Yearly Archives: 2009

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

TARIKH : 11 HINGGA 13 OGOS 2009
TEMPAT : HOTEL YT MIDTOWN, KUALA TERENGGANU

30, Jalan Tok Lam Kuala Terengganu, Terengganu 20100
09-6235288

YT MIDTOWN HOTEL
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang Sukatan Semak Semula Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM kepada semua guru Prinsip Perakaunan seluruh negeri Kelantan. Disamping itu, kursus ini juga akan diisi dengan satu Taklimat Pentaksiran yang akan disampaikan oleh Pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

~~~~~~~~~~~

11 OGOS 2009 (SELASA)

2.00 ptg – Pendaftaran

3.00 ptg – Taklimat Kursus

~ SELAMAT BERKURSUS ~

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN UNTUK JURULATIH UTAMA

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan kursus tersebut seperti berikut :

Tarikh : 14 hingga 16 Julai 2009
Tempat : Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang Sukatan Semak Semula Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM kepada semua Jurulatih Utama seluruh negara.

Untuk makluman semua guru, bahawa SP dan HSP Semak Semula tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2010 (Pelajar Tingkatan 4). SP dan HSP yang rasmi (secara bercetak) akan dihantar ke sekolah2 pada akhir tahun 2009 nanti. Walau bagaimanapun, bahan2 tidak rasmi akan disampaikan / diedarkan terlebih dahulu kepada semua guru melalui Jurulatih Utama dan JPN negeri masing2 nanti.

Sebagai persediaan awal dan memastikan semua rakan guru memperolehinya, disini saya sediakan bahan2 tersebut untuk di muat turun :

1. Sukatan Pelajaran 2010
2. Huraian Sukatan Pelajaran 2010
3. Contoh  Item Anchor SPM 2009 dan 2010.
4. Contoh Jawapan Item Anchor.

MAKLUMAN :

1. Terdapat sedikit perubahan/penambahbaikan daripada SP dan HSP yang telah diedarkan sebelum ini.

2. Buku Teks mengikut SP & HSP baru masih tidak dapat disiapkan pada tahun 2010. Oleh itu guru dan pelajar diminta menggunakan Buku Teks sediada terlebih dahulu. Satu MODUL akan dibekalkan ke sekolah2 nanti bagi menampung topik2 baru yang terlibat bagi memenuhi keperluan SP dan HSP Semak Semula tersebut.

3. Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan yang akan digunapakai bagi calon SPM2011 nanti juga terdapat sedikit perubahan terutamanya bagi Kertas 2. Oleh itu Format Pertaksiran yang telah diedarkan sebelum ini dianggap terbatal. Dan Format Pentaksiran baru akan diedarkan kepada semua selepas ianya mendapat kelulusan daripada pihak2 tertentu.

4. Perisian AssetBase ver3 juga akan diedarkan ke sekolah2 yang telah menerima Perisian AssetBase ver2.

Sekian, harap maklum.

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011.

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 akan mula dibuka pada 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara iaitu :

1. Permohonan Secara Manual (PSM)
2. Permohonan Melalui Internet (PMI) (Sila Klik)

Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
2009-06-30

RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM

Tajuk Artikel : RAHSIA NAK LULUS DAN GRED CEMERLANG DALAM PRINSIP PERAKAUNAN SPM
Penulis : Cikgu Rithuwan bin Nasir (Sifu2b)

Satu artikel yang sangat bagus dan seharusnya dibaca oleh calon2 Prinsip Perakaunan SPM sekalian. Di mana 3 Tips telah dikemukakan oleh Sifu2b, iaitu Tips Untuk Lulus, Tips Untuk Kepujian dan Tips Untuk Cemerlang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sifu2b di atas penulisan artikel tersebut. Sila layari blog beliau untuk membaca artikel tersebut atau klik DISINI.

SEMAKAN TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI AMBILAN KEDUA DAN CALON RAYUAN AKAN DIBUKA MULAI 22 MEI 2009

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KPM AMBILAN KEDUA DAN CALON RAYUAN.

SEMAKAN TAWARAN KOLEJ MATRIKULASI

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Program Satu Tahun:
Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 760704085973

Calon Rayuan:
Taipkan MOEMARNO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAR 960704085973

~ SEMOGA BERJAYA ~

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.