TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 SPM 2015

TEMPOH PELAKSANAAN : APRIL – MEI 2015

[DM]343[/DM] [DM]344[/DM][dm]290[/dm]

BAHAN KERJA KURSUS CIKGU AZLAN

Posted on March 23, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 504 Comments.

  1. Terima Kasih.

    1. Catatan Pembukaan – jumlah debit = 244,193 jumlah kredit = 247,193
    adakah jumlah modal telah tersilap dalam pengiraan?
    2. Mac 10 – mengambil alat tulis untuk kegunaan pejabat
    catatan debit seharusnya debit akaun alat tulis
    3. LA 56 (Jurnal Pembayaran Tunai) dan LA 64 (Buku Tunai Runcit) ialah akaun alat tulis? LA 55 (Jurnal Pembayaran Tunai) dan LA 63 (Buku Tunai Runcit) ialah akaun derma?

    Bagaimanakah soalan tersebut diselesaikan?

  2. Soo,

    Tunggu penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2 terlebih dahulu.

    Urus niaga Mac 10 – boleh dijadikan sebagai item Pembetulan Kesilapan Tidak Ketara.

  3. Ckg,nk tnya,LCCI masih boleh dimohon ke untuk student spm 2012?
    Bayaran yurannya sama ke?

  4. Rosnorsliza,

    Boleh pohon menggunakan BORANG PERMOHONAN LEWAT(klik) dengan bayaran yang lebih tinggi.

  5. Cg. Bank, Tunai dan diskaun diterima & diberi tu bolehke buat dalam Buku Tunai 3 lajur atau buat setiap akaun berasingan bila pos ke lejar

  6. Susut nilai terkumpul perabot tiada
    29000-2000 /6 = 4500 setahun

  7. Jamil,

    Apabila menggunakan Jurnal Pembayaran Tunai dan Jurnal Penerimaan Tunai sebagai Buku Catatan Pertama, maka Ak Tunai, AK Bank dan AK Diskaun perlu dibuka sebagai Lejar biasa.

    Rekod perakaunan adalah SEBULAN, maka susut nilai tersebut perlulah dikira untuk 1 BULAN sahaja.

  8. askm cikgu..kalau ak tunai n bank tu kite masukkan jumlah besar dr jurnal pmbayaran n penerimaan tunai tu sahaja boleh ke? mcm kat ak jualan dan ak belian tu..kite masuk jumlah besar je dr jurnal.
    tq

  9. Mairani,

    Ya, kita masukkan JUMLAH daripada JTT dan JBT ke Ak Tunai dan Ak Bank, dengan butirannya “PELBAGAI PENERIMAAN” dan “PELBAGAI PEMBAYARAN“.
    Boleh rujuk buku teks m/s 153 dan 154.

  10. terima kasih cikgu..tp soalan ni mcm ade beberapa ralat kan cikgu..komisen ade hasil n belanja kan..sewa tu kalu kite buke1 akaun sewa je x boleh ke?

  11. Mairani,

    Tentang ralat, kena rujuk penyelarasan diperingkat negeri masing2 semasa taklimat penataran nanti.

    Tiada masalah dengan komisen tersebut, (i) Komisen (diterima) terakru (LA42).. AS (ii) Komisen (diberi) (LA59).. Belanja

  12. Salam cikgu,
    Item Pendahuluan Gaji dlm BTR, perlukah kita pindahkan ke ak Pendahuluan gaji (LA66). Tidak bolehkan kita masukkan sbg gaji terdahulu dalam ak gaji ((LA58)?

  13. Nida,

    Daripada soalan jelas menunjukkan rekod perakaunanya menggunakan 2 akaun .. iaitu Ak Gaji (LA58) dan AK Gaji Terdahulu(LA66), kenapa hendak digabungkan… ianya bukan item pelarasan untuk bulan ini. Pelarasan akan dilakukan pada bulan April nanti, sekarang hanya rekodkan sahaja.

  14. Salam cikgu.
    Susut nilai lekapan jika dpt angka perpuluhan(sbb kira unt sebulan) perlu bundarkan ke?

  15. Jurnal penerimaan tunai bhgn penghutang dan jurnal pembayaran tunai bhgn pemiutang nilai masing2 tu ralat ke sbb angkanya sama dgn ruangan bank tanpa tolak diskaun.

  16. Yeoh,

    Soalan telah menyatakan supaya nilai perpuluhan perlu dibundarkan kepada ringgit yang hampir.
    Berdasarkan buku teks, jumlah di lajur penghutang dan pemiutang adalah termasuk nilai diskaun.. dalam kes ini kena tunggu penyelarasan yang diperingkat negeri masing2. Walau bagaimanapun pelajar masih boleh poskan nilai bank dan diskaun ke lejar penghutang dan pemiutang.

  17. LA42 patut ditulis sebagai akaun komisen terakru atau akaun komisen diterima?
    jika baki awal RM1250 dicatat dalam akaun komisen terakru, di mana patut saya catatan penerimaan komisen RM1873 pada 4 mac?

  18. adakah perlu saya buat catatan pembalikan untuk akaun sewa terakru(LA61) pada awal bulan ke akaun sewa(LA53)? atau hanya catat sahaja
    saya berasa hairan kerana untuk komisen diterima, hanya terdapat LA42 sahaja, dan untuk sewa, terdapat akaun sea terakru(LA61)dan akaun sewa (LA53)?

  19. Chan,

    Pada pandangan saya, LA42 adalah merujuk kepada Komisen terakru seperti dalam soalan, cuma saya cadangkan ditukarkan kepada KOMISEN DITERIMA TERAKRU supaya pelajar tidak keliru, kerana ada satu lagi akaun Komisen diberi.

    Manakala urus niaga 4 Mac merupakan penerimaan daripada sebahagian komisen diterima terakru tersebut.

    Merujuk kepada JA pada 1 Mac.. didapati jumlah debit kurang RM3 000, saya cadangkan ditambahkan kepada item komisen terakru 1250+3000=4250.

    Baki awal Komisen diterima terakru RM4 250
    Penerimaan sebahagian daripada komisen diterima terakru RM1 873
    maka baki akhir komisen diterima terakru = 4 250 – 1873 = 2377
    # walau bagaimanapun kena rujuk penyelarasan peringkat negeri masing2 nanti.

  20. salam cikgu,
    kita dah boleh buat imbangan duga ke cikgu…saya dah buat imbangan duga tapi tak imbang

  21. Assalam cikgu,
    Nak tanya mengenai tugasan tg 5 …
    1. ada 2 akaun alat tulis ke dlm tugasan ni (dalam BTR) dan JBT) sbb nom LA berlainan LA64 dan LA56.
    2. m/s JBT berlainan dari dalam maklumat BTR iaitu JBT3 manakalan ms di JBT ialah ms 5
    3. JTT ialah JTT 4 ker?
    Mohon pencerahan. Guru baru mengajar.

    Jawapan segera amat dihargai.
    Terima Kasih

  22. Alya,
    ID tidak seimbang sebanyak RM3,000. Tunggu penyelarasan yang akan dibuat diperingkat negeri masing2 nanti.

    Zurazms, waalaikumussalam.
    Berhubung perkara tersebut, sila tunggu penyelarasan yang akan dibuat diperingkat negeri masing2.

  23. salam cg, dimana sya bleh dpt skema jwpn spm 2011-2013?

  24. Nisya,

    Tugasan kerja kursus tiada skema, ianya bergantung kepada palajar itu sendiri melaksanakan arahan tugasan mengikut apa yang diajar dengan bimbingan guru sekolah masing2.

  25. tq ckg…
    ckg,alat tulis dalam jur.pembayaran tunai LA 56 ?
    alat tulis dlm buku tunai runcit LA 64?

    bezakan…?
    mohon penjelasan ckg..

  26. Rosnorsliza,

    Ada sesuatu yang tidak kena, sila tunggu penyelarasan yang akan dibuat diperingkat negeri masing2 nanti.

  27. Apa maksud perniagaan menetapkan pengiraan stok akhir adalah 40-60% daripada nilai barang untuk dijual?
    Maksudnya setiap pelajar tak sama atau guru boleh buat pelarasan utk samakan nilai stok akhir?

  28. Hakimi,

    Pada pandangan saya,
    SETIAP pelajar menetapkan sendiri peratusan pengiraan stok akhir antara 40% – 60% bagi perniagaan masing2.
    Nilai barang untuk dijual adalah merujuk kepada Kos Barang Untuk Dijual (KBUJ) iaitu = Stok awal + (Belian – Pulangan Belian – Diskauna diterima).

  29. Ckgu unt pelarasan:
    1. Item hasil terakru kena ambil yg komisen diterima terakru dlm catatan pembukaan ke kena reka yg lain?
    2. Item belanja terdahulu tu kena ambil yg gaji terdahulu rm100 tu atau kena reka yg lain?

  30. Cikgu,
    Yg tak cukup rm3000 bhgn debit JA tu blh ke kita buat kt pelarasan sbg pembetulan kesilapan ketinggalan catatan?

  31. Yoeh,

    Pada pandangan saya,
    Bagi item GAJI PEKERJA, pelajar diminta tetapkan sendiri nilai gaji bulanan setiap pekerja antara RM1000 hingga RM1500.
    Maka akan wujud 2 keadaan (i) Gaji Terakru (ii) Gaji Terdahulu

    Pastikan CUKUP bilangan Belanja Terakru (2), Belanja Terdahulu (1) dan Hasil Terakru (1) sekurang2nya.. Jika LEBIH tiada masalah.
    Item2 belanja atau hasil boleh dipilih daripada akaun2 yang sedia ada atau wujudkan item baru, contohnya Faedah simpanan terakru.

    Perbezaan RM3000 tidak boleh dijadikan Item pembetulan kesilapan ketinggalan catatan, kerana ianya merupakan kesilapan ketara yang TIDAK memerlukan pelarasan catatan bergu untuk catatan pembetulannya.

    # walau bagaimanapun kena rujuk penyelarasan di peringkat negeri masing2.

  32. Cikgu,
    Bagi belanjan tunai, adakah kita yang mengannggarkan nilai:
    1) baki awal tunai Mei
    2) jualan April
    3) belian April
    4) peratusan jualan tunai and kredit?

    Terima kasih

  33. Martina,

    1) ya
    2) ya
    3) ya
    4) Peratus BELIAN TUNAI dan BELIAN KREDIT.

    # SETAIP PELAJAR yang membuat anggaran masing2.

  34. ckg nka tanya,,,
    Derma LA 55 dgn LA63, apa bezanya ya? mohon penjelasan…

  35. Ckg,mengenai komisen diterima terima terakru.Mac 1 baki b/b 1250.then 4mac terima komisen 1873.bila cari bk akhir dpt baki b/b sebelah kt pula.jadi bila nk masuk imbangan duga nk letak nama komisen diterima terakru atau tukar jadi komisen diterima sbb komisen diterima terakru aset berbaki dt.Minta pencerahan.dah keliru pula.

  36. Rosnorsliza,
    Pada pandangan saya, sepatutnya merujuk kepada akaun yang sama.. iaitu LA55 untuk Ak Derma.

    Yeoh,
    Padan pandangan saya, memandangkan Catatan permulaan dalam Jurnal Am TERKURANG RM3,000. Maka cadangan saya nilai KOMISEN DITERIMA TERAKRU (1250+3000)=RM4250.
    Dengan cara tersebut kita dapat selesaikan 2 masalah, iaitu JA tidak seimbang dan Komisen diterima terakru TIDAK akan menjadi berbaki KREDIT.

    # Walau bagaimanapun, sila rujuk penyelarasan di peringkat negeri masing2.

  37. Belum dapat apa-apa maklumat lagi bagi penyelarasan peringkat negeri, tapi dah boleh mula buat beberapa bahagian tu rasanya. Cuma saya rasa perkara ini tidak seharusnya berlaku bagi peperiksaan yang penting ni…

  38. Jamil,

    Jika tidak silap saya, mesyuarat peringkat kebangsaan akan diadakan pada 1-3 April, KPN akan balik sampaikan ke negeri masing2 penyelarasan yang telah diputuskan semasa taklimat kepada guru2 nanti.

  39. syida,
    cikgu saya berdasarkan lampiran a yg telah diberi iaitu jurnal am adakah kita perlu meniru sebiji dalam yg diberi atau itu sebagai panduan untuk kita..saya kurang paham mengenai nya boleh cikgu terangakn

  40. Rasyidah,

    Pelajar guna semua buku catatan pertama di lampiran A yang telah disediakan.. cuma gantikan penghutang A B C D.. pemiutang X Y Z dengan nama2 pilihan pelajar… kemudian poskan ke lejar yang berkaitan.

  41. kesilapan ketinggalan catatan merujuk kesilapan ketara-kesilapan ketinggalan satu catatan atau kesilapan tidak ketara- kesilapan ketinggalan catatan urusniaga?

  42. Www,

    Kesilapan tidak ketara, dimana catatan pembetulannya melalui pelarasan di Jurnal Am, seterusnya poskkan ke Lejar yang terlibat.

  43. cg narzuki, nak tanya bagaimana pula dengan catatan untuk baki buku tunai runcit? perlu pindah ke lejar mana?

    Apakah imbangan duga jika abaikan kesilapan 3000 itu?

    terima kasih.

  44. Farin,

    Buku Tunai Runcit juga merupakan Buku Catatan Pertama dan juga Lejar, Bakinya boleh terus dipindahkan ke Imbangan Duga,
    Konsepnya sama dengan penyediaan Buku Tunai, di mana baki akhirnya terus dipindahkan ke Imbangan Duga.

    Ketidakseimbangan sebanyak RM3000 akan diputuskan langkah penyelesaiannya dalam mesyuarat peringkat tertinggi pentaksir dan akan dimaklumkan kepada guru2 dalam Taklimat penataran diperingkat negeri masing2 nanti.

  45. Ckgu sya x faham tentng pengelasan ekuiti pemilik dlm soalan yg mana soalan meminta ekuiti pemilik dikelaskan dri LA1-LA10, ekuiti pemilik bkn terbahagi kpada ak.ambilan dan ak.modal sahaja ke?

  46. Sabrina,

    Ya, Ekuiti Pemilik pada asasnya terdiri daripada Ak Modal dan Ak Ambilan sahaja. Oleh kerana sistem kod yang digunakan sedemikian di mana memperuntukakan 10 untuk setiap Aset, Liabiliti dan Ekuiti.. maka perkara tersebut tidak menjadi masalah.

    Ada setengah perniagaan menggunakan kod 100 – Aset, 200 – Liabiliti, 300 – Ekuiti, 400 – Hasil dan 500 – Belanja, walaupun Ekuiti hanya ada 2 tapi sistem kodnya bermula dengan 4XX.
    Maka dalam kes inipun sama, di mana bermula denagn 1X untuk Ekuiti, 2X untuk Aset dan seterusnya.

  47. mohon pencerahan..berdasarkan lampiran jurnal yg diberikan..maknanya semua pelajar samalah lejarnya kecuali beza hanya pada senarai penghutang dan pemiutang. Bila buat pelarasan baru berbeza diantara pelajar?

  48. Bagaimana markah tugasan T4 calon yg tangguh spm 2014..masuk sekolah tahun ini? Bolehkah markah tugasan yang beliau laksanakan masa tahun 2013 diambil kira atau saya kena buat sekali lagi berdasarkan soalan tugasan t4 2014?

