TUGASAN KERJA KURSUS TINGKATAN 4 SPM 2017

Sumber: Portal Lembaga Peperiksaan, KPM

BAHAN DARI BLOG CIKGU AZLAN

 

Posted on June 25, 2016, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1,238 Comments.

  1. Cikgu,

    cuba tanya projeck ini untuk semua state?

    thank you.

  2. Sherine,

    Ya, soalan yang dikeluarkan oleh LPM.

  3. Assalamualaikum. Awalnya soalan ini keluar tuan?

  4. Waalaikumussalam.

    Ya.. awal berbanding tahun2 lepas. Bolehlah guru2 buat persediaan awal… pelaksanaannya tetap sama… 1 Ogos – 30 September 2016

  5. Cikgu,
    Gaji minimum mengikut akta kerja 1955 iaitu
    Semenanjung malaysia Rm900/Rm 4.33 sejam manakala sabah n sarawak Rm 800/rm 3.85. Adakan ini betul?

  6. Adela,

    Ya betul… cuma Hari ini baru dilaksanakan gaji minimum baru RM1000 untuk semenanjung.
    Berita Harian (klik)

  7. Cikgu,
    Kalau begitu kita kena ikut baru ke lama

  8. Adela,

    Pada pandangan saya.. ikut yang terbaru.. sebab rekod perakaunan kita bulan Ogos 2016.

  9. Cikgu,

    Terima kasih

  10. Ni ke kerja kursus tu ? Cikgu saye kata setiap org lain lain tajuk.

  11. Ina,

    Soalannya sama… cuma masing2 pilih jenis perniagaan ikut pilihan yang diberi dalam soalan.

  12. Cikgu,
    Soalan diberi barang niaga digunakan untuk tujuan perkhidmatan. Dalam soalan ini semua perniagaan yang diberi ialah perniagaan perkhidmatan
    Contoh barang niaga yang dijual dalam pusat kecantikan iaitu mask, sabun mandi dan minyak urut,
    So, kita kena pilih salah satu barang niaga saja ataupun…….

  13. Adela,

    Dunia sebenar.. kita akan ambil beberapa barang niaga untuk tujuan perkhidmatan…

  14. Cikgu,

    Barang niaga maksimum berapa, soalan diberi barang niaga digunakan untuk tujuan perkhidmatan tetapi dlm kad stok tidak Diambil kira sebagai 1 urus niaga.inilah yg saya tak faham cikgu…..

  15. Adela,

    Pada pandangan saya,

    Bilangan barang niaga bebas, ikut kesesuaian…. sebaik2nya ikut penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2.

    Bilangan urus niaga yang MESTI dikemukakan ialah 25 urus niaga mengikut kategori yang telah ditetapkan. Jika disediakan lebih 25.. tiada menjadi kesalahan.

    Manakala ambilan barang niaga untuk tujuan perkhidmatan.. kita boleh sediakan dokumen MEMO untuk menyatakan perkara tersebut…kemudian terus rekod di Kad Stok (maksudnya kita tidak buka akaun khas untuk belanja tersebut, sebaliknya kita terus tolak stok akhir.. kesan keatas untung bersih tetap sama). Begitu juga dengan pemberian diskaun … kita rekod seperti biasa… cuma tidak dikira dalam kumpulan 25 urus niaga tersebut.

    # walau bagaimanapun.. rujuk penyelarasan dan Taklimat Penataran di peringkat negeri masing2.

  16. Terima kasih

  17. Cikgu,

    penyelarasan dan Taklimat Penataran di peringkat negeri masing2 yang cikgu mention in previous comment, apa maksudnya?

    dan manakah kita boleh dapat maklumat tersebut?

    terima kasih

  18. Sherine,

    Biasanya JPN akan panggil guru2 akaun di negeri masing2 untuk diberikan Taklimat oleh Ketua Pentaksir Negeri berkaitan penyelarasan yang telah dibuat diperingkat kebangsaan untuk dilaksanakan diperingkat negeri masing2.

  19. Cikgu,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri,

    Boleh tanya, Dalam tugasan ini, adakah kita jual perkhidmatan dan bukan barangniaga?

    atau kita jual kedua-duanya?

    Boleh tunjukkan format jika jual kedua-duanya cikgu.
    Terima kasih, cikgu

  20. maksud saya format PP dan KKK.
    terima kasih

  21. Terima kasih,

    Kita ada hasil perkhidmatan dan jualan barang niaga yang berkaitan.
    Daripada soal jawab yang saya buat.. format (secara kasar) yang digunakan seperti berikut:

    Hasil perkhidmatan xxx
    Jualan bersih xxx
    (-) Kos jualan xxx
    Untung kasar xxx
    Hasil xxx
    (-) Belanja xxx
    Untung bersih xxx

    KKK formatnya sama.

    # walau bagaimanapun ikut penyelarasan diperingkat negeri masing2 nanti.

  22. Ribuan terima kasih cikgu sebab cepatnya respon..

  23. sekiranya saya memilih perniagaan klinik, macam mana sediakan Penyata pendapatan kerana klinik tak jual barang niaga, cuma perkhidmatan sahaja

  24. You,

    Kita pilih Klinik agak besar… dimana ada jual ubat2an disamping pekhidmatan… supaya kita dapat aplikasikan semua jenis dokumen dan BCP dalam tugasan kerja kursus tersebut.

  25. assalam cikgu,saya tak faham tntang krja kursus ni..cikgu saya kata,perkhidmatan tk dikira sbagai urus niaga..btul ke?

  26. cikgu ada panduan nk buat kerja kursus ni tk?

  27. Syahirah & Husna, waalaikumussalam.

    Tunggu cikgu sekolah anda menghadiri Taklimat Penataran Kerja Kursus.. kemidian beliau akan maklumkan kepada anda semua nanti.

  28. Cikgu, boleh kita menjadi penjual produk? Bukan peniaga yang menawarkan perkhidmatan. Kalau kita penjual perkhidmatan bagaimana kita rekod butiran bagi dokumen?

  29. Cikgu , boleh tunjuk contoh perkhidmatan tak ?

    Cikgu , apa maksud penghutang dan pemiutang ?

  30. Katakanlah saya ambil pusat kecantikan. Apa pekhidmatan untuk pusat kecantikan?

  31. Kalai,
    Tidak boleh jualan produk sahaja.. mesti ada hasil perkhidmatan.
    Butir dalam dokumen.. boleh tulis perkhidmatan yang diberikan serta caj yang dikenakan.

    Ina,
    Contohnya.. klinik, bengkel membaiki kenderaan, salon, spa, pusat cuci kenderaan dll… lihat perkhidmatan disekitar kawasan anda.

  32. Cikgu,

    Bagi urus niaga mengambil barang niaga untuk tujuan perkhidmatan, bolehkah kita buat catatan berikut:

    Debit Akaun Belanja Perkhidmatan
    Kredit Akaun Belian

    Seterusnya, Akaun Belanja Perkhidmatan direkodkan ke dalam Akaun Perdagangan sebagai sebahagian daripada kos belian

    Terima kasih.

  33. Cikgu,
    Satu soalan lagi, apakah dokumen yang sesuai untuk:
    1) urus niaga perkhidmatan yang ditawarkan?
    2) jika kedua-dua jualan dan perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan pada masa yang sama?
    Terima kasih

  34. Martina,

    Ada 2 kaedah perekodan perkara tersebut… sebaik2nya kita tunggu Taklimat Penataran peringkat negeri masing2.

    Dokumen:
    1. Resit rasmi.. bil tunai… boleh digunakan
    2. Boleh guna 1 dokumen yang sama atau 2 dokumen yang berasingan.

  35. Asslam cg…panduan pentaksiran kerja kursus ting 4 spm 2017 ….belum ada lagi ..?

  36. Cg Kay,

    Sudahpun dikeluarkan bersama2 soalan tugasan.. boleh dapatkan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan (klik)

  37. Assalamualaikum…..cikgu jika kita menggunakan 1 dokumen sahaja untuk merekod jualan barang niaga dan caj perkhidmatan….bgmn catatannya dalam BCP ye….

  38. Aniza, waalailumussalam.

    Jika guna 1 dokumen… catatan dalam Buku Tunai nanti kena asingkan antara kedua2nya.
    Untuk tujuan kerja kursus saya cadangkan guna 2 dokumen.. bagi memudahkan pelajar rekod nanti.

  39. Apakah contoh lain untuk urus niaga bagi jualan bersih ?

  40. Cikgu , kad stok ni nak isi ape ? Barang niaga ? Contoh nya , kalau spa brg niaganya ialah scrub. gitu ?

  41. mat mlm cg saya nak tanya mcm mana saya nak buat rangka perniaggan saya…saya x pasti mcm mana nk buat cg

  42. Ina dan Aliana,

    Sila dapatkan penerangan, panduan dan bimbingan guru sekolah mengikut penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2.

    # Pelaksanaan tugasan tersebut bermula 1 Ogos 2016 – 30 September 2016.

  43. nithiya sri a/p rajaveloo

    bolehkah saya dapat contoh jawapan tugasan ini untuk rujukan

  44. Nithiya sri,

    Tiada contoh jawapan…. hanya ikut panduan dan bimbingan oleh guru sekolah masing2.

  45. saya nak contoh jawapan.please.god bless u tq.

  46. Priya,

    Tiada sebarang contoh jawapan disediakan… Semua panduan dan cara pelaksanaannya akan ditaklimatkan oleh guru sekolah masing2.

  47. Saudara Rithuwan,

    Terima kasih atas perkongsian tersebut.

  48. Cikgu,
    Bagaimana nak catat “Mengambil barang untuk tujuan perkhidmatan”? Adakah catatan bergu berikut betul?

    Dt Belanja perkhidmatan
    Kt Belian

    Terima kasih.

  49. Martina,

    Dalam soalan jelas maklumkan tidak dianggap sebagai urusniaga hanya rekodkan dalam kas stok.

    Kes begini… bila kita keluarkan bil kepada pelanggan.. dalam bil ada caj perkidmatan… dan caj barang niaga seperti ubat2an. Maka kita hanya terus rekodkan jumlah keseluruhannya sebagai Hasil perkhidmatan.

    #sila rujuk KPN masing2.

  50. Cg,alamat pembekal dan alamat pebghutang tu mcm mna? alamat pembekal ambil alamat kdai/kilang? Alamat penghutang ambil alamay yg mna?

  51. Aiman,

    Alamat rujuk kepada alamat lokasi perniagaan tersebut…. kita berurusan dengan kedai …. tidak dengan kilang.

  52. cg contoh barangan untuk dijual di kedai foto ape ek?

  53. Eifah,

    Cuba pergi ke kedai foto yang berdekatan, buat pemerhatian tentang barang2 yang ada dijual di kedai tersebut.

  54. En Narzuki,
    Utk bengkel kereta,perniagaan menukar tayar kereta, guna bil tunai, butir nya: Menukar 4 tayar dunlop RM480
    Upah kerja. RM 60
    Jumlah. RM540
    Anggap ini sebagai jualan, boleh?

  55. En Narzuki,
    Kalau bengkel kereta, saya buat kedai aksesori boleh kan? Tidak semestinya bengkel yg membaiki kereta kan?

  56. Foong,

    Arahan tugasan mesti berbentuk PERKHIDMATAN…. Kedai Aksesori tidak sesuai.. ianya lebih kepada menjual aksesori. Mesti bengkel membaiki kenderaan di samping menjual barang2 yang berkaitan.

    Ianya direkodkan sebagai HASIL PERKHIDMATAN RM500.. jualan digunakan jika hanya menjual barang niaga tersebut sahaja.

  57. Cikgu Narzuki, boleh email password untuk buka garis panduan di web LPM? Terima kasih

  58. Ryan Chieng,

    Password tersebut telahpun dihantar ke sekolah oleh LPM melalui JPN masing2… cuba dapatkan daripada PKP.

  59. PANDUAN penilaian ada pssword. Apa Passwordnya?

  60. Ilaz,

    Password tersebut telahpun dihantar ke sekolah oleh LPM melalui JPN masing2… cuba dapatkan daripada PKP sekolah.

  61. Cikgu,
    Contoh kedai klinik, bila saya membeli 50 biji ubat saya masuk dalam akaun belanja bekalan dan seterusnya rekod dalam kad stok. Jika pesakit datang saya jual 5 biji ubat tersebut termasuk caj profesional fee dgn harga rm80. RM80 ini saya akan masuk dalam akaun hasil perkhidmatan dan 5 biji yg jual saya rekod keluar dalam kad stok. Bila saya sediakan penyata pendapatan saya akan guna format Hasil perkhidmatan tolak belanja, dalam belanja tersebut termasuk belanja bekalan yang sudah campur stok awal dan tolak stok akhir. Begitu juga jika ada pesakit yang datang beli ubat, saya juga masuk dalam akaun hasil perkhidmatan…ini bermakna dalam penyata pendapatan saya hanya ada hasil perkhidmatan tolak belanja tiada jualan dan kos jualan. Ini adalah format sykt perkhidmatan. Jarang saya jumpa format penyata yang ada format jualan tambah hasil perkhidmatan kemudian tolak kos jualan, maksudnya format yg kita jumpa sama ada hasil jual barang atau hasil perkhidmatan saja. Apa pendapat cikgu? Terima madih.

  62. Sorry, terima kasih

  63. Fatimah,

    Berhubung format tersebut…saya ada bertanyakan sebuah Firma Akaun di KL.. dan mereka memberikan kepada saya format sama sepertimana yang disampaikan semasa Taklimat Penataran KK Ting 4.

  64. Assalamualaikum cikgu.. tempoh perakaunan tu tempoh urusniaga ke?? Tempoh rekod tu tempoh ape cikgu? Sy pilih perniagaan bengkel kereta.. status perniagaan:meneruskan perniagaan.. jd nk tanya modal untuk bulan ogos atau modal sebelum memulakan perniagaan?

  65. Cikgu,,selalunya pengenalan perniagaan ni perlu ada ape? Salah satunya modal kan? Sy nk tanya pendapat cikgu. Kalau buka bengkel kereta,berapa agaknye modal perniagaan tu cikgu?

  66. Ying, waalaikumussalam.

    Tempoh perakaunan… 1/8/2016 – 31/7/2017
    Tempoh rekod … 1/8/2016 – 31/8/2016

    Untuk dapat nilai modal.. saya cadangkan sediakan KKK pada 31 julai 2016 (seperti dlm soalan).. tetapkan nilai2 aset dan liabiliti.. kemudian baru kita dapat tentukan nilai modal.

    Pengenalan .. mesti ada :
    1. Latar belakang perniagaan.
    2. Sebab memilih jenis perniagaan tersebut.
    3. Kelebihan jenis perniagaan tersebut.
    4. Risiko yang mungkin dihadapi.

  67. *oh begitu,terima kasih cgu kerana memberi respon segera..?

  68. assalamualaikum cikgu. kalau kedai foto boleh ke saya buat menjual filem?

  69. Cikgu,
    Ape urusniaga yg berkaitan dgn kedai foto ye?

  70. Ainas, waalaikumussalam.
    Boleh.. buat jual filem.

    Asyikin,
    Macam-macam urus niaga boleh dibuat…. tetapi mesti memenuhi kehendak/kategori 25 urus niaga yang telah ditetapkan dalam soalan.

  71. Cikgu,

    panduan penilaian cuma boleh dibukakan oleh guru sekolah?

    terima kasih.

  72. Sherine,

    Ya… hanya guru sekolah yang layak dilantik sebagai Pentaksir.

  73. Cikgu, adakah cikgu sekolah akan memberikan penerangan tentang cara untuk buat dan bagaimana formatnya?

  74. Anthony,

    Cikgu sekolah sepatut memberikan taklimat kepada pelajar… seterusnya membimbing, menyemak, menilai dari awal hingga siap tugasan tersebut.

  75. cikgu,apa maksund soalan 2.3 barang niaga yg digunakan untk tujuan perkhidmatan hendaklah direkod dlm kad stok tetapi x dianggap sbagai 1 urus niaga??

    klau sya amik klinik? perkhidmatan saya x dikira sebagai urusniagalah????

  76. Rai,

    Klinik akan mengenakan caj perkhidmatan serta caj ubat2 … katakan berjumla RM50.. maka kita rekodkan sebagai Hasil Perkhidmatan… caj untuk ubat2 tersebut dikira sebagai urus niaga hasil perkhidmatan… bukan sebagai urus niaga yang berasingan. Oleh kerana stok ubatan kita dikeluarkan… maka perkara tersebut perlulah direkodkan dalam Kad Stok.

  77. Wan Muhammad Izzrusyaidi

    assalamualikum cikgu

    bolehkan cg bagi contoh barang niaga untuk klinik

    terima kasih….

  78. Wan, waalaikumussalam.

    Barang niaganya.. ubat2an.. alat uji darah tinggi dll…. cuba pergi ke klinik dan lihat sendiri apa yang ada dijual disana.

  79. fatimah bt awang

    salam cikgu, boleh tak ckgu upload panduan pelaksanaan kerja kursus prinsip perakauan spm 2017, saya baru start mengajar tahun ini dan tak dapat nok download dri LPM kerana tiada password

  80. Fatimah,

    Jika saya upload disinipun.. sama juga masih memerlukan password untuk download dan membukanya… password telah dihantar ke sekolah masing2… cuba dapat di pejabat sekolah atau dengan PKP.

  81. Wan Muhammad Izzrusyaidi

    cg adakah sy perlu menulis nama spesific ubat atau barang niaga yang hendak dijual

  82. Wan,

    Bebas nak tulis spesific atau secara umum sahaja…

  83. cikgu, saya ni masih buat lagi kerje kursus akaun f5 2016. akaun penamat tu yang macam mna ye? bleh bantu tak, nak submit dah kerja kursus ni….

  84. assalamualaikum cikgu, sy pergi tengok kat blog cikgu apa entah.. akaun penamat tu penyata pendapatan eh? heheh

  85. Abdullah, waalaikumussalam.

    Akaun Penamat merujuk kepada Penyata Pendaptan.

  86. Cikguu rasa rasa nak bukak perniagaan ape yg pling senang ?

  87. Syamira,

    Semuanya sama sahaja… cuba pilih perniagaan yang biasa anda kunjungi..

  88. Wan Muhammad Izzrusyaidi

    cg

    apa risiko yng mungkin dihadapi perniagaan klinik

  89. Wan,

    RISIKO DALAM PERNIAGAAN

    Pengenalan
    Dalam perniagaan, peniaga mungkin menghadapi pelbagai risiko. Antara risiko ialah kecurian, kebakaran dan kemalangan. Peniaga akan mengalami kerugian akibat daripada kejadian tersebut.

    RISIKO DAN CARA MENGURANGKANNYA
    Untuk mengelak kerugian dalam perniagaan, perniaga perlu mengenal pasti risiko yang akan dihadapi. Contohnya risiko kecurian dapat dielakkan dengan cara melantik pengawal keselamatan untuk menjaga premis perniagaan.

    Maksud risiko
    Risiko ialah kemungkinan atau bahaya kerugian dalam perniagaan. Contoh-contoh risiko dalam perniagaan adalah seperti yang berikut:

    Kecurian
    Kecurian mengakibatkan kerugian kepada perniagaan. Kecurian wang hasil daripada jualan, stok dan peralatan perniagaan boleh berlaku terhadap peniaga.

    Kebakaran
    Kebakaran boleh memusnahkan harta benda, stok, tempat pernuagaan dan barang lain milik peniaga.

    Bencana Alam
    Bencana alam seperti rebut, banjir, kemarau, gempa bumi, tanah runtuh dan tsunami juga boleh menjejaskan perniagaan.

    Kerosakan Akibat Kemalangan
    Kerosakkan harta benda dan barang jualan akibat kemalangan boleh merugikan perniagaan.

    MENGENAL PASTI PUNCA RISIKO
    Setelah mengenal pasti risiko yang biasa dihadapi oleh peniaga, mari kita mengenal pasti punca risiko tersebut. Risiko yang dihadapi ole peniaga semasa menjalankan perniaaan berpunca daripada perkara berikut:

    Kecuaian
    Peniaga yang cuai akan menyebabkan berlaku risiko kebakaran boleh berlaku apabila bahan mudah terbaka diletakkan berdekatan dengan unca elektrik. Contoh bahan mudah terbakar ialah minyak tanah dan tong gas.

    Pengurus yang tidak cekap
    Peniaga perlu mengurus peniagaannya dengan cekap. Pergurusan perniagaan seperti mengurus masa, pekerja dan stok yang tidak cekap akan menyebabkan berlaku kerugian.

    Kurang Pengawasan
    Peniaga perlu mengambil langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya risiko dalam perniagaan.
    Contohnya, peniaga perlu memasang kamera litar tertutup di dalam kedai untuk mengawasi stok daripada dicuri.

    Sistem Penyimoanan rekod yang lemah
    Peniaga yang tidak merekodkan dokumen perniagaan seperti resit dan invois belian atau jualan akan mengalami masalah semasa mengira keuntungan atau kerugian perniagaan. Akibatnya pekerja dapat mengambil peluang melakukan penipuan.

    CARA MENGURANGKAN RISIKO

    Risiko perlu dikurangkan ketahap yang paling minimum. Peniaga yang bijak akan berusaha mengurangkan risiko dalam perniagaannya. Cara untuk mengurangkan risiko dalam perniagaan adalah seperti berikut:

    i. Membuat perancangan dengan teliti
    Peniaga perlu membuat perancangan perniagaan bagi mengurangkan risiko dalam perniagaan. Contoh perancangan perniagaan ialah pengurusan masa, stok dan perkerja.

    ii. Mengenal pasti beberapa pilihan penyelesaian
    Peniaga periu mengenal pasti beberapa pilihan penyelesaian berdasarkan punca-punca risiko adalah seperti di bawaah:

    Kecuaian
    Peniaga perlu peka terhadap aspek keselamatan supaya tidak berlaku kemalangan, kecurian dan kebakaran.

    Pengurusan yang tidak cekap
    Peniaga boleh meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan dengan menghadiri kursus perniagaan. Disamping itu, peniaga juga perlu melatih pekerja mereka dalam bidang masing-masing.

    Kurang pengawasan
    Peniaga perlu peka terhadap keselamatan tempat perniagaan. Untuk mengelakkan berlaku kecurian, jalan penyelesaian ialah memasang alat pengera atau mengupah pengawal keselamatan. Peniaga perlu mengawasi pekerja-pekerja semasa bertugas.

    Sistem penyimpanan rekod yang lemah
    Peniaga boleh menyimpan rekod perniagaan ditempat yang dikhaskan dengan kemas dan sistematik. Peniaga juga boleh mengunakan computer untuk menyimpan rekod. System ini lebih pantas dan kemas berbanding dengan catatan rekod yang dilakukan secara manual.

    iii. Mengambil insurans
    Peniaga boleh mengurangkan risiko kerugian yang dihadapi dengan membeli polisi insurans. Insurans merupakan pelindungan dalam bentuk pembayaran pampas an atau ganti rugi. Ianya diberikan sekiranya peniaga mengalami kerugian daripada risiko yang telah dinsuranskan. Contonhya, ganti rugi kebakaran akan diberikan sekiranya peniaga membeli polisi insurans untuk kebakaran bangunan perniagaan.

    Sumber : https://mtp6014-mohdyusof.blogspot.my/p/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html

  90. nurul qistina bt fazil

    assallamualaikum,cikgu saya mahu bertanya sekiranya penghutang membeli barang di bengkel saya,adakah saya perlu menulis nama syarikat atau nama nya sahaja di perancangan urus niaga saya?

  91. Nurul, waalaikumussalam.

    Kita berurusan dengan syarikat. Maka tulis nama syarikat tersebut.

  92. Selamat sejahtera, cg. Saya nak tanya pasal penghutang.
    Kalau saya buka klinik, blh tak penghutang tu saya tentukan sbg klinik yg lain? Tapi saya rasa ni macam tak logik…
    TERIMA KASIH, CG!

  93. Yap,

    Untuk klinik… syarikat atau jabatan tertentu seseuai dijadikan penghutang… dimana klinik kita merupakan klinik panel bagi mereka… staf mereka dapatkan perkhidmatan dari klinik kita… tampa perlu buat bayaran… akhir bulan nanti kita akan buat tuntutan terhadap organisasi berkenaan.

  94. Assalamualaikum ckgu,
    Saya nak tanya,klau klinik.pemiutang nye ape yer??contoh pemiutang dan brgniaga yg dijual??

  95. Ika, waalaikumussalam.

    1. Cuba perhatikan klinik yang berhampiran… apakan barang niaga yang ada disesebuah klinik…
    2. Kemudian baru fikirkan siapakah pembekal barang2 tersebut.

  96. blh x cg bg sy cth nama pemiutang dan penghutang utk p.kecantikan?

  97. Qis,

    Kita kenal pasti barang niaga yang kita jual…. maka kita dapat tentukan jenis kedai yang membekalkan barang tersebut (pemiutang).. serta kepada siapa barang tersebut dijual (penghutang)… seterusnya boleh reka nama perniagaan penghutang / pemiutang tersebut.

  98. Selamat petang,
    Macam mana nak buat perancangan urus niaga jenis hasil perkhidmatan.

  99. Steven,

    Sama seperti perniagaan biasa… panduan telahpun diberikan dalam soalan dimana bilangan urus niaga mengikut komponen yang telah ditetapkan. Ikut bilangan tersebut kemudian susun ikut uritan tarikh setiap urus niaga.

    # dapatkan bimbingan dan tunjuk ajar guru sekolah.

  100. Salam sejahtera, cg.

    Blh tak cg memberi cth nama penghutang bagi kedai foto?

    TQ

  101. Wong,

    Cuba kenal pasti siapa yang siapa pelanggan2 yang mendapatkan khidmat kedai foto…. kemudian baru mudah kita namakan penghutang2 tersebut.

    # dapatkan bimbingan dan tunjuk ajar guru sekolah.

  102. Muhammad Izzat Athari bin Abdul Rahim

    Cikgu, saya tengah runsing ni.. Saya hendak menjalankan perniagaan klinik, tapi bagaimana hendak merekod jualan dan belian sekiranya bahan niaga tidak boleh direkodkan? bagaimana dengan peyediaan kad stok sekiranya punca yang sama berlaku?

  103. Muhammad Izzat Athari bin Abdul Rahim

    Soalan mewajibkan Belian dan Jualan secara tunai dan kredit.

    Bagi saya Jualan tiada masalah kerana caj perkhidmatan boleh direkodkan tapi bagaimana dengan belian? Adakah klinik melakukan belian selain belian ubat-ubatan (untuk tujuan perkhidmatan)

  104. Izzat,

    Siapa kata belian dan jualan barang niaga tidak dapat direkod… nampak anda masih belum faham maksud soalan… cuba dapatkan bimbingan dan tunjuk ajar guru sekolah kerana beliau telahpun menghadiri taklimat berkaitan pelaksanaan tugasan kerja kursus tersebut.

    Ubat ubatan juga merupakan salah satu barang niaga bagi sebuah klinik…. jadi tiada sebarang masalah untuk urus niaga belian tunai / kredit barang niafa tersebut.

  105. Asssalamulaikum, Cg Narzuki.

    Apakah kelebihan menjlnkan perniagaan klinik di kampung???

  106. Xinjle, waalaikumussalam.

    Boleh fikir sendiri / bincang dengan guru sekolah atau kawan2 sekelas… asalkan munasabah.. ianya akan diterima.

  107. Cg…perniagaan foto…. Bolehke masukkan sekali perkhidmatan mencetak banner, kain rentang, bunting… Atau cetsk gambarfoto jee

  108. Peralatan fotografi seperti kamera, lensa, flash tu… Aset bukan semasa kan….ia dikira sebagai alat pejabat ke …

  109. Saya baca pos pos yg awal diatas tu
    Hasil dari perkhidmatan dengan hasil dari jualan barang niaga tu tak sama ke cikgu.
    Hasil perkhidmatan tu rekod dalam jurnal apa cikgu. Kalau pos ke lejar …akaunnya Ak Hasil Perkhidmatan ke cikgu.
    Kalau dalam urus niaga yg melibatkan jualan barang niaga dan beri perkhidmatan sekali… Kena rekod berasingan kee

  110. Rody,

    1. Biasanya kedai foto tidak memberikan perkhidmatan tersebut. Khidmat yang boleh diberi ialah mengambil gambar individu di kedai… mengambil gambar sesuatu majlis .. seperti gambar hari raya…majlis perkahwinan disamping sediakan album perkahwinan tersebut..
    # cuba tinjau2 kedai foto yang berdekatan.

    2. Alatan Kedai…. lebih sesuai.

    3. Hasil perkhidmatan… jika urus niaga tunai… Buku Tunai. Jika urus niaga kredit.. Jurnal Am.
    Dalam lejar Ak Hasil Perkhidmatan.
    Jika hasil perkhidmatan dan jualan barang niaga dalam satu dokumen.. maka boleh terus rekod sebagai hasil perkhidmatan. Kerana kesannya saman nanti.. dalam PP… Hasil perkhidmatan + Jualan.

  111. Begitu ye cikgu. Jadinya… kita kena asingkan Hasil Perkhidmatan dan Jualan. Jenis perkhidmatan yg berbeza tu rekod dlm satu akaun hasil perkhidmatan sahaja ye cikgu.

  112. Rody,

    Jika hasil perkhidmatan dan jualan/caj barang niaga… disediakan dalam satu dokumen… kita terus rekodkan sebagai hasil perkhidmatan sahaja.

    Jika jualan barang niaga disediakan dalam dokumen berasingan.. maka kita rekod sebagai jualan.

  113. Cg , stok pada kunci kira kira pada 31 julai 2016. Tidak kira berapapun pun or mesti berpandukan stok awal

  114. Zana,

    Mesti berpandukan baki stok awal yang disediakan.

  115. Cikgu boleh bagi contoh jawapan utk spm 2017 t4 projek akauns..T.kasih 🙂

  116. Lashweenraj,

    Tiada sebarang contoh jawapan disediakan.. jawapan semua bergantung kepada perancangan urus niaga masing2.. berdasarkan berdasarkan ketetapan dalam soalan dan taklimat yang disampaikan oleh guru masing2.

  117. Terima kasih, Cikgu.

  118. salam cikgu boleh tak kalau saya ambil maklumat akun klinik di laman web?

  119. untuk kerja kursus ni?

  120. Muaz,

    Boleh saja.. serta mesti patuthi ketetapan yang dikemukan oleh sekolah anda.

  121. cikgu, urus niaga hasil perkhidmatan kita boleh ke guna stok? contohnya, saya buat perkhidmatan cuci rambut, so saya guna shampoo dalam stok saya je la kan? tapi dalam masa yang sama, saya boleh jual shampoo tu? betul ke?

  122. Nadhirah,

    Ya, boleh.

  123. apakah risiko perniagaan klinik??

  124. Tracy,

    Sila rujuk Risiko Perniagaan yang telah saya kemukakan DIATAS.

  125. Selamat sejahtera, cg.

    1. Dt Penghutang
    Kt Hasil perkhidmatan

    2. Dt Penghutang
    Kt Jualan

    Adakah kedua2 konsep ini sesuai utk digunakan dlm Kerja Kursus ini?

    Terima kasih.

  126. Yap,

    Ya… Boleh digunakan… apabila urus niaga secara kredit.

  127. Selamat petang,cikgu. Saya mau tanya: 1.apakah yang mau isi dlm lajur folio buku tunai, jika ia adalah catatan kontra?
    2.baki bb tunai dan bank yg bawa masuk dari jurnal am ke buku tunai, adakah lajur folionya ialah JA?
    3. Menurut cikgu saya, kami diberitahu tuk anggap sja hasil perkhidmatan itu adalah jualan..kami tidak disuruh asingkan jualan dan hasil perkhidmatan..macam mana lah?

    Thanks

  128. Xmek,

    1. Tulis “K”…. bermaksud kontra.
    2. Ya JAx
    3. Rujuk cikgu sekolah masing2… sepatutnya direkodkan sebagai hasil perkhidmatan (sepertimana yang telah diselaraskan diperingkat kebangsaan). Jika urusniaga menjual barang niaga sahaja baru direkodkan sebagai jualan.

  129. Cikgu
    Boleh saya dapat contoh pertugasan perakaunana spm 2017

  130. Praveen,

    Tugasan kerja kursus … tidak disediakan contoh.. semuanya berdasarkan panduan/arahan/taklimat yang disampaikan oleh guru sekolah masing2.

  131. Salam,

    Apakah hasil penerimaan bg pusat kecantikan? Tq

  132. Hasil penerimaan…. cuba fikirkan apakan item hasil bagi sesebuah perniagaan …. kebanyakannya sama bagi setiap jenis perniagaan.

  133. Selamat Sejahtera cikgu,
    Saya nak tanya bagaimana nak tentukan nilai2 aset, liabiliti & ekuiti pemilik dalam kunci kira2 31 Julai 2016? Boleh reka eh?

  134. Amy,

    Boleh reka sendiri…. mula dengan:
    1. Senarai stok awal barang niaga.
    2. Senarai baki penghutang & baki pemiutang.
    3. Senarai ABS
    4. Akhirnya tentukan Modal

  135. cikgu boleh bagi contoh projek akaun kedai foto?

  136. Irfan,

    Maaf tiada contoh yang disediakan.. hanya ikut panduan yang disampaikan oleh guru sekolah sahaja.
    Beliau yang akan membimbing dan beri tunjukajar hingga siap.

  137. Assalamualaikum Cikgu Ki….boleh ke kita hanya menggunakan satu dokumen sahaja untuk jualan barang niaga dan caj perkhidmatan….bila kita merekod nanti kita asingkan butiran jualan dan caj perkhidmatan ini samada dalam JA /JJ/BT ..ini untuk perniagaan bengkel kereta…TQ

  138. Aniza, waalaikumussalam.

    Boleh… Tidak perlu asingkan.. terus rekodkan sebagai HASIL PERKHIDMATAN …..jika urus niaga tunai dalam Buku Tunai, urus niaga kredit dalam JA.
    Manakala pengeluaran stok barang niaga tersebut perlulah direkodkan dalam Kad Stok.

    # Itulah yang dimaksudkan dalam soalan “2.3 Barang niaga yang digunakan untuk tujuan perkhidmatan hendaklah direkod dalam kad stok tetapi tidak dianggap sebagai satu urus niaga”.

  139. Tq Cikgu Ki……Jika begitu ..kalau tak ada item jualan pun tak pe la yee…sbb dah ditunjukkan sebagai hasil perkhidmatan

  140. Aniza,

    Kan panduan dah minta mesti ada hasil perkhidmatan dan ada jualan… maka pastikan kedua2nya ada.

  141. cg klu jumlah stok sy 900 adekah ianya cukup?

  142. Qis,

    Terserah…. jika tidak cukup.. maka buat perancangan urus niaga belian barang niaga dahulu sebelum urus niaga lain.

  143. apa risiko yng mungkin dihadapi bengkel kereta

  144. Selamat sejahtera, cg.
    Adakah lajur fol. perlu diisikan?
    TERIMA KASIH!

  145. James,
    Rujuk risiko perniagaan yang yelah saya kemukakan DIATAS.

    Yap,
    Ruangan FOLIO mesti diisi… baru dikira jawapan lengkap.

  146. Salam,
    Yg utk hasil perkhidmatan bg pusat kecantikan tapi x guna barang dia x jual maka document apakah?
    TQ.

  147. Cikgu, mcm mana nak tentukan dokumen yg sesuai digunakan utk urusan tunai sama ada bil tunai atau resit?

    Apa beza cek dengan keratan cek?urusniaga mana yang sesuai untuk cek atau keratan cek

  148. Yaa, waalaikumussalam.
    Jika urus niaga secara tunai.. dokumen Bil Tunai, Resit Rasmi boleh digunakan. Manakala jika urus niaga secara kredit dokumen Invois perlu digunakan.

    Siti,
    Untuk urus niaga jual / beli kita gunakan Bil Tunai, manakala urus niaga yang melibatkan pembayaran / penerimaan wang seperti bayaran hutang sesuai menggunakan Resit Rasmi.
    Cek dan Keratan Cek adalah pasangannya… cek diberikan kepada pihak tertentu, maka salinannya (iaitu Keratan cek) ada dalam simpanan kita. Dokemen CEK tidak sesuai dijadikan dokumen sumber. Keratan cek sesuai digunakan untuk urus niaga yang melibatkan PEMBAYARAN menggunkan cek kepada pihak2 tertentu.

  149. Assalamualaikum W.B.T Cikgu,
    Bolehkah saya tahu siapakah pemiutang Dan penghutang Klinik Swasta. Adakah pemiutangnya sekolah ? Dan adakah penghutangnya Syarikat B-Braun? Terima Kasih

  150. Salam sejahtera, cg.

    Jika saya menjalankan perniagaan kedai foto, adakah kedai foto yg lain utk dijadikan sbg penghutang saya?

    Thanks

  151. salam ckg,

    kamera tergolong dlm stok atau aset bukan semasa iaitu alatan kedai??

  152. Selamat sejahtera ckgu,
    Saya nk tanya kalau dalam perancangan urus niaga saya ade memberi perkhidmatan mengambil gambar bagaimana nk catat dalam kad stok utk kamera yg digunakan utk tujuan perkhidmatan? Bole saya catat begini; keluar 1 unit, jumlah=kos perkhidmatan?

  153. Abdullah, waalaikumussalam.
    Penghutang… ialah pihak yang biasa berurusan dengan perniagaan kita dan boleh dipercayai akan bayar balik.. cuba fikirkan siapakah mereka ?
    Pemiutang ialah pihak pembekal yang biasa berurusan.. cuba fikir siapa pembekal barang niaga kita.

    Wong,
    Boleh juga.. jika kedai sebuah perniagaan yang besar.. yang membekalkan barang niaga kepada kedai foto lain yang bersaiz kecil.

    Ariza,
    Kamera yang digunakan dalam kedai.. boleh dikelaskan sebagai Alatan Kedai (ABS)… manakala kamera2 yang kita jual merupakan stok barang niaga (AS).

    Juan,
    Kamera yang digunakan… tidak diambil dari stok barang niaga setiap kali nak ambil gambar … tidak melibat Kad Stok. Sebaliknya kita guna kamera khas untuk tujuan ambil gambar… iaitu daripada Aset Alatan Kedai kita.

  154. cikgu.. i nak tanya tentang urus niaga dan dokumen. urus niaga itu kena disediakan untuk berapa hari? Dokumen itu hanya perlu disediakan untuk 2 org pengutang dan 2 org pemiutang sahaja ke cikgu??

  155. macam mana nak isi kad stok itu?

  156. Yoga,

    Dokumen mesti disediakan sekurang2 25… ikut arahan dalam soalan.. setiap kategori telah ditetapkan bilangan urus niaga.. setiap urus niaga .. 1 dokumen.
    Walaupun 2 orang penghutang… urus niaga berkaitan penghutang.. boleh buat…jualan kredit.. pulangan jualan… penghutang menjelaskan hutang.

    Kad Stok… bertujuan merekod kedudukan semasa stok dalam kedai… jika urus niaga melibatkan stok.. maka pergerakan stok (keluar.. masuk) tersebut perlu direkod dalam kad stok.

  157. gaji pekerja sorg rm1000 cukup x?

  158. Qis,

    Akta menetapkan tahap gaji minimum ialah RM1000.. maka berapa gaji yang hendak ditetapkan terserah perniagaan masing2 … asalkan tidak kurang dari RM1000.

  159. Cikgu,bolehkah Saya Tanya tentang hasil perkhidmatan. Dalam perancangan urus niaga,macam Mana boleh Saya catat tentang kedai Saya telah berlaku sesuatu perkhitmadtan kepada pelanggan?

  160. KALAU SAYA BUAT BENGKEL MOTOSIKAL. KAD STOK ITU SAYA KENA ISI APA?

  161. Apple,
    Penyataan bebas.. asalkan mengambarkan urus niaga tersebut.. contohnya:
    Terima tunai/cek sebanyak RMxx daripada X untuk bayaran perkhidmatan.

    Yoga,
    Kad Stok digunakan untuk merekod stok barang niaga perniagaan. Rujuk senarai stok awal yang telah anda sediakan.

  162. Selepas membuat urus niaga apakah yg perlu dilakukan?

  163. Penghutang kedai foto selain dr photograper ape ye

  164. assalamualaikum cikgu , apakah contoh barangan yang dijual di bengkel kereta ?

  165. Nur,
    Ikut kitaran perakaunan… selepas urus niaga … sediakan dokumen… buku catatan pertama… lejar… ID… PP & KKK.

    Ka,
    Sekolah boleh juga jadi penghutang.. dimana sekolah tersebut guna perkhidmatan kedai kita ambil gambar2 untuk majalah sekolah…. jika kedai foto kita besar… kedai2 foto yang kecil2 boleh juga dapatkan bekalan stok daripada kita.

    Saya, waalaikumussalam.
    Barang2 seperti minyak engin, tali kipas, bateri kereta dll.

  166. bengkel motorsikal boleh tak jual helmet,tayar, pakaian menunggang motorsikal?

  167. untuk draf (dokumen) boleh tak buat seperti satu muka surat kertas dua dokumen untuk penjimatan ? atau kena buat satu m/s satu dokumen sahja draf diambil kira ke ?

  168. Selamat sejahtera, cg.

    Perisian manakah yg sesuai utk menghasilkan jurnal dan buku tunai, Microsoft Word atau Excel?

    TERIMA KASIH.

  169. Tracy,
    Boleh saja… kedai kita yang punya.. maka kita boleh jual apa2 sahaja yang berkaitan dengan motosikal.

    Saya,
    Tiada masalah buat 1 @ 2 dokumen dalam satu muka surat… asalkan saiznya bersesuaian.

    Yap,
    Excel lebih sesuai.

  170. Salam, cgu betul x ayat1) urusniaga nie. Menerima RM150 Dari pada Siti atas perkhidmatan yg dberikan termasuk 1 botol ubat demam Dan 1 botol ubat batuk.

  171. Cgu dalam 1 u/Niaga hasil perkhidmatan boleh kah kita assume kita terima Dari pada be berapa customer . Atau 1 u/Niaga utk 1 customer shj.

  172. Siti,

    Sudah betul… cuma untuk memudahkan penyediaan dokumen nanti.. adalah lebih baik tulis :
    Terima tunai / cek daripada Siti atas perkhidmatan yang diberikan.
    Caj perkhidmatan RM100
    Ubat deman 1 botol @ RM20
    Ubat batuk 1 botol @ RM30

    Tidak sesuai.. kerana setiap pelanggan kita akan keluarkan dokumen masing2.

  173. ckg pengenalan kerja kursus ini perenggan ke 2 perlu buat ikut karangan atau mcm sebab2 memilih kedai foto ialah
    1)sebab
    2)sebab

  174. cikgu.. selepas sediakan profil perniagaan, kena buat apa cikgu?

  175. blh ke buat urusniaga sebnyk 26?

  176. Nor,
    Dalam bentuk karangan.

    Yoga,
    Buar perancangan urus niaga.

    Qis,
    Boleh sediakan urus niaga lebih daripada 25… asalkan jangan kurang.

  177. Ckgu,utj senarai komponen dokumen
    Kompenen jualan bersoh utk klinik prlu diisi dgn ape? Ex jualan kt n jualan tunai??

  178. Assalamualaikum, cg

    Mcam mana nak tulis urus niaga. cth belian kredit. Perlu buat ayat, nyatakan amaun pembelian or tak?

  179. Naz,
    Buat perancangan urus niaga dahulu… kemudian baru sediakan dokumen yang berkaitan.

    Munaaim, waalaikumussalam.
    Ya..bagi memudahkan penyediaan dokumen nanti. Contohnya:
    Belian barang niaga secara kredit daripada Syarikat XXX
    Barang niaga A 2 unit @ RM40
    Barang niaga B 6 unit @ RM37

  180. Cikgu, jadi kalau dalam senarai aset bkn semasa saya tkde Alatan Kedai..jadi kene tambah atau gantikan shj?

  181. Terima kasih cg. Lagi satu macam mana pula dengan pinjaman? Sebab cg terangkan kalau pinjaman kena rujuk kpd penerimaan. Macam mana eh cg? Saya kurang faham.

  182. Juan,
    Gantikan boleh.. tambahpun boleh.

    Munaaim,
    Bila buat pinjaman… maka akan terima wang… itu dikatakan sebagai item penerimaan.

  183. Terima kasih cg.

  184. Maaf cg, lagi sekali ganggu. Macam mana dengan perolehan aset bukan semasa? Cth kredit.

  185. Munaaim,

    Itu maksudnya beli aset bukan semasa secara kredit.

  186. assalamualaikum cikgu.boleh tak beri beberapa kelebihan dan risiko untuk kedai foto?? ada tak website yg ada contoh pengenalan ? terima kasih

  187. Yasmin, waalaikumussalam.

    Perkara tersebut boleh fikirkan sendiri.. apakah kelebihan kita buka kedai foto… boleh kaitan permintaan kawasan sekitar… pengalaman kita dalam bidang perniagaan tersebut.. dll.

  188. Assalamualaikum cikgu. Dalam pengenalan perniagaan, kalau saya beri sebab memilih perniagaan kedai foto ialah meminati bidang fotografi sejak kecil. Sesuai ke? Atau kena beri sebab2 yg berkaitan dgn cara pengurusan perniagaan,lokasi,etc?

  189. Tasneem, waalaikumussalam.

    Boleh, cuma kalau boleh berikan sebab2 yang nampak lebih matang..untuk menunjukkan kita sebagai seorang pengusaha yang berpandangan jauh.

  190. Cgu boleh tak kita buat menerima an hasil komisyen .contoh ayat menerima rm150 komisyen atas jualan Mesin air.

  191. Siti,

    Boleh… sebagai item penerimaan.

  192. assalamualaikum cikgu..

    boleh senaraikan contoh bagi stok untuk perniagaan benkel kereta…???

  193. Miru, waalaikumussalam.

    Cuba perhatikan apakah barang2 yang terdapat dibengkel berdekatan dengan anda.

  194. As salam cg.
    Contoh urusniaga perkhidmatan.

    Memberi perkhidmatan servis kenderaan seperti berikut kepada Ali secara tunai.
    1. Bayaran upah servis kenderaan RM 100
    2. Stok yang digunakan :
    minyak pelincir 1 RM 100
    bateri kereta 1 RM 100
    Jumlah RM 300

    Jadi, saya perlu rekod dalam Hasil Perkhidmatan RM 300
    Tolak pada kad stok utk minyak pelincir dan bateri kereta.

    Betul ke cg Narzuki?

  195. Nor, waalaikumussalam.

    Ya…betul.

  196. Selamat sejahtera, cikgu.

    Adakah jualan kredit mesti melibatkan stok yg banyak? Atau stok yg sedikit pun blh?

    TERIMA KASIH

  197. Yap,

    Bergantung kepada bilangan stok dalam kedai (rujuk kad stok)… asalkan mencukupi boleh saja.

  198. Assalamualaikum..untuk catatan kontra…dokumennya ape??

  199. Lia. Waalaikumussalam.

    Catatan kontra ada 2:
    1. Masukkan tunai ke bank.. slip wang masuk/slip bank
    2. Keluarkan duit di bank untuk kegunaan perniagaan.. keratan cek

  200. Tq cikgu..kalau angkutan masuk plak??

  201. Hasil perkhidmatan..terima penghutang..dan bayar penghutang dokumennya ape pulak??

  202. Cikgu
    boleh beri contoh urusniaga hasil perkhidmatan untuk komponen jualan bersih

  203. bila tugasan ni tamat?

  204. Lia..

    Bergantung kepada penyataan urus niaga … baru boleh kita tentukan dokumen yang sesuai digunakan.

  205. Assalamualaikum cikgu..

    kalau orang yang dapat perniagaan klinik camne nk buat urusniaga ?? jual ape ??

    Boleh tolong berikan penjelasan yang lebih terperinci..

    Jazakallahu khairan kathira ya cg..

  206. Nuril, waalaikumussalam.

    Urus niaganya sama seperti perniagaan yang lain…
    Cuba perhatikan apa barang niaga yang ada diklinik yang berdekatan…. antaranya ubat-ubatan, alat pemeriksaan kesihatan,
    Sepatutnya guru sekolah yang menerangkan secara terperinci panduan dan langkah2 serta membimbing dalam menyiapkan tugasan ini.

  207. Assalammualaikum.
    Nak tanya apakah dokumen yang terlibat untuk perkhidmatan yang dibayar oleh pelanggan? Saya menggunakan bil tunai, adakah saya perlu menyediakan bil tunai untuk setiap pelanggan saya ?

  208. Nabilah, waalaikumussalam.

    Ya, BIL TUNAI dokumen yang sesuai digunakan. Dalam perniagaan sebenar bil dikeluarkan kepada setiap pelanggan.

  209. Angkutan masuk-Membayar caj angkutan masuk ..
    Hasil perkhidmatan-Memberi perkhidmatan mencuci gambar dan membekalkan 2 album..
    Penghutang-Penghutang nembayar kesemua hutangnya..
    Pemiutang-Membayar hutang kpd syarikat _____dengan cek..
    Kalau mcm ni..ape dokumennya??

  210. Lia,

    Jiba membayar angkutan masuk… dokumen yang sesuai : Keratan cek, Resit rasmi, Bil tunai daripada syarikat pengangkutan tersebut.
    Jika caj angkutan masuk dikenakan oleh pembekal … dokumennya ialah Nota Debit yang dikeluarkan oleh pembekal.

    Hasil perkhidmatan …..Bil Tunai

    Sebarang pembarayan / penerimaan wang… resit rasmi paling sesuai digunakan.

  211. Salam sejahtera, cg.

    Adakah nama seseorang individu sesuai utk dijadikan sbg penghutang bagi kedai foto?

    THX

  212. Wong, salam sejahtera.

    Nama individu tidak sesuai untuk dijadikan penghutang.

  213. Cg sesuai x ayat jualan tunai. Mrnjual 50 botol ubat batuk kepada Mira secara credit

  214. Cgu boleh kah belanja membaiki alat pengawas singing sbg item belanja am

  215. Siti,

    Jualan tunai…. tidak boleh ada “secara kredit”
    Belanja Am.. boleh digunakan.

  216. Maaf cgu…membayar belanja membaiki alat penghawadingin berjumlah rm150 secara tunai… Akaun tunai Dan akaun belanja am atau akuan belanja membaiki.

  217. ckgu..ckgu sy xbg buat angkutan masuk
    boleh ke camtu?

  218. Siti,
    Belanja Am… lebih umum, Ak Belanja Membaiki juga boleh digunakan.

    Qis,
    Terserah kepada cikgu anda, jadi kena ikut apa yang diarahkan oleh guru masing2.. kerana beliau yang akan menilai hasil kerja anda berdasarkan panduan yang telah beliau berikan.

  219. Salam sejahtera, cg.

    Adakah no.model barang niaga (Cth: Kamera Canon EOS 80D) perlu ditulis?

    THX

  220. Assalamualaikum..cikgu..hasil perkhidmatan tu mmg dokumennya bil tunai ke??bkn resit ke cikgu??

  221. Assalam cg, saya skrng mempunyai tugasan projek ting 4. Boleh cg kasi contoh barang2 yg dijual di klinik?

  222. Wong,
    Terserah kepada keupayaan pelajar…. nak buat secara umum atau guna nama model.

    Lia, Waalaikumussalam.
    Resit pun boleh…. cuma BIL TUNAI lebih sesuai digunakan.

    Zayn, waalaikumussalam.
    Cuba perhatikan apakah barang2 yang terdapat diklinik yang berdekatan dengan anda.

  223. terima kasih ckgu

  224. Assalamualaikum cg..

    Kalau syarikat Insurans yang jadi penghutang untuk perniagaan klinik kita .. sesuai tak ??

    seperti Etiqa Insurance and Takaful..

  225. Muazd, waalaikumussalam.

    Mana2 organisasi yang menjadikan kita sebagai klinik panel… maka sesuai dijadikan penghutang.

  226. ckgu..sy nk email ckgu bole?

  227. Apakah perkhidmatan yang diberi dalam pusat kecantikan??

    Apakah stok yang terdapat dalam pusat kecantikan??

  228. Jessica,

    Cuba rujuk DISINI (klik)

  229. Cikgu,saya mahu tanya kalau kedai saya ialah kedai foto ,apakah barang niaga yang boleh saya guna sebagai hasil perkhidmatan?boleh saya guna kamerakah?ataupun hanya boleh guna album dan frame?

  230. Sheila,

    Hasil perkhidmatan ada merujuk kepada perkhidmatan yang kita berikan… contohnya.. kita ambil gambar2 majlis perkhawinan disamping itu kita sediakan album perkhawinan serta gambar besar yang di”frame”kan sebagai pakej perkhidmatan tersebut. Maka dalam Bil nanti kita akan nyatakan bayaran/caj yang dikenakan..cthnya :
    Caj perkhidmatan… rm500
    Album perkhawinan…rm300
    Gambar yg diframekan rm700
    Jumlah : RM1500

    Kamera biasanya tidak diberi dalam pakej sedemikian…

  231. Cikgu,perlukah saya menyenaraikan nama pembekal/pelanggan tunai?

  232. Siti,

    Tidak diminta dalam soalan tugasan, tetapi tidak menjadi kesalahan jika hendak sediakan bagi memudahkan penyediaan dokumen nanti.

  233. cikgu, saya buat dokumen hasil perkhidmatan dan jualan barang niaga secara berasingan tapi tarikh dan pelanggan yang sama.adakah masih dikira 25 dokumen?

  234. ambilan barang niaga untuk kegunaan perniagaan atau kegunaan sendiri?

  235. Siti,

    Jika sediakan LEBIH daripada 25 urus niaga / dokumen… tidak menjadi kesalahan… asalkan jangan KURANG.
    AMBILAN dalam urus niaga yang ditetapkan adalah merujuk kepada ambilan untuk kegunaan SENDIRI.

  236. Cikgu , boleh bagi contoh ayat untuk hasil perkhidmatan bagi klinik . Apa contoh ubat ubatan yg digunakan untuk perkhidmatan bagi klinik ?

  237. Shima,

    Terima tunai/cek atas bayaran perkhidmatan kepada XYZ sebanyak RMxxx.
    … Boleh juga dinyatakan lebil detail:
    Caj perkhidmatan RMxx
    Ubat batuk 1 botol @ RMx
    Ubat deman 1 botol @ RMx

    #sila rujuk ketetapan guru sekolah masing2.

  238. dokumen asal dan salinan ape bezanye
    and mcm mana nk letak nama penjual dan pembekal untuk dokumen asal dan salinan?

  239. Qis,

    Jika kita Penjual, kita yang keluarkan dokumen (nama kita DIATAS)… maka kita simpan SALINAN.

    Jika kita PEMBELI, kita terima dokumen ASAL (nama kita di BAWAH).

  240. ooo..fhm
    thanks ckgu

  241. resit rasmi salinan tu nk tulis ape dkt ATAS and diterima daripada pulak nk tulis ape..org yg menerima perkhidmatan kita tu ke?ayat untuk bayaran plak mcm mane?

    tq ckgu

  242. Qis..

    Konsepnya sama… kita keluar dokumen .. SALINAN (nama atas).
    Kita terima dokumen.. ASAL (nama bawah).
    Bayaran.. tulis bayaran utk apa:
    bayar sebahagian daripada hutang/invois xxxx
    Komisen / sebagainya.. rujuk urus niaga

  243. cikgu, harga belian dan harga jualan lain ke?
    kiranya nanti dalam kad stok, harga seunit baki kita ikut harga belian kita? saya tak faham

  244. Nadhirah,

    Harga Jual mestilah lebih tinggi daripada Harga Beli… jika sama, maka tiadalah untungnya.
    Dalam Kad Stok… kita hanya guna Harga Beli (iaitu harga kos) sahaja untuk keluar @ masuk.

  245. Cgu kalau buat hasil perkhidmatan scr credit Catalan pertama journal khas kan.

  246. cikgu,nak tanya macam mana buat urusniaga hasil perkhidmatan? bolehkah cikgu terangkan?

  247. Siti,
    Hasil perkhidmatan secara kredit catat dalam Jurnal Am.

    Cherlyn,
    Sila rujuk komen sebelum ini.

  248. cikgu,apakah dokumen yang boleh digunakan untuk urusniaga hasil perkhidmatan? thanks cikgu..

  249. contoh urusniaga hasil perkhidmatan boleh tak saya tulis “terima tunai atas bayaran perkhidmatan rawatan SPA kepada Rosman sebanyak RM500”

  250. atau tulis :terima tunai atas bayaran perkhidmatan rawatan SPA kepada seorang pelanggan sebanyak RM500

  251. Cherlyn,

    Dokumennya Bil Tunai.
    Yang pertama lebih sesuai… ada nama.. memudahkan penyediaan dokumen nanti.

  252. thanks teacher.

  253. Assalam cikgu, dekat kat stok kan ada kos seunit. Then harga seunit tu nak detak harga jualan kita or harga belian?

  254. Syuqrina, waalaikumussalam.

    Dalam Kad Stok.. kita hanya guna harga beli untuk masuk.. keluar dan baki.

  255. mcm mana nk isi keratan cek..baki akhir nk isi apa

  256. Qis,

    Baki akhir… merujuk kepada wang dibank sebelum urus niaga tersebut.

  257. Cikgu, kedai foto x semestinya jual kamera kan? Kalau sy tk include-kan kamera dlm senarai barang niaga, adakah ia bermaksud sy tk memberi perkhidmatan mengambil gmbr? Sy confuse..

  258. Auni,

    Kamera yang digunakan .. tidak dijual. Kebanyakan kedai foto ada menjual kamera, album gambar, bingkai gambar, bateri dll.
    Walaupun tidak menjual kamera… perkhidmatan ambil gambar tetap dijalankan..

  259. ooo..maksudnyer wang yg kita tetapkn sndiri mula2 ke yg ade di kkk tu?

  260. Qis,

    Ya… kemudian jika kita keluarkan cek.. maka bakinya akan berkurang… jika kita terima cek… baki akan bertambah. Secara mudahnya… baki wang dibank pada masa tersebut.

  261. Cikgu,
    Boleh beri saya panduan bagaimana hendak menjawab urus niaga yang terlibat

  262. Mazainah,

    Panduan boleh rujuk guru akaun sekolah … kerana beliau telahpun ditaklimatkan oleh ketua pentaksir negeri masing2.

  263. Selamat sejahtera, cg.

    Nak tanya pasal invois.Kalau syarat serahan pd invois saya tulis ANGKUTAN DIBAYAR,adakah urus niaga yg berkaitan dgn MEMBAYAR ANGKUTAN MASUK sesuai dituliskan lagi?

    TERIMA KASIH

  264. Yap, selamat sejahtera.

    Jika tertulis “angkutan dibayar”.. maka kita tidak perlu lagi keluarkan belanja untuk angkutan masuk atas belian daripada pembekal tersebut.

  265. Cikgu,kalau Pulangan belian/jualan perlu ke rrekod dalam kad stock?

  266. Hasil perkhidmatan di buku tunai direkodkan ssebelah DT/KT?

  267. Nur Ashikin,

    Asalkan melibatkan pergerakan stok… masuk / keluar.. mesti rekod dalam Kad Stok.

