PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

Diharapkan pelajar semua lebih bersedia untuk menjawab soalan prinsip perakaunan pada tahun ini. Ini kerana soalan pada tahun ini terdapat sedikit perubahan ekoran daripada Program dua pensijilan yang baru diperkenalkan, iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI.

Dalam usaha menaiktaraf kelulusan Prinsip Perakaunan SPM ke peringkat lebih profesional, maka beberapa perubahan akan dibuat terhadap soalan pada tahun ini. Di mana GAYA PENYOALAN yang digunakan berlainan sedikit berbanding dengan soalan tahun-tahun lepas. Penilaian dan PEMBERIAN MARKAH juga turut berubah mengikut cara pemarkahan LCCI, di mana penekanan diberikan kepada KEMAHIRAN PERAKAUNAN, seperti kemahiran catatan pelarasan dan pengiraan hendaklah ditunjukkan dalam kertas jawapan.

Semoga usaha menaiktaraf ini, menjadikan Sijil Perakaunan SPM setanding dengan Sijil Profesional Perakaunan lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Posted on June 12, 2008, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 129 Comments.

  1. Boleh saya dapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini? Saya dan rakan guru lain belum dimaklumkan tentang perubahan ini. Cg Narzuki, adakah pihak LPM akan menjelajah seluruh Malaysia dan buat kursus kpd guru tentang hal ini?

  2. Sifu2b, sebenarnya LPM telah mengadakan 5 kali Mesyuarat Penataran Prinsip Perakaunan 2008 tersebut bagi seluruh negara mengikut zon, seperti zon utara, zon barat, zon timur (kelantan, terengganu dan pahang), zon selatan dan zon sabah-sarawak.

    Di mana pihak JPN negeri masing-masing telah memilih dan menghantar beberapa orang guru bagi setiap daerah untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Dan pihak LPM mengharapkan agar guru-guru tersebut akan menyampaikan kepada semua guru akaun terutamanya tingkatan 5 di daerah masing-masing. Sama ada penyebaran maklumat tersebut dibuat di peringkat JPN atau PPD bergantung kepada pengurusan JPN (Unit Teknik dan Vokasional) negeri masing-masing. Jadi sila hubungi PPD atau JPN masing-masing untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkara tersebut.

    Harap maklum!!

  3. Terima kasih Cg Narzuki di atas penerangan itu. Saya akan rujuk ke JPNS seberapa segera.

  4. Akum. Baru2 ni saya ada mengikuti Kursus mengenai penggunaan buku teks Prinsip Perakaunan SPM. Sempat juga berbincang dengan pegawai BBT mengenai perubahan soalan ini. Saya juga ada menghubungi rakan di Terengganu berkenaan dengan perubahan gaya penyoalan ini. Sewaktu taklimat di Sarawak saya juga merupakan peserta mesyuarat.
    Daripada perbincangan perubahan rasanya sedikit. Mungkin ini akibat daripada kejutan soalan SPM 2007. Jadi dari situ pihak LPM mahukan guru mengajar mengikut sukatan dan pastikan pelajar memahami konsep.

  5. Assalamualaikum semua,

    Dalam Mesyuarat Penataran Prinsip Perakaunan 2008 yang diadakan itu, terdapat 2 perkara utama yang disampaikan, iaitu :

    1. Semakan Semula Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan

    2. Perubahan Soalan Prinsip Perakaunan SPM bagi tahun 2008.

    Dalam semakan semula sukatan pelajaran itu terdapat beberapa perubahan dari segi penjenamaan semula topik-topik, penambahan sukatan dalam topik sedia ada dan juga penambahan topik baru iaitu PENGGAJIAN. Walaupun terdapat sedikit perubahan dalam sukatan, kami dimaklumkan bahawa Buku Teks Baru TIDAK akan dikeluarkan kerana Buku Teks lama masih boleh digunakan, lagipun ianya melibatkan kos yang tinggi. Jadi bagi topik PENGGAJIAN dan topik-topik yang melibat perubahan tersebut, kemungkinan besar akan disediakan satu Modul khas untuk topik-topik tersebut dan akan diedarkan ke sekolah-sekolah sebagai tambahan kepada buku teks yang sedia ada.

    Pada tahun lepas (SPM 2007) perubahan soalan hanya SEDIKIT sahaja iaitu dimasukkan soalan berbentuk esei pendek dalam setiap soalan (seperti dalam soalan LCCI). Tetapi tidak melibatkan sebarang perubahan dari segi gaya penyoalan dan juga pembahagian markah. Pada tahun lepas juga, pelajar terpaksa menduduki PEPERIKSAAN KHAS yang dikeluarkan dengan kerjasama LPM-LCCI-ACCA untuk melayakkan mereka mendapat Persijilan yang diiktiraaf oleh ACCA dan LCCI. Soalan-soalan tersebut dikemukakan menggunakan gaya penyoalan dan pemberian markah mengikut standard LCCI.

    Manakala pada tahun ini (SPM2008 )., tidak ada lagi peperiksaan khas sebaliknya 2 SOALAN daripada 5 soalan SPM 2008 akan menggunakan gaya penyoalan dan pemberian markah mengikut standard LCCI. Dan 3 soalan lagi masih lagi seperti tahun-tahun lepas (dengan sedikit perubahan). Oleh itu SEMUA pelajar pada tahun ini layak dan berpeluang untuk mendapatkan Persijilan Berganda tersebut. Salah satu penilaian untuk melayakkan mereka mendapat sijil kedua ialah dapat menjawab dengan baik kedua-dua SOALAN KHAS tadi.

    Pada pandangan saya, perubahan pada tahun ini jauh berbeza dengan tahun lepas (2007) sehinggakan pihak LPM sendiri terpaksa turun padang menjelajah ke seluruh Malaysia untuk menyampaikannya. Di mana 3 objektif mensyuarat penataran tersebut diadakan , ialah :

    1. Menatarkan STANDARD PENGUKURAN DAN PENGUJIAN mata pelajaran Prinsip Perakaunan bagi tahun 2008 berdasarkan standard yang dipersetujui dan diluluskan olah LPM, LCCI dan ACCA.

    2. Memberikan pendedahan tentang SKOP dan BENTUK ITEM PENGUJIAN yang telah dipersetujui bagi projek Pensijilan Berganda 2008

    3. Menatarkan KAEDAH PEMARKAHAN SKILL – BASED

    Berdasarkan objektif-objektif tersebut, sama-sama kita fikir-fikirkan dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya demi kejayaan dan masa depan anak didik kita. Dan BUKAN tugas LPM untuk memastikan guru mengajar mengikut sukatan dan pastikan pelajar memahami konsep. Itu saja pandangan daripada saya yang tidak seberapa ini, dan untuk mengetahui sejauh mana perubahan soalan akan berlaku sama-sama kita tunggu bulan November 2008 nanti.

  6. KAEDAH PEMARKAHAN SKILL-BASED

    Satu perkara berhubung dengan “Perubahan Dalam Pemberian Markah” yang ingin saya kongsikan bersama ialah KAEDAH PEMARKAHAN SKILL-BASED.

    Dalam usaha menaiktaraf sijil perakaunan SPM, maka sudah tentu aras soalan akan ditingkatkan supaya setaraf dengan sukatan Level 2 bagi LCCI. Di mana KEMAHIRAN PERAKAUNAN dititik-beratkan, manakala KEMAHIRAN ASAS seperti mengingati format penyata kewangan tidak akan dinilai lagi kerana ianya dianggap perkara asas yang sepatutnya semua pelajar akaun tahu.

    Sebagai contohnya, Soalan 2 : Penyata Kewangan:

    Peruntukan markah ialah 19 markah, kalau dahulu sekiranya pelajar dapat menyediakan Penyata Kewangan tanpa melakukan sebarang pelarasan …. pelajar akan mendapat lebih kurang 9 markah. Dan 10 markah lagi daripada pelarasan yang dibuat.

    Perbezaannya sekarang, markah hanya diberikan kepada item-item yang melibatkan PELARASAN sahaja iaitu 1 atau 2 markah (pastikan pelajar tunjukkan pengiraan). Bagi item-item yang diambil terus daripada soalan tanpa apa-apa pelarasan TIADA MARKAH diperuntukan. Dengan kata lain kalau pelajar hanya sediakan Penyata Kewangan tanpa melakukan pelarasan, maka tidak akan mendapat apa-apa markah. (Tajukpun sudah tidak diberikan markah lagi… tapi kena buat).

    Sebagai perbandingannya :

    1. Sewa dibayar RM600 daripada Imbangan Duga (dalam soalan tanpa melibatkan pelarasan) …. item tersebut dimasukkan dalan Penyata Pendapatan sebagai belanja …. walaupun ianya betul tetapi TIADA MARKAH diberikan kerana itu adalah kemahiran asas sahaja (ingat format).