  49. Hakimi,

    Semua pelajar akan dapat jawapan yang sama sehingga Imbangan Duga.
    Bagi kes pelajar tangguh tersebut kena maklumkan kepada Ketua Pentaksir Kawasan / Ketua Pentaksir Negeri untuk penyelesaiannya.

  50. Ok ckgu trima kasih 😀

  51. apa maksud kaedah susut nilai garis lurus dan baki berkurangan? mohon pencerahan. tq

  52. Nafis,

    Ianya 2 kaedah pengiraan susut nilai bagi aset bukan semasa. Di mana formulanya :
    Kaedah garis lurus;
    SN = k% x nilai kos

    Kaedah baki berkurangan;
    SN = k% x (kos – snt)

  53. Ckgu sya ada soalan, dlm jurnal mnyatakan pemilik mnggunakn kenderaan sendiri untk menghantar brang niaga.. Jadi, adakah catatan ini perlu direkod dlm ak.modal dan seterusnya dlm imbangan duga?

  54. Rina,

    Ya.
    Dt Angkutan (keluar)
    Kt Modal
    kemudian poskan ke lejar (akaun2 berkenaan) seterusnya ID.

  55. Cikgu macam mana nak buka akaun pinjaman(matang 29 februari 2016.)?

  56. Dame,

    Buka Ak Pinjaman seperti biasa. nota tarikh matang dalam kurungan hanya untuk pelajar tentukan ianya dikelaskan sebagai LS atau LBS dalam KKK nanti.

  57. cikgu, jadi tarikh matang 29 februari 2016 dikelaskan sebagai LS atau LBS berdasarkan tarikh bila? bila pinjaman ini bermula?

  58. Farin,

    Ianya berdasarkan pada tarikh Penyata Kewangan disediakan.. iaitu pada 31 Mac 2015.
    Jika tempoh 31 mac 2015 hingga tarikh matang LEBIH setahun dikelaskan sebagai LBS… dan sebaliknya.

  59. Cikgu, unt kira susut nilai alatan pjbt nilai yg dbeli pada 31 mac rm2399 tk perlu ambil kirakan sbb kita nk kira unt sebulan je kan.

  60. Yeoh,

    Ya. tak perlu ambil kira.

  61. Cikgu utk akaun komisen kena buka akaun komisen dan akaun komisen terakru ke?

  62. Dame,

    Berhubung perkara tersebut ada 2 cara perekodannya.. penyelarasan sedang dibuat diperingkat kebangsaan… nanti Ketua Pentaksir Negeri akan maklumkan kepada guru di negeri masing2.

  63. Cikgu, dalam JA Mac 1 ada butir Tunai Runcit RM50.
    Dah cari dalam buku rujukan, tapi belum pernah jumpa kes mcm ini. bagaimana nak pindahkan ke lejar? Perlukah kita buka ak Tunai Runcit supaya ID seimbang?

  64. Nida,

    Caranya sama seperti buku tunai… baku tunai dan bank.. telahpun direkodkan dalam buku tunai.

    Dalam buku tunai runcit pun sama.. baki awal 1 mac telahpun dicatat dalam buku tunai runcit.

  65. Cikgu saya nak nangis dah. Kenapa terdapat dua lejar am bagi alat tulis ? (LA 56 & 64)
    Lepas tu, Akaun Komisen Terakru perlu buka tak? sebab setengah contoh yang saya nampak, mereka tak buka tapi letak je dalam ID

  66. ckgu sya ada beberpa prtanyaan..

    – selain drpada ketidakseimbangan jumlah dlm jurnal am, sya dpati terdapat akaun2 yg lejar nya berbeza tetapi mempunyai nama yg sma sperti ak.derma LA55&63… adakah sya perlu merekod kan juga catatan ini dlm ak. yg berbeza sprti dlm soalan?

    -boleh ckgu terangkan maksud komisen terakru dan sewa terakru dalam soalan ini? sya kurang faham.

  67. cikgu,jurnal pembayaran dan penerimaan tunai jika pindah ke lejar butir nak tulis apa

  68. Leone & Rina,

    Sila tunggu guru sekolah anda menghadiri taklimat terlebih dahulu.. nanti akan ada beberapa pembetulan dalam soalan tersebut.

    Bila pindahkan JTT dan JBT ke lejar.. butirnya sama ada Tunai atau Bank.

  69. Cikgu minta pencerahan ttg penulisan folio.cth dlm ak kawalan penghutang:Butir bank angkanya kita ambil dr jurnal penerimaan tunai RM 47945.Jadi folio nya ditulis LA11 atau JTT4?dan begitu juga dgn yg lain2nya.

  70. Yeoh,

    Folio dalam Buku catatan pertama ialah LA… iaitu lejar mana ianya akan diposkan.

    Manakala folio dalam lejar.. daripada BCP mana ianya dirujuk.

  71. errr…susut nilai kena tulis dalam lejar ke,macam ini mau dt mana kt mana

  72. leone,

    seperti pelarasan biasa..
    dt susut nilai
    kt susut nilai terkumpul

  73. Cikgu,
    Tugasan minta perbandingan analisis nisbah, tetapi kita cuma ada nisbah untuk sebulan Mac sahaja. Jadi, macam manakah perbandingan boleh dibuat?
    Patutkah kita buat andaian bagi bulan Februari sendiri?
    Satu lagi, berapakah nisbah cikgu cadangkan kita kira?
    Terima kasih.

  74. Martina,

    Pada pandangan saya, TIDAK perlu buat perbandingan antara dua bulan seperti tugasan tahun lepas kerana tiada sebarang maklumat bulan sebelumnya.
    Berdasarkan panduan penilaian skor, sekurang2nya satu bagi setiap jebus nisbah. Walau bagaimanapun saya minta pelajar saya sediakan semua analisis nisbah yang ada sepetimana dalam buku teks.

  75. cg, dlm pelarasan jika ada insurans terdahulu, perlu masuk dalm lejar am mana ? aset?

  76. cg,
    PHR perlu bahagi 12?

  77. Leeyee,

    Pada pandangan saya, kita ikut Kod yang diberikan LA1-10 Ekuiti, LA11-20 Aset dan seterusnya.

    Pengiraan PHR adalah berdasarkan BAKI PENGHUTANG, maka tidak perlu dibahagikan kepada 12 bulan, kerana baki penghutang tersebut adalah baki pada akhir bulan Mac.

  78. Assalamualaikum!

    Tahniah Cg Narzuki, rajin dan sabar betul melayan komen 2… walaupun prsoalan yg remeh.
    Tahniah juga kpd pelajar2 dan guru2 yg bertanya. pantas betul, banyak persoalan sy terjwb.

    Terima kasih semua.

  79. Cg Norizan, waalaikumussalan.

    Terima kasih, sekadar membantu mana2 yang termampu ikut pandangan sendiri.
    Walau bagaimanapun kena rujuk penyelarasan peringkat negeri masing2 dalam pelaksanaan tugasan ini.

  80. Terima kasih, Cikgu atas jawapan di atas.

    Saya ingin cadangkan sesuatu, guru-guru patut dibenarkan mengambil tindakan wajar sendiri untuk membetulkan kesilapan dan kekeliruan yang terdapat dalam Kertas 3.
    Jika kita kena tunggu penyelesaian dari pihak tertentu, tugasan ini terpaksa ditangguhkan. Lagi pun, April-Mei adalah musim peperiksaan pertengahan tahun, pelajar2 dan guru2 akan rasa amat tertekan.

  81. cikgu sorry ya nak tanya lagi macam mana nak wujud item terakru dan terdahulu kita setting sendiri ke,atau mcm ini ,itu la53 sewa cuma ada satu butir bank,kita tutup dengan tulis baki akhir dan baki awal shj ke,jika ini mau wujud terdahulu mcm mana

  82. dan akaun kawalan bakimcm mana nak rujuk baki awall belian==saya tak tau sila cikgu tunjukkan

  83. Leone,

    Item2 belanja terakru dan terdahulu serta hasil terakru, pelajar hendaklah reka sendiri.
    Contohnya: “Kadar bayaran sebanyak RM200 masih lagi terakru”

    Baki awal Ak Kawalan Penghutang ialah jumlah baki awal semua Penghutang (daripada JA5), begitu juga dengan Pemiutang.

  84. Cikgu minta pandangan sekali lagi pasal folio.saya faham yg ckg terangkn tu mcm dlm buku teks.tp thn lepas timbul persoalan bila folio kena ikut cara org kerja katanya.cth:dr Jurnal Am 6mac angkutan(LA52) bergu dgn Modal(LA1).jadi dlm ak angkutan butiran modal kita tulis LA1 bkn JA1.dan dlm ak Modal butiran angkutan tulis kita tulis LA52.maksudnya kita tulis folio dgn akaun mana yg kita bergukan bkn dr mana kita ambil spt JA1.

  85. Yeoh,

    Pada pandangan saya, penggunaan BCP sebagai folio dalam Lejar adalah memberikan LEBIH banyak maklumat, daripada masa SUMBER catatan tersebut diambil. Dalam Lejar itu sendiri kita sudah tahu apakah catatan bergunya daripada butirnya.

    Contoh: Dalam Ak Belian … Kt Ambilan…. daripada butir tersebut sudah tahu catatan bergunya.
    Manakala sekiranya ada JA2 dalam folio, kita dapat maklumat lanjut dengan merujuk ke JA2 terutamanya bahagian KETERANGAN.. misalnya, “Pemilik mengambil buku2 untuk kegunaan anaknya”.

  86. phr nak dt akaun phr kt apa cikgu

  87. Leone,

    Akaun yang terlibat dengan pelarasan PHR ialah:
    1. PHR
    2. Hutang Ragu

  88. maklumat dari ketua pentaksir…tambah modal 3000
    Maknanya ak komisen diterima terakru akan berbaki kt…macam mana saya nak terang kepada pelajar dlm kes ini..item asset berbaki kt.
    saya setuju sgt dgn martina..guru2 dibenarkan mengambil tindakan wajar utk membetulkan kesilapan dan kekeliruan K3 atau info pelarasan awal atau duedate K3 dilanjutkan..kerana praktikalnya pelajar tak cukup masa.Jadi pembetulan tak boleh dibuat selepas semakan guru..sedangkan konsepnya cikgu perlu beri ruang utk pelajar buat pembetulan. Mungkin cikgu narzuki boleh beri cadangan dipihak yg berwajib. Contoh sek daerah saya..kami akan diberi taklimat pelarasan pada 14 april..midyear exam dijangka 11 may..so pelajar hanya ada masa kurang sebulan.Wallahuaklam

  89. anyway..info2 dari cgu narzuki online byk membantu saya dlm K3 ni. Jazzakallah

  90. cikgu betul tak jawapan saya? modal 179788, ambilan 1588, bank 73561, tunai 867, stok 23650, a pejabat 62399, perabot 29000, s. nilai a.pejabat 18000, s.nilai lengkapan 3200, phr 1060, p belian 373, p jualan 785, disk diterima 1920, disk diberi 658, pinjaman 6000, kedai komputer selese 2399,komisen 2377, belian 24596, angkutan 455, insurans 500 derma 500, alat tulis 800, kadar bayaran 6250, promosi 220, alat tulis 740, pos 14,belanja am 209, pendahuan gaji 100, penghutang A 7190, Penghutang B 3500, Penghutang C 2257, Penghutang D 5630, pemiutang X 6700, Pemiutang Y 6767, pemiutang Z 3410…tapi tak seimbang cikgu….

  91. Terima kasih, hakimi kerana menyokong cadangan saya.
    Saya setuju dengan hakimi bahawa cikgu berikan cadangan kepada pihak berkuasa supaya kita boleh teruskan tugasan dengan cepat.
    Terima kasih cikgu.

  92. Cg Hakimi dan Martina,

    Saluran yang betul ialah berhubung Ketua Pentaskir Negeri masing2 bagi membincangkan permasalahan yang timbul serta jalan penyelesaiaan yang terbaik untuk guru dan pelajar.
    Tiada apa yang boleh saya buat, hanya sekadar seorang guru biasa di kawasan pendalaman.

  93. Cikgu,

    projek ni tak ada kedai ke? dlm jurnal am tak ada premis pun…

  94. Jamil,

    Cuba fikir, sekiranya kita tiada kedai SENDIRI, adakah kita tidak boleh berniaga ?
    Dan apa yang dibuat oleh peniaga yang tidak mempunyai kedai sendiri ? Di mana mereka akan berniaga ?

  95. Di kedai yang disewa?

  96. Jamil,

    Ya, maka tiadalah Premis, sebab ianya hanya menyewa … dan terdapat BELANJA SEWA dalam Jurnal Pembayaran Tunai.
    Ak Premis hanya wujud sekiranya Premis tersebut adalah hakmilik / aset bukan semasa perniagaan.

  97. Cikgu,

    projek ni ialah meneruskan perniagaan atau memulakan perniagaan?

  98. Jamil,

    Sekiranya pada awal bulan, sudah ada BAKI-BAKI akaun daripada bulan sebelumnya…. apakah maksudnya ?

  99. terima kasih byk cikgu,kau byk bantu saya siapkan project

  100. cikgu las question,kesilapan pun reka sendiri ke

  101. Leone,

    Dalam soalan sudah ada 1 kesilapan yang sengaja disembunyikan… pelajar kena kesan kesilapan tersebut.

  102. cikgu…saya baru mengulangkaji tugasan t5.saya x faham…pengelasan aset untuk ekuiti pemilik LA1-LA10.apakah akaun2 lejar yang terlibat. soaloan kedua..jurnal penerimaan tunai, jurnal pembayaran tunai dan buku tunai runcit perlu dipindahkan ke buku tunai ke sbb nak nnti nak pindahkan pula angka2 tersebut ke lejar.harap cikgu dan rakan2 dapat membantu

  103. Cikgu,
    apakah Tempoh perakaunan dan tempoh rekod untuk projek ini?

  104. Jamil,

    1 mac 2015 – 29 feb 2016
    1 mac 2015 – 31 mac 2015

  105. okey cikgu..sy dh baca soalan2 diatas..sy dh dapt jawapan pada soalan sy td

  106. Ass….lam cg narzuki…..imbangan duga tidak seimbang tu dianggap satu kesilapan yg direka….apa maksud cg ……kesilapan yg disengajakan…. tq

    cg Kay

  107. Cg Kay,

    ID tidak seimbang adalah kesilapan ketara… dan tidak perlu kepada pelarasan / pembetulan dalam JA.. hanya potong dan tanda tangan ringkas.

    Kesilapan yang disengajakan dan minta pelajar kesan dan jadikan sebagai iten pembetulan kesilapan tidak ketara ialah urus niaga 10 Mac… ambilan barang niaga untuk kegunaan pejabat tetapi direkodkan Dt Ambilan dan Kt Belian… kesilapan prinsip.

  108. cikgu, apakah butiran yang perlu ditulis jika pindahkan Derma dari Buku Tunai Runcit ke Akaun Derma.

  109. Lee,

    Butirnya “TUNAI RUNCIT”

  110. cgu..itulah yang saya buat utk pelajar saya..id x seimbang Dt kurang 3000 sebagai kesilapan ketara dan urusiaga mac 10 sebagai kesilapan tak ketara. Sedihnya pelarasan dari pentaksir kawasan melalui ws suruh imbang kurangkan modal 3000 dan mac 10 dibetulkan sbg alattulis…seolah2 membetulkan kesalahan pada soalan..sedangkan dlm soalan dah dinyatakan perlu ada 2 item kesilapan. Bila saya beri cadangan..tiada maklumbalas..seolah2 cadangan saya diangin lalu. saya guru baru..adakah kerana itu cadangan saya dipandang sepi..saya mencadangkan kesilapan id tak imbang adalah kesilapan mencatat dalam komisen diterima terakru yg sepatutnya 4250 dicatat 1250 untuk mengelakkan pelajar mempertikaikan baki kt 623pada akaun asset apabila diposkan dari JTT 1873 jika dikekalkan nilai 1250.

