TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 SPM 2016

TEMPOH PELAKSANAAN : APRILĀ – MEI 2016

BAHAN CIKGU AZLAN

 

Posted on March 18, 2016, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 762 Comments.

  1. Jolin,

    Susut nilai, hutang ragu, hutang lapuk, diskaun …. tidak melibatkan pengeluaran wang tunai.. maka tidak boleh dimasukkan dalam Belanjawan tunai.

  2. assalamualaikum cg Narzuki, kenapa panduan perlaksanaan saya tak dapat download sb kena ada password. kat mana nak dptkan password tu? tq.

  3. saya juga mengalami masalah yang sama dgn cg mazamir. untuk panduan pelaksanaan tak dapat nak download disebabkan tiada password

  4. Reini,

    Password tersebut akan dimaklumkan oleh Ketua Pentaksir Negeri masing2 kepada guru2..
    Ok.. saya akan bantu..(rujuk email).

  5. SAYA PUN MENGALAMI MASALAH YANG SAMA

  6. Cikgu saya pun tk dpt nk download juga sbb tk ada password

  7. Salam ckgu,
    Nk tya ttg ak kadar bayaran.memandangkn baki akhir kadar bayaran adalah terakru 600 maka ada 1600 bhgn kt akaun tersebut nk di bergukn dgn ak apa ya.

  8. Yeoh,

    Jika Ak Kadar Bayaran… ada baki b/b (akhir) sebelah kredit.. maksudnya kadar bayaran terakru… maka catatan bergu bagi 1600 sebelah kredit dalam akaun ialah AUR.

  9. Cikgu Narzuki,
    Mohon penjelasan,

    Berkenaan folio 2016.. dinyatakan Jurnal Jualan, JB, JPJ dan JPB.. telah hilang.. maka perlukah kita buat sesuatu tentangnya?
    atau boleh dapatkan maklumat tersebut dari kad stok sahaja. Dan tidak perlu khuatir tentang JJ, JB, JPJ dan JPB yang hilang?

    terima kasih

  10. Cadangan saya, terlebih dahulu minta pelajar sediakan Jurnal-jurnal berkenaan berdasarkan maklumat daripada Kad Stok.. daripada situ pelajar akan lebih memahami maksud dan kegyunaan Kad Stok tersebut.
    Daripada Jurnal Khas, barulah pelajar sediakan ikut kitaran perakaunan… BCP –> Lejar.

    Perhatian perlu diberikan kepada nilai JUALAN kepada PENGHUTANG (dalam penyediaan Jurnal Jualan dan Jurnal Pulangan Jualan)…. nilainya TIDAK BOLEH ambil terus daripada Kad Stok kerana nilainya dalam harga kos. Pelajar terpaksa mengira.. KUANTITI x HARGA JUAL setiap barang niaga… barulah dapat NILAI bagi JUALAN dan PULANGAN JUALAN.

  11. Cikgu, saya pun tak dapat download juga sebab tak ada password…tq

  12. Cikgu
    1) Rujuk kepada soalan Yeoh tentang kadar bayaran terakru 600, dan bersama dengan 1000, jumlah 1600 harus pindah ke Akaun UR. Adakah kita akan buat catatan penutupan/pindahan bagi semua belanja dan hasil juga?
    2) Patutkah kita buat catatan pembalikan bagi sewa diterima terakru pada 1/4? Jika ya, bilakah kita harus lakukannya, semasa menjawab soalan (c) atau (e)?
    Terima kasih.

  13. Martina,

    Pada pandangan saya,
    1) Soalan Yeoh … tidak berkaitan dengan tugasan kerja kursus T5 2016. Untuk tujuan kerja kursus.. kita imbangkan semua akaun dan bakinya kita pindahkan ke ID…. ikut Kitaran Perakaunan (tidak pindahkan ke AUR).

    2) Maaf.. apa soalan (c) dan soalan (e) ?
    Catatan pembalikan sepatutnya dilakukan pada awal bulan… iaitu 1/4… akaun tersebut ditutup dan dipindahkan ke Ak Sewa Diterima… ianya tidak sama dengan catatan pelarasan.
    Dalam kes kerja kursus ini, kita kena tunggu pelyelarasan yang dibuat diperingkat kebangsaan.. sama ada ianya perlu dicatat sebagai catatan pembalikan pada awal bulan.. atau dijadikan item pelarasan pada akhir bulan.. seolah2 catatan tersebut terlupa dilakukan pada awal bulan dan diselaraskan pada akhir bulannya… sama2 kita tunggu keputusannya.

  14. Mcm susah je?

  15. Ain,

    Sudah namanya peperiksaan…. mestilah ada sikit-sikit tempat yang susah.. dari situlah kita akan belajar sesuatu ilmu yang baru.

  16. Terima kasih, Cikgu.
    Maaf saya jika soalan tak jelas. Saya rejuk kepada projek kertas 3, ms3, poin 6 (c) dan (e).
    Walaubagaimanapun, saya berterima kasih atas keterangan Cikgu tentang catatan pembalikan.

  17. Salam cikgu,
    Merujuk kpd soalan saya ttg ak kadar bayaran tu mmg ttg kerja kursus t5 2016.sbb baki b/b sblh kt 600 jdi kita nk imbangkn 1600 kt tu nk tulis bergu dgn ak apa??sbb kita bkn nk pindah ke AUR kn.mohon pencerahan.
    Dt Ak kadar bayaran. Kt
    _____________________________________
    Apr 30. Tunai 1000. ?? 1600
    Baki. H/b 600

  18. Ak kadar bayaran
    Apr 30. Tunai. 1000. Apr 30. ??? 1600
    Baki h/b. 600
    _____. _____
    1600. 1600
    ______. ______
    Mei 1. Baki b/b. 600

    Yg ??? Butir sblh kredit tu nk tulis apa cikgu

  19. Maaf cikgu saya nk lukis lejar tu tp berterabur plak.Harap cikgu faham soalan saya??

  20. Yeoh,

    Maaf, saya baru perasan ada diberikan baki akhir kadar bayaran terakru RM600.

    Maka pada pandangan saya, perkara tersebut MESTI dijadikan salah satu item pelarasan 3(e) BELANJA TERAKRU.
    Dt Kadar bayaran 600 Kt Kadar bayaran terakru 600
    Bukannya baki akhir kredit Ak Kadar Bayaran….. tetapi baki akhir untuk Ak Kadar Bayaran Terakru.

    Maka dalam AK Kadar bayaran
    Dt Tunai 1000
    Dt Kadar bayaran terakru 600
    Baki h/b & Baki b/b 1600

    Ak Kadar bayaran terakru
    Kt Kadar bayaran 600
    Baki h/b & Baki b/b 600

    # walau bagaimanapun kita kena rujuk penyelarasan yang akan dibuat peringkat kebangsaan.

  21. Berdasarkn penerangan cikgu tu berlaku apabila kita dh buat pelarasan kan unt kadar bayaran terakru.
    Jika sblm buat pelarasan mcm mana pula cikgu.saya tk berapa jelas.

  22. Yeoh,

    Jika sebelum pelarasan, kita hanya rekodkan bayaran tunai RM1000 yang telah dibuat.

  23. Mula2 kena buat apa dlu cg?

  24. Ain,

    Peringkat awal, saya cadangkan sediakan Jurnal Khas yang hilang berdasarkan maklumat daripada Kad Stok yang diberikan.

  25. Askm cikgu..
    harga pasaran yg disertakan = harga jualan brg?
    Boleh kah jumlah jualan kredit tu ditentukan berdasarkan nilai imbangan dalam akaun2 penghutang sahaja?

  26. Mairani,

    Harga pasaran diberi untuk penilaian stok akhir pada harga pasaran.. kemudian dibandingkan dengan nilai harga kos.. seterusnya menggunakan TAKAP bagi menentukan nilai Stok Akhir dalam penyediaan Penyata Kewangan nanti.

    Untuk mendapatkan nilai jualan kredit, kita boleh guna kaedah tersebut. Tetapi untuk tujuan kerja kursus, adalah lebih baik kita sediakan ikut kitaran perakaunan.. iaitu sediakan Jurnal Khas berdasarkan maklumat daripada Kad Stok (itu sebabnya kenapa kad stok diberikan).

  27. cikgu..kalau gunakan harga pasaran tu..masih xdpt jualan kredit yg betul utk baki yg diberikan. atau saya silap?

  28. alamak..xperasan harga jualan kat atas?

  29. Mairani,

    Ya harga jualan memang diberi dalam setiap kad stok..

    Cuma perlu diberikan perhatian.. Kad Stok 1 dan 2.. ada kedudukan … “unik.. harga seunit .. jumlah”… tidak dalam kedudukan sebaris..

  30. Cikgu, perniagaan ini merupakan perniagaan ‘Perkongsian’ atau ‘Milikan Tunggal’?sebab ternampak ‘pemilik menerima gaji’

  31. Steve,

    Milikan Tunggal… tiada salahnya pemilik terima gaji.

  32. Cikgu
    1) Agak ketara bahawa kadar susut nilai kenderaan ialah 10%. Tetapi macam manakah kita tunjukkan atau buktikan kadar ini dalam projek?
    2) Gaji pemilik RM5000 telah dibayar sebagai “GAJI” dalam buku tunai. Adakah ini satu kesilapan? Patutkah kita anggapkan RM5000 ini sebagai satu ambilan sahaja?

    Terima kasih.

  33. Martina,

    1) Asas mudah dalam penentuan kadar susut nilai ialah berapa tahun anggaran usia guna aset tersebut.. Contohnya Kenderaan, katakan boleh digunakan dalam 10 tahun, maka Kadar SN = 100% / 10 tahun = 10% setahaun.
    Sekiranya usia gunanya 20 tahun, maka kadar SN = 100% / 20 tahun = 5% setahun

    2) Kenapa silap,, itu adalah dasar perniagaan menetapkan gaji bulanan kepada pemilik. Amalan tersebut adalah lebih baik bagi pemilik dan perniagaan daripada membuat AMBILAN apabila memerlukan sumber kewangan.

  34. Terima kasih Cikgu!

  35. Terima kasih, Cikgu.
    Saya masih tak berapa pasti tentang susut nilai kenderaan. Diberi dalam soalan:
    * kenderaan di beli pada 1/4/2014
    * Kos RM60000, SNT RM11400
    * kaedah baki berkurangan
    Kita perlu cari kadar susut nilai sendiri. Agak ketara iaitu 10%. Tetapi bagaimanakah kita nak tunjukkan jalan kerja carian 10% itu?
    Tolong Cikgu terangkan.
    Terima kasih

  36. Martina,

    Daripada maklumat yang diberikan, kita boleh cari KADAR SUSUT NILAI yang digunakan….. (KBAT)

    1/4/14 Kos 60,000
    (-) SN 10% = 6,000
    1/4/15 Nilai buku 54,000
    (-) SN 10% 5,400
    1/4/16 Nilai buku 48,600

    SNT = 6,000 + 5,400 = RM11,400 (terbukti)
    SNT RM11,400

  37. AZLINATUN BT ABDUL AZIZ

    Assalamualaikum cg narzuki. saya tak dpt print panduan & penilaian sbb tak tahu password. boleh bantu saya tak…. t.kasih atas bantuan cg.

  38. cikgu
    saya mengalami masalah tidak dapat buka kerana tidak passwork

  39. salam cikgu, saya juga tak dpt buka panduan perlaksaan boleh cikgu bantu saya?

  40. Tan Seoah Cheng

    cikgu, saya menghadapi masalah buka panduan perlaksaan. i taip password tidak dpt buka

  41. Pihak LPM yang meletakkan password pada fail tersebut, mungkin sebagai kawalan tidak mahu didedahkan kepada orang2 yang tidak sepatutnya.. password tersebut, mungkin akan dimaklumkan kepada guru2 senasa taklimat penataran di negeri masing2 nanti.

  42. Assalammualaikum cg. boleh tak sy dptkan password untuk persediaan sebelum penataran.

  43. Apakah contoh hasil terakru?

  44. Perlukah saya membuka akaun lejar utk akaun sewa diterima terakru 1800 yang ada dlm jurnal am? Perlu tak dipindahkan ke imb duga?

  45. Aiman,

    Antaranya… komisen diterima terakru, sewa diterima terakru,..

    Kita rekod ikut kitaran perakaunan….. semua item dalam BCP perlu diposkan ke lejar… semua baki2 akaun dalam lejar am dipindahkan ke ID.

  46. cikgu
    jurnal jualan jurnal belian
    tak diskaun kah?

  47. cikgu
    harga pasaran untk stok akhir shj?

  48. Dora,

    Jurnal Jualan dan Jurnal Belian merujuk kepada urus niaga jualan dan belian barang niaga secara kredit.. Nilai yang direkodakan dalam kad Stok adalah nilai selepas diskaun niaga.

    Dalam penilaian STOK AKHIR kita perlu menentukan nilai pasaran atau nilai kos yang perlu diambilkira…. konsep TAKAP perlu digunakan iaitu “Terendah Antara Kos Atau Pasaran”… maka bagi SETIAP barang niaga kita perlu memilih nilai mana yang lebih rendah sebelum kita dapatkan JUMLAH NILAI STOK AKHIR.

  49. Apa beza hrga pasaran n hrga jualan?

  50. Majidah,

    Harga JUALAN .. ialah harga yang kita TETAPKAN untuk dijual kepada pelanggan.
    Harga PASARAN .. ialah harga yang ditentukan oleh permintaan di pasaran..

    Contoh mudah.. kita nak jual Kereta dengan harga RM30,000. tetapi nilai kereta tersebut ikut permintaan/penilaian pembeli mungkin hanya RM25,000.. ataupun mungkin juga RM35,000.

  51. as salam cikgu,
    Boleh tlg berikan password utk buka panduan pelaksanaan kerja kursus. tkasih

  52. cikgu
    stok akhir guna antara kos asal atau harga pasaran dan pilih paling rendah betul tak?

  53. cikgu
    jurnal jualan buat dengan harga jualan Ɨkuantiti?
    jurlan belian buat dengan harga/amaun di kad stok shj?

  54. Dora,

    Penilaian Stok Akhir.. pilih nilai yang terendah antara nilai kos atau nilai pasaran bagi SETIAP BARANG NIAGA, kemudian baru DIJUMLAHKAN untuk mendapatkan n ilai STOK AKHIR.

    Jualan dan Pulangan Jualan …. kuantiti X Harga Jual
    Belian dan Pulangan Belian ….. kuantiti X Harga Beli (seperti dalam kad Stok)

  55. cikgu boleh bagi contoh kira stok akhir?

  56. Rosdila Aizura

    Salam cikgu.. saya nak tanya pasal pengiraan susut nilai perabot… saya kira dapat rm 104.17.. betul ke cikgu?

  57. Rosdila,

    Pada pandangan saya,
    Berdasarkan maklumat baki awal Perabot RM12500 dan SNT Perabot RM1250, dan usia perniagaan baru 2 tahun… maka susut nilai setahun ialah RM1250/2 = RM625.

    #walau bagaimanapun kena rujuk penyelarasan peringkat negeri masing2 nanti.

  58. Rosdila Aizura

    Maksud saya cikgu susut nilai 1 apr 2016 hingga 30 apr 2016 = rm 104.17.. yg SNT tu saya faham.. nanti penyata kewangan kita kena buat utk tempoh bulan berakhir 30 April 2016 kan?

  59. cikgu,mana nak dapatkan password untuk download panduan pelaksanaan??

  60. Rosdila Aizura

    Maaf cikgu.. pembetulan.. susut nilai perabot utk tempoh 1 april 2016 hingga 30 april 2016 = RM 52.08.. kadar susut nilai tahunan utk perabot ialah 5 %. Betul ke cikgu?

  61. Rosdila,

    Susut nilai setahun dah dapat, maka SN untuk sebulan… /12.

  62. Rosdila Aizura

    Ok terima kasih cikgu atas perkongsian ini…

  63. sharbina bt mamat

    cg, saya tak dapat nak dowloud bahagian penilaian permarkahan

  64. As salam. Cikgu Narzuki. Sy xdapat nak bukak penilaian projek sbb ada password. harap cikgu dapat membantu. terima kasih.

  65. Cikgu, saya ingin berkongsi pandangan tentang cikgu yg mengatakan bhw , pemilk boleh ambil gaji dlm perniagaan,
    Setahu saya, dlm konsep entiti berasingan, perniaggan adalah terpisah dgn pemilik, ttp segala utg atau rugi akan mendatangkan peningkatan atau penguranagan dlm modal pemilik..
    Pembayaran gaji kpd pemilk harus dianggap sbg ambilan dan bukanyan sbg belanja gaji .
    Jika ambilan pemilik boleh dianggap sbg belanja gaji, maka apa itu ambilan peribadi ?
    Sila cikgu berikan tunjuk ajar jika saya salah. Terima kasih

  66. Wong,

    Pemilik BUKAN ambil gaji.. tetapi pemilik dibayar gaji atas kerja yang dibuat dengan suatu nilai yang tetap… seperti mana pekerja2 lain yang dibayar gaji… maka ianya dikelaskan seperti BELANJA GAJI kepada pekerja.

    Ianya berbeza dengan konsep AMBILAN…. cuba cari dan fahami apakah yang dimaksudkan dengan AMBILAN.
    Ambilan adalah tidak digalakkan dalam perniagaan, kesan ambilan akan mengurangkan MODAL… sekiranya ambilan RM5000 setiap bulan.. maka setahun Jumlah Ambilan RM60,000… dan kesan ke atas MODAL perniagaan akan BERKURANG RM60,000 setahun.. jika 2 tahun.. berkurang RM120,000… akhir2nya semua modal perniagaan akan habis..

  67. cg, saya tak dpt nk download panduan pelaksanaan. bole bantu?

  68. Cg Yati,

    InsyaAllah saya akan bantu.

  69. Asslam..cikgu Narzuki…boleh tak saya tahu figure jualan dan belian yg cg kira ?..sbb figure yang saya kira dari kad stok dan juga dari pengiraan angka imbangan dlm akaun penghutang dan pemiutang….dua2 figure ID tetap tak imbang….? Tkasih

  70. CgKay,

    Apa yang saya dapat:
    Jumlah JJ = RM95 900
    Jumlah JB = RM87,970

    Apa yang perlu diberikan perhatian dalam Kad Stok… nilai bagi jualan dan pulangan jualan ialah KUANTITI x HARGA JUALAN, bukannya ambil terus dari Kad Stok, kerana dalam Kad Stok menggunakan nilai kos (harga belian)

  71. cikgu… kadar bayaran nak rekod kat catatan lejar atau catatan pelarasan jurnal am dan lejar?
    ia ialah salah satu item belanja teraku?

  72. Yeah,

    Kita rekod ikut Kitaran Perakaunan… BCP –> Lejar –> ID
    Kadar bayaran terakru tersebut pada 30 April 2016 …. maksudnya mesti wujud baki akaun tersebut, cuba fikir bagaimana akaun tersebut boleh wujud pada tarikh tersebut ?

  73. maksudnya, dalam imbangan duga pada 30 april 2016, akan ada dt kadar bayaran 1600 kt kadar bayaran terakru 600 ?

  74. cikgu imbangan duga saya dengan kawan berbeza hampir RM1800,macam mana?
    mengapa akanberkurang atau bertambah

  75. Berapakah jumlah imbangan duga?

  76. Yeah,
    Sepatutnya ada, sebab ianya dinyatakan sebagai BAKI AKHIR pada 30 April 2016.

    Dora,
    Perbezaan tersebut mungkin disebabkan item Sewa diterima terakru RM1800.

    Ting,
    Jika tidak dilakukan catatan pembalikan terhadap Ak Sewa diterima terakru, ID = RM548,452.

    # walau bagaimanapun, kena tunggu penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2 nanti.

  77. slm cikgu…

    nak tanya… dlm soalan diberikan baki akhir utk penghutang..
    cth : penghutang p rm16800…

    bila kite nak guna maklumat ini?
    sebab bila kita dah buat jurnal jualan.. dan post ke lejar.. buke lejar utk penghutang P.. bakinya tak sama?

    so dalam ID kita nak guna yang kita kira.. atau amik yang dah diberi?

    tqia

  78. oo ok ok.. dah fhm… sayaa tersilap sbb tertinggal diskaun. tq

  79. salam sejahtera, cikgu.
    selepas saya buat imbangan duga, apakah catatan yang patut saya buat? Apakah maksud soalan 6(e-g)?Terima kasih šŸ™‚

  80. Yi Ting,

    Ikut Kitaran Perakaunan…. selepas ID –> Pelarasan –> ID Terselaras.
    Maklumat no 6 merujuk kepada ISI KANDUNGAN yang perlu disediakan dalam laporan akhir Tungasan Kerja Kursus yang disediakan.

  81. cikgu
    jumlah sewa diterima di imbangan duga ialah apa
    di imbangan duga ada tak sewa diterima terakru?

  82. Cikgu.. saya dah sediakan Imbangan Duga pada 30 April 2016.. jumlah ID yang saya dapat ialah RM 548, 452 seperti yang cikgu nyatakan di atas…tapi saya tak masukkan kadar bayaran terakru yang RM 600 tu.. kalau saya masukkan RM 600 kadar bayaran terakru tu ID yang saya dapat ialah RM 549, 052…saya perlukan penjelasan cikgu adakah kadar bayaran terakru RM 600 tu perlu dimasukkan dalam ID atau ianya dijadikan maklumat pelarasan?

