SEMOGA BERJAYA : SPM 2015

spm2015

Posted on November 1, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 37 Comments.

  1. Cikgu kalau soalan 6 paper 2 spm2015 saya buat banyak salah Dari segi format Ada Cara dapat markah? Macam saya Tulis akaun semasa miza instead of akaun modal miza Dan figure juga salah.

  2. Cikgu Ada markah kesian kah kalau kunci kira-kira seimbang tetapi Ada butir yng salah?

  3. Aud,

    Untuk dapat markah mesti betul BUTIR dan AMAUN, jika salah.. maka dikira SALAH.
    Tiada markah KESIAN.. dalam mana-mana subjekpun.

  4. Cikgu,

    Kalau kad stok pertama,kedua dan keempat nilai kos adalah lebih rendah daripada nilai pasaran, tetapi kad stok ketiga nilai pasaran adalah lebih rendah daripada nilai kos. Macam mana nak kira stok akhir?

  5. Sim

    Pada pandangan saya,
    Dalam perniagaan sebenar yang mempunyai ratusan jenis stok, biasanya dijumlahkan berdasarkan Nilai Kos dan dijumlahkan berdasarkan Nilai Pasaran… kemudian baru dibandingkan mana yang lebih RENDAH.

    Manakala dalam kes ini, bilangan jenis stok hanya 4 sahaja.. perbandingan setiap jenis stok.. kemudian baru dijumlahkan.. pada saya, boleh juga dipertimbangkan.. kerana TIDAK salah dari segi konsepnya.

  6. Cikgu Narzuki, saya berpendapat bahawa jawapan ialah C. Apakah pendapat cikgu?

  7. Kcteoh,

    No 14… jawapannya B RM850
    Hutang Lapuk ialah jumlah hutang yang pasti TIDAK dapat dikutip.
    Hutang yang akan dibayar lewat TIDAK dikelaskan sebagai Hutang Lapuk.

  8. Terima kasih cikgu 😀

    Namun, cikgu adakah kedua-dua terima? Ataupun biasanya lembaga peperiksaan membenarkan beberapa set jawapan?

  9. Sim,

    Pada pandangan saya, dalam setengah2 kes ada pilihan jawapan yang diterima.

  10. Baiklah. Terima kasih cikgu

  11. Saya memang tidak setuju bahawa jawapan ialah RM 850 kerana mengikut prinsip konservatisme, kita kena berhati-hati kerana masih ada keberangkalian bahawa Sarah akan melarikan diri walaupun dia berjanji untuk bayar. Lebih baik, kita iktirafkannya sebagai hutang lapuk terlebih dahulu, lebih-lebh lagi, pada masa peniaga call Sarah, sudah lepas tarikh penyediaan laporan kewangan dan dia hanya berjanji akan bayar pada bulan Julai nanti.

  12. Kcteoh,

    Jika dikelaskan sebagai Hutang lapuk, maka Ak Sarah akan DITUTUP.. tidak wujud lagi (Dt Hutang Lapuk Kt Sarah) sedangkan hutangnya masih boleh dikutip, cuma bayarannya lewat. Maka kita kekalkan beliau sebagai PENGHUTANG dalam laporan kewangan. Kes ini tidak sesuai dikaitkan dengan Prinsip Konservatisme.
    Soalan ini hanya nak menguji kefahaman calon tentang maksud HUTANG LAPUK.

    Cuba bayangkan jika semua penghutang yang bayar lewat, kita terus hapuskan hutang mereka sebagai HUTANG LAPUK, apa akan jadi dengan perniagaan kita. Maka akan ramailah penghutang lewatkan bayaran, kerana akhirnya semua hutang tersebut akan dihapuskan sebagai hutang lapuk… tidak perlu bayar lagi.

  13. Saya setuju dengan jawapan B 850..mau tanya bagaimana pula dgn soalan kertas 1 faedah atas ambilan. Terima kasih cikgu

  14. Mike,

    Soalan 25 : Faedah atas ambilan… B RM125

  15. haa, cikgu ade skemaa kertas 1 ke untuk subjek akaun 2015 untuk spm?

  16. As salam…

    Soalan 20…apakah yg dimaksudkan dengan `pengendalian tunai’…adakah merujuk kepada buku tunai runcit atau Buku Tunai.maka jwpnye kemungkinan C bukan D.

  17. Hamisah, waalaikumussalam.

    “Pengendalian tunai” adalah merujuk kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan seperti meluluskan sesuatu pembayaran.
    Manakala “Juruwang” merupakan pegawai yang ditugaskan untuk merekodkan urus niaga tunai dalam Buku Tunai @ Buku Tunai Runcit.