    BT…. debit… wang masuk. Kredit .. wang keluar.

  268. “Menjual barangniaga secara KT kpd xxx bernilai xxx” klau dlm buku tunai rekod nama pnghutang/jualan?

  269. Slmt sjhtera cikgu. Boleh ke kalau ada lebih drpd 3 jenis aset bukan semasa dlm KKK pd 31 julai 2016?

  270. Nur Ashikin,
    Bila urus niaga secara KREDIT, maka BUKU TUNAI tidak terlibat… sepatutnya dicatat dalam JURNAL JUALAN.

    Hairi,
    Ya. Boleh.. asalkan jangan kurang.

  271. Assalamualaikum cikgu kalau saya mnjalankan kedai foto
    Ink printer boleh diletakkan dlm alatan kedai atau lebih sesuai diletakkan dalam senarai barang niaga?

  272. Alisa, waalaikumussalam.

    Terserah…. jika kedai Alisa jual ink printer.. maka jadi stok barang niaga.. jika tidak.. sebaliknya..

  273. Cikgu, klau hasil perkhidmatan nk masukkan kn ke buku Catatan pertama ke lejar?

  274. Contoh- merekod hasil perkhidmatan menservis motor sebanyak rm 500 ( 1 /8/16-15/8/16)
    Document bil tunai (Salinan)
    Pastu nk masukkan dlm jurnol,lejar ke buku tunai,

  275. Nafisah,

    Ikut kitaran perakaunan.
    Dokumen – BCP(jurnal am/ jurnal khas/ buku tunai) – Lejar – ID

  276. cikgu kerja kursus saya tak imbang walaupun sudah dibetulkan , bagaimana ya ?
    dan untuk penyata pendapatan , ada ke rugi kasar ? atau hanya untung kasar saja wujud ?

  277. ASSALAMUALAIKUM CIKGU , UNTUK PERKHIDMATAN MSTI DILETAKKAN DI PERANCANGAN NAMUN TAKPERLU DOKUMEN , ADAKAH DI JK , JA, LEJAR JUGA DIUBAH ? DAN APA CONTOH PERKHIDMATAN UNTUK BENGKEL KERETA YA ?

  278. Sayaa, waalaikumussalam.

    ID tidak seimbang … disebabkan catatan bergu yang tidak lengkap. Cuma semak pengeposan dari BCP ke lejar. Satu lagi cuba semak baki awal modal dlm kkk pada 31 Julai 2016.. pastikan kkk seimbang terlebih dahulu.

    Untung / Rugi kasar…. kedua2 boleh terjadi bergantung kepada perancangan perniagaan kita… jika harga jualan terlalu rendah… boleh menyebabkan terjadinya Rugi Kasar.

    Hasil perkhidmatan… MESTI ada dalam perancangan urus niaga… ada dokumen..dan perlu dicatat dalam BCP dan poskan ke lejar.

  279. Slmt ptg cikgu, boleh ka kedai alat tulis jd penghutang kpd kedai foto? Knp individu tidak sesuai mnjdi penghutang kpd kedai foto?

  280. Ali,

    Cuba fikir secara rasional… ada tak orang perorangan/individu berhutang di kedai gambar… ada tak kedai gambar yang bagi hutang ?

    Kedai Alat Tulis tidak sesuai jadi penghutang kepada Kedai Foto. Penghutang ialah pihak yang biasa berurusan dengan kedai foto tersebut.. misalnya kedai foto yang kecil.. yang biasa membeli bekalan daripada kedai kita. Ataupun organisasi yang menggunakan perkhidmatan kita, tetapi bayaran dibayar lewat (hutang dahulu) .. contohnya sekolah.

  281. Cikgu apa kalo saya bukk kedai motor aset bukan semasa apa je? Selain premis? Dan soalan ada mintk utk beli abs ybg lain apa contoh lain yng sesuai?

  282. Rasyid,

    Cuba perhatikan… apakah ABS yang ada di bengkel2 yang berdekatan dikawasan anda… pasti akan jumpa jawapannya.
    Satu lagi cara… cuba senaraikan sebanyak mungkin ABS yang anda tahu.. kemudian pilih yang mana ada kaitan dengan sebuah bengkel.

  283. Cikgu, klau terima hasil komisyen dokumennye ape ? ^_^

  284. Darwisy,

    Resit rasmi boleh digunakan.

  285. hasil perkhidmatan bcp dia apa cikgu? lejar buka akaun apa?

  286. Nadhirah,

    BCP ditentukan berdasarkan jenis urus niaga…. jika urus niaga secara tunai… maka Buku Tunai… dan butir/akaunnya “Hasil Perkhidmatan”.
    Jika urus niaga secara kredit… JA perlu digunakan.

  287. Can I get example full answer

  288. Asha,

    Maaf, tiada contoh jawapan..
    Jawapan bergantung kepada perancangan urus niaga masing2.

  289. Assalamualaikum….
    Cikgu…jika pljr guna satu shj dokumen iaitu baucar utk pmbyrn gaji bg 2 org pekerja…boleh ke?

  290. Aniza, waalaikumussalam.

    Boleh… cuma pastikan baucar tersebut ada ruangan tanda tangan untuk setiap pekerja.

  291. assalamualaikum ckgu
    apakah contoh stok barang niaga untuk kedai foto??

  292. Shea, waalaikumussalam.

    Cuba perhatikan apa yang ada dijual di kedai gambar berdekatan dengan anda.

  293. cikgu, boleh saya tahu macam mana nk buat penyata untuk jualan kredit?

  294. Sha,

    Penyata apa ?
    Dalam Penyata Pendapatan… kita masuk Jumlah Jualan…. iaitu jualan tunai+ jualan kredit (yang diambil daripada Ak Jualan dalam lejar).

  295. salam…cikgu…apakah dokumen yang sesuai untuk urusniaga membuat pinjaman bank berkadar faedah 3% setahun dan bayaran balik pinjaman beserta faedah bermula pada bulan oktober….boleh x kalau saya nk guna memo?

  296. Eloi,

    Jika hanya pinjaman.. kita boleh guna makluman kredit.
    Oleh kerana banyak lagi maklumat hendak dimaklumkan kepada kerani akaun… maka MEMO sesuai digunakan.

  297. Cikgu klau nk masukkan ke lejar kan, contoh- sblum ni kite punya penghutang masih ade dlm senarai urus niaga, mase nk buat lejer tu kne tulis baki bawa bawah harga dulu ke dulu kat lejer atau tak payah.

  298. Cha,

    Baki awal penghutang dan pemiutang perlu dimasukkan dalam akaun masing2 sebagai Baki b/b.

  299. assalam cikgu…klau hasil prkhdmatan,apa dokumen yg sesuai?

  300. Terime kasih cikgu ?

  301. Alif, waalaikumussalam.

    Bergantung kepada urus niaga:
    Jika secara tunai… Bil Tunai.
    Jika secara kredit… invois.

  302. lps buat jurnal dgn buku tunai nk buat ape lak?

  303. Qis..

    Poskan ke lejar.

  304. Cikgu saya nak tanya jika resit itu mengenai hasil perkhidmatan apakah yang perlu ditulis dalam butir buku tunai..dan apakah maklumat yang perlu ditulis ke dalam lejar?

  305. Nur,

    BT.. dt Hasil perkhidmatan

    Pos ke Ak Hasil Perkhidmatan
    Kt Bank/Tunai

  306. Cikgu..penyata kewangan tu penyata pendapatan dan kkk ke??mcm mne nk thu untung atau rugi..

  307. Lia,

    Ya… PP dan KKK.
    Apabila siap PP… maka baru kita tahu perniagaan Untung / Rugi.

  308. cikgu.. macam mana nak isi kad stok

  309. Cikgu,

    Saya tak tahu nak buat macam mana.. Kad stok tu nak isi macam mana??

  310. Yoga dan halsi,

    Sepatutnya cara2 merekod dalam Kad Stok ditunjukkan oleh guru sekolah. Tugasan kerja kursus ini adalah tugasan terbimbing… dimana guru akan bimbing pelaksanaannya dari awal hinggalah siap.

    Cara paling berkesan untuk memahaminya.. ialah jumpa guru sekolah untuk dapatkan tunjukajar.

  311. Yer lah cikgu..camna nk thu kita rugi atau untung lepas dh siap wat bnde tu..

  312. Lia,

    Secara asasnya PP ialah Hasil – Belanja…… jika dapat nilai positif, maka Untung…. jika nilai negatif..Rugi.

  313. Selamat sejahtera, cg.

    Jika salah satu aset bkn semasa saya ialah premis, adakah urus niaga tentang membayar sewa masih sesuai ?

    Terima kasih

  314. Yap,

    Sewa tidak semestinya sewa tempat sahaja… boleh juga mesin, @ aset bukan semasa yang lain.

  315. Cikgu,

    Jika saya ambil kedai foto,bagaimanakah saya ada penghutang? Selain itu,alamat dan maklumat penghutang boleh cari dari mana?

  316. Jasmine,

    Cuba fikirkan pihak@organisaai yang menerima perkhidmatan kita…. seperti mangambil gambar majlis2 tertentu… bayaran biasanya dibayar kemudian.. maka boleh jadi penghutang perniagaan.

  317. cikgu,ssya nak ask perancangan urusniaga jika saya ambil pusat kecantikkan say nak macam mana buat?

  318. peancangan urusniaga tu nak buat apa ye? jika saya choose tu kedai foto nak tulis secara apa ,saya tiada format… saya sangat bimbang la,saya tu sain stream guru di sekolah tak ajar sain stream akaun pun ,saya sangat bimbang I nak drop akaun atau ….

  319. Jennnis dan Hannan,

    Buat ikut cadangan urus niaga yang telah ditetapkan dalam soalan.

  320. Assalamualaikum…boleh tak cikgu jelaskan brg niaga untuk perkhidmatan tidak dianggap satu urusniaga.

  321. Apakah aset bulan semasa dan aset semasa bagi kedai foto?

  322. Cikgu,saya ada satu soalan lgi….skrenye berlaku urus niaga tunai utk hasil perkhidmatan..jadi,adkh ia perlu direkod di bil tunai dan tulis ape?

  323. Arman..
    Ya.. sediakan Bil Tunai.

    Syufri,
    Sama dengan ABS bagi mana2 kedai/perniagaan.

  324. cg..mcm mane nk tukar nama dkt lejar..sy smpai skrang xreti

  325. Qis,

    Maaf cg tidak faham… apa masalahnya.

  326. utk jurnal belian, kita kena buka akaun pemiutang sekali ke? atau buka akaun belian sahaja?

  327. Nadhirah,

    Setiap item dalam JB mesti diposkan ke lejar masing2… iaitu ke ak pemiutang yang berkenaan dan juga Ak Belian.

  328. maksud sy..kat lejar kan kena tukar2 nama..debit ape kredit ape soalan sy mcm mane nk tau debit kredit and mcm mana nk letak?

    maaf la klu cg xfhm..

  329. Qis,

    Contoh dlm JA:
    Dt Alatan pejabat
    Kt Syarikat ABC

    Maka,
    Ak Alatan pejabat
    Dt…. butirnya Syarikat ABC

    Ak Syarikat ABC
    Kt…butirnya Alatan pejabat

    # butirnya merujuk kepada pasangan bergunya.

  330. Cikgu..lpas dh siap sampai kkk..kita perlu taip kan??mcm mne kita nk menaip tu..kne bukak link tertentu ke??

  331. Lia,

    Boleh taip guna Ms Word ataupun Ms Excel.. ikut kemahiran masing2.

  332. cikgu urusniaga pinjaman masuk dalam jurnal apa??

  333. Yoga,

    Jika kita terima wang pinjaman tersebut.. maka catat dalam Buku Tunai.

  334. cikgu, cth saya pulang kan barang dekat Syarikat P. saya buka jurnal pulangan belian kemudian pos ke lejar ak pulangan belian dan syarikat P. Jadi,Imbangan duga Syarikat P masuks sebelah debit atau kredit?

  335. Nadhirah,

    ID kita hanya ikut BAKI B/B pada 1 September (baki akhir)… jika debit.. maka dalam ID juga debit… dan sebaliknya.

    Lepas kita imbangkan akaun2 dalam lejar.. dapatkan baki hb.. baki bb.. baru seduakan ID.

  336. Cikgu, kadar bayaran klinik RM 400 rasionalkah???

  337. Xinjie,

    Ada rasionalnya… bergantung kepada peralatan yang digunakan dan kemudahan yang diberikan. Kadar bayaran adalah merujuk kepada bayaran bil elektrik.. telefon.. internet… bil air.

  338. Cikgu… Buku tunai belah Mana.. Penerimaan ke pembayaran

  339. Cikgu , kalau hasil perkhidmatan , dokumen apa yang paling sesuai ? Kalau saya buat folio pelanggan boleh ke atau mana yg lagi senang ?

  340. Yoga,

    Buku Tunai
    Debit … wang masuk/penerimaan
    Kredit… wang keluar/pembayaran

  341. Cikgu kalau hasil perkhidmatan mesti buat dokumen perniagaan folio pelanggan atau boleh buat dokumen perniagaan yg lain ?

  342. Afiah,

    Dokumen Bil Tunai (urus niaga tunai).. Invois (urus niaga kredit)… pun boleh.

  343. Cg ape maksud brg niaga utk perkhidmatan tdk dikira urus niaga.

  344. Arman,

    Urus niaga yang diminta ialah 25 urus niaga seperti dinyatakan dalam soalan. Ambil barang niaga untuk tujuan perkhidmatan tidak termasuk dalam 25 urus niaga tersebut…sama seperti catatan permulaan dan juga diskaun diberi / diterima tidak dianggap sebagai urus niaga (yang 25).

  345. Selamat sejahtera, cg.

    “Membayar RM2250 dgn cek kpd Syarikat P dan menerima disk. tunai sebanyak RM250”

    Adakah pernyataan di atas blh dikenal sbg urus niaga dlm kerja kursus? Kan disk. tunai X dianggap sbg urus niaga…

    TERIMA KASIH

  346. Yap,

    Ya. Diterima. Cuma ianya dikira sebagai SATU Urus niaga sahaja…bukanya DUA urus niaga. Diskaun tunai tidak dikira urus niaga daripada 25 urus niaga yang dikehendaki dalam soalan.

    Ini bertujuan mengelakkan pelajar menyediakan dokumen kurang daripada 25. Jika diskaun tunai dikira sebagai satu urus niaga… maka apabila pelajar menyediakan perancangan urus niaga… katakan ada 6 item pembayaran dan penerimaan menggunakan Resit rasmi yang mengandungi diskaun… maka sudah ada 12 urus niaga… sedangkan dokumennya baru 6 sahaja. Maka kehendak LPM supaya pelajar menyediakan sekurang2nya 25 dokumen dan 25 urus niaga tidak tercapai.

  347. cikgu macam mana nak kira stok akhir utk buat penyata pendapatan?

  348. Nadhirah,

    Itulah kegunaan Kad Stok… untuk mengetahui nilai stok akhir yang ada dalam kedai berdasarkan nilai kos (harga beli).
    Jumlahkan nilai baki akhir daripada setiap Kad Stok yang ada.

  349. cikgu hasil perkhidmatan saya buat dalam dokumen bil tunai.hasil perkhidmatan kena masuk jurnal atau lejar ke?

  350. Yoga,

    Jika terima tunai/cek… BCPnya ialah Buku Tunai… kemudian poskan ke lejar.. Ak Hasil Perkhidmatan.

  351. ckg,

    nk tanya, kalau memo tu dia tulis mengeluarkan stok utk perkhidmatan. nk letak dkt jurnal yg mana satu?

    tq :3

  352. Imman,

    Ianya tidak dianggap sebagai urus niaga…hanya rekod di Kad Stok.

  353. camne nk buat lejar utk JJ,JPJ,JB dan JPB..

  354. Qis,

    Sila rujuk dalam buku teks… ada contoh pengeposan ke lejar.

  355. lejar ade 3 kan
    a)lejar am
    b)lejar jualan(penghutang)
    c)lejar belian(pemiutang)

    kan cg?

  356. Qis,

    Lejar dikelaskan kepada 2 :
    1. Lejar Am
    2. Lejar Subsidiari (Lejar Jualan/Penghutang & Lejar Belian/Pemiutang)

  357. ohh ok2
    thanks cg..

  358. Nursyahirah Daud

    Cikgu mcm mna nk buat pengenalan. Bantu saya

  359. Nursyiahirah,

    Pengenalan… kena ada perkara2 berikut:
    1. Latar belakang perniagaan… masukkan nama perniagaan.. nama pemilik.. bila ditubuhkan.. lokasi perniagaan.. modal semasa perniagaan… bilangan pekerja dan gajinya.
    2. Sebab2 pilih jenis perniagaan tersebut.
    3.Kelebihan2 jenis perniagaan tersebut.
    4. Risiko2 yang mungkin dihadapi.

  360. Cikgu kalau urus niaga sy mengambil wang tunai utk kegunaan sendiri tidak perlu dicatatkan dlm jurnal am sebaliknya ke dlm buku tunai..adakah ia betul

  361. cikgu menerima pinjaman dari bank sesuai guna dokumen apa?

  362. Vinnie,
    Asalkan melibatkan tunai/bank… mesti Buku Tunai.

    Ira,
    Makluman kredit… sesuai digunakan.

  363. klu imbangan duga xseimbang mcm mane cg?

  364. Qis,

    Ada kesilapan… boleh rujuk cara2 mengesan kesilapan ID tidak seimbang dalam buku teks.

  365. Cikgu , hasil perkidmatan tunai nak tulis penghutang ke ?

  366. Cikgu , dan satu lagi pulangan belian perlu tulis dua pemiutang dlm satu hari ?

  367. Abc,

    Bukan urus niaga secara kredit, maka penghutang tidak terlibat.

    Hanya seorang pemiutang sahaja setiap urus niaga.

  368. Terima kasih cikgu …

  369. Cikgu , urusniaga bil air dan elektrik dan insurans tulis dlm dokumen baucer pembayaran ?

  370. Sss,

    Bil air elektrik / kadar bayaran sesuai juga guna baucar pembayaran.
    Manakala insurans… resit rasmi lebih sesuai.

  371. Cikgu,dalam perancangan urusniaga ada HASIL PERKHIDMATAN dan komponennya ialah JUALAN BERSIH.Buat jualan mcm biasa ke?

  372. Fahmi,

    Buat seperti biasa.. cuma perlu tambah caj perkhidmatan.

  373. cg,kalau buat kedai foto;

    bolehke perkhidmatan mcm ambil gambar utk majalah skolah/gambar perkahwinan tu dikira sbg penghutang kita…ke nak anggap itu sbg perkhidmatan&pelanggan kita je?

  374. cg,yg kat kad stok pulak,

    pada bil.1,kena buat stok baki pd bln julai kan.dan amaun tu kena sama kat kunci kira2 ke..kalau kat kunci kira2 lebih sikit x boleh?

  375. Mel,

    Sekiranya lewat bayar.. maka kita rekodkan sebagai penghutang dahulu.

    Baki stok awal merujuk kepada nilai yang sama… iaitu dalam KKK dan dalam Kad Stok.

  376. lps ID sy dh seimbang..then kena buat penyata pendapatan and kkk kn cg?

    pastu plak..camne nk tau kita untung/rugi dr PP tu

  377. Qis,

    Siapkan Penyata Pendapatan… jika dapat nilai +ve… Untung Bersih, jika -ve …. Rugi Bersih.

  378. ohh ok2..

    pastu proses menaip plak..nk guna ape?
    microsoft excel ke?
    cam mne nk buat garis2 and petak2..sy xreti la guna

    tlg sy ckgu..

  379. Qis,

    Guna MS Word @ Ms Excel…. ikut kemahiran masing2.

  380. cikgu kenapa imbangan duga saya imbang tetapi kunci kira2 saya tidak imbang…saya dah menyemak dah kunci kira2 saya..saya memasukkan nilai yg betul tapi tidak imbang??bagaimana ini boleh berlaku cikgu??

  381. Amirun,

    Kemungkinan kesilapan dalam PP & KKK yang berlaku:
    1. Silap klasifikasi…cth. aset dicatat ditempat belanja.
    2. Silap operasi… cth. Yang sepatutnya ditolak.. tapi telah ditambah.

  382. assalamualaikum cg.
    untuk perniagaan perkhidmatan,
    bila kad stok kita akan ditolak?

  383. Hazwani,

    Kad Stok digunakan untuk merekod keluar masuk setiap jenis barang niaga… bagi mengetahui kedudukan/baki semasa stok yang ada dalam kedai.
    Item MASUK – belian, pulangan jualan
    Item KELUAR – Jualan, pulangan belian, ambil barang niaga.

  384. cg.

    saya masih belum faham untuk perniagaan perkhidmatan.
    jika saya membuka kedai foto,
    dan saya membuat perkhidmatan untuk majlis perkhwiann.dgn menggunakan 4 album dan 50 kertas foto.
    DALAM PERANCANGAN URUS NIAGA perlu ke tulis pasal album dn kertas foto tu?
    atau mcm mana ayat yg perlu sy buat dalam urus niaga nanti?
    dan mcm mana nak tulis dlm dokumen?

  385. cg.
    sayakan buat perniagaan perkhidmatan,
    dan bagaimanakah dengan kad stok saya?
    bila kah kedai foto sy akan keluarkan kad stok?adakah ketika saya membuat perkhidmatan atau pun?
    boleh terangkan kepada saya macam mana urus niaga ini berlaku

  386. Aifa,

    Sila rujuk apa yang ditetapkan oleh guru sekolah anda..

    Saya cadangan tulis detail barang niaga yang terlibat (dalam bentuk jadual)… bagi memudahkan penyediaan dokumen nanti.

    Kad Stok… boleh rujuk komen balas DIATAS.

  387. cg.

    ayt dlm peracngn urus niaga
    (menerima tunai rm1290 dari puan ABC atas perkhidmatan yg diberikan
    caj perkhidmatan majlis perkhwinan rm1200
    1 album gambar rm21
    5kertas foto-rm69)
    dokumen resit rasmi kan(letak jumlah terus ke atau pun kene tulis juga *album&kertas foto??

    2.Dan untuk dalam kad stok nanti
    untuk kad stok album gmbr & kertas foto dokumen nak tulis apa??

  388. Aifa,

    1. Bil Tunai lebih sesuai digunakan.. dan senaraikan semuanya… akan memudahkan kita rekod di Kad Stok nanti.

    2. Dalam Kad Stok… hanya tulis tarikh… no dokumen yang terlibat serta kuantiti KELUAR bagi setiap barang niaga.

  389. Assalamualaikum cg Narzuki.
    Saya nak tanya.

    Contoh urusniaga:
    Memberikan perkhidmatan kepada Ali seperti berikut dengan tunai.
    Servis kenderaan RM 200
    Minyak pelincir RM 100
    Bateri RM 100

    Bila nak rekod dalam Buku Tunai saya perlu rekod:

    Hasil perkhidmatan RM 400

    ATAU

    Hasil perkhidmatan RM 200
    Jualan RM 200

    Saya confius antara dua ni..
    Terima kasih.

  390. Nor, waalaikumussalam.

    Hanya rekodkan Hasil Perkhidmatan RM400.

  391. cg.

    jumlah tunai,penghutang,bank dan pemiutang di kunci kira kira pada 31 julai 2016 mesti sama ke dengan perancangan urus niaga ??
    boleh berikan penjelasan

  392. Aifa,

    Maklumat dalam KKK 31 Julai…. merupakan BAKI AWAL pada 1hb Ogos bagi setiap akaun tersebut. Manakala perancangan yang kita buat adalah urus niaga sepanjang bulan Ogos. Maka nilainya tidak sama.

  393. cg. boleh terangkan tentang insurans ats belian
    contoh ayat mcm mana?
    sy masih belum cukup fhm

  394. Aifa,

    Guna ayat yang mudah2 sahaja… cth: “Bayar insurans atas belian sebanyak RMxxx dengan cek / secara tunai”

  395. saya dari kelantan saya tengah nak buat Lejar Am tapi saya keliru dgn La11-15 tu akaun apa ?

  396. saya buat kedai foto saya mohon peneranan dari cg

  397. Miza,

    LAxx…. merujuk kepada halaman / kedudukan sesuatu Akaun dalam Lejar Am. Maka semasa menyediakan Akaun2 dalam Lejar Am…. anda tetapkan sendiri LA1… untuk akaun yang pertama… LA2… akaun ke-2… dan seterusnya.

  398. Terima kasih cg. Narzuki ats keterngan

  399. cikgu macam mana nak buat rumusan?

  400. Yoga,

    Menghubungkaitkan sekurang2nya tiga konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang relevan dengan amalan perakaunan perniagaan anda.

  401. Assalamualaikum cikgu, kalau imbangan duga tidak seimbang , apa faktor yg kene check balik ye ? Ayat urusniaga kene tukar ke jurnal dan lejar kene check semula ?

  402. Afiah,Waalaikumussalam.

    ID tidak seimbang disebabkan catatan bergunya tidak tepat.

  403. assalamualaikum cg

    maksud insurans atas belian tu mcm mana
    untuk urus niaga ni boleh terang kan

  404. cg.
    dalam kad stok sy ada kertas foto
    adakah kertas foto sy untuk sepacket atau sehelai?

  405. Aifa,

    Insurans atas belian: biasanya melibatkan barang niaga yang bernilai tinggi dan dari pembekal yang jauh (luar negara).. bagi mengelakkan sebarang kerugian jika berlaku sesuatu atas barang tersebut semasa perjalanan ke premis perniagaan, kita belikan insurans untuk dapat gantirugi jika berlaku sesuatu.

    Anda sendiri yang tetapkan unit kertas tersebut … sehelai atau sepacket.

  406. assalam ckgu..

    utk kad stok tu kan..bhgian dokumen klu xsama dgn penyediaan dokumen..blh x?
    cth kt sini:17 ogos 2016 resit rasmi salinan..tp di penyediaan dokumen sy tulis bil tunai salinan..blh ke mcm ni?

    satu lg ckgu..dkt penyata pendapatan plak belian bersih kn kena tambah dgn angkutan masuk,insurans ats belian..tp sy xde yg tu..so mcm mane?

    utk untung kasar..sy dpt nilai negatif kt dpn hasil tolak jualan bersih dgn kos jualan..rugi ke ckgu?

    mekasih

  407. Qis, waalaikumussalam.

    1. Mesti sama .. dalam perancangan… dokumen.. kad stok.

    2. PP dan KKK disediakan berdasarkan item2 yang terdapat dalam ID sahaja… jika insurans atas belian dan angkutan masuk tiada.. maka tidak perlulah masukkan PP.

    3. Jika dapat negatif… maksudnya Rugi Kasar.
    Formatnya: (Hasil perkhidmatan + Jualan Bersih) – Kos Jualan

  408. cg.
    kalau kita guna cek …maksud nye kredit ke tunai?

  409. Aifa,

    Bayar/terima TUNAI / CEK… adalah urus niaga TUNAI.

    Urus niaga KREDIT…. maksud secara HUTANG.. iaitu bayar kemudian.

  410. cg. untuk urus niaga kompenen pembayaran ni mcm mane ye?
    pemiutang?
    maksud ny?

  411. Zarif,

    Maksudnya… kita buat perancangan menjelaskan / membayar sebahagian daripada hutang kepada pembekal/pemiutang…. yang kita beli secara kredit sebelum ini.

  412. ckgu..mcm mane nk kira modal kerjaand modal akhir dlm kkk?

  413. Qis,

    Modal Kerja = Aset Semasa – Liabiliti Semasa.

    Modal akhir ialah hasil Modal awal + untung bersih – Ambilan

  414. cg. mcm mana nak buat ayat dalam perancangan urus niaga bagi kompenan bayaran *pemiutang

  415. nota kredit (pulangan belian)perlu ke letak dlm kad stok?atau mcm mane?

  416. Zarif,

    1. Bayar sebahagian daripada hutang kepada Syarikat ABC (pemiutang) dengan cek / sexara tunai.

    2. Pulangan belian…. stok dalam kedai akan dikeluarkan …maka rekod KELUAR dalam Kad Stok.

  417. cg.
    maksud insurans atas sbelian ni apa?

  418. Aifa,

    Insurans atas belian: biasanya melibatkan barang niaga yang bernilai tinggi dan dari pembekal yang jauh (luar negara).. bagi mengelakkan sebarang kerugian jika berlaku sesuatu atas barang tersebut semasa perjalanan ke premis perniagaan, kita belikan insurans untuk dapat gantirugi jika berlaku sesuatu.

  419. cg.

    apakah maksud kadar bayaran?

  420. assalamualaikum cg.

    boleh bagi contoh ayat untuk akaun kontra ?

  421. cg. narzuki
    jika dalam perancangan urus niaga sy ada melibatkan pinjaman dengan bank
    dokumen apa yg perlu sy buka?

  422. Aiman, waalaikumussalam.

    1. Kadar bayaran… merujuk kepada bayar bil elektrik, bil air, bil telefon, bil internet.

    2. Catatan kontra… (i) memasukkan tunai perniagaan ke akaun bank sebanyak RMxxx (ii) keluar wang dari bank sebanyak RMxxx untuk kegunaan perniagaan.

    3. Dokumen Makluman Kredit boleh digunakan.

  423. Asalamualaikum cg.

    macam mana nak isi kad stok?.Dan jurnal am bahagian butir nak isi apa?.

  424. Maisarah, waalaikumussalam.

    Kad Stok … digunakan untuk rekod kedudukan semasa stok yang ada dalam kedai… maka semua urus niaga yang melibatkan KELUAR MASUK barang niaga tersebut perlulah direkodkan dalam Kad Stok..