  83. Zura,

    Pada pandangan saya,
    Ianya tidak boleh wujud begitu sahaja… mesti melalui catatan pelarasan terlebih dahulu.

  84. Salam sejahtera, cikgu.
    cikgu, saya nak tanya macam mana mahu buat pelarasan?
    TQ šŸ™‚

  85. Yi Ting,

    Boleh rujuk soalan2 penyata kewangan milikan tunggal.. bahagian maklumat tambahan.

  86. Cikgu salam sejahtera
    Saya nak tanya jika soalan kasi saya tiga kad stok dalam kos dan pasaran, macam mana saya hitung stok akhir? Nak tambah semua kad stok nilai yang terendah ke (pasaran dan kos)?

  87. Stella Lai,

    Kad stok 1 — pilih yang rendah
    Kad stok 2 — pilih yang rendah
    Kad stok 3 — pilih yang rendah
    Kemudian jumlahkan.

  88. hi cikgu, jawapan imbangan duga adalah RM549 052. betul ke?

  89. cikgu saya dapat stok akhir bernilai RM44 655. adakah jawapan saya betul?

  90. Kalai,

    Saya setuju dengan nilai stok akhir.
    Cuma jumlah ID.. rasanya ada yang tak kena.. cuba semak: adakah baki akhir setiap akaun penghutang … sama dengan baki akhir penghutang yang telah diberikan dalam soalan.

  91. sy jg dpt Imbangan Duga pada 30 April 2016 RM 548 452…

  92. cikgu

    ID jumalh ialah 546652/548452?

  93. Cikgu,soalan 3 e kan dua item belanja terakru,dalam baki aset dan liabiliti ada kadar bayaran terakru,maksudnya saya perlu sediakan satu item belanja terakru lagi?atau dua? Terima kasih cikgu šŸ™‚

  94. Tzi Jing,
    Pada pandangan saya,
    Kehendak soalan hanya DUA item Belanja Terakru…. LEBIH tidak mengapa, asalkan jangan KURANG.

    Dora,
    Bergantung kepada catatan pembalikan bagi Sewa diterima terakru, sama ada disediakan pada 1 April…. atau dijadikan sebagai item pelarasan ketinggalan catatan pada 30 April.

  95. ya… sudah dapat imbang… 548452.
    Cikgu, untuk jurnal khas yang hilang… maksudnya semua jurnal khas bermula dari muka surat 1. contohnya JJ1. Betulkah?

  96. berapakah stok akhir? saya dapat RM44655.. betulkah?

  97. Ting,

    Pada pandangan saya,
    Terserah kepada pelajar nak letak JJ1 atau JJ berapa.. kerana perniagaan telah lama memulakan perniagaan, maka halamannya mungkin lebih daripada 1.

    Ya, sama dengan Nilai Stok Akhir yang saya dapat.

  98. Asslam Cg Narzuki…saya dah kira banyak kali tetapi saya dapat jumlah JJ RM91900 .
    Jumlah yg cikgu kira RM95900 ….? mohon penjelasan cikgu….tkasih

  99. Cg Kay, waalaikumussalam.

    Untuk mendapatkan NILAI JUALAN KREDIT / PULANGAN JUALAN.. kita menggunakan HARGA JUAL… ambil KUANTITI dalam Kad Stok X Harga Jualan.
    Bukannya ambil nilai dalam Kad Stok.. kerana nilai tersebut adalah NIlai Kos ( Kuantiti X Harga Beli)

  100. Salam sejahtera, Cikgu.
    cikgu, nilai stok akhir yang saya dapat ialah RM 48935,KENAPA TIDAK SAMA DENGAN CIKGU PUNYA?Saya tambah semua baki barang niaga di kad stok, betulkah?
    THANK YOU šŸ™‚

  101. Yi Ting,

    Sila rujuk komen Cgu diatas..
    Dalam menilai STOK AKHIR… kita menggunakan konsep TAKAP.. iaitu pilih yang TERENDAH antara KOS atau PASARAN.
    Bagi setiap Kad Stok buat pilih nilai mana yang TERENDAH … kemudian baru JUMLAHKAN nilai2 tersebut sebagai STOK AKHIR.

  102. jawapan imbangan duga saya tanpa mengambilkira kadarbayaran adalah RM548 452. adakah ini betul???

  103. Kalai,

    Kadar bayaran terakru… belum wujud dalam buku catatan pertama … maka sudah tentu tiada dalam ID.

  104. Assalamualaikum cikgu narzuki,
    kalau kadar bayaran terakru 30 April dijadikan sebagai item ketinggalan catatan boleh tak? Terima kasih

  105. Ana, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Sebagai item ketinggalan pun boleh, cuma sebagai item pelarasan BELANJA TERAKRU lebih sesuai.

  106. Cikgu Narzuki, saya tak dapat masuk panduan pelaksanaan kerana ada password, boleh cikgu bantu saya untuk email password kepada saya? Terima kasih

  107. Cikgu,

    dalam profile perniagaan, tempoh perakaunan saya isi 1 April 2016 hingga 31 Mac 2017 betulka? sebab menjalankan perniagaan sejak 1 April 2014.

  108. Cikgu
    J.jualan saya dpt 91900, guna harga jualan, dah kira byk kali, masih tak dapat 95900, boleh tak Cikgu bagi tips mana perginya 4000 lagi. TQ

  109. Kt,
    Ya.. saya setuju dengan tempoh tersebut.

    Pang,
    Kemungkinan KUANTITI yang diambil silap…. cuba perhatikan KAD STOK 1 dan 2 ada sedikit kesilapan dimana …”Unit… Harga … Amaun” tidak sebaris
    Sila semak dalam Kad Stok Kabinet TV… 19hb. Penghutang P…. KUANTITI ialah “7” bukannya “2”

  110. Cikgu
    dah dapat, terima kasih

  111. cikgu…
    *kenderaan dibeli pada 1/4/16
    *kos RM 60000, SNT RM 11400
    *Kaedah baki berkurangan
    macam mana kita nak cari dengan susut nilai kenderaan?
    *(RM60000-RM11400)x10%
    *(RM60000-(RM11400/2)x10%
    mana satu betul?

  112. Yeap,

    Kaedah baki berkurangan:
    SN = 10% Ɨ (60000 – 11400) Ɨ 1/12 untuk sebulan

  113. cikgu..
    nak kira susut nilai perabot
    *kos RM13145
    *SNT RM1250
    *Kaedah garis lurus
    so nak macam mana kira?

  114. Yeah,

    Dalam kes ini ada berapa cara kira, ok saya bagi cara yang mudah… untuk kaedah garis lurus.
    SNT perabot = RM1250
    1. Kita tetapkan dahulu.. bila perabot itu dibeli… 1/4/2014 @ 1/4/2015.
    2. Jika 1/4/2014.. sudah 2 tahun.. maka SN = 1250/2 x 1/12 utk sebulan.
    3. Jika 1/4/2015.. sudah 1 tahun.. maka SN = 1250 x 1/12 utk sebulan.

  115. cgu narzuki,

    sya x fhm ttg nak nilai stok akhir,kita kena pilh nilai yg terendah bagi stiap kad stok dan kmudian djumlahkan nilai2 trsebut? persoalan sya mcm mna kita nk pilih nilai trendah trsebut?

  116. Asyraf.

    Contoh :
    Kad Stok 1: Harga Pasaran RM12… Harga kos RM10
    Pilih RM10 X kuantiti = Nilai stok akhir

  117. ok cgu.sya dh fhm trima ksih

  118. cikgu..
    saya nak tanya dalam jurnal am 30 April…
    dt. perabot
    kt. belian
    then keterangan kata (ambilan perabot untuk kegunaan perniagaan)
    ambilan tersebut ialah stok kita atau beli stok baru? sebab dt perabot, kos perabot akan bertambah dan akan ada effect kepada susut nilai.

  119. Yeah,

    Ambil stok barang niaga untuk kegunaan perniagaan.. maka perabot kedai bertambah.. Dt Perabot dan stok dalam kedai berkurang.. Kt Belian.
    Oleh kerana perabot tersebut diperoleh pada 30 April 2016.. maka tidak terlibat dengan pengiraan susut nilai perabot.

  120. Yeah:
    Ambilan stok dalam kedai,bukan beli.
    Perabot akan bertambah ttp x mempengaruhi susut nilai sebab urusniaga tersebut dibuat hujung bulan April.

  121. jumlah jurnal p.jualan sya=RM8300
    p.belian sya=RM1140

    adakah betul?

  122. Ema Marissa Abd Majid

    Dalam profil perniagaan, saya tulis
    tempoh perakaunan 1 April 2016 – 31 Mac 2017
    tempoh rekod 1 April 2016 ā€“ 30 April 2016
    modal perniagaan – RM300,000 (atau tak perlu ditulis)

  123. Cikgu kenapa saya tak bole dw panduan keja kursus

  124. Syazwa,

    Semua orang boleh muat turun soalan dan panduan pelaksanaan tersebut… tanpa perlu jadi ahli.
    Cuma fail Panduan Pelaksanaan dan Penilaian SKor dimasukkan password oleh LPM supaya hanya guru akaun yang terlibat sahaja layak membukanya.

  125. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya. Modal tue kena reka sendiri ke? . Selain itu cikgu, lejer tue kena buat satu2 ke? . Hm saya dah buat tapi imbangan duga saya tak dapat lah. Tolong saya boleh tak cikgu?

  126. A’salam. Cg sye menghadapi masalah yang same dengan natasha. Sye betul betul tidak memahami kehendak soalan kerane cg sye tidak menerangkannye. Boleh cg terangkan cara2 untuk menyelesaikannye. Sye hrap cg dpt membantu sye. Tolong sye cg !!

  127. Natasha dan Mawar, waalaikumussalam.

    Modal telahpun diberi dalam soalan.. ambil nilai tersebut. Nanti selepas guru sekolah mengharidi taklimat perlaksanaan kerja kursus, beliau akan bimbing dan bantu anda menyelesaikan tugasan tersebut. Ilmu dan kemahiran perakaunan tidak boleh dengan penerangan sahaja.. mesti melalui tunjukajar dan bimbingan guru.

  128. saya juga mengalami masalah yg sama tidk boleh buke fail tersebut krn ad password

  129. Selamat pagi cikgu, nak tanya kenapa sya tak dapat muat turun panduan tu ?

  130. Tommy,

    Sila dapatkan password daripada Ketua Pentaksir Negeri masing2.

  131. cikgu, mengapa LA23 bread di tempat diskaun? adakah LA23 discaux diterima?

  132. Sera,

    Dalam Lejar Am nanti setiap akaun ada halaman masing2.. yang dirujuk sebagai FOLIO… Ak Diskaun Diberi LA22.. Ak Diskaun Diterima … LA23.

    Dalam Lejar Am nanti kita mesti susun semua akaun ikut kedudukan LA masing2

  133. Cikgu sye nk tanya mcm mne nk wat lejar akaun sewa diterima terakru dan akaun sewa diterima?? Sye tak faham mcm mne nk buat akaun tu??

  134. Filzah,

    Tunggu cikgu sekolah anda pergi dengar taklimat penyelarasan negeri masing2.. kemudian beliau akan terangkan kepada pelajar. .. apa yang perlu dibuat dan rasionalnya catatan tersebut.

  135. Asslam cg..dalam soalan dah ada sewa diterima teakru so adakah rasional kalau kita buat lagi pelarasan sewa diterima…?
    Tkasih Apa pandangan cikgu..?

  136. Cg Kay, waalaikumussalan.

    Dalam soalan ialah baki awal.. iaitu terakru pada akhir tahun/bulan lepas. Pada 1 April.. sepatut dilakukan catatan pembalikan.. maka penerimaan pada bulan April akan menjelaskan terakru bulan lepas… manakala pada akhir bulan April.. ada kemungkinan terdapat juga sewa diterima terakru..

  137. Nor Haslina Isa

    bolehkan cg bantu sy utk dapatkan pw panduan pelaksanaan kerja kursus ini.t.kasih

  138. salam sejahtera, cikgu.
    cikgu, apa nilai susut nilai tyerkumpul kenderaan?dan apanilai terkumpul perabot?
    serta apa nilai peruntukan hutang ragu?
    TERIMA KASIH, CIKGU šŸ™‚

  139. Yi ping,

    Bergantung kepada kadar % masing2… ada yang sama.. ada yang tidak sama antara pelajar.

  140. Assalamualaikum cikgu..
    Apa maksud deposit kadar bayaran?
    Adakah terdapat satu akaun deposit kadar bayaran atau ia adalah kadar bayaran terdahulu?

  141. Ema, waalaikumussalam.

    DEPOSIT Kadar Bayaran TIDAK SAMA dengan kadar bayaran terdahulu.
    Deposit merupakan WANG CAGARAN yang ditetapkan oleh pihak TNB semasa kita memohon bekalan elektrik ke premis perniagaan kita. Sekiranya kita ingin berhenti dari menggunakan perkhidmatan mereka, maka wang tersebut akan dipulangkan kembali.

  142. cikgu apakah jumlah
    untng kasar?

  143. Cikgu , adakah saya perlu membuka akaun deposit kadar bayaran dan kadar bayaran secara berasingan ?

  144. Dan juga cikgu , bagaimanakah kadar bayaran terakru berlaku ?

  145. Salam cg, saya nak tanya mana nak dapat nilai kenderaan betul? Sbb kat dalam soalan takdiberikan pun?

  146. Dora,
    Nilai Untung Kasar adalah tidak sama antara pelajar.. kenara ianya bergantung kepada item2 pelarasan masing2.

    Mimi,
    Ak Deposit Kadar Bayaran dan Ak Kadar Bayaran.. ada 2 akaun yang berlainan… bileh rujuk LA masing2.
    Kadar bayaran terakru.. maksudnya pada akhir bulan terdapat bil2 bulan semasa tetapi belum dijelaskan lagi.

    Sarah,
    Nilai asal/kos kenderaan telah diberikan dalam Jurnal Am… iaitu baki bagi Ak Kenderaan.

  147. Maksudnya, jurnal am yang kita buat ke?

  148. Sarah,

    Dalam jurnal am diberikan dalam soalan telah ada nilai kenderaan… kemudian kita poskan ke lejar.. Ak Kenderaan.. maka baki Ak Kenderaan .. itu nilai kenderaan…

  149. Ohhhh ada2. Maaf cg, saya takperasaan ada soalan jurnal am tu td. Terima kasih cg!!

  150. Jd, susut nilai terkumpul kenderaan perlu masukkan dlm Akaun Kenderaan jgk ke?

  151. Sarah,

    Susut nilai … catatan bergunya ialah Susut nilai terkumpul
    Ak Kenderaan tidak terlibat dalam perekodan… hanya dalam pengiraan sahaja.

  152. cikgu
    belanjawan tunai nak.ambil angka item penerima dan pembayaran di buku tunai atau angka item selepas pelarasan?

  153. Salam cikgu, akaun kontra kat dalam buku tunai tu perlu masukkan jugak ke dalam Akaun Tunai dgn Akaun Bank?

  154. Dora,
    Nilai selepas pelarasan lebih mengambarkan keadaan sebenar.

    Alif,
    Apabila disediakan BUKU TUNAI, maka Ak Tunai dan Ak Bank TIDAK perlu disediakan lagi… kerana Buku Tunai merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang disatukan. Dan catatan KONTRA juga telah lengkap catatan bergunya satu di Tunai dan satu lagi di Bank.

  155. oh kalau mcmtu, cuma masukkan butir tunai atau bank shjlah dlm mana2 akaun yang terlibat? takperlu masukkan dlm buku tunai dah sbb dah disediakan buku tunai. mcmtu ke cikgu?

  156. belanjawan tunai
    penghutang pada bulan mei nak rujuk bulan april?

  157. Alif,

    Ya,. .. cuba lihat catatan kontra dalam Buku Tunai… bukankah sudah ada sepasang Debit dan Kredit…. sama ada Dt Tunai dan Kt Bank atau Dt Bank dan Kt Tunai.

  158. oh begitu… lejar am spttnya ada 25 akaun kan cikgu? boleh saya tahu apa lg 2 akaun? sbb saya jumpa 23 je

  159. Alif,

    Dalam tugasan ini, asasnya ada 25 akaun… tetapi boleh jadi lebih, bergantung kepada item2 pelarasan masing2.
    Ak Pulangan Jualan dan Ak Pulangan Belian… dalam Jurnal Am.
    Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang juga salah satu akaun dalam Lejar Am.

  160. ohh akaun kawalan… tp cikgu, dlm jurnal am cuma ad 3 penghutang, mana dtgnya penghutang s tu dkt baki akhir bulan? dia nak kena kira skali ke?

  161. cikgu
    ruang penghutang pada bulan mei nak kosong atau isi angka pengiraan berdasarkan bulan april

  162. Alif,
    Apabila anda poskan Jurnal Jualan ke lejar nanti, akan nanpak kenapa Penghutang S berbaki debit.

    Dora,
    Boleh guna maklumat daripada bulan April, untuk anggaran penerimaan pada bulan Mei.

  163. bolehkah kadar bayaran terakru RM 600 akan dijadikan pelarasan pada akhir bulan

  164. Cikgu
    jika saya tak buat catatan pembalikan utk sewa diterima terakru pd 1/4, I jadikan sbg sewa diterima terakru pd 30/4.

    Dt. Ak sewa diterima RM1800
    Kt. Ak sewa diterima terakru RM1800

    AK. Sewa diterima akan berbaki Kt. RM 1800

    Boleh tak catatan pelarasan in? Tq

  165. Jason tan dan Pang,

    Item Sewa diterima terakru dan Kadar bayaran terakru yang ada dalam soalan akan terangkan oleh Ketua Pentaksir Negeri semasa taklimat penataran dinegeri masing2 nanti.

  166. soalan saya,

    bagaimana buat jurnal am terselaras dlm kerja kursus akaun spm 2016… tolong jelaskn cikgu

  167. Encem,

    Jurnal Am pelarasan disediakan berdasarkan item2 pelarasan yang dibuat dalam SENARAI PENALASAN.
    Contohnya, pelarasan susut nilai.

    Dt Susut nilai kenderaan XXX
    Kt Susut nilkai terkumpul kenderaan xxx

  168. macam mana masuk panduan pelaksanaan kerja kursus T5? apa password?

  169. Cikgu, di mana kita cari kesilapan tidak ketara?

  170. Cikgu, macam mana nak kira nilai stok akhir?dan kuantiti mana yang perlu didarab dengan harga kos terendah?

  171. Lene,

    Rujuk bahagian BAKI dalam setiap KAD STOK…. ada KUANTITI, HARGA SEUNIT, AMAUN…. Amaun tersebut merupakan stok akhir pada NILAI KOS.
    Manakala Nilai Stok pada HARGA PASARAN….darabkan KUANTITI tersebut dengan HARGA PASARAN yang dinyatakan dalam soalan… kemudian baru PILIH YANG TERENDAH ANTARA KOS ATAU PASARAN.

  172. Cikgu, Penghutang S kena masuk dalam Imbangan duga ke selepas buat lejar? Tapi dalam lejar penghutang S tiada

  173. Fifi,

    Ada 2 cara :
    1. Masukkan juga dalam ID dengan baki “0”.
    2. Tidak masukan terus dalam ID.

    Cuma, untuk tujuan kerja kursus ini, Cgu cadangkan guna cara 1.

  174. kesilapan tidak ketara… pemilik mengambil tunai / cek terlupa rekod. bolehkah?

  175. Ting,

    Boleh..kesilapan ketinggalan catatan.

  176. Salam sejahtera cikgu.
    Tentang nota tambahan dalam jurnal am..iaitu :
    1.ak sewa diterima terakru dipindahkan ke ak sewa diterima
    2. Ak kadar bayaran terakru dipindahkan ke ak kadar bayaran

    Sya masih tidak faham apa yg pentaksir ngr cakap..boleh tak cikgu tunjuk ajar saya kat sini? Tq

  177. XMek,

    Dt Sewa diterima 1800
    Kt Sewa diterima terakru 1800

    Dt Kadar bayaran 600
    Kt Kadar bayaran terakru 600

  178. Salam cg.. utk jurnal khas tu, invois penghutang msuk dlm jurnal jualan, invois pemiutang msuk dlm jurnal belian.. betul x cg?

  179. Ain,

    Ya. Betul… cuma perlu hati2… nilai untuk dimasukkan dalam Junal Jualan dan Jurnal Pulangan Jualan perlu X harga jualan.

  180. salam cikgu saya nak bertanya berapa ya jumlah akaun dekat imbangan duga ? lagi satu akaun penghutang S ada ke tak dalam imbangan duga ? sebab beza imbangan duga saya RM 6400

  181. Irene,

    Oleh kerana wujudnya Ak Penghutang S yang berbaki RM6400…. maka dalam ID sudah semestinya perlu dimasukkan.

  182. Cikgu..sya dah buat sampai imbangan duga ( sebelum diselaraskan ) ..setahu saya ..jumlah imbangan duga ini sama dengan semua orang..sebab semua orang amaum sama saja..berapa jumlah balance imbangan duga? Sbb sya mau check ada salah atau tidak..

  183. XMek,

    ID RM547 252

  184. Amount saya sama dengan amaun cikgu..terima kasih cikgu

  185. Salam,cikgu nak tanya premis ada susut nilai terkumpul ke?

  186. Belinda,

    Cuba lihat dalam Jurnal Am pada 1 April.. ada atau tiada susut nilai terkumpul premis..

  187. tiada,tapi kenapa disitu tulis premis(kos)

  188. dan boleh saya tahu sebelum pelarasan,berapa akaun lejar saya kena buka?