  111. 1. Modal di JA5 kurangkan RM3000 kpd RM176 333
    ( berdasarkan persamaan perakaunan, M = A -l )
    2. Rujukan folio BTR 1 diubah :
    Alat Tulis LA 56
    Pos LA 61
    Belanja Am LA 62
    Derma LA 55
    Pendahuluan gaji. LA 58
    3. rujukan folio JA5 diubah:
    sewa terakru LA 51
    4. Tiada istilah aset berbaki kredit kerana pengeposan
    dari JA 5 berikut :
    -Komisen terakru LA 42- merujuk pos ke Ak. Komisen
    Diterima sebagai Baki b/b ( soalan telah nyatakan
    LA41-LA50) adalah akaun Hasil bukan Aset
    –Sewa terakru LA 53- merujuk pos ke Ak. Sewa
    sebagai Baki b/b (soalan telah nyatakan LA51-LA70)
    adalah akaun Belanja bukan liabiliti
    5. Tiada kesilapan ketara diperlukan dalam soalan itu
    sebab nilai modal dalam JA5 dianggap kesilapan
    menaip sahaja,

  112. Sorry salah taip,
    Sewa terakru LA 51(setelah dibetulkan) merujuk pos ke Ak. Sewa sebagai Baki b/b (soalan telah nyatakan LA51-LA70) adalah adalah Belanja bukan Liabiliti

    Jawapan lejar mengikut klasifikasi akan jadi teratur dan tersusun mengikut no. m.s Lejar berdasarkan kehendak soalan.

  113. Terima kasih Ezah atas pencerahan dan sangat membantu.

    maaf saya kurang jelas..sewa terakru LA 51. Belian pun LA 51.

  114. Sorry taip salah le pulak

    Sewa terakru LA 53

  115. ok saya faham ezah..ak sewa LA53.
    Terima kasih yang tak terhingga atas pencerahan Ezah yang sangat membantu terutama kpd orang baru macam saya ni…Penjelasan yang jelas dan terang. Terima kasih SIFU Ezah. Juga pad cgu narzuki yang menyediakan medium ini utk alternative kpd kami yang baru nak belajar. TQVM

  116. Cikgu,
    Bukankah pendahuluan gaji satu aset?
    Jadi ia sepatut diberi folio no. LA17, setelah perabot?

  117. cikgu saya tak faham soalan ni sangat mengelirukan. sebenarnya apa kita kena buat

  118. Cikgu,
    Komisen terakru ialah aset semasa, kenapa folio LA42 (hasil), dan Sewa terakru ialah liabiliti tapi LA61 (belanja)???
    TQVM

  119. Cg Martina dan Cg Debbie.

    Tunggu jawapan daripada Cg Ezah… apa alasannya.

  120. cikgu semua akaun di lejar kena mengambil kira jumlah di lampiran A ?

  121. Alfoso,

    Ya mesti poskan semua item dalam buku catatan pertama di Lampiran A ke lejar2 yang berkaitan.

  122. cikgu ,
    dalam perlarasan insurans terdahulu 125
    dalam imbangan duga

    Dt insurans 500
    dt insurans terdahulu 125

    betul ke ?

  123. Ying,

    Catatan pelarasan bagi insurans terdahulu ialah:
    Dt Insurans Terdahulu 125
    Kt Insurans 125

  124. Penjelasan :

    1. Soalan kertas 3 tiada kesalahan yang besar kecuali kiraan modal & susunan folio bagi no m.s ke lejar. Klasifikasi Akaun betul, itu sebab soalan sertakan carta akaun ikut klasifikasi akaun utk dianalisis.

    2. Pendahuluan gaji pada 23 Mac

    tidak boleh terus dianggap gaji terdahulu kerana ia dianggap pendahuluan sebab dibayar lebih awal dari tarikh gaji dibayar kpd semua pekerja iaitu 28 Mac. Jadi pendahuluan gaji perlu diposkan ke akaun gaji dahulu ( folio telah klasifikasikannya Belanja) . Apabila dijumlahkan barulah kita dpt lihat gaji yg telah dibayar utk bulan Mac adalah RM6350

    Jumlah ini kemudian akan dibandingkan dengan gaji yang ditetapkan sendiri oleh pelajar (rujuk soalan, 5org pekerja dgn gaji RM1000-RM1500 seorang). Cg Narzuki ada jelaskan ini (sila rujuk perbincangan sebelum ini)
    Jika terdapat perbezaan akan wujud gaji terdahulu atau terakru yg akan dibuat dalam senarai Perlarasan selepas penyediaan imbangan duga.

    3. Komisen terakru & sewa terakru.

    Ada 2 cara merekod belanja & hasil terakru /terdahulu
    Sila rujuk buku teks M/s 231

    Pertama:
    Akaun Komisen – Akaun Komisen Terakru
    Akaun Sewa – Akaun sewa terakru

    Kedua
    Hanya Akaun komisen diwujudkan
    Komisen terakru direkod sebagai Baki h/b-b/b dalam
    Akaun Komisen
    Laporan di KKK masih dilaporkan sebagai Komisen terakru walau diambil dari Ak, Komisen

    Hanya Akaun sewa diwujudkan
    sewa terakru direkod sebagai Baki h/b-b/b dalam Akaun Sewa
    Laporan di KKK masih dilaporkan sebagai sewa terakru walau diambil dari Ak, Sewa

    Kesimpulananya kertas soalan mengkehendaki pelajar guna kaedah 2 semasa pos ke lejar bagi catatan pembukaan. Folio hendaklah menjadi rujukan asas bagi klasifikasi akaun yang berkaitan

    Namun utk perlarasan Selepas penyediaan imbangan duga nanti, Hasil & belanja guna Kaedah 1 utk dpt kan Catalan journal

    Harap penjelasan saya jelas. Terima kasih

  125. Mohon pencerahan
    Penjelasan cg ezah boleh dipakai oleh semua ker?

  126. cgu..JTT dan JBT ada ralat ke?

  127. saya guru baru yang mengajar akaun ting.5…jadi sy blur nak laksanakan kerja kursus ni…boleh tk cikgu2 beri gambaran asas or step yg perlu saya buat…sbg lgkah permulaan…

  128. Wahyuni dan Yushaaffril,

    Apa yang perlu dibuat ialah ikut kitaran perakaunan.. bermula Buku Catatan Pertama (yang diberi dalam soalan) – poskan ke Lejar – sediakan Imbangan Duga – Pelarasan – Imbangan Duga Terselaras – Penyata Kewangan. Kemudian baru sediakan Tafsiran Analisis Penyata Kewangan serta Belanjawan tunai.

    Rujuk maklumat (5) dalam kertas soalan.

  129. Assalamualaikum,

    Dari semakkan, saya dapati LA62,LA65,LA67 & LA68 tidak wujud,betulkan semakkan saya ini

  130. Assalamualaikum,

    Bole saya tau berapa nilai imbangan duga sebelum pelarasan. Saya buat tak imbang. Jika ada jawapan saya bole semak. Tq

  131. Salam… student saya rekod satu persatu mengikut butiran dalam JTT n JBT…. pelajar x rekod Pelbagai Penerimaan dan Pelbagai Pembayaran…..x mengapa kan…

  132. Eskay,

    Pada pandangan saya, dari seri rekod perakaunan tidak salah, tetapi PdP kita membenarkan pelajar menggunakan cara yang tidak tepat seperti mana yang ditunjukkan dalam buku teks.

  133. cikgu ezah…kenapa gaji ada dua kod berlainan LA58 n LA 66…..

  134. Cgnarzuki
    Boleh ke faedah atas simpanan sebagai hasil terakru sebab kita tak ada simpanan tetap.

  135. Cglela,

    Masih boleh, walaupun tiada Simpanan tetap, kerana wang yang disimpan dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa masih diberi faedah oleh pihak bank.

  136. ID sebelum pelarasan 271599 setelah dibaiki modal jadi 176788

    Wahyuni..saya pun guru baru..1st time ngajo t5 dan t4 sorang2 di sek ni..x rakan utk bincang..ibarat kata pening sorang2.

    Tapi sejak berurusniaga dgn cgu narzuki online.. banyak membantu..sifu2 kat sini sgt2 membantu terutama cgu narzuki.

    just nk kongsi..saya sediakan satu senarai maklumat kosong (berdasarkan soalan)utk pelajar isi seperti nama perniagaan, senarai penghutang, senarai pemiutang, gaji pekerja bagi 5 org yg dibayar antara 1000-1500 dan semua item pelarasan berdasarkan soalan untuk memastikan setiap pelajar tak sama nama dan nilai item pelarasan.

    pelajar saya buat secara manual dulu mcm yg cgu narzuki cadangkan..ikut kitaran akaun…lepas tu baru buat dlm exel (computer). Buat berperingkat ikut kehendak soalan..siap satu bahagian hantar..dah betul..simpan dlm fail setiap pelajar. ikut senarai semak yg ada dlm panduan perlaksanaan lampiran 1 ms 24. Cgu boleh download ada dlm cgu narzuki online nih.

  137. ID tu yang saya dapat..belum tentu betul. Saya guru baru belajar.

  138. Cg Hakimi dan Cg Ezah,

    Terima kasih atas perkongsian… semoga lebih ramai rakan guru berkongsi maklumat, bahan, pandangan dan sebagainya berkaitan Prinsip Perakaunan SPM disini.

  139. LA62,65,67 & 68 Missing ke?

  140. Salam cikgu,
    maaf jika saya brtanya.. dari mana saya boleh dptkan modal? adakah butiran di lampiran A tersebut terus dipindahkan dalam lejar?

  141. Murad,
    Ya.. jadi mana2 akaun belanja yang BARU diwukudkan bolehlah guna no halaman2 yang missing tersebut… Contohnya Susut nilai alatan pejabat LA62… dan seterusnya.

    Sue,
    SEMUA item2 dalam BCP dilampiran A digunakan untuk diposkan ke lejar.

  142. Assalamualaikum,
    Mohon sedikit pencerahan ttg

    1) perbezaan RM3000 dlm JA – 1/3/2015
    2) La 42 – A/K Komisen Terakru yg berbaki KT RM623
    3) La55 & La 63 – A/K Derma
    4) La56 & La64 – A/K Alat Tulis
    5) La59 – A/K komisen
    6) La61 – A/K Sewa Terakru
    7) La66 – A/K Pendahuluan Gaji

  143. Murad, waalaikumussalam.

    Sila rujuk maklumat daripada Cg Ezah SEBELUM ini.

  144. Cikgu Ezah, nak tanya.
    Penjelasan cikgu Ezah ni terpakai untuk negeri mana ya.Sama tak unt negeri selangor?

  145. salam cikgu. Dimana nak rekod gaji 5 orang pekerja yang dibayar gaji antara RM 1000 hingga RM 1500 sebulan

  146. Nadirah,

    Boleh masukkan di Profail Perniagaan… dan juga dalam bahagian Penganalan Perniagaan.

  147. Salam cikgu. Saya dah masukkan maklumat gaji dalam profil, Contoh 2 orang gajinya RM 1000 dan 3 orang gaji RM 1200, Seterusnya adakah pembayaran gaji tersebut melibatkan catatan dalam Ak Gaji RM 6250 dan Ak pendahuluan gaji RM 100. Minta cikgu terangkan sebab saya tidak berapa jelas tentang cara untuk merekod. Terima kasih cikgu.

  148. Nadirah,

    Ada dua kes disitu… (1) Pendahuluan gaji (2) gaji terdahulu
    Untuk kes 1 : Terdapat dua cara pula
    (i) Buka kedua2 Ak Gaji dan Ak Pendahuluan gaji, kemudian pindahkan pendahuluan gaji ke Ak Gaji
    (ii) Terus poskan pendahuluan gaji ke Ak Gaji

    Untuk kes 2 :
    Berdasarkan penetapan gaji yang anda tetapkan, akan wujud GAJI TERDAHULU, maka pelarasannya Dt Gaji terdahulu Kt Gaji.

    Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan supaya item GAJI, jangan diwujudkan Gaji Terakru atau Gaji terdahulu, kerana alasan LCCI dalam dunia sebenar tidak berlaku perkara tersebut. Maka disarankan supaya jumlah gaji pekerja untuk 5 orang tersebut mestilah berjumlah RM6350.

  149. Salam Cikgu Esah, Cikgu Narzuki,

    Bagaimana hendak buat bahagian (K) Pengiraan nisbah untuk bulan sebelumnya iaitu untuk bulan Februari, tiada maklumat yang lengkap. TQ

  150. Yen,

    Hanya buat analisis nisbah untuk bulan MAC sahaja dan tiada perbandingan yang perlu dibuat kerana tiada maklumat untuk bulan FEB.


  151. Cg Narzuki:

    Nadirah,
    Ada dua kes disitu… (1) Pendahuluan gaji (2) gaji terdahulu
    Untuk kes 1 : Terdapat dua cara pula
    (i) Buka kedua2 Ak Gaji dan Ak Pendahuluan gaji, kemudian pindahkan pendahuluan gaji ke Ak Gaji
    (ii) Terus poskan pendahuluan gaji ke Ak Gaji
    Untuk kes 2 :
    Berdasarkan penetapan gaji yang anda tetapkan, akan wujud GAJI TERDAHULU, maka pelarasannya Dt Gaji terdahulu Kt Gaji.
    Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan supaya item GAJI, jangan diwujudkan Gaji Terakru atau Gaji terdahulu, kerana alasan LCCI dalam dunia sebenar tidak berlaku perkara tersebut. Maka disarankan supaya jumlah gaji pekerja untuk 5 orang tersebut mestilah berjumlah RM6350.

    Salam cikgu,
    Oleh itu, jumlah gaji bagi semua orang ialah RM6350 le cikgu ataupun purata RM1270 sebualn seorang, supaya tidak ujud gaji terakru

  152. Jamil,

    Ya, itulah yang dimaklumkan kepada saya oleh KPN… mesti RM6350.

  153. OK terima kasih cikgu.

  154. Cg,
    tentang jualan tunai bulan Mei dalam belanjawan tunai, betulkah jika saya ambil jumlah jualan bulan Mac tolak dengan kawalan penghutang. Jumlah tersebut digunakan sebagai anggaran untuk bulan April.

  155. Wsy,

    Boleh.. ianya hanya anggaran.. asalkan munasabah.

  156. assalamualaikum…..

    sy nak tanya.
    utk kerja kursus T5
    sy dah buka akaun komisen diterima terakru dan sewa dibayar terakru tp sy tak thu mcmana nak transfer ke akaun untuk tutup akaun tersebut…
    mohon dibantu

  157. Ct Isma, waalaikumussalam.

    Merujuk kepada penyelarasan yang dibuat peringkat tertinggi, Buka Ak Komisen Diterima (LA42).. dan terus masukkan Komisen diterima terakru RM1250 disebelah debit sebagai BAKI B/B.. begitu juga dengan Ak Sewa dan Sewa Terakru.