    2. Kadar bayaran RM400 (dalam Imbangan Duga) dan terdapat maklumat tambahan yang memerlukan pelarasan dilakukan seperti terdapat kadar bayaran terakru RM50. Maka dalam Penyata Pendapatan jika dimasukkan Kadar Bayaran RM450 akan mendapat 1 markah dan dalam KKK iaitu Kadar Bayaran Terakru juga mendapat 1 markah. Markah boleh diberikan sebanyak 2 markah sekiranya pelarasan itu melibatkan 2 atau 3 peringkat pengiraan seperti pelarasan susut nilai ataupun peruntukkan hutang ragu.

    Itulah yang dimaksudkan PERUBAHAN DALAM PEMBERIAN MARKAH sebagaimana yang saya faham daripada apa yang telah disampaikan oleh LPM dalam mesyuarat tersebut.

  7. web ckgu narzuki byk memberi input kepada sy sebagai guru baru

  8. Terima Kasih, kerana sudi melawatinya. Diharapkan Cg Zakiah dapat sama-sama memberikan komen/pendapat/persoalan/maklumat atau apa-apa aje yang berkaitan dengan prinsip perakaunan.

    Tahniah!!! Projek Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 yang diusahakan oleh Cg Zakiah juga agak menarik, ianya merupakan satu idea baru dalam teknik PnP masa kini dengan penggunaan kemudahan ICT.

    Satu lagi laman web menarik yang diusahakan oleh Cg Rithuwan @ Sifu2b bagi membolehkan pembelajaran akses kendiri dilakukan oleh pelajar-pelajar secara ‘online’. Iaitu :
    http://www.sabah.edu.my/csm07003/utama.htm

  9. FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2008

    TIADA perubahan dari segi FORMAT, ianya sama seperti tahun-tahun lepas iaitu:

    Kertas 1 : Soalan Objektif
    40 soalan

    Kertas 2: Soalan Subjektif
    Bahagian A (68 markah)
    Jawab semua 4 Soalan.
    Bahagian B (12 markah)
    Jawab 1 daripada 2 soalan.

    Perubahan yang dilakukan hanya dari segi GAYA PENYOALAN dan CARA PEMBERIAN MARKAH sahaja. Dan tidak semua soalan berubah, kemungkinan 2 atau 3 soalan sahaja.

  10. Terima kasih di atas penjelasan pemarkahan di atas. Saya dah berkongsi maklumat awal Cg narzuki kepada pelajar tingkatan 4 yg saya ajar. saya juga dah beritahu kpd guru perakaunan T5 sekarang. Sedang menunggu maklumat terperinci dari JPNS, tapi belum ada panggilan mesyuarat. Dah rujuk orang tertentu di Jabatan, belum ada lagi panggilan.

  11. Sama-sama, semoga maklumat yang saya sampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru yang tidak terpilih untuk menghadiri mesyuarat penataran yang dianjurkan oleh LPM sebelum ini.

    Dan sekiranya Sifu2b atau mana-mana guru yang mendapat maklumat terbaru /apa-apa aje maklumat berkaitan dengan perkara ini, diharapkan dapatlah kita kongsikan untuk kebaikan bersama.

  12. OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)

    Konstruk yang ditaksir dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan ialah :

    OP1
    – Pengetahuan tentang dokumen sumber perniagaan.

    OP2
    – Kefahaman tentang konsep, prinsip serta kitaran perakaunan yang diamalkan dalam perniagaan

    OP3
    – Kemahiran mengaplikasi
    – Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk membuat penyelesaian dalam situasi biasa atau situasi baru

    OP4
    – Kemahiran mengorganisasi data
    – Keupayaan mengklasifikasi, merekod. Menganalisis dan mentafsir data kewangan berdasarkan perniagaan.

    OP5
    – Kemahiran menggunaka teknologi maklumat
    – Keupayaan menggunakan perisian computer untuk menjana rekod kitaran, urus niaga dan menghasilkan maklumat perakaunan

    OP6
    – Tabiat dan etika kerja yang positif

    Sumber : LPM

  13. OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)

    OM1 – Memahami konsep dan prinsip perakaunan serta kitaran perakaunan yang diamalkan dalam perniagaan.

    OM2 – Mengenalpasti dokumen sumber perniagaan sebagai maklumat asas dalam sistem perakaunan, merekodkan maklumat tersebut ke dalam buku catatan pertama, mengeposkan ke lejar, menyediakan imbangan duga dan seterusnya menyediakan penyata kewangan.perlu dengan mengambil kira

    OM3 – Membuat pelarasan akaun yang perlu dengan mengambil kira susut nilai, pelupusan aset, hutang lapuk, peruntukan hutang ragu, belanja dan hasil sama ada terakru atau terdahulu.

    OM4 – Mengurus kawalan tunai melalui penyediaan buku tunai, buku tunai runcit, penyata penyesuaian bank dan belanjawan tunai.

    OM5 – Membuat perbandingan dari aspek ciri dan rekod perakaunan bagi pemilikan perniagaan milikan tunggal, perkongsian dan syarikat berhad.

    OM6 – Menyediakan akaun-akaun yang terlibat dalam organisasi bukan perniagaan (kelab dan persatuan).

    OM7 – Mengaplikasi penggunaan akaun kawalan, persamaan perakaunan, pelarasan belanja dan hasil berasaskan kaedah perbandingan atau kaedah analisis semasa menyediakan akaun mengandungi rekod tak lengkap.

    OM8 – Menyediakan akaun pengeluaran dan membuat analisis kos volume untung untuk mengira titik pulang modal dengan menggunakan konsep asas pengurusan kos.

    OM9 – Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan berasaskan tafsiran penyata kewangan.

    OM10 – Mengamalkan tabiat dan etika kerja yang positif serta mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan.

    Sumber : LPM

  14. TAKLIMAT PENATARAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008 DAERAH KERIAN

    Panitia Prinsip Perakaunan Daerah Kerian dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah telah menganjurkan Taklimat Penataran Prinsip Perakaunan SPM 2008 kepada semua guru perakaunan Daerah Kerian pada 26 Jun 2008 yang bertempat di PKG SK Bagan Serai. Seramai 24 guru telah hadir. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Hjh Kasriyah daripada SMK Raja Lope Nor Rashid, Tjg Piandang. En. Jubir, Timbalan Pegawai Pelajaran Kerian, juga telah hadir bagi memantau perjalanan program ini.

    Taklimat ini bertujuan memberi gambaran tentang perubahan-perubahan yang akan diadakan berkaitan sukatan pelajaran dan format kertas peperiksaan Prinsip Akaun SPM.

    Bahan boleh di Muat Turun :
    1. Bahan Taklimat.
    2. Bahan Bengkel Soalan
    3. Draf Sukatan Pelajaran 2009

    Sumber : Blog Prinsip Akaun Kerian

  15. nuru anis syazwani

    Ass’kum…… sy pelajar perakaunan, sy mahu b’tnya, mengapa kte perlu menyamakan taraf perakaunan kita dgn antarabangsa???… krna bagi sy. sy mnyedari bahawa taraf pendidikan kita rendah…. tima kasih..

  16. cg narzuki trime kash atas penerangan penting ini??saya berase beruntung tahu tentang ini??thank much2>>k cau

  17. adakah selepas lulus peperiksaan subjek ini, akan mudah mendapat kerja di bidang ini kerana ia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa?

  18. cg narzuki knpe format PA ini ditukar??adakah ia ye lbh mdh untk dijwp atau lbh susah???

  19. adakah soalan masa kini semakin sukar?.kerana saya adalah seorang pelajar yg lemah perakaunan.

  20. dayang mahsuri

    assalamualaikum…knpe spm tahun hdapan tukar format baru? knpe x 2 tahun kmudian? kenape? insan stress

  21. ckgu,skola sy menyediakan PA tnpe add math.masih adakh ruang utk kami mneruskan plajaran ke pringkat lbih tinggi? utk pengetahuan ckgu,sy amat meminati akaun…

  22. Sue,

    Syarat minimum untuk ke Matrikulasi Perakaunan KPM ialah mengambil Add. Mate. Namum begitu anda masih lagi berpeluang meneruskan pelajaran ke IPTA atau IPTS dalam bidang perakaunan.

  23. Pelajar semua,

    Sekali lagi Cg nak tegaskan bahawa TIADA perubahan dari segi FORMAT, ianya sama seperti tahun-tahun lepas iaitu:

    Kertas 1 : Soalan Objektif
    40 soalan

    Kertas 2: Soalan Subjektif
    Bahagian A (68 markah)
    Jawab semua 4 Soalan.
    Bahagian B (12 markah)
    Jawab 1 daripada 2 soalan.

    Perubahan yang dilakukan hanya dari segi GAYA PENYOALAN dan CARA PEMBERIAN MARKAH sahaja.

    Sebenarnya anda semua pada tahun ini AMAT BERTUAH berbanding dengan pelajar tahun-tahun lepas, kerana anda semua BERPELUANG untuk menerima Dua Persijilan (iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI).

    Walau bagaimanapun, hal ini tertakluk kepada syarat iaitu pelajar tersebut perlu mencapai tahap gred SPM dan bahasa Inggeris, sebagaimana yang ditetapkan. Badan ACCA menawarkan pensijilan kepada pelajar sebagai telah mencapai tahap LULUS SETARA bagi Paper 1 dan Paper 2 untuk Level 1, dan LCCI pula sehingga Level 2 LCCI Qualification.