  189. Belinda,

    Itu menunjukkan nilai kos bagi premis.
    Bilangan akaun dalam Lejar Am…. 26
    Lejar Penghutang … 4
    Lejar Pemiutang … 2

  190. Cikgu, saya ada 2 soalan yg sya kurang pasti.
    1. lejar am saya dalam akaun t lejar hanya ada 26. Tapi dalam imbangan duga, saya ada 28..yang mana akaun tunai LA27 dan akaun bank LA28 ..ini LA27 dan LA28 wujud dlm akaun imbangan duga.sebab perlu lengkapkan folio dlm imbangan duga. Betul ke cara sya rekod?
    2. Mau tanya ttg hasil terakru..sebelum imbangan duga, sya sudah selaraskan dt sewa diterima dna kt sewa diterima terakru..then sampai bahagian pelarasan, sya memilih untuk wujudkan sewa diterima terakru..maksudnya, dalam lejar saya selepas pelarasan, akaun sewa sya adalah 3600 ( kt side) , dan sewa diterima terakru 1800 (dt side)..betul kah?

  191. XMek,

    Apabila disediakan Buku Tunai.. maka Ak Tunai dan Ak Bank TIDAK perlu dibuka lagi… dalam ID nanti kita terus ambil baki dari BT…..
    Tunai (BT5) xxx
    Bank (BT5) xxx

    Jika mahu jadikan sewa diterima terakru sebagai item pelarasan..boleh, cuma saya cadangkan guna nilai lain.. bagi mengelakkan kekeliruan.

  192. salam cikgu,

    firstly kena buat apa untuk “senarai pelarasan tarikh imbangan” itu?

  193. Ftastic,

    Ikut susunan dalam soalan… kecuali pelarasan Hutang Lapuk dibawa ke hadapan SEBELUM pelarasan peruntukan hurang ragu.

  194. belinda vicky

    ok thanks cikgu

  195. Salam Cg. nak tanya.
    akaun susut nilai terkumpul,peruntukan hutang ragu wujud ke dalam Id.

    Belanja terakru dan maklumat tambahan tak perlu buat lg kan, kena siapkan lejar dgn id dulu ya ?

    akaun Penghutang S wujud ? Betul tak dt baki BB 6400 JUALAN 6400 jugak ? Tq cg.

  196. Saodah,

    ID ialah senarai baki SEMUA akaun yang ada.

    Ya.. siapkan sampai Lejar dan ID dahulu.. kemudian baru buat senarai pelarasan dan seterusnya.

  197. Salam cikgu, kerja kursus saya hampir siap dan skrg saya stuck dekat belanjawan tunai boleh tak cikgu berikan penerangan step by step ? Tk

  198. Hazar,

    Adalah lebih baik.. minta guru sekolah terangkan berdasarkan taklimat penataran dan penyelarasan yang telah dibuat diperingkat negeri masing2.

  199. Salam,cikgu saya dah download panduan pelaksanaa tapi kena ada password bagaimana saya nak dptkan password itu?

  200. Tq cikgu. Klo dr id sya..hasil lain selain sewa diterima ialah diskaun diterima..adakah adanya diskaun diterima terakru? Kalau saya guna komisen dterima terakru yang mana tidak ada dlm id saya? Dapat ke?

  201. Xmek,

    Diskaun diterima tidak sesuai untuk dijadikan item hasil terakru….

    Komisen diterima terakru … boleh.

  202. Ok.tqvm cikgu..cikgu, satu lagi soalan. .dlm id, semua LA mesti susun ikut urutan, LA 5 yang mana tidak ada baki bb dapat ka saya tidak masukkan dlm id? Atau mesti masukkan tp letak 0 ?

  203. Xmek,

    Saya cadangkan kita masukkan juga dengan baki “0”… supaya senarai LA yang kita sediakan nampak lebih lengkap.

  204. Ok. Sya pun fikir begitu cuma selalunya cikgu sya ajar sya..akaun yang balance.itu tidak perlasuk dlm id..satu lagi soalan cikgu, catatan pembalikan (fleksibel) ,maksudnya..tidak buat pelarasan ini pun boleh kan? Atau ada pelarasan yang namanya catatan pembalikan? Maaf ya..tak habis soalan saya tanya

  205. Xmek,

    Bagi tujuan jawab solan… memang kita tidak perlu masukkan dalam ID bagi akaun yang tiada baki… cuma untuk tujuan kerja kursus sahaja saya cadangkan ianya dimasukkan juga.

    Catatan pembalikan tidak diajar dalam sukatan… maka 2 catatan tambahan dalam jurnal am dibuat… pelajar hanya perlu poskankan catatan tersebut ke lejar.

  206. Salam sejahtera?cikgu.Nak tye cikgu yg slps kite senarai pelarasan ?perlu ke catat semua pelarasan ke dlm jurnal2&lejar yg baru?

  207. Apple,

    Ya.. semua item pelarasan perlu dicatat dalam Jurnal Am dan diposkan ke akaun2 yang terlibat.

  208. Pagi cikgu..saya mahu tanya ttg peruntukan hutang ragu. Penghutang saya 52100Ɨ1% = 521. Peruntukan hutang ragu yang sedia ada dlm id ialah 256. So, dlm jurnal am pelarasan, dt hutang ragu 265; kt PHR 265 atau dt hutang ragu 521 ; kt PHR 521?

  209. Xmek,

    Pastikan baki penghutang tersebut selepas pelarasan HUTANG LAPUK.
    Dalam catatan pelarasan.. kita hanya rekodkan NILAI BEZA tersebut 521 – 265 = 265
    Dt Hutang ragu 256 Kt PHR 256

  210. Cg.. dlm jurnal. Nk kna masukkan hrga jual ke cmne?

  211. Salam cikgu,

    Senarai peralasan
    – stok akhir(pilih nilai terendah) kena senaraikan semua barang perabot ke?

  212. Ain,
    Dalam Jurnal Belian dan Pulangan Belian … guna Harga Beli (sepeerti dalam kad stok)
    Dalam JUrnal Jualan dan Pulangan Jualan … guna Harga Jualan (ada dinyatakan bahagian diatas kad stok)

    Sofiyah,
    Sebaik-baiknya tunjukkan pengiraan ikut harga pasaran dan kos dan pemilihan nilai yang terendah dalam bentuk jadual.

  213. salam cg, saya still tak paham macam mana nak buat senarai pelarasan tu. kawan saya kata dia mcm maklumat tambahan juga… so kita amik dari soalan K3 tu ke yang maklumat tambahan dan masukkan pengiraan sekali ye?

  214. kita kena buat jadual tentang stok dulu ke cg mengikut harga pasaran eh?

  215. Danish,

    Ya.. seperti kata kawan.. senarai pelarasan ikut dalam soalan.. cuma pelatasan hutang lapuk diawalkan sebelum pelarasan peruntukan hutang ragu… tulus dalam bentuk penyataan (boleh rujuk maklumat tambahan dalam soalan buku teks) … dan tunjukkan sekali penggiraan yang terlibat.

    Untuk stok akhir tunjjukan pengiraan dan perbandingan antara harga pasaran dan harga kos serta pilihan nilai yang terendah bagi setiap barang niaga.

  216. Cikgu, macam mana masuk stok akhir dalam imbangan duga terselaras? Kedua-dua side masuk nilai stok akhir ? Sebab kalau masuk dt side saja..tidak dapat imbang oh

  217. Xmek,

    Stok akhir tidak masuk dalam ID.
    Cuma sebagai catatan dibawah daripada jumlah ID.. bagi memydahkan penyediaan penyata pendapatan dan KKK nanti.

  218. Ok.faham sudah, cikgu.. bagi bahagian pengiraan nisbah tempoh kutipan hutang, penghutang itu perlu tolak peruntukan hutang ragu baru dibahagikan dengan jualan kredit? Atau ambil penghutang sahaja, tidak ditolak dengan peruntukan hutang ragu?

  219. Xmek,

    Formula analisis peringkat SPM dan STPM.. ada sedikit perbezaan.. SPM asas, STPM lebih detail.
    Maka cadangan Cg, untuk peringkat SPM, kita ikut formula SPM.. (boleh rujuk dalam buku teks).

  220. okay saya paham cg. lagi satu cg, time kita buat lejar , kena ikut turutan ye, means LA1 sehingga berikut nye then LJ1 dan berikut nye ?

  221. Danish,

    Ya.. kita sediakan secara sistematik.. ikut urutan LA… dan pastikan LA, LB dan LJ terpisah.

  222. Cikgu..saya kurang faham ttg belanjawan tunai. Adakah item-item bagi penerimaan dan pembayaran dalam belanjawan tunai haruslah ikut senarai hasil dan belanja dlm penyata pendapatan (selain drpd susutnilai dan phr) ? Serta amaun ikut apa yang senaraikan dlm penyata pendapatan ataupun saya boleh suka hati letak ja amaun bagi setiap hasil dan belanja dlm penyata pendapatan?

  223. Xmek,

    Belanjawan adalah anggaran penerimaan dan pembayaran.. maka nilai yang kita tetapkan biarlah munasabah berbanding nilai bulan sebelumnya… ataupun kita boleh gunakan nilai bulan april sebagai asas… dengan andaian ianya sama setiap bulan.

    Dalam soalan tugasan.. tumpuannya lebih kepada pengiraan jualan tunai… jualan kredit.. belian tunai dan belian kredit.

  224. Cikgu,
    jadi kena buat jadual lah untuk senarai peralasan bagi Stok akhir?

    Buat perbandingan antara pasaran dan jualan?

    Boleh bgitau secara detail lagi šŸ™‚

  225. Sofiya,

    Perbandingan antara nilai kos dan nilai pasaran.

    Sediakan jadual :
    Bil. Brg niaga. Kuantiti . Nilai kos.. Nilai Pasaran.. Nilai Terendah

    Kemudian jumlahka nilai terendah bagi kelima-lima barang niaga tersebut.

  226. Cikgu, bagi item kadar bayaran terakru, dalam Imbangan Duga sebelum pelarasan ada wujudnya ak kadar bayaran terakru kan? Bolehkah kadar bayaran terakru dijadikan salah satu item untuk belanja terakru? Jika boleh, guna amaun yang sama kan iaitu 600?

  227. Contoh klau beli hrga tu . Kna darab dgn kuantiti ke?

  228. Anjali,
    Ya, wujud Kadar bayaran terakru RM600 dalam ID.
    TIDAK sesuai lagi ianya dijadikan item pelarasan belanja terakru…. sila pilih item belanja yang lain.

    Ain,
    Maaf, Cg tidak faham apa maksud soalan Ain…. untuk apa ? … kira nilai stok / catat dalam jurnal belian / ?

  229. Sorry cg.. mksud sy nk catat dlm jurnal khas kna tngok dkt mna?

  230. Ain,

    Untuk sediakan Jurnal Khas… kita rujuk kepada urus niaga dalam Kad Stok.
    Jurnal belian (invois – pemiutang)
    Jurnal Pul Belian (nota kredit – pemiutang)
    # nilainya boleh terus ambil dari Kad Stok.. sbb nilai kos, guna harga beli.

    Jurnal Jualan (invois – penghutang)
    Jurnal Pul Jualan (nota kredit – penghutang)
    # nilainya mesti menggunakan harga jualan.

  231. Cikgu,
    senarai peralasan bagi phr, susutnilai dan item2 yg minta tu kne buat jadual jgk ke mcm stok akhir?

  232. Sofiya,

    Mana-mana item pelarasan yang melibatkan pengiraan… sebaik2nya kita tunjukkan pengiraannya.

  233. cikgu…….saya tak beberapa faham macam mana nak start…

  234. Luna,

    Cuba rujuk di Blog Cikgu Azlan (klik)

  235. Selamat sejahtera cikgu.blh tak saya nak tahu jumlah imbangan duga(d).Sebab bagi saya tak imbangan.

  236. Mahalechumi,

    ID RM547252

  237. cg saya nak tanya imbangan duga terselaras nak masukkan apa and nk amik dari mana

  238. Izzat.

    Kita boleh rujuk ID sebelum pelarasan.. serta Lejar pelarasan.
    Mana2 akaun yang terlibat dengan pelarasan.. kita ambil baki lejar pelarasan .. masukkan dalam ID Terselaras… mana2 akaun yang tidak terlibat dengan pelarasan terus ambil daripada ID.

  239. Cikgu, bil telefon dimasukkan ke dalam akaun kadar bayaran atau akaun belanja telefon?

  240. Ben,

    Ak Kadar Bayaran lebih sesuai.

  241. Cikgu, minta tunjuk ajar
    1.belanjawan tunai , baki pd awal bulan mei, kita guna baki tunai dan bank yg dicatat dlm ppkk (selepas pelarasan )?
    2. Jualan dan belian dlm belanjawan , jika say rujuk kpd ppkk selepas pelarasan, kita guna jualan kasar atao jualan bersih ?
    3. Utk bahagian nisbah pula, nisbah keberuntungan , kecairan dan kecekapan kita patut tunjuk berapa nisbah yg berkaitan ?

  242. Wong,

    Pada pandangan Cg,
    1. Ya.
    2. Belanjawan.. hanyalah anggaran semata-mata.. Jualan @ Jualan bersih boleh digunakan.
    3. Sekurang2nya 1 bagi setiap jenis analisis.

  243. Cikgu,
    Peruntukan hutang ragu selepas darab dengan %. amaun tersebut perlu lagi bahagikan kepada 12 bulan?

  244. Ting,

    TIDAK perlu x 1/12.

  245. assalam cg,

    sya nk tya mcm mna id tak seimbang boleh ka cg?

    klau sewa diterima trakru, deposit kadar byran,susut nilai trkumpul prabot, pruntukan htang ragu kna masuk kn dlm id ka?

  246. Ayun,

    SEMUA baki akaun kena masukkan dalam ID.. termasuk Tunai dan Bank.

  247. Cikgu, dlm folio, bahagian (n) mengemukakan cadangan utk meningkatkan prestasi sms dan prestasi jangka pjg adalah merujuk kpd perniagaan yg kita jalankan atau, mengemukan cadangan utk nisbah yg kita perolehi ? Satahu saya, thn lepas ialah memberi cadangan dlm nisbah, adakah thn ini soalan berubah ?

  248. Wong,

    Dalam Buku Panduan Pelaksanaan dan Penskoran Projek.. ada dinyatakan perkara tersebut.

  249. kena darab dgn kuantiti x?

  250. Lejar pula? kalau dari buku tunai kena songsang, dari jurnal songsang x? ke salah

  251. Dlm lejar, Mana LA23, LA24, LA25 & LA27?

  252. Ain,

    Sila rujuk buku teks… cara-cara poskan BCP ke lejar…. ada ditunjukkan contoh2nya.

    LA22.. LA23…. rujuk dalam BT…. lajur diskaun.
    LA24.. JPB… LA25.. JPJ

    LA27… susut nilai kenderaan

  253. Fateen Syuhada

    Cg bleh saya total imbangan duga bg kerja kursus 2016 ini???

  254. Fateen,

    Rujuk Diatas.

  255. Cikgu, saya tiada buku panduan pelaksaan dan penskoran , boleh cikgu terangkan ?

  256. Wong,

    Buku panduan tersebut diedarkan bersama-sama Soalan tugasan..

  257. selamat petang cikgu
    saya nak tanya,rumusan macam mana ditulis?
    cikfu boleh bagi?

  258. Dora,

    Sila rujuk guru sekolah… kerana beliau telah menghadiri taklimat penataran mengenainya… dan penyelarasan telah dibuat diperingkat negeri masing2

  259. Salam cg saya nak tanya deposit kadar bayaran masuk dekat kunci kira2 bahagian aset semasa ke liabiliti semasa

  260. Cikgu kalau dekat jurnal am pelarasan dt peruntukan hutang ragu kt pengurangan hutang ragu betul ke cg ?

  261. Irene,

    Kita boleh tentukan deposit kadar bayaran… aset semasa @ liabiliti semasa .. hanya dengan lihat ianya berbaki debit atau kredit.

    Dalam kes ini… tidak mungkin berlaku pengurangan hutang ragu… cuba semak pengiraan… JANGAN x 1/12

  262. cg, LA27 mmg wujud ke dlm lejar?

  263. Ain,

    Selepas buat senarai pelarasan… jurnal am… lejar pelarasan.. maka akaun yang belum wujud lagi.. kita perlu buka dan LA.. kita sambung dari yang sedia ada.

  264. Saya punya password tak boleh masuk file. Apa password yang betul ?

  265. Prem,

    Fail tersebut passwordnya ditetapkan oleh LPM… sila dapatkan daripada KPN / KPKw / PKP disekolah.

  266. salam cikgu,
    boleh saya tahu berapakah amaun sewa diterima dalam ID ?
    beza ID saya 600 ..
    dt 547252 kt 546652

  267. ilani,

    Sewa diterima RM1800.
    mungkin yertinggal kadar bayaran terakru 600.

  268. Cikgu pada baki b/b belanjawan , tambahkan jumlah tunai dengan bank ke baru dapat baki b/b belanjawan bulan mei ?

  269. irene,

    Baki awal Mei…. ialah Baki akhir April (Tunai + Bank)

  270. cg, sy masih konfius tentang terdahulu dan terakru.. cg boleh terangkan x?

  271. Khai.

    TERDAHULU…. maksudkan pembayaran/penerimaan yang dibuat untuk masa hadapan.
    BELANJA TERDAHULU…. cth: insurans untuk bulan MEI tetapi telah dibayar pada bulan APRIL
    HASIL TERDAHULU… cth: sewa untuk bulan MEI tetapi telah diterima pada bulan APRIL.

    TERAKRU…. pembayaran/penerimaan yang tertunggak …. BELUM BAYAR / BELUM TERIMA lagi pada bulan APRIL.
    BELANJA TERAKRU … cth: gaji pekerja bulan APRIL, tetapi masik belum bayar
    HASIL TERAKRU…. Cth: sewa bulan APRIL, tetapi masih belum terima.

  272. Cg,Yang deposit kadar bayaran itu aset semasa atau belanja???

  273. Arvin,

    Aset Semasa.

  274. Cikgu, harga pasaran amik yang mana satu?

    Mcm mana nk dptkn harga pasaran?

    Harga jualan yg mana stu? Cnth: almari, rm900/ rm 8385?

  275. Sofiya,

    Harga Pasaran seunit bagi setiap barang niaga ada dinyatakan dalam soalan.
    manakala Harga Jualan dinyatakan dalam Kad Stok disebelah penjuru atas kanan.

  276. Cikgu boleh terangkan cadangan prestasi semasa dan jangka panjang? Di mana kita perlu rujuk dan adakah ia perlu berkaitan dengan tafsiran nisbah? Terima kasih cikgu.

  277. Fatin.

    Elemen 4.1 Keputusan Perniagaan – kemukakan sekurang2nya 3 cadangan meningkatkan prestasi jangka pendek / semasa dengan merujuk kepada PP, KKK, Analisis nisbah dan Tafsiran Nisbah yang telah disediakan.

    Elemen 4.2 Perancangan Perniagaan – kemukakan sekurang2nya 2 cadangan peningkatan prestasi jangka panjang perniagaan.. selepas diaediakan belanjawan tunai… kemudian diakhiri dengan rumusan.

  278. Terima kasih Cg.Narzuki.

  279. Faidah bt mamat

    Cg,utk id terselaras, perlukah masukkan stok akhir. Kalau saya masukkan stok akhir, id saya x imbang..

  280. Faidah,

    Stok Akhir TIDAK masuk dalam ID..
    Hanya sebagai catatan / maklumat tambahan sahaja dibawah ID.

  281. Cikgu , Peruntukan hutang ragu tu mcm mana nak kira ?

  282. Nabila,

    1. Tetapkan kadar phr.. pilih antara 1% ~ 4%.
    2. Phr = % Ɨ Penghutang bersih…. baki penghutang selepas pelarasan hutang lapuk.
    3. Hutang Ragu = PHR baru kira – PHR awal

  283. cikgu ,
    lejar pelarasan ada berapa ?

  284. Ilani,

    Bergantung kepada item pelarasan masing2.
    Jika ada 9 item pelarasan… maka 18 akaun yang terlibat dengan pelarasan tersebut.

  285. cikgu, berapakah angka bank dalam kawalan penghutang dan kawalan pemiutang?

  286. Fazella,

    Ak Kawalan Penghutang.. ada item Bank.. disebelah Debit dan Kredit.. nilai2nya hanya jumlahkan nilai2 disebelah debit dan kredit dalam Buku Tunai.

    Begitu juga dengan Ak Kawalan Pemiutang… item Bank sebelah debit… nilainya jumlahkan item pemiutang sebelah kredit dalam Buku Tunai.

  287. Cikgu,saya nak tanya apa jumlah akaun kawalan penghutang dan pemiutang?saya nak check jumlah untuk imbang imbangan duga terselaras. terima kasih

  288. Xin yu,

    Ak Kawalan Penghutang RM52,100
    Ak Kawalan Pemiutang RM35,290

  289. Salam Cikgu,
    – PHR perlu tak dibahagi 12 bulan sebagaimana pengiraan susut nilai?
    – Jika tidak perlu dibahagi, betulkah pengiraan saya ini?
    52100 x 1% = 521

    Dt Hutang ragu 265
    kt PHR 265
    (penambahan hutang ragu 521 – 256)

  290. Ana,

    Ya.. betul pengiraan dan catatan tersebut.

  291. cikgu ,
    berapa jumlah ID pelarasan ?