    2. Butir dalam Jurnal Am… ialah akaun2 yang terlibat dalam urus niaga tersebut secara catatan bergu… ada debit…dan kredit.

  425. Apakah turutan kerja khusus? Bagaimanakah hendak membuat buku tunai?

  426. Adriana,

    Pengenalan perniagaan
    Profail perniagaan
    Perancangan urus niaga
    Buku catatan pertama dan Buku tunai
    Lejar
    Imbangan duga
    Stok akhir
    Penyata Pendapatan
    Kunci kira kira
    Rumusan

    Cara catat dalam BT boleh rujuk contoh dan caranya dalam buku teks.

  427. assalamualaikum cikgu,
    saya ada soalan nk tanya..

    1)boleh x saya masukkan perkhidmatan cuci gambar bagi urusniaga kedai foto?

    2)kalau boleh,macam mana saya nk rekodkan perkhidmatan cuci gambar yg dijalankan dalam perancangan urus niaga dan cara untuk saya rekod penggunaan bilangan glossy paper dan ink yg saya telah gunakan bagi perkhidmatan tersebut?

  428. Xorey, waalaikumussalam.

    1. Boleh

    2. “Terima tunai RMxx hasil perkhidmatan cuci gambar 36keping @ RMxx”. Untuk kedai foto, kita tidak nyatakan perkara tersebut dalam bil kepada pelanggan. Sebaliknya pada awal bulan kita perancangan ambil barang niaga tersebut untuk tujuan perkhidmatan (guna Memo).. tidak dianggap sebagai satu urus niaga .. tetapi hanya rekodkan dalam Kad Stok.

  429. Salam sejahtera, cg.

    Jika saya nak bayar angkutan masuk, saya hendak bayar kpd siapa? Pemiutang atau pihak lain?

    THX

  430. Wong,

    Jika kita sendiri urus angkutan masuk tersebut… maka kita akan dapatkan khidmat syarikat pengangkutan.. bukannya Pemiutang.

  431. rugi kasar kena buat lain ke ckgu?

  432. Qis,

    Dapat untung / rugi tidak menjadi kesalahan… memang adat berniaga ada masa untung… ada masa rugi… yang penting rekod perakaunan yang kita sediakan adalah betul dan tepat berdasarkan perancangan yang disediakan.

  433. cikgu,
    cg sy suruh sy hantar draft sblm memulakan projek. apakah itu draft cg??

  434. Draf.. ialah apa yang kamu buat secara manual…. tulisan tangan.

  435. klu ckgu suruh buat lain jgk..or betulkan ape yg patut..mcm mane?

  436. Qis,

    Jika cikgu sekolah suruh ubah…. maka ikut arahan guru sekolah… kerana beliau yang akan semak dan beri markah untuk hasil kerja anda.

  437. ohh ok2

    utk senarai lajur folio yg dibekalkan..kena isi ikut no LA dlm lejar ke?

  438. Cikgu,wajib tak buat diskaun niaga dan diskaun tunai?

  439. macam mana nak tulis perancangan urus niaga tentang pinjaman

  440. Salam sejahtera,cg.

    Adakah catatan bergu bg menerima pinjaman bank adalah spt berikut?

    Dt Buku Tunai (bank)
    Kt Ak Pinjaman Bank

    THX

  441. Wong,

    Ya, betul.

  442. apakah dokumen yg diperlukan dalam mendpt pinjaman bank

  443. Assalamualaikum cikgu ..
    Untuk menerima hasil perkhidmatan kan perlu dicatat dalam buku tunai (sebelah debit). Butirnya perlu tulis apa ?

  444. Tracy,
    Dokumen Makluman Kredit boleh digunakan.

    Mira, waalaikumussalam.
    Butirnya Hasil Perkhidmatan.

  445. Terima kasih cikgu .

  446. Cikgu , yang komisen tu boleh letak nilai-nilai mengikut citarasa ? Atau mesti juga RM400 ?

  447. Salam cikgu, untuk perolehan asset secara kredit kita memang rekodkan ke jurnal am, jadi sebab kita beli secara kredit, maka pemiutang itu bila kita sediakan kunci kira-kira boleh ke kita satukan dengan pemiutang dagangan atau pun kita kena tulis secara asing. Tq

  448. Cikgu kalau saya tulis urusniaga saya seperti ini boleh tak:-
    Klinik
    Menerima tunai daripada perkhidmatan rawatan kes demam dan asthma berjumlah RM560 (caj perkhidmatan RM80, 3 botol paracetamol @RM50 berjumlah RM150, 1 botol antibiotic @RM90 berjumlah RM90 dan 2 botol vitamin@RM120 berjumlah RM240)…..

    Saya explain dengan jelas hat bahagian urusniaga jadi bila saya buat kad stok senang untuk melihat dan merekod stock movement. Ini boleh ke cikgu?

  449. Shalu,

    1. Asingkan dengan pemiutang dagangan (Lejar Belian)… pemiutang ABS (Lejar Am).

    2. Boleh.. nak buat detailnya dalam bentuk jadual pun boleh.

  450. Cikgu… Saya tak tahu berapa nilai yang perlu ditetapkan bagi kunci Kira Kira.. Seperti modal berapa… Tunai berapa.. Macam tu la cikgu… I rasa pening sangat.. Sebab tu I tak dpt teruskan projek I.. Dan jenis perniagaan sy ialah Pusat kecantikan. Sy memerlukan pertolongan cikgu sgt2…
    Terima kasih cikgu..

  451. Kinaa,

    Baki awal dalam KKK 31 julai….boleh ditetapkan sendiri… asalkan nilainya munasabah dan paling penting KKK tersebut seimbang.

  452. CIKGU, KALAU BELI PERABOT SECARA KREDIT ADAKAH PERLU MASUKKAN NAMA PEMIUTANG ITU KE DALAM LEJAR BELIAN BERSAMA2 DENGAN PEMIUTANG LAIN?

  453. Siti,

    Tidak perlu… kita asingkan pemiutang tersebut dalam Lejar Am.

  454. Cikgu… Macam mana nak buat dokumen bagi urus niaga yg telah dicatat… Seperti invois, nota debit n so on. I keliru… Terima kasih cikgu

  455. Kinaa,

    Boleh rujuk penulisan dokumen dalam buku teks m/s 73 – 91.

  456. assalam cg..

    bnde yg nk kena taip tu start dr mane?
    dari senarai lajur folio dan senarai penghutang pemiutang atau pengenalan perniagaan?

  457. Jika menerima wang tunai untuk hasil perkhidmatan.apakah butir dalam buku tunai? Adakah butirnya hasil perkhidmatan?

  458. Siti,

    Butirnya “Hasil Perkhidmatan”

  459. ckgu..

    mane sy blh dptkn cth dokumen utk sy gunakan semasa proses menaip nt?

    kena download dari mane2 ke?

  460. Qis,

    Boleh rujuk Blog Cikgu Azlan (klik)

  461. assalam, saya nk tanya….1.adakah stok di dalam kkk 31 julai hasil jumlah barang niaga perkhidmatan seperti tayar, minyak hitam itu…ataupun ia merupakan ASB

  462. silap, aset bukan semasa?ABS?

  463. Syukri, waalaikumussalam.

    Stok tersebut merupakan stok awal … 1hb Ogos 2016…. sebaik2nya sediakan senarai stok awal tersebut dalam bentuk jadual… yang mengandungi…
    Bil.. Barang Niaga… kuantiti.. harga beli.. Amaun…. dan harga jual (bagi memudahkan penyediaan dokumen nanti)
    Jumlahkan Amaun bagi semua barang niaga…. itulah nilai Stok awal… dan Stok dalam KKK 31 Julai.
    Kemudian… senarai tersebut perlu dimasukkan dalam setiap Kad Stok sebagai baki awal.

    Stok dikelaskan sebagai Aset Semasa.

  464. utk kad stok tu..katakan la sy membeli facial mask 12 unit..tetapi di kkk sy dh tetapkan jumlah facial mask tu ade 10 je..xckup

    so mcm mane?

    kena buat lain ke?

  465. ehh bkn membeli..tetapi menjual

    sorry ckgu

  466. yg dokumen tu untuk viewing je..so nk kena download ke mcm mane..

  467. Qis,

    Bagus… nampaknya anda telah faham urus niaga perniagaan anda… jika stok ada 10 unit…. tak mungkin kita dapat jual 12 unit… maka perlu ubah unit yang dijual tersebut…. ataupun ada urus niaga belian terlebih dahulu.. kemudian baru jual.

  468. Kalau mengeluarkn wang drpd bank prlu catat di buku tunai kan? Mcm mana nk catat?

  469. ok ckgu..

    thanks share blog cikgu azlan td..sy dh fhm cara nk buat dokumen tu..

    lps dh buat kena print kan?

  470. Ina,
    Jika keluar dari bank untuk kegunaan perniagaan…. dipanggil catatan kontra Dt Tunai Kt Bank dalam Buku Tunai.
    Lajur Tunai debit – butirnya Bank
    Lajur Bank kredit – butirnya Tunai

    Qis,
    Ya …. semuanya kena print.

  471. Kalau mengambil wang utk diderma prlu rekod dalam buku tunai ke?

  472. Ina,

    Asalkan melibatkan wang tunai / cek… mesti dicatat dalam Buku Tunai.

  473. t.kasih cg tlg sy..

  474. Terima kasih cikgu

  475. assalam,sya nk tanya….adakah perkhidmatan yang diletakkan di dalam urus niaga memberi kesan kepada kad stok

  476. cikgu… macam mana nak buat rumusan..

  477. maafkan sy ckgu..blog yg ckgu bg sy aritu dokumen perniagaan dr blog tu xleh pkai sbb xsama dgn dokumen dlm buku

    so sy kena buat dokumen sndiri ke?

  478. Mia, waalaikumussalam.
    Asalkan melibatkan barang niaga keluar / masuk…. maka perkara tersebut perlulah direkodkan dalam Kad Stok.

    Yoga,
    Kemukakan sekurang2nya 3 konsep, prinsip dan andaian perakaunan serta kaitkan dengan amalannya dalam perniagaan anda.

    Qis,
    Sebenarnya format dokumen ada pelbagai… ada tulis nama dokumen diatas… dibawah.. ditepi.. dalam buku teks hanya tunjukkan satu format sahaja. Walau bagaimanapun.. ikut ketetapan guru sekolah anda.

  479. Cikgu,

    Bagaimana hendak dapatkan stok akhir?

  480. Ravi,

    Jumlahkan baki akhir setiap Kad Stok.

  481. cg blh tlg bg cth format dokumen yg nama penjual/pembekal ditulis di atas?

    sbb sy guna format mcm tu..

  482. Cikgu, perlukah membuat akaun untung rugi.? Ataupun penyata pendapatan je ?

  483. Qis,
    Boleh ubah suai template dokumen tersebut ikut kehendak guru anda.

    Mira Alyssa,
    Tidak perlu… hanya Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira sahaja.

  484. Selamat sjhtera cikgu. Saya nk tanya kalau ambilan barang niaga kena tolak dekat akaun modal di lejar am ke? N dkt imbangan duga tu ambilan utk brg niaga di sblh kredit ke debit?

  485. Saya tk brape phm.. adakah sy perlu tolak dri kad stok jugak utk brg niaga yg saya ambil utk kegunaan sndiri?

  486. Vincent,

    Ambilan barang niaga… catatan bergunya ialah Dt Ambilan dan Kt Belian.
    dan Ambilan adalah berbaki DEBIT.

    Asalkan barang niaga perniagaan berkurang… maka dalam rekod kita di Kad Stok pun mestilah dikeluarkan.. suapaya Kad Stok tersebut menunjukkan kedudukan kuantiti stok yang sebenarnya ada dalam kedai.

  487. Owh okay cikgu. Terima kasih

  488. cg..pada ruangan tandatangan mcm mane?

    kena tanda sendiri ke?

  489. Qis,

    Guna komputer atau secara manual… rujuk ketetapan guru sekolah.

  490. Cg. Mcm mana nk selesaikan masalah di penyata pendapatan jika jumlah keseluruhan belanja lagi besar drp yg perlu ditolak?

  491. Amm,

    Jika inginkan keuntungan… tinggikan nilai hasil…dan kurangkan nilai belanja.

  492. utk rumusan..kena pilih 3 kan?

    1)usaha yg berterusan blh x buat?
    2)utk tempoh perakaunan blh x?
    3)ape maksud materialiti?

    thanks cg..

  493. Qis,

    Sekurang2nya 3… jika lebih digalakkan… dan kaitan konsep2 tersebut dengan perniagaan anda.

    Maksudnya secara detail boleh rujuk dalam buku teks.. secara mudahnya.. contohnya kalkulator bernilai RM50 bagi 2 organisasi yang berbeza.. katakan syarikat besar dan kedai kecil…
    Nilai kalkulator RM50 adalah nilai yang meterial bagi kedai kecil.. maka akan direkod sebagai Aset. Manakala bagi syarikat besar.. tidak berapa meterial.. maka hanya direkodkan sebagai belanja alat tulis sahaja.

  494. Thx cikgu..part tu sy dh paham. 1 lg soalan kalau membeli lengkapan secara kredit drpd syarikat X (perolehan aset bkn semasa) perlu isi 2 kali ya cikgu, 1 di jurnal am dan satu lg di jurnal belian?

  495. Vincent,

    Jurnal Belian hanya untuk merekod urus niaga belian BARANG NIAGA secara KREDIT sahaja.

  496. terima kasih cg ats penerangan tu

  497. Cikgu,jika penyata pendapatan mendapat rugi bersih adakah ia dibolehkan dan boleh diterima

  498. Syrhahh,

    Tidak menjadi kesalahan jika dapat rugi…. tidak menjejaskan markah. cuma jika untung lebih baik.

  499. Contoh:[1 Ogos] Mengeluarkan 3 shampoo utk kegunaan perkhidmatan
    -Soalan: saya keluarkan barang perkhidmatan pada awal bulan, jadi dalam kad stok, saya tulis berdasarkan perkhidmatan ataupun berdasarkan yang saya keluarkan awal bulan tu?

  500. Ira,

    Rekod masa ia dikeluarkan pada 1 Ogos.

  501. Cikgu,kalau dapat rugi bersih dekat penyata pendapatan,kunci kira kira tak seibang ke? Macamana saya nak seimbangkan balik kalau saya kena tambah satu lagi belanja?

  502. Zty,

    Jika rugi… tiada masalah.. KKK tetap seimbang. Bila kita catat ikut catatan bergu yang betul… ianya mesti seimbang.

  503. cg..mcm mane nk buat double line bhgian lejar utk seimbangkn dua2 belah debit kredit?

  504. hi,jika perkhimatan saya ialah cuci gambar dan saya rekod di.Bil Tunai, bagaimana saya tulis butir di BUKU TUNAI,saya mau letap hasil perkhimatantara(cuci gambar) dimana? (penyata pendapatan )

  505. Sky1234,

    BT… butirnya Hasil Perkhidmatan.

    Penyata Pendapatan
    Hasil perkhidmatan………xxx
    Jualan……………….xxx
    – Pulangan jualan…xxx xxx
    Jumlah perolehan……… xxxx
    – Kos Jualan
    Untung kasar
    Hasil
    – Belanja
    Untung bersih

  506. teacher,saya nak tanya: katil urut, peralatan pembersihan ialah alatan pejabat pusat kecantikan kan?

  507. mahu berapa RM(PENYATA PENDAPATAN)?itu baris hasil penkhidmatan nak dengan jualan sama baris or tidak?

  508. Lynn,
    Guna ALATAN KEDAI lebih sesuai.

    Sky1234,
    Lajur Hasil Perkhidmatan.. sama dengan lajur Jualan Bersih (iaitu hasil Jualan – Pulangan Jualan).

  509. hasil penkhidmatan nak tambah dengan jualan tak?

  510. no cek:MB100764 //no cek:RMSB107646// no cek:CBB446677// no cek:MBB188846?rujuk bahagian resit rasmi,teacher,apakah maksud MB,RMSB,CBB,MBB ka bahagian no.cek?itu apa? kalau nak tulis bahagian no.cek: ,nak tulis yang mana?

  511. teacher,dokumen punya no.telefon nak tulis ke tak nak?

  512. Sky1234.
    Hasil perkhidmatan + Jualan bersih = Jumlah Perolehan…. lepastu baru Tolak KOS JUALAN

    Lynn,
    MB, RMSB,CBB…. ialah ringkasan nama bank yang mengeluarkan cek tersebut…. boleh tulis nama bank dan nombor terus “MB100764”.
    Terserah, nak tulis no telefon pun boleh.

  513. cg..mane blh sy dapat contoh template utk jurnal..lejar dan buku tunai

    or..sy kena buat dlm ms excel?

  514. Qis,

    Cuba cari di blog Cikgu Azlan… jika tiada cuba cari di post tahun lepas.
    Ataupun boleh buat sendiri menggunakan Ms Excel @ Ms Word.

  515. thanks, nak tanya kalau pekerja ada 2 orang,jadi,macam mana nak tulis keterangan dokumen baucar pembayaran? no.cek dengan nama orang nak tulis dua kali ke?

  516. Lynn,

    Dalam baucer… tulis 2 nama pekerja dengan no cek masing2 dan ada ruangan tanda tangan masing2.

  517. teacher,kerja kursus ni buat ka microsoft power poit pun boleh kan?

  518. Lynn,

    Boleh… yang penting printout nya.

  519. assalamualaikum cg.
    catatan kontra ni nk buat dokumen apa ye?

    contoh:mengeluarkan rm2000 daripada bank untuk kegunaan perniagaan

    dan dokumen apa yg ptut digunakan?

    tq

  520. Aifa, waalaikumussalam.

    Keratan cek perlu digunakan..

  521. cg .
    hasil perkhidmatan/jualan

    kalau dokumen bil tunai :kene nyatakan juga ke caj perkhidmatan dan brg stok kita? atau terus tulis amaun sebenar

  522. assalamualaikum cg,

    jika sy mnggunakan dokumen bil tunai(salinan) untuk hasil perkhidmatan sy

    dlm bil tunai tersebut adakah sy perlu tulis caj perkhidmatan,dan stok yg tlh sy keluarkan?atau nyatakan amaun nye shaja

  523. Aifa, @ zehra, waalaikumussalam.

    Tulis seperti perniagaan sebenar amalkan.. tulis detail.

  524. *kalau sy guna dokumen resit rasmi(salinan )untuk hasil perkhidmatan pon ok je kan?

  525. Zehra,

    Resit rasmi tidak berapa sesuai… sebab kita perlu tulis detailnya.
    Resit sesuai digunakan untuk urusan penerimaan/pembayaran wang.. manakala urus niaga jual/beli … boleh, tapi tidak berapa sesuai digunakan.

  526. Cg. pinjaman bank nk guna dokumen apa

  527. Cg. Cek pon mnggunakan bil tunaikan?

  528. Aifa,

    1. Makluman kredit.
    2. Bil tunai… boleh dibayar dengan wang tunai ataupun dengan cek.

  529. Cikgu…mana boleh dpt cth jwp utk tugasan ni? Nak check kerja saya

  530. Cikgu…yg dokumen tu…kena buat dokumen sendiri ke? Mcm buat invois, keratan cek semua tu

  531. Gummy bear,

    Jawapan tidak sama antara satu sama lain…. ianyanya bergantung kepada perancangan masing2.. sila hantar kepada guru sekolah untuk semakan.

    Dokumen buat sendiri… formatnya boleh rujuk dalambuku teks.

  532. Cikgu saya nak tanya catatan kontra masuk apa dukumen dan masuk jurnal apa ?

  533. Cikgu saya nak tanya catatan kontra masuk apa dukumen dan masuk jurnal apa ?

  534. Alice & Aun,

    Catatan kontra ada 2:
    1. Masukkan wang tunai perniagaan/simpanan ke bank… dokumennya slip wang masuk.
    2.keluarkan wang di bank untuk kegunaan perniagaan.. dokumennya keratan cek.

    Semua urus niaga yangmelibatkan Tunai / Bank perlu dicatat dalam Buku Tunai.

  535. teacher,dokumen keratan cek punya baki akhir nak tulis apa?tulis saya punya modal ke?Saya hanya guna satu dokumen keratan cek yang berada pada dokumen 21, macam mana saya boleh dapat BAKI AKHIR? thanks teacher.

  536. alamat dalam keratan cek itu nak tulis saya punya ke?

  537. Lynn,

    Baki akhir… merujuk kepada baki wang yang ada dibank sebelum urus niaga tersebut.
    Tiada alamat diperluksn dalam keratan cek.

  538. teaaher,dokumen baucar pembayaran untuk membayar gaji dua orang pekerja,saya buat ayat macam bawah punya betul tak?

    BAUCAR PEMBAYARAN no.xxx
    alamat…
    xxxxxxx

    Kepada:
    Cik Yeo Xian dan Cik Tan kok Mei
    —————————————–
    Bil | keterangan | Jumla |td penerim
    —————————————–
    1. membayar gaji 1000 Xian.
    kpd seorang pekerja
    bernama Yeo Xian.
    No.cek: MBB981144
    —————————————–
    2. Membayar gaji
    kpd seorang 1000 xxx
    pekerja bernama
    xxx
    no.cek:xxxxxx
    —————————————-
    (Ringgit Malaysia:xxxxx sahaja)
    Diluluskan oleh:
    xxx
    pengurus

  539. Lynn,

    Kepada …. tukarkan kepada Perkara : Gaji pekerja bulan ogos.
    1. Nama pekerja 1..no cek.. rm.. tt
    2. Nama pekerja 2..no cek.. rm.. tt

  540. Cg,utk kerja khusus ini..stok awal saya ialah Rm12 710..tetapi bagaimana caranya untuk mencari stok akhir..apakah saya perlu menolak nilai stok pada kad stok saya??

  541. Luqman,

    Salah satu tujuan Kad Stok disediakan untuk mengetahui nilai stok akhir.. jumlahkan baki akhir setiap kad stok.. maka itulah nilai Stok Akhir.

  542. Cg..klau saya mempunyai 3 pemiutang..perlukah saya menjumlahkan semuanyya atau pilih salah satu??

  543. Luqman,

    Jumlahkan… mana bolah main pilih2 gitu… nanti tidak seimbang.

  544. cgu , klau buat pengenalan
    bole ka letak nama pemilik kedai tu atas nama sendri ataupun andaikan sja ?

  545. Syle,

    Ikut dalam profail perniagaan… nama pemilik … nama sendiri.

  546. cikgu dalam pengenalan perniagaan perlu tulis produk dan perkhidmatan yg disediakan atau x perlu

  547. Lew,

    Tidak diminta… tapi jika nak dinyatakan lebih baik.

  548. cg,kalau dh siap semua,nak type kat microsoft word 10 ke?tapi cane nak buat kunci kira2 dlm mic word 10 ni?

  549. Mel,

    Boleh guna Ms Word ataupun Mc Excel.
    Untuk buat PP atau KKK dalam Word gunakan table lebih mudah. Sebenarnya guna Mc Excel lebih mudah.

  550. baki akhir itu nak rujuk urusniaga berlaku punya tak? ataupun saya tulis berapa pun boleh?

  551. urusniaga permata saya tulis:memulakan perniagaan dengan masukkan wang tunai ke bank RM10000. ,saya hanya guna satu dokumen keratan cek sahaja yang berada pada dokumen21(urusniaga 21),jadi,baki akhir tulis macam mana?saya tak faham lagi, teacher

  552. Baucar pembayaran itu,masud cikgu ialah tulis nama pekerja ka bahagian keterangan sahaja kan? kalau no.cek tulis ka bawah nama pekerja pun boleh kan?

  553. Lynn,

    1. Mestilah ambilkira semua urus niaga.
    2. Urusniaga pada 1hb… sepatut merekod baki2 aset, liabiliti dan ekuiti pada tarikh tersebut … iaitu merujuk kepada KKK pada 31 julai.
    3. Ya mana2pun boleh.. asalkan ada perkara2 tersebut.

  554. Assalamualaikum cikgu ,
    Untuk hasil pekhidmatan dlm penyata pendapatan tu, kita kena rujuk balik perancangan urusniaga ya ?
    Kalau hasil perkhidmatan saya Rm160, Rm 350 dan Rm 55 jadi jumlah hasil perhkidmatan saya ialah 565 . Jadi saya perlu tulis je Rm 565 dan teruskan format penyata pendapatan yg biasa ye ? Dan dia tidak ada effect dkt tempat lain eh ?

  555. Adil, waalaikumussalam.

    Untuk sediakan PP dan KKK… kita terus rujuk kepada nilai2 dalam ID.

  556. teacher, urusniaga:keluarkan duit sebanyak RM777 dari bank untuk kegunaan perniagaan. apakah dokumen lebih sesuai untuk urusniaga ini?keratan cek boleh tak? kalau guna keratan cek,apakah buku catatan pertama sesuai dicatatkan?

  557. Lynn,

    Keratan cek….. Buku Tunai

  558. kalau nak tulis perkhidmatan punya butir dalam buku tunai itu macam mana?

  559. Buku tunai kan??

  560. Angie,
    Butirnya Hasil Perkhidmatan.

    Lynn,
    Ya.. BT

  561. salah tulis,saya minta maaf teacher. itu ka buku tunai(kredit) kan?

  562. Cikgu kalau membeli alatan pjbt (perolehan aset bkn semasa)drpd syarikat Y perlu buat akaun syarikat Y dekat lejar ke? Atau takperlu

  563. Daneil,

    Perlu.

  564. hai,cikgu, mcn mane bolehh buka lejar hasil perkimatan??? tu akaun hasi pekidmatan ke??? ..

  565. Syuadah,

    Ya.. Ak Hasil Perkhidmatan

  566. ckgu saye nakk tanya kalau buat kunci kira2 mesti ade aset bukan semase ke? kalau takde maksudnya saye buat salah ke? terima kasih…

  567. assalamualaikum cikgu,bolehkah saya tanya membeli Alatan pjbt drpd Syarikat Aman secara kredit RM3000. ape dokumen sesuai digunakan untk ayat ni??

  568. Julian, waalaikumussalam.

    Sepatutnya sediakan KKK pada 31 julai 2016… dimana terdapat ABS AS LS dan EP. Jika tiada ABS maksud anda tidak menyediakan KKK tersebut.. dan memang salah.

    Urus niaga secara kredit… dokumennya ialah Invois.

  569. cikgu,bolehtak catat ka memo? selepas siapkan dokumen,catat di jurnal belian ke jurnal am?

  570. sebab saye rasa saye letakk salah jurnal,akibatnya tak dapat ASET BUKAN SEMASA,ni perolehan ABS, saye dahh tengok contoh oranlain buat,dia catat ka memo, saye pon ikut@@

  571. Julian.

    Memo tidak sesuai digunakan.
    Catat di Jurnal Am.

    ABS… sepatutnya wujud dicatatan permulaan pada 1hb lagi.. perlu ada sekurang2nya 3 ABS.

  572. okay,terima kasih cikgu…

  573. Selamat pagi cikgu,

    Jika saya memberi caj perkhidmatan secara kredit, apa yang saya perlu tulis di dalam invois?

  574. Alan,

    Sama seperti tulis dalam Bil Tunai… cuma menggunakan dokumen Invois.

  575. Salam cikgu saya ingin bertanya, apakah dokumen untuk Hasil & Perolehan Aset Bukan Semasa?

  576. Irina,

    Penentuan dokumen yang sesuaidigunakan bergantung kepada penyataan urus niaga.. jika beli secara tunai .. bil tunai… jika beli secara kredit.. invois.

  577. Perlukah saya tulis barang2 niaga yg saya gunakan dalam butir invois?

  578. Alan,

    Barang yang digunakan semasa perkhidmatan telah termasuk dalam caj perkhidmatan… cuma barang2 yang dibeli untuk digunakan sendiri oleh pelanggan perlu disenaraikan dengan harga yang perlu dibayar.

  579. Begitu rupanya.. Terima kasih cikgu

  580. Cikgu,
    Saya memilih perniagaan klinik, tetapi imbangan duga saya tak imbang. Ia terlebih pada belah kredit. Bagaimana ya cikgu? Terima kasih.

  581. cikgu,cmne nk buat ayat utk beri perkhidmatan eh? saya tk reti..

  582. cikgu, caj angkutan masuk penyata pendapatan belanja ke apa?

  583. Aida,

    Salah satu belanja yang dikelaskan sebagai item kos belian.

  584. So kalau perolehan aset bukan semasa /aset tetap dengan ringkasan yg bertulis kredit dlm kertas yg diberi oleh kementerian tu invois la?? Kalau bahagian Penerimaan, hasil tu pula apa?

  585. Irina,

    Ya..”kredit”…maksudnya beli secara kredit dan dokunen Invois sesuai digunakan.

    Item Penerimaan:
    HASIL – merujuk kepada hasil perkhidmatan, hasil jualan.
    PENGHUTANG – penghutang bayar hutang.

  586. CIKGU , BAGAIMANA BUAT BUKU CATATAN PERTAMA?

  587. CIKGU ,BOLEHKAH CIKGU BAGI SAYA CONTOH ?

  588. Fabian,

    Maaf tiada contoh… jawapan bergantung kepada perancangan urus niaga masing2. Sentiasa rujuk guru sekolah untuk semakan.

    BCP boleh rujuk cara2 penyediaannya dalam buku teks.

  589. 1) macam mana penyediaan PP?
    2) Jualan digantikan Hasil perkhidmatan?
    3) adakah pedagangan diperlukan kerana tiada jualan barang niaga? semua barang niaga dijumlahkan dalam hasil perkhidmatan
    4) bolehkan saya menyediakan terus untung rugi dengan hasil tolak belanja?
    5) jika penyediaan untung rugi, adakah stok awal, belian barang niaga dan stok akhir barang niaga dianggap sebagai belanja barang niaga?

