Bicara Guru

Ruangan ini khas disediakan untuk guru-guru membicarakan apa-apa saja yang berkaitan dengan mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

Serta maklumat dan berita berkaitan dengan dunia pendidikan, iaitu :

1.  PnP Berkesan dan Berkualiti.

2.  Berita Pendidikan.

364 Responses to “Bicara Guru”

  1. Zakiah Soid Says:

    sy guru baru yg mengajar perakaunan. saya cuba utk mendedahkan pelajar-pelajar saya untuk mendapatkan bahan-bahan PnP prinsip perakaunan dari internet..saya harap ckgu dapt beri adress website yg mudah menjadi rujukan pelajar.tq

  2. Cg Narzuki Says:

    Cg Zakiah boleh minta pelajar datang ke sini, dan download daripada menu MUAT TURUN atau Web Perakaunan yang telah disediakan dibawah sebelah kiri. Ada banyak bahan2 atau soalan2 yang boleh digunakan oleh cg dan juga pelajar dalam PnP.

    Ataupun sekiranya pelajar mempunyai sebarang masalah dalam PnP, pelajar boleh kemukakannya mengikut topik2 yg telah disediakan, InsyaAllah saya akan menjawabnya. Hasil SOAL-JAWAB yang terdapat di situ juga boleh dijadikan PANDUAN kepada pelajar dan juga guru.

    Pada pandangan saya selain daripada bahan-bahan seperti Nota dan Soalan, BIMBINGAN BERTERUSAN memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar. Jadi kita galakkan pelajar sentiasa BERTANYA, BERTANYA dan BERTANYA.

    Diharapkan ianya dapat membantu Cg Zakiah.

  3. Cg Narzuki Says:

    SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN BARU

    Dengar khabar sukatan pelajaran baru akan mula dikuatkuasakan pada tahun 2009. Ekoran daripada itu format pentaksiran juga kemungkinan akan berubah, di mana Kerja Kursus akan diperkenalkan dan Soalan 1 : Dokumen Sumber tidak lagi dikeluarkan dalam soalan SPM Kertas 2 seperti tahun-tahun lepas, sebaliknya dijadikan tugasan dalam kerja kursus.

    Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu dan lihat.

  4. sifu2b Says:

    Jika benar, ia akan mencabar pelajar terutamanya bumiputera. Sepatutnya ia kekal dalam K2 kerana hanya itu mekanisme penilaian yang boleh meyakinkan bahawa pelajar memang mahir simpankira. Sedangkan dalam sem1 di IPTA, kemahiran simpankira dari dokumen, BCP ke lejar, catatan penutup dan imbangan duga dan Laporan kewangan diuji secara langsung dlm exam.
    Melalui taksiran dalaman dikhuatiri pelajar tidak melakukannya dengan jujur atau sungguh-sungguh sehingga tak mustahil kerja kursus itu disediakan oleh individu lain sehingga taksiran si guru nanti boleh dituduh sudah compromized/diragukan keesahannya. Tapi sudah tentu saya menunggu keputusan sebenar.

  5. Cg Narzuki Says:

    Saya setuju dengan saudara sifu2b, kebiasaannya kerja kursus tidak banyak membantu kerana pelajar buat setakat mahu siap saja. Jadi ianya tidak betul-betul menguji kemahiran pelajar dalam simpankira.

    Jika perkara ini betul2 berlaku, maka kita sebagai cikgu terpaksa memainkan peranan penting bagi memastikan berlakunya PnP yang berkesan dalam proses pelajar menyediakan kerja kursus mereka.

    Perkara ini dicadangkan ekoran daripada pembelian perisian AssetBase yang bernilai RM21,000 bagi setiap sekolah tetapi ianya tidak digunakan.

    Saya juga merasakan adalah perlu soalan dokumen tetap dikemukakan dalam soalan SPM seperti mana tahun-tahun lepas walaupun diadakan kerja kursus. Tapi entahlah, sama-sama kita ikuti apakah perkembangan yang berlaku kelak. Semoga perubahan yang di buat menjurus kearah yang lebih baik.