  292. Ilani,

    Nilainya tidak sama… bergantung kepada nilai pelarasan masing2.

  293. Assalamulaikum cikgu..
    Saya nak bertanya bagaimana hendak membuat pelarasan selapas imbangan dapat diimbangkan..
    Saya minta kalo saya tanya soalan yg telah ditanya kerana terlalu banyak soalan untuk dicari semula..
    Terima kasih

  294. Asha, waalaikumussalam.

    Senarai pelarasan :
    1. Stok akhir … pengiraan.
    2. Susut nilai kenderaan & perabot… pengiraaan
    3. Hutang lapuk
    4. PHR
    5. 2 Belanja terakru
    6. 1 belanha terdahulu
    7. 1 hasil terakru
    8. 1 pembetulan kesilapan tidak ketara.

    Penulisan boleh rujuk soalan penyata kewangan dibahagian maklumat tambahan.

  295. Assalam cgu… Boleh ke kita jadikan alat tulis sebagai pelarasan belanja terakru?
    Terima kasih.

  296. Nur Hawani, waalaikumussalam.

    Alat tulis TIDAK sesuai dijadikan item pelarasan terakru. Sebab bila kita beli alat tulis secara kredit.. catatan bergunya..
    Dt Alat tulis
    Kt Kedai Alat Tulis

  297. cikgu ,
    belanja terdahulu kan duduk bahagian dt ke ?
    dia aset kita kan ?

  298. Salam cikgu , boleh tunjukkan contoh mcm mana kesilapan yg tidak ketara ?

  299. Ilani,
    Ya.. betul.. belanja terdahulu .. aset.. debit.

    Dayangroy,
    Kesilapan tidak ketara ada 5 jenis..
    Ketinggalan satu catatan, kesilapan komisen, kesilapan prinsip, kesilpan songsang, kesilapan saling mengimbangi… contoh setiap satu ada ditunjukkan dalam buku teks.

  300. cikgu ,
    susut nilai perabot kena darab dgn 1/12 ?
    cth : RM 1250 X 1/12 = RM104
    betul ke cikgu ?

  301. Salam cikgu,bagaimana buat tafsiran nisbah selepas membuat pengiraan nisbah??

  302. Ilani,
    Ya, SN untuk sebulan…. X 1/12

    Arvin,
    Sila rujuk contoh dalam buku teks.

  303. Cikgu, kadar susut nilai berapa?

  304. Fifi,

    Kenderaan 10% setahun.
    Perabot tidak dinyatakan bila ianya dibeli… maka pelajar diberi 2 pilihan.
    1. Jika dibeli pada 1/4/2014 .. SN 5%
    2. Jika dibeli pada 1/4/2015 .. SN 10%

  305. salam cg..sy xdapat utk download panduan tugasan..diperlukan password..bagaimana?

  306. Cg
    Utk tempoh kutipan htg, phtg ambil phtg-phr atau phtg sj?

  307. Cikgu,macam mana dapat belanjawan tunai baki awal?

  308. Yee,
    Ikut buku teks SPM.. Penghutang sahaja.

    Xin yu,
    Baki awal Mei = Baki akhir April (… Tunai + Bank)

  309. cikgu ,
    pengiraan nisbah ni dia buat perbandingan antara bulan mac dan april ke? nk kira macamana yg bulan mac ? kalau april kita ada sumber rujukan .

  310. cikgu,

    untuk jawapan pengiraan nisbah, kita boleh tulis angka perpuluhan seperti 25.5%? atau dibundarkan?

  311. Ilani,
    Tidak perlu buat perbandingan, hanya kira untuk bulan April sahaja.

    Kt,
    Pengiraan nisbah boleh dalam 1/2 tempat perpuluhan.

  312. Okay cikgu terima kasih

  313. Asslamualaikum cg,bleh sy tau apa akaun utk LA23,LA24,LA25??hrp cg membantu

  314. Ada brpa kesemua LA???LA27 ambil dri mma??

  315. Farsya, waalaikumussalam.

    Jumlah LA sebelum pelarasan ialah 26.

    LA23 Diskaun diterima
    LA24 Pulangan Belian
    LA25 Pulangan Jualan
    LA26 Kadar bayaran terakru

  316. Aslm cikgu .. sya nak bertanye tentang akaun kawalan pemiutang dan penghutang..
    dlm akaun kawalan Penghutang .. Angkutan Keluar di ambil kire ke ? ..
    dlm akaun kawalan pemiutang .. angkutan masok di ambil kire ke ?

  317. Nazrul, waalaikumussalam.

    Angkutan masuk dan angkutan keluar tersebut tidak terlibat dengan penghutang dan pemiutang.. maka tidak perlu dimasukkan dalam Ak Kawalan.

  318. Terime Kasih Cikgu šŸ™‚

  319. Cikgu, dalam belanjawan, macam mana nak dpt jumlah jualan tunai? ambil jumlah di ID ke?

  320. Iene,

    Ambil jualan April daripada ID Terselaras.
    Untuk Mei… Jun… Julai..darab peratus kenaikan yang diberi dalam soalan.

  321. baiklah cikgu dan satu lagi, dlm belanjawan juga, untuk kira penghutang kena ambil jumlah penghutang di id terselaras juga ke? atau darab shj peratus dri soalan dgn jualan? saya confused bhgn tu

  322. Iene,

    TIDAK…. berdasarkan JUALAN bulan April, Mei, Jun dan Julai
    Jualan tunai (70%) ….
    Penghutang (30%) …..

    Dalam soalan ada menyatakan peratus kenaikan serta jualan kredit.

  323. cg, baki b/b utk id sblum perlarasan LA12 & LA20 berapa ya?

  324. Khai,

    RM1800
    RM1600

  325. Cikgu,

    dalam jurnal am pelarasan;
    adakah stok akhir perlu diambil dari imbangan duga?

    dalam senarai pelarasan pada tarikh imbangan pula bagaimana?

    terima kasih cikgu

  326. Aisya Azhar,

    Kita perlu sediakan senarai pelarasan terlebih dahulu… kemudian baru sediakan catatan pelarasan dalam JA.
    Dalam senarai pelarasan, kita tunjukkan pengiraan stok akhir serta pemilihan nilai stok akhir berdasarkan nilai terendah antara kos atau pasaran.
    Tetapi stok akhir kita tidak tunjukkan dalam JA pelarasan kerana ianya tidak terlibat dengan pelarasan..

    Stok awal dan stok akhir akan ditutup nanti.. tetapi SELEPAS penyediaan Penyata Kewangan.. yang dipanggil Catatan Penutup.. tetapi dalam tugasan kerja kursus ini, TIDAK diminta sediakan catatan penutup tersebut.

  327. cikgu,

    Bolehkah beliau memberikan semua jumlah baki dan bakinya di sebelah kredit atau debit dalam lejar? Imbangan Duga saya tidak imbang

  328. Lai,

    Boleh semak dengan guru sekolah atau rakan yang IDnya sudah seimbang.

  329. cikgu..
    nak Tanya cikgu..
    pengiraan nisbah nak buat tiga : keberuntungan,kecairan, dan kecekapan
    tapi.. keberuntungan ada 4 jenis, so.. semua pun nak buat atau pilih satu..
    kecairan dan kecekapan juga..
    nak buat semua atau pilih satu?

  330. cikgu..
    jurnal am selepas pelarasan folio ia JA 8?

  331. Yeah,

    Syaratnya sediakan sekurang2nya SATU bagi setiap jenis nisbah keberuntungan, kecairan dan kecekapan (jumlahnya 3).
    Walau bagaimanapun, Cg cadangkan buat SEMUA jenis analisis yang ada.

    Jurnal Am pelarasan.. ialah JA8.

  332. salam, ckg saya nak tanya lejar yg perlu dibuat sebelum imbangan duga ada berapa akaun lejar yang perlu dibuka dan lejar apa yang perlu dibuka..
    saya harap ckg dapat membantu saya.. guru kelas saya tidak membantu saya ketika membuat folio ini..
    terima kasih

  333. Hayati,

    Jika sebelum sediakan ID.
    LA1 – LA26
    LJ1 – LJ4
    LB1 – LB2
    Akaun2 yang terlibat boleh rujuk lajur FOLIO dalam JA dan BT.

  334. Cikgu, boleh bagi contoh macam mana nak buat rumusan?

  335. Dreamer,

    RUMUSAN boleh disediakan dalam berapa cara.. salah satunya, Kemukakan kembali secara ringkas perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang serta harapan atau impian masa depan perniagaan.

  336. Cikgu,apa maksud (e) lain-lain anggaran penerimaan dan pembayaran yg significan berdasarkan rekod sedia ada semasa penyediaan blnjwn?..boleh cikgu berikan contoh..
    T.kasih…

  337. Umi Iman,

    Lain-lain item penerimaan dan pembayaran boleh rujuk kepada penerimaan dan pembayaran sedia ada dalam rekod perakaunan bulan April.. contoh penerimaan : sewa diterima, contoh pembayaran : gaji, kadar bayaran, belanja am dll.

  338. cikgu , polisi kredit 30 hari diamalkan oleh perniagaan kan . utk penghutang dan pemiutang ke? ke utk penghutang sahaja ?

  339. Ilani,

    Utk belian, pelajar tentukan sendiri… biasanya 30 hari..

  340. Cikgu,utk “final draft” perlu buat buku tunai semula dgn gantikan nama penghutang dan pemiutang ke??

  341. Arvin,

    Sepatutnya JA, BT dan JK disediakan menggunakankan nama penghutang dan pemiutang masing2 terlebih dahulu,.. kemudian baru diposkan ke lejar.

  342. cikgu…. kalau buat semua jenis analisis pun tak salah ?
    pengiraan nisbah kecekapan
    tempoh kutipan dan pembayaran hutang
    penghutang nak tolah dengan phr dan hutang lapuk dulu ke?

  343. Yeah,

    Sebaik-baiknya buat semua jenis analisis yang ada dalam buku teks..
    Cg cadangkan ikut formula dalam buku teks, ambil penghutang daripada KKK.

  344. cg, kan dalam lejar ada yg kene buka akaun premiskan? saya lihat dkt jurnal am ada premis(kos).. jadi bagaimana saya hendak merekodkan ke dalam lejar? dan mengapa ada (kos)? saya x faham apakah maksudnya?

  345. Hayati,

    Bermula dengan BCP (JA, JK & BT)..kita poskan satu persatu… jika akaun telah wujud, maka kita terus rekod dalam akaun tersebut.

    (Kos) hanyalah catatan/nota untuk memaklumkan kepada kita, bahawa nilai yang diberi adalah nilai kos aset berkenaan.. bukannya nilai buku.

    Urus niaga 1/4 dalam JA merupakan catatan permulaan.. maka diposkan ke akaun masing2 sebagai Baki b/b.

    Cara2 merekodkan dari BCP ke lejar ada ditunjukkan dengan jelas dalam buku teks.

  346. Boleh tahu password download. Macamana tanya ketua pentafsir negeri-negeri?
    Saya sudah email soal ini kepada cikgu.

  347. Dinesh,

    Pihak LPM juga telah hantar maklumat password tersebut ke sekolah2.. mungkin ada dengan PK Pentadbiran.

  348. Salam cikgu,
    Deposit kadar bayaran aset atau belanja hasil?

  349. cikgu… iaitu kita nak ambil amaun yang sudah tolak phr untuk buat nisbah kecekapan tempoh kutipan hutang?

  350. Sarah,
    Aset Semasa.

    Yeah,
    Nilai tolak PHR… bukannya nilai Penghutang.

  351. Apa shj yg terakru masuk liabiliti semasa ya cikgu?

  352. Hutang ragu juga masuk mana cikgu?

  353. Sarah,

    Salah…… sebetulnya:
    Belanja terakru – LS
    Hasil terakru – AS
    Belanja terdahulu – AS
    Hasil terdahulu – LS

    Hutang ragu – boleh jadi Hasil / Belanja… dalam kes tugasan ini.. Belanja.

  354. cg, dalam butiran akaun sewa diterima terakru kena masuk sewa diterima ke?

  355. Hayati,

    Rujuk pengeposan dari JA ke lejar pada
    5/4 Dt sewa diterima Kt Sewa diterima terakru

  356. assalamualaikum,cg boleh ka saya buat item kadar bayaran dgn kadar bayaran terakru sebagai kesilapan tidak ketara. lps itu bagaimana pula dgn deposit kadar bayaran ?

  357. Anis,

    Lebih baik buat yang lain.. srbagai kesilapan ketinggalan.

    Deposit kadar bayaran adalah akaun yang tersendiri tiada kaitan catatan bergu dengan Kadar bayaran.

  358. cikgu, imbangan duga saya yang belah kredit dah dpt 547,252. manakala belah debit dpt 450852…

    debit:

    stok – 38,330
    premis – 180,000
    kenderaan – 60,000
    perabot – 13,245
    Insurans – 2500
    promosi – 800
    belanja am – 250
    angkutan keluar – 800
    alat tulis – 170
    gaji – 8000
    kadar bayaran -1000
    alatan pejabat – 2200
    diskaun diberi – 1600
    sewa diterima terakru – 1800
    deposit kadar bayaran – 670
    pulangan jualan – 1600
    Penghutang P – 16,800
    Penghutang Q – 300
    Penghutang R – 28,900
    Penghutang S – 6400
    Tunai – 2580
    Bank – 82,077

    dimana yang salah ye?

  359. Ckg.. ID terlaras balance kk x balance nape?
    Dah cek tp x jumpa salahnya.. Ada pandangan x Ckg…

  360. Luna,

    Terdapat lebih kurang 11 akaun lagi yang belum dimasukkan… antaranya Jualan, Belian, Modal, diskaun diberi dan diterima, pulangan belian, pemiutang a dan b…

  361. Assalamualaikum cg,nk tanya,brpa kah bilamgab LA dlam imbangan duga terlaras?? Sy ada semuanya 39??btulkan??

  362. Cg ,sy telah cuba mcari kesalahan sy tpi xjumpa untuk id terlaras

    Debit:
    Stok=38330
    Premis=180000
    Kenderaan=60000
    Perabot=13145
    Deposit kadar bayaran =670
    Insuran=2900
    Belian=98530
    Promosi=1100
    Belanja am=250
    A.keluar=1100
    A.tulis=170
    Gaji=8000
    K.bayaran=1600
    Diskaun diberi=1600
    P.jualan=1600
    S.n.kenderaan=500
    S.n.perabot=104
    H.lapuk=300
    H.ragu=1042
    Insurans terdahulu=400
    Komisen diterima terakru=300
    Lengkapan=2000
    Penghutang=52100
    Bank=88077
    Tunai=2580

    Kredit:
    S.n.t.kenderraan=11900
    S.n.t.perabot=1354
    P.hutang ragu=1298
    Modal=369719
    Sewa diterima=1800
    Jualan=122000
    D.diterima=3002
    P.belian=1935
    K.bayaran terakru=600
    Promosi terakru=300
    A.keluar terakru=300
    Komisen diterima=300
    Lengkapan=2000
    Pemiutang=35290

    Beza nya kredit kramg 800 drpd kredit…..bleh cg tolong sy kesan kesalahan??

  363. Dan alatan pejabat=2200

  364. Farsya,

    Cuba semak Ak Insurans… ada kemungkinan silap;.
    Catatan butir sebelah Kredit insurans terdahulu 400… bukannya sebelah debit.

  365. Assalamualaikum cikgu, saya tak dapat nak download panduan tu sebab perlu password pelaksanaan dan penilaian. Cikgu boleh tolong saya?

  366. Oh….btul lah cg,ada kesilapan dekat akaun insurans…..hebat btul cg…terima kasih byak..sy dh imbang…

  367. Farsya,

    Ok Tahniah.. kerana IDT seimbang.

  368. Salam cikgu.Total lejar campur pelarasan ada berapa eh folio dia ? pELARASAN DT HUTANG RAGU KT PERUNTUKAN HUTANG RAGU KE?

    nak buat akaun kawalan tengok mana cikgu ?

    -PP DAN KKkira kira kena tengok dak bahagian pelarasan.

    Thanks cikgu.

  369. Saodah,

    Jumlah lejar tidak tetap.. bergantung kepada item pelarasan masing2..

    Cara2 sediakan Ak Kawalan boleh rujuk buku teks ms 166.

    PP & KKK berdasarkan maklumat dalan ID Terselaras.

  370. cg boleh x saya ambil diskaun diberi & diterima untuk bt kesilapan terbalik/songsang ?

  371. Anis,

    Tidak sesuai diskaun diberi dan diterima sebagai kesilapan songsang.

  372. Salam cg,sy ada beberala soalan

    1.deposit k.bayaran,hutang lapuk,hutang ragu belanja/aset?

    2.dekat kk,adakah jumlah pemiutang perlu dicampur dgan jumlah item pembetulan kesilapan tdk ketara??

  373. 3.dlam kk,penghutang perlu ke ditolak peruntukan h.ragu??

  374. Farisya,

    1. Deposit kadar bayaran – AS
    Hutang lapuk, Hutang Ragu – Belanja

    2. Ak Kawalan disediakan dengan mengambilkira pelarasan yang terlibat dengannya.. kemudian baki akhirnya dicatat dalam IDT.

    3. KKK
    Aset Semasa:
    Penghutang xxx
    (-) PHR xxx
    # rujuk format KKK.

  375. Hi, cg
    Dalam nisbah ujian mampu,
    1) Jumlah aset = ABS + AS @
    2) Jumlah aset = ABS + modal kerja
    Pengiraan mana yang betul?

  376. Wsy,

    Jumlah Aset = ABS + AS

  377. Hi, Cikgu. I nak tanya kaitan ngan dalam senarai pelaran pada tarikh imbangan tu ada satu ialah penghutang Q telah diisytiharkan muflis. Dan ia perlu ke catat dalam jurnal dan lejar ? Terima kasih

  378. Vivian,

    Ya.. kes tersebut berkaitan dengan pelarasan hutang lapuk.
    Dt Hutang lapuk
    Kt Penghutang Q

  379. Terima Kasih šŸ™‚

  380. cikgu apakah item sebenar yg sesuai untuk buat soalan h)kesilapan tidak ketara ini ?

  381. Anis,

    Ada beberapa pilihan..antaranya :
    1. Kesilapan ketinggalan catatan satu urusniaga.
    2. Kesilapan prinsp.
    3. Kesilapan saling mengimbangi
    4. Kesilapan amaun
    5. Kesilapan komisen

  382. boleh x cikgu bagi apakah itemnya untuk dijadikan kesilapan ni ?

  383. Anis,

    Pilih salah satu daripada jenis kesilapan tersebut.. dan rujuk contoh dalam buku teks sebagai panduan… kemudian kemukakan disini, nanti Cg beritau sesuai atau tidak.

  384. Salam cg, mcm mna nk buat senarai pelarasan?

  385. Ain,

    Sila rujuk maklumat tambahan dalam soalan Penyediaan Penyata Kewangan dalam buku teks sebagai panduan.

  386. cg,apa password untuk dowload panduan tu?

  387. cg, saya nak tanya apa perlu saya buat selepas imbangan duga sebelum pelarasan. dan bagaimana saya perlu buat untuk senarai pelarasan pada tarikh imbangan dan catatan pelarasan dalam Jurnal am & lejar?

  388. Hayati,

    Item2 pelarasan telah dinyatakan dalam soalan. Sediakan senarai pelarsan tersebut.. kemudian kenalpasti akaun2 yang terlibat untuk sediakan catatan dalam jurnal am bagi setiap item pelarasan tersebut…. seterusnya poskan ke lejar yang berkenaan.

    Boleh rujuk Blog Cgu Azlan (klik)

  389. assalamualaikum.. ckgu id terlaras sya x imbang… baki dt 512803, kt 586993

    debit
    stok – 38 330
    premis – 180 000
    knderaan – 60 000
    perabot – 13145
    deposit kdar byaran – 670
    insurans- 4792
    sewa ditrima – 6000
    belian- 98530
    promosi- 900
    belnja am – 330
    ang. kluar – 800
    alat tulis- 170
    gaji – 8000
    kdar byaran – 1600
    alatan pej – 2200
    disk. dberi – 1600
    pul. jualan – 1600
    s/n knderaan- 405
    s/n prabot – 104
    kawalan pnhutang – 52100
    Pnghutang P – 16800
    pnghutang Q – 3300
    pngutang R – 28900
    pnghutang s – 6400
    tunai – 2580
    bnk-82077

    kredit
    sewa terakru – 2400
    s/n trkumpul knderaan – 11 805
    s/n trkmpul prab0t- 1354
    prntukan hutang ragu – 175
    modal – 369 719
    jualan – 12 2000
    disk. diterima – 3002
    pul. belian – 1935
    kdar byaran trakru – 600
    pngurangan Pruntukan hutang ragu – 81
    promosi trakru – 100
    bel am trakru – 80
    insurans trdahulu – 2292
    derma – 570
    hutang lapuk – 300
    kawalan pmiutang – 35 290
    pemiutang 1- 14075
    pmiutang 2 – 21215

    bole ckgu tlg cri mne ksalahn sya?

  390. Umairah, waalaikumussalam.

    Kesilapan yang berjaya dikesan :
    1. Catatan pelarasan dalam Ak Insuran dan Ak Insurans terdahulu – terbalik catatan debit dan kredit.
    2. Pelarasan hutang lapuk dan penghutang Q juga terbalik catat.
    3. Pengiraan PHR tidak perlu x 1/12
    4. Catatan Ak sewa diterima dan Ak Sewa diterima terakru juga perlu disemak.
    5. Apabila dicatat baki ak kawalan penghutang dan Ak Kawalan pemiutang dalam ID, maka Ak Penghutang PQRS dan Pemiutang AB tidak perlu lagi dicatat dalam ID.

  391. skejap..

    PHR tu trbalik dbit dgn kredit ke jumlah?
    pnghutang q pun nk tulis jgk ke dlm ID?
    apa mksud ckgu PHR x prlu x 1/12?

  392. ini pngiraan PHR yg ckgu sya ajr..

    pnhutang brsih x 4%
    = (P+Q+R+S)x 4%
    = 52 400 x 4%
    =2096
    2096 bahagi 12
    = 175 – 256
    =81 ( pngurangan PHR)

    lejar2 jdi songsang ke bila msuk ID2 ?

  393. THANK YOU SO MUCH cg!!!! šŸ˜€

  394. Umairah,

    Pengiraan phr “4% atas penghutang”… maka terus X penghutang… tidak perlu bahagi 12, nilai penghutang itupun adalah nilai untuk bulan April sahaja.

    Nilai penghutang tu salah.. sepatutnya RM52100 (iaitu selepas tolak hutang lapuk 300)… Kena buat pelarasan hutang lapuk dahulu sebelum pelarasan phr.

    Berbeza dengan SN “10% setahun”.. itu sebab kita x 1/12 untuk kira susut nilai.

    Bila dah masuk Ak Kawalan Penghutang… maka Akaun2 penghutang tidak perlu masuk lagi.

    IDT kita terus ambil baki akhir… debit – debit.. kredit – kredit.

  395. cg bagaimana kalau saya ambil angkutan keluar dgn masuk sebagai kesilapan terbalik ?

  396. Anis,

    Tidak sesuai kerana catatannya dalam buku tunai sudah dicatat dengan betul.

  397. cg. mcm mana nak buat lejar pelarasan selepas buat jurnal am pelarasan?

  398. cg, apa maksud dia jika lejar pelarasan melibatkan tunai atau bank?

  399. Hayati,

    Katakan;Jurnal Am
    Dt SN kenderaan 100
    Kt SNT kenderaan 100

    Maka buka akaun yang terlibat..
    Oleh kerana Ak SNT telah wujud.. maka masukkan baki akhir sebsgai Baki B/b kemudian masikkan catata pelarasan.

    Jika melibatkan buku tunai.. sama juga… buka Buku Tunai dengan hanya masukkan Baki akhir daripada BT sedia ada kemudisn masulkan catatan prlarasan.

  400. salam cikgu, stok purata tu, stok awal + stok akhir (harga pasaran ke harga kos?) bahagi dgn 2 kan?

  401. Luna,

    Stok purata = (stok awal + stok akhit)/2

    Nilai2 stok tersebut boleh rujuk dalam Penyata Pendapatan.

  402. cg, boleh cg tolong periksakan saya punya imbangan duga terselaras? saya kurang sebelah kredit sebanyak RM650.

    Dt:
    Stok- 38330
    Pulgn Jualan – 1600
    belian – 98530
    Deposit kadar bayaran – 670
    Alatan pejabat – 2200
    Insurans – 3500
    Promosi – 450
    Belanja am – 400
    Alat Tulis – 170
    Gaji – 8000
    Angkutan keluar – 1000
    premis – 180000
    kenderaan – 60000
    perabot – 13145
    kadar bayaran – 1600
    diskaun diberi – 1600
    tunai – 2580
    bank – 82077
    SN Kenderaan – 405
    SN perabot – 110
    Hutang lapuk – 300
    Hutang Ragu – 521
    Penghutang – 52100

    kt:
    Diskaun Diterima – 3002
    modal – 369719
    jualan – 122000
    SNT Kenderaan – 11805
    SNT Perabot – 1360
    PHR – 777
    Pulangan belian – 1935
    kdr byrn terakru – 600
    angkutan keluar terakru – 1000
    pemiutang – 35290
    insurans terakru – 1000
    belanja am terakru 150

  403. Hayati..

    Bukan insurans tu item belanja terdahulu… bukannya terakru ?.. sila buat semakan.
    Ak PHR tiada disebelah kredit.

  404. macam mana nak buat belanjawan tunai…..

  405. kenapa saya punya imbangan duga terselaras tak seimbang? saya rasa semua dah betul. dan mcmana nak dl panduan sdgkan saya tkde password?

  406. cikgu, id saya tak seimbang

    dt:
    stok – 38330
    premis – 180000
    kenderaan – 60000
    perabot – 13145
    deposit kb – 670
    insurans – 2000
    belian – 98530
    promosi – 950
    belanja am – 320
    ang. keluar – 800
    alat tulis – 170
    gaji – 8000
    kb – 1600
    alatan pejabat – 2200
    disk diberi – 1600
    pul. jualan – 1600
    sn kenderaan – 405
    sn perabot – 52
    hutang lapuk – 300
    hutang ragu – 786
    bel. am terakru – 320
    komisen terakru – 300
    derma – 150
    tunai – 2580
    bank – 81927
    penghutang – 52100
    ttl = 548835

    kt
    snt kenderaan – 11805
    snt perabot – 1302
    phr – 1042
    modal – 369719
    sewa diterima – 1800
    jualan – 122000
    disk diterima – 3002
    pul. belian – 1935
    kb terakru – 600
    promosi terakru – 150
    insurans terdahulu – 500
    komisen – 300
    pemiutang – 35290
    ttl = 549445

  407. Nurwawahidah,

    Insurans terdahulu…. debit
    Belanja am terakru…. kredit

  408. cg, imbangan duga saya dah seimbang.. Ak PHR saya ada dkt kt..

    hutang ragu dia masuk dkt PP ke?

  409. Hayati,

    Hutang ragu … penyata pendapatan.

  410. Cikgu, perabot yang diambil untuk kegunaan perniagaan pada 30 Apr 2016 patut disusutnilai tak?

  411. Marlynna,

    30 April.penggunaannya cukup sebulan… maka perlu diambilkira dalam pengiraan susutnilai..

  412. Satu lagi. Alatan pejabat yang dibeli pada 30 Apr 2016 dan bernilai RM2200 perlu disusut nilai?

  413. Tetapi cikgu, ambilan perabot berlaku pada tarikh 30 Apr 2016 seperti tercatat dalam kad stok (No. Memo: M107)

  414. cg, kunci kira2 saya x balance.. boleh x saya dapatkan formula penuh utk kunci kira2 dan Penyata Pendapatan yang berdasarkan folio??

  415. Hayati..

    Semak catat dalam komponen yang betul… serta operasi tambah dan tolaknya betul…
    Format boleh rujuk buku teks.

  416. Assalamualaikum cikgu

    Peruntukan hutang ragu 2% atas penghutang = RM1042
    Penambahan PHR = RM786

    Adakah betul apa yang saya buat ini..
    Jurnal Am :
    Dt Hutang Ragu 1042 Kt PHR 1042

    PP :
    Belanja PHR 786

    KK :
    Penghutang – 1042

    Terima kasih

  417. Ema, waalaikumussalam.

    Pengiraan sudah betul.. cuma catatan pelarasan dalam JA tidak tepat.
    Sepatutnya:
    Dt Hutang ragu 789
    Kt PHR 789

    PP: Belanja
    Hutang ragu 789

    KKK: AS
    Penghutang xxx
    (-) PHR 1042

  418. cikgu id terlaras ni nk ambil mna hutang ragu dgn ang. kluar trakru?

    pngiraan pnhutang tu, klau x bhgi 12.. mcm mna nk dptkn pngurangan hutang ragu?

  419. Umairah,

    Oleh kerana nilai baki akhir penghutang semakin bertambah… maka sudah tentu berlaku pertambahan peruntukan hutang ragu… tiada kaitan kena bahagi 12…. jika bahagi 12 dikira SALAH kerana tidak faham konsep PHR.

  420. salam cikgu, ada tak senarai nombor folio ((utk dimasukkan ke dalam lejar)) ? cth: dalam lejar, jurnal jualan punya no. folio JJ1. Bank pula BT5 dan Tunai BT6.

    saya tak tahu nombor folio bgi angkutan keluar, sewa diterima dan sbgainya…

  421. Luna,

    Boleh rujuk dalam Jurnal Am dan Buku Tunai dilajur Folio.

  422. Assalamualaikum cikgu

    Deposit kadar bayaran termasuk dalam kategori aset semasa atau aset bukan semasa dlm KKK?

    saya rasa ia dalam aset bukan semasa. betul ke?

  423. Ema, waalaikumussalam.

    Aset Semasa…. kerana sifatnya yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

  424. cikgu.Kalau buat Hasil terakru (sewa kenderaan terakru ) Dt apa dan Kt apa ? Sy tak tau nak tulis sewa diterima atau sewa kenderaan diterima terakru…

  425. Saodah,

    Sewa diterima telah digunakan…. kita teruskan dengan sewa diterima.

    Dt Sewa diterima terakru
    Kt Sewa diterima

  426. Hi Cg
    Betulkah kita ambil baki akhir tunai dan bank dari Buku Tunai sebagai baki awal di Belanjawan Tunai?

  427. Wsy,

    Ya.. betul…Baki akhir April, merupakan Baki awal Mei.

  428. Assalamualaikum cg,jualan kredit dan belian kredit nk ambil dri mna untuk nisbah kecekapan ni??sy dh rujuk buku teks tpi still xpham…

  429. Dan cg,boleh ke klu sy buat folio JJ1,JJB1,JPJ1,JPB1???sebab cg sy ckap perniagaan sebenarnya dh lama…sepatutnya lebih dri 1 tpi klau sy xnak tukar xpe ke??klu tukar,byak lah kena print semula

  430. Farisya, waalaikumussalam.

    Jualan kredit —> Jurnal Jualan
    Beluan kredit —> Jurnal Belian

    No 1… menunjukkan halaman jurnal tersebut… oleh kerana buku jurnal sudah hilang.. maka buku baru disediakan… dan catatan mestilah bermula dengan halaman 1.
    Maka JJ1, JB1, …. sangat sesuai digunakan.

  431. cikgu, cikgu sekolah saye taknak bagi password. cemana saya nak bukak panduan tuuuuuuu

  432. Cikgu…
    Apabila membuat pelarasan, perlu tak peruntukan hutang ragu darab dengan 1/12 kerana peruntukan hutang ragu yang dibuat hanya untuk satu bulan?
    Terima kasih. d(>w<)b

  433. Grim,

    TIDAK perlu X 1/12… kerana nilai penghutang yang digunakan adalah nilai akhir sebulan (April).

  434. Paramesvari krishnan

    salam cikgu,
    Cikgu..pengiraan kadar pusing ganti stok (hari) = stok purata/kos jualan * 30 hari kan ? = xx hari..betul tak cikgu?

  435. Paramesvari Krishnan,

    Ya, betul.. pengiraan untuk bulan April.. 30 hari.

  436. Assalamualaikum cikgu,

    saye nak tanye, kan buku catatan pertama kena isi lajur folio. untuk penghutang S saye nak letak folio dia ape? saye dah rujuk jurnal am tapi takde. bantuan cikgu amat saya hargai.

  437. Abdullah, waalaikumussalam.

    Dalam BCP, folionya merujuk kepada halaman dalam lejar jualan.
    Penghutang S ….. LJ4

  438. Paramesvari krishnan

    Terima kasih cikgu

  439. Hi Cg,
    Pembayaran dalam belanjawan tunai kena ambil semua belanja dalam Penyata Pendapatan? Contohnya Insurans, promosi, belanja am, angkutan keluar, alat tulis, gaji dan kadar bayaran. Atau pilih mana-mana yang dianggap signifikan saja?

  440. Wsy,

    Item pembayaran … item2 yang melibatkan pengeluaran wang tunai.. seperti bayaran untuk belanja2.. bayar kepada pemiutang… bayaran ansuran pembelian aset (jika ada).

  441. Ckgu kalau akauan deposit kadar bayaran, akaun penamat masuk dekat mana?

  442. Iman,

    Deposit kadar bayaran… Aset Semasa dalam KKK.

  443. Assalamulaikum cikgu..[Belanjawan tunai]
    Mana nak cari jualan dan belian tunai??
    Dan saya x faham apabila soalan menyatakan bahawa bulan mei jualn meningkat 10% dan bulan berikut nye 15%. 30% jualan kredit.. maksud selepas tamabh 15% hanya 70% sahaja jualn tunai.. Begitu juga dengan belian.
    Cikgu, apakah yg dimaksudkan polisi kredit 30 hari diamalkan perniagaan.
    Terima kasih

  444. Asha, waalaikumussalam.

    Cgu cadangkan tunjukkan pengiraan dalam bentuk jadual.
    1. Kira jumlah jualan bagi setiap bulan berdasarkan % kenaikan yang dinyatakan dalam soalan.
    Nilai Mei = 10% x April + April

    Jualan ……. mei … jun … julai
    Jualan tunai.. 70%…..70%…. 70%
    Phtg @ kredit. 30%…..30%…. 30%

    2. Temoh kredit 30 hari.. maksudnya phtg bulan April dibayar pada Mei… Mei pada Jun… Jun pada Julai

    3. Belian pun caranya sama.. cuma petarusnya berbeza.

  445. Cikgu- untuk a/k Kawalan Penghutang dan a/k kawalan pemiutang kena isi folio ke?
    Jika kena, folio dipetik dari mana?

  446. Marlynna,

    Ya.. folio mesti ada.. folio adalah merujuk kepada BCP dimana maklumat itu diambil..

    Boleh rujuk dalam buku teks m/s 166.

  447. Cikgu…
    Imbangan Duga Terselaras saya tidak imbang..
    Saya mendapati bahawa Imbangan Duga Terselaras saya akan imbang jika saya tidak meletak AK kawalan penghutang dan AK kawalan pemiutang ke dalamnya.
    Perlukan AK kawalan peghutang dan pemiutang diletakkan ke dalam Imbangan Duga Terselaras?

  448. Grim,

    Ak Kawalan perlu dimasukkan dalam IDT…. yang tidak perlu dimasukkan ialah akaun penghutang P,Q,R,S dan Pemiutang A, B.

  449. Assalamualaikum cg

    Sya punya ID x seimbang mcm mna nk bgi seimbang? cg btol x cra sya buat ID?

    Dt
    Tunai=2580
    Bank=82077
    Stok=38330
    Premis=180000
    Kenderaan=60000
    Perabot=13145
    Sdt=-
    Dkb=670
    Insurans=2500
    Belian=93755
    Promosi=800
    Belanja am=250
    Angkutan keluar=800
    At=170
    Gaji=8000
    Kb=1600
    Ap=2200
    Pj=1600
    Penghutang=52400
    Total=542477

    Kt
    Sntk=11400
    Sntp=1250
    Phr=256
    Modal=369719
    Sd=1800
    Jualan=109200
    Diskaun diterima=3002
    Pb=1935
    Kbt=600
    Pemiutang=35290
    Total=534452

    Cg tlong tgok kan.
    Terima kasih…

  450. Maaf cg tertiggal satu
    Dt
    Pj=1600

  451. Yana, waalaikumussalam.

    Cuba semak Jualan dan Belian…. ada kesilapan..
    Kemungkinan kesilapan berpunca dari Jurnal Jualan dan Jurnal Belian lagi.

    JB 87970
    JJ 95900

  452. Assalamualaikum cg,cg bleh bgi contoh cara/ayat untuk buat rumusan berkait dengan belanjawan tunai??

  453. Farisya, waalaikumussalam.

    Rumusan adalah untuk keseluruhan tugasan projek… BUKAN untuk belanjawan tunai sahaja.

  454. Salam sejahtera cikgu,cikgu saya hendak tanya dalam jurnal am perlarasan kita perlu buat akaun stok akhir ke tidak ,kalau hendak dt & kt perlu catat macam mana ?

  455. Apple,

    Stok tidak terlibat dengan catatan dalam Jurnal Am pelarasan.

  456. Salam,Cg nak Tanya jawapan ID sebelum dan selepas pelarasan berapa ye?

  457. Vbella,

    ID = RM547 252
    IDT … tidak sama, bergantung kepada nilai2 item pelarasan masing2.

  458. belinda vicky

    terima kasih cikgu maaf ganggu malam2

  459. Assalamualaikum cg

    Sya punya idt x seimbng tpi sya rsa sya buat dh betol..

    Dt
    Tunai=2580
    Bank=82077
    Stok=180000
    Kenderaan=60000
    Perabot=13145
    Sdt=400
    Dkb=670
    Insurans=2000
    Belian=98530
    Promosi=1000
    Belanja am=250
    Ak=500
    At=1170
    Gaji=8300
    Kb=1600
    AP=2200
    D diberi=1600
    Pj=1600
    Snk=3645
    Sntp=937.5
    Hr=1048
    Insurans terdahulu=500
    Kawalan penghutang=52100
    Totally=554182.5

    Kt
    Sntk=15045
    Sntp=1062.5
    Phr=1304
    Modal=369719
    Sewa diterima=2200
    Jualan=122000
    Diskaun diterima=3002
    Pb=1935
    Kbt=600
    Promosi terakru=200
    Alat tulis terakru= 1000
    Hutang lapuk=300
    Kawalan pemiutang=35290
    Totally=552701.5

    X seimbang…cg tlong tgokn ap perlu sya buat?…

  460. Ayun, waalaikumussalam.

    Terdapat bebrapa kesilapan yang berjaya dikesan..:
    1. Premis 180000 – tiada
    2. Stok – silap nilai
    3. Gaji – silap nilai
    4. Hutang lapuk – sepatutnya disebelah Debit
    5. Pengiraan Susut Nilai – Silap…. sepatutnya dibahagi 12 … untuk SN SEBULAN.

  461. Cg

    mcm mna nak kira susut nilai?..bgi kaedah baki berkurang dan garis lurus? ..peratusnya ikut suka ka?.

    Dan cg klau gaji diambil sbgai kesilapan tidak ketara bolehkn?

    Masih x fhm..

  462. Ayun,

    Penggunaan kadar peratus susut nilai hendaklah mematuhi konsep ketekalan … berdasarkan tarikh kenderaan dibeli dan baki SNT kenderaan… kita boleh kenalpasti kadar SN kenderaan ialah 10% setahun kaedah baki berkurangan:
    SN = 10% ( Nilai Kos – SNT) Ɨ 1/12 .. utk sebulan

    Perabot tidak dinyatakan tarikh ianya dibeli.. maka ada 2 pilihan mudah:
    1. Dibeli pada 1/4/2014, maka kadarnya 5% setahun
    2. Dibeli pada 1/4/2015, maka kadarnta 10% setahun.
    SN = % Ɨ Nilai kos x 1/12 … utk sebulan.

    Bagi mengelakkan kekeliruan..adalah lebih baik ambil item lain yang tidak terlibat dengan pelarasan sebelum ini.

  463. Cikgu, Jualan bulan apr’16 dlm IDT saya ialah RM122000 terdiri drp jualan tunai (RM26100) & jualan kredit (RM95900).
    Dalam belanjawan, penerimaan drp penghutang utk Mei’16 patut isi RM95900 (nilai IDT)atau 30% drp RM122000 [spt.diminta dlm. soalan 4(b)]

    Belanjawan Tunai ….31 julai 2016
    Apr Mei Jun
    Jumlah jualan 122000
    Penerimaan
    drp penghutang 95900

    ATAU

    Penerimaan drp
    penghutang (30%x122000) 36600

  464. Marlynna,

    Penghutang April.. diterima bayaran pada bulan Mei.
    Manakala penghutang Mei…. (30% Ɨ Jualan Mei).. diterima bulan Jun.

  465. Assalam…cgu sy wat pelarasan utk kesilapan tidak ketara iaitu pemilik mengambil seunit kabinet tv berkos rm570 terlupa catat. Adjustment dlm jurnal
    Dt ambilan
    Kt belian
    Soalan sy cgu stok akgir sy perlu adjustment x..ke sy perlu tukar kpd pelarasan len..tq

  466. Amira, waalaikumussalam.

    Lebih baik jangan libatkan barang niaga.. kerana jika libatkan barang niaga banyak lagi perkara lain perlu diselaraskan… antaranya penilaian stok akhir perlu dikira semula..

    Daripada barang niaga… baik ambilan aset bukan semasa perabot pada 30 April yang tertinggal catat.. tiada kesan keatas pengiraan SN kerana diambil pada 30 April..

    Dt Ambilan
    Kt Perabot

  467. Cikgu, utk tujuan belanjawan, jualan bulan Mei’16 meningkat 10% drp jumlah jualan Apr’16 sebelum atau selepas pulangan jualan?

  468. Marlynna,

    Rujuk JUALAN…. bukan jualan bersih.

  469. Cikgu,

    1) Utk mengira nisbah semasa… komponen Penghutang dlm Aset Semasa perlu ditolak PHR ke?

    2) Bagi % untung kasar atas jualan pula …, jualan bersih merujuk kepada Jualan tolak Pulangan. Perlu lagi tolak diskaun diberi?

  470. Marlynna,

    1. Ya… Kita rujuk nilai Aset Semasa dalam KKK.

    2. Kita rujuk kepada formula…. JUALAN BERSIH” ..maka sudah semestinya nilai Jualan – Pulangan jualan – Diskaun diberi..

  471. Assla cg…nak tanya ada tak terima info tambahan yg mengatakan penutupan lejar bagi akaun nominal kena tutup secara pemindahan ke akaun penamat. tkasih

  472. CgKay, waalaikumussalam.

    Dalam tujuan kerja kursus ini dimana pelajar diminta sediakan …. ID, maka SEMUA akaun perlu diimbangkan dengan Baki h/b dan Baki b/b.
    Sekiranya akaun2 nominal tersebut ditutup dan dipindahkan Ke Akaun Penamat, maka akaun tersebut tidak wujud lagi baki… bagaimana pula nak sediakan ID.

  473. Salam cikgu.

    Cikgu saya ckp, baki awal utk belanjawan tunai tu baki b/b a/k tunai + bank.

    Maknanya, 9800 + 166215 eh?

    thank you

  474. Luna,

    Baki b/b… pada 1 mei dalam Buku Tunai.
    Bukan nilai tersebut (itu nilai jumlah).. nilai dibawahnya

  475. Cikgu,

    Utk.nisbah kecekapan (kadar pusing ganti stok, tempoh kutipan hutang & tempoh bayaran hutang), formula kena kali dengan 365 hari atau 30 hari? Tkasih

  476. Marlynna,

    Pengiraan untuk sebulan, maka X 30 hari.

  477. Cikgu,

    Jika x dgn 30 hari, andaikan kadar pusing ganti stok = 2.10 kali,tafsirannya ialah “Perniagaan manggantikan stok sebanyak 2.10 kali dalam satu ‘TEMPOH PERAKAUNAN’ atau satu ‘BULAN'”

  478. Marlynna,

    dalam tempoh SEBULAN.

  479. belinda vicky

    cg nak tau belanjawan tunai kena buat after pelarasan ke before pelarasan

  480. Belinda,

    Kita rujuk nilai daripada Penyata Pendapatan dan KKKK.

  481. Salam cg.. sy nk tnya btl x cara sy kira atok akhir kt bwah ni..

    Harga kos :

    Almari = 13 X 645 = 8385
    Kabinet tv = 16 X 570 = 9120
    Katil = 6 X 925 = 5550
    Meja makan = 7 X 1140 = 7980
    Sofa = 10 X 1790 = 17900

    Jumlah = RM 48 935

    Harga pasaran :

    Almari = 13 x 900 = 11700
    Kabinet tv = 16 X 883 = 14128
    Katil = 6 X 1625 = 9750
    Meja makan = 7 X 800 = 5600
    Sofa = 10 X 1600 = 16000

    Jumlah = RM 57 178

  482. bolehkah cikgu bg terus contoh kesilapan tidak ketara ?

  483. Anis.

    Boleh rujuk jenis2 kesilapan tidak ketara serta contoh dan cara membetulkannya dalam buku teks.

  484. Cg,,

    april 30 baki b/b ruang folio lejar belanja dan lejar hasil kena tulis JA 7 ke?
    Confused ni…

  485. yh,

    baki pada 30 April … adalan hasil pengiraan / imbangan… bukannya dirujuk daripada JA7…. maka kosongkan.

  486. cg,sy nk tnya . kalau kesilapan tidak ketara sy buat kesilapan prinsip .cthnya belnja mmbaiki premis trsilap catat dlm akaun premis RM200. adkh 200 hrus ditolak dlm akaun tunai dlm imbgn duga?

  487. Sarah,

    Catatan pembetulannya tidak melibatkan akaun tunai… akaun yang perlu diperbetulkan ialah Ak Belanja menbaiki dan AK Premis..
    Dt Belanja membaiki Kt Premis

  488. Terima kasih cikgu šŸ˜€

  489. Salam cikgu, boleh saya tahu apa baki awal belanjawan tunai? RM84,657 ke?

  490. Mikael,

    Rujuk baki Tunai + Bank daripada KKK masing2.

  491. terima kasih cikgu!

  492. salam cikguuu.. Kadar Pusing Ganti Stok saya dah buat 3 kali dan masih salah… cikgu blh bantu?

    stok purata = stok awal + stok akhir / 2
    = 38330 + 44655 / 2
    = 41492.5

    Kadar Pusing Ganti Stok = kos jualan bahagi stok purata x 12 bulan

    jadi, 87268 bahagi 41492.5 x 12 bulan
    total = 25 kali…

    apa yang salah?

  493. kali 12 bulan ke 30 hari eh? huhu

  494. Luna,

    Tidak perlu darab dengan dengan tempoh….. sebab Kos Jualan dan Stok purata adalah nilai untuk sebulan.

    KPGS = Kos Jualan / Stok Purata

  495. cikgu, belanjawan tunai nak ambil value from imbangan duga sebelum pelarasan ke selepas?

  496. Jiji,

    Nilai SELEPAS pelarasan…. nak mudah rujuk Penyata Kewangan (PP dan KKK).

  497. assamualaikum cg

    klau di jurnal am pelarasan btol ka sy letak susunan?cg tgokan

    promosi terakru =debit
    promosi =kredit

    alat tulis terakru =debit
    alat tulis =kredit

    insurans terdahulu =debit
    insurans =kredit

  498. Diyana, waalaikumussalam.

    Dt Promosi
    Kt Promosi terakru

    Dt Alat tulis
    Kt Alat tulis terakru….. item Alat tulis TIDAK sesuai dijadikan item Belanja Terakru.

    Dt Insurans terdahulu
    Kt Insurans

  499. cg

    mcm mna klau belanjawan tunai kna rujuk buku tunai ka? ataupn di imbangan duga terselaras?

    dan mcm mna pulak dgn jawapan hendaklah dibundarkan kepada ringgit yang hampir ?

  500. Ayun,

    Nak mudah rujuk sahaja PP dan KKK… kenalpasti item pembayaran dan penerimaan.
    Jika pengiraan dapat perpuluhan/sen.. maka bundarkan kepada ringgit yang hampir.

  501. belinda vicky

    cg nak tanya berapa jawapan akaun kawalan bagi penghutang dan pemiutang?setahu saya semua orang mesti sama kan?

  502. Belinda,

    Penghutang RM52100
    Pemiutang RM35290

  503. belinda vicky

    terima kasih cikgu

  504. cg,, item hasil terakru blh buat item apa? dn satu item pmbetulan kesilapan x ketara.. blh cg cadangkan ? sy konfiuss

  505. Ain,

    Sewa diterima terakru.. Komisen diterima terakru.
    Beli alatan pejabat secara kredit.. belum telupa rekod..tarikh 30 April.. nak elak terlibat dengan pengiraan susut nilai.

  506. cg,

    ID sblum laras saya tdk seimbang. bezanya 8x xxx dn ke atas. apa yg perlu sya lihat semula?

  507. Yong,

    Kemungkinan Tunai dan Bank … tidak dimasukkan.

  508. slm cg, Id sya x imbg. bleh cgu tlg tgokkan mana yg slah?

    dbt
    tunai 2580
    bnk 82077
    stok 38 330
    prmis 180 000
    kndraan 60000
    prbot 12500
    d.k.byrn 670
    insurns 2 500
    blian 99175
    prmosi 800
    blnja am 250
    a.kluar 800
    a. tulis 170
    k.byrn 1000
    gaji 8000
    a.pjbt 2200
    d.dtrima 3 002
    p.jualan 1 600
    p.p 16800
    p.q 300
    p.r 28900
    p.s 6 400
    jumlah 548 054

    kdit
    s.n.t kndraan 11700
    s.n.t prbot 1 250
    phr 256
    modal 369719
    sewa dtrima 3600
    jualan 122 000
    d.dberi 1600
    p.belian 1935
    p.a 14075
    p.b 21215
    jmlah 547 350

    mohon tnjuk ajar dr cgu šŸ™‚

  509. Adzrin,

    Diskaun diterima –> Kredit
    Diskaun diberi –> Debit

  510. Assalam.. ckg mcm mna nk buat ak kwln pnghtng n pmiutng?..nk ambl kt mna baki b/b(dbit) n bank(pnerimaan)..Ada ke faedh,angktn keluar,htng lpuk n kontra dlm kwln pnghtng n pmiutng?

  511. Qaisya, waalaikumussalam.

    Boleh rujuk buku teks.. ms 166.

  512. salam cikgu. saya masih x jumpa dan x faham kesalahan tidak ketara tu jadi macam mn saya nak habiskan imbangan duga terselaras.

  513. cikgu saya ambil kesilapan terbalik lps tu apakah item yg tidak melibatkan tunai/bank ?

  514. Anis,

    Kesilapan terbalik.. tidak sesuai kerana dalam kesilapan tersebut tidak berlaku. Kesilapan yang sesuai : kesilapan prinsip.. kesilapan ketingalan satu urusniaga.

  515. ok terima kasih cikgu

  516. Cikgu, bagaimana nak buat rumusan kerja khusus tingkatan 5 2016 ??

  517. Hadi,

    Tiada sebarang ketetapan khusus untuk penulisan Rumusan.. maka ada penyelarasan dibuat di peringkat nageri masing2.. jadi adalah lebih baik rujuk guru sekolah @ Ketua Pentaksir Negeri masing2.

  518. Cikgu . Dalam belanjawan perlu ke masukkan modal ? Jualan tu kena ambil jualan atau jualan bersih ?

  519. Dalam belanjawan perlu masukkan deposit kadar bayaran ke ?

  520. Kay,

    Bergantung kepada perancangan masing2.. nak masukkan modal tambahan ataupun tidak.
    Dalam soalan jelas menyatakan “JUALAN”, maka kita guna Jualan.
    Deposit dibayar hanya sekali sahaja semasa pendaftaran menggunakan perkhidmatan tersebut, maka tidak sesuai dimasukan lagi.

  521. Assalamualaikum cikgu

    Dalam imbangan duga terselaras, kita perlu tulis amaun untuk setiap penghutang dan pemiutang atau ambil nilai dari akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang.

    Saya ambil nilai dari akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang.

  522. Ema, waalaikumussalam.

    Apabila Ak Kawalan disediakan …akan baki akaun tersebut yang domasukkan dalam ID Terselaras.

  523. cg,
    saya sda ubah dskaun dtrma dn diskaun dberi ttpi msi blm imbg

    dbt 547 652
    kdit 548 752

  524. Adzrin,

    Nilai bagi Belian dan Sewa diterima.. SILAP.

  525. Stok akhir smua msti sme kn? brapa jumlah stok akhir yg sbnr?

  526. Ain

    Stok akhir RM44 655

  527. Cikgu , baki bb utk akaun kawalan pghutang dan pemiutang dpt dari mana cikgu ? ada kawan sy buat baki bb penghutang->RM12800 , pemiutang->RM4775 .. macam mana nk dapat nilai ni cikgu ? Terima kasih cikgu

  528. Nur Hanis,

    Baki penghutang dan pemiutang diperolehi selepas sediakan Ak Kawalan Penghutang dan Pemiutang.
    Dan kita boleh semak betul atau tidak baki2 tersebut dengan jumlahkan baki akhir setiap penghutang dan setiap pemiutang.

  529. Cikgu, belanjawan tunai punya belian bagi saya ialah RM 186 500, RM 87 970 drpd belian kredit , RM 98 530 drpd belian tunai

  530. betul ke cikgu?

  531. Atau belian kredit RM87 970 , Belian tunai RM 10560

  532. Elaine,

    Baki akhir Ak Belian.. merupakan jumlah belian iaitu RM98530… seperti yang tercatat dalam IDT dan PP.

  533. tu utk stok akhir kos ke pasaran? klau pasaran pula brpa ya?

  534. Ain,

    Penilaian stok akhir..ialah kita bandingakan antara harga kos atau pasaran bagi setiap barang niaga….kita pilih yang terendah.
    Kemudian kita jumlahkan kesemua nilai tersebut untuk dapatkan nilai stok akhir.

  535. Cikgu.angkutan masuk penerimaan atau pembayaran dalam belanjawan tunai ?

  536. Nur Hanis,

    Secara mudah:
    Angkutan masuk – bayar tambang lori untuk bawa masuk barang niaga yang dibeli daripada pembekal.

    Anglutan keluar – bayar tambang lori untuk hantar barang niagakepada pelanggan.

    Kedua2nya adalah belanja.

  537. Alifah Illyana

    Cikgu, saya nak tanya adakah cara untuk semak belanjawan kita samada imbang atau tidak? Ke tak ada cara?

  538. Alifah,

    Belanjawan tunai mengambarkan anggaran baki tunai yang ada pada akhur setiap bulan…. bukannya mencari keseimbangan.

  539. cikgu, tempoh kutipan hutang =penghutang/ jualan kredit x 30 hari. Jadi saya punya betul ke?
    RM 52 100/RM 95 900 x30 = 16hari
    dan satu lagi iaitu jualan kredit bagi April ialah RM 36 600 yang bawa ke Mei dlm belanjawan tunai ?
    selain itu, stok akhir perlukah buka ak dlm lejar dan tanda LA27? Terima kasih.

  540. Elaine,

    TKH = 16 hari – betul
    Jualan kredit bulan April boleh rujuk jurnal jualan… dan dibayar pada bulan Mei. Jualan kresit bulan Mei, baru kita andaikan 30% daripada jumlah jualan

  541. Cikgu.nak tahu dari mana nilai jualan kredit dan belian kredit dalam nisbah kecekapan ?

  542. Hanis,

    Jurnal Jualan & Jurnal Belian

  543. cikgu, saya ada buat pelarasan trhadap modal. jadi, modal awal adakah yg sebelum pelarasan?

  544. Eyza,

    Kita sediakan PP & KKK berdasarkan nilai2 drp IDT

  545. Macam ini belian kredit bulan Apr juga rujuk jurnal belian lalu bawa ke bulan Mei sebagai pemiutang ke?

  546. Elaine,

    Ya… itu nilai yang sebenarnya belian kredit bulan April.. maka tidak perlu buat anggaran lagi. Anggaran bermula bulan Mei kerana urus niaga belum berlaku lagi.

  547. Terima kasih cikgu

  548. Assalamualaikum cg

    Cg…senarai Pelarasn yg susut nilai Perabot tu RM109.54 kna bundarkn kpda ringit terdekat ka?

    Dan did kkk btol ka susunan Sya?

    Abs
    Premis
    Kenderaan
    -Sntk
    Prabot
    -sntk

    As
    Stok akhir
    Penghutang
    -phr
    Tunai
    Bank
    Sewa diterima terakru
    Deposit kadar bayaran
    -kdar byran terakru
    Promosi trakru
    Belanja am terakru
    Insurans terdahulu

    Ls
    Pemiutang

    Ep
    Modal
    Untung bersih

    Btol ka susunan sy x pasti..

  549. Ayun, waalaikumussalam.

    Ya.. bundarkan kepada ringgit yang hampir.

    Item liabiliti semasa telah tersilap masuk dalam Aset Semasa…. sila rujuk format dalam mana2 buku.

  550. Cikgu nkk cri stok akhir mcm mne hargaa kos ambik harga seunit tukeee? Jumlah sebenar stock akhir berape?

  551. Az,

    Setiap item barang niaga …. kuantiti X Harga Kos (drp Kad Stok).. bandingkan dengan kuantiti X Harga Pasaran (diberi dalam soalan).. pilih yang lebih rendah.
    Kemudian jumlah nilai bagi 5 item barang niaga tersebut.
    Stok akhir = R<44,655

  552. dalam senarai pelarasan pada tarikh imbangan belanja terakru kadar bayaran lagi satu apa

  553. Ha,

    Terserah…… Promosi, Belanja Am, Angkutan keluar…. boleh dijadikan item belanja terakru.

  554. Bilaa nak buat imbangan duga terlaras peghutang ambikkk dekat akaun kawalan kee

  555. Az,

    YA.

  556. cg,

    bleh ka saya letak

    belanja am brjmlah rm205 tslah ctt sbgai rm250 dlm bcp dn dipos ke lejar

    utk kesilapan tdk ketara?

  557. Adzrin,

    Boleh…. kedua2… Ak Belanja Am dan BT perlu dibuat pelarasan..
    Kesannya… baki Tunai berubah… seterusnya baki awal dalam Belanjawan berubah… tidak sama dengan pelajar lain.

  558. apa no folio utk lejar yg kita bru buka slpas cttan pelarasan?

  559. Adzrin,

    Nombornya mesti berturutan daripada no LA yang telah ada sebelum ini.

  560. hai cikgu,
    boleh tunjuk bagaimana kira belanjawan bulan apr mei dan jun utk bhgn jualan, penghutang,belian,pemiutang berdasarkan maklumat 4b,c,d

  561. serta julai

  562. Anna,

    Ok, saya hanya tunjukkan untuk jualan sahaja.
    1. Kenalpasti JUALAN pada bulan April RM X
    2. Kira JUALAN bulan Mei, Jun dan Julai berdasarkan peratus kenaikkan yang dinyatakan dalam soalan. Katakan Jualan5, Jualan6, Jualan7
    3. Kira Jualan Tunai (70%) dan Jualan kredit (30%) …. jualan kredit dibayar pada bulan berikutnya.
    4. Dalam belanjawan nanti :
    Jualan (merujuk jualan tunai 70%)……. 70%xJualan5 ……..70%xJualan6….70%xJualan7
    Penghutang (merujuk jualan kredit 30%)… Penghutang April… 30%xJualan5….30%xJualan6

    #Sila dapatkan tunjukajar daripada guru sekolah.

  563. Kalau kesilapn prinsip adeee ape2 xxx yg Akn berubah

  564. Az,

    Maaf, Cg tidak faham apa yang cuba disampaikan….. tulisan hendaklah lengkap, supaya rakan2 yang lain juga memahami apa persoalan yang dikemukakan.

  565. Jumlah akaun kawalan penghutang dan pemiutang .? Adakah sama setiap orang

  566. Ha,

    Sekiranya item pelarasan tidak melibat penghutang dan pemiutang.. maka bakinya akan sama.

  567. Jika kite ambil kesalahan prisp di 3(h) belian perabot pada 8 April tersalah catat sebagai belian barang niaga sebanyak 4400 dalam imbangan duga terlaras adakah termasuk ? Atau akan menyebabkan mana2 item berkurangan?

  568. Az,

    Apa-apa urus niaga / pelarasan mesti dicatat mengikut sistem catatan bergu.. maka ianya mesti sentiasa seimbang..
    Dalam ini kes ini…saya tidak galakkan buat kesilapan tersebut… kerana banyak kesan lain yang terlibat..
    1. Kesan keatas pengiraan susut nilai perabot.
    2. Kesan keatas penilaian stok akhir.

    Maka saya cadang buat yang lain sebagai item pembetulan kesilapan… kalau boleh jangan melibatkan Belian/Jualan barang niaga dan juga penghutang dan pemiutang.

  569. Kalau syaa ambik kesilapan ketinggalan satu catatan ..cek bernilai rm350 Yang digunakan untk membayar gaji telah dikreditkan dalm buku tunai tetapi tidk dicatat dlm akaun gaji.. boleh? So di imbngan dugaa adakah perlu tmbh item tersebt

  570. Az.

    Itu dah jadi kesilapan ketara…sebab satu rekod… satu lagi tak rekod.
    Kesilapan tidak ketara…. kedua2 tidak rekod.
    Contohnya…
    Beli alat tulis terlupa rekod dalam mana-mana buku.
    Ambil alat tulis untuk kegunaan peribadi tidak direkod dalam mana-mana buku.

  571. Kesilapnnketinggalan catatan urus niaga.. perabotnmilik peribadi bernilai rm900 kedalam perniagaan.. di imbngan duga terlaras nilai perbaott dengn modal bertmbah?

  572. Aina,

    1. Pastikan urus niaga tersebut berlaku pada 30 April…. bagi mengelakkan terlibat dengan pengiraan susut nilai.
    2. Catatan pembetulan dalam Jurnal Am ialah…. Dt Perabot Kt Modal.
    3. Poskan ke lejar masing2….(Lejar Pelarasan)… dapatkan Baki akhir baru
    4. Baki-baki tersebut yang perlu dipindahkan ke ID Terselaras

  573. cikgu,

    jurnal am terselaras dicatat sbg jurnal am keberapa?

    bagaimana hendak merekod ruangan folio dlm lejar am terselaras?

    bagaimana hendak menulis keterangan bagi hutang lapuk yg direkod dlm jurnal am terselaras?

    ak kawalan perlu isi ruangan folio ke tidak?

    terima kasih,cikgu

  574. Anna,

    Sambung JA7… halaman selepasnya… JA8.

    Dalam Lejar Am terselaras… catatan pelarasan yang dibuat folio/rujukkan catatannya ialah JA8.

    Bebas asalkan mengambarkan jrus niaga tersebut spt: merekod belanja hutang lapuk… merekod penghutang q yang dihapuskan sebagai hutang lapuk… dll.

    Ruangan folio wajib diisi untuk melayakkan dapat A untuk elemen tersebut.

  575. bagaimana nak buat akaun kawalan adakah baki dia sama dengan lejar belian dan lejar jualan ?

  576. Aina,

    Ya Sama… Ak Kawalan Penghutang merupakan ringkasan kepada akaun2 penghutang dalam Lejar Jualan.. begitu juga dengan Ak Kawalan Pemiutang dengan Lejar Belian.

  577. SUSUT NILAI TERKUMPUL KENDERAAN LA7 KALAU SUSUT NILAI KENDERAAN BERAPA?

  578. Az,

    Oleh kerana Ak Susut Nilai BELUM wujud lagi.. maka kita masukkan LA…. sambungan daripada LA yang sedia ada… secara mudah boleh rujuk dalam Imbangan Duga.. apakah LA yang terakhir.

