah jualan / unit
assalamualaikum cikgu.. 🙂 saya betul2 tak dapat menjawab soalan nie..harap bantuan cikgu…
pada paras jualan berapakah diperlukan untuk menghasilkan untung bersih RM 120,000?
jualan (12,000 @ 200) RM2,400,000
kos: tetap berubah
B.M.L 240,000
B.L 480,000
OVERHEAD KILANG 192,000 720,000
BLNJ PNTDBIRAN 216,000 96,000
BLNJ2 LAIN 240,000 144,000
TOTAL 648,000 1,680,000
UNTG BERSIH = 72,000
Haida, waalaikumussalam.
cuba guna formula ini:
kuantiti jualan = (kos tetap + untung sasaran) / margin caruman seunit
Asslm cg..sye nak tanye klau soalan mcm ni kluar mcm mne nak jwb ye..sebuah basikal dijual dengan harge RM 480.Jika peratusan keuntunganialah 20% , cari harge kos basikal itu..
Khusnul, waalaikumussalam.
Boleh guna kaedah matematik, KOS = (480/120) X 100 = RM400
Salam cikgu. Macam mana cara nak kira margin keselamatan jika soalan hanya beri jumlah jualan, kos berubah, kos tetap dan harga jualan? Anngaran jualan tidak dinyatakan.
Kai,
Margin keselamatan = Jualan sebenar – Jualan pada TPM
Terima kasih cikgu. So, jalan kerja:
MK= (JUMLAH JUALAN x HARGA JUALAN) – TPM(RM).
Tapi cikgu, soalan a hanya minta tpm unit dan markahnya empat. Soalan b minta mk dan markahnya dua. Markah untuk tpm rm masuk dalam soalan a?
Kai,
Apa masalahnya ?… asalkan kita jawab betul ikut apa yang diminta.
Assalamualaikum, cikgu apa beza kos pengeluaran dengan pengekosan?
Cikgu macam mana nak cari jumlah hasil? Paras keluaran / unit jualan macam mana nak dapatkan kalau dekat soalan tiada?
Shazlin,
Bergantung kepada soalan.. mungkin ada maklumat lain yang diberi dalam soalan bagi membolehkan kita cari nilai jualan.
salam sejahtera cikgu, minta penjelasan ttg soalan berikut:
a) apakah itu maksud perbelanjaan kewangan sebuah syarikat? apakah contohnya?
b) adakah ABS cthnya loji& mesin merupakan kos tetap?
Ricky, selanat sejahtera,
Sila rujuk nota Oebdapatan dan Perbelanhmjaan disini :
https://www.academia.edu/14437194/PENDAPATAN_and_PERBELANJAAN
ABS –> bukan KOS TETAP
Rujuk nota mengenai KOS disini:
https://akaunperniagaan.com/blog/kenali-apa-itu-kos-berubah-dan-kos-tidak-berubahtetap-didalam-perniagaan-anda/
salam sejahtera cikgu, sekiranya dalam soalan ada item disk.diterima dan soalan mengkehendaki kita menyediakan ak.pengeluaran dan penyata pendapatan jd dimanakah kita harus rekod item tersebut? tolak dgn belian bhn langsung dlm ak. pengeluaran atau tolak dgn kos pengeluaran dalam penyata pendapatan??terima kasih cikgu
Ricky,
Secara mudah… kita rujuk BELIAN…
Oleh kerana belian bahan langsung, maka diskaun diterima merujuk kepada kos pengeluaran.
maksudnya disk.diterima akn ditolak dgn belian bhn langsung. am i right? tetapi bknkah disk diterima itu merupakan perbelanjaan kwgn yg terlibat dgn perbelanjaan perniagaan??
Bila belian bahan mentah –> diskaun diterima kontra kepada belian tersebut dalam kos bahan mentah.
Assalamualaikum cg nk tnya mcm mna nk cari kos berubah seunit? Atau apakah formula dia
Sophie, waalaikumussalam.
Bergantung kepada MAKLUMAT yang diberikan dalam soalan.
1. Kos Berubah Seunit = Jumlah Kos Berubah / Unit pengeluaran
2. Kos berubah Seunit = Perbezaan Jumlah Kos / Perbezaan unit keluaran
cikgu boleh bantu saya
papan lipis ent. sedang membuat perancangan jualan.berikut adalah maklumat sedia ada
jualan 30000
kos brg dijual yang berubah 15000
kos tetap 12500
utk tahun hadapan di jangka
1.kos tetap akan meningkat sebanyak rm1750
2.kos berubah akan meningkat sebanyak 10% seunit utk setiap keluaran yang dihasilkan
3.harga jualan akan kekal
4.campuran jualan takkan berubah
berapakah jumlah jualan diperlukan utk tahun hadapan
Memey,
Sepatutnya soalan menyatakan UNIT KELUARAN pada tahun tersebut –> baru kita dapat kira Harga jualan seunit dan Kos berubah seunit.
Kemudian baru boleh kira TPM untuk tahun hadapan.
saya dah agak soalan nie mcm ada kurang cikgu…tapi mungkin saya silap..itu saya mnta pendapat cikgu.
Cikgu. Saya mau tanya KSSM baru ni. Penyata Pengeluaran..kan dulu ada dua jenis format? ( kerja dalam proses) ..KSSM yg bru ni .pakai format yg mana satu? Tau dua2 boleh diterima dlm spm? Bagaimana pula dgn folio ? Pakai format yg mana satu? Terima kasih
XMek,
Kedua2 format masih digunakan.. bergantung kepada maklumat KDP yang diberi dalam soalan..
Jika dalam soalan diasingkan ikut komponen kos –> guna format KDP dalam setiap komlonen kos.
Jika tidak diasingkan –> guna format KDP dibahagian bawah selepas jumlah Kos Prima + KO –> KDP
Soalan
Kos berubah seunit rm58
Kos tetap rm160 000
Kuantiti keluaran 10 000 unit
Titik pulang modal 6400 unit
Bro harga jualan seunit?
Rujuk formula … selesaikan seperti matematik.. tukar tajuk rumus.
TPM = Kos tetap / (HJS – KBS)
# abaikan “kuantiti keluaran” .. hanya perangkap.