  158. Terima kasih Cikgu Narzuki,

  159. Cikgu, adakah smua lampiran dbrikan perlu dposkan ke dlm lejar? Apakah kegunaan pengelesan dilakukan? LA tersebut mempunyai nombor, perlu atau tidak saya mengikut urutan nombor untuk pnyediaan lejar tersebut?

  160. Sue,

    Ya, semua BCP (Lampiran A) mesti diposkan ke Lejar yang berkaitan. LA mengikut Pengkelasan yang telah ditetapkan. Penyusunan lejar mesti mengikut URUTAN serta berdasarkan Pengkelasan yang digunakan.

  161. Cg Narzuki,

    Sama-sama. Saya sekadar berkongsi sedikit pengetahuan diruangan cikgu ini.

    Betul yg Cg Narzuki katakan, Pengelasan akaun mesti disusun ikut KLASIFIKASI dan URUTAN. Jika dibuat dengan tepat no. m.s lejar mengikut klasifikasi dan urutan selepas diselaraskan tidak akan melebihi bilangan yang diberi dalam soalan. Contoh KLASIFIKASI BELANJA LA 51 – LA 70, maka selepas diselaraskan bilangan Akaun Belanja tidak melebihi LA 70. Imbangan Duga dan Imbangan Duga Terlaras secara tak langsung akan tersusun ikut Klasifikasi Akaun. Pelajar akan mudah menyediakan PP & KKK

    Tafsiran dan Analisis Nisbah hanya utk bulan MAC.

    Terima kasih Cg Narzuki atas ruangan ini yang memudahkan untuk kita berkongsi sedikit pengetahuan dan bertukar pendapat.

  162. Cg narzuki, sy nk tnya tentang pembetulan kesilapan.. kesilapan ketinggalan catatan merupakan kesilapan tidak ketara, tp kesilapan tidak ketara jgk merupakan kehendak soalan.. atau yg dimaksudkan ketinggalan satu catatan tersebut merujuk kpd kesilapan ketara.. mgkin sbb tu imbangan duga tidak seimbang.. tmbhan rm3000 tu bleh x dikira sbgai kesilapan ketara dan perlu d betulkan dlm pelarasan sebagai ketinggal satu catatan..

  163. Hanim,

    Kedua2 item pembetulan kesilapan yang dikehendaki dalam soalan adalah merujuk kepada KESILAPAN TIDAK KETARA. Dimana catatan pelarasan bagi pembetulan kesilapan tersebut mesti dibuat melalui catatan jurnal am.
    Salah satunya.. urus niaga 10 Mac.. merupakan KESIPALAN PRINSIP, maka boleh digunakan sebagai salah sati item pembetulan kesilapan tersebut.

    Item pembetulan kesilapan yang kedua ialah kesilapan jenis ketinggalan catatan suatu urus niaga.
    Beza RM3000 merupakan kesilapan ketara.. hanya perbetulkan pada kertas soalan sahaja… dan telah diputuskan dalam penyelarasan peringkat tertinggi subaha diperbetulkan pada item MODAL.. dengan (-) sebanyak RM3000.

  164. cg, saya nk tanya mcm mana nk masukkan semua maklumat yg diberi ke lejar ? sebab imbangan duga saya tak seimbang.

  165. cg, cg prinsip akaun saya suruh tukar jumlah jurnal am iaitu rm 244 193 , adakah saya perlu menambah rm 3000 untuk komisen diterima terakru?

  166. Nur Shamelia Fazlyn,

    Penyelarasan telah ditetapkan supaya nilai MODAL dalam Jurnal Am dikurang RM3000 (iaitu RM176 333) dan Jumlah JA Mac 1 ialah RM244 193 sepertimana dimaklumkan oleh guru anda.

  167. Terima kasih cg narzuki dan cg Ezah atas maklumat yang diberikan.

  168. Cikgu, utk meletakkan jumlah modal dlm pengenalan perniagaan adakah RM 177688? Mohon pencerahan. terima kasih.

  169. Cikgu,
    1) Di mana saya prlu perbtulkan kesilapan2 yg dbrikan soalan?
    2) Imbangan duga sya tidak seimbang. Pada 10 Mac Ambilan(KT) Belian(DT) adakah betul itu seharusnya? Adakah pmbtulan trsbut dtukrkan trus di dalam lejar stlah lampiran2 trsbut telah dposkn kedlm lejar?
    Terima kasih.

  170. Sue,

    Ada dua keadaan, sama ada nak masukkan MODAL PERMULAAN semasa penubuhan atau MODAL SEMASA.
    (i) Modal Penubuhan – pelajar tentukan sendiri nilainya asalkan munasabah berbanding nilai modal semasa.
    (ii) Modal semasa – pelajar ambil nilai baki awal Ak Modal dalam JA5.

    Betulkan nilai MODAL dalam JA5 kepada RM176 333.
    Urus niaga 10 Mac merupakan KESILAPAN TIDAK KETARA – Kesilapan Prinsip… ianya boleh dijadikan salah satu Item Pembetulan kesilapan seperti yang dikehendaki dalam soalan.

  171. terima kasih cg ats penerangan tersebut.. ermm.. urusniaga 6 mac.. sy x phm angkutan dan modal.. angkutan ialah belanja, adalah belanja bleh menambahkan modal? atau perlu dibuat pelarasan modal diganti dgn tunai..

  172. Hanim,

    Ianya sudah betul dan tidak memerlukan sebarang pelarasan / pembetulan.
    Apabila PEMILIK membawa masuk harta peribadi ke dalam PERNIAGAAN , maka MODAL akan bertambah.
    Dalam kes ini, pemilik menggunakan WANG PERIBADI untuk kegunaan PERNIAGAAN, ianya seolah2 pemilik memasukkan wang ke dalam perniagaan ( + Modal atau Kt Modal) kemudian wang tersebut digunakan untuk belanja Angkutan, maka Dt Angkutan.

  173. ok.. terima kasih cikgu.. baru sy jelas skrg..

  174. bagi contoh jawapan kertas 3

  175. adakah baki h.b tunai runcit diletakkan ke imbangan duga

  176. Amirah,

    Ya..

  177. tarikh perabot dibeli tidak dinyatakan. Tapi tiada SNT perabot bermakna baru beli 1/3/15. kurang logik sbb perniagaan besar & dah lama,langsung tak ada perabot yg digunakan. semua baru beli???? Logik ke?

  178. pengiraan stok akhir macam mana…. saya kurang fahamm. saya dah buad yang dinyatakan sebelum ini tp id tidak seimbang.. mohon bantu

  179. Mikhail,

    ID tidak seimbang BUKAN disebabkan STOK AKHIR, ini kerana stok akhir tidak terlibat dalam ID… hanya STOK AWAL sahaja perlu dimasukkan dalam ID.

  180. Cikgu,

    Jika saya ada lejar baru untuk pelarasan , misalnya akaun promosi terakru, apakah pengelasan saya patut guna, belanja atau liabiliti? Saya dapati kod untuk belanja LA 51- 70 itu tidak mencukupi, boleh ka saya tambahkan lebih dari 70? TQVM

  181. Yen,

    Promosi terakru dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA. maka guna KOD untuk Liabiliti.

  182. Nak tanya siapakah ketua pentaksir negeri Sabah dan ada wakilkah KP Sabah menghadiri mesy penataran pentaksiran? Kenapa tidak memberi taklimat penataran kpd guru2 P.AK di Sabah? Semua maklumat yg disampaikan oleh Cg. Ezah boleh dijadikan sumber rujukan untuk semua negeri kah? Atau Cg. Ezah yg sendiri memang telah menghadiri taklimat penataran pad 1-3 April yg lalu?

  183. Nicole Tan,

    Setahu saya, setiap negeri ada Ketua Pentaksir Negeri.. cuba bertanyakan Unit Peperiksaan dan Penilaian di JPN, sepatutnya mereka tahu siapa KPN dan bila Taklimat akan/telah dijalankan.

  184. Nicole Tan,

    Saya baru hadir penataran kertas 3 untuk daerah tawau, sabah kelmarin..dr makluman yg saya terima hari untuk daerah sandakan dan kota kinabalu akan di panggil untuk diberi maklumat pada minggu hadapan. – maklumat ini di sampaikan Ketua Pentaksir Sabah.

  185. Terima kasih Cg Hamieafzani atas maklumat diberi.
    Kami menunggu taklimat penataran di KK.

  186. Assalam cikgu,

    Pengiraan stok akhir tu berdasarkan PP dari ID sebelum pelarasan ke atau selepas pelarasan.

  187. Muni,

    PP dan KKK disediakan selepas ID Terselaras, maka pengiraan STOK AKHIR berdasarkan maklumat/baki2 daripada IDT.

  188. Saya dah baca beberapa cadangan dan memahami perkara-perkara yang dibincangkan.

    Saya turut berpendapat bahawa tidak banyak perubahan perlu dilakukan untuk meneruskan projek ini. Perkara seperti ini berlaku sekali sekala dalam dunia nyata dan proses pengeposan ke lejar masih boleh diterusakan tanpa perlu mengubah suai kod-kod akaun. Saya menerima set soalan yang disediakan LPM sebagai soalan yang sengaja ada kecacatan (dalam konteks penyediaan soalan) kerana ia simulasi kerja-kerja simpan kira oleh kerani akaun atau pemilik perniagaan sendiri yang mesti dilakonkan oleh pelajar.

    Sebagai contoh tidak menjadi kesalahan amalan simpan kira jika wujud Alat Tulis (LA56) dan satu lagi Alat Tulis (LA64). ia tidak salah. LA64 boleh dinyatakan sebagai Belanja Alat Tulis Komputer walaupun lajur analisis di BTR menyatakan Alat Tulis. Sama seperti Lajur POS, boleh disediakan Akaun Belanja Setem dan Pos untuk LA69.

    Berkenaan Catatan permulaan (catatan pembukaan) di JA5, oleh kerana tidak ada penyataan spesifik dalam soalan, kita boleh mengandaikan berlakunya kesilapan catatan amaun untuk item selain dari modal. Ubah akaun Tunai dari RM1000 kepada RM4000 juga boleh kerana boleh diandaikan yang itulah punca berlakunya pengurangan RM3000 di sebelan Debit JA. Ia tetap mematuhi A = L + EP.

    Allahu’alam.

  189. Oh terlupa untuk apa pun kesilapan dari JA5, pastikan pelajar mengamalkan kaedah melakukan pembetulan iaitu memotong nilai/amaun yang salah dan tulis amaun yang betul di atasnya dan ditandangan ringkas (initial). Ajarkan keapda pelajar dan minta mereka masukkan set soalan yang telah dibetulkan sebagai kertas jawapan tambahan.

    Ada sesiapa yang bincangkan tentang JTT dan JBT? lajur penghutang dan pemiutang?

  190. terima kasih cg. Hamieafzani. Saya harap saya di Tenom tidak ketinggalan sbb tiada dlm senarai yg disebut oleh cg tadi.

  191. Slmt t/hari Cg. Rithuwan, sekiranya cg terima surat panggilan menghadiri penataran kertas 3 di kk, tolong inform di sini spy kalau saya tidak dipanggil, boleh saya rujuk JPN. TQ very much.

  192. Baiklah Cg Nicole. Saya akan kongsi maklumat seberapa segera.

  193. ada sesiapa boleh kongsikan id.. sy bt xdpt blancekn

  194. cikgu, boleh tak akaun pendahuluan gaji tidak perlu dibuka, catatanya dibuat terus dalam akaun gaji?
    Jika kedua-dua akaun gaji dan akaun pendahuluan gaji dibuka, akaun pend gaji dipindah ke ak gaji, bagai manan nak buat buku catatan pertamanya?

  195. Cg Hamieafzani & Cg Rithuwan,
    Terima kasih atas maklumat dan pandangan yang diberikan.

    Yen,
    Memandangkan LA bagi kedua-duanya berbeza, ini menunjukkan ianya perlu diposkan ke 2 akaun yang berbeza. (seperti penyelarasan di peringkat tertinggi putuskan). Manakala catatan bergunya, seolah-olah catatan pembalikan, iaitu Dt Gaji dan Kt Pendahuluan Gaji.

  196. Cikgu
    selepas membuat lejar, adakah imbangan duga perlu seimbang?

  197. Sue,

    Salah satu fungsi ID disediakan adalah untuk mengesan kesilapan dalam sistem catatan bergu. Maka ID mesti SEIMBANG.

  198. Cikgu,

    Terima kasih atas penjelasan yang diberi, Dan satu lagi, bila tarikh untuk buat catatan pembalikan tu dibuat, pada akhir bulan kah?

  199. Yen,

    Ya, pada akhir bulan, bersama-sama catatan pelarasan.

  200. Cikgu,
    minta pandangan dan tunjuk ajar tentang PHR;
    Sekiranya pertambahan PHR,
    Dt Hutang Ragu
    Kt PHR
    Tapi jika berlaku pengurangan PHR, macam mana catat? Kalau Kt Hutang Ragu macam lain pula. Mengikut pemahaman saya, hutang ragu ialah akaun belanja.?!

  201. Nicole,

    Berdasarkan maklumat terbaru yang saya dapat, Pertambahan @ Pengurangan PHR… kedua2nya menggunakan Ak Hutang Ragu.. sama ada ianya Hasil @ Belanja.

  202. Cikgu, jadi pembetulan kesalahan prinsip ialah Debit Ambilan dan Kredit Modal kan?

  203. Amir Irfan,

    Bukan… sepatutnya
    Dt Alat tulis Kt Ambilan

  204. Cikgu, tetapi apabila kita mengambil barang niaga, bukan ke debit Alat Tulis dalam Akaun Ambilan dan kredit Ambilan dalam Akaun Alat Tulis?

  205. cg. Narzuki,
    tq maklumat yg diberi.

  206. Amir Irfan,

    Apabila ambil barang niaga untuk kegunaan pejabat.. sepatutnya dicatat sebagai Dt Alat tulis Kt Belian..
    tetapi telah tersilap catat Dt Ambilan Kt Belian.
    maka catatan pembetulan terhadap Ak Ambilan dan Ak Alat tulis. iaitu
    Dt Alat tulis dan Kt Ambilan

    # jika ambil untuk kegunaan peribadi, baru dikelaskan sebagai AMBILAN.

  207. Salam sejahtera cikgu,
    Untuk dapatkan stok akhir tu kena sediakan Penyata Kewangan dahulu lah ye camtu atau gunakan rumus je untuk dapatkan stok akhir tu. Nampak macam pelik sikit le sebab dalam imbangan duga terselaras nanti, stok akhir belum diperolehi, selalunya dalam soalan, stok akhir tu dah siap diberikan dalam maklumat tambahan.

  208. Jamil,

    Apa yang peliknya, memang itu kehendak soalan. Nilai stok akhir berdasarkan pengiraan atas Kos Barang Untuk Dijual…. dan nilai KBUJ merujuk kepada nilai selepas pelarasan.
    Cuma pengiraan nilai stok akhir tersebut hendak ditunjukkan di mana ? Sama ada di senarai pelarasan, dibawah IDT, nota kepada Penyara Pendapatan atau sebagainya bergantung kepada penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2.

  209. Cikgu,

    Maknanya baki akaun pendahuluan gaji ini masih wujud dalam Imbangan Duga sebelum pelarasan. Semasa membuat pelarasan , adakah perlu buat catatan jurnal am untuk pendahluan gaji?. Terima kasih Cikgu.

  210. Yen,

    Ya, sebaik2nya sediakan catatan JA … atau jadikan ia sebagai item ketinggalan catatan. Iaitu Ak Pendahuluan gaji terlupa dipindahkan ke Ak Gaji.