  579. Cikgu.tempoh rekod dan tempoh perniagaan nk letak tarikh apa ?

  580. Hanis,

    Tempoh rekod : 1 April – 30 April 2016
    Tempoh Perakaunan : 1 April 2016 – 31 Mac 2017

  581. assalamualaikum cg, nak tanya, cg ada contoh pengenalan dan penghargaan bgi kerja kursus f5 ni tak??

  582. Mcm mne nak buattt akaun hutang lapuk ape yg dt dan spa yg kt

  583. Aina, waalaikumussalam.

    Boleh rujuk contoh dengan cikgu sekolah.

    Catatan pelarasan bagi hutang lapuk…. Dt Hutang Lapuk 300 Kt Penghutang Q 300

  584. assalamualaikum cikgu, boleh cikgu jelaskan macam mana nak buat belanja terdahulu di senarai pelarasan pada tarikh imbangan ?

  585. Sfya, waalaikumussalam.

    Macam2 boleh buat.. cara mudahnya :
    Insurans yang direkod telah termasuk insurans terdahulu RMxxx.

  586. Assalamualaikum cikgu,

    1. Dalam imbangan duga terlaras kena masukkan ak kawalan penghutang dan pemiutang kan ?

    2. Dlm ak kawalan kn dh ad jualan,belian n dll .jd semua tu dh xperlu masukkan apabila kita masukkan ak kawaln dlm id terlaras kn ?

  587. Kay, waalaikumussalam.

    Cuba fahami apa maksud/tujuan ID/IDT disediakan… iaitu senarai baki akhir setiap akaun. Maka dalam menyediakan kita hanya rujuk Akaun dan baki akhir serta sebelah debit atau kredit…. tanpu perlu lihat butir didalamnya.

  588. Cikgu, bolehkan saya buat ambilan barang niaga terlupa direkodkan untuk pembetulan kesilapan tidak ketara ? Kalau boleh, apa yang dt apa yang kt

  589. Sfya,

    Boleh, cuma cgu sarangkan jangan guna barang niaga… sebab akan melibat pengiraan semula stok akhir. Boleh ganti barang niaga dengan alat tulis.
    Dt Ambilan Kt Alat tulis

  590. hutang lapuk ada kene tmbh dekat kredit xx..contoh modal bertambah atau jualan brtambah ..sebab sya punya imbangan duga terlaras x imbang belah debit 553 731 belah kredit 553131 adakah disebabkan oleh hutang lapuk tersebut

  591. Ha,

    Dt Hutang lapuk 300
    Kt Penghutan Q 300

    Dan dalam Ak Kawalan Penghutang juga mesti ada sebelah kredit Hutang lapuk 300.

  592. kadar bayaran perlu buat x dekat lejar pelarasan

  593. Aina,

    Kedua2 akaun dalam JA pelarasan mesti diposkan ke lejar… maka dalam LA Pelarasan mesti tunjukkan kedua2 akaun tersebut.

  594. debit
    tunai=2580
    bank=82 077
    stok=38330
    premis=180000
    kenderaan=60000
    perabot=14045
    deposit kadar bayaran=670
    insurans =2600
    belian=98530
    promosi=800
    belanja am=250
    angkutan keluar=800
    alat tulis =170
    gaji=8000
    kadar bayaran=1 600
    alatan pejabat=2200
    diskaun diberi=1600
    pulangan jualan=1600
    penghutang=52100
    s.n kenderaan=110
    s.n perabot=405
    hutang lapuk=300
    hutang ragu =2364
    sewa ditrima terakru=1800

    kredit
    s.n.t. kenderaan =11510
    s.n.t perabot=1655
    peruntukn hutng ragu=2620
    modal=370619
    sewa ditrima=3600
    jualan=122 000
    diskaun diterima=3002
    pulangan belian=1935
    kadar bayaran trakru=600
    pemiutang= 35290

    kenapa x seimbang ?adakah terdpt kesalahan? šŸ™

  595. Aina,

    Antara kesilapan yang Cg dapat kesan..
    1. SN Kenderaan dan SN Perabot….. nilainya tersilap
    2. Hutang Ragu dan PHR… semak nilainya dalam JA pelarasan dan LA pelarasan.
    Disebabkan item pelarasan Cg tidak ketahui, maka tidak dapat semak ketepatan item pelarasan tersebut.

  596. 1 Alat tulis ialah aset bekan semasa/belanja?
    2 Kenapa deposit kadar bayaran is aset semasa bukan belanja?

    Terima Kasih

  597. Jolin,

    1. Alat tulis dikelaskan sebagai belanja …. rujuk konsep meterialiti.
    2. Deposit kadar bayaran… adalah wang cagaran semasa pendaftaran …. wang tersebut kita boleh kembali jika kita berhenti dari menggunkan perkhidmatan tersebut… masik hal milik kita.. Aset.

  598. mcm mnee nakk cari susut nilai perabot n kenderaan

  599. Aina,

    Pengiraan sudah betul…cuma nilai tertukar antara sn perabot dan sn kenderaan.

  600. tq..peruntukan hutang ragu darab 5/100 penghutang 51200 kee

  601. Aina,

    Pengiraannya betul..cuma catatan pelarasanya yang silap.. cari BEZA yang dikira dengan baki asal… itulah nilai untuk Hutang Ragu.

  602. Tak faham apa maksud konsep materialiti…

    Kenapa alat tulis ialah belanja?

  603. Jolin,

    Konsep tu cuba cari diinternet…
    Alat tulis.. biasanya dibeli dalam kuntiti yang sedikit dan habis digunakan dalam tempoh yang singkat. Maka ianya dikelaskan sebagai belanja.

    Dan sekiranya alat tulis tersebut dibeli dalam kuantiti yang banyak.. pada akhir tempoh perakaunan .. masih ada alat tulis yang belum digunakan.. maka kita akan buat pelarasan sebagai Stok alat tulis… baru dikelaskan sebagai Aset semasa.

  604. Cikgu,adakah profil dan rumusan yg ditulis tangan dikira sebagai markah?kalau tak buat yg tulisan tgn profil dan rumusan kena tolak markah ke ?

  605. Hanis,

    Setiap profail dan rumusan ada markah… jika tidak buat. tiada markah untuk bahagian tersebut..
    Jika buat walaupun dengan tulis tangan.. markah akan diberikan.. jika lengkap masih berpeluang dapat markah penuh disitu… cuma hilang sedikit saja markah untuk penggunaan ICT.

    Maka Cg sarankan buat.. walaupun dengan tulis tangan.

  606. Deposit kdr byrn aset semSa dkt kkk?

  607. Aina,

    YA… Aset Semasa.

  608. Cikgu,
    Contohnya kalau LA5 saya RM0 maka perlu masukkan dlm id/idt atau tidak ?

  609. Kay,

    Tulis boleh… tak tulis pun boleh.
    Cuma Cg galakkan pelajar Cg tulis walaupun nilai 0..supaya senarai LA disediakan lengkap untuk tujuan semakan.

  610. Ckgu,tugasan yang bertaip kena mula dari mana ? Senarai pghtg/pemiutang kena taip?

    Jj,jpj,jb,jpb…semua ni kena taip ke ckgu ?

    Buku tunai dan jurnal am kena buat semula ke ?

  611. Kay,

    Sebaik2nya semua bertaip.
    Ya..JA dan BT sediakan yang baru.. cuma BT memadai sediakan lajur Tarikh.. Butir.. Folio.. Diskaun.. Tunai… Bank

  612. Berapakah jumlah akaun jualan dalam lejar sebelum pelarasan?

  613. Mg,

    Jualan RM122 000

  614. tunai dan bank dalam imbangan duga belum terselaras rujuk kepada baki b/b(akhir) buku tunai ke?

  615. Mg,

    Semua item dalam ID / IDT merujuk kepada BAKI AKHIR setiap akaun, termasuk Buku Tunai.

  616. berapakan jumlah akaun belian dalam lejar sebelum pelarasan?

  617. Mg,

    Baki akhir Ak Belian RM98 530

  618. cikgu , boleh ke kalau saya letak butiran “pelbagai penghutang” dalam akaun jualan pada tarikh 30 ?

  619. Husna,

    Boleh… itulah yang sepatutnya.

  620. Abs
    Kenderaan
    _ snt kenderaan
    Perabot
    -snt perabot
    Premis

    As
    Stok akhir
    Pnhutng
    – phr
    Sewa diterima terakru
    Belanja am terdahulu
    Deposit kdr byrn
    Tunai
    Bank

    Lbs
    Promosi terakru
    Insurans terakru
    Kadar byrn terKru
    Pemiutang

    E.pemilik
    Modal
    +untung bersihh

    Btulll xxx?kluu btull knpee xsama kkk diee ?

  621. Ha..

    Lbs…. SALAH…sepatutnya Liabiliti Semasa…. cuba semak operasi tambah dan tolaknya betul… dalam PP dan KKK… dan pastikan IDT telah seimbang terlebih dahulu.

  622. Debit imbangan duga belum pelarasan saya tidak seimbang. Boleh tunjuk ajar mana silap??
    TUNAI 2580
    BANK 82077
    STOK 38330
    PREMIS 180000
    KENDERAAN 60000
    PERABOT 13145
    INSURANS 2500
    BELIAN 98530
    PROMOSI 800
    BELANJA AM 250
    ANGKUTAN KELUAR 800
    ALAT TULIS 170
    GAJI 8000
    KADAR BAYARAN 1600
    ALATAN PEJABAT 2200
    DISKAUN DIBERI 1600
    PULANGAN JUALAN 1600
    PERNIAGAAN PAUL 19185
    ENCIK QUMAR 300
    PERNIAGAAN RANEE 28900
    PERNIAGAAN SULVAN 6400

  623. Mg,

    Nilai Penghutang Paul.. silap… sepatutnya RM16 800.

  624. Cikgu,yang dlm id , pp dan kk.kita akan tulis bg tahun berakhir 30 april 2016@31 disember 2016 ?

  625. Hanis,

    Tempoh rekod sebulan.. berakhir 30 April 2016.

  626. Assalammualaikum cikgu, nak tanya IDT rujuk dengan dokumen mana ?

  627. Zul Aqmal, waalaikumussalam.

    Sila rujuk kitaran perakaunan.

    …… lejar —> ID —-> Pelarasan —-> IDT …..

    Sumber untuk sediakan IDT ialah daripada baki akhir setiap akaun dalam Lejar…. termasuk Lejar pelarasan.

  628. oh jadi , no.folio utk “pelbagai penghutang” ambil no.folio penghutang la cikgu ?

  629. Utk akaun kawalan, jumlah sebenar brpa?

  630. cikgu,nk tanye masa buat belanjawan tunaigaji pekerja tu 3000 atau 8000

  631. cikgu , no folio utk baki b/b tiada ya ?

  632. Husna,
    Folio merujuk kepada sumbernya.. iaitu JJ__

    Ain,
    Baki Ak Kawalan … sudah dinyatakan dalam komen sebelum ini…

    Hana,
    Sila rujuk baki GAJI dalam IDT atau PP.

    Li,
    Folio bagi Baki b/b pada 1 April ialah JA7… manakala Baki b/b pada 1 Mei.. TIADA.

  633. Hamsa Vahini

    cikgu,
    Macam mane nak buat yg cadangan prestasi tu yg nombor 6(n) muka surat 3 kat soalan ??

  634. Hamsa Vahini

    nak contoh boleh x ???

  635. Hamsa Vahini,

    Perancangan Jangka Pendek /Semasa :
    Berkeupayaan mengemukakan sekurang-kurangnya TIGA cadangan yang relevan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. – Dengan merujuk kepada PP, KKK, Tafsiran Analisis Nisbah yang disediakan.

    Perancangan Jangka Panjang :
    Berkeupayaan mengemukakan sekurang-kurangnya DUA cadangan yang relevan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan.

    Contoh boleh rujuk dengan cikgu sekolah.

  636. Hamsa Vahini

    terima kasih cikgu ! šŸ™‚

  637. Dlm kkk adee rugi bersihhh xxxx?

  638. Knpee idt syee dpt seimbng tp kkk xx sama

  639. Amaliahusna.. (Aina… Husna).

    Jika dalam PP dapat Rugi Bersih… maka dalam KKK ada Rugi Bersih.

    Jika IDT dah seimbang.. kemungkinan kesilapan berlaku di PP @ KKK.. sepatutnya akan dapat Untung Bersih.. cuba semak format PP dan operasi tambah dan tolaknya betul.

  640. Dalam jurnal am pelarasan, nilai hasil terakru / belanga terakru / belanga terdahulu adalah tetap atau menentu sendiri??

  641. Stok akhir 44655 ke

  642. Mg,
    Nilai boleh ditentukan sendiri.. asalkan munasabah.

    Husna,
    Ya

  643. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya dekat maklumat tambahan kena buat dua dua ka susut nilai dgn susut nilai terkumpul. Dekat maklumat tambahan tu yang item belanja terakru, belanja terdahulu dan hasil terakru buat angka sendiri ka cikgu ?

  644. Cikgu stok AKHIR, 48 935 atau 44 655 ?

  645. i) Kenderaan disusut nilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. Susut nilai kenderaan = 10% x 1/12 x ( RM 60000 ā€“ RM 11400 )= RM 405
    ii) Perabot disusut nilaikan 10% mengikut kaedah garis lurus .
    Susut nilai perabot = 15% x 1/12 x RM 13145 = RM 164

    ATAU

    Belanja susut nilai kenderaan = (RM 60 000 ā€“ RM 11 400) Ɨ 10%
    RM 4860 Ɨ 1/12
    RM 405
    Susut nilai terkumpul kenderaan = RM 11 400 + RM 405
    RM 11 805

    Belanja susut nilai perabot = RM 2 500 Ɨ 10%
    RM 1250 Ɨ 1/12
    RM 104
    Susut nilai terkumpul perabot = RM 1 250 + RM 104
    RM 1 354

    YANG mana yang betul cikgu?

  646. Aisyah, waalaikumussalam.

    1. Tiada yang salah.. cuma untuk SN kenderaan dan perabot.. memadai tunjukkan pengiraan susut nilai sahaja.. dan SN perabot RM104.
    2. Nilai bagi item terakru dan terdahulu.. boleh tentukan sendiri, asalkan munasabah.
    3. Stok Akhir RM44 655

  647. cgu, untuk belanjawan tunai, bolehka kita bundrkan nilainya kpd nombor bulat jka trdpt titik prpuluhan?

  648. Adzrin,

    Boleh.. belanjawan hanya anggaran semata2.

  649. Cikgu ,cadangan untuk meningkatkan prestasi tu kena buat dlm perenggan atau blm bentuk number ?

  650. Kay,

    Saya cadangkan tulis dalam bentuk perenggan… kemukakan ISI dan sedikit penerangan mengenainya.

  651. cikgu saya tak reti nak buat imbangan duga terselaras

  652. Dalam jurnal am pelarasan perlu buka hutang lapuk dan penghutang Q tak?

    Jika perlu, manakan di dt dan kt

  653. Suria,
    IDT ialah senarai baki2 semua akaun yang ada dalam lejar am … termasuk lejar am pelarasan dan Buku Tunai.

    Mg,
    Dt Hutang Lapuk
    Kt Penghutang Q

  654. SN Kenderaan (kaedah baki berkurangan)
    (60000-11400)x10/100
    =48600

    SN Perabot (kaedah garis lurus)
    =13145×10%
    =1314.5
    =1315

    Peruntukan htg ragu kdr 2% ats pnghtg bersih

    52115Ɨ2%
    =1043.3
    =1043

    Kenapa IDT x seimbang cg?

  655. Assalam cg..

    SN Kenderaan
    SN perabot
    Htg lapuk
    Htg ragu
    Belanja terakru: -gaji terakru
    -Insurans terakru

    Belanja terdahulu: -promosi terdahulu
    Hasil terakru: -sewa diterima terakru

    Boleh cg snaraikan item2 tersebut utk pp & kk,, sbb pp & kk x seimbang.. mngkin sy tersalah catat

  656. Ain, waalaikumussalam.

    SN kenderaan = 48600 Ɨ 1/12… utk sebulan.

    SN perabot = 10% x 12500 x 1/12
    (… bukan x 13145)

    Penghutang bersih = RM52 100

    IDT tidak seimbang biasanya disebabkan catatan bergunya yang tidak betul.. sila semak Lejar Am Pelarasan.

    Pastikan IDT seimbang dahulu… baru PP dan KKK akan seimbang.

  657. Assalamualaikum Cikgu, nak buat id terselaras kan, item id sebelum pelarasan kena tambah dgn item id terselarasa ka kalau ada item sama

  658. Assalamualaikum cikgu,
    Lejar pelarasan ada berapa?

  659. e) Belanja terakru ialah seperti berikut :
    i) Promosi terakru RM 200
    ii) Belanja am terakru RM 150

    f) Belanja terdahulu ialah seperti berikut:
    Insurans terdahulu RM 2292

    g) Hasil terakru ialah seperti berikut :
    Komisen terakru RM 130

    h) Pembetulan kesilapan ialah seperti berikut :
    ā€¢ Kesilapan merekod amaun yang betul kedalam akaun yang salah.
    -Belian barang niaga berjumlah RM350 daripada pemiutang Arianna tersalah rekod ke dalam akaun Pemiutang B15.

    i) Penghutang Qiara telah muflis pada 30 April 2016 dan hutangnya RM 300 dihapuskan sebagai hutang lapuk .

    Cikgu betul tak?Cikgu macam mana nak buat jurnal untuk kesilapan?

  660. Aisyah, waalaikumussalam.

    Oleh kerana ada 9 catatan pelarasan dalam JA… maka akan ada 18 akaun yang terlibat dalam Lejar Am Pelarasan.

    Dt Pemiutang B15 350
    Kt Pemiutang Arianna 350

  661. Item untuk pelarasan,
    Insurans terakru,
    belanja am terakru,
    gaji terdahulu,
    sewa diterima terakru betull kan????

  662. Lola,

    Gaji terdahulu…. TIDAK sesuai.. kerana jumlah gaji Rm8000 dan telah dibayar RM8000 (rujuk BT).. tidak wujud terdahulu / terakru.

  663. Komisen diterima terakru (hasil terakru) perlu buka akaun untung rugi tak? Atau hanya buka akaun komisen diterima dan akaun komisen diterima terakru.

  664. Mg.

    Dalam tugasan ini.. tidak perlu buka Ak Untung Rugi atau Ak Perdagangan… semua akaun diimbang dengan Baki h/b dan Baki b/b… seterusnya Baki2 akhir tersebut disenaraikan dalam ID/IDT.

  665. Cikgu apa yang sesuai ganti gaji terdahulu???
    Terima kasih cikgu kerana membantu.

  666. Lola,

    Item belanja yang sesuai dijadikan item terdahulu ialah INSURANS.
    Insurans terakru perlu digantikan dengan belanja terakru yang lain.

  667. (Penerimaan dalam Belanjawan tunai)
    Alat tulis
    Insurans
    Promosi
    Belanja am
    Angkutan keluar
    Gaji
    Kadar bayaran
    Susut nilai kenderaan
    Susut nilai perabot
    Hutang ragu
    Hutang lapuk
    Jualan

    iS it correct?

  668. Jolin,

    Susut nilai, hutang ragu, hutang lapuk, diskaun… tidak sepatutnya dimasukkan dalam Belanjawan tunai kerana tidak melibatkan pengeluaran/pembayaran wang tunai.

  669. utk belanjawan tunai, baki awal ambil dkat buku tunai kan? kena tmbah baki akhir tunai dn bank ke?

  670. Ain,

    Ya.. baki akhir April (Tunai + Bank) merupakan BAKI AWAL bulan Mei.

  671. cikgu, kalau saya buat PHR macam nie betul ka?
    3 peratus x RM 52100 = RM 1563
    RM 1563 bahagi 3 = RM 521
    RM 521 – RM 256 = RM 265
    KKK = RM 521
    PP = 265

    ADAKAH BETUL?

  672. Mia,

    Kenapa dibahagi dengan 3 ?

  673. cikgu, boleh tak saya meminta nombor wassap cikgu? saya nak tunjukkan kerja kursus saya, untuk cikgu menyemaknya. saya betul2 keliru cikgu. saya mula bermasalah apabila mula membuat pelarasan .

  674. Mia,

    Untuk semakan..Cg cadangkan jumpa guru sekolah … kerana ada markah untuk komunikasi.

  675. assalamualaikum cg, nak masukkan jumlah dekat ib terlaras . perlu tengok lejer perlarasan atau ib lame . contoh kadar bayaran ? macam mane nye .

  676. Sakinah,

    1. Kita rujuk ID lama.. bagi akaun2 yang tidak terlibat dengan pelarasan.
    2. Akaun2 yang terlibat dengan pelarasan… kita ambil baki2 yang baru daripada Lejar Pelarasan.

  677. untuk peruntukan hutang ragu, perlu buka akaun hutang ragu tak?

    Apakah cara kira hutng ragu

  678. stok awal perlu masuk dalam imbangan duga terselaras?

  679. Zen,

    Stok awal…. masuk IDT.

  680. jika kesilapan tidak ketara saya ialah mengambil barang niaga untuk sendiri (RM900),
    Dt Akaun ambilan
    Kt Akaun belian
    betul tak?

  681. Mg,

    Dalam kes tugasan ini.
    Hutang Ragu = pertambahan peruntukan hutang ragu… iaitu (PHR 30April – PHR 1April)

    Catatan bergunya betul.. Dt Ambilan Kt Belian… cuma jika ambil barang niaga.. maka kesannya penilaian stok akhir perlu mengambilkira kuantiti ambilan tersebut.