    Hal ini bermakna pelajar lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan diberikan pengecualian menduduki Paper 1 dan Paper 2 bagi Level 1 ACCA (daripada keseluruhan tiga level), dan untuk LCCI pula mereka dikecualikan menduduki Level 1 dan Level 2 (daripada keseluruhan tiga level).

    Melalui projek dua pensijilan itu, PELBAGAI KELEBIHAN bakal dinikmati oleh para pelajar yang menduduki Prinsip Perakaunan. Antaranya ialah para pelajar mempunyai ruang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan sehingga ke peringkat lebih tinggi melalui saluran profesional iaitu dengan terus menduduki ACCA dan LCCI yang telah diberi pengecualian daripada peperiksaan awalan.

    Bagi pelajar yang tidak berpeluang meneruskan pengajian perakaunan ke peringkat yang lebih tinggi, sijil profesional melalui dua pensijilan ini membolehkan mereka menceburi pekerjaan dalam bidang perakaunan di peringkat perkeranian/penyimpan kira, sama ada di dalam atau luar negara.

    Oleh itu, rebutlah peluang yang ada sebaik mungkin demi masa depan anda semua. Cg yakin dengan usaha kerajaan menaik taraf sijil prinsip perakaunan ini akan memberikan LEBIH PELUANG kepada anda semua melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan juga peluang kerjaya di bidang perakaunan yang LEBIH CERAH kelak.

  24. Harap semua pelajar memahami tujuan perubahan ini, sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Cg Narzuki, saya dah tanya beberapa guru yang ada kenalan yang ada menghadiri taklimat di Tawau dahulu (dan itulah yang terakhir setakat ini), tidak ada disebut tentang perkara di atas, sama ada secara langsung mahupun tak langsung. Saya dimaklumkan akan ada sesi taklimat/kursus dlm bulan September (tetapi pengumuman itu dibuat sebelum kerajaan buat keputusan mengurangkan kursus diluar). kalau benar, agak terlewat utk membantu guru dan pelajar membiasakan diri dengan keperluan pemarkahan baru ini. Ada tak bahan kursus lain, selain yg telah cikgu muatnaik di sini, yang boleh kami rujuk, umpamanya bagaimana pemarkahan baru utk S3-S6. S1-S2, masih sedia kala, betulkah?

  25. Sifu2b,

    Sehingga hari ini bahan kursus daripada PPD Kerian saja yang saya ada, jika saya dapat bahan baru akan saya “upload” nanti. Saya akui semasa taklimat, apa yang disampaikan agar kabur dan terselindung, hanya beberapa orang yang terlibat dengan pemeriksaan kertas sahaja dapat menangkap apakah maksud yang disampaikan.

    Pada pandangan saya, sebagai permulaan pada tahun ini hanya DUA SOALAN sahaja yang akan dinilai mengikut pemarkahan LCCI, manakala soalan-soalan lain dinilai mengikut skema pemarkahan biasa seperti tahun-tahun lepas. Soalan 2 mungkin salah satu daripada soalan tersebut, jadi soalan 2 tidak lagi seperti mana tahun-tahun lepas. Selain Penyata Kewangan milikan tunggal, Penyata Kewangan Perkongsian, mungkin juga Rekod Tak Lengkap kaedah analisis akan dikemukakan dalam soalan 2.

    Bagi saya apa yang penting dalam sistem pemarkahan baru ialah PENGUASAAN KEMAHIRAN PERAKAUNAN seperti pelarasan, serta TUNJUKKAN SEBARANG PENGIRAAN yang dibuat samada dalam KURUNGAN ataupun sebagai NOTA dibawah. Dan mengingati FORMAT adalah suatu kemahiran asas yang perlu diketahui oleh semua pelajar perakaunan. Sekian.

  26. adakah kalau kita tak dpt keputusan yang bagus dalam lcci tu ,kita boleh ke dpt msuk matrikulasi?

  27. Gha,

    Pada tahun 2008, Kertas Prinsip Perakaunan akan dinilai dengan 2 gred iaitu gred kebangsaan dan gred LCCI-ACCA. Syarat kemasukan ke matrikulasi atau IPT akan mengikut gred kebangsaan seperti tahun2 lepas.

    Sekiranya pelajar berminat melanjutkan pelajaran dengan mendapatkan Sijil Profesional Antarabangsa seperti ACCA dan LCCI, maka gred LCCI merupakan BONUS kepada pelajar . Ini kerana gred tersebut boleh melayakkan pelajar lepasan SPM diberikan pengecualian menduduki Paper 1 dan Paper 2 bagi Level 1 ACCA (daripada keseluruhan tiga level), dan untuk LCCI pula mereka dikecualikan menduduki Level 1 dan Level 2 (daripada keseluruhan tiga level).

  28. Diharap guru-guru P.Akaun tidak begitu risau dengan perubahan 2008. Apa yang lebih penting motivasikan pelajar yang mengambil prinsip akaun bahawa sekiranya mereka mendapat 1A dan 2A dalam PAkaun, mereka akan mendapat 2 persijilan.
    Dari maklumbalas rakan guru PA negeri lain, masih terdapat negeri yang belum lagi menjalankan kursus penataran (perubahan) 2008.

  29. Maklumat daripada Cg Ghazali menyatakan bahawa “Perubahan 2008 bagi Kertas 2 SOALAN 2 dan 3 dari tajuk-tajuk `Anchor Item’ LCCI dan ACCA ( PP, Perkongsian, Rekod Tak Lengkap, Ak Kelab, Ak Kawalan) Soalan 1, 4, 5 dan 6 dari tajuk-tajuk lain.”.

    Ini bermakna 2 SOALAN yang akan digunakan untuk penilaian gred LCCI-ACCA ialah SOALAN 2 dan SOALAN 3. Di mana tajuk-tajuk (Anchor Item) yang akan dikemukakan untuk tujuan tersebut adalah terdiri daripada topik-topik berikut :

    1. Penyata Kewangan
    2. Perkongsian
    3. Rekod Tak Lengkap
    4. Akaun Kelab dan Persatuan
    5. Akaun Kawalan

    SOALAN 1 : Dokumen sumber
    SOALAN 4, 5, dan 6 : Topik-topik lain.

    Terima kasih Cg Ghazali.

  30. bagaimana pengolahan soalan kertas 1 pula…. kalau kertas 2 brubah format…

  31. Shafiza,

    Taklimat penataran berhubung dengan perubahan soalan 2008 yang telah Cg hadiri tidak ada disebut apa-apa berkaitan dengan kertas 1. Mungkin cikgu lain yang ada maklumat mengenainya boleh kita kongsikan bersama.

    Pada pandangan Cg, sedikit perubahan tetap ada dalam kertas 1 dari segi aras / pengolahan soalan yang dikemukakan, namun perubahannya tidaklah ketara sangat berbanding dengan perubahan dalam kertas 2.

  32. Cikgu,
    Bagaimana pula dengan format peperiksaan tahun 2009? Soalan 1 (dokumen perniagaan) masih dikekalkan?

  33. Patrick Tan,

    Sehingga hari ini belum ada maklumat rasmi lagi berhubung dengan perkara tersebut. Bila ianya akan dilaksanakan mungkin kena tunggu kelulusan pihak KPM dahulu kemudian baru akan diumumkan. Bila ianya akan dilaksanakan ? …… mungkin tahun 2009 (selaras dengan semakan sukatan baru), atau 2010, atau 2011 atau …….. sama-sama kita tunggu berita mengenainya.

  34. Cikgu,
    Hal ini bermakna format peperiksaan 2009 masih kekal sama, iaitu Soalan 1 tanya tentang Dokumen Perniagaan?

  35. Patrick Tan,

    Itu belum pasti lagi kerana jika Semakan Sukatan Pelajaran Baru diluluskan pada tahun ini, maka pelaksanaanya sukatan baru akan bermula serta merta kepada pelajar SPM 2009. Ini kerana sukatan tingkatan 4 perubahannya hanya sedikit sahaja, jadi tidak timbul sebarang masalah jika pelajar SPM 2009 menerima dan melaksanakan sukatan baru tersebut. Daripada apa yang saya dengar, kemungkinan besar soalan 1 (dokumen) akan digugurkan mulai tahun hadapan. Walau bagaimanapun keputusan rasminya mungkin akan diketahui pada awal tahun hadapan.

  36. Format Prinsip Perakaunan 2009 (tak rasmi)

    Kertas 1 – 40 soalan objektif
    Kertas 2 – 4 soalan esei – 25 markah setiap soalan.
    Kertas 3 – Kerja kursus (dokumen perniagaan/ kitaran perakaunan)

  37. Terima kasih Cg Ghazali di atas maklumat tersebut, walaupun ianya tidak rasmi sekurang-kurang kami guru-guru mendapat sedikit gambaran perubahan yang bakal berlaku pada tahun hadapan.

    Nampaknya Kertas 2 akan mengikuti format soalan LCCI sepenuhnya.