  211. Terima kasih cikgu, penerangan cikgu amat jelas.

  212. Salam cikgu,
    hendak bertanya tentang mana hendak letak Akaun Tunai Runcit dalam Penyata Pendapatan atau Kunci Kira-Kira?

  213. Amir,

    Tunai Runcit… sama dengan Tunai… Aset Semasa… KKK.

  214. Terima Kasih cikgu! Saya dah imbangkan KKK saya! Alhamdulillah dapat siapkan dengan cepat sekali.

  215. Cikgu, semua belanja/hasil terakru dan terdahulu tidak termasuk dalam Belanjawan Tunai

  216. Cikgu, adakah penghutang di jurnal jualan akan dimasukkan di jurnal penghutang?

  217. Asalamualaikum cikgu narzuki, belanjawan tunai, kita cipta sendiri ke baki b/b belanjawan tunai, n penerimaan n pembayaran kita ambek dari hasil n belanja kita… lepas uh pengiraan nisbah belum sebelumnya memang tak wujud an, so kita buad bulan semasa je enn

  218. Amir Irfan,
    Nilai2 Hasil dan belanja dalam PP / IDT telahpun mengambilkira nilai terakru dan terdahulu.

    Reral,
    Penghutang2 dalam JJ perlulah diposkan ke LEJAR PENGHUTANG (atau LEJAR JUALAN).

    Mikhail, waalaikumussalam.
    Baki awal belanjanwan tunai Bulan Mei dianggarkan sendiri berdasarkan nilai daripada Bulan Mac… asalkan munasabah.
    Item2 penerimaan dan pembayaran bolehlah merujuk kepada item dalam Penyata Kewangan sedia ada… perlu berhati2 TIDAK semua item HASIL atau BELANJA terlibat dengan Belanjawan tunai… contohnya Susut nilai, Hutang lapuk, Hutang ragu TIDAK melibatkan aliran wang tunai keluar.
    Manakala analisis nisbah hanya untuk bulan MAC sahaja. dan tiada perbandingan dengan bulan sebelumnya.

  219. Cg knpa sya buat lejar lpstuh sya buat imbngn duga tk imbang? dan beza imbngn duga sya bnyk..

  220. Nisya.

    Kemungkinan masih ada akaun yang belum dimasukkan,, ataupun dimasukkan disebelah yang salah.

  221. Terima kasih cikgu narzuki…

  222. Assalamualaikum Cikgu, saya nak bertanya tentang analisis dan tafsiran nisbah. Soalan katanya hendak buat bulan semasa dan sebelum dan melakukan perbandingan? Tapi boleh ke kita cari nilai-nilai tertentu dari bulan sebelum untuk mencari Analisis Nisbah?

  223. Amir Irfan,

    Buat hanya untuk bulan MAC sahaja dan tidak perlu sebarang perbandingan… arahan tersebut untuk soalan tahun lepas, yang terlepas pandang untuk diperbetulkan.

  224. Cg, apa step prtama nk buat krja kursus ni. Sya pening. Sbb cg skola sya ckp soalan slah..

  225. Nisya,

    Sepatutnya cikgu sekolah akan BIMBING dan SEMAK satu persatu sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut..
    Minta cikgu sekolah berikan taklimat berhubung pembetulan dan penyelarasan yang telah dibuat diperingkat negeri masing2.

    Kemudian baru bermula dengan langkah Pertama, berdasarkan buku catatan pertama di Lampiran A.. poskan ke lejar2 yang berkaitan.
    Kedua.. imbangkan semua akaun2 dalam lejar
    Ketiga … sediakan Imbangan Duga.
    … ok, langkah seterusnya tunggu cikgu sekolah maklumkan berkaitan dengan pelarasan.
    Secara mudah… langkah2nya adalah mengikut Kitaran Perakaunan.

  226. Cikgu,
    Boleh saya tahu berapakah jumlah imbangan duga sebelum terlaras?

  227. Sue,

    Sebahagian besarnya dapat jumlah ID RM271 599.

  228. Terima kasih cikgu.. Bagaimana kita nak mengimbang jurnal am yang terkurang rm3000 itu cikgu?

  229. Satu lg Cikgu, berkaitan Dt ambilan Kt modal. Cikgu ada britahu yg Dt alat tulis Kt ambilan dtukarkn.. Adakah folio untk Dt ambilan yg dtukarkan kpd alat tulis perlu ditukarkan kpda LA 64. Mohon pencerahan cikgu, terima kasih.

  230. Sue,

    Beza RM3,000 dalam JA, telah diselaraskan supaya dibetulkan pada nilai MODAL.. iaitu (-) 3000.

    Awak telah silap faham maksud saya. Tidak perlu dibetulkan soalan bagi urus niaga 10 Mac tersebut… terus poskan ke lejar masing2… Dt Ambilan dan Kt Belian.

    Catatan tersebut memang berlaku kesilapan… yang dipanggil Kesilapan Prinsip. Maka semasa menyediakan catatan pelarasan… perkara tersebut boleh dijadikan item pembetulan kesilapan… sepertimana kehendak soalan. Dimana dalam JA pelarasan nanti, catatannya ialah Dt Alat tulis… Kt Ambilan.

  231. Cikgu, angkutan keluar, pendahuluan gaji termasuk dalam belanjawan tunai

  232. Esk bru cg skola sya pergi taklimat psal kerja kursus nih. Cg, kn yg PHR tuh kan 5% dri jumlah penguhtang kat lejar kita buat tuh ke?

  233. Baiklah cikgu. Baru saya fham sekarang. Maksudnya Cikgu, untuk modal itu pda 1 Mac kurangkan rm3000? Begitu?

  234. Amir Irfan,
    Belanjawan tunai merupakan suatu perancangan / anggaran penerimaan dan pembayaran untuk masa hadapan..
    Angkutan keluar.. boleh dijadikan item pembayaran.. cuma pendahuluan gaji tidak sesuai, kerana ianya sudah merangkumi item gaji.

    Nisya,
    Maka cadangan Cg, tunggu beliau balik taklimat baru teruskan buat kerja kursus.
    Kadar PHR bebas asalkan munasabah, biasanya antara 1% hingga 5% daripada penghutang bersih… iaitu JUMLAH BAKI AKHIR semua penghutang yang ada.

    Sue,
    YA…. kurangkan RM3000 untuk nilai MODAL.

  235. Cg Nicole Tan. Saya baru dapat surat hari ini. Esok (rabu) akan dijalankan mesyuarat penataran di SMK Sangat bermula 8:30 am. Jumpa di sana.

  236. Hi…Cikgu…nk mintak tanya ckit pasal kerja kursus ini…adik saya juga mendapat yg lebih kurang sama kertas tersebut…namun demikian saya bersama adik saya telah membuatnya..hasil akaun itu tidak imbang…saya nk dapat pendapat drpd cikgu…apakah puncanyer? dan jalan penyelesaian? jikalau ada kertas jawapan…bolehkah cikgu menghantar kepada email tersebur yang tertera di atas.

    Terima Kasih di atas pertolongna dan sokongan anda.

  237. Chew,

    Soalan tugasan projek / kerja kursus memang sama seluruh negara kerana dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
    Bukan akaun yang tidak seimbang… tetapi IMBANGAN DUGA tidak seimbang, ini menunjukkan catatan bergu yang telah disediakan ada yang tidak betul..
    Cuba rujuk langkah2 untuk mengesan ID yang tidak seimbang…. yang disarankan dalam buku teks.. topik Imbangan Duga.

  238. ya. saya pun baru terima hari ini. terima kasih. jumpa di sana

  239. Cikgu, boleh tak i dapat contoh kerja kursus?

  240. Lavanyan,

    Maaf, tiada contoh untuk kerja kursus.. setiap tahun soalannya sedikit berbeza. Apa yang sepatutnya dibuat ialah rujuk kepada guru sekolah masing2.. daptkan panduan dan bimbingan sepanjang pelaksanaan tugasan tersebut.

  241. okay cikgu ! Cikgu nak minta cara membuat lejar akaun jualan?

  242. Lavanyan,

    Lejar disediakan merujuk kepada BCP yang berkaitan.
    Bagi Ak Jualan… sumber utamanya ialah Jurnal Jualan, jumlah RM17,455 butirnya Pelbagai Penghutang… iaitu jualan secara kredit.
    Manakala jualan secara tunai pula, kita rujuk kepada Jurnal Penerimaan Tunai, iaitu RM30,314 butirnya Tunai.
    Kemudian imbangkan dan dapatkan Baki h/b dan Baki b/b

  243. Cikgu,

    Kita perlu buat perbandingan analisis nisbah kah? sedangkan butir bulan lepas tidak disediakan.

  244. Kt,

    Analisis nisbah bulan lepas dan Perbandingan dengan bulan lepas .. TIDAK perlu disediakan.

  245. Cikgu,
    Utk buku tunai runcit akaun alat tulis LA64 boleh tak satukan akaun tersebut dgn LA56? Atau secara berasingan? Terima kasih Cikgu.

  246. sue,

    Satukan guna LA56..

  247. Begitu juga until derma di buku tunai runcit LA63. Mohon pencerahan

  248. Dan satu lagi cikgu, maaf jika saya brtnya lagi saya kurang faham di buku tunai runcit.. Utk Mac 1 baki b/b (JA5) bank (JBT3). Apa maksud JBT3 dan JA5. Adakah ia membuka jurnal atau lejar? Dan wujudkah April 1 dibuku tunai runcit baki b/b RM 87, Bank 413. Kerana dlm soalan tiada baki b/b utk buku tunai runcit. Sya sudah mengkajinya dan masih kurang memahami trsbut. Terima kasih Cikgu.

  249. Sue,

    Ya, Ak Derma juga hanya guna LA55.

    Buku Tunai Runcit
    1 Mac Baki b/b (JA5) RM50 … maksudnya item ini dirujuk/diposkan daripada Jurnal Am halaman 5 (iaitu JA5)
    1 Mac Bank (JBT5) RM450… maksudnya item ini dirujuk/diposkan daripada Jurnal Pembayaran Tunai halaman 5 (iaitu JBT5.. “JBT3″ dalam soalan tersilap)

    Buku Tunai Runcit konsepnya sama dengan Ak Tunai… BAKI AKHIR pada 1 April perlu dimasukkan dalam Imbangan Duga.
    Manakala BAKI AKHIR BANK hendahlah dirujuk daripada Ak Bank.

  250. Baiklah Cikgu. Terima kasih kerana membntu dan terima terima kasih juga saya ucapkan kpda cikgu2 bnyak menolong pelaksaan kerja kursus ini.

  251. Cikgu,selepas pelarasan, saya ada ‘phr’ dan ‘pengurangan phr’ jadi yg mana satu perlu saya letak di bahagian belanja, dan yg mana satu perlu saya tolakkan drpd penghutang dalam kkk?

  252. Shah,

    PHR …. kontra kepada Pwnghutang dalam KKK
    Pengurangan PHR… merupakan HASIL dalam PP.

  253. untuk mengira stok akhir adalah 40 – 60% dari nilai barang untuk dijual. Kalau ikut KBDJ ialah stok awal + belian – pul belian – diskaun diterima. Persoalannya nilai belian tu tolak atau tidak nilai ambilan alat tulis yang 10 Mac tu. Kalau belian dari Imbangan duga maknanya dah ditolak yang ambilan.

  254. Sysh,

    Rujuk nilai2 daripada ID Terselaras.

  255. macam nak buat senarai pelarasan pada tarikh imbangan

  256. Cg.cara nak buat catatan pelarasan dalam jurnal am (keterangan diperlukan )dan lejar

  257. Draf bank mcm nak buat

  258. imma,

    Semua tu akan diajar dan diterangkan satu persatu serta dibimbing oleh guru sekolah .. mengikut taklimat yang beliau terima diperingkat negeri masing2. Sila rujuk guru sekolah.

  259. Cikgu, imbangan duga saya selepas pelarasan dapat yg sama , tetapu bila saya bua kkk, saya tak dapat jumlah yg sama .. saya sudahpun cek nombor2 yg ditulis, tetapi tetap tak sama jumlah akhirnya pada pendapat cikgu, apakah masalah dalam kkk saya?

  260. Cikgu macam mana nk buat pelarasan folio tingkatan 5 2015?

  261. Shah,
    Cuba semak, ada tak item STOK AKHIR dalam Aset Semasa..?

    Nana,
    Sila rujuk cikgu sekolah, kebiasaanya beliau telah membuat penyelarasan apakah item2 pelarasan yang sesuai berdasarkan kehendak soalan.

  262. Cg, sya nk buat lejar sblum pelarasn tpi sya konfius dngn komisyen terkaru dngn komisen. Sya nk ltak dkt akaun yg sma atau lain2

  263. Nisya,

    Ya ini kena rujuk cikgu sekolah masing2…. kerana saya dapati ada dua pendekatan/penyelarasan yang digunakan.

  264. Cikgu, baki awal untuk belanjawan tunai kena tambahkan baki bank dan tunai ke? Atau pilih salah satu?

  265. Azira,

    Baki tunai dalam Belanjawan tunai merujuk kepada jumlah ak tunai… ak bank dan tunai runcit..

    Baki awal MEI hanyalah ANGGARAN semata2… cuma nilainya mestilah munasabah berdasarkan nilai bulan MAC.

  266. assalamualaikum ckg,untuk belanjawan tunai..jumlah jualan saya dapatkan dripada jurnal penerimaan tunai..tpi saya tak dpt untuk belian sebab soalan suruh belian kredit dan tunai..so,dri mana saya nk dptkan jumlah untuk belian di belanjawan tunai ckg???itu saje ckg yg saya nk tau :)

  267. Bani, waalaikumussalam.

    Jumlah Jualan dan Belian untuk bulan MAC boleh terus rujuk ke baki Ak Jualan dan Ak Belian di IDT. Maka berdasarkan nilai2 tersebut buat ANGGARAN untuk bulan APRIL…. asalkan munasabah.
    Manakala untuk agihan BELIAN TUNAI dan BELIAN KREDIT pelajar boleh tentukan peratusan mengikut kesesuaian misalnya.. 30 : 70 ataupun 40 : 60

  268. Cikgu,
    mana sy nk letak nilai kedai komputer seles..
    kcc sy x balance

  269. Cg. cikgu tak ajar apa-apa.dia suruh untuk buat sendiri

  270. Ani,

    Kedai Komputer Seles.. merupakan pemiutang bukan barang niaga..maka dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.

  271. hi cikgu, bagi catatan dalam lejar: pelajar perlu sediakan buku tunai atau ak tunai n bank secara berasingan? manakala bagi akaun tunai runcit : apakah LAnya? sediakan akaun tunai runcit bentuk T ke?

  272. apakah catatan bergu bagi pengurangan PHR?

  273. Kalai,

    Sediakan Ak Tunai dan Ak Bank secara berasingan.. (rujuk LA11 dan LA12)
    Buku Tunai Runcit sudah disediakan dalam soalan iaitu BTR1, maka Ak Tunai Runcit tidak perlu lagi disediakan.

    Dt : Peruntukan Hutang Ragu
    Kt: Hutang Ragu

  274. cikgu saya dapat rugi.. ini tidak menjadi kesalahan kan?