  682. Cikgu wajarkah gaji terdahulu untuk maklumat tambahan sbb seorang pekerja dipecat dan seorang lagi gajinya dipotong

  683. Lili,

    Gaji dibayar pada akhir bulan… jika pekerja dipecat awal bukan.. sudah tentu gajinya tidak akan dibayar… tidak mungkin berlaku gaji terdahulu… kerana jumlah gaji yang dibayar RM8000.

    Dan sekiranya pekerja dipecat pada akhir bulan… gajinya tetap kena bayar untuk bulan tersebut.

  684. yang ambilan barang niaga itu, nilainya ialah harga pasaran atau harga kos

  685. ambilan barang niaga perlu tolak apa-apa di akaun kawalan pemiutang tak?

  686. Mg,

    Ambilan tersebut perlu dinyatakan kuantiti dan barang niaga yang diambil
    . bagi memudahkan penilaian stok akhir nanti..
    Nilai kos yang digunakan dan tidak terlibat dengan ak kawalan.

  687. Pelarasan
    Ambilan barang niaga RM645

    Debit
    TUNAI 2580.00
    BANK 82077.00
    STOK 38330.00
    PREMIS 180000.00
    KENDERAAN 60000.00
    PERABOT 13145.00
    DEPOSIT KADAR BAYARAN 670.00
    INSURANS 2000.00
    SEWA DITERIMA 1800.00
    BELIAN 97885.00
    PROMOSI 900.00
    BELANJA AM 300.00
    ANGKUTAN KELUAR 800.00
    ALAT TULIS 170.00
    GAJI 8000.00
    KADAR BAYARAN 1600.00
    ALATAN PEJABAT 2200.00
    DISKAUN DIBERI 1600.00
    PULANGAN JUALAN 1600.00
    KAWALAN PENGHUTANG 52100.00
    SUSUT NILAI KENDERAAN 405.00
    SUSUT NILAI PERABOT 104.00
    HUTANG LAPUK 300.00
    HUTANG RAGU 265.00
    INSURANS TERDAHULU 500.00
    KOMISEN DITERIMA TERAKRU 350.00

    Kredit
    SUSUT NILAI TERKUMPUL KENDERAAN 11805.00 SUSUT NILAI TERKUMPUL PERABOT 1354.00 PERUNTUKAN HUTANG RAGU 521.00
    MODAL 369719.00
    KADAR BAYARAN TERAKRU 600.00
    PEMIUTANG 35290.00
    PROMOSI TERAKRU 100.00
    BELANJA AM TERAKRU 50.00
    KOMISEN DITERIMA 350.00
    AMBILAN 645.00

    imbangan tidak seimbang, boleh cikgu tolong check mana silap tak? Thank you

  688. CIKGU, UNTUK FOLIO NI BOLEH KE KALAU PRINT TWOSIDED PAGE? KENA TOLAK MARKAH KE KALAU SAYA BUAT MACAM TU?

  689. Mg,
    Kredit – Pulangan belian dan Diskaun diterima ?

    Syahira,
    Sila rujuk guru sekolah.

  690. kt
    Pulangan belian 1935
    Diskaun diterima 3002
    Jualan 122000

    masih berbeza 109800

  691. cikgu saya punya sudah seimbang terima kasih bantuan cikgu

  692. Assalamualaikum cikgu.saya ingin meminta bantuan bagaimana nk membuat rumusan? Boleh terangkan?

  693. Hsnrdza, waalaikumussalam.

    Rumusan – tiada sebarang ketetapan khusus.. maka bergantung kepada penyelarasan dikawasan masing2.. Jadi adalah lebih baik bertanyakan guru sekolah apa yang beliau kehendaki.. kerana beliau yang akan memberi markah nanti.

  694. Cikgu mcm mn nk buat imbangan duga pelarasan..saya x fhm sangat lh pelarasan ni

  695. Cgu mcm nak kira belanja terdahulu..cotoh sye ambk belanja am 250 ? Seterusnyaa mcm mne blh cgu tlong bg cntoh

  696. Idris,
    Siapkan senarai pelarasan… JA pekarasan.. Lejar pelarasan… baru boleh sediakan ID Terselaras.

    Husna,
    contoh item belanja terdahulu… ialah insurans terdahulu… belanja am tidak berapa sesuai.

  697. dalam penyata pendapatan, ambilan barang niaga perlu direkod sebagai belanja tak?

  698. dalam belanjawan tunai, belanja terakru/ belanja terdahulu/ hasil terakru perlu masuk tak?

  699. Cgu berlanja terdahuluuu debit kee cgu

  700. Mg,
    Ambilan – BUKAN belanja.
    Terdahulu dan terakru.. bukan suatu yang dirancang awal… tidak sesuai dengan fungsi/maksud belanjawan tunai.

    Husna,
    Belanja terdahulu – Aset –> Debit

  701. cikgu macm mana nak kira jualan kredit dekat tempoh kutipan hutang

  702. KALAU AMBIK BELANJA AM TERDAHULU SALAH KEE ..KURNG MARKAH KE

  703. Husna,

    Jualan kredit… boleh rujuk di Jurnal Jualan.

    Tidak semua belanja boleh dijadikan item terdahulu… contohnya angkutan masuk.. adakah berlaku.. kita bayar tambang/kos penganfkutan sedangkan kita tidak gunapun lagi perkhidmatan mereka. Contoh lain belanja am merujuk kepada belanja2 kecil seperti beli akhbar, tisu pejabat…. wujud tak kita bayar dahulu kepada kedai runcit… tapi kita tidak beli lagi daripada mereka.
    Ianya boleh didenda markah di elemen RASIONAL.

  704. Akaun kawalan penghutang

    debit
    Baki b/b 12800
    jualan 95900
    diskaun
    Diberi
    (Dibatalkan) 285
    angkutan keluar 800

    Kredit
    Bank 58515
    diskaun diberi 1885
    htg lapuk 300

    betul x cg..?

  705. Ada tk item yg sy belum catat?klau ada bleh cg tlong?

  706. Ain.

    Dt Bank 5415… perlu ada.
    Dt Angkutan keluar – Tidak terlibat

    Kt Pulangan jualan 1600.. perlu ada.

    Baki akhir (debit) RM52100

  707. Jd dlm imbngn duga terselaras penghutang jd rm52100 juga ke?

  708. Ain.

    YA..baki ak kawalan tersebut perlu dimasukkan dalam IDT.

  709. Id belum selaras baki penghutang sy Rm52115.. betul tak cg? sbb id pun dh seimbang.. jd dlm akaun kawalan sy buat jd Rm 51815 sbb tolak htg lapuk.. mcm mne ye cg?

  710. 5/100 X 52100 = 2605

    peruntukan htg ragu = 2605 (kt)
    pertmbhn htg ragu = 2349 (dt)

    betul tak cg??

  711. SN Kenderaan (kaedah baki berkurangan)
    =(60000-11400)Ɨ10%Ɨ1/12
    =405

    SN Perabot (kaedah garis lurus)
    =12500Ɨ10%Ɨ1/12
    =104

    peruntukan htg ragu
    =5%Ɨ52100
    = 2605 (dt)
    Prtmbahan htg ragu= 2349 (kt)

    belanja terakru
    ā€¢gaji Rm5000 belum dibayar
    ā€¢Insurans terakru sbanyak Rm400

    Belanja trdahulu
    ā€¢Belanja promosi trdahulu sbnyk rm300

    Hasil terakru
    ā€¢Sewa diterima berjmlah rm600 masih belum diterima

    Pembetulan kesilapan tdk ketara
    ā€¢Kdr byrn sbnyk rm100 telah terslah rekod dalam akaun belanja am.

    IDT: DEBIT KREDIT
    tunai 2580
    bank 82077
    stok 38330
    premis 180000
    kenderaan 60000
    Perabot 13145
    Deposit kdr byrn 670
    SNT Knderaan 11805
    SNT Perabot 1354
    Peruntukan htg ragu 3382
    Modal 369719
    Insurans 2900
    Sewa diterima 2400
    Belian 98530
    Jualan 122000
    Promosi 500
    Belanja am 150
    Angkutan keluar 800
    Alat tulis 170
    Gaji 13000
    Kdr byrn 1700
    Alatn pjbt 2200
    D.diberi 1885
    D.diterima 3002
    P. Belian 1935
    P. Jualan 1600
    Kdr byrn terakru 600
    Pemiutang 35290
    Penghutang 52100
    SN Knderaan 405
    SN Perabot 104
    Htg lapuk 300
    Htg ragu 3126
    Gaji terakru 5000
    Insurans terdahulu 400
    Promosi trdahulu 300
    Sewa diterima terakru 600

    bila jumlah penghutang rm51815, id seimbang.. bila tukar jd rm52100 terus jd x seimbang.. boleh tak cg bagitahu apa yg salah? sbb sy dh nk kena hntar esok..

  712. Ain,

    Cuba semak Ak Diskaun Diberi
    Dt Pelbagai Penghutang 1885…. Kt Penghutang P 285

    Baki b/b 1600

  713. ciikgu saya tidak faham dengan jurnal am kerana terdapat sewa diterima 1800 tetapi di buku tunai sewa diterima adalah 3600 adakah saya perlu melatakkan sewa diterima di bahagian kredit di jurnal am

  714. * sewa diterima terakru 1800 dan di buku tunai 3600

  715. Lily,

    Kedua2nya adalah urus niaga yang berlainan… maka poskan JA ke lejar dan poskan BT ke lejar.. dalam lejar nanti baru kita kira baki akhir… kemudian pindahkan ke IDT.

  716. Terima ksih cg.. sbb bantu saya šŸ™‚

  717. Cikgu, berapakah nilai jualan dalam Belanjawan Tunai untuk bulan Mei sbb saya dapat jumlahnya adalah 105490? betulkah nilai ni?

    dan adakah hutang lapuk dan angkutan keluar perlu dimasukkan dalam belanjawan tunai? mintak cikgu beri pendapat.

  718. G,

    Jumlah Jualan Mei = 122000 Ɨ 110% = A ..meningkat 10% drp April.
    Jualan Tunai mei = 70% Ɨ A

    Hutang Lapuk … tidak melibatkan wang keluar / bayar… maka tidak masuk dlm belamjawan tunai.

    Manakala Angkutan keluar melibatkan pembayaran / wang tunai keluar… maka masuk dalam belanjawan tunai.

  719. Cikgu, notis pemberitahuan phtg Q perlu salin balik ke? nak salin kat mana?

  720. Lene,

    Tidak perlu…

  721. cikgu,

    b) Jualan bagi bulan April ialah RM 122 000. Jualan bagi bulan Mei dijangka meningkat 10% daripada jualan bulan April, manakala jualan bagi bulan Jun dan Julai meningkat sebanyak 15% daripada bulan sebelumnya.
    30% adalah jualan kredit.

    adakah butir dalam belanjawan tunai adalah?
    penerimaan
    jualan tunai
    penghutang

  722. Cikgu,dan soalan ini

    Belian bagi bulan April ialah RM 97 240. Belian bagi bulan Mei, Jun dan Julai dijangka meningkat masing-masing sebanyak 8%, 10% dan 15% daripada bulan sebelumnya. 60% adalah belian tunai.

    adakah butir soalan ini dlm belanjawan tunai adalah?

    pembayaran
    belian tunai
    pemiutang

  723. La,

    Penerimaan:
    Jualan …..merujuk kpd jualan tunai
    Penghutang

    Pembayaran:
    Belian….. merujuk kpd belian tunai
    Pemiutang

  724. Salam cikgu,
    Utk pengiraan nisabh, jika saya menggunakan kadar pusing ganti stok, adakah saya perlu darab dengan 365 hari atau 30 hari?
    terima ksih cikgu.

  725. Ana,

    Rekod perakaunan yang disediakan adalah untuk sebulan, maka X 30 hari

  726. Cikgu, alatan pejabat kena masuk ke bawah pembayaran dlm belanjawan tunai?

  727. Syahira,

    Alatan Pejabat… Aset.. tidak masuk.
    Tetapi jika ada perancangan pembelian Alatan Pejabat baru pada bulan Mei / Jun / Julai… boleh masuk sebagai pembayaran kerana wang keluar.

  728. salam cikgu,
    item belanja dan hasil dalam belanjawan tunai tu kena tulis yang sebelum pelarasan ke selepas pelarasan ? . lagi satu, baki b/b belanjawan tu kena campur bank dengan tunai ?

  729. Ilani,

    Nilai selepas pelarasan… adalah nilai yang sepatutnyan.
    Baki tunai … bermaksud baki Tunai ditangan dan Tunai di bank.

  730. cikgu,
    dlm lejar pelarasan,akaun baru di mana baki bb dipindahkan dari akaun lama,bagaimana hendak merekod ruangan folionya?

    dlm jurnal am sebelum pelarasan yg perlu ditaip semula,adakah kita perlu menambahkan urusniaga sewa diterima terakru & kadar bayaran terakru?

    dlm imbangan duga terselaras,sy disuruh utk mengisi ruang folio,bagaimana hendak merekod ruang folio utk penghutang,pemiutang?

    dlm lejar selaras,adakah sy taip megikut urutan urusniaga spt dlm jurnal selaras ataupun mengikut urutan nombor lejar tersebut?cthnya,dlm jurnal selaras ada urusniaga utk LA7,LA27,LA19,LA29…adakah sy perlu taip ikut spt di atas ataupun megikut urutan nombor dari kecil hingga besar?

  731. Anna,

    1. Baki yang diambil dari lejar lama… tidak perlu isi folio.
    2. Ya.. JA termasuk 2 catatan tambahan tersebut.
    3. Penghutang & Pemiutang rujuk LA daripada Ak Kawalan masing2.
    4. Lejar pelarasan disediakan ikut pasangan bergu daripada JA pelarasan… tidak ikut ururan LA.

  732. cikgu,
    apakah label yg sesui utk akaun kawalan penghutang & pemiutang?

  733. Anna,

    Ak Kawalan disediakan dalam Lejar Am… maka guna LAxx… sambung LA yang sedia ada.

  734. cikgu,
    dlm pelarasan,terdapat satu akaun yg melibatkan akaun penghutang Q akibat hutang lapuk dan perlu diselaras dlm lejar..adakah sy meletakkan akaun penghutang itu dlm lejar am selaras atau letak dlm mukasurat baru iaitu lejar jualan selaras?

  735. Anna,

    Boleh letak dalam Lejar pelarasan tersebut.. cuma labelkan sebagai LJ2.. maksud ianya berada dalam Lejar Jualan.
    Dalam Lejar Pelarasan.. kita hendah menilai ketepatan poskan JA pelarasan ke lejar yang terlibat.

  736. Selamat sejahtera cikgu,
    Saya guna diskaun diberi sebanyak RM500 sebagai hasil terakru saya. Masalah saya ialah Diskaun diberi dalam akaun kawalan sebelum pelarasan ialah RM3002, selepas pelarasan saya tulis RM3502. Baki b/b for akaun kawalan pemiutang saya dapat RM34790, Tetapi saya dapat RM35290 dalam imbangan duga dengan amaun yg post dari lejar.Imbangan duga saya tak balance sebanyak RM500 itu. Saya telah letak diskaun terakru sebanyak RM500 dan diskaun diterima terakru sebanyak RM3502 dalam imbangan duga. Cikgu, boleh beritahu saya apa masalahnya? Terima Kasih šŸ™‚

  737. Maaf ialah diskaun diterima bukan diskaun diberi…

  738. Susan,

    DISKAUN tidak sesuai dijadikan item TERAKRU ataupun TERDAHULU.

  739. Cikgu, macam mana nak buat belanjawan tunai saya keliru..

    a) ambil tempoh bulan apa??
    b) jualan ambil dari buku tunai tu saya faham tapi 30% dari jualan kredit tu saya tak faham..kena tambah dari junal jualan ker??
    c) 60% belian tunai tu apa??
    d) polisi kredit 30hari diamalkan macam nak buat??
    e) rekod pembayaran dan penerimaan berdasarkan buku tunai kan??

  740. assalamualaikum cg. saya nak tanya soalan tebtang belanjawan tunai yg belian ngan jualan tu. jualan Rm122000 bagi mei meningkt 10% jun 15 dan julai 15. jualan krdit 30%
    belian Rm98530 pula mei 8% jun 10 dan julai 15. belian krdit 60%.
    tolong saya cikgu

  741. saya tak dpt hantar kerja saya disbebkan belanjawan tunai angka jualan and belian. esok kena hantar dah

  742. Siti & Shs.. waalaikumussalam.

    a) Mei, Jun, Julai
    b) Jualan keseluruhan RM122 000.. bukan daripada BT sahaja. Kira JUMLAH JUALAN bulan Mei (+10%), Jun (+15%), Julai (+15%)
    # Daripada setiap JUMLAH JUALAN tersebut, perlu diagihkan antara Jualan tunai (70%) dan Jualan kredit (30%)
    JUMLAH JUALAN (100%)
    Jualan tunai (70%)
    Jualan kredit/Penghutang (30%) …. kira untuk setiap bulan Mei, Jun, Julai.
    d) POLISI KREDIT, maksudnya penghutang (30%) tersebut akan dijelaskan pada bulan berikutnya.
    c) BELIAN pun sama caranya seperti jualan cuma peratusnya yang berbeza
    e) Boleh rujuk Buku Tunai, Penyata Pendapatan dan KKK juga…. cuba kenalpasti item2 yang melibatkan penerimaan wang tunai dan pembayaran wang tunai.

  743. Asssalamualaikum cikgu ..untuk belanjawan tunai bagi penerimaan dan pembayaran, kena berapa item…

  744. Amera,

    Rujuk item2 penerimaan dan pembayaran yang ada dalam rekod perakaunan sedia ada.

  745. mengapakah diskaun diberi tak sesuai?

  746. Susan,

    Cuba fikir…. diskaun diberi semasa pembayaran dibuat.. iaitu potongan dari jumlah yang patut dibayar. Contoh mudah..katakan kita beli pakaian.. ada diskaun 10%… semasa kita handak bayar. Cashier bagitau diskaun 10% tak dapat diberi.. kira terakru… datang tuntut lain kali…… pernah terjadi tak ?

  747. assamualaikum, ckgu. susutnilai perlu didarab dgn 1/12 ka lagi?

  748. lagi satu ckgu. cthnya la kan, belanja terakru yg sy pilih ialah promosi. dalam Id sblm pelarasan amaunnya ialah 800 dan promosi trakru adalah 400. jd amaun dalam Id slps pelarasan adalah 1200 atau 800?

  749. boleh x tolong bagi sy cadangan mcm mna nk buat rumusan dgn cadangan folio akaun form 5 2016 ni cg..

  750. Patin,
    1. SN untuk sebulan… x 1/12
    2. RM1200…. rujuk baki akhir Ak Promosi dalam Lejar Pelarasan.

    Afrina,
    Rumusan …tiada sebarang ketetapan khusus untuknya.. jadi bebas.. cuba rujuk guru disekolah mungkin beliau sudah tetapkan apa yang perlu ditulis.

  751. 1. Apakah jenis komisen diterima? Letak dalam penyata pendapatan sebagai hasil betul?
    2. Komisen diterima terakru sebagai aset semasa?

  752. Crystal,

    Ya.. kedua2 betul.

  753. Syaidah Nafisyah

    Cikgu , saya nk tanya . Kenapa acc sewa diterima terakru , belah kredit tulis sewa diterima dan jumlahnya RM1 800 ? tapi dkat buku tunai sewa diterima rm3 600 . Saya jeliru sikit bhg tu

  754. Syaidah,

    Kedua2 adalah 2 urus niaga yang berbeza… itu sebab nilainya berbeza.
    1. Catatan pembalikan.. pindahkan Sewa diterima terakru ke Ak Sewa Diterima.
    Dt Sewa diterima 1800 Kt Sewa diterima terakru 1800
    2. Terima wang sewa…
    Dt Bank 3600 Kt Sewa Diterima 3600

  755. Asalamualaikum cikgu. saya nak minta penjelasan cikgu tentang bagaimana hendak saya laksanakan belanjawan?

  756. Gor MHS, waalaikumussalam.

    Buat ikut format biasa… item penerimaan jualan dan penghutang serta belian dan pemiutang ikut syarat peningkatan setiap bulan dan agihan antara urus niaga tunai dan kredit yang ditetapkan dalam soalan.
    Manakala item2 penerimaan dan item2 pembayaran boleh rujuk item dalam penyata kewangan dan buku tunai masing2.

  757. panduan tu boleh minta pass?

  758. Woworld,

    Password boleh dapatkan daripada Penolong Kanan Pentabdiran atau SU Peperiksaan disekolah masing2.

  759. Cg.. dkat lejar pelarasan dlm baki b/b atau baki h/b perlu letak folio x? sy x tahu mcm mne nk tulis folio dari jurnal khas smpai imbangan duga pelarasan

  760. Ain,

    Baki h/b … Baki b/b.. adalah angka imbangan, bukannya direkod bersadarkan catatan dalam BCP..maka tiada rujukan BCP…tiadalah catatan di ruangan Folio.

    Folio dalam BCP.. merujuk kepada Lejar (LAxx / LJxx / LBxx)
    Folio dalam Lejar.. merujuk kepada BCP .

  761. Klau dlm imbangan duga terlaras, folio tu pai LA28, sambung yg pelarasan smpai LA36 ke.. pelarasan ada 8 item

  762. Ain,

    Bilangan akaun (baru) dalam lejar pelarasan bergantung kepada pelarasan masing2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.