  38. Jika tahun 2009, kertas 2 akan cenderung mendekati tahap LCCI, tak hairan kalau tahu 2010 pula pengajarannya dalam bahasa inggeris pula.
    Tahulah dilema budak Melayu/bumiputera ni, penguasaan BI tak semuanya baik tetapi mampu dapat 1A dalam Pak. Jika nak samakan kebolehan pelajar dengan status sebenar LCCI, maka pelajar di sekolah seharusnya menjawab soalan PAK dalam BI jg. Ini kerana peperiksaan LCCI dan ACCA dikendalikan dengan menggunakan BI sebagai bahasa pengantara dan soalan peperiksaan.

  39. Pengajaran PAK dalam BI tahun lepas lagi dah diperkatakan, tetapi memandangkan PPSMI pun mendapat tentangan drp banyak pihak supaya dikaji semula, nampaknya ianya ditangguhkan dahulu.

    Pada masa hadapan ada kemungkinan ianya berlaku, tetapi untuk masa terdekat ini rasanya belum tiba masanya. Pengiktirafan yang diberikan oleh LCCI-ACCA adalah kerana penguasaan dari segi KEMAHIRAN ILMU PERAKAUNAN itu sendiri bukannya dari segi penguasaan BI. Harap-harap perkara tersebut tidak berlaku dan ambil iktibar daripada Program PPSMI.

  40. 1 Cikgu ada set kertas LCCI tahun-tahun lepas? Boleh tunjukkan satu set untuk tengok-tengok?
    2 Ajar Akaun dalam BI? Ajar dalam BM dah OK-lah. Kan kerajaan menggalakkan syarikat berhad mempersembahkan laporan kewangannya dalam BM. Mengapakah polisi kerajaan tak konsisten?
    3 Entah dari mana format tak rasmi yang diberikan oleh Cg Ghazali. Dari LPM atau peringkat negeri (JPN).
    4 Siapakah yang boleh kita hubungi di LPM (ttg format exam) dan Jabatan Teknikal dan Vokasional (ttg HSP)?

  41. Patrick Tan,

    Saya minta maaf kerana tiada set LCCI tahun2 lepas. Tentang pengajaran dalam BI belum tentu lagi ianya akan dilaksanakan. Format untuk tahun 2008 masih SAMA, manakala maklumat format untuk tahun 2009 akan dimaklumkan secara rasmi apabila ianya telah diluluskan. Pihak LPM sendiri tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat sekiranya tidak mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Harap maklum.

  42. BAHAN BENGKEL CG GHAZALI AHMAD

    Terima kasih diucapkan kepada Cg Ghazali Ahmad diatas sumbangan bahan bengkel yang diberikan untuk dikongsikan bersama guru-guru perakaunan semua. Bahan tersebut mengandungi :

    1. Satu soalan format LCCI 2007 serta Cadangan skema pemarkahan yang mungkin digunakan berdasarkan skema LCCI.
    2. Soalan Rekod Tak Lengkap.
    3. Soalan Akaun Kelab dan Persatuan.

    Diharapkan bahan tersebut dapat dimanafaatkan sepenuhnya demi kejayaan dan kecemerlangan anak didik sekalian. Wassalam.

    MUAT TURUN BAHAN

  43. BERITA BAIK UNTUK CALON 2008

    Daripada penelitian Cg terhadap Cadangan Skema Pemarkahan LCCI (khasnya bagi soalan penyata kewangan), didapati ianya banyak membantu calon bagi mendapatkan markah.

    Kenapa Cg berkata sedemikian ? Sebabnya:

    1. Nilai markah yang diberikan adalah 1 atau 2 markah, berbanding dengan ½ atau 1 markah seperti skema lama.
    2. Walaupun butir yang diambil daripada soalan tanpa sebarang pelarasan (kecuali JUALAN dan item KOS BELIAN) tidak diberikan ½ markah. Tetapi banyak tempat2 yang diberikan markah bagi ANGKA SENDIRI, seperti KOS JUALAN (2markah), UNTUNG KASAR (1 markah), UNTUNG BERSIH DALAM PP (2 markah), UNTUNG BERSIH DLM KKK (1 markah).
    3. TIADA lagi sebarang PENOLAKAN MARKAH.

    Apakah maksud “ANGKA SENDIRI” ?
    Sebagai contoh , KOS JUALAN (1M) RM2500 (1M – ANGKA SENDIRI)
    Sekiranya ditulis perkataan “KOS JUALAN” akan mendapat 1 markah, manakala RM2500 akan mendapat 1 markah, walaupun nilai sebenarnya BUKAN RM2500.

    Apakah maksudnya ?
    Katakan nilai sebenar Kos Jualan ialan RM3000, tetapi pelajar telah tertinggal catat Angkutan masuk RM500. Namun OPERASI PENGIRAAN dilakukan dengan betul iaitu STOK AWAL + BELIAN – PULANGAN BELIAN – STOK AKHIR = RM2500. Maka anda akan mendapat 2 MARKAH.

    Tetapi ada syaratnya?
    Iaitu OPERASI MESTI BETUL dan TIADA BUTIRAN ASING dalam pengiraan KOS JUALAN tersebut seperti dimasukkan “GAJI”, “SEWA” atau butiran belanja lain, maka TIADA MARKAH untuk ANGKA SENDIRI.

    Pada keseluruhanya, Cg berpendapat bahawa perubahan ini membawa banyak KEBAIKAN dan KEUNTUNGAN kepada pelajar, jadi rebutlah PELUANG yang ada sebaik mungkin. Jangan takut akan perubahan perbanyakkan LATIHAN, ikuti NASIHAT dan BIMBINGAN GURU. Sesungguhnya GURU sentiasa mengharapkan dan mendoakan KEJAYAAN ANDA.

  44. Cikgu, mengapa dalam panataran baru, Jualan diberi 1 markah sedangkan ia juga di ambil dari soalan terus dan tidak perlu jalan kira….apa maksud untung kasar 1+1,apa maksud +1, tq

  45. cikgu, adakah topik komputer dalam perakaunan akan diuji dalam peperiksaan spm sedangkan cikgu kami tidak ajar kami, tq

  46. Saya pelajar tingkatan 4, mengapa cikgu kami tidak ajar kami sukatan baru seperti akaun kontra dan catatan secara komputer, terima kasih

  47. Hassan Ali,

    Jualan diberikan 1 markah walaupun ianya tidak melibatkan pelarasan ianya merupakan permulaan/asas kepada sesuatu Penyata Pendapatan, jika tiada jualan maka penyata itu tidak bermakna sama sekali.

    Untung Kasar hanya 1 markah saja. Kos Jualan 1+1, maksudnya perkataan ”Kos Jualan” dapat 1 markah dan ”Nilai kos jualan” dapat 1 markah. Dan ”+1” bermaksdu dapat 1 markah.

    Sehingga tahun lepas topik komputer tidak pernah disoal dalam kertas 1 & 2 dan dalam sukatan baru topik itu digugurkan. Perlaksaan semakan sukatan baru belum lagi diluluskan, kemungkinan pada tahun hadapan ianya akan dimulakan untuk calon spm 2009. Oleh kerana perubahan sukatan pada tingkatan 4 hanya sedikit, maka ianya boleh diajar pada tingkatan 5 nanti. Walaubagaimanapun kita kena tunggu pengumuman yang akan dibuat berkaitan perkara tersebut nanti.

  48. terima kasih….saya sangat yakin dalam menjawab soalan dokumen tetapi malangnya tahun depan soalan ini mungkin akan digugurkan…ini berita yang menyedihkan

  49. Hassan tidak perlu bersedih, sekira ianya digugurkan pada tahun hadapan dalam kertas 2, tetapi ianya akan dimasukkan dalam kertas 3 iaitu sebagai kerja kursus. Dan ilmu tersebut sangat berguna dan membantu Hassan bila sambung belajar di peringkat matrikulasi ataupun diploma perakaunan nanti.

  50. KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU PRINSIP PERAKAUNAN NEGERI KELANTAN 2008

    Pada 13hb Ogos 2008, Seramai 60 orang guru Prinsip Perakaunan, telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prinsip Perakaunan, bertempat di BTPN Kelantan.

    Kursus sehari ini adalah, diadakan bertujuan memberi penjelaskan kepada guru-guru tentang perubahan penataran Mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM 2008. Taklimat disampaikan oleh Pn Siti Amnah, Unit Kemanusiaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    TAHNIAH, saya ucapkan kepada Unit TekVok, JPN Kelantan dan JU Prinsip Perakaunan kerana telah melaksanakannya dengan jayanya..

    # TAKLIMAT PENATARAN PRINSIP PERAKAUNAN TAHUN 2009 akan dianjurkan oleh LPM pada bulan Oktober 2008, berhubung dengan perkara berikut :

    1. Perlaksanaan Semakan Sukatan Pelajaran 2009.
    2. Perubahan Format Pentaksiran SPM 2009.
    3. Panduan Kerja Kursus bagi Kertas 3.

    MUAT TURUN bahan dan nota kursus.

    Sumber : Perakaunan123 Step

  51. ckgu thun ni de soalan pilihn x?