  275. cikgu kalau saya dapat rugi bersih.. nisbah keberuntungan bagaimana nak tafsir

  276. Ani,

    Berdasarkan rekod sedia ada, sepatutnya dapat Untung Bersih, mungkin ada KESILAPAN dalam item Belanja.. misalnya Susut nilai perlu dibahagi 12.. untuk dapatkan nilai untuk SEBULAN. Ataupun mungkin nilai bagi item belanja terakru yang terlalu besar.

  277. Cikgu, tunai runcit no need to open account at JA and it is the balance have to writte in the ID.

    If i already add the balance RM 87 into the ID the amount will not balance it will be DR. RM271,686 and Cr. RM 271,599

    please advice

  278. Cikgu, sudah balance for the IB sebelum pelarasan RM 271,599.00

  279. Utk pelarasan phr,pengurangan @ pertambahan phr mcm mana buka lejar nya?dlm imbngn duga terselaras tulis apa?

  280. Ida,

    dt phr
    kt hutang ragu

    ID ialah senarai semua akaun yang ada.

  281. Mksud sy catatan phr dlm imbngn duga.means pengurangan phr rekod hutang ragu sebelah kredit di imbnhgn duga?

  282. Ida,

    Untuk masukkan dalam ID… kita rujuk BAKI B/B pada 1 April.. sama ada Debit atau Kredit.
    PHR…. berbaki kredit
    Hutang Ragu …. berbaki Kredit (pengurangan PHR)

  283. cg,imbngn duga plrsan sy dh seimbg.tp dkat kunci kira2 xseimbg..knp blry jd mcm tu

  284. Zawati,

    Mungkin ada item yang tertinggal… cuba semak ada tak STOK AKHIR dalam KKK.?
    ataupun salah komponen, salah operasi.

  285. Ok.tima kaseh ckgu narzuki

  286. Salam cikgu, sya nak tahu ID, KKK berakhir pada tarikh bila ye.. coz kita kena buat belanjawan 3 bln yg berakhirj julai..

  287. Zaidah,

    Penyata Kewangan berakhir pada 31 Mac 2015.
    Cuba fahami apa itu Belanjawan Tunai dan fungsinya… serta kaitannya dengan Penyata Kewangan.

  288. salam.. cgu sy ada masalah dalam Imbangan Duga terlaras. Imbangan duga yg asal sudah imbang.

  289. Rasyidah,

    Cuba semak lejar pelarasan, mungkin ada kesilapan. Dan pastikan semua akaun yang ada dimasukkan dalam IDT serta disebelah yang betul.

  290. stok akhir adalah 40%-60% daripada nilai barang untuk dijual.
    bagaimana untuk dapat nilai barang untuk dijual?

  291. Wei,

    Nilai barang untuk dijual …. Stok awal + (Belian – Pulangan belian – diskaun diterima) … iaitu jumlah sebelum ditolak dengan Stok Akhir

  292. ckg, macam mana hendak buat cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan prestasi jangka panjang dan rumusan??

  293. Soo,

    Kemukakan 3 cadangan bagi meningkatkan prestasi perniagaan anda untuk jangka pendek.. seperti adakan promosi dan sebagainya.
    2 Cadangan peningkatan jangka panjang seperti buka cawagan dan sebagainya.
    Rumusan agak bebas, Cadangan saya: seeiakan RINGKASAN kedudukan perniagaan anda, perancangan2 jangka pendek dan panjang serta matlamat atau apa yang anda ingin capai dimasa hadapan.

  294. Selamat sejahtera cikgu,
    Saya ada satu soalan mengenai lejar sebelum pelarasan.. Saya cuma ingin tahu, berapakah jumlah sebenar akaun yang harus dibuka ketika membuat lejar trsebut. Saya membuat lejar hanya ada 41 akaun sahaja. Adakah ia kurang jumlah akaunnya atau terlebih? Terima kasih cikgu

  295. Sue,

    Bergantung kepada penyelarasan di negeri masing2.. ada yang 40 dan ada yang 41.
    Apa yang penting Imbangan Duga mesti SEIMBANG bagi menentukan catatan bergunya tepat.

  296. selamat sejahtera…
    bolehkah cikgu ajar untuk membuat belajawan tunai yang soalan (d)mengamalkan polisi kredit 30 hari…?
    yang ini saya tak faham sila cikgu ajar…
    Terima kasih…

  297. Vinxcy,

    Ianya merujuk kepada BELIAN KREDIT dalam maklumat sebelumnya… dimana BELIAN KREDIT pada bulan MEI akan dijelaskan pada bulan JUN, JUN –> JULAI.

  298. Cikgu, saya tidak faham cara membuat pelarasan yg c,d,e,f,g . Cikgu suruh ikut logik. Sya tak faham apa yg logiknya…

  299. Farahhazirah,

    Sepatutnya.. minta cikgu sekolah berikan tunjuk ajar.. kerana beliau yang akan semak hasil kerja anda sama ada ikut apa yang telah diajar atau tidak.
    Contoh2 penyataan pelarasan boleh rujuk maklumat tambahan dalam soalan2 penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK

  300. cikgu,adakah akaun kawalan penghutang dan pemiutang juga masuk dalam imbangan duga terselaras..???

  301. Wadi,

    Ya, dimasukkan dalam IDT.

  302. cikgu…

    susut nilai terkumpul lekapan kene masuk dlm kunci kira-kira kan??…!!!kene tolak dengan lekapan yg asal jugak ke..???

  303. Wadi.

    ABS
    Lekapan
    (-) SNT lekapan

    nilainya rujuk dalam IDT.

  304. cikgu….

    buku tunai runcit masuk ke dalam kunci kira-kira ke atau penyata pendapatan…!!!??? sebb kunci kira2 x balance sebnyak rm87…hehe

  305. Wadi,

    Tunai Runcit… sama juga dengan Ak Tunai…. dikelaskan sebagai Aset Semasa.. dalam KKK.

  306. baiklah….terima kasih cikgu..!!!

  307. Cikgu,
    Saya sudah coba berkali-kali membuat lejar untuk imbangan duga. Imbangan duga saya tidak seimbang. Apa yang harus saya lakukan.?

  308. assalamualaikum cikgu narzuki ..
    bagaimana mengira stok akhir 40%_60%
    perlukah….hasiltambah drpd stok awal+(belian-diskaun diterima-pulangan belian)
    sebagai contoh
    23650+(24596-373-1920)x60%
    mohon penjelasan

  309. Sue,
    Sila rujuk buku teks ms 193… Kaedah mengesan kesilapan ID tidak seimbang.

    Imelda, waalaikumussalam.
    YA, Penilaian stok akhir berdasarkan (40% – 60%) daripada nilai barang untuk dijual…. seperti yang anda nyatakan.

  310. salam cg. narzuki,
    cg. angka imbangan duga sebelum pelarasan berapa??..

  311. Zack.

    ID RM271599…. walau bagaimana sila rujuk guru sekolah… kerana ianya bergantung kepada penyelarasan / pembetulan yang dibuat diperingkat sekolah.

  312. Cg, nak minta tolong memberi penjelasan tentang tempoh kutipan hutang=penghutang ÷jualan kredit. Jualan kredit perlu tak tolak dengan pulangan jualan atau terus ambil angka jualan dari journal jualan sahaja? Tqvm

  313. Tanya,

    Pada pandangan saya, kita ikut buku teks SPM.. JUALAN KREDIT merujuk kepada Jumlah Jurnal Jualan.

  314. zack ..
    cg , selepas saya membuat imbangan duga saya perlu membuat pelarasan, bagaimana saya hendak membuat pengiraan untuk mencari stok akhir , boleh cikgu membantu…terima kasih

  315. cg, betul ke saya mengira stok akhir dengan stok +
    belian – pul belian – dikaun diterima+angkutan masuk(debit) x 60% …. kemudian, nilai ini saya ambil
    dari imbangan duga yg sebelum saya membuat pelarasan. betul ke…cg

  316. zack,

    Angkutan dalam soalan tersebut merupakan Angkutan Keluar, maka ianya tidak terlibat pengiraan Stok Akhir.
    Manakala nilai2 yang perlu diambilkira adalah merujuk kepada nilai daripada ID Terselaras.

  317. Cg macam mana nak buat prestasi semasa bagi rumusan

  318. Dame,

    Prestasi semasa boleh rujuk analisis nisbah yang telah anda sediakan.

  319. Cg. Mcm mana nk buat jurnal am untuk pelarasan stok akhir

  320. Cikgu apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan menjalankan polisi kredit 30 hari?

  321. Cg. Macam mana nk buat akaun penamat?

  322. Adi,
    Stok akhir sepatutnya tidak perlu catatan pelarasan, kerana ianya bukan item pelarasan. Catatan dengan Ak Perdagangan itu dipanggil catatan penutup. Manakaka Akaun Penamat merujuk kepada Penyata Pendapatan dan KKK.

    Fatihah,
    Tempoh 30 hari kredit merujuk kepada tempoh bayaran hutang (jualan kredit & belian kredit) sebulan kemudian.. contohnya.. belian kredit bulan Mei akan dibayar pada bulan Jun… begitulah seterusnya.

  323. ckg,terima kasih…tpi ada tak full untuk folio yg dh lengkap???

  324. Contoh jangka panjang? Selain buka cawangan, tambahkan modal..

  325. Dame,

    Cuba bayangkan kita sebagai peniaga.. apakah perancangan dimasa hadapan bagi memastikan perniagaan terus maju dan berkembang… cuba perhatikan perniagaan2 disekitar tempat anda.

  326. Terima kasih cg. Lps buat akuan penamat. Buat Kunci kira2 maksudnya kunci kira2 kena buat dua kali?

  327. Adi,

    Hanya sekali sahaja.

  328. Trima kasih cg, satu lagi kalau saya buat insurans atas belian terakru kena tolak x untuk dptkan kos barang dijual dlm penyata kewangan dan untuk nilai stok akhir amik terus yg dlm pelarasan atau kena tolak dlm penyata bank

  329. Adi.

    KBUJ = Stok awal + (Belian – pul belian – diskaun diterima) + Insuran atas belian.

  330. Cg,stok akhir ambik yg dh didarabkan dgn kos barang untuk dijual dlm pelarasan ?

  331. Ni utk penyata kewangan

  332. cikgu pelarasan nk buat macam mana?

  333. Cikgu, macam mana nak buat catatan pelarasan jurnal am untuk soalan berikut?
    i) Kesilapan tidak ketara: Ambilan alat tulis untuk kegunaan pejabat RM88 telah bersalah rekod dalam akaun ambilan.
    ii) Kesilapan ketinggalan: Ambilan tunai untuk kegunaan pejabat RM90 tertinggal rekod ke dalam mana-mana buku.
    Debit ak apa & kredit ak apa?

  334. joey,

    (i) dt Alat tulis 88 kt Ambilan 88
    (ii) penyataan tidak tepat… perlu diperbaiki.

  335. cikgu

    pelarasan susut nilai alatan pejabat nak buat macam mana?
    sAYA XDPT….CIKGU TLG BGI CONTOH

  336. cikgu
    pelarasan bagi akaun gaji dan akaun pendahuluan gaji dikategorikan sebagai apa ye?
    adakah belanja terakru atau belanja terdahulu..?
    ataupun kesilapan tidak ketara…?? yang mana satu ye cikgu.. mohon penjelasan

  337. ok terima kasih cikgu

  338. CIKGU BAGI PELARASAN D-G KITA BEBAS MEMILIH AMAUN?

  339. CIKGU PERUNTUKAN HUTANG RAGU MCM MANA BUAT?

  340. hai cikgu..cikgu nak tny sikit boleh x? cikgu macam mana kalau saya untung 2000 je…boleh ke? nnti nak buat nisbah keberuntungan macam mne? tq cikgu

  341. Ismail,
    Susutnilai alatan pejabat = 10% x RM60,000 x 1/12 = RM500…. untuk SEBULAN.
    AMAUN dalam setiap item pelarasan ditetapkan sendiri oleh pelajar… BEBAS.
    Peruntukkan Hutang Ragu = __% x baki penghutang = RM A
    Hutang ragu = RM1060 – RM A …… item HASIL dalam PP

    Zack,
    Pelarasan gaji dan pendahuluan gaji boleh juga dijadikan item ketinggalan catatan kerana sepatutnya AK Pendahuluan gaji dipindahkan ke Ak Gaji tetapi belum dilakukan lagi…. BUKANNYA item teraktu atau terdahulu.

  342. Cikgu,
    -bagaimana nak dapatkan jualan & belian bagi bulan April untuk belanjawan Tunai?
    – Baki awal tunai tu total baki dalam akaun tunai+ bank ye?
    -apa maksud perniagaan mengamalkan polisi kredit 30 hari

  343. Adlina,

    1. BAKI AWAL pada MEI… ANGGARKAN sendiri berdasar nilai (Tunai + Bank + Tunai Runcit) pada bulan MAC (asalkan munasabah)
    2. ANGGARKAN nilai bagi Jualan dan Belian pada bulan APRIL berdasarkan nilai pada bulan MAC (asalkan munasabah)
    3. Polisi kredit 30 hari.. maksudnya bayaran penjelasan bagi jualan kredit / belian kredit akan dibayar pada BULAN SELEPASNYA.

  344. Terima Kasih Cg Narzuki …

  345. Cikgu, terima kasih :)

    Cikgu apa tu akaun penamat?
    Penyata PEndapatan bilangan berapa ya?

  346. cikgu boleh tak bagi satu contoh tafsiran mcm mana?. sama mcm buku teks m/s 535 ke? salin je ke dan tukar nombor sahaja kan?

  347. Adlina,
    Akaun Penamat merujuk kepada Penyata Pendapatan, kemudian sediakan KKK.

    Ken,
    Ya, boleh rujuk buku teks.

  348. Assalamualaikum Cikgu , Saya nak tanya berkaitan akaun perdagangan dan hutang ragu. Dalam PP dan KKK , dua akaun ini perlu dibuka ke???

  349. Zulhaziq, waalaikumussalam.

    Ak Perdagangan tidak perlu buka kerana Penyata Pendapatan merupakan Ak Perdagangan dan Ak Untung Rugi dalam bentuk penyata.

    Pelarasan bagi PHR ialah Ak PHR … (KKK) dan Ak Hutang Ragu … (PP).

  350. Cikgu, macam mana buka jurnal bagi susut nilai?

  351. Hew,

    Dt Susut nilai kenderaan xxx
    Kt Susut nilai terkumpul kenderaan xxx

  352. Terima kasih, cikgu!

  353. cikgu , bila dateline untuk hantar kerja kursus akaun form 5 2015 ?

  354. Rabi,

    Tarikh sebenar pada 31 Mei 2015.. walau bagaimanapun rujuk guru sekolah atau Ketua Pentaksir Kawasan masing2.

  355. Petikan drpd soalan: “Pengiraan nisbah (bulan semasa – April dan bulan sebelumnya – Mac)”.

    Cg bagaimana nak kira nisbah bulan Mac

  356. Sevaramann,

    Buat analisis untuk bulan semasa sahaja.. bulan lepas tidak perlu kerana tiada sebarang maklumat yang diberikan dalam soalan.

  357. assalamulaikum cikgu…nak tanya…item kedai komputer seles tu nk masuk kat kunci kira kira bahagian mana ya? lagi satu pinjaman tu …pinjaman bank ke?

  358. Imelda, waalaikumussalam.

    Kedai Komputer Seles…. LS .. KKK
    Pinjaman… boleh dianggap pinjaman bank.