  6. Cgu Sila Says:

    juz read this news… smbl tgu anak sakit n tdo sy bukak bicara guru ni.. wow!! satu kejutan gak..
    sy setuju dgn sifu2b n cgu narzuki… kerja kursus biar la kerja kursus sajer jgn dikaitkan dalam peperiksaan.. sy pun sbnrnya ada ikuti satu mesyuarat dengan lpm di langkawi ari tu.. lpm ada maklumkan yang mana pada masa akan datang suma berasaskan pbs (kerja kursus)… entahla. rasa terkilan gak bl nanti soalan dokumen digugurkan… kenapa mesti buat perubahan yang mendadak? sepatutnya perlu difikirkan banyak kali.. adakalanya yang biasa itu lebih baik.. yang penting di sini pelajar faham akan konsep sebenar…

  7. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan saya, perubahan ini dibuat ekoran daripada Program dua pensijilan yang baru diperkenalkan, iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI. Oleh itu sukatan pelajaran baru akan digubal dengan mengambil kira sukatan pelajaran ACCA dan LCCI, di mana akan terdapat topik baru yang dimasukkan dan topik lama ada yang dikeluarkan.

    Dengan perubahan tersebut sudah tentu format soalan SPM juga akan turut berubah dengan mengambilkira format soalan ACCA dan LCCI. Saya rasa perubahan tersebut akan dibuat secara beransur-ansur. Mungkin pada peringkat awal ini, hanya 2 soalan sahaja akan mengikuti format soalan dan skema pemarkahan daripada LCCI, manakala soalan-soalan lain ikut format biasa tahun-tahun lepas. Ini semua hanya pandangan saya semata-mata berdasarkan maklumat yang diterima daripada rakan-rakan guru.

    Cg Sila, boleh tak kongsikan apa-apa maklumat yang diperolehi semasa mesyuarat dengan LPM di Langkawi.

  8. Cg Narzuki Says:

    Mesyuarat Penataran Prinsip Perakaunan 2008 bagi Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) telah diadakan di Kota Bharu pada 8 dan 9 Jun 2008.

    Dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia itu, terdapat 2 perkara penting disampaikan iaitu :
    1. Perubahan Soalan Prinsip Perakaunan SPM bagi tahun 2008.
    2. Perubahan Sukatan Pelajaran yang dijangkakan mula digunapakai bagi pelajar yang menduduki SPM 2009. (selepas diluluskan).

    Setelah menghadiri mesyuarat tersebut, saya dapati pandangan yang diberikan sebelum ini (DIATAS) ada KEBENARANNYA, dan bukan sekadar pandangan sahaja tetapi KENYATAAN.

  9. sifu2b Says:

    Nampaknya, saya perlu maklumat sebenar tentang perkara ini untuk membantu rakan guru menyediakan pelajar tahun ini, sekaligus membantu saya menimba pengalaman menyediakan pelajar tahun 2009 pula.

  10. Cg Narzuki Says:

    Sifu2b, seperti yang saya nyatakan sebelum ini perubahan akan berlaku pada tahun ini 2008 dan sekali lagi pada tahun 2009 (semakan sukatan pelajaran baru).

    Dalam usaha menaiktaraf sijil perakaunan SPM, maka sudah tentu aras soalan akan ditingkatkan supaya setaraf dengan sukatan Level 2 bagi LCCI. Di mana KEMAHIRAN PERAKAUNAN dititik-beratkan, manakala KEMAHIRAN ASAS seperti mengingati format penyata kewangan tidak akan dinilai lagi kerana ianya dianggap perkara asas yang sepatutnya semua pelajar akaun tahu.

    Sebagai contohnya, Soalan 2 : Penyata Kewangan:

    Peruntukan markah ialah 19 markah, kalau dahulu sekiranya pelajar dapat menyediakan Penyata Kewangan tanpa melakukan sebarang pelarasan …. pelajar akan mendapat lebih kurang 9 markah. Dan 10 markah lagi daripada pelarasan yang dibuat.