    Kedua-dua tugas tersebut perlu dikendalikan oleh pegawai yang berbeza sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan daripada berlakunya penyalahgunaan wang tunai apabila kedua-dua tugas tersebut dilakukan oleh pewagai yang sama.

  18. As salam…

    Soalan 10…boleh cikgu tolong perjelaskan jawapannya C untuk soalan ini.mengapa bukan imbangannya baki h/b atau akaun penamat atau pun jwp yang lain..

  19. Zamisha, waalaikumussalam.

    Merujuk kepada Soalan 10,
    Butiran “STOK AWAL” tidak wujud dalam Ak Belian, maka pilihan A dan D adalah SALAH.
    Pilihan B dan C pula dibezakan oleh butir ” Ak Untung Rugi” dan “Ak Perdagangan”

    Cuba rujuk Format Ak Perdagangan dan Ak Untung Rugi, semua item Jualan dan Kos Jualan dipindahkan ke Ak Perdagangan, Manakala semua item Hasil dan Belanja lain dipindahkan ke Ak Untung Rugi.

    Memandangkan BELIAN merupakan item Kos Jualan, maka ianya akan dipindahkan ke Ak Perdagangan, maka pilihan yang tepat ialah C.

  20. Cikgu jika dalam kunci kira kira tak ada tulis aset bukan semasa dan aset semasa…adakah semua salah atau minus format markah?dan cikgu sudah buat paper 2??boleh tak share cikgu answer haha ^^

  21. Dan dalam pp pun tak ada tulis +hasil dan -belanja…kk pun tak tulis ekuiti pemilik…tapi butir semua betul…adakah straight away 0 markah??

  22. Anna,

    Pada pandangan saya, jika semua lengkap.. cuma tajuk sahaja yang tertinggal… markah tetap dapat (bukan 0) … mungkin didenda 1@ 2 markah ataupun tidak.. pemeriksa yang akan putuskan nanti.

  23. Jadi cuma akan didenda sahaja la???cuma tengok pemeriksa denda berapa markah??tak akan straight away 0?saya sangat risau ><

  24. Anna,

    Jangan runsing, mungkin didenda dalam 1 @ 2 markah sahaja..
    Sekarang ni tumpukan kepada subjek yang akan diduduki selepas ini.. Semoga Berjaya.

  25. Ok terima kasih cikgu ^^

  26. As salam…
    Terima kasih Cgu Narzuki atas penjelasan.

    Bagaimana dengan soalan Penyata Penyesuaian Bank yang diletakkan di soalan ke 2.Adakah ini bermakna mana2 tajuk bebas utuk diletakkan disoalan 2 dan 3 tidak spt sebelum ni.

  27. Zamisha,

    Setahu saya.. tiada sebarang ketetapan soalan nombor 2 mesti melibatkan Penyata Pendapatan dan KKK. Berdasarkan soalan tahun ini.. nampak gayanya mana-mana topik boleh masuk sebagai no 2 @ 3.

  28. Ada skema jawapan untuk kertas 1 spm 2015 tak?

  29. Yac,

    Cadangan jawapan: CCCBC BCCBC DDDBC ADBDD DCDDB BCCDB BBAAB BDCDC

  30. Hi cikgu, jelaskan maklumat tambahan no 6 dalam spm 2015 . Bayaran kpd pusat kenderan noor:
    Kita perlu tambahan 14600 pd kenderaan Dan 240 dlm belanja 240 sbg insurans kenderaan. Bagaimana pula dgn pusat kenderaan noor rekod sbg ?

  31. utg kasar 140094
    Utg bersih 49473
    Bg soalan 3 spm 2015

  32. cikgu jawapan bagi soalan spm
    penyata mengira modal akhir RM98 567
    penyata mengira utg adalah utg bersih RM2535

  33. Kalai,

    Apabila dilakukan pelarasan.. maka Pusat Kenderaan Noor tidak wujud lagi.
    14600.. Kenderaan 50000 + 14600
    240… insurans kenderaan 120… insurans terdahulu 120.

    Maaf, buat masa ini. saya masih belum berkesempatan menyediakan jawapan lengkap.

  34. Assalamualaikum cg , sya stdnt lcci lvl 2, sya nak tnya .. lpas hbis lcci lvl 3 n then dpt dip in accounting , bole tak klau nak smbng ijazah akauntan ?

  35. Nurul Asikin, waalaikumussalam.

    Sila rujuk syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPT yang berkenaan.

  36. salam cg. ada tak skema jawapan utk soalan no 3 kertas 2 spm 2015.

  37. Arnl,

    Cadangan jawapan:
    UK = RM140 094
    UB = RM49 597

    MK = RM9 365
    Jum KKK = RM242 785

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.