  359. salam Cikgu,
    Dalam belanjawan tunai memerlukan 12 item belanje ,sekarang saya sudah mempunyai belian,pemiutang,sewa dibayar,insurans,gaji,komisen dibayar ,kadar bayaran dan promosi…. saya mempunyai 8 item belanje…di manakah saye perlu ambil 4 lagi item belanje…?? tolong jelaskan dan beri pandangan cikgu

  360. Wadi,

    Item bayaran, boleh rujuk item belanja atau item2 pembayaran dalam Jurnal Pembayaran Tunai dan juga Buku Tunai Runcit.

  361. Cikgu,boleh tunjukkan contoh bagi maklumat tambahan? saya tak tahu macam mana hendak tulis bagi susut nilai perabot

  362. Maggie,

    Boleh rujuk buku teks atau buku soalan berkaitan susut nilai.

  363. Ckgu, item mana yang boleh dijadikan hasil terakru dalam kerja kursus ini ?

  364. ckgu,
    bgaimana nk menyediakan akaun kawalan drp jurnal penerimaan dan pembayaran tunai?
    ID terselaras masih tidak seimbang?

  365. Assalamualaikum ckg, apa benda je yang kita perlu masukkan dalam rumusan ya ?

  366. Assalammualaikum cikgu , Macam mana nak buat pelarasan?

  367. Sazwan, waalaikumussalam.

    Ikut kehendak soalan…
    SN
    PHR
    2 belanja terakru
    1 belanja terdahulu
    1 hasil terakru
    ketinggalan catatan
    pembetulan kesilapan

  368. assalammualaikum cikgu, apa yang kita perlu letak didalam belanjawan tunai bahagian penerimaan dan pembayaran?

  369. Jeha, waalaikumussalam.

    Boleh rujuk item2 dalam jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai serta item hasil dan belanja dalam PP.

  370. cikgu macam mana nak kira jualan kt??

  371. cikgu, mana nak dapat jurnal penerimaan tunai dan pembayaran tunai??

  372. Jeha.

    Jurnal penerimaan & pembayaran tunai diberikan dalam soalan.
    Jumlah jurnal jualan merujuk kepada jyalan kredit.

  373. assalamualaikum cikgu,
    saya nak tnya. kalau dlm catatn pelarsan terlibat dgn akaun stok dan akaun perdagangan,
    adakah perlu ia dicatat dlm jurnal dan adakah nilai dalam akaun perdagangan itu dimasukkan ke dalam imbangan duga?

  374. Athirah, waalaikumussalam.

    Stok akhir tidak dianggap item pelarasan. Tidak perlu catatan bergu Dt Ak petdagangan Kt Stok… dan Dt Stok Kt Ak Perdagangan…. itu dipanggil catatan penutup. Maka tidak wujud dalam ID Terselaras.

  375. Cikgu, penyata pendapatan macam mane nak tulis?
    Bagi bulan berakhir ke @ bagi tahun berakhir?
    Tarikh bile?

  376. Niena.

    Penyata untuk sebulan … maka Penyata Pendapatan bagi bulan berakhir 31 Mac 2015.

  377. cikgu nk tanya, apabila nk buat nisbah, kena buat penyata pendapatan dan kunci kira2 selepas buat imbangan duga terselaras kan?
    daripada mana nak dapat stok awal dan stok akhir?
    di mana nk letak buku tunai runcit?

  378. cikgu pinjaman adalah liabiliti semasa ?

  379. ckg berapa nilai akaun kawalan penghutang
    dengan pemiutang.ID saye tak imbang dan saye rase puncanye akaun kawalan tak betul.tlg berikan item2 yang patut ade dalam akaun kawalan penghutang

  380. Aifirana,
    Penyata Pendapatan dan KKK hanya disediakan selepas ID Terselaras.
    Stok awal dan Stok akhir boleh diperolehi daripada Penyata Pendapatan.
    Tunai Runcit merupakan Aset Semasa dalam KKK.

    Kalai,
    Ya, Pinjaman dikelaskan Liabiliti Semasa kerana tempoh matangnya Kurang 1 tahun.

    Mai,
    Ak Kawalan Penghutang = RM18,568 (Baki awal, Jualan, Bank, Pulangan jualan, Diskaun diberi)
    Ak Kawalan Pemiutang = RM13,467 (Baki awal, Belian, Bank, Pulangan belian, Diskaun diterima)
    # walau bagaimanapun bergantung kepada pelarasan berkaitan dengan penghutang dan pemiutang (jika ada).

  381. assalamualaikum ,
    cg mcm mana nk buat catatan pelarasan jurnal am untuk soalan berikut?

    1)kesilapan tidak ketara: alat tulis sebanyak Rm150 tersalah rekod ke akaun belanja am

    2)kesilapan ketinggalan catatan: belian secara tunai sebanyak Rm 500 tidak direkodkan dimana2 buku

    3)kesilapan ketinggalan catatan: ambilan tunai sebanyak Rm 700 untuk keggunaan peribadi tidak direkodkan

    nak dt ak ape?kt ak ape?

  382. assalamualaikum…cikgu…perlu ke wujud akaun sewa terakru sebelum pelarasan atau masukkan terus dalam akaun sewa sebab dalam jurnal am ada sewa terakru

  383. Imelda, waalaikumussalam.

    Ikutkan penyelarasan yang telah dibuat… masukkan terus ke Ak Sewa sebagai Baki b/b.

  384. cg mcm mana nk kira ni?

    perabot di susutnilaikan mengikut kaedah garis lurus.Nilai skrap adalah Rm 2000 dan jangka hayat dijangka 6 tahun

    mcm ni ke jwpn dia cg?

    29000-2000 bahagi 6 darab 1/12

    lpz tu mcm mana nk buat dlm lejar?sy x reti lah cg..

  385. Fatin, waalaikumussalam.

    1) Dt Alat tulis Kt Belanja Am
    2) Dt Belian Kt Tunai
    3) Dt Ambilan Kt Tunai

    Pengiraan SN sudah betul, catatan bergu dalam Jurnal Am : Dt Susut nilai perabot Kt Susutnilai terkumpul perabot

  386. cg mcm mana nak kira stok akhir?

  387. cg tafsiran nisbah nk wat cammane?sy x faham

  388. Leha,

    Boleh rujuk jadual Tafsiran Nisbah dalam Buku Teks.

  389. Salam cikgu,

    Apa baki akhir untuk belanjawan tunai?

  390. Adakah jumlah jualan dalam belanjawan tunai tidak termasuk jualan kredit? Kalau tiada seolah-olah tiada penghutang pula. Jika wujud jualan kredit, ini bermakna akan wujud juga penerimaan daripada penghutang. Minta pencerahan.

  391. salam cikgu,

    kedai komputer seles,pinjaman,dengan tunai runcit nak masuk mane dalam penyata pendapatan

    hasil ke belanja.mohon penjelasan segera…

  392. Mai,

    Semua item tersebut adalah aset dan liabiliti… masukkan dalam KKK.

  393. perbandingan analisis nisbah takyah buat ke cikgu
    sbb takde pon maklumat untuk bulan sebelumnye.
    so cancellah soalan tu ye??

  394. cikgu kalau kunci kira kira tu nilainys tak sama macam mana nak tahu kesalahanya?

  395. cikgu,
    saye dapat tempoh kutipan penghutang ngan pemiutang yang pelik.

    penghutang 388 hari
    pemiutang 355 hari
    macam mane nak buat ni
    ke biarkan je??

  396. Dania,
    Buat analisis untuk bulan MAC sahaja.

    Jie,
    Pastikan IDTerselaras seimbang.. mungkin silap dari segi kedudukan dalam komponen yang salah… ataupun dari segi operasi.

    Mira,
    Oleh kerana rekod untuk bulan MAC sahaja… maka X 31 hari sahaja.

  397. assalamualaikum..cikgu..bagaimana nak mengira butir2 yg perlu diambil kira dlm belanjawan tunai?
    contohnya:modal awal

  398. cikgu nak tahu baki awal tunai bagaimana??

  399. cikgu….boleh senaraikan butir penerimaan dan pembayaran dalam belanjawan tunai…….
    saya harap cikgu boleh tolong saya….sebab saya kesuntukan masa.

  400. As salam. cikgu .( dalam belanjawan tunai ) nilai yang nak diletakkn dalam penghutang tu nak ambil nilai di mana?
    berdasarkan apa ye?

  401. Megat, waalaikumussalam.
    Cuba fahami konsep dan item2 dalam Belanjawan Tunai terlebih dahulu. Modal awal bukannya item penerimaan pada bulan2 tersebut, maka tidak perlu masukkan.
    Baki awal tunai bulan Mei adalah ANGGARAN.. berdasarkan baki tunai+bank+tunai runcit pada akhir MAC.
    Item penerimaan – item2 yang dianggarkan akan terima wang pada bulan2 tersebut.. di amna sebagai panduan kita boleh rujuk kepada Jurnal Penerimaan Tunai… begitu juga dengan item2 Pembayaran.

    Yana, waalaikumussalam.
    Berdasarkan ketetapan yang dibuat sendiri, misalnya 70% jualan tunai dan 30% jualan kredit.. ataupun boleh juga jadikan agihan bulan MAC sebagai panduan.

  402. salam , cikgu sekiranya di dalam jurnal am terdapat pinjaman (matang pada ….) bagaimana cara untuk diletakkan didalam lejar am? di bahagian debit atau kredit?

  403. asslamualaikum!!

    cikgu,boleh tolong senaraikan belanja tetap??
    tqvvvmm cikgu

  404. hallo..bolehkah cikgu membantui saya?
    kutipan penghutang dalam belanjawan tunai mau ambil mana cikgu?

  405. cikgu, kalau ada tunai runcit di ibgn duga sebanyak RM85 di sblh debit. Nak masuk mana ?

  406. Fateh,
    Daripada JA poskan ke Lejar berkenaan.. iaitu Ak Pinjaman, catatkan disebelah KREDIT dengan butirnya BAKI B/B.

    Lee Min Ho,
    Sila rujuk akaun2 belanja dalam Penyata Pendapatan.
    Kutipan daripada penghutang merujuk kepada baki penghutang BULAN SEBELUMNYA… dan Baki Penghutang merujuk kepada JUALAN KREDIT.

    Thines,
    Tunai Runcit… dikelaskan sebagai Aset Semasa dalam KKK.

  407. cikgu untuk pelarasan bagi susut nilai, susut nilai terkumpul di ID sebelum terselaras perlu dikira juga?

  408. sir…oleh itu belanja dan hasil /penerimaan dan pembayaran terus kita ambil dari jurnal penerimaan/pembayaran tunai tnpa mengubah langsung amaun?betulke sir?

  409. Leona,
    Rujuk KITARAN PERAKAUNAN :
    Dokumen –> BCP –> Lejar –> ID –> Pelarasan –> ID Terselaras –> Akaun Penamat –> Catatan Penutup.

    Lee Ming Xion,
    Nilainya kita ambil nilai selepas pelarasan.. iaitu daripada ID Terselaras atau Penyata Pendapatan.

  410. Klu dlm imbangan duga terselaras stok 23650..bagaimana nk dpt nilai stok akhir..adakah amik nilai masa kita buat belanjawan?

    utk tunai runcit perlu ke kita tulis tunai runcit 87 terus dlm aset semasa atau perlu ditambah terus dlm tunai?

    untuk kedai komputer seles dan pemiutang, adakah perlu buat akaun kawalan pemiutang terus?

  411. Aifirana,

    Nilai Stok dalam ID Terselaras.. masih nilai RM23,650 (seperti baki dalam Ak Stok)
    Pengiraan Stok akhir ada dinyatakan dalam soalan Arahan 2 (a).. dan Stok AKhir tidak terlibat dengan Belanjawan.

    Ak Tunai Runcit dan Ak Tunai.. dua akaun yang berbeza, asingkkan ikut baki akaun masing2.
    Kedai Komputer Seles merupakan pemiutang bukan barang niaga… TIDAK boleh dimasukkan dalam Ak Kawalan Pemiutang.

  412. cikgu kalau imbangan duga terseleras tak seimbang dan perbezaan debit dgn kreditnya sama dengan angka lejar .. macam mana nak buat? sy x faham

  413. cikgu tunai runcit aset semasa ke?

  414. CIKGU kedai komputer seles nk masuk mane dlm kkk?

  415. Jie,
    Apa maksud “angka lejar” ?
    ID Terselaras… senarai semua akaun yang ada termasuk akaun2 yang tidak terlibat dengan pelarasan.

    Fatin,
    Tunai Runcit …. AS
    Kedai Komputer Seles… LS

  416. Masih ramai yang belum siap walaupon tarikh kerja kursus telah berlalu..

    Kuatkan usaha untuk berjaya…

  417. Nisbah nak buat macam mana?

  418. Ihsan,

    Boleh rujuk jadual analisis nisbah dalam Buku Teks m/s 535.

  419. cg ape yg di maksudkan dengan perniagaan mengamalkan polisi kredit 30 hari?sy kurang fhm lh-ni dlm belanjawan tunai

  420. Fatin,

    Itu tempoh bayaran penjelasan baki hutang dalam tempoh 1 bulan.. Contohnya
    Belian Mei RM100,000
    Belian tunai RM30,000 …. dibayar pada MEI
    Belian kredit (Pemiutang) RM70,000 ….. dibayar pada JUN

  421. Assalamualaikum, boleh saya dapatkan contoh cadangan. Kerja kursus saya hampir siap. Hanya tinggal cadangan.

  422. Cikgu, adakah ia benar bahawa jumlah imbangan duga sebelum pelarasan RM271599? Kerana sy dan rakan-rakan sy semua dpt RM272799. Minta tolong sikit, cikgu

  423. Selain itu, dlm Penyata pendapatan, patutkah sy masukkan Derma dan Alat tulis yg terdpt dlm Buku tunai runcit? Kalau dlm senarai pelarasan (pembetulan kesilapan) bagaimana? Patutkah sy catatkan dlm PP juga? Terima kasih, cikgu

  424. assalamualaikum, cikgu,
    boleh bagi saya contoh cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan prestasi jangka panjang serta rumusan???

  425. Pada 1 mac 2015, saya(nama) sebagai pemilik perniagaan telah menjalankan perniagaan yang bernama (nama perniagaan) yang beralamat (alamat perniagaan).
    soalan saya, apakah kesilapan yang telah dibuat??
    mohon penjelasan cikgu,,,

  426. Rafiz, waalaikumussalam.
    3 Cadangan peningkatan prestasi jangka pendek dan 2 cadangan peningkatan prestasi jangka panjang.
    Cuba fikirkan apa yang perlu dibuat untuk perniagaan kita tingkatkan prestasi.. jangka pendek biasanya merujuk kepada peningkatan hasil jualan.. boleh dilihat dari segi promosi, lokasi perniagaan, harga barangan kita, barang niaga. Serta pengurangan kos/belanja.
    Manakala untuk jangka panjang.. lebih kepada perkembangan perniagaan di masa hadapan.. seperti buka cawangan baru, pelbagaikan barangan dll.

    Angel,
    Jumlah ID bergantung kepada pembetulan RM3,000 yang dibuat dalam Jurnal Am.. kerana ada yang betulkan di Ak Modal dan ada yang betulkan di akaun yang lain.
    BTR juga perlu diposkan ke lejar… Derma dan Alat tulis merupakan belanja maka perlu dimasukkan dalam PP.. mana2 akaun HASIL dan BELANJA sudah semestinay dimasukkan dalam PP.