  52. Gha,

    Format soalan pada tahun ini masih lagi sama dengan tahun2 lepas. iaitu
    Bahagian A : 4 soalan jawab SEMUA.
    Bahagian B : 2 soalan PILIH SATU.

    Ini bermaksud 5 SOALAN yang perlu dijawab.

  53. askum cg…
    sy adalah calon spm 2008..sy nk tnye soalan no 1 tetap dokumen prniagaan ke??lgi 1 sy nk tnye solan 4 n 5 pe tajuk anchor nye???ade soalan ramalan x untuk spm 2008 ni bg prinsip akaun???pliz rply in my email….

  54. Ihsan,

    Soalan 1 : Dokumen
    Soalan 2 dan Soalan 3 :
    1. Penyata Kewangan
    2. Perkongsian
    3. Rekod Tak Lengkap
    4. Akaun Kelab dan Persatuan
    5. Akaun Kawalan

    SOALAN 4, 5, dan 6 :
    Selain daripada Topik-topik diatas.

    Untuk dapatkan Soalan Ramalan, Ihsan boleh rujuk kepada soalan-soalan percubaan bagi setiap negeri nanti ataupun beli saja buku Soalan Ramalan di kedai buku.

    Cg menasihatkan agar JANGAN mengharapkan kepada soalan ramalan semata-mata, sebaliknya buat PERANCANGAN PEMBELAJARAN bagi setiap topik. Kenal pasti topik2 yang sudah MAHIR, SEDERHANA dan LEMAH, kemudian tingkatkan topik SEDERHANA supaya jadi MAHIR, seterusnya topik LEMAH menjadi SEDERHANA. InsyaAllah 1A menjadi milik anda.

  55. cg target pe soalan 4 n 5 yg kuar???
    doa kan kejayaan saya….

  56. Ihsan,

    Soalan 4, 5 dan 6, berkemungkinan akan ditanya topik berikut :
    1. Penyata Penyesuaian Bank
    2. Belanjawan Tunai
    3. Buku Tunai Runcit
    4. Akaun Pengeluaran
    5. Titik Pulang Modal
    6. Syarikat Berhad
    7. Tafsiran Penyata Kewangan
    8. Pembetulan Kesilapan
    9. Pelarasan Pada Tarikh Imbangan seperti SN, PSN dan Pelupusan Aset Bukan semasa, Hutang Lapuk dan Peruntukan Hutang Ragu, Hasil dan Belanja Terdahulu dan Terakru.

    Cg doakan Ihsan memperolehi kejayaan yang Cemerlang dalam SPM 2008 nanti. InsyaAllah.

  57. Assalamualaikum … Sye ingin Menaikkan Prinsip Akaun ..
    Tetapi Ade soalan yg saye masih lemah …
    Boleh x sesape bagi taw soalan yg akan dikemukakan
    di percubaan spm DGN soalan Spm …
    ianya sangat penting bagi saye kerane ingin melanjutkan
    sebagai pelajar … URGENT ^.^

  58. Amir Akmal,

    Sekiranya anda betul2 ingin Cemerlang dalam Akaun SPM nanti, anda seharusnya bersedia dengan semua topik. Perbanyakkan LATIHAN bagi topik yang masih LEMAH, dapatkan bantuan daripada RAKAN atau GURU anda. Soalan-soalan tersebut adalah SULIT dan hanya dapat diketahui pada hari peperiksaan tersebut. Ok, good luck.

  59. Cg,

    Saye ingin Tahu soalan yg akan masuk dlm percubaan
    Spm .. Agak2 cg ape yg akan keluar di daerah selangor ??
    tolong send kt e-mel sye secepat mungkin…

  60. Amir Akmal,

    Cg minta maaf kerana tidak dapat menolong, ianya adalah SULIT sehingga peperiksaan tersebut dijalankan.

    Nasihat Cg, kuasailah sebanyak mungkin topik2 yang ada, kerana semakin banyak topik yang dikuasai maka semakin hampir dengan 1A.

  61. Cg,

    terima kasih banyak2 cg … sye da kuasai semua topik
    kecuali saham .. sye x paham langsung … tapi x apa
    sye akan mencuba .. THANK YOU ^.^

  62. AmirAkmal,

    Bagus, itulah sikap seorang pelajar yang Cemerlang, mencuba dan terus mencuba.

    Topik Syarikat Berhad tidaklah susah sangat, terdapat 3 perkara yang perlu diberikan penekanan iaitu :
    1. pengiraan jenis2 modal.
    2. merekod terbitan saham.
    3. pengiraan dividen.

    Cg yakin dengan sedikit KESUNGGUHAN, Amir dapat menguasainya dengan mudah.

  63. trime ksih ats sgala ckgu beri kn kt sy…
    objektif die kuar soalan yg mcm mne ye ckgu??

  64. Ihsan,

    Kertas 1 merupakan soalan objektif / aneka pilihan, di mana 40 soalan semuanya. Kebiasaannya semua topik akan dikemukakan soalan. Jadi Cg nasihatkan perbanyakkan latih tubi menjawab soalan2 tahun lepas. Untuk lebih cepat dan berkesan lakukan secara berkumpulan dengan menjawab dan berbincang setiap soalan dan jawapannya.

  65. cikgu,tentang sijil tu,
    akaun kene dpt A shj atau mesti dpt A1?
    cikgu sekolah saya kata dpt A shj sudah boleh dpt sijil tersebut.
    tp ada yg mengatakan kena dpt A1 baru boleh dpt sijil tersebut??
    cikgu tolong confirm kan.

  66. cikgu,

    ada beberapa soalan nak tanya…
    1) adakah lembaran kerja tidak akan keluar lagi atau tidak popular?

    2) Biasanya soalan 2 adalah penyata kewangan , penyata perkongsian atau lembaran kerja sahaja kan?adakah ia akan keluar soalan lain untuk soalan 2?

    3) soalan ini untuk soalan satu, buku catatan pertama:
    jika permulaan terdapat Lengkapan,
    kalau dalam dokumen yang diberi, terdapat invois atau bil tuai yang membeli rak pameran (atau perabot yang lain),
    adakah butir ini masuk dalam lengkapan dan bukan sediakan satu butir baru-perabot?saya daati ‘kes ini’ banyak keluar dalam SPM tahun lepas…

    4) adakah komputer dimasukkan dalam Alat pejabat(atau alatan pejabat?)ataupun Komputer?

    apa yang cikgu sekolah ajar berbeza dengan buku rujukan dan juga berbeza dengan tuition teacher….tak tau nak percaya siapa…

    5) berapakah markah dapat A1 di Spm?

    terima kasih banyak cigku….

  67. Fara,

    Daripada maklumat yang Cg terima, syarat-syarat pemberian PERSIJILAN BERGANDA dan mendapat pengecualian daripada menduduki kertas dari level tertentu sekiranya menyambung pelajaran dalam ACCA CAT(Certified Accounting Technichian) dan LCCI adalah seperti berikut :

    1. Mendapat gred A1 atau A2 dalam Prinsip Perakaunan
    2. Mendapat 5 kredit dalam SPM termasuk B.Inggeris dan Matematik.

  68. Murid,

    Jawapan Cg bagi setiap persoalan adalah seperti berikut :

    1) Selagi sesuatu topik itu ada dalam Sukatan Pelajaran, maka ada kemungkinan topik tersebut akan ditanya dalam SPM, samada dalam Kertas 1 ataupun Kertas 2. Cg nasihatkan kuasai juga topik tersebut kerana kemahiran pelarasan adalah sama dengan Penyata Kewangan, cuma berbeza dari segi format sahaja.

    2) Daripada tahun 1993 hingga 2007, begitulah keadaannya. Seperti kita tahu berlaku PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN 2008, terutamanya SOALAN 2 dan SOALAN 3. Di mana topik-topik yang kemungkinan ditanya ialah Akaun Penamat, Perkongsian, Rekod Tak Lengkap, Akaun Kelab dan Persatuan dan Akaun Kawalan. Oleh itu pada pandangan Cg, Soalan 2 tidak lagi seperti tahun-tahun lepas.

    3) Itu salah satu kemahiran yang hendak diuji dalam soalan, iaitu pandai mengkelasifikasikan akaun. LENGKAPAN adalah merangkumi aset-aset seperti Perabot, Rak Pamiran dll. Oleh itu sekiranya dalam catatan pembukaan Akaun Lengkapan TELAH digunakan, maka sebarang urusniaga berkaitan dengan Perabot atau Rak Pamiran hendaklah menggunakan butiran LENGKAPAN. Tetapi sekiranya TIADA dalam catatan pembukaan, maka anda bebas menggunakan samada LENGKAPAN atau PERABOT atau RAK PAMIRAN.

    4) Persoalan ini sama dengan soalan diatas, dalam menentukan menggunakan butiran KOMPUTER atau ALATAN PEJABAT, sekiranya telah WUJUD akaun Alatan Pejabat, maka sebarang urus niaga berkaitan dengan Komputer hendaklah menggunakan butiran ALATAN PEJABAT. Manakala jika BELUM WUJUD mana-mana akaun tersebut, maka kedua-dua butiran tersebut BOLEH digunakan secara KONSISTEN. Ini bermaksud jika ada DUA urusniaga berkaitan dengan Komputer, maka kedua-duanya menggunakan butiran yang SAMA samada KOMPUTER ataupun ALATAN PEJABAT.

    5) Dalam penentuan markah untuk mendapat Gred 1A dalam SPM, ianya bergantung kepada graf pencapaian keseluruhan calon yang menduduki SPM pada tahun tersebut. Pada kebiasaanya markah tersebut lebih rendah daripada markah yang ditetapkan oleh sekolah. Pada pandangan Cg, markah 70 masih berpotensi mendapat 1A, namun Cg menyarankan agar menetapkan SASARAN 80 MARKAH KEATAS untuk mendapat 1A.

    Itu saja jawapan daripada Cg, semoga ianya dapat menyelesaikan persoalan yang timbul.

  69. Assalamualaikum.
    Bagi soalan penyata kewangan, apakah maksud “semua pengiraan hendaklah ditunjukkan “? Adakah sekadar +/- ataupun pelarasan ditunjukkan dalam bentuk lejar?

    Terima kasih…

  70. Zilsam,

    Tujuan ditunjukkan pengiraan supaya pelajar tidak kehilangan yang banyak. Contohnya, dalam Penyata Pendapatan :

    (-) Belanja :
    Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu RM1234 (2 markah)

    Sekiranya nilai RM1234 tersalah , maka pelajar akan kehilangan 2 markah. Tetapi sekiranya ditunjukkan pengiraan dengan betul, kemungkinan pelajar akan diberikan 1 markah pada pengiraan tersebut.

    Cara menulis pengiraan agak bebas, samada secara + / – ataupun disediakan dalam bentuk lejar, kedua-dua diterima. Pengiraan tersebut juga boleh dituliskan dalam KURUNGAN dalam Penyata Kewangan ataupun ditunjukkan sebagai NOTA KAKI, ianya mengikut kesesuaian.

  71. terima kasih cg ….

  72. Apakah perbezaan lekapan & lengkapan. Sekiranya ada kelengkapan dalam baki awal soalan dokumen & saya membuka akaun alatan pejabat untuk komputer, adalah ini masih betul kerana sudah ada akaun lengkapan.

  73. CW,

    LEKAPAN adalah aset-aset seperti kipas, lampu, penghawa dingin dll.
    LENGKAPAN adalah merangkumi aset-aset seperti Perabot, Rak Pamiran dll.
    Kedua-duanya boleh juga digabungkan menjadi LEKAPAN DAN LENGKAPAN.

    Sekiranya dalam catatan pembukaan Akaun Lengkapan TELAH digunakan, maka sebarang urusniaga berkaitan dengan Perabot hendaklah menggunakan butiran LENGKAPAN. Tetapi sekiranya TIADA dalam catatan pembukaan, maka anda bebas menggunakan samada LENGKAPAN atau PERABOT.

    ALATAN PEJABAT adalah aset-aset seperti Komputer, Mesin Pencetak, Mesin Fotostat. Maka jawapan anda adalah BETUL kerana komputer boleh dikelaskan sebagai Alatan Pejabat bukannya Lengkapan. Sekiranya menggunakan butiran KOMPUTER juga diterima, asalkan sebelum ini TIADA lagi akaun Alatan Pejabat.

  74. Selamat Hari Raya, cikgu. Boleh saya tahu, adakah markah penuh untuk kertas 1 ialah 20 markah kerana 1 soalan 1/2 markah disebabkan kertas 2 ialah 80 markah atau jumlah markah ialah 120 markah iaitu kertas 1 (40markah) + kertas 2 (80 markah).
    Lagi, cikgu adakah sudah dipastikan oleh Lembaga bahawa kertas 2, soalan 2 & 3 akan menguji topik-topik yang cikgu maksudkan.
    Terima, kasih

  75. CW,

    Pada amalan biasanya ;
    Peratus = (kertas 1 + kertas 2) / 120 x 100%
    Maka, Kertas 1 = 33.3 %
    Kertas 2 = 66.7 %

    Apa yang pasti ialah 2 SOALAN menguji antara 5 topik tersebut. Pihak Lembaga tidak menyatakan soalan mana akan digunakan untuk tujuan tersebut.

    Soalan 5 dan 6 adalah soalan pilihan, jadi tidak mungkin 5 dan 6. Soalan 1 tetap soalan dokumen. jadi yang tinggal 2, 3 dan 4. Pada kebiasaannya soalan 2 dan 3 diberikan peruntukan markah yang lebih tinggi berbanding dengan soalan 4. Maka, kemungkinan besar SOALAN 2 dan 3 yang akan digunakan.

    Maklumat ini agak lewat diketahui oleh guru-guru, jadi soalan-soalan percubaan yang disediakan mungkin tidak sempat mengambil kira perkara tersebut. Walau bagaimanapun, skema pemarkahan yang disediakan bagi 5 topik tersebut didapati sudah mengambilkira perubahan yang dibuat.

  76. selamat hari raya cikgu…
    boleh tanya cikgu telah jadi cikgu penyemak berapa tahun?
    bolehkah cikgu post kat sini tahun-tahun lepas punya skelma jawapan ah?(termasuk objektif?)
    ribuan terima kasih terdahulu….

    apakah kesilapan yang banyak dilakukan oleh kebanyakan murid? terima kasih banyak cikgu…

  77. Murid,

    Semua maklumat yang diminta itu adalah MAKLUMAT SULIT LPM, tiada siapa yang boleh dedahkannya.

    Dalam setiap topik memang ada saja kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar. Terlalu banyak untuk disampaikan bagi setiap topik disini, jadi secara umumnya :
    1. Tidak cukup masa – terlalu lama masa digunakan untuk menjawab soalan dokumen.
    2. Tidak ingat format.
    3. Penggunaan butiran yang tidak tepat.
    4. Tidak menguasai pengiraan / merekod pelarasan dengan baik.
    5. Tidak ditunjukkan jalan kerja.
    6. Mencatat disebelah yang salah / terbalik.

  78. nape ye tak boleh muat turun soalan percubaan spm 2008??

  79. Maizaa,

    Cuba sekali lagi, pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader untuk membuka dan membaca fail2 tersebut.

  80. terimakasih…

  81. Hi, cikgu.
    Adakah markah masih diberikan jika kita tidak menulis tarikh dalam buku catatan pertama dan lejar. Sekiranya YA, maka adakah semua soalan SPM dari Soalan 2 hingga 6 juga ada markah diberikan walaupun tidak menulis tarikh.
    Boleh cikgu cadangkan apakah bahagian yang kita boleh ‘skip’ kerana kesuntukan masa dan lagipun markah tidak diberikan seperti tarikh (jika betul sekiranya markah diberikan walaupun tidak menulis tarikh).
    TQ

  82. CW,

    Tarikh penting dan MESTI tulis dalam semua Buku Catatan Pertama(Ja, JK dan BT). dalam lejar tarikh boleh diabaikan. Tetapi Cg nasihatkan supaya dalam lejar juga dituliskan tarikh supaya memudahkan kita membuat semakan jika berlaku kesilapan. dalam Soalan Dokumen.

    Soalan lain biasanya tarikh dalam lejar diabaikan.

  83. salam…

    cikgu saya nak tanya sikit. saya nak download soalan trial spm 2008 tapi ia bila dah done opening http://www.box.net ia kosong tak ada apa.. kenapa jadi macam 2?

  84. Hanim dan semua pelawat,

    BoxNet (free) hanya membenarkan10GB (monthly sharing bandwidth) sahaja dalam sebulan boleh dimuat turun. Memandangkan jumlah tersebut sudah melebihi, maka proses muat turun telah disekat untuk sementara waktu.

    Cg akan menghadiri kursus pada 11 – 18 Oktober 2008, selama seminggu. Jadi dalam tempoh itu Cg tidak dapat ONLINE. Selapas kursus nanti baru Cg Ikhtiarkan supaya soalan2 tersebut boleh dimuat turun.

    Diharapkan kepada Rakan Guru sekalian, agar dapat memberikan komen/respon kepada soalan yang dikemukan oleh pelajar. Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

  85. Okay Cg Narzuki saya akan bantu cikgu jawab soalan dari pelajar, insyaallah setakat yang mampu. Selamat berkursus dan berhati-hati di jalan raya.

  86. terima kasih, cikgu.
    Maka adakah ini bermaksud, bahawa dalam BCP, katakan dalam buku tunai, jika butiran dan amaun betul tetapi tarikh silap ditulis atau tidak ditulis adakah kita tidak akan mendapat markah untuk urusniaga ini, cikgu.

  87. CW,
    Sifu jawab sementara Cg Narzuki berkursus. Jawaban tanpa tarikh boleh menyebabkan anda kehilangan markah dalam BCP. Itu apa yang sifu sebagai guru maklum dalam skema pemarkahan SPM.

  88. Apa yang Cg peroleh drp kursus? Ada apa-apa ttg perubahan HSP 2009 dan format exam 2009?

  89. Patrick Tan,

    Maaf saya menghadiri kursus PTK, ianya tidak berkaitan dengan Prinsip Perakaunan. HSP baru telah diedarkan ke semua sekolah2 dan ianya berkuatkuasa pada 2008. Ini bermaksud pelajar SPM 2009 akan dinilai menggunakan format baru seperti yang telah dibicarakan sebelum ini, cuma ianya masih belum diistiharkan secara rasmi.

  90. cikgu, tahun ini akaun sangat susah…terutama soalan 2 lain daripada tahun lepas….ramai yang tak tahu buat….adakah bentuk soalan ini akan terus untuk tahun 2009?
    terima kasih…

  91. pendapat saya… tahun ini bentuk soalan memang berbeza terutama soalan 2dan 3. lihat soalan 2, biasanya p pdptn dan kkk tapi yang naik akaun yuran. rasanya student ramai yg terkejut termasuk lah ckgu2 jugak. wbgmana pun penataran baru format SPM tahun ini sudah ditaklimatkan. jd apa2 kemungkinan akan berlaku s2 dan s3 haruslah dijangka.
    apa2 pun rasanya, student akaun satu Malaysia mengalami kezutan.

  92. Terry,

    Apabila dikatakan PERUBAHAN, maka sudah semestinya tidak akan sama dengan soalan2 tahun2 lepas, terutamanya soalan 2 dan 3. Ramai pelajar tidak dapat menjawab dengan baik, bukan bermaksud ARAS soalan tersebut SANGAT SUSAH, cuma bentuk dan gaya penyoalan sebegitu tidak pernah dikemukakan dalam soalan2 lepas.

    Itu baru penangan SPM 2008, perubahan SPM 2009 lagi mencabar kerana kesemua soalan akan dikemukan dalam bentuk dan gaya penyoalan yang berbeza dengan tahun2 lepas. Ini kerana peruntukkan setiap soalan ialah 25 markah, jadi macam2 akan diuji dan ditanya bagi mencukupi 25 markah tersebut. Maka bersediakan para guru dan pelajar semua untuk menghadapi perubahan tersebut.

  93. setelah melihat soalan hari ini, saya dapati ramai pelajar tidak dpt menjwb terutama pelajar yg lemah. sebenarnya ramai guru dan pelajar tidak mengetahui tentang perubahan yg bakal dihadapi dlm soalan tahun ini. mereka juga tidak didedahkan dgn maklumat tersebut secara meluas. kalau ada yang tahupun, mungkin atas usaha guru sendiri mencari maklumat dan bhn2 terutama dari internet. panitia daerah juga kurang membantu sbb ada yg tidak mengadakan kursus/ taklimat dalaman kpd guru-guru lain. maka pd pendapat saya, perkara ini sedikt sebanyak telah ‘mengejutkan’ bukan sahaja pelajar tetapi juga guru pada hari ini. jadi saya berharap, pihak yg terlibat dlm sukatan baru thn dpn dpt menyampaikan maklumat dgn segera dan meluas kpd semua guru dan memastikan semua guru dpt maklumat tersebut sbb perubahan yg berlaku amat ketara. semoga laman web cg dpt sentiasa memerikan maklumat terkini kpd kami guru tntg HSP supaya kami dpt menyampaikan maklumat tersebut secara terus kpd pelajar. tq

  94. Soalan2 spm pada tahun ini….. memang mengejutkan saya…terutamanya soalan 2.
    Saya memang tidak tahu buat…..sob sob

    Cikgu Narzuki, pada pendapat anda, adakah graf Prinsip perakaunan spm 2008 turun? TQ

  95. Cg Ciknon,

    LPM telahpun mengadakan Kursus Penataran SPM 2009 untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan perubahan format SPM 2009. Sepatutnya pihak2 tertentu seperti JPN masing2 perlu mengambil tindakan menyebarkan kepada semua guru dinegeri masing2. Bahan2 berkaitan dengan Kertas 3 akan diedarkan pada awal tahun hadapan, mungkin melalui Kursus Penataran Kertas 3. Diharapkan cikgu2 sentiasa bertanyakan khabar berhubung perubahan tersebut.

    Saya menyedari masalah tersebut, Jadi, sebagai usaha membantu para guru mendapatkan maklumat, InsyaAllah, saya akan sentiasa mengemaskini Blog ini dengan maklumat2 terkini yang saya perolehi.

    Tam,

    Boleh dikatakan sebahagian besar guru dan pelajar mengalami kejutan dengan soalan 2. Tentang graf turun atau naik Cg tak pasti kerana pihak2 LPM yang akan menentukan mengikut kreteria2 tertentu.

  96. cikgu,
    mengenai perubahan sukatan 2009,adakah ia terlibat dengan murid tingkatan 5 bagi 2009 atau hanya untuk tingkatan 4 bagi 2009 sahaja?

    Bagaimana perubahannya?
    Dengar kata, terdapat 3 kertas..
    soalan dokumen dan lembaran kerja mungkin tidak dimasukkan ke dalam sukatan baru..

    Bolehkah cikgu ‘update’ mengenai hal di sini, supaya kita semua dapat berusaha untuk menghadapinya?

    terima kasih, cikgu

  97. Wong,

    Semua maklumat terbaru telah dinyatakan dalam post FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2009, pelajar SPM 2009 akan menggunakan HSP dan format baru SPM 2009.

  98. saya ingin mendapatkan kepastian dan cara bagaimana pelajar sains yang ingin mengambil subjek PAK utk SPM thn depan dan belajar secara sendiri. maksudnya subjek tersebut tidak masuk dlm jadual waktu kelas. apakah cara pelajar ini boleh menyiapkan kertas tugasan kerana tiada guru yang akan menilai mereka. bolehkah pelajar2 ini dinilai oleh mana-mana guru PAK yang ada di sekolah mereka atau dari sekolah lain (contoh pelajar yg ambil tuition dari guru sekolah lain). hrp dpt jawapan yang jelas drp cg. tq

  99. Salam..HSP yg baru kt akan digunakan untuk pelajar spm 2009.,tetapi semasa pelajar tersebut di tingkatan 4, pelajar ini diajar dengan HSP yang dulu.. Sya minta cadangan dari rakan-rakan, bagaimana pendekatan sesuai yang perlu di gunakan pada pelajar2 tersebut supaya boleh absorb dengan perubahan-perubahan yang mendadak pada soalan SPM akan datang.

  100. Cg Ciknon & Cg Zakiah,

    Saya baru saja mendapat maklumat bahawa Format Pentaksiran Baru telah ditangguhkan perlaksanaannya mulai calon SPM 2011 nanti. Walaubagaimanapun HSP baru tetap diguna pakai bermula 2009.

    Ini bermaksud untuk Format Pentaksiran SPM 2009 dan 2010 menyamai format SPM2008.

  101. tq dgn jwpn cg. saya rasa guru patut diberikan peluang ‘menghayati’ HSP baru ini dahulu sebelum dpt dilaksanakan sepenuhnya kpd pelajar kerana kita tidak mahu perubahan mendadak dlm jangkamasa yg singkat. akibatnya semua pihak menghadapi masalah. cth sudah berlaku dlm SPM baru-baru ini di mana ramai yg ‘terkejut’ dgn perubahan pada kertas 2 kerana maklumat tidak disampaikan kpd semua pihak secara meluas. saya berhrp cg akn sentiasa memberikan maklumat terkini kpd semua kerana buat masa ini saya bergantung kpd semua maklumat tntg HSP baru dari laman web cg sahaja. tq

  102. Cg Ciknon,

    Saya setuju dengan pandangan cikgu, sepatutnya pendedahan awal dan secara meluas dibuat kepada semua guru terlebih dahulu. Pihak LPM telah menyampaikan maklumat2 tersebut melalui Kursus Penataran yang telah dibuat, sepatutnya pihak JPN memainkan peranan memastikan semua guru negeri masing2 mendapat maklumat tersebut dengan mengadakan kursus2 di peringkat negeri pula.

    InsyaAllah, saya akan sentiasa kemaskini maklumat yang saya perolehi dari semasa ke semasa untuk dikongsikan bersama.

  103. hi cikgu,

    Bolehkah cikgu upload kertas 2 PA 2009 untuk kita. Adakah telah dipastikan bahawa format taksiran baru telah ditangguhkan.
    Sekian, terima kasih

  104. CW,

    Maaf, saya tidak ada soalan kertas 2 SPM 2009. Format bagi SPM 2009 – 2010 adalah menyamai format SPM 2008.

    Pegawai LPM telah memaklumkan secara lisan bahawa Format Pentaksiran Baru telah ditangguhkan perlaksanaannya, iaitu bermula calon SPM 2011.

  105. Sorry cikgu,
    Tersilap taip. Maksud saya ialah Kertas 2 SPM 2008 tahun ini. Bolehkah cikgu upload untuk kami download.
    Thanks

  106. CW,

    Adalah menjadi KESALAHAN menerbitkan kepada umum soalan tahun2 lepas TANPA kebenaran Kementerian Pendidikan Malayasia.

    Cg cadangkan dapatkan soalan tersebut daripada pelajar2 tahun lepas ataupun beli buku Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar terbitan CERDIK nanti.

  107. cikgu,

    Bolehkah cikgu beri keterangan lanjut tentang projek prinsip perakaunan (20%) yang dibuat dengan komputer? Apakah program yang akan digunakan untuk menghasilkan projek tersebut?

  108. Michelle,

    Perlaksanaan Kertas 3 – Tugasan Projek (20%) telah ditangguhkan ke SPM 2011. Jadi pada tahun 2009 dan 2010 format SPM masih menyamai tahun 2008, hanya Kertas 1 dan Kertas 2 sahaja.

  109. salam cikgu.. boleh tak cikgu gtau jawapan soalan dokumen kertas sebenar spm 2008? bape jumlah imbangan die last skali? t.kaseh…

  110. Jumlah Imbangan Duga = RM26,699

  111. alamak.. sy silap. jwpn sy lain drpd jwpn yg cikgu kasi tp imbang dua2 belah. ermm terima kasih ckgu.. :)

  112. Selagi kita catat mengikut catatan bergu maka ianya akan seimbang. Kemungkinan kesilapan berlaku dalam Buku Catatan Pertama. Misalnya Nota Debit dicatat dalam Jurnal Pulangan Jualan. Cuba semak catatan dalam BCP.

  113. cikgu…apakah maksud akaun kontra?

  114. Nita,

    Pada pandangan Cg, AKAUN KONTRA ini merujuk kepada akaun2 seperti Ak Pulangan Jualan iaitu akaun yang dikelaskan dalam “HASIL” tetapi bersifat mengurangkan Hasil. Jadi ianya dipanggil AKAUN KONTRA kepada jualan. Begitu juga dengan Ak Pulangan Belian, Ak Peruntukan Susutnilai Aset Bukan Semasa, dan Ak Peruntukan Hutang Ragu. Iaitu akaun2 yang bersifat mengurangkan / KONTRA kepada sifat akaun asalnya. Di mana dalam Penyata Pendapatan dan KKK kita catatkan sebagai TOLAK.

  115. Pagi cg. Saya telah membaca semua komen dan soalan yang telah dihantar kepada cg. Saya adalah guru baru yang mengajar PA. Tetapi saya masih kurang jelas lagi
    tentang Sukatan Baru, sebab setakat ini masih tidak menerima sebarang surat yang nyatakan secara hitam-putih bahawa akan menggunakan sukatan baru tahun 2009.
    Oleh itu, apakah format peperiksaan PA SPM 2009 untuk kertas 2 ? Sila bagi contoh format dan nasihat yang sewajarnya . Terima kasih.

  116. Fuhying,

    Sila ke post PERLAKSANAAN FORMAT PENTAKSIRAN BARU BERMULA 2011 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

    Perkara tersebut ada BENAR, kebanyakan sekolah telah menerimanya, saya cadangkan cuba dapatkan surat tersebut daripada rakan guru disekolah yang berdekatan, PPD ataupun JPN.

  117. salam sejahtera cg..sy telah membaca soalan2 dlm blog cg ni…cg ada gtau bahawa semua soaln ialah 25 markah dalam kertas 2..adakah terdapat perubahan?maksud sy markah adalah seperti kertas 2 tahun 2008..tq cg..

    soalan sy yg kedua..jd soalan 4,5&6 lagi la yg kita x tau apa yang keluar..coz soalan 1 kita da tau soalan dokumen..soalan 2&3 sama ada akaun penamat,perkongsian,rekod tak lengkap, akaun kelab&persatuan atau akaun kawalan..kalau sy silap tlg betulkan..tq

  118. Cg Lend,

    Format bagi SPM 2009 dan 2010 masih sama format SPM 2008, Soalan 1 = 28 markah, Soalan 2 = 20 markah, Soalan 3 = 10 markah, Soalan 4 = 10 markah, Soalan 5 & 6 = 12 markah. Format SPM 2011 nanti, baru ada perubahan iaitu jawab 4 soalan dan setiap satu 25 markah.

    Soalan 4, 5 dan 6 – lain2 topik dalam sukatan ting 4 dan 5.

  119. Cg Narzuki,
    Boleh komen tentang Anchor Item sekali lagi? Sepertimana yang pernah Cg senarai, “rekod tak lengkap” termasuk dalam Anchor. Setakat yang saya faham mana-mana AI yang tersenarai itu HANYA akan ditanya dalam soalan 2 atau 3, dan tidak dalam soalan lain. Tetapi SPM 2008 tetap ditanya dalam soalan 5. Adakah ini bermakna soalan dari bab ‘Anchor’ jika tidak disoal dalam S2 atau S3, juga masih boleh terpakai untuk diuji dalam S4, S5 atau S6? Adakah strategi penyediaan soalan sebegitu akan diteruskan dalam SPM 2009 dan SPM 2010.
    Mengharapkan kebijaksanaan Cg narzuki dalam mentafsir perkara ini.

  120. Sifu2b,

    “Anchor Item” merupakan topik2 (kita telah sedia maklum) yang menggunakan gaya penyoalan dan skema pemarkahan mengikut LCCI yang akan diuji dalam Soalan 2 dan Soalan 3 (Kertas 2). Saya dimaklumkan bahawa soalan 4, 5 dan 6 – bab2 lain. TETAPI tidak dinyatakan SELAIN TOPIK ANCHOR ITEM.

    Sebagai langkah SELAMAT, kita andaikan BAB2 LAIN yang dimaksudkan itu merangkumi sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5, iaitu termasuk topik2 Anchor Item. Sebagai buktinya soalan SPM 2008 seperti yang saudara nyatakan diatas. Perkara tersebut sebenarnya menguntungkan para pelajar, kerana dengan memberikan tumpuan kepada soalan2 topik anchor item pelajar dapat menjawab 3 soalan.

    Walaupun soalan topik anchor item diuji dalam soalan 4, 5 dan 6, tetapi pemeriksaannya masih mengikut skema pemarkahan lama LPM. Itu saja tafsiran saya pada hari ini (17/06/2009) berdasarkan maklumat2 yang sedia ada.

  121. Terima kasih cikgu narzuki. Benar juga nasihat cikgu itu. Terima kasih sekali lagi.

  122. Assalamualaikum..
    Kami guru di Bintulu, Sarawak tiada seorang pun guru akaun yang boleh dikatakan mempunyai pengalaman..kami biasa berjumpa antara-antara kami dan boleh dikatakan mempunyai masalah sama. Beberapa tahun lepas, ada sekolah di bahagian bintulu menjemput seorang penceramah dari semenanjung, kalau tak silap saya bekas timbalan pengarah (Perakaunan) di LPM. Maaf, nama saya tak ingat.. sekiranya saya menjemut cikgu untuk memberi ceramah di sekolah saya,sudi tak untuk datang rasanya?

  123. Cikgu Mat,

    Waalaikumussalam… terima kasih kerana memberikan kepecayaan kepada saya untuk memberikan ceramah di sekolah saudara. Walau bagaimanapun keputusannya saya akan emailkan kepada saudara nanti.

  124. Salam Cg Narzuki,
    Actly sy plajar bru sebuah sekolah di kawasan sy..sy confuse dlm PA nie coz sy bru je amik subjek nie,sblum nie sy amik EST tp kt scol cnie tak ade sbjek tu..sy risau,msok bulan nie kteorg da msok bab7 tapi sy tak fham stu ape pun..Cg,sy rsau xdpt follow dorg,,time ksih sudi mEmbri kOmen..

  125. Yaya,

    Oleh kerana anda pelajar baru, sudah tentu ketinggalan dibelakang. Jika anda hanya follow saja cikgu mengajar bersama-sama rakan2 sudah tentu anda masih dibelakang. Apa yang perlu anda buat ialah KEJAR mereka, barulah anda ada peluang untuk bersama2 mereka atau berada dihadapan mereka. Betul tak ?

    Percayalah, sebenarnya anda masih lagi berpelung mengejar mereka, walaupun mereka sudah berada dibab 7. Pernah 10 pelajar Cg hanya belajar akaun di tingkatan 5 (ketinggalan 1 tahun) seramai 5 orang telah mendapat 1A.

    Nasihat Cg, KEJARlah rakan2 anda dengan sentiasa berJUMPA dan berTANYAkan cikgu anda di sekolah, dapatkan BIMBINGAN dan NASIHAT daripada beliau serta perbanyakkan LATIHAN. InsyaAllah anda akan berjaya mendahului rakan2 anda yang lain.

  126. cikgu ada tak perubahan format bagi tahun ini…masih lagi kah soalan anchor…boleh tak cikgu tunjukkan soalan dan skema permarkahan bagi soalan anchor.. satu lagi dalam penyata pendapatan ada tak markah untuk OF..apakah markah untuk OF tue cikgu…

  127. Shairul,

    Format Pentaksiran SPM 2011 tidak sama dengan format sebelum ini.
    Tiada lagi Anchor Item. Contoh Soalan dan Cadangan Jawapan telahpun disediakan untuk dimuat turun.
    OF (Own Figure) = Angka sendiri.

  1. Pingback: PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008 « Sifu Anda Menulis

  2. Pingback: Soalan Ramalan Prinsip Perakaunan SPM 2008 « Sifu Anda Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.