    Perbezaannya sekarang, markah hanya diberikan kepada item-item yang melibatkan PELARASAN sahaja iaitu 1 atau 2 markah (pastikan pelajar tunjukkan pengiraan). Bagi item-item yang diambil terus daripada soalan tanpa apa-apa pelarasan TIADA MARKAH diperuntukan. Dengan kata lain kalau pelajar hanya sediakan Penyata Kewangan tanpa melakukan pelarasan, maka tidak akan mendapat apa-apa markah. (Tajukpun sudah tidak diberikan markah lagi… tapi kena buat).

    Sebagai perbandingannya :

    1. Sewa dibayar RM600 daripada Imbangan Duga (dalam soalan tanpa melibatkan pelarasan) …. item tersebut dimasukkan dalan Penyata Pendapatan sebagai belanja …. walaupun ianya betul tetapi TIADA MARKAH diberikan kerana itu adalah kemahiran asas sahaja (ingat format).

    2. Kadar bayaran RM400 (dalam Imbangan Duga) dan terdapat maklumat tambahan yang memerlukan pelarasan dilakukan seperti terdapat kadar bayaran terakru RM50. Maka dalam Penyata Pendapatan jika dimasukkan Kadar Bayaran RM450 akan mendapat 1 markah dan dalam KKK iaitu Kadar Bayaran Terakru juga mendapat 1 markah. Markah boleh diberikan sebanyak 2 markah sekiranya pelarasan itu melibatkan 2 atau 3 peringkat pengiraan seperti pelarasan susut nilai ataupun peruntukkan hutang ragu.

    Itulah yang dimaksudkan PERUBAHAN DALAM PEMBERIAN MARKAH sebagaimana yang saya faham daripada apa yang telah disampaikan oleh LPM dalam mesyuarat tersebut.

  11. muhammad saidi Says:

    salam cikgu, saya merupakan pelajar universiti pendidikan sultan idris (UPSI) dan bakal cikgu perakauanan. masalah saya ialah, saya tidak dapat mengaplikasikan apa yang saya belajar di sekolah dahulu dan ilmu yang ditimba dari universiti sekalipun ke dalam dunia perakaunan sebenar. ini kerana sebelum ini abang ipar saya menghendaki saya untuk membuat akaun untukkan kerana mengatakan akaunnya tidak tersusun. dia adalah pemilik sebuah kedai membaiki kereta (workshop). begitu juga di syarikat guaman yang saya bekerja sebelum masih menggunakan teknik tradisional yang langsung tidak pernah dijumpai semasa saya belajar sebelum ini. jadi saya ingin meminta pertolongan cikgu, atau cadangan kursus-kursus yang sepatutnya dihadiri untuk mengetahui bagaimana boleh saya gunakan ilmu saya untuk dipraktikkan….terima kasih

  12. Cg Narzuki Says:

    Saidi,

    Berhubung dengan kursus-kursus perakaunan bagi sesebuah perniagaan seperi workshop, maaf cikgu tak pasti di mana , kalau tak silap cikgu ianya ada diajar kepada pelatih-pelatih di Institut-institut Kemahiran Mara dan seumpamanya.

    Apa yang diajar disekolah atau u merupakan perkara-perkara asas bagi sesuatu sistem rekod perakaunan bagi sesebuah perniagaan. Terdapat berbagai cara untuk menyediakan rekod perakaunan dan ianya bergantung kepada jenis dan saiz perniagaan yang dijalankan dan siapa yang akan melakukan tugas merekod tersebut. Sekiranya Abang Ipar yang tiada asas perakaunan yang akan melakukannya, maka Saidi seharusnya menggunakan cara yang paling mudah difahami oleh beliau tetapi mematuhi prinsip-prinsip asas perakaunan. Saidi sudah mempunyai ilmu perakaunan, cuma sekarang perlu belajar untuk mengaplikasikannya sahaja, cikgu rasa ianya tidak menjadi masalah.