  590. Yhl,

    Kedua2 …. hasil perkhidmatan dan jualan mesti ada.

    Format PP
    Hasil perkhidmatan… xxx
    Jualan ……. xxx
    – Pul jualan…xxx… xxx
    Jumlah perolehan…..xxxx
    – KJ
    UK
    Hasil
    – Belanja
    UB

  591. Cikgu apakah contoh dokumen jurnal am

  592. Fabian,

    Kita tidak berpandukan dokumen tetapi berpandukan urus niaganya.
    Sila rujuk Nota (klik)

    Antaranya:
    1. Catatan permulaan
    2. Belian ABS secara kredit
    3. Catatan pembetulan kesilapan.. dll
    # boleh rujuk senarainya dalam buku teks.

  593. Cikgu ,
    Maksudnya kalau dalam yg hasil perhidmatan tu dlm buku tunai butirnya hasil perkhidmatan , kita terus jumlahkan yee ?

  594. Adil.

    Ya.. jumlah terus direkodkan sebagai Hasil Perkhidmatan.

  595. selamat petng cikgu,bayar angkutan masuk brg niaga kpd XXX secara tunai.ni catat di baucer pembayaran kan?/ lepas tu catat di buku tunai kredit ke jurnal am?

  596. Aida,

    Jika melibatkan tunai/cek… mesti dicatat dalam Buku Tunai

  597. cikgu saye tak paham angkutan dibayar dalam invois tu apa,bolehkah cikgu terangkan kpd saye? tu sama dengan angkutan masuk ke??

  598. Aida,

    “Angkutan dibayar” dalam invois hanya menyatakan bawaha kos pengangkutan akan ditanggung oleh pembekal.

  599. cikgu , untuk membuat jurnal am kena buat catatan permulaan kan?
    untuk kerja kursus ini macam mana nak buat catatan permulaan?

  600. Fabian,

    Rujuk item2 yang terdapat dalam KKK pada 31 Julai yang sepatutnya disediakan oleh pelajar bagi memudahkan penyediaan JA dan penentuan nilai Modal awal.

    Jurnal Am
    Dt ABS 1…… xxx
    Dt ABS 2…… xxx
    Dt ABS 3…… xxx
    Dt AS 1……. xxx
    Dt AS 2……. xxx
    Dt AS 3……. xxx
    Kt LS (pemiutang) ….. xxx
    Kt Modal……………. xxx

  601. kalau print out, angkutan dibayar boleh delete tak? saye rasa benda ni susahnya~

  602. Aida,

    Tiada apa yang perlu dibuat dengan perkara tersebut…. hanya sekadar makluman kepada pembeli sahaja.
    # Tidak perlu delete..

  603. okayy,cikgu…
    kenapa imbangan duga saye tak seimbang? ade kesalahan ke??

  604. Aida,

    Pertama sekali… pasti KKK pada 31 Julai seimbang.

    ID tidak seimbang menunjukkan ada catatan bergu yang tidak betul.

  605. cikgu,bolehkah saya tanya tentang ayat catatan permulaan macam mana tulis? kemudian pos ke jurnal am,ayat kena tulis apa? ABS tulis satu bolehtak?tapi kkk pada 31 julai?saya letak tiga ABS…

  606. Kenny,

    Meneruskan perniagaan dengan baki aset, liabiliti dan ekuiti seperti berikut : senaraikan semuanya.

    Ikut soalan ABS sekurang2nya 3.

  607. Cikgu , nak tanya kalau kita buat urusniaga utk perkhidmatan, pastu nak rekod perkhidmatan untuk seminggu. Catat dalam buku tunai la kan? Pastu kalau bayar gaji pekerja dalam buku tunai je kan? tak payah dalam jurnal am pun ken ?

  608. Miwa,

    Asalkan melibatkan tunai/cek… mesti dicatat dalam Buku Tunai. JA tidak perlu lagi dicatat.

  609. kemudian pos ke jurnal am kena tulis apa? cikgu… saya sangat pening ni…takut salah, tak paham na tulis apa ka jurnal am

  610. Kenny,

    Catat dalam Jurnal Am….. bukan pos ke JA. Dari BCP diposkan ke Lejar.

    # cara catat dalam JA.. Cg sudah nyatakan dalam komen DIATAS. Atau boleh rujuk contoh dalam buku teks ada ditunjukkan dengan lebih jelas.

  611. okk…cigu,jika catatan permulaan tak letak ABS, boleh tak? tapi saye ikut urusniaga model ABC yang cikgu saya bagi tu,saye pilih modelB,dalam urusniaga ni terdapat satu perolehanABS tu dengan ABS catatan permulaan ade berkaitan tak? Jika P.ABS letak salah satu ABS yang terdapat pada KKK 31 Julai tu,kemudian ABS catatan permulaan letak lagi dua dari KKK Julai tu, ke?

  612. Kenny,

    Catatan permulaan hanya merujuk KKK 31 Julai sahaja… iaitu catatan dalam JA pada 1 ogos 2016….. perolehan ABS tidak termasuk.

  613. Cikgu,
    Kalau nak rekod kad stok kena rekod harge beli atau harga jual? Mohon reply asap

  614. Liyana,

    Kad Stok hanya menggunakan Harga Beli sahaja.

  615. Salam cikgu,
    Apakah dokumen yg perlu saya gunakan untuk “mengeluarkan tunai dari bank sebanyak rm1000 untuk kegunaan perniagaan”?

  616. Mazainah,

    Dokumen Keratan cek perlu digunakan.

  617. Cikgu, nk buat rumusan mcm mne

  618. Icha,

    Kemukakan sekurang2nya 3 prinsip, konsep, andaian dan kaitan dengan amalan perniagaan anda.

  619. masud ialah perolehan ABS tu nak tulis lain punya ABS ke?

  620. Kenny,

    Bergantung kepada perancangan masing2…. ABS yang sedia ada.. atau yang lain.

  621. Cikgu macam mana nak buat perancangan urusniaga bagi perniagaan bengkel kereta

  622. Puvendran,

    Sediakan perancangan ikut 25 urus niaga yang telah ditetapkan dalam soalan.

  623. ohhh.Kalau macam itu,kita harus melakukan Perancangan Dokumen berdasarkan Perancangan Urusniaga??

  624. cg..klu xbuat guna komputer blh x?

    mksud sy..semua hasil kerja sy secara manual? adakah sy akan dpt A nt..atau gred sy akan turun?

  625. Puvendran,
    Dokumen yang bersesuaian dipilih berdasarkan perancangan urus niaga yang telah dibuat.

    Qis,
    Jika buat manual sahaja… hanya markah untuk penggunaan ICT sahaja yang tidak dapat… yang2 lain masih berpeluang dapat A. Daripada 100% manual.. adalah lebih baik.. hanya taip berkomputer bahagian pengenalan.. profail perniagaan dan rumusan.. sekurang2nya akan dapat juga markah untuk ICT.

  626. Cikgu..

    Membayar caj angkutan masuk yang dikenakan oleh pemiutang dengan tunai..

    Akaun apa yang perlu dibuka??
    Terima Kasih Cikgu..

  627. Firdaus,

    Apabila caj dikenakan oleh pemiutang… maksudnya kita tidak bayar kos angkutan tersebut… kira berhutang dengan pembekal/pemiutang.
    Catatan dalam JA : Dt Angkutan masuk Kt Pemiutang

    Jika kita bayar kos angkutan.. maksudnya kita yang upah syarikat pengangkutan untuk angkut barang yang kita beli. Catatan BT kt Angkutan masuk.

    # Sila betulkan penyataan urus niaga anda.

  628. “Mengambil tunai sebanyak rm xxx untuk kegunaan peribadi” . Apa yg dt dan kt?

  629. cikgu…

    Kalau dokumen pembeli jualan tunai namanya boleh guna nama penghutang tk?

  630. Alat kedai dalam kategori apa ya ?

  631. prniagaan saya salon, kalau perniagaan seperti memotong, menwarna atau merawat rambut nak catat ke jurnal ke tk?

  632. Nur Ashikin,
    Dt Ambilan Kt Tunai
    Alatan kedai… ABS

    Afiq,
    Maaf, Cg tidak faham soalan.

    Syafiq,
    Bergantung kepada penyataan urus niaga…. secara tunai atau secara kedit.

  633. Assalamualaikum , cikgu
    Saya mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana menjawab soalan saya sebelum ini . alhamdulillah kerja kursus saya 2016 telah siap dan sudah boleh dihantar , syukran jazilan ! Moga diberkati Allah

  634. Sayaa, waalaikumussalam.

    Alhamdulillah.

  635. Cikgu..klu cth mmbeli 3 tab mandian berhrga Rm1000 / buah yg brjumlh Rm3000 ..akaun ape yg trlibat ye..ni utk urusniaga perolehan aset bkn semasa

  636. cigku,
    adakah pulangan jualan berdasarkan daripada belian kredit atau tunai?

  637. Untuk akaun kontra,mcm mana ya nak letakkan dlm lejar ?

  638. Kalau hasil perkhidmatan , akaun apa ya yg perlu dibuka dkt lejar ?

  639. Iffa,
    Oleh kerana untuk kegunaan perkhidmatan.. Cg cadangkan guna Ak Alatan Kedai.

    Salawudin,
    Pulangan jualan adalah berdasarkan urus niaga jualan secara kredit sebelumnya.

    Nur Ashikin,
    1. Akaun Kontra… rekod seperti biasa … cuma bezanya debit dan kredit.
    2. Ak Hasil Perkhidmatan.

  640. CIkgu macam mana nk rekodkan modal dalam imbangan duga akhir bulan.adakah kita kena ambil modal awal lepastu maskkan ke dalm imbgn duga akhir bulan or kene buat modal akhir utk dimasukkan ke dlm imbang duga

  641. Mahzi,

    ID hanya rujuk kepada baki akhir setiap akaun dalam lejar.

    #cuba fahami proses dalam Kitaran Perakaunan.

  642. Cikgu , catatan kontra memasukkan tunai ke bank . Dlm buku tunai sebelah dt dan kt kan adaa , jadi bila buka lejar perlu catat deduaa sekali ya ?

  643. Nur Ashikin,

    Akaun Kontra dan Catatan Kontra… 2 perkara yang berbeza.
    Buku Tunai… merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan..catatan bergunya telah lengkap… maka tidak perlu lagi poskan ke lejar.

  644. CIkgu klu prkhidmatan pstu dpt tunai akaun ape yg terlibat

  645. Iffa,

    Jika terima tunai.. catat dalam BT sebelah debit… butirnya “Hasil perkhidmatan”.

  646. Cikgu , apa je ya yg terkandung dlm rumusan kerja kursus ?

  647. Nur Ashikin,

    Sudah berulangkali Cg nyatakan tentang RUMUSAN….. sila rujuk komen2 sebelum ini.

  648. Assalamualaikum cikgu,

    Btol ke urus niaga secara melibatkan jualan dan beli n secrra tunaitidak boleh melebihi RM2000?

    Kalau dekat buku tunai klau urus niaga yang melibatkank x l tak lebih Rm10000??

    Mcm baki b/b saye 1 september tunai 1901 bank pula 10950.. Adekah rasional baki saye?

  649. Cikgu…adekah logik sekiranya saya meletakkan komisen sebanyak RM 5000? klau hasil perkhidmatan mencetak gambar foto. . Boleh letak suke hati ke nilai tu?

  650. Laila, waalaikumussalam.

    1. Tidak semestinya.. bergantung kepada jenis perniagaan dan barang niaga yang dijual beli.
    2. Bergantung kepada urus niaga perniagaan.. jika beli ABS mungkin boleh mencecah RM10 000 atau lebih.
    3. Ya.. ada rasionalnya.
    4. Komisen diterima RM5000… tidak berapa munasabah. Caj perkhidmatan letakkan nilai yang munasabah.

  651. Cikgu kalau kita ambil tunai untuk kegunaan peribadi..nnty dekat lejar am (akaun belian) kena tolak ke xyah..mcm mne pulak dengan modal ??

  652. Alifnajmi,

    Ambil tunai untuk kegunaan peribadi… hany amelibatkan Ak Tunai dan Ak Ambilan sahaja.

  653. Assalamualaikum cikgu ,
    Komponen perolehan aset bukan semasa melibatkan secara kredit kan ? Jadi dalam lejar kita perlu buat akaun pemiutang aset bukan semasa ye ? Jadi kita mempunyai 3 orang pemiutang last sekali ye ?

  654. Adil, waalaikumussalam.

    Ya… tapi pemiutang tersebut tidak masuk dalam Lejar Belian… hanya dalam Lejar Am.

  655. Ohh jd dlm lejar nnti A/K Hasil Perkhidmatan lah ye.dokumen sumber nk ade berapa ?kne ikut urusniaga atau bgi stu? Cth invois sye ade 4 dlm urusniaga prlu ke sye sdiakn 4 invois atau stu je?

    Kunci kira2 sye pd 31 Ogos x seimbng tp imbngn duga seimbng ape yg prlu dbtulkn? Dn utk folio f4 kne ade akaun untung rugi dn akaun kawalan ke?

  656. Iffa,

    Setiap urus niaga… satu dokumen.

  657. Assalamualaikum cikgu… adekah munasabah sekiranya saye meletakkan RM 250 untuk hasil perkhidmatan mencetak foto bagi satu minggu?

  658. Laila, waalaikumussalam.

    Munasabah untuk seminggu… jika lebih lagipun ok..

    Untuk gambar hari raya.. serta bingkai gambar bersaiz besar atas seorang pelanggan saja ada yang mencecah RM500.

  659. Cikgu…stok akhir yg mne eaa

  660. Assalam cg, saya dah cuba 2 kali untuk imbangkan ID..tapi disebelah debit lebih banyak dari kredit. adakah saya perlu masukkan modal disebelah kredit?

  661. Cikgu , semua baki awal perlu masuk ke dalam jurnal ke?

  662. Assalamualaikum cikgu.
    Dalam lejar, perlu ke buat akaun bil elektrik jika dalam akaun kadar bayaran saya berdebit bil elektrik?

  663. Assalammualaikum cikgu,
    Kalau kita jual barang Niaga atau beli barang Niaga secara kredit kene letak kat dalam lejar am ke?

  664. Iffa,
    Nilai Stok Akhir… jumlahkan baki akhir setiap Kad Stok.

    Aynah, waalaikumussalam.
    Modal = ekuiti pemilik.. berbaki kredit.

    Nur Ashikin,
    Baki awal daripada KKK julai 2016… merupakan item catatan permulaan pada 1 Ogos dalam JA.

    Mariam, waalaikumussalam.
    Kadar bayaran merujuk kepada bayaran bil elektrik.. bil air.. bil telefon.. bil2 lain…. maka Ak Elektrik tidak sepatutnya dibuka lagi.

    Daa, waalaikumussalam.
    Beli / Jual barang niaga secara kredit.. catat dalam Jurnal Jualan dan Jurnal Belian kemudian poskan ke lejar2 yang berkenaan.

  665. Pistanthrophobia

    Assalamualaikum cikgu..skrg ni sy sdg buat krja kursus ting 4.. sy x faham.. kalau jualan bersih;hasil perkhidmatan, dokumen nya resit salinan atau resit rasmi??

  666. Pistan… waalaikumussalam.

    Sebaik2nya guna Bil Tunai….. jika kita yang mengeluarkan dokumen tersebut.. maka SALINAN.
    Jika kita terima dokumen.. maka ASAL.

  667. Cikguuuuuuuu saya memilih perniagaan klinik. Imbangan duga saya tak imbang. Ia lebih pada belah kredit. Bagaimana ya cikgu?

  668. Syaz,

    Hantar kepada guru akaun sekolah..beliau akan semak dan bantu anda mencari dimana silapnya.

  669. Jika di kkk tak seimbang,apakah yg patut dilakukan.imbangan duga sudah seimbang dan pp mendapat untung bersih

  670. Syrhahh,

    Mungkin silap masuk komponen.. contohnya…. hasil silap masuk dibelanja… atau aset.. masuk di liabiliti…. ataupun silap operasi… tambah…dikira sebagai tolak.

  671. cg,

    perkhidmatan kena buat kat bil tunai kan.tapi cane nak buat.perlu ke buat kotak tulis butiran,kuantiti,dll..??x faham lah..sbb kan dkita bg khidmat je kat diorang,diorang x beli apa2 pon dr kita

  672. Mel,

    Biasanya ada barang niaga yang dibeli bersama… contohnya bengkel..
    Caj perkhidmatan xxx
    Minyak pelincir xxx
    Plug xxx

    Klinik
    Caj perkhidmatan xxx
    Ubat2 xxx

  673. Saya masih kurang faham ttg dokumen mknenye klu 25 urusniaga 25 dokumen lh ye

  674. Iffa,

    Setiap urus niaga… mesti ada Dokumen sebagai bukti berlakunya urus niaga tersebut… maka 25 u/n –> 25 dokumen.

  675. lagi soalan saya, dekat perancangan urus niaga bagi penghutang bagi invois salinan. kita nak tulis harga yg ikut lepas tolak 10% diskaun niaga ke? ni untuk ruangan dkt perancangan pusat. sbb dlm kuncikira2 kan dah ada so nakikut llepas diskaun ke ikut yg asal,kuncikira2?

  676. Qysara,

    Kad Stok bertujuan merekod kuantiti semasa stok yang ada dalam kedai.
    Maka semua urus niaga yang melibatkan stok masuk dan keluar (secara kredit / tunai)… mesti direkodkan…barulah kita tahu kuantiti semasa yang ada.

    Ikut nilai yang akan direkodkan nanti…. iaitu selepas diskaun niaga.

  677. assalamualaikum cikgu..kalau membeli secara kredit.. dokumen nya nota debit ke??

  678. Assalamualaikum cikgu.. kalau kita trima komisen.dokumen nya resit rasmi salinan ke??

  679. Waalaikumussalam.

    1. Dokumennya Invois.
    2. Resit rasmi (salinan)

  680. Cikgu kalau kadar bayaran adalah di sebelah kredit di buku tunai..di lejar am pula kadar bayaran di belah debit right? Tapi butirnya harus letak tunai atau bayaran bil?

  681. Cikgu, kalau caj perkhidmatan kredit, hendak tulis dalam dokumen invois (salinan) kah?

  682. Ying,
    Ya betul… butirnya Tunai.
    Butir dalam lejar merujuk kepada nama akaun catatan bergunya.

    Dellson,
    Ya… dan dicatat dalam JA

  683. cikgu klau sy mmberi prkdmatan jdi dokumennya Bil Tunai salinan atau asal?? sy yg mmbri perkkdmatan jdi.. sy rasa Bil Tunai Salinan..sbb yg trima prkhidmatan tu customer sy..jdi cust sy yg dapat asal..betul tak cara sy fkir cikgu??

  684. Caranya… kita penjual…. Salinan.
    Jika kita pembeli…. Asal

  685. Ohh dan cikgu, bagaimana nak tulis caj perkhidmatan dalam Jurnal am?

  686. Iffa,

    1. Diskaun niaga… tidak diwajibkan ada… cuma Cg galakkan buat.
    2.Dalam Kad Stok… hanya guna satu nilai kos yang sama… diskaun mungkin tidak sama … maka Cg cadangkan guna harga asal sebelum diskaun… sebab nilai stok awal.. kita tidak tahu berapa diskaunnya.

  687. Dellson,

    Jika secara kredit.
    JA … dt Nama Penghutang kt Hasil perkhidmatan

  688. Cikgu dlm ayat utk bbrp urus niaga mana satu penggunaan yg btul?? “…secara tunai menggunakan cek.” atau “…menggunakan cek.”

  689. Kedua2 boleh digunakan.

  690. Perolehan perkhidmatan tidak perlu letakkan di kkk kan?

  691. Syrhah,

    Hasil perkhidmatan…. dalam PP.

  692. Cikgu, kenapa imbangan duga saya tak imbang? Saya dah rujuk pada lejar, dan pemindahan baki b/b dah betul. Tapi bila masuk imbangan duga, tak imbang. Bagaimana tu cikgu? Apakah puncanya? Tq

  693. Rul,

    Banyak kemungkinan puncanya.. sila hantar kepada guru sekolah untuk disemak.

  694. cg

    dalam dokumen,

    kalau pulangan jualan pemiutang bg kat kita kan(?)and kalau pulangan belian,kita bg kat pengutang(?)

  695. Cikgu,

    1.kalau klinik ada caj perkhidmatan ke?
    2.Kalau saya tulis penghutang RM 18950 di Kak, jadi lps siap urus niaga total penghutang kena nilai yg saya ltk di KKK atau tak kisah?

  696. Mel,
    Salah.
    Pulangan jualan – Penghutang
    Pulangan belian – Pemiutang
    Kita penjual…. Salinan
    Kita pembeli…. Asal

    Yasmin,
    1. Ada.
    2. Kkk julai 2016… baki awal sahaja.. baki akhir bergantung kepada urusniaga masing2.

  697. bagi ruangan perancangan urus niaga , semua doc memang kena tulis yg telah ditolak dengan diskaun bukan?

  698. dekat kad stok tu, yg beli secara kredit, baki duit stok yg sebelum tu nak buat mcm mana? maksud saya, beli stok kredit nak tinggal kosng jeke ruangan baki duit? ke ikut balik yg doc sebelum ni, yg doc sebelum ni punya stok asal.

  699. Cg, kn klu ada diskaun niaga 10% baki yg tolak ngn 10%tu baki.nye kita catat pada lejar belian…klu pada kad stok nk.tulis nilai asal atau.yg tolak diskaun niaga tu?

  700. Diskaun niaga mmg kne ade ke? klu dlm invois x de diskaun drpd pnjual x pe ke?

  701. cg,

    kalau perkhidmatan tu kwn sy ckp buat folio pelanggan dokumen dia..betul ke

  702. cg,

    kan pulangan belian,,so maksudnya pemiutang tu yg bg nota kredit kat kita kan.and kita dpt yg asal…lepastu kalau pulangan jualan,kita bagi nota kredit tu dkt penghutang ang kita dpt yg salinan..kan?

  703. Mel,

    1. Folio pelanggan biasanya disediakan oleh perkhidmatan perhotelan.
    2. Ya betul.

  704. Cikgu, nak tanya ‘mengambil barang untuk tujuan memberi perkhidmatan’ Memo. Debit dan kredit nak catat apa?

  705. cg

    -komisen diterima ni guna dokumen apa eh

    -utk perolehan abs,contohnya sy buat beli van dr syarikat…..dan akan ansuran akan dijelaskan pada bulan sep..so kena guna memo kan..tapi cane nak buat ayat?

  706. Suen,
    Ianya dinyatakan dalam soalan… tidak dianggap sebagai urus niaga… maka tidak perlu dicatat dalam mana BCP… hanya perlu direkodkan dalam Kad Stok sahaja.

    Mira,
    Komisen …sesuai guna resit rasmi.
    Beli ABS secara kredit… lebih sesuai guna Invois.

  707. dalam perancangan urus niaga ada tulis

    memberikan perkhidmatan…….rm……dengan menggunakan…….

    soalan saya, perniagaan saya ni bagi perkhidmatan free ke dia dikira caj perkhidmatan?

  708. minta maaf cikgu, saya ada baca banyk respon cikgu yg cikgu ckp suruh tanya cikgu sendiri, pada pendapat saya tu mmg bagus cikgu tpi saya ni, cikgu saya garang cikgu, betul cikgu dia suka maki, ok saya x nk ckp pqnjang tpi thank u sangt sbb cikgu tolong kami dkt sini 🙂 thank u sangat! semoga dipermurahkan rezeki cikgu

  709. Aiman,

    Cg minta rujuk guru sekolah.. kerana beliau yang akan menilai dan memberi skor markah kerja kursus anda. Jika buat lain daripada kehendak beliau.. mungkin akan menjejaskan markah anda nanti.

    Bagi perniagaan jenis perkhidmatan… akan ada caj perkhidmatan yang dikenakan.

  710. cg terima kasih tlg sy siapkan kerja kursus ni.Klu xde cg xtau la sy nk buat mcm ne.Alhamdulilah..sy dh siap menaip pon..thanks a lot cg..moga cg dimurahkan rezeki..

  711. cikgu, pusat kecantikan telah dibatalkan ke?tadi cikgu saya telah maklumkan kpd kita, saya dah siap semua ni, mane boleh mcn ni????

  712. Cikgu,
    Semua nilai yg saya ltk dkat urusniaga tu tak kisah kan, asalkan berpatutan kan

    dalam buku tunai nk letak apa je?

  713. Kenny,
    Tiada sebarang pembatalan… cuba rujuk guru sekolah… dan berbincang.

    Saraa,
    Buku Tunai kita rekod semua urus niaga secara tunai…. sama ada wang tunai ataupun menggunakan cek.

  714. saya dah tanya?tapi cikgu saya cakap pemantau maklumkan pusat kecantikan ni tak boleh buat!saya sangat letih nak buat lagi

  715. cikgu?tadi saya tanya lagi,tapi cikgu saya cakap semua sekolah dibatalkan untuk membuat perniagaan pusat kecantikan? betul ke? saya sangat pening.

  716. tak tahu nak buat lagi ke?haizz

  717. Kenny,

    Hanya sekolah dikawasan anda sahaja yang berbuat demikian.

    Oleh kerana anda telah siap sepenuhnya
    …Cg cadangkan hanya tukarkan nama2 perniagaan.. dan nama barang niaga sahaja.

  718. tapi harga barangniaga mana ada sama dengan pusat kecantikan tu…sedihnya

  719. Kenny,

    Pilih perniagaan yang nilai barang niaganya hampir sama.

    Cuba bagi jenis barang niaga dan harga bagi pusat kecantikan anda.

  720. cikgu,kalau saya pilih bengkel kereta,saya boleh jual apa barangniaga? apakah perkhidmatan boleh diletak?cikgu. mula-mula saya memang tak sangat faham perniagaan selain daripada pusat kecantikan,jadi saya pilih p.kecantikan…tapi sekarang saya sangat bosan untuk kerja kursus ni…tinggal seminggu sahaja nak hantar kerja kursus ni…terima kasih…

  721. harga barang niaga saya hampir RM200 RM300 RM500

  722. Kenny,

    Ok.. cg cadangkan tukar kepada klinik pakar kulit & kosmetik… sebab barang niaga yang digunakan nilai2 tinggi dan hampir sama dengan barang niaga pusat kecantikan yang sedia ada.

  723. klinik boleh jual apa? perkhidmatan saya boleh letak apa? saya tak tahu,cikgu boleh tolong saya tak?

  724. cikgu,harga saya tak sesuai buat bengkel ke?

  725. Kenny,

    Google aja…. akan jumpa.
    Atau rujuk DISINI (klik).

  726. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya kalau ada urus niaga secara tunai dengan pemiutang/penghutang kita yang di mana kita pernah terlibat dengannya urus niaga secara kredit sebelum ni, butir di Buku Tunai nak dicatatkan butir apa? Butir (Nama pemiutang/penghutang) kita ke atau butir (Belian/Jualan) ? Tq.

  727. yeke pusat kecantikan dibatalkan?

    kt negeri mne tu ckgu?

  728. Sya, waalaikumussalam.
    Butirnya nama penghutang / belian.

    Qis,
    Tidak semua… ikut guru sekolah masing2.

  729. okay,cikgu,nanti saya rujukkan sendiri.terima kasih cikgu…..

  730. jadi, klinik pakar kulit dengan klinik kosmetik sama je?terpulang saya nak ambil kedua-dua ni ape?Bolehkah perniagaan saya bernama klinik pakar kulit & kosmetik Kenny? cg

  731. Kenny,

    Ya.. boleh.

  732. ala,tadi saya tanya cikgu saya, dia cakap pun tak boleh buat

  733. kalau saya buat bengkel kereta tu memang nak tukar semua harga barang niaga ke cikgu??haizz

  734. Kenny,

    Tidak tukar hargapun takpa…

  735. Assalamualaikum Cikgu Ki…
    Nak tanya …dalam jurnal am perlu tulis ke nama semua penghutang dan pemiutang atau tulis “penghutang: dan “pemiutang” shj…k..TQ

  736. Aniza, waalaikumussalam.

    Bergantung kepada KKK 31 julai.
    Jika hanya tunjukkan penghutang dan pemiutang… maksudnya Ak Kawalan penghutang dan Ak kawalan pemiutang telah disediakan.. maka hanya penghutang xxx dan pemiutang xxx.
    Jika nama setiap penghutang dan pemiutang disenaraikan dalam KKK… maka JA pun sama… iaitu tiada Ak Kawalan disediakan.

  737. okay, tak apa, saya buat semula….terima kasih cikgu,kalau ada apa-apa yang saya tak faham saya cari cikgu lagi…

  738. assalam cikgu
    modal awal tu jumlah semua baki awal asset dan tolak baki awal pemiutang ke? dalam jurnal am 1 ogos, kena rekod debit semua aset2 tu kredit pemiutang dan kredit modal ke? terima kasih cikgu

  739. cikgu,catatan permulaan saya catat ni betul tak? pemilik memulakan perniagaan dengan aset,ekuiti pemilik, dan liabiliti.Kunci kira-kira pada 31julai 2016? premis RMxxx,Alatan pejabat RMxxx, kenderaan RMxxx, stok RMxxx,penghutang RMxxx, Modal RMxxx,Pemiutang RMxxx, Bank dan tunai RMxxxx.Saya rasa ni sangat panjang,boleh catat pendek tak ? kena delete apa? catat ka memo semua kena masukkan ke?

  740. Hannah, waalaikumussalam.
    YA.. betul.

    Kenny,
    KKK 31 julai….. tidak perlu dinyatakan… ganti dengan “seperti berikut”… kemudian senaraikan semua.
    Ini kerana berdasarkan Dokumen memo tersebut… kita catatkan dalam JA…. ikut kitaran perakaunan.

  741. ckgu utk projek account spm, caj rawatan tu perlu dicatat dalam dokumen ke? atau direct tulis kat jurnal am dan buku tunai?

  742. Vio..

    Ikut Kitaran Perakaunan.
    Urus niaga –> Dokumen —> BCP —> Lejar —->

  743. cikgu, baki akhir keratan cek diambil dari mana?

  744. ” memasukkan wang tunai RM 1150 ke dalam akaun bank syarikat ” bagaimana nk ltk dalam buku tunai ? Apakah butirannya?

  745. Cikgu, reply ASAP plss

  746. Ckgu bole beri 1 contoh utk rumusan utk Tempoh Perakaunan? Macam mana nk start ayat

  747. Sarah,
    Baki akhir dalam keratan cek merujuk kepada baki dalam buku tunai(bank) pada tarikh tersebut.

    Sara,
    Ayat tidak lengkap..
    Jika bawa masuk wang tunai pemilik.. butirnya Modal.
    Jika bawa masuk wang tunai perniagaan.. butirnya Tunai dalam lajur bank dan Bank dalam lajur Tunai (catatan kontra).

    June,
    1. Terangkan maksud Tempoh Perakaunan.
    2. Kaitkan dengan analan perniagaan anda …. iaitu 1 Ogos – 31 Julai setiap tahun.

  748. Bagaimana hendak tulis dalam urusniaga kalau caj angkutan masuk dikenakan oleh pemiutang?

    Macam mana jika kita jual/beli dengan tunai dan nk tentukan sama ada ia dlm bentuk cek ataupun Cash?

  749. Sara,

    1. Caj angkutan masuk sebanyak RMxx dikenakan oleh Pemiutang XXX.
    2. Perlu dinayatakan dalam perancangan urusniaga.. dibayar dengan tunai / dibayar dengan cek.

  750. cikgu, liabiliti,pemiutang itu ka catatan permulaan tu kena catat ka jurnal am tak?trm kasih..

  751. Kenny,

    Semua aset.. liabiliti dan ekuiti dalam kkk pada 31 julai mesti dicatat dalam JA..

    # boleh Cg tahu kenny sekolah dimana ?

  752. Cikgu akaun bank ngn tunai nk kne buat ke? Ke buku tunai je

  753. Iffa,

    Tidak perlu… kerana BT merupakan Ak Tnai dan Ak Bank yang digabungkan.

  754. salam..cikgu..bagaimana kalau jumlah di bil tunai rm6825..apakah yg perlu saya buat

  755. Oh, lps tu caj angkutan nk masuk buku tunai nk ltk sebelah debit ke kredit ? Butirannya apa?

  756. Aisyah,
    Ikut kitaran perakaunan..
    U/n — Dokumen — BCP — Lejar —>

    Sara,
    Tidak melibatkan tunai… kita hutang kos angkutan… catat di JA
    Dt Angkutan masuk
    Kt Pemiutang ABC

  757. Cikgu , dlm urus niaga , ayat hasil oerkhidmatan kt macam mana tulis ?boleh bg cth?

  758. Cikgu,
    1.Stok awal kita kena lebih besar jumlahnya drpd stok akhir or sebaliknya? Nk kire stok akhir kena guna kad stok kan?

    2. Dlm perancangan, menjual barang niaga benilai rm1000 secara kredit, maksudnya penghutang tu jumlahnya kena bagi sama dlm kunci kira kira ke , dia kait dengan kunci kira kira ke tak?

  759. Cikgu boleh cikgu kasi contoh karangan pengenalan untuk saya tak? hehe

  760. Sss,
    Bebas asalkan menyatakan urus niaga tersebut.

    Nabilah,
    1. Tak kisah yang mana lebih tinggi.. Ya kad stok.
    2. Tidak sama… kkk hutang bulan sebelum ini… urus niaga ogos hutang yang baru.

    Rul,
    Boleh rujuk cikgu sekolah anda.

  761. Cikgu,macam mana nak cari jualan bersih bila ada hasil perkhidmatan dan pulangan jualan? Perlu tambah atau tolak? Terima kasih..

  762. Soalan saya tu nk ltk dkt penyata pendapatan

  763. Fatihah,

    Hasil perkhidmatan…..xxx
    Jualan…………xxx
    – Pulangan jualan..xx
    Jualan bersih………..xxx
    – Kos Jualan
    …… seperti biasa.

  764. Salam cikgu , macam mana ye nak pindah buku tunai yang butirnya ” hasil perkhidmatan ” ke dalam lejar ? Kena tulis akaun hasil perkhidmatan ke macam mana tu ?

  765. Assalamualaikum cikgu..bagaimana hendak membuat rumusan? adakah 3 konsep, 3 prinsip dan 3 andaian perakaunan?

  766. Alisa,
    Ya… buka Ak Hasil Perkhidmatan

    Laila, waalaikumussalam.
    Sekurang2nya 3 sahaja… bukan 3×3.

  767. Cikgu .. untuk penyata pendapatan ( jualan + hasil perkhidmatan )- kos jualan ?

  768. Mira,

    Hasil perkhidmatan
    + jualan bersih

    – Kos Jualan

  769. Kalau saya tak de jualan bersih sebab tiada pulangan jualan .. bolehkah saya tambah hasil perkhidmatan dengan jualan dan tolak kos jualan ?

  770. Mira,

    Ya.. boleh.

  771. cg,jurnal am utk ogos 1(kkk)ni perlu buat lejar ke?

  772. Mira.

    Daripada BCP …mesti poskan ke Lejar.

  773. cg..utk prkhdmtn prlu ke buka lejar

  774. cikgu jika menerima hasil perkhidmatan,nak masuk dokumen apa?

  775. jika menerima komisen , nak masuk dokumen apa?

  776. Ad,
    Ya.. mesti buka lejar Ak Hasil Perkhidmatan.

    Stella Lai,
    Bil tunai… jika urus niaga tunai.
    Invois… jika secara kredit.
    Komisen… resit rasmi.

  777. cikgu, cikgu ade link untuk dokumen perniagaan?

  778. Rul,

    Cuba cari diblog Cikgu Azlan..

  779. smkpermatajaya ka batupahat rengit

  780. macam mana tulis, cikgu? bolehkahcikgu tulis ka sini,nanti saya rujuk,haizz,saya ada banyak lagi tak siap.

  781. Kenny,

    Sudah ada dinyatakan dalam komen2 DIATAS.

  782. cikgu, penilaian stok akhir tu macam mana?

  783. Hannah,

    Senaraikan baki akhir setiap barang niaga daripada Kad Stok… dan jumlahkan.

  784. terima kasih cikgu…lagi satu, rumusan tu boleh tak saya tulis pasal 1) wang sebagai ukuran 2)prinsip catatan bergu dan 3)entiti berasingan

  785. Hannah,

    Ya. Boleh… dan kaitkannya sedikit dengan amalan perniagaan anda.

  786. ok,cikgu, lepas tu liabililti,modal,tunai ka jurnal am kena pos ke lejar tak?

  787. Cikgu kan dlm jurnal am angkutan masuk kita tulis dt manakala nama pemiutang kt,,mcm mana nak rekod dlm lejar dan lejar apa yg perlu direkod?

  788. Cikgu klu imbangan duga kita x seimbang apa yg perlu kita wat?

  789. cikgu,kalau jual barangniaga nak catat ka kad stok akhir,dia punya harga kena tulis harga jualan ke harga belian?

  790. Assalamualaikum cikgu..adekah rasional sekiranya saya mengeluarkan 75 keping foto untuk perkhidmatan mencetak gambar untuk sebulan?
    m

  791. Cikgu, kalau bayar hutang kepada pemiutang nak letak dekat buku tunai/jurnal? Nak tulis butir dia apa?

  792. Kenny,
    1. Semua BCP (JA, JB, JJ, JPB, JPJ, BT) mesti diposkan ke Lejar.
    2. Kad Stok hanya menggunakan Harga Beli sahaja untuk masuk, keluar dan baki.

    Dayana,
    1. Akaun Angkutan masuk dan Pemiutang.
    2. ID tidak seimbang… semak catatan bergu.

    Laila, waalaikumussalam.
    Sebulan tak rasional.

    Husna,
    Bayar mesti dengan tunai/cek… maka Buku Tunai.. butir nama pemiutang tersebut.

  793. terima kasih cikgu

  794. salam cg,
    ada contoh senarai barang niaga kedai foto?

  795. Aiman,

    Cuba pergi ke Kedai Foto yang berdekatan… lihat aendiri apakah barang niaga yang ada dalam kedai tersebut.

  796. Cikgu…saya x tau macam mana nak bust perancangan urusniaga….boleh ajar tak?

  797. Cikgu, bagaimana hendak buat rumusan bagi folio akaun ya? Rumusan tersebut perlu ada contoh. saya agak keliru

  798. Salam. Apakah butir yg perlu dicatat di dalam Bulu Tunai jika urus niaga “memberi perkhidmatan kecantikan kepada Puan Siti dan bayaran RM1200 dibuat secara cek” ?

    Terima kasih.

  799. Bb,
    Panjang sangat nak cerita disini.. adalah lebih baik rujuk cikgu sekolah..beliau akan tunjukkan satu persatu.

    Solehah,
    Kemukakan sekurang2nya 3 konsep asas.. dan kaitkan dengan perniagaan dengan memberikan contoh. Katakan Tempoh perakaunan….. terangkan maksudnya.. kemudian berikan contoh perniagaan anda dimana mengamalkan tempoh perakaunan 1 Ogos 2016 – 31 Julai 2017.

    Syah,
    Butirnya Hasil Perkhidmatan.

  800. hello,cikgu sy nak tanya pinjaman bank catat kat BT (DT) , tapi wangnya kena tulis kat bahagian tunai ke bank??

  801. Aina jais,

    Bank…. pihak bank terus masukkan wang pinjaman ke akaun bank.

  802. Cikgu,

    Cuba tanya barang niaga yang kita beli adalah untuk jual dan membaiki untuk dapat hasil perkhidmatan.

    Maka, kita perlu tolak apa yang kita jual (jual barang niaga) dan apa yang kita ambil untuk membaiki (perkhidmatan) dalam kad stok. Betul tak?

    Terima kasih.

  803. Tan Swee Kung,

    Barang niaga yang keluar @ masuk perlu direkodkan dalam Kad Stok… supaya kita sentiasa mengetahui kedudukan/bilangan stok yang masoh ada dalam kedai.

  804. Jurnal jualan butir letak nama kedai kita / nama penghutang? Jurnal Pulangan Jualan pula?

  805. Farisha,

    Dalam Jurnal Am… Jurnal Khas… Buku Tunai… Lejar… semuanya mesti nama orang lain.. samada penghutang / pemiutang.

  806. cg,AS,LS,E.Pemilik ka jurnal am tu pos ke lejar ,dia punya butir kena tulis apa? contohnya, akaun premis, butirnya apa? akaun modal,butirnya apa? semua akaun yang dkbuka tulis baki b/b ke?
    terima kasih cg.

  807. Kenny,

    Ya… urus niaga 1hb..poskan ke lejar masing2.. butirnya “Baki b/b”.

  808. cg, akaun pemiutang dengan akaun nama pemiutang kedua-dua ni kena buka ke?kalau buka kedua-dua ni nanti imbangan duga pun kena tulis nama pemiutang dan pemiutang ke?trm ksh.

  809. Kenny,

    Ak Pemiutang…. merupakan Ak Kawalan… dalam Lejar Am.
    Ak nama2 pemiutang… dalam Lejar Belian.
    Jika disedikan Ak Pemiutang… maka dalam ID hanya masuk Ak Pemiutang sahaja.
    Jika tidak sefiakan Ak Pemiutang (kawalan).. maka Ak setiap pemiutang lerlu ada dalam ID.

    # rujuk guru sekolah… samada perlu sediakan Ak Pemiutang atau tidak.

  810. cg,jika saya tak sediakan akaun kawalan(pemiutang dan penghutang),maka imbangan duga tak boleh imbang. betul ke??

  811. Kenny,

    ID tetap seimbang… sebab Ak setiap pemiutang perlu dimasukkan jika ak kawalan pemiutang tidak disediakan..

  812. Cikgu,
    kawan saya ckp klinik takde jualan kredit? Betul ke?
    Kalau saya buat jual kredit kepada penghutang salah lah?

  813. cg, penghutang/pemiutang dari bahagian kkk 31julai tu harganya kena letak sama dengan imbangan duga ke?

  814. cg, jika tak sediakan akaun kawalan pemiutang/penghutang, jadi,ka jurnal am punya pemnghutang dn pemiutang mau delete tak? dia punya akaun tu macam mana?terima kasih..cg

  815. Hi Cikgu , nak Tanya kalau soalan akaun projek tulis perolehan aset bukan semasa secara kredit tapi saya dah buat perolehan aset bukan semasa dengan cek .
    Boleh X saya buat demikian?

  816. Assalamualaikum cikgu.
    Saya dah buat PP and my business mengalami kerugian. ? Is it okay? Or i need to make it untung juga dgn membetulkan apa² sehingga ia untung? ??
    Thank you. ??

  817. salam ckgu nk tnya tntg format pp dan kkk bagi hasil prkhidmatan?

  818. cg..utk sewa premis,insurans premis,kdr byrn,gaji,ambilan,komisen dtrima ni nk buka lejar ape

  819. cg..mcm mna nk baiki kunci kira2 yg tak balance…????
    n klau pulangan jualan tu buat dgn pembeli tunai..adakah pembeli tunai tu akan jd pemiutang kita …

  820. Wani,

    Pulangan belian hanya untuk belian secara kredit sahaja.

  821. Cikgu saya nak Tny nii ?
    Baki stok barang niaga Pada 1 good 2016 kan .. kos seunit tu kena harga jualan atau harga belian ?

  822. Ayisha,

    Stok dinilai pada harga kos…. guna Harga Beli

  823. cg,

    1.utk lejar belian ni kita kena tulis belian kita scr kredit/tunai?

    2.pulangan belian ni nk kena tulis kat ljr belian gak ke cane?

    3.semua baki b/b pd 1 ogos letak kat belah debit kan?

    4.cane nak tentukan belian/jualan kita pd sblh kredit/d3bit

  824. Ad,

    1. Lejar Belian… hanya untuk urus niaga secara kredit sahaja.
    2. Ak Belian… Ak Pulangan Belian dalam LA… hanya akaun2 pemiutang sahaja dalam LB.
    3. Aset- debit… Liabiliti & Modal – kredit.
    4. Belian = belanja —> debit…. Jualan = hasil –> kredit

  825. cikgu knpa ID saya tak imbang?

  826. Syuadah,

    ID tidak seimbang…. salah satunya kerana catatan bergu tidak betul.

  827. CIKGU tarikh Imbangan Duga kena tulis apa???
    Thanks.

  828. assalamualaikum…cikgu kn dekat folio kan ada macam 2.0 Perancangan urus niaga ….kalau kita x ltk 2.0 tu bleh ke just tulis Perancangan Urusniaga

  829. Annt,
    Imbangan Duga pada 31 Ogos 2016

    Iqhwan, waalaikumussalam.
    Boleh.

  830. Cikgu, macam mana nak cari stok akhir daripada perniagaan untuk kerja kursus akaun?

  831. Alya,

    Itulah kegunaan Kad Stok… untuk tentukan nilai stok akhir pada nilai kos.

  832. Assalamualaikum cikgu..
    Apakah contoh kelebihan perniagaan kedai foto di pedalaman seperti daerah Keningau? Terima kasih..?

  833. Cikgu, apakah dokumen bagi belian tunai dan bayar kadar bayaran?

  834. selamat petang cikgu, kalau angkutan masuk ialah dokumen nota debit, jadi penyata pendapatan tda perlu tambah angkutan masuk lagi kah

  835. cikgu, hasil perkhidmatan perlu catat di mana dlm p.pendapatan.
    klu hasil perkhidmatan secara kredit dlm jurnal am apa yg kena debit dan kredit

  836. cikgu,dlm penyata pendapatan gitu kah

    hasil perkhidmatan xx
    jualan xx
    —-
    xx
    tolak: pulangan jualan xx
    —-
    jualan bersih xx

  837. Cikgu nak tanya. Dalam perancangan urus niaga tu kalau kita jual barang niaga pada pelanggan nak rekodkan harga beli atau harga jual?

  838. Del, waalaikumussalam.
    Sama dengan perniagaan… kelebihannya boleh fikir dan bincang dengan kawan2.

    Ikhmal,
    Belian tunai —> Bil Tunai
    Kadar bayaran —>Keratan cek/ Baucar Pembayaran

    Elaine,
    1. Perlu … Nota debit –> JA –> Lejar : Ak Angkutan masuk –> ID —> PP.
    2. PP : Hasil perkhidmatan + Jualan bersih – Kos Jualan = UK
    JA : Dt Penghutang Kt Hasil perkhidmatan

    Tihah,
    Jual –> Harga Jual
    Beli –> Harga beli

  839. Ok. Terima kasih cikgu.

  840. cikgu, angkutan masuk dalam nota debit bukan mau catat di j.belian baru pos ke lejar kah. dalam lejar pembekal kredit dan butir belian

  841. bagaimana mengira stok akhir

  842. cikgu, kalau nak buat bayaran sebahagian hutang kpd pemiutang, guna dokumen resit asal atau keratan cek?

  843. saya sudah siap kerja kursus ni tapi rasa was2 dengan dokumen mana saya patut masukkan

  844. Elaine,
    Angkutan masuk…. JA… bukan JB.
    JB khas untuk barang niaga sahaja.

    Far,
    Bayaran kepada pemiutang… paling sesuai menggunakan Resit sebagai bukti pembayaran kerana disahkan oleh pemiutang sendiri.

    Denis,
    Stok akhir…. rujuk Kas Stok

  845. jadi dalam jurnal am apa yg didebitkan dan kredit

  846. Elaine,

    Dt Angkutan masuk
    Kt Pemiutang

  847. assalamualaikum cikgu Ki.

    angkutan masuk ni saya bayar cash pastu dokumen dia nota debit asal kan cikgu? kena masuk buku tunai atau jurnal am? insurans pun sama. saya keliru dua tu. Tq cikgu.

  848. Anis, waalaikumussalam.

    Jika bayar tunai… maka nota debit tidak sesuai digunakan. Maksudnya kita bayar terus kepada syarikat pengangkutan yang kita upah.. boleh guna keratan cek/ resit…. sama juga dengan insurans.

  849. cg,

    1.akaun jualan n belian dlm lejar am ni utk yg kita jual n beli scr tunai ke

    2.lejar belian n jualan ni pulak utk kredit ke

  850. cg,

    jurnal am-lejar am
    jurnal belian-lejar belian
    jurnal jualan-lejar jualan

    kan?

  851. ok, terima kasih cikgu

  852. Mel,

    1. Untuk semua urus niaga.. tunai dan kredit.
    2. LJ dan LB… khas untuk urus niaga jualan & belian secara kredit sahaja.
    3. Tidak betul.

  853. knp bukan tulis 31 julai? bukan sama dengan kkk ka sbelum tu ???

  854. Annt,

    KKK 31 Julai untuk tempoh perakaunan / bulan lepas… tugasan kita untuk sediakan bulan Ogos sahaja… maka tarikh penyediaan ID, PP dan KKK ialah pada 31 Ogos 2016.

  855. /cg,penghutang/pemiutang dari kunci kira2 31 julai tu ,harganya kena letak sama dengan ID ke? jika tak sama harga,maka ID akan tak imbang ke?
    soalan2
    jika tak buat akaun kawalan penghutang/pemiutang,jadi,ka jurnal am punya pemiutang/penghutang bersama harganya mau delete tak?dia punya akaun tu macam mana? terima kasih cg…

  856. Kenny,

    Cuba fikir…. penghutang dan pemiutang dalam KKK pada 31 julai merupakan Baki awal… manakala ID disediakan pada 31 Ogos.. iaitu baki akhir…. adakah nilainya sama ?

    Jika tidak buka Ak Kawalan… maka dalam KKK tersebut kena buka Ak Penghutang A .. Penghutang B.
    Maklumat dalam KKK merupaka baki awal… maka semuanya mesti ada dalam JA pada 1hb Ogos.

  857. cikgu, dokumen bagi pinjaman apa?

  858. utk lejar ak hasil prkhdmtn,nak tulis plggn/tunai?

  859. Assalamualaikum, cikgu bagaimana kita nak letak ‘FOLIO’ saya tak beberapa faham dengan konsep folio dalam jurnal2…

  860. Cikgu , apa dan macam mana nak letak ‘FOLIO’ punya bahagian, saya tak faham bagaimana folio direkodkan dalam jurnal2…

  861. 1.angkutan masuk,lejar belian ke..
    2.kalau beli scr tunai/jual scr tunai,tulis pada lejar am ak belian n ak jualan kannn…
    3.kalau beli scr kr/jual scr kr,tulis pd lejar belian n lejar jualan kannn
    4.ak plgn jualan n plgn belian ni nak tulis pd bhgian debit/kredit?

  862. cg,utk insurans premis n sewa premis nak buat lejar ke?

  863. Hannis,
    Makluman Kredit.

    Ad,
    Ikut catatan bergu… jika dipos daripada BT… maka butirnya Tunai/Bank.
    1. Angkutan masuk –> LA
    2. Ak Belian dan Ak Jualan –> LA
    3. Hanya Ak Penghutang dan Ak Pemiutang –> LJ dan LB
    4. PB –> Kt, PJ –> Dt

    Fara, waalaikumussalam.
    Folio.. untuk rujukan.
    – Dalam BCP kita isi LAx LJx LBx (iaitu lejar)
    – Dalam Lejar kita isi JAx JJx JBxJPJx JPBx BTx (iaitu BCP)

    Mel,
    Mestilah ada akaunnya dalam Lejar.

  864. oh~yang pertama saya dah faham,terima kasih cg..
    buka akaun nama penghutang/pemiutang kan? baki b/b ka jurnal am tu pon nak isi ke dalam akaun nama pemiutang kan?

  865. Kenny,
    Ya, BAKI AWAL perlu direkodkan dalam Ak Penghutang dan Ak Pemiutang masing.

    Aliana,
    CUba rujuk Buku Teks (m/s 119)…cara2 merekod urus niaga dalam Jurnal Am.

  866. Salam cgu,
    yg tentang GAJI PERKERJA tu kan?Dokumen apa yang patut catat?

    Tetapi, saya dah guna BAUCAR PEMBAYARAN yg bertulis NAMA PERKERJA. Namun,ketua panitia sekolah kami menyuruh kami tukar BAUCAR PEMBAYARAN yg BUTIRAN. Adakah itu benar?
    T.Kasih

  867. Hidayah,

    Ikut guru sekolah anda.. baucer tersebut lebih sesuai untuk bayar gaji beberapa orang pekerja.

  868. assalamualaikum,
    cg,sy msh x fhm ttg lejar belian dn lejar jualan.utk kedua2 lejar tu,hanya dicatat utk apa yg kita jual scr kr/beli scr kr je ke?..utk angktn msk kn kita bkk lejar angjtn msk,so kita tulis nm pemiutang..lpstu tulis kat lejar belian tu belh debit kita tulis angktn msk..kan?macam mane pulak kalau pulangan belian/jualan..perluke buat jugak kat lejar belian/jualan atau x payah,?..tulis kat ak pulgn jualan je,??

    maaflah soalan panjang…

  869. Bh, waalaokumussalam.

    Pulangan belian.

    LA : Ak Pulangan belian…kt pemiutang A xxx

    LB : Ak Pemiutang A… Dt pulangan belian xxx

  870. ” membeli komputer secara kredit RM 3000 untuk kegunaan perniagaan” apakah dokumen yg terlibat? dan bagaimana nk masuk dlm jurnal am?

  871. Sara,

    Invois…. JA. Dt Alatan pejabat Kt nama syarikat.

  872. Assalamualaikum cikgu, kenapa kunci kira² saya tak seimbang ya? Saya dh recheck semua tapi still x seimbang. Kenapa ya?

  873. Cikgu, dalam bil tunai tu kena rekodkan sekali ke upah membaiki kereta?

  874. Farah, waalaikumussalam.
    Jika ID seimbang.. tetapi KKK tidak seimbang… kemungkinan ada item yang tersilap dalam komponen yang salah… contohnya item hasil dicatat di belanja.

    Tihah,
    Ya dalam bil tersebut …. masuk sekali caj perkhidmatan / upah.

  875. cikgu, kalau keratan cek macam mana ???? baki akhir nak ambik kat mana??

  876. Aini,

    Baki akhir… merujuk kepada baki wang yang ada dibank sebelum tarikh urus niaga tersebut…. boleh rujuk Buku Tunai.

  877. Cikgu, macam mana nak buat kad stok ye? kan pada 1 ogos kita mempunyai baki stok tu cthnya rm5 000, jadi dekat kad stok nanti dah bahagi semua dekat brg tertentu.Nanti pada 1/8/2016 apa dokumen yang patut ditulis di dalam kad stok tu?

  878. cikgu, I nak tanya urusniaga punya pinjaman bank kena tulis ka kkk 31 julai tak?thanks.

  879. terlupa lagi nak tanya, cikgu, ruangan kad stok pertama kena catat bakib/b stok ke?jika tak catat ,terus catat belian stok boleh tak? jika kuantiti stok bakib/b sama dengan kuantiti belian stok boleh tak? butir hasil perkhidmatan ka bil tunai tu nak tulis ape????

  880. cg,pemiutang/penghutang dalam jurnal am punya folio tulis apa? JA kan?

  881. Ina,
    Hanya tulis Baku b/b.

    Silan,
    1. Semua akaun dalam lejar… masuk ID…dan semua item dalam ID… akan PP @ KKK.
    2. Butir 1hb… Baki b/b. Beli bebas..ikut kita nak beli berapa.

    James,
    Folio dalam JA… kita tulis LAxx.

  882. jika penghutang, folionya LJxx kan?

  883. ckkgu, keluarkan tunai RM xxx dari bank. ni nanti catat ka buku tunai butirnya tulis apa?ambilan ke tunai

  884. James,

    Jika AK Penghutang (iaitu Kawalan Penghutang)…. dalam Lejar Am… maka LAxx
    Jika Ak setiap penghutnag…..dalam Lejar Jualan.. maka LJxx

    Bergantung kepada urus niaga… keluar untuk tujuan apa…. kegunaan sendiri atau kegunaan perniagaan ?

  885. Cikgu, pinjaman masuk tak dalam PP?

  886. Farah,

    Pinjaman = LBS

  887. Cikgu lejar am dgn lejar khas kena asing ke atau rekod sama mengikut susunan tarikh?

  888. Akaun penghutang dan akaun pemiutang kena buat buku tunai ke cikgu?

  889. Cikgu, apa folio untuk akaun aset?

  890. Meneruskan perniagaan kena buat lejar jugak ke?

  891. Tihah,

    1. Asingkan LA dan LK.
    2. ??? Tak faham soalan.
    3. Sama dengan folio yang lain.
    4. Catatan pemulaan pada 1hb perlu diposkan ke lejar masing2… butirnya sebagai Baki b/b.

  892. Thanks cikgu. Soalan ke 2 tu abaikan.

  893. kenapa saya confuse dengan kunci kira2 yang

  894. Cikgu. Pasal penghutang dan pemiutang dekat imbangan duga tu kena tambah dengan baki bulan sebelumnya ke?

  895. cikgu hssil perkhidmatan catat ka pp bahagian mana? terima kasih cikgu…..

  896. Tihah,
    Baki bulan sebelumnya merupakan baki awal dalam akaun setiap penghutang.

    Kenny,
    Hasil perkhidmatan xx
    Jualan xx
    – pul jualan xx xxxx

    – Kos Jualan … seperti biasa

  897. cikgu kalau bahagian hasil tak ada jadi,tak payah tulis apa-apa di bahagian tu kan?

  898. Kenny,

    Sepatutnya ada sekurang2nya 1 item hasil… dalam perancangan urus niaga.

  899. cikgu kalau perniagaan kita ni bila kira di penyata pendapatan dan dapat rugi kasar boleh? rasional tak kalau nilai rugi bersih adalah RM 1657?

  900. cikgu kalau mengeluarkan barang niaga untuk kegunaan perkhidmatan di kedai kna catat dlm dokumen ke? Kalau ya dokumen apa? dan berada di dlm komponen apa?

  901. saya dah buat urusniaga 25 ni?kalau tambah lagi satu urusniaga nanti tak imbang?

  902. salam cikgu,apakah contoh bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang ??

  903. Anisarissa,
    1. Tiada sebarang masalah dari segi rekod perakaunan… jika dapat rugi kasar atau rugi bersih.
    # walau bagaimanapun rujuk kehendak gueu sekolah masing2.
    2. Dokumennya MEMO… ianya tidak termasuk dalam mana2 komponen urus niaga… tidak perlu catat dalam BCP….hanya perlu rekodkan dalam KAD STOK sahaja.

    Kenny,
    Tidak seimbang bukan disebabkan bilangan urus niaga… tetapi catatan bergu yang silap.

    Sarah,
    Contoh apa yang jangka panjang dan jangka pendek ? Rumusan untuk tugasan tingkatan 4 hanya kemukakan sekurang2nya 3 konsep, prinsip dan andaian perakaunan.

  904. kalau kontra kna catat kt dokumn apa ya?

  905. Fahmi,

    Bergantung kepada penyataan urus niaga… jika masukkan tunai ke bank – Slip Wang Masuk / Slip Bank
    jika keluarkan wang di bank untuk kegunaan perniagaan – Keratan cek.

  906. Dalam PP alatan pejabat nk letak dkt belanja eh?

  907. Sara,

    Alatan Pejabat…. bukan belanja, tetapi ABS.

  908. Kalau komisen kena catat dlm dokumen apa?

  909. Amm,

    Resit Rasmi sesuai digunakan.

  910. Okay. Komisen ni pembekal ke yang bagi atau orang lain?

  911. Amm,

    Biasanya syarikat perniagaan lain yang kita bantu jual barang mereka dan kita diberi komisen atas hasil jualan barang tersebut.

  912. cikgu..macam mne nk buat ayat perancangan untuk pembayaran ½

  913. Bilaa,

    Bayar RMxxx kepada Pemiutang X bagi menjelaskan sebahagian daripada hutang.

  914. assalamualaikum cikgu,
    nak tanye,harga jualan dalam kad stok tu,kene rekod berdasarkan harga jualan atau harga belian?

  915. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanye untuk kerja kursus tingkatan 4 tahun ni, hasil perkhidmatan ade dokumen x?

  916. Dah banyak kali saya kira tapi tetap tak imbang.Macam mane tu ? Saya dah check semua dokumen,jurnal,lejar dan buku tunai tapi tetap tak imbang juga.

  917. DEBIT:
    Perabot (RM 15000)
    Stok (RM 9600)
    Lengkapan (RM7600)
    Sewa (RM 300)
    Insurans (RM 150)
    Ambilan (RM 50)
    Gaji (RM 2000)
    Belian (RM 760)
    Tunai (RM 9950)
    Bank (RM 55370)
    Penghutang A (RM 33350)
    Penghutang B (RM 43650)

    KREDIT:
    Modal (RM 75000)
    Hasil perkhidmatan (RM 13660)
    Komisen diterima (RM 150)
    Pulangan belian (RM 36)
    Pemiutang A (RM 41680)
    Pemiutang B (RM 34950)
    Syarikat Perabot (RM 2000)

    Betul tak debit & kredit saya dalam ID ? Kalau silap minta jasa cikgu perbetulkan ya.Terima kasih.

  918. Safa,

    Kemungkinan silap di :
    1. catatan bergu.
    2. Pengiraan baki di lejar

    ID sudah betul kedudukan dt dan kt.

    Sila rujuk cara2 mengesan kesilapan ID tidak seimbang dalam buku teks topik ID.

  919. Cikgu, saya nk tanya. Sya form 4 . Sya tgh buat folio akaun dan nak hntr folio tu seminggu lgi. Tp sya bru perasan yg kat perancangan urusniaga sya tu, sya tersalah tulis nilai. Sepatutnya sya tulis “2500” tp sya tulis “250” . Macam mna nak baiki ye cikgu? . Sbb masa dh suntuk.

  920. Assalamualaikum cikgu,kalau barang niaga yg digunakan untuk perkhidmatan perlu dicatatkan dalam kad stok ke?

  921. Suhaida,
    Baiki saja di perancangan.

    Aisyah, waalaikumussalam.
    Ya.. asalkan berlaku perubahan bilangan stok barang niaga dalam kedai.. maka perlu direkodkan dalam Kad Stok.

  922. Cg kalau di ID letak nilai yang mana.

  923. Amir,

    ID ialah senarai baki2 akhir semua akaun dalam lejar… rujuk Baki b/b pada 1 September 2016.

  924. Cikgu , pusat kecantikan boleh jual apa barang berharga RM 35 , 80 , 55 , 50 ? Boleh bagi contoh?

  925. Sss,

    Cuba goggle …. akan jumpa nanti.. antaranya boleh rujuk DISINI (klik)

  926. Assalamualaikum Cikgu
    Sy nk rny pasal hasilperkhidmatan.mcm be nk tulis tentang h.p tu dlm urus niaga bwh komponen jualan bersih

  927. Terima kasih cikgu narzuki

  928. cikgu, habis kerja kursus kena banding semua kertas ke?

  929. Terima kasih cikgu !

  930. Cikgu , biasanya shampoo , kream pemutih , pewarna rambut , dan topeng berapa ringgit ?

  931. cg
    tunai dengan bank tak perlu rekod dlam lejar ke?

  932. Ka, waalaikumussalam.
    Ada beberapa cara penulisannya… secara detail ataupun tidak detail…. sila rujuk ketetapan guru sekolah anda.

    Mariam,
    Draf manual sangat penting sebagai bukti tugasan tersebut dibuat sendiri. Maka sebaik2nya susun ikut urutan yang sepatutnya dan binding serta hantar bersama2 tugasan yang bertaip komputer.

    Ccc,
    Google di internet.

    Asyiqinsh,
    Tidak perlu.

  933. cgu sy suruh detailkan.tp sy x sempat nk tny cgu sy hr tu, mcm mne.mintak jse cgu tlg ajarkan sbb buka skolh ni nk kne htr dh.

  934. Ka,

    Terima bayaran perkhidmatan daripada Pelanggan A seperti mana berikut:
    Caj perkhidmatan RMxxx
    Barang niaga 1 RMxx
    Barang niaga 2 RMxx

    # rujuk balik dengan guru sekolah.

  935. ok cikgu.noted.terima kasih. 🙂

  936. MMENERIMA HASIL PERKHIDMATAN DAN DIBANKKAN , dokumen apa ye?

  937. Fahmi,

    Dokumen Bil Tunai sesuai digunakan.

  938. Cikgu, hasil perkhidmatan ade dokumen ke? Kalau ade dokumen, dokumen ape?

  939. Iiy

    Setiap urus niaga mesti disertakan dokumen sokongan sebagai bukti berlakunya urus niaga tersebut… boleh guna Bil Tunai.

  940. Salam cikgu,saya ada beberapa soalan

    1. apa butiran yang perlu diisi di lajur dokumen kad stok untuk merekodkan kemasukan stok awal ke dalam kad stok?

    2. bagaimana cara untuk merekod lajur folio? adakah ianya perlu berpandukan jenis lejar (LA,LB,LJ) serta halaman lejar tersebut?

  941. Anon,

    1. Baki b/b
    2. Ya… folio dalam BCP merujuk kepada LAx LJx LBx… manakala dalam Lejar merujuk kepada JAx JJx JBx BTx

  942. ckgu, boleh tk kalau insurans kdai wt rm 300? wajar x

  943. Fahmi,

    Ok aja.

  944. Terima kasih cikgu atas jawapan yang diberikan.

  945. cg, semua perniagaan mesri ada hasil perkhidmatan kah?? sy pilih kedai
    foto , boleh sy buat supplier shj ??

  946. Assalamualaikum cikgu..terima kasih kerana telah menjawab soalan saya selama ini…syukran..moga diberkati selalu

  947. cikgu ,kalau dalam memo kita tak tulis pon “kepada:kerani akaun” boleh tak ?jadi masalh ke cikgu ?agak agak markah nya ditolak ke tidak

  948. Swei,
    Hasil perkhidmatan… mesti ada.

    Laila, waalaikumussalam.
    Sama-sama.

    Nur,
    Sebaik2nya tambah perkara tersebut… daripada tidak buat.. tulis tangan takpa.

  949. Cikgu,baki awal pemiutang & penghutang hendak masuk ke jurnal am bersama aset,liabiliti,modal betultak?
    Selepas tu bagaimana nak lejarkan?
    Sy buka ak penghutang ,tulis baki b/b di sebelah dt…

  950. Minh,

    Ya… poskan semua item JA 1hb ke lejar masing2 dengan butirnya Baki b/b.

  951. Cg,semua ak penghutang aku adalah seimbang dlm lejar,krn tlh jelaskan semua hutang.maka,aku takperlu lagi pindahnya ke ID… betulke?

  952. Snow,

    Ya. Jika tiada baki… maka tidak perlulah masukkan dalam ID.

  953. Cikgu,

    Cuba tanya apakah skem semak untuk kerja kursus?

    Thank you.

  954. Tan Swee Kung,

    Guru sekolah akan semak berdasarkan panduan pelaksanaan dan pentaksiran skor yang disediakan oleh LPM.

  955. Assalamualaikum Cikgu , boleh take saya nak tahu komponen / dokumen / nombor dokumen pada perancangan urus niaga says?

  956. ASSALAMUALAIKUM

    cg..
    saya cg shariatul..nak minta kepastian..perlu ke kita minta pelajar sediakan akaun kawalan? atau kita cuma minta pelajar poskan sahaja baki2 akaun2 phtg dan pemiutang terus ke ID.

    tq

  957. Cg Shariatul, waalaikumussalam.

    Tiada sebarang ketetapkan dalam buku panduan pelaksanaan berhubung perkara tersebut.. maka ada pilihan… samada sediakan Ak Kawalan ataupun tidak.
    Oleh itu sila rujuk ketetapan yang dibuat oleh KPN atau KPKw kawasan masing2.

  958. khairul hazman

    Cikgu , saya telah membuat pengiraan imbangan duga saya tapi masih tk seimbang . debit 218 350 . kredit 215 350 . semua baki b\b dlm lejar , Buku tunai Dan jurnal.saya dah check,tetapi masih tidak seimbang , saya berjumpa guru tetapi guru menyuruh saya check kesalahan sendiri. Apakah cara penyelesaian nya Cikgu ?

  959. Khairul,

    Cuba cari apakah urus niaga yang bernilai RM3000…. ataupun RM1500…
    Kemudian maklumkan kepada Cg..

  960. salam, kalau mnerima hasil perkhidmatan dan dibankkan catat di bil tunai tapi bahagian bawah tuh kne tulis no cek x?

  961. Fahmi,

    Dalam penyataan tersebut… kita terima tunai… maka tiada no cek terlibat.

  962. Salam cikgu. kalau menerima hasil perkhidmatan secara tunai kita catatkan dalam bil tunai salinan. Betul ke cikgu

  963. Ya.. betul.

  964. Cikgu kunci kira-kira nak buat macam mana dan bentuk apa ye?

  965. Muhd,
    Kedai kita telah lama ditubuhkan.. mungkin bulan Ogos kita tidak beli… tapi baki2 dari bulan sebelum ini masih ada.

    Nor Syuhada,
    KKK .. Cg galakkan sediakan dalam bentuk penyata.

  966. Assalamualaikumwbt. Cikgu Narzuki, maaf hajat bertanya untuk merekodkan hasil perkhidmatan dalam Penyata Pendapatan….

    Formatnya atas item jualan atau sekali dengan hasil lain ya?

    Terima kasih.

  967. Ashikin, waalaikumussalam.

    Penyata Pendapatan
    Hasil perkhidmatan xxx
    Jualan xx
    – PJ xx xxx
    – Kos Jualan:

  968. cikgu, saya buka ‘akaun pemiutang’ bagi baki b/b , bolehtak buka lagi akaun lain(ak. Kedai XX) bagi pemiutang pada ogos?atau terus masukkan kdlm ‘ak. pemiutang’ itu?
    bolehtak masuk dlm ID dgn asingkan‘pemiutang(bagi baki awal)’ dan ‘Kedai XX’?

  969. Minh,

    Jika pemiutang barang niaga…. boleh dimasukkan sekali dalam Lejar Belian dan Ak Pemiutang. Manakala jika bukan pemiutang barang niaga.. kita asingkan .. dan ianya dicatat dalam Lejar Am.

  970. Cikgu,jk saya buka ak. Kawalan,maka tak perlu buka lejar belian @ jualan lagi?

  971. Minh,

    Jika buka Ak Kawalan…. Lejar Jualan dan Lejar Belian juga mesti dibuka.

  972. terima kashi , cikgu.

  973. assalamualaikum cikgu,saya ingin tanya yang adakah maklumat yang kita catatkan di perancangan urusniaga hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen kita?

  974. Udaya, waalaikumussalam..

    Terbalik… sepatutnya kita buat perancangan 25 urus niaga ikut agihan komponen dalam soalan.

    Berdasarkan perancangan tersebut disediakan dokumen2 yang berkaitan dengan setiap urus niaga.

    Kita buat ikut kitaran perakaunan.
    Urus niaga — Dokumen — BCP — Lejar — ID — PK

  975. Cikgu , sekarang saya tengah buat kerja kursus f4 , saya dah buat penyata pendapatan pastu dapat rugi bersiu , bolehh x saya naikkan harga stok ? Cthh , beli rm 250 jual rm 300 utk naikkan jualan ?

  976. Azwaliyana,

    Ya Boleh… untuk tingkatkan untung boleh tingkatkan hasil dan kurangkan belanja.

  977. aslm cg,sy nak tnya kalau pelanggan membeli secara tunai..kna masukkn dlm buku tunai kn?kalau pulangan jualan kpd plangn yg mmbli scra tunai tu kna masuk x dlm lejar akaun penghutang?

  978. Ainnia, waalaikumussalam.

    Ya.. Buku tunai.

    Pulangan jualan.. hanya untuk jualan secara kredit sahaja.. tiada pulangan jualan untuk jualan tunai.

  979. ckgu folio akaun yg kite dh print kne ade muke dpn ke? klau ada apa tjuk dye…

  980. ckgu klau kte x catat no folio dlm buku tunai tkpe ke

  981. Fahmi,

    Sebaik2nya lengkapkan lajur folio tersebut.
    Setiap laporan mesti ada cover hadapan… seperti biasa… ada tajuk… maklumat pelajar .. nama, no kp, kelas… nama guru.

  982. OK.Cgu. stok akhir pula mcm MNA nk kira?
    Berdasarkn kad stok ke? Dkt imbangan duga xde stok akhir. Sebab sekarang tengah buat asiggment akaun utk tingkatan 4.

  983. Unie,

    Ya.. Kad Stok digunakan untuk menilai stok akhir perniagaan pada harga kos.

  984. 1. stok akhir tu (tmbh semua brg yg tinggal) x (harga belian@ jualan)? mcm tu ke?

    2.then , stok awal – stok akhir ke Cgu?

  985. Unie,

    1. X Harga Beli.
    2. Stok akhir ….. masukkan dalam PP dan KKK.

  986. IMBANGAN DUGA 30 jun 20×1

    insuran=768

    1. insurans yg dibyr adlh utk setahun mulai 1 dis 20×0.
    mcm mna nk selesaikan ni cgu?

  987. Unie,

    Cari Insurans terdahulu…rujuk tarikh yang diberi.
    Kemudian selaraskan di ak insurans.

  988. Salam cikgu , Kelebihan menjalakan klinik contohnya macam mana ?

  989. Aimey,

    Kelebihan…. apa yang ada pada klinik kita yang tiada di klinik lain. Contohnya… kita memberikan perkhidmatan 24 jam…. dll.

  990. Cikgu bolehkan cikgu tunjukkan contoh rumusan aplikasi konsep,prinsip dan andaian perakaunan untuk kedai foto?

  991. Min,

    Pilih saja 3 konsep yang bersesuaian daripada buku teks…. huraikan maksudnya kemudian berikan contohnya dengan mengaitkan perniagaan anda.

  992. Adlina zamri ali

    Assalamualaikum cikgu, boleh berikan contoh untuk hasil perkhidmatan bagi kedai gambar selain mencuci gambar?

  993. Adlina, waalaikumussalam.

    Kita sediakan perkhidmatan ambil gambar majlis atau program tertentu… seperti.. gambar majlis perkhawinan… gambar hari raya… dan sebagainya..

  994. Assalamualaikum cikgu..sye nk tnye. Kalau hasil perkhidmatan tu boleh buat secara kredit tak? Maksud saye mengambil gambar dmajlis perkahwinan secara kredit. Apa dokumen dan buku catatan pertamanya ye?

  995. Azie, waalaikumussalam.

    Boleh secara kredit… dokumennya Invois… BCPnya Jurnal Am.
    Dt Penghutang A Kt Hasil Perkhidmatan.

  996. Cikgu,

    Apakah cara untuk membuat rumusan ?
    Bolehkah copy dari internet atau kena tulis sendiri berdasarkan tugasan kita ?

  997. Dksjv,

    Rumusan… kemukakan sekurang2 3 konsep, prinsip atau andaian… huraikan konsep2 tersebut serta berikan contoh dari aktiviti/rekod perniagaan kedai sendiri.

  998. Terima kasih ckgu..invois salinan ye ckgu?

  999. Terima kasih ! Cikgu

  1000. assalamualaikum cg.

    cg. kalau sy buka dokumen bil tunai salinan
    dan pembeli sy membayarnya secara cek,
    adakah sy perlu buka cek yg diberi oleh pembeli itu?

  1001. Cg. Untuk komisen diterima in, kene dokumen APA? Resit rasmi asal? DRI siapa??

  1002. Cg.
    Bagi dokumen nota kredit
    Pulangan belian-salinan kan untuk urusniga sy?

  1003. Cg. Boleh ke saya membayar gaji pekerja dgn baucar pembayaran scara
    cek

  1004. Hasya, waalaikumussalam.

    1. Tidak perlu, memadai satu dokunen sahaja… dan tuliskan nombor cek tersebut dalam bil tunai.

    2. Resit rasmi.. kita keluarkan kepada pihak yang memberi komisen kepada kita… nama syarikat lain.

    3. Pulangan belian…. ASAL.

    4. Baucer pembayaran.. paling sesuai.. kemudian catatkan nombor cek yang dikeluarkan dalam baucer tersebut.

  1005. Cg.
    Nombor cek tu boleh reka kan

  1006. Cg..

    Contoh sy nak keluarkan memo DRI urusniaga … Ayat sy diurusniga seprti INI..mengeluarkn stok until perkhidmatan seperti1 ××bingkai rm×× berjumlah rm××× .2 ××××frame rm×× berjumlah ×××

    Jadi mcm mane nk tulis di memo??

  1007. Apkh mksud komisen

  1008. Hasya,

    No cek mesti berturutan bagi cek yang kita keluarkan (kita bayar).. jika kita terima cek … maka no ceknya bebas dan tidak berturutan.

    Bebas tulis asalkan menyatakan kuantiti barang niaga yang diambil dan tujuannya.

    Komisen (klik)

  1009. Cekgu mcm mne nk bukak lejar?

  1010. Azie,

    Susah untuk cerita disini…. lebih baik rujuk cara dan contoh merekodkan BCP ke lejar dalam buku teks.

  1011. Cikugu , stok awal ialah hasil tambah 4 jenis stok shj ?

  1012. Cikgu , pengrurus dan pemerima resit asal , invios asal , bil tunai asal , nota kt asal ialah kami sendiri atau ?

  1013. Abc,

    Stok awal… merujuk kepada senarai barang niaga awal pada 1 Ogos.. sepertimana dalam KKK 31 Julai @ dalam catatan permulaan pada 1 ogos.

    Asal – kita sebagai penerima dokunen tersebut.

  1014. Salam cikgu dokumen ap yg digunakan utk merekodkan transaksi pinjaman daripada bank?

  1015. Hazrie,

    Dokumen Makluman Kredit.

  1016. -Salam cikgu kalau pembeli yg membeli secara tunai dan membuat pulangan barang kepada kita ,kita perlu rekodkan dalam jurnal apa?

  1017. Hazrie,

    Tidak wujud pulangan bagi urus niaga tunai.

  1018. Utk perkhidmatan diberi , perlu ke membuka akaun perkhidmatan? Dan jika ya , perkhidmatan perlu letak di sebelah debit atau kredit di imbangan duga?

  1019. Salam cikgu,imbangan duga saya tak imbang.bnyak kali dah try tapi masi tak imbang jugaa .bole cikgu bagi tahu apa kesilapan n kesalahan imbangan duga saya ?dan bagai mna perbetulkan imbangan duga ?

  1020. Nugget,
    Ak Hasil Perkhidmatan….. hasil.. berbaki kredit.

    Atiqahsybni,
    Cg tidak boleh bagitau dimana silapnya tanpa menyemak jawapan anda. Cara2 / langkah2 mengesan kesilapan ID yang tidak seimbang ada dinyatakan dalam buku teks… sila rujuk.

  1021. Assalamualaikum cikgu..boleh tak klau buat hasil perkhidmatan mnggunakn cek..mksud nye..- menerima cek daripada photoshoot centre atas perkhidmatan mngmbil gmbr? Ap dokumen dn buku ctatan prtamanya ye..

  1022. Zieyla, waalaikumussalam.

    Dokumen boleh guna Bil Tunai… nyatakan no cek dalam dokumen tersebut.

    BCP – Buku Tunai.

  1023. assalamualaikum cikgu .

    macam mana nak buat rumusan untuk kerja kursus ?

  1024. Ainn, waalaikumussalam.

    Kemukakan sekurang2 3 daripada konsep.. prinsip.. andaian asas perakaunan…. huraikan maksud setiap satunya dan berikan contoh daripada rekod perakaunan perniagaan anda.

  1025. Cikgu , kerja kursus ini perlu buat penyata pendapatan dan kkk?

  1026. Cikgu , mana cari akta kerja ? Boleh bagi saya website?

  1027. Abc,

    1. Ya… sampai PP dan KKK.
    2. Blog Cikgu Azlan (klik)

  1028. cikgu , diskaun niaga saya diambil kira tak diskaun diberi?
    Jika diambil kira sebagai diskaun diberi , jadi kena masuk kat lejar kan cikgu?

  1029. Fabian,

    Diskaun niaga TIDAK SAMA dengan diskaun diberi / diskaun diterima.

    Diskaun diberi dan Diskaun diterima merujuk kepada DISKAUN TUNAI.

  1030. Cikgu , akta nak semua print out?

  1031. Cikgu , dokumen asal pengurus siapa ?

  1032. Abc,

    Dokumen ASAL… maksudkan kita penerima dokumen tersebut.. dan pengurus yang mengeluarkan dokumen tersebut yang menandatangani dokumen tersebut.

  1033. Terima kasih cikgu

  1034. Cikgu , penyata pendapatan boleh dapat rugi bersih?

  1035. Abc,

    Boleh. Penyata Pendapatan juga dikenali sebagai Penyata Untung dan Rugi.

  1036. cgku di bku tunai tuu , mna nilai pling besar bank atau tunai ?

  1037. Bianaa,

    Nilainya bergantung urus niaga masing2..

  1038. cikgu, jika saya menjual barang niaga kepada 15 pelanggan dalam satu hari, berapa bil tunai nak disediakan? satu atau 15 ? jika satu, bagaimana letak semua nama pelanggan ?

  1039. Ths,

    Sepatutnya setiap urus niaga … satu dokumen.
    Setiap pelanggan akan dapat satu dokumen yang berkaitan urus niaga masing2.

  1040. cg, saya form4 tengah buat folio akaun tapi kenapa kkk saya tak seimbang? padahal id saya dah seimbang mcm mana nak buat kkk seimbang ye?

  1041. Nad,

    Kemungkinan :
    1. Ada item dimasukan silap komponen …. cthnya : item hasil.. masuk komponen belanja… item aset masuk liabiliti.
    2. Silap operasi…. cthnya: sepatutnya (+).. tapi dikira sebafai (-).
    3. Ada item yang tertinggal… cthnya: stok akhir.. tak masuk dalam Aset Semasa.
    4. Silap tulis nilai… cthnya: dalam ID 14040 ditulis sebagai 14400.

  1042. Cikgu,saya nak tanya,apa itu kad stock?

  1043. Kah mun,

    Kad yang digunakan untuk merekodkan kuantiti semasa sesuatu barang niaga.

  1044. Cekgu..bile hasil perkhidmatan scra kredit..harga yg ditulis kt dokumen dan penghutang akhir sama ye?

  1045. Zieyla,

    Dalam dokumen nilai urus niaga semasa sahaja.
    Baki akhir penghutang merupakan baki selepas merekodkan semua urus niaga yang terlibat dengan penghutang tersebut

  1046. Hmm..bermakna..kalau dkt urus niaga rm6000..dekat resit nanti cuma tulis harga yg dibayar oleh pnghutang..contohnya dibayar rm3000..dan baki byaran ditulis dlm penghutang akhir..?

  1047. Zieyla,

    Urus niaga = Dokumen
    Dokumen disediakan berdasarkan penyataan dalam urus niaga.

    Dokumen –> rekod dalam BCP –> poskan ke LEJAR –> imbangkan semua akaun, baki akhir masuk ID –> PP & KKK.

  1048. Buka dokumen Resit dan BCPnya buku tunai boleh ke cekgu..untuk hasil perkhidmatan secara kredit ni..

  1049. Zieyla,

    Urus niaga hasil perkhidmatan secara kredit –> dokumennya INVOIS –> BCP : Jurnal Am

  1050. assalamualaikum cikgu narzuki,
    bagaimana hendak membuat rumusan ya?

  1051. Nazril, waalaikumussalam.

    Kemukakan sekurang2nya 3 konsep asas, prinsip atau andaian perakaunan beserta contoh yang diamalkan oleh perniagaan anda….. sila rujuk buku teks.

  1052. Cikgu,

    Saya nak tanya,apa lengkapan dan perabot ada kat kedai foto?

  1053. Kah Mun,

    Mestilah ada…

  1054. Kenapa invois dan jurnal am ye cikgu..

  1055. Zieyla.

    1. Urus niaga kredit…dokumennya mesti invois dan ianya tidak melibat tunai/bank.. maka tidak boleh rekod di buku tunai.
    2. Jurnal khas .. hanya khas untuk barang niaga.

  1056. selamat sejahtera cikgu,bolekah memberitahu saya apakah saya yang hendak tahu dalam membuat kerja khusus ini kerana saya murid dari kelas sains dan cikgu hanya memberikan soalan sahaja tanpa taklimat dan apa apa contoh.Saya sudah tengok soalan tetapi tidak ada idea untuk start.Terimah kasih cikgu.

  1057. cikgu ,kalau saya ingin membuat pusat kecantikan,tulis pusat kecantikan sahaja atau hendak tulis spa atau salon

  1058. cikgu,

    hasil perkhidmatan catat dlm jurnal jualan atau buku tunai ?

    kalau didlm ak/jualan dikreditkan , ak/penghutang perlu kredit atau debit ?

  1059. Amsya,

    Hasil Perkhidmatan
    Jika urus niaga tunai –> Buku Tunai
    Jika urus niaga kredit –> Jurnal Am : Dt: Penghutang Kt Hasil Perkhidmatan

    Jualan merujuk kepada jualan barang niaga sahaja.

  1060. cikgu,bolehkah reply saya?terimah kasih

  1061. Khor,

    Kerja kursus ini sepatut dibuat dengan bimbingan guru sekolah peringkat demi peringkat… dan tempoh pelaksanaannya ialah bulan Ogos – September 2016.
    Selalulah berhubung guru sekolah anda…kerana beliau yang akan memberikan markah berdasarkan apa yang telah diajar da ditetapkan oleh beliau.

    Jenis perniagaan yang dipilih ialah pusat kecantikan.. maka nama perniagaan tersebut hendaklah mengambar perniagaan jenis pusat kecantikan.

  1062. seperti Ang Beauty Center bolehkah?

  1063. Khor,

    Asalkan mengambarkan jenis perniagaan pusat kecantikan.

  1064. Asalamualaikum cikgu saya nak tanya kalau belian tunai stok Masuk ke keluar cikgu?

  1065. Piri, waalaikumussalam.

    Cuba fikirkan jika kita beli… camna stok dalam kedai bertambah / berkurang ?

  1066. cikgu,kalau memo mengambil barang niaga untuk tujuan perkhidmatan selama sebulan, catatan bergu apa?

  1067. Ths,

    Tidak perlu catatan bergu.. hanya rekod di Kad Stok sahaja.

  1068. Asalamualaikum cikgu , nak buat kad stok macam mana?

  1069. Idlan, waalaikumussalam.

    Sila rujuk cara rekod Kad Stok di Blog Cikgu Azlan (klik)

  1070. Cikgu boleh saya dapatkan contoh project perakaunan akaun bengkel untuk kerja kursus 2016 tingkatan 4 spm 2017.

  1071. Siva,

    Maaf, tiada contoh kerja kursus disediakan.

  1072. Assalam cikgu..boleh x bg contoh ayat ddlm urusniaga..utk hsil perkhidmatan secara kredit..dn si penghutangA hanya membayar sebahagian daripada caj..scara tunai..

  1073. Azie, waalaikumussalam.

    Ayatnya bebas.. asalkan ada dinyatakan….hasil perkhidmatan… nama penghutang.. secara kredit…dan nilai urus niaga.

    Tulis sahaja penghutang A menjelaskan sebahagian daripada hutang … dan nilai yang dibayar.

  1074. Boleh x kalau ayat sye cm ni…
    menerima wang daripada PENGHUTANG A kerna mnjelaskn sbhagian caj perkhidmatan yg dikenakan atad perkhidmatan mngambil gmbar pelaja sebyk rm6000 secara kredit…

    Jadi..dkt resit nnti sye kne tulis nilai rm6000 tu laa kan..
    Dkt penghutang akhir nnti ? Tulis berapa?

  1075. Azie..

    Urusniaga kredit:
    “Mengenakan caj pekhidmatan sebanyak RM7000 kepada PENGHUTANG A secara kredit atas perkhidmatan mengambil gambar”

    Jika menjelaskan hutang. Memadai..
    “Terima RM6000 daripada Penghutang A kerana menjelaskan sebahagian daripada hutang.”

  1076. Mcm mne dgn baki pada pnghutang akhir?

  1077. Azie,

    Jumlah yang belum dibayar… jadi baki akhir penghutang tersebut… dan dikelaskan sebagai Aset Semasa dalam KKK nanti.

  1078. Hmm..mcm mane nak tergkn ttg caj perkhidmatan yg dibyar sebhagian oleh penghutangABC..mksudnya..sye mngenakn caj kpda si pghutng atas sesuatu perkhidmatan secra kredit..dn si penghutang..hnya mmbyar sebahagia..mcm mne nk tulis dlm urus niaga..sbb itukn hasil perkhidmatan kita..yg berbeza..cuma scra kredit jrr..

  1079. Zieyla,

    Sila baca komen diatas… telahpun diterangkan.

  1080. Kenp imbangn duga ximbng? Mcm mne nk buat kalau terkurg sbelah kredit

  1081. Cikgu kalau takda urus niaga ambil stok untuk tujuan perkhidmatan boleh tak

  1082. Azie,
    Kena buat semakan…. catatan bergu betul… pengiraan baki akhir betul… pindahan dt&kt betul… dan ketinggalan.

    Hi,
    Boleh.. dengan andaian ambilan bulan lepas masih ada dalam kedai, maka tidak perlulah buat ambilan baru.

  1083. Apa yg prlu ad dlm imbngn duga ckgu??

  1084. Zieyla,

    ID ialah senarai baki2 akhir semua akaun dalam lejar.

  1085. Ckfu..mcm mne nk buat penyta pndptn..sye tk fhm..lngsung

  1086. Azie,

    Rujuk format dalam buku teks / buku rujukan…. cuba fahami format tersebut… komponen2 dalamnya.. penggunaan lajurnya.. operasinya…. sehingga memperolehi UK dan UB.

    Komponen PP:
    Jualan bersih
    (-) Kos Jualan
    = Untung Kasar
    (+) Hasil
    (-) Belanja
    = Untung Bersih.

  1087. hmm..kunci kira2? Kne msuk kn semua blnja kita ke..modal awal + untg bersih..+pemiutang..klau ambilan?? Hmm aset bkn smasa..kne ad susut nilai ke

  1088. Azie,

    KKK:
    ABS
    As
    (-) Ls
    =MK
    ——-
    EP
    LBS

  1089. Cikgu…….rumusan nk buat mcm mne???

  1090. Knp kkk. Ximbng ye

  1091. Idlan,
    RUMUSAN – kemukakan sekurang2nya 3 daripada konsep, prinsip dan andaian perakaunan.
    Huraikan setiap satu maksudnya serta berikan contoh yang diamalkan dalam rekod perakaunan perniagaan anda.

    Azie,
    Sudah tentu ada kesilapan, cuba buat semakan semula bermula ID –> PP –> KKK.

  1092. Belian yg dimasuk kn dlm pp..belian yg dah ditolak dgn hutg kn..? Mcm mne nk kira stok akhir ye..sye ptut tolk dgn hutg skali ke..

  1093. Azie,

    Untuk sediakan PP dan KKK.. kita hanya rujuk nilai2 daripada ID.

    Stok akhir hanya rujuk Kad Stok yang disediakan… jumlahkan semua baki akhir setiap kad stok.

  1094. assalamualaikum cikgu , maaf kerana ganggu boleh saya tanya ? kalau membayar sebahagian hutang kepada pembekal 1 sebanyak ___ ? maksud soalan ini apa mcm mana ?

  1095. imbangan duga saya tak seimbangan juga cikgu tak tahu kenapa dah buat banyak kali .

  1096. Ayisha, waalaikumussalam.

    Itu adalah urus niaga… bukannya soalan.
    Urus niaga tersebut perlu disediakan dokumen (Resit Rasmi) yang bersesuaian sebelum ianya dicatat dalam BCP (Buku Tunai).

    ID tidak seimbang mungkin disebabkan catatan bergunya tidak tepat. Pertama sekali pastikan baki2 awal daripada KKK 31 Julai 2016 .. mesti seimbang.

  1097. terima kasih cikgu 🙂

  1098. cikgu kalau nak buat lejar ia kena rekod dri buku tunai je atau dri jurnal juga ? bagi tips ntk ini cikgu

  1099. lagi satu cikgu kalau urusniaga membayar sebahagian hutang kepada pembekal 1 ? kalau mcm tu kita kena amik dari senarai pemiutangggg pembekal 1 + dgn urusniaga lain yang kita beli brg ngan pembekal tersebut juga ke ?

  1100. Ayisha,

    Semuanya dari BCP (JA, JB, JJ,JPJ, JPB & BT) diposkan ke Lejar.

    Bila bayar sebahagian… maksudkan nilainya mesti kurang daripada jumlah hutang dalam Ak Pemiutang 1 .. (baki awal + urusniaga baru)

  1101. Ckgu..krja kursus ni perlu ada pelarasan dn catatan pntupan ke?

  1102. Azie,

    Tidak perlu item pelarasan… Kerja Kursus Ting 5 nanti baru ada item2 pelarasan.

  1103. baki awal maksud cikgu yang firts2 kita tulis kat depan tu kan senarai penghutang / pemiutang ke ?

  1104. Ayisha,

    Ya… dari KKK 31 Julai 2016…dalam soalan… termasuk baki penghutang.. pemiutang.. stok awal.. modal… KKKnya mesti seimbang terlebih dahulu.

  1105. Selamat Sejahtera cikgu,saya mempunyai beberapa soalan
    1.Hasil perkhidmatan direkod di buku tunai butir hendak tulis apa?
    2.Hendak buka akaun stok di Lejar atau tidak?
    3.Kalau seluruh folio saya tiak mempunyai diskaun diterima dan diskaun diberi atan potong markah?
    4.Dokumen-dokumen hanya ada satu format sahaja atau format yang tidak sama pun boleh?kerana saya telah merujuk beberapa buku rujukan dan dokumen-dokumen tersebut mempunyai beberapa format yang tidak bersama.

  1106. harap cikgu boleh reply dengan segera kerana saya hendak menghantar folio ini next minggu.terima kasih cikgu

  1107. Khor,

    1. “Hasil Perkhidmatan”
    2. Mesti buka.
    3. Tidak potong markah.
    4. Dokumen ada pelbagai format.. asalkan isi kandungannya lengkap.

  1108. Ye cikgu saya faham tetapi yang cikgu cakap baki awal + urusniaga baru tu saya tny , baki awal tu amik dri senarai pemiutang / penghutang yg kita dah tulis kat depan tu kan

  1109. Ayisha,

    Ya. Nilai dalam KKK tersebut merupakan baki awal pada 1 Ogos 2016.

  1110. cikgu,senarai barang niaga mesti mention kuantiti?

  1111. cikgu,tidak menulis apa-apa diskaun akan menolak markah kemahiran?

  1112. Khor,

    Ya.. kuantiti tersebut perlu direkodkan dalam Kad Stok nanti.

    Tiada tolakkan markah jika tiada diskaun.

  1113. urusniaga yang ke 24 , 25 ogos 2016 tu cikgu . urusniaga nya ialah terima cek daripada pelanggan secara kt sbnyk RM ______ ? RM tu dia kena tmnh dgn urusniaga 15 ke ?

  1114. *pelanggan 2 secara kredit

  1115. cikgu,
    KKK 31 Julai 2016 saya seimbang, tapi bila buat imbangan duga tak seimbang. apa yang harus saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ini ?

  1116. saya punya masalah sama seperti tisyla cakap .

  1117. Kaedah Mengesan Kesilapan (ID tidak seimbang)

    Langkah 1: Semak semua catatan debit dan kredit dalam ID… pastikan dicatat disebelah yang betul.

    Langkah 2: Imbangkan ID… pengiraannya betul.

    Langkah 3: Kira selisih antara jumlah debit dengan jumlah kredit – cthnya RM200 berbeza, maka semak mana2 akaun untuk mengenal pasti baki RM200 yang mungkin tertinggal catat dalam lejar.

    Langkah 4: Jika tidak berjaya, jumlah selisih dibahagi dua – Cth beza RM200 –> bahagi 2 –> RM100 semak mana2 akaun seperti Langkah 3.

    Langkah 5: Semak semua kiraan dalam lejar …. penjumlahan, kiraan baki h/b dan baki b/b.

    Langkah 6: Semak semula pengeposan ke lejar – pastikan semua pengengeposan dari BCP ke lejar direkodkan dengan betul.

    Langkah 7: Semak semula buku catatan pertama – pastikan semua catatan dan pengiraan dalam BCP adalah betul

    # Rujuk Buku Teks (m/s 194)

  1118. cikgu soalan saya yg urusniaga pelanggan2 tu cikgu tak jawab ?

  1119. Ayisha,

    Urusniaga dulu… jualan secara kredit.. maka penghutang tambah.. katakan RM5000.
    Maka untuk urus niaga terima daripada penghutang.. nilainya tidak boleh lebih daripada RM5000. Jika buat teeima sebahagian, maka nilainya mesti kurang daripada RM5000.

  1120. Cikgu akaun2 lejar dia kena rekod pada dua2 akaun ke ? maksud saya contoh ada akaun aliah and akaun pulangan belian . maka aliah kena rekod pulangan belian and akaun pulangan belian tulis aliah ke ?

  1121. kalau kontra tak rekod ke dalam lejar /

  1122. Aiysha,

    Kita pos ke lejar melalui BCP dahulu..bukan terus dari urus niaga.
    Daripada Jurnal Pulangan Belian kita poskan ke lejar.

    Ak Aliah
    xhb Dt Pulangan belian xxx

    Ak Pulangan Belian
    31 ogos Pelbagai Pemiutang xxx

    #sila rujuk pengeposan JPB ke lejar dalam buku teks.

    Catatan kontra dalam Buku Tunai tidak perlu diposkan ke lejar.

  1123. kalau macam tu semua akaun mcm tu la kan cikgu dia mesty dua-dua akaun ada kan ?

  1124. Aiysha,

    Itulah asas utama rekod perakaunan.. yang dipanggil Sistem Catatan Bergu… satu dt… satu ktedit… sentiasa seimbang.

  1125. cikgu bolehkah jualan tunai pulangan jualan?

  1126. Khor,

    Tidak boleh. Pulangan hanya untuk jualan/belian secara kredit sahaja.

  1127. cikgu, “ambilan barang niaga untuk kegunaan perniagaan” perlu masuk buku tunai ke ? tetapi dia tidak ada sebut pasal berapa nilai sebaliknya berapa barang yg diambil.

  1128. Tisyia,

    Tidak melibatkan wang tunai/bank … maka tidak terlibat dengan Buku Tunai… sepatutnya dicatat dalam Jurnal Am.

  1129. modal perlu ke direkod kat buku tunai ?

  1130. cikgu kalau penghutang dia kalau ada tiga pelanggan yang jualan kredit tu kena rekod semua tula kat jurnal jualan ?

  1131. Ayisha,

    1. Modal rekod di Ak Modal.. butir Baki b/b…. tidak perlu rekod di Buku Tunai
    2. Ya.. semua jualan secara kredit perlu catat di Jurnal Jualan ikut tarikah urus niaga masing2.

  1132. kalau urusniaganya , jualan tunai kepada aliah sebanyak rm3000 ? maka , nak rekod kat lejar apa2?

  1133. oh , maka jurnal jualan saya ada tiga orang kena buka tiga2 akaun la

  1134. Ayisha,

    1. Jualan tunai –> Buku Tunai dt “Jualan” –> poskan ke lejar : Ak Jualan kt “Tunai”.

    2. JJ postkan setiap satu item ke lejar Ak Penghutang masing2 dt “Jualan” … dan 31 ogos poskan ke Ak Jualan kt “pelbagai penghutang”

  1135. 1. tu rekod kat akaun tunai juga ke ? maksud saya ak jualan kt “tunai” ak tunai dt “jualan “

  1136. Ayisha,

    Buku Tunai dan Ak Jualan.

  1137. maksua cikgu dari buku tunai hanya rekod dia satu ak . kalau dri jurnal rekod dua ak ?

  1138. Ayisha,

    Buku Tunai merupakan BCP dan juga Lejar… iaitu Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan.
    Maka cara pengeposkan BT ke lejar… item dt dalam BT diposkan ke Akaunnya disebelah kt… dan sebaliknya kt –> Dt.

  1139. maksud saya cikgu , dari buku tunai nak rekod kat lejar ia mesti satu akaun di lejar atau dua ak ? dan kalau dri jurnal / bcp ntk rekod ke dalam lejar mesty dua ak atau satu ak ?

  1140. Aiysha,

    Ya.. satu saja.

  1141. CIKGU BOLEH SAYA DAPATKAN NUMBER PHONE CIKGU SUPAYA SAYA BOLEH SEND GAMBAR AND MEMASTIKAN JAWAPAN SAYA BETUL ATAU TIDAK?

  1142. Salam ckgu.. Sya nk tnye.. Sya aliran akaun n saya amik addmath n ekonomi… Saya dh bnyk kali failed addmath.. So sya rse give up.. N at the same time saya rse keliru.. Perlu ke x sayaa amkk addmath..??? Sya tkut addmth akn merosakkan result spm saya.. Tpi at the same time. Sy rse ianya perlu utk memudahkan saya melanjutkn pelajaran dlm jurusan akaun ke overseas.. Tlg sya buat pilihn yg terbaik.. Agr sy bleb study akaun di overseas…. N 1 more.. A level tu perlu utk ape?

  1143. Naz,

    Sebaik2nya ambil… walaubagaimanapun jika tidak ambil.. masih lagi berpeluang sambung diploma perakaunan. Cuma untuk ke matrikulasi syaratnya mesti ambil matematik tambahan.
    Dan untuk keluar negara… cuba rujuk syarat2 kemasukannya.

  1144. asalamualaikum,saya nak tanya sikit kenapa saya punya kunci kira kira tak seimbang?

  1145. Ibnu hafiz, waalaikumussalam

    ID sudah seimbang tetapi KKK tidak seimbang.
    Kemungkinan disebabkan oleh:
    1. Ada item dimasukan silap komponen …. cthnya : item hasil.. masuk komponen belanja… item aset masuk liabiliti.
    2. Silap operasi…. cthnya: sepatutnya (+).. tapi dikira sebafai (-).
    3. Ada item yang tertinggal… cthnya: stok akhir.. tak masuk dalam Aset Semasa.
    4. Silap tulis nilai… cthnya: dalam ID 14040 ditulis sebagai 14400.

  1146. cikgu,kalau beri perkhimatan urutan dan menggunakan 1 botol minyak urut telah direkod sebangai hasil perhidmatan,bagaimana tulis di kad stok?atau tidak perlu tulis?

  1147. sila reply dengan segera,kerana masih banyak belum habis.maaf dan terima kasih cikgu.^_^

  1148. Khor,

    Kegunaan Kad Stok adalah untuk merekod kuantiti semasa stok yang ada dalam kedai. Sekiranya ada barang niaga/stok bertambah atau berkurang..maka ianya perlulah direkodkan.. supaya baki pada Kad Stok menunjukkan kuantiti semasa yang ada dalam kedai.

  1149. cikgu,kalau untung bershih hanya rm1000,akan terlalu kurang?

  1150. Khor,

    Tidak mengapa…dapat rugi sekalipun tidak menjadi masalah.

  1151. Hasil perkhidmatan dalam buku tunai nak buat mcm mne ????

  1152. Ya.

    Poskan ke Ak Hasil Peekhidmatan ..

  1153. salam cg izinkan sya bertanya sesuatu..katalah ada org tu dpat 20% kertas 1 akaun.kertas 2 60%..maksudnya markah dia 100% tpi dia x buat kerja kursus tingkatan 4 dan 5,adakah markah tu tetap 100% atau menjadi 80%.sya tujukan yg ni kepada spm

  1154. A,

    Jika isi surat akuan tidak buat kerja kursus… atau dipanggil pengecualian.
    Maka pengiraannya (k1+k2)/140 × 100%.
    …. masih 100%.

  1155. cg..stok yang kita guna dalam memberi perkhidmatan kena direkodkan dalam kad stok atau pun x??

  1156. Fatin,

    Kad Stok digunakan untuk rekod kuantiti semasa untuk dijual yang ada dalam kedai. Maka semua urus niaga yang melibatkan stok masuk / keluar daripada kedai perlulah direkodkan dalam Kad Stok.

  1157. cikgu , bagi format kunci kira-kira ?

  1158. Syah,

    Sila rujuk DISINI (klik)

  1159. Cikgu, kalau caj perkhidmatan ke lejar ?
    And cikgu macam mana nak tulis kalau berlaku pemindahan Wangttunai ke bank dalam buku tunai .

    Peninglah

  1160. Nurasyikin,

    1. Poskan ke Ak Hasil Perkhidmatan di lejar.
    2. Itu dipanggil catatan kontra… lajur Bank (debit) butirnya “Tunai”… lajur Tunai (kredit) butirnya “Bank”.

  1161. cg.
    adakah perlu membuka lejar tunai,bank ,pemiutang dan penghutang ..
    sy kurang memAHAMI

  1162. Zehra,

    Oleh kerana sudah disediakan Buku Tunai.. maka Ak Tunai dan Ak Bank tidak perlu disediakan.
    Manakala untuk Ak Penghutang dan Ak Pemiutang (Ak Kawalan dalam Lejar Am).. ada 2 pilihan… buka @ tidak buka –> sila rujuk ketetapan guru sekolah masing2.

  1163. Cg.
    Akaun kawalan tu berdasarkan APA? Journal?

  1164. Zehra,

    Cara penyediaan Ak Kawalan adalah dengan merujuk kepada BCP yang berkaitannya.

    Walau bagaimanapun cara mudah yang boleh digunakan ialah dengan terus merujuk Akaun2 Penghutang dan Akaun2 Pemiutang dalam Lejar Jualan dan Lejar Belian.

  1165. cg.

    kalau aset bukan semasa yg dibeli secara kredit adakah dianggap pemiutang juga?

  1166. Zehra,

    Pemiutang bukan barang niaga… asingkan dengan pemiutang barang niaga.

  1167. cikgu macam mane nak buat bil tunai salinan dan memo utk hasil perkhidmatan?

  1168. JADI,
    dalam kunci kira-kira
    aset bukan semasa dibeli secara kredit,perlu di catat di mana?

    jika pemiutang untuk barang niaga di liabiliti semasa.?

  1169. Yaya,
    Rujuk kepada penyataan dalam perancangan urus niaga.

    Zehra,
    Aset yang dibeli –> ABS
    Pemiutang ABS (guna butir nama syarikat) –> LBS/LS (bergantung kpd tempoh hutang tersebut)
    Pemiutang barang niaga (butir Pemiutang) –> LS

  1170. Caj perkhidmatan menukar tayar dan rim: rm2000

    Stok digunakan untuk perkhidmatan ini:
    -tayar michelin (dicatatkan pada perancangan urus niaga sebagai rm1000)
    -rim (dicatatkan sebagai rm800)

    Namun pada kad stok harga seunit:
    -tayar (rm500) (kuantiti digunakan 4)
    -rim (rm400 )(kuantiti digunakan 4).

    Macam ni boleh ke cikgu? Perlu catat kerugian itu ke mana2? Hasil perkhidmatan tetap rm2000 kan?

  1171. cam mana nk kira stok akhir
    please inform me nowwww……

  1172. Lala,

    Jumlahkan baki akhir setiap Kad Stok yang disediakan.

  1173. cikgu saya nak link kunci kira-kira lepas penyata pendapatan itu

  1174. Cuba dapatkan di Blog Cikgu Azlan (klik)

  1175. ckg, pengenln pernigaaan tuh nk tulis apa je

  1176. Syaara,

    Pengenalan:
    1. Latar belakang perniagaan.
    2. Sebab2 pilih jenis perniagaan tersebut.
    3. Kelebihan2 jenis perniagaan.
    4. Risiko2 yang mungkin dihadapi.

  1177. salam cg,
    di soalan ada kkk pd 1 ogos yg mempunyai pemiutang dan penghutang…saya ada 2 nama penghutang dan pemiutang..so
    1)perlukah saya bahagikan amaun kepada dua utk baki awal setiap nama penghutang dan pemiutang
    2)di imbagan duga perlu letak penghutang/pemiutang dan nama2 penghutang/pemiutang yg lain ke?
    3)di imbgn duga,klu saya punye penghutang di belah kredit tu mcm mana?

    #saya kurang memahami mengenai tersebut

  1178. Lili,

    1. Terserah… bahagi 2 pun boleh.. tidak bahagipun boleh.

    2. Sekiranya disediakan ak kawalan… maka dalam ID hanya masuk penghutang dan pemiutang sahaja. Sekiranya tidak sediakan Ak Kawalan.. maka boleh masukkan baki semua akaun2 penghutang dan akaun2 pemiutang.

    3. Jika penghutang berbaki kredit.. menunjukkan perancangan anda tidak tepat… misalnya jualan secara kredit RM1000 tetapi bayaran sebanyak RM1200… cuba semak ak penghutang tersebut.

  1179. Boleh bagi jawapan soalan ni ?

  1180. Ilham,

    Jawapan bergantung kepada perancangan urus niaga masing2.

  1181. Ckg.. urusan jual beli dlm perancangan perniagaan ni orgnya mesti sama dgn penghutang pemiutang dlm pengenalan perniagaan ke..?

  1182. Syara,

    Jika jualan/belian secara kredit.. adalah lebih baik guna penghutang dan pemiutang sedia ada. Manakala urus niaga secara tunai.. bolehlah guna nama pelanggan / pembekal yang lain.

  1183. cgu,
    klu sye x sediakan ak.kawalan.penghutang/pemiutang,betulke cara sye:
    1)di lejar,amaun penghutng dan pemiutng sye ambik di kkk then bhgikan kpd dua(bgi 2 penghutg/pemiutg) utk dijdikan baki awal setiap penghutg/pemiutg di lejar.betulkah?

    2)butir penghutg dan pemiutg di kkk(awal) perlu bukak lejar ke?

    #TerimaKasih

  1184. Lili,

    Tidak semestinya bahagi 2… asalkan jumlahnya sama. Katakan KKK penghutang RM3000.
    Penghutang A RM1000
    Penghutang B RM2000

    Baki tersebut merupakan baki awal (Baki b/b) dalam setiap Ak Penghutang pada 1hb.

  1185. cg,
    lejar am perlu bukak ke utk penghutg/pemiutg(yg kkk awal) atau just buka lejar belian utk penghutg A/B

  1186. Lili,

    Ak penghutang dan pemiutang dalam Lejar Am… itulah Ak Kawalan sebenarnya.. cuma tidak diletak “kawalan” sahaja.

  1187. Asslammualaikum cikgu,saya nak tanya.. dekat bahagian folio tu wajib ke nak tulis LA1, LJ1, LB1 tu? kalau tak buat, adakah markah akan dikurangkan?

  1188. Sufia, waalaikumussalam.

    Tugasan T4.. ruangan folio tidak diwajibkan.

    # walau bagaimanapun rujuk ketetapan cikgu sekolah.

  1189. Assalamualaikum cg,

    Apa itu rujuk penyuruh bayar??

  1190. Fatehah, waalaikumussam.

    Maksudnya.. cek yang diterima adalah CEK TAK LAKU.

  1191. Assalamualaikum cg,

    Kalau soalannya camni”cek yang dibayar oleh mustaqim rm2300 telah dipulangkan oleh bank dgn tanda ‘Rujuk Penyuruh Bayar’…..jawapannya dt akaun mustaqim kredit akaun bank…betul ke

  1192. Cg,

    Kalau deposit telefon tu klasifikasi akaun apa ye?

  1193. Fatehah, waalaikumussalam.

    1. Ya.. betul.

    2. Deposit telefon –> Aset Semasa.

  1194. cikgu , kalau meneruskan perniagaan , guna dokumen apa ?

  1195. Azwa,

    Bagi catatan permulaan boleh menggunakan dokumen MEMO.

  1196. Cikgu ,adakah semua harga seunit dalam stok adalah sama??

  1197. *dalam kad stok

  1198. Qah,

    Harga seunit dalam Kad Stok bagi sesuatu Barang Niaga.. mesti sama.

  1199. assalamualaikum cikgu, macam mana kalau kerja khusus kita tak dapat keuntungan? apa yang perlhu dibuat ye?

  1200. Sarah, waalaikumussalam.

    Tidak menjadi kesalahan..jika dapat rugi. Penilaian dibuat keatas rekod perakaunan..
    Jika mahukan keuntungan.. tingkatkan nilai item Hasil dan kurangkan nilai item Belanja.

  1201. Salam cg, menerima komisen mggunakan resit rasmi asal atau salinan? Blh cg jelaskan scepat mgkin? Sbb sy perlu htr kerja kursus esok:) terima kasih

  1202. Fatihah,

    Jika kita terima duit… maka kita akan keluarkan Resit… SALINAN kita simpan.

  1203. apa maksud dokumen kredit?? please reply

  1204. Syahira,

    Maaf, soalan tidak jelas.. tiada istilah “dokumen kredit”.

    Jika dimaksudkan Dokumen bagi urus niaga secara kredit ialah Invois.

  1205. Cikgu,

    Tumpang tanya. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘Komisen Dibayar’ serta istilah ‘Komisen Dibayar’ diklasifikasikan dalam kategori akaun apa? Adakah ia dikategorikan dalam Aset/Belanja/Hasil/Liabiliti/Ekuiti Pemilik/Catatan Kontra? Mohon pencerahan daripada Cikgu. Terima kasih.

  1206. Fatina,

    Komisen dibayar… maksudnya perniagaan kita bayar kepada sesuatu pihak / pekerja kita sendiri atas sesuatu tugasan yang telah berjaya dilakukan.. cth. Syarikat Kereta… akan memberikan komisen kepada juru jual 2% atas hasil jualan kereta.. –> dikelaskan sebagai Belanja.

  1207. Cikgu,

    Terima kasih atas pencerahan yang diberi. Cukup jelas dan mudah difahami. ?

  1208. assalamualaikum. cikgu, apakah kesan kalau kita tak buat kerja kursus akaun tingkatan 4? tak boleh ambil subjek prinsip akaun dlm spm ke?

  1209. Mad, waalaikumussalam.

    Markah kerja kusus Tingkatan 4 – 10%, Tingkatan 5 – 10%.
    Jika tidak buat semasa Ting 4 –> tinggal 10%.
    Jika ting 5 juga tidak buat.. boleh mohon pengecualian –> markah dikira atas kertas 1 dan kertas 2 sahaja. Tetapi ada sekolah yang menetapkan jika tidak tidak buat di tingkatan 4… tidak dapat daftar SPM.

  1210. assalamualaikum cikgu….penilaian stok akhir ni kad stok kan?

  1211. Haikal,

    Ya.. salah satu kegunaan Kad Stok adalah untuk menilai stok akhir pada nilai kos.

  1212. as salam cikgu. sy buat dapat rugi bersih. ada tak memberi kesan kepada markah?

  1213. G, waalaikumussalam.

    Tiada kesan… untung dan rugi adat perniagaan.

  1214. Assalammualaikum, cikgu. Perlu ka untuk buat folio di setiap jurnal (Kecuali jurnal pulangan belian & jualan) dan lejar??

  1215. Milah,

    Folio jika guru sekolah arahkan buat… maka tidak boleh buat sebahagian sahaja… mesti buat lengkap dalam BCP dan juga dalam LEJAR.

  1216. cikgu contoh jawapan kerja kursus ni ada x yang perkongsian restoran

  1217. Kaushalya,

    Maaf tiada contoh jawapan..

  1218. assalamualaikum cikgu,
    betulke tahun ni tingkatn 4 tiada kerja kursus ? maksudnya 20% markah akan dikira dalam kerja kursus tingkatan 5 lah kiranya?

  1219. Amanda, waalaikumussalam.

    Ya.. tugasan kerja kursus hanya di Tingkatan 5 nanti… dan diperuntukkan 20%.

  1220. kenapa tak boleh nak download panduan pelaksanaan kerja khusus tingkatan 4 tahun 2016 bagi spm tahun 2017

  1221. Zam76,

    Ramai yang telah muat turun tanpa masalah, cuba sekali lagi.

  1222. KENAPA TAK BOLEH NAK DOWNLOOD PELAKSANAAN KERJA KHUSUS TINGKATAN 4 2016 SPM TAHUN 2017.SAYA NAK AMBIK BORANG PEMARKAHAN TU SAHAJA.

  1223. SAYA DAH BUKAK TAPI BILA NAK DOWNLOOD DIA MINTAK PASWOOD.SAYA PERLU MASUKAN PASWOOD YANG MANA YE

  1224. Zam76,

    Pihak LPM yang meletakkan password pada fail tersebut… sila rujuk Pentaksir Kawasan masing2 untuk dapatkan password.

  1225. boleh saya dapatkn password utk download panduan pelaksanaan? terima kasih.

  1226. Liaclia,

    Klik saja pada “Download” …. tidak perlu password untuk download.
    Hanya untuk buka fail tersebut mesti ada password… password tersebut telah dihantar ke sekolah masing2 oleh LPM.. ataupun bertanyakan KPKw masing2.

  1227. SYAMIHA BT. ADNAN

    CIKGU BANTU SAYA…TAJUK BAGI KERTAS KERJA BUTIK PAKAIAN

  1228. Syamiha,

    Apa yang boleh Cg bantu.. ?

  1229. Assalamualaikum cikgu..
    macam mana nak buat kerja kursus ni dengan baik dan dapat markah yang tinggi??

  1230. Nurul Hidayah, waalaikumussalam.

    Hanya ikut panduan dan bimbingan yang diberi oleh guru sekolah. Dan sentiasa jumpa beliau untuk semakan.

  1231. maaf cikgu narzuki saya tak dapat bukak panduan penyediaan kerja kursus. Ade passcode. Bole beritahu passcode apa?

  1232. Fatimahzahra,

    Password tersebut ditetapkan oleh pihak LPM. Dan password tersebut telah diedarkan kepada guru2 yang terlibat sebagai pentaksir sekolah masing2.

  1233. apakah tugas pengarah urusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.