    Liana, waalaikumussalam.
    Cadangan boleh rujuk komen Cg diatas.
    Tarikh dalam pengenalan sepatutnya merujuk kepada tarikh penubuhan perniagaan… memandangkan kita meneruskan perniagaan yang lepas, maka tarikh penubuhan sepatutnya bertarikh tahun2 sebelum 2015.

  427. Salam Cikgu Narzuki,
    Perihal perbandingan analisis, cikgu sekolah saya mengatakan bahawa tidak perlu dibuat pada tahun ini. Adakah perkara ini betul? Saye perlukan confirmation dengan segera….
    Terima kasih

  428. Kepda liana,
    Awak boleh search dekat google. Saye ade jumpe yg panjang lebar. Cume perlu edit sikit sikit

  429. Budop naim,
    Ya, Hanya buat analisis nisbah untuk tahun 2015 sahaja.. tidak perlu buat perbandingan dengan yang lepas kerana tiada sebarang maklumat bulan/tahun lepas yang diberikan dalam soalan… tidak sepertimana soalan tahun lepas.

  430. Saya agak kurang faham nisbah dalam buku teks…cikgu boleh terang sikit dak?

  431. cara buat mota pelarasan cikgu???

  432. Budop Naim,
    Terima kasih untuk informasi… :)

  433. Terima kasih banyak cikgu… <3

  434. Cg, sy x thu akaun mana mahu dimasukan ke PP dan KKK
    boleh bgthu caranya? sprt

  435. Cikgu, patutkah sy masukkan segala kesilapan dlm PP selepas menyediakan Imbangan duga?

  436. Aiman.
    PP … hasil dan belanja
    KKK … aset, liabiliti dan ekuiti

    Angel.
    Rujuk kitaran perakaunan.
    …. ID..pelarasan ..IDT… PP & KKK

  437. Cikgu, adakah butiran Pinjaman dlm KKK diletak dlm Liabiliti Semasa?

  438. Angle,

    Kita rujuk tempoh matangnya.. jika setahun @ kurang dikelaskan sebagai LS.
    Jika lebih setahun… LBS.

  439. Cikgu, bagaimana buat pengiraan nisbah untuk bulan sebelumnya?

  440. Rakan sy kata tiada infomasi bagi bulan sebelumnya diberi jadi mereka x buat pun pengiraan nisbah utk bulan sebelumnya, hanya bulan semasa. Tapi, sy x pasti dan agak risau

  441. Selain itu, cikgu, perlukah sy nyatakan semua maklumat belanjawan tunai? Ataupun sediakan belanjawan tunai sahaja? Terima kasih, cikgu

  442. Angel,

    Hanya buat analisis nisbah dan tafsiran untuk bulan semasa sahaja.
    Belanjawan tunai perlu disertakan dengan nota belanjawan serta pengiraannya sekali supaya memudahkan guru menyemak ketepatan pengiraan dan penyediaan belanjawan anda.

  443. assalamualaikum….cikgu brp nak buat baki awal belanjawan tunai

  444. Nasibah, waalaikumussalam.

    Bebas, hanya anggaran semata-mata, tetapi biarlah munasabah berbanding baki tunai bulan MAC.

  445. cikgu,bagaimana kalau pp dan kkk tidak sama?

  446. Callist,

    PP memang tidak sama, ianya bertujuan mencari Untung/Rugi Bersih.. KKK mesti SEIMBANG.. Jika tidak seimbang, kemungkinan masukkan item dalam komponen yang salah… contohnya item belanja catat dalam Aset dan sebaginya.

  447. Cikgu, bagi belanjawan tunai, bagaimana buat anggaran? Sy x faham apa yg dikehendaki.
    “Lain-lain anggaran penerimaan dan pembayaran yg signifikan berdasarkan rekod sedia ada.”

    Adakah semua anggaran itu dibuat sendiri? Atau berdasarkan sesuatu?

  448. Selain itu, berapa anggaran mesti dibuat?

  449. Angel,

    Belanjawan.. hanya anggaran untuk beberapa bulan kehadapan.. maka dalam menentukan apakan item2 penerimaan dan pembayaran.. kita perlulah rujuk kepada rekod kita dalam bulan Mac. Begitu juga dengan nilainya hendaklah munasabah berdasarkan bulan Mac.. atau kita gunakan nilai bulan Mac dengan andaian nilai tetsebut tetap setiap bulan.

  450. Baiklah, cikgu. Jadi, berapa anggaran mesti dibuat? Adakah 6 (Alat tulis, kadar bayaran, sewa, komisen diterima, gaji pekerja dan belanja kenderaan) cukup?

  451. cikgu, bagaimana kira jualan bagi bulan april?

  452. Cikgu, bagaimana dapat baki awal tunai utk Mei dlm belanjawan tunai?

  453. Kerana dlm lejar sy, baki h/b ialah pd april 1. jadi bagaimana dptkan baki awal mei?

  454. Angel,

    Item2 penerimaan dan pembayaran boleh rujuk hasil dan belanja yang sedia ada dalam PP masing2… bukan reka suka2.

    Jualan April hanya anggaran … tapi munasabah berdasarkan nilai bulan Mac.

    Cuba fahami apa itu belanjawan serta tujuan ianya disediakan.

  455. Cikgu, bagaimana dptkan baki awal Mei dlm belanjawan tunai? Soalan kata rujuk kpd akaun bank dan akaun tunai. Tapi bukankah kami akan dptkan baki awal April?

  456. Angel,

    Anggarkan baki awal pada Mei berdasarkan nilai pada bulan April tersebut.

  457. Jadi, jika baki awal april ialah rm74428, sy blh letakkan baki awal mei sbg rm78000? ataupun ada pengiraan tertentu?

  458. Angel.

    Hanya Jangkaan bulan Mei sahaja…. asalkan munasabah.

  459. Baiklah, terima kasih cikgu

  460. Cikgu .. macam mana nak buat rumusan ?

  461. Lavanyan,

    Tiada ketetapan khusus sepertimana tugasan Tingkatan 4. Bergantung kepada ketetapan guru sekolah masing2.

    Apa yang saya tetapkan kepada pelajar saya … rumusan merupakan kesimpulan daripada laporan keseluruhan yang dibuat berdasarkan pencapaian prestasi semasa, perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta harapan masa depan perniagaan … secara ringkas.

  462. cikgu, apa dimaksudkan dgn ‘menentukan nama penghutang dan pemiutang’? Adakah itu menentukan nama penghutang A, B dll. ?

  463. Angel,

    Pelajar perlu ganti penghutang A, B, C dan D dengan nama syarikat yang ditetapkan sendiri, begitu juga dengan pemiutang X, Y dan Z

  464. cg, belanjawan tunai perlu taip untuk bulan april lg ke?

  465. Safa,

    Hanya bulan MEI, JUN dan JULAI sahaja.

  466. Cg,adakah semua blnja perlu dimasukkan ke dlm pembayaran tunai? Etc:(pos derma dll)
    Satu lagi,,adakah diskaun pun masuk juga?

  467. Rabbiyah,

    Semua yang melibatkan aliran keluar wang tunai.. seperti pos, derma, sewa dll
    Tetapi Diskaun, hutang lapuk, susut nilai… tidak melibat aliran tunai keluar.. tidak masuk.

  468. Cikgu dekat pembayaran belanjawan tunai..boleh letak tak belanja peningkatan hutang ragu??

  469. Zul,

    TIDAK BOLEH… item pembayaran merujuk kepada “Aliran Keluar Tunai“… iaitu perniagaan mengeluarkan tunai untuk sesuatu tujuan.
    Manakala ..item Pengurangan peruntukan hutang ragu, Hutang lapuk, Susut nilai, Diskaun diberi TIDAK melibatkan pengeluaran tunai.

  470. Cikgu untuk angkutan masuk dia dalam bahagian debit atau kredit dalam imbangan duga……..dan kalau saya rekod kat penyata pendapatan rekod kat kos jualan atau belanja….terima kasih..

  471. Rubbhan,

    Angkutan dalam soalan adalah ANGKUTAN KELUAR bukannya Angkutan Masuk.

    Angkutan Keluar/Masuk… berbaki DEBIT.
    Angkutan masuk — Kos Jualan
    Angkutan keluar — Belanja

  472. terima kasih cikgu…. :)

  473. Bagaimana pula tentang hutang ragu cikgu??

  474. Rubbhan,

    Peruntukan hutang ragu — baki Kredit — AS (Penghutang – PHR)

    Hutang ragu — belanja/hasil
    … pertambahan phr = belanja
    … pengurangan phr = hasil
    ..

  475. macam mne nk letak folio dlm lejar sblum dan selepas dan akaun kawalan

  476. cikgu,saya dh siap cuma confius ngan folio nk letak LA ke JA sblum dan selepas..
    Boleh tlg terangkan sikit?

  477. Nor Shafika.

    Seperti dalam buku teks. Folio dalam BCP merujuk kepada halaman Lejar (LAx. LBx.. LJx..) manakala folio dalam Lejar merujuk kepada BCP (JAx.. JJx.. JPJx.. JBx.. JPBx..JTTx.. JBTx..BTRx).

  478. lejar selepas pelerasan menggunakan JA6 kn cikgu dan bagaimana pulak dengan baki b/b selepas pelarsan

  479. bermaksud jika telah diberi akaun sebelumnya maksudnya folio digunakan ialah JA jika akaun yang baru dibuka cthnya lejar pelarasan mesti menggunakan LA,begitukah cikgu??

  480. adakah akaun kawalan harus ada folio cikgu?

  481. Nor Shafika.

    Penulisan Folio tetap sama.. sebelum atau selepas pelarasan… akaun lama atau akaun baru. Semua akaun perlu lengkap dengan folio termasuk Ak Kawalan.

    Baki b/b selepas pelarasan sebenarnya sambungan daripada akaun sedia wujud, maka tiada rujukan daripada BCP.. kosongkan.

  482. Cikgu,catatan pelarasan kena letak JA6 dan mskkan ke dlm lejar selepas pelarasan dalam semua ruangan folio ke??

  483. Chin Wu.

    Ya.. semua akaun yang terlibat dengan catatan pelarasan .. folionya JA6… iaitu sumber rujukannya.

  484. cikgu.. penyediaan belanjawan tunai:
    belian bagi april ialah rm27000.belian bagi bulan mei ,jun,julai dijangka meninkat 5% daripada bulan sebelumnya. peratusan belian tunai dan kredit ialah 60% belian tunai 40% belian kredit .perniagaan mengamalkan polisi kredit 30 hari…

  485. dekat belanjawan tunai di pembayaran ..saya letak belian tunai untuk mei ialah 17010..jun 17 861 dan julai 18 754 ..kenapa ckgu saya kata salah??

  486. Iffah,

    Sika rujuk cikgu anda… tunjukkan pengiraan yang anda buat… ada markah untuk “Komunikasi” dalam pemberian skor kerja kursus anda.

  487. cikgu saya tak jumpa soalan spm sebenar prinsip akaun tahun 2010 dekat internet .

  488. Arabb,

    Soalan sebenar memang tidak boleh disebarkan tanpa kebenaran LPM… soalan tersebut boleh diperolehi daripada Buku Koleksi soalan tahun2 lepas yang ada jual dipasaran.

  489. hanna raihanna

    assalam.. nk tnye mcmane nk buat keputusan perniagaan mohon jawapan

  490. Hanna raihana, waalaikumussalam.

    Sila rujuk Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek yang diedarkan bersama soalan tugasan.
    Aspek 4.1 KEPUTUSAN PERNIAGAAN…. di mana pelajar berkeupayaan mengemukakan sekurang-kurangnya TIGA CADANGAN yang relevan untuk meningkatkan PRESTASI SEMASA perniagaan…. iaitu perancangan JANGKA PENDEK. .. contohnya tingkatkan promosi.. dan sebagainya.

  491. cikgu..semasa di kunci kira-kira,nilai modal awal rm176 333.betul tak?

    untuk analisis nisbah bagi titik pulang modal juga guna modal awal rm176 333, betul tak?

  492. Siti,

    Modal awal dalam KKK dirujuk daripada baki Modal dalam IDT.

    Analisis pulangan atas modal (bukan titik pulang modal) juga rujuk kepada modal awal tersebut (bukannya modal pada 1 mac sahaja). MODAL AWAL dalam KKK bermaksud modal sebelum ditambah UB dan ditolak Ambilan.

  493. assalam cikgu,

    saya sdg buat kerja kursus tingkatan 4. bnyk bnde saya tak paham.saya nak tanya..
    kalau buat nk dokumen , keratan cek. baki akhir nak ambil dkt mana? dkt bank eh? tapi baki perniagaan pada awal bulan tak tulis. yg ada kenderaan, stok, penghutang, overdraf bank, tunai dan modal. mana nk ambil baki akhir ckgu? bagi contohnya skali.. tq

  494. Mirul.

    Overdraf bank RM800…. merupakan baki Ak Bank.. cuma disebelah Kredit… dalam keratan cek .. boleh tulis sebagai (RM800)…. dalam kurungan.

  495. cikgu, macam mana nak kira jumlah modal untuk baki b/b?

  496. Aqilah,

    Tentukan dahulu nilai STOK AWAL.
    Kemudian dengan menggunakan persamaan perakaunan: ASET – LIABILITI = EKUITI PEMILIK (MODAL)

  497. cikgu bolehkah awak tolong saya? Saya risau saya akan fail akaun dalam spm kerana saya tak ada buat kedua dua akaun folio form 4 & 5. Dan saya tidak faham macam mana nak buat akaun! Saya sangat risau kerana masa dah tak cukup :(

  498. Ailie,

    Jika tidak buat kerja kursus (Kertas 3).. maka pemberian markah berdasarkan kertas 1 dan 2 sahaja.
    Walaubagaimanapun pasti guru SU SPM masukan ruangan markah sebagai “P”.. bermaksud pengecualian… bukannta “X”.

  499. Cikgu saya punya penerimaan ada 4 dan pembayaran ada 8,jika tidak tambah kadar bayaran.cikgu, kadar bayaran nak tambah dalam belanjawan tunai?

  500. Hasil saya ada sewa diterima 1800,komisen diterima 500.
    belanja ada insurans 2400,promosi 1100,belanja am 300,angkutan keluar 1000,alat tulis 170,gaji 8000,kadar bayaran 1600,belanja susut nilai kenderaan 405,belanja susut nilai perabot 104,hutang ragu 786,hutang lapuk 300
    Ini lalah penyata pendapatan hasil dan belanja saya, saya nak tambah kadar bayaran dalam belanjawan tunai?

  501. Xin Yu,

    Belanjawan adalah merujuk kepada Anggaran PENERIMAAN dan PEMBAYARAN TUNAI, mana-mana yang melibat tunai terima dan bayar boleh dijadikan item dalam Belanjawan tunai… antaranya :

    Item Penerimaan :
    Jualan (tunai)
    Penerimaan daripada penghutang
    Sewa diterima
    Komisen diterima

    Item Pembayaran:
    Belian (tunai)
    Pembayaran kepada pemiutang
    Insurans
    Belanja am
    Angkutan keluar
    Alat tulis
    Gaji
    Kadar bayaran

    # Susut nilai, Hutang lapuk, Hutang ragu, Diskaun –> TIDAK MASUK kerana tidak melibatkan pengeluaran wang tunai.

  502. Cikgu, saya nak tanya, bagaimana hendak buat rumusan kerja khusus tingkatan 5 ?

  503. Assalamualaikum cikgu , saya nak tanya macam mana nk buat rumusan untuk kerja kursus tingkatan 5?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.