    Bagi perniagaan yang kecil biasanya memadai dengan hanya menggunakan BUKU TUNAI sahaja untuk merekod semua urusniaga (guna kaedah asas tunai). Kemudian pada akhir bulan imbang dan tutup akaun seterusnya postkan ke lejar masing-masing. Pada akhir tahun sediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

    Apa yang penting terlebih dahulu kenal-pasti akaun-akaun yang terlibat dengan workshop abang ipar Saidi, supaya mudah baginya mengklasifikasikannya. Contohnya,

    Pendapatan :
    # Upah perkhidmatan (membaiki)

    Perbelanjaan :
    # Belanja Alat ganti
    # Sewa kedai
    # Kadar bayaran

    Aset :
    # Peralatan Kedai (alat-alat membaiki)
    # Perabot
    # Bank
    # Tunai

    Liabiliti :
    # Pemiutang

    Ekuiti pemilik :
    # Modal
    # Ambilan

    Dalam menyediakan Penyata Pendapatan, memadai :
    Pendapatan
    (-) Perbelanjaan
    = Untung.

    Itu saja serba sedikit yang dapat cikgu bantu pada peringkat permulaan, untuk menjadikanya lebih mantap Saidi sentiasa melakukan penilaian, membaiki dan menambahbaikan dari semasa ke semasa…. Maka disitulah berlakunya proses pembelajaran. Wassalam.

  13. sifu2b Says:

    maaf mencelah.

    Saidi,
    Setahu saya, jika nakkan kursus kemahiran simpan kira, pihak MARA ada menganjurkan kursus sedemikian utk masyarakat perniagaan kecil dan sederhana. Saya nasihatkan Saidi dapatkan maklumat terkini sama ada kursus pendek sedemikian masih dijalankan dan dimana ia dijalankan.
    Selain dari itu, pendekatan simpankira untuk bengkel abang Saidi masih mudah. Selalunya urusniaga adalah tunai atau lebih banyak tunai. Pastikan amalan mengeluarkan Bil tunai diamalkan bagi setiap urusniaga, baik pembaikan mahupun penjualan peralatan. Pengurusan stok barangniaga hendaklah diasingkan dari pengurusan tunai. Stok mesti direkodkan dengan mengamalkan pengurusan keluar dan masuk stok-stok peralatan/perkakasan. dalam kes ini, adalah perlu setiap jenis barang disediakan KAD STOK (INVENTORY CARD) yang memerlukan penyelia stok membuat catatan bilangan alat yg keluar dan masuk. Ambil contoh peralatan ‘sparkplug’, kecil sahaj tetapi bernilai. Pengurusan stok memerlukan anda mencatat jumlah barang, bukannya nilai stok. Nilai stok adalah pengurusan tunai awak. Jika beli barang secara kredit, invois penting, jika belian tunai, pastikan dapat bil tunai dari pembekal, jika tidak ada, bengkel abang awka mesti keluarkan baucer bayaran.
    Pengalaman bekerja dahulu, memang amalan perakauna sebenar berlainan. Untuk mencatat jurnal contohnya, saya perlu sediakan jurnal voucher untuk mendapat kelulusan manager sebelum catatan dalam jurnal am dapat dibuat ke buku perniagaan. Semua catatan urusniaga mesti dicatat dalam JV itu dan dapat pengesahan, lepas tu barulah boleh dimasukkan ke dalam sistem perakaunan berasaskan komputer. Tetapi asas perakaunan sama, yang berbeza ialah bagaimana pengurusannya. Begitulah lebih kurang perkongsian saya dengan Saidi.
    Cg Narzuki, sori komen balas panjang di sini.

  14. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih Sifu2b, atas komen yang diberikan, lagi panjang lagi bagus supaya lebih lejas dan terang. Ini lah tujuan blog ini diwujudkan supaya kita sama-sama mengeluarkan pendapat, bertukar-pandangan dan maklumat, membincangkan isu-isu yang ditimbulkan samada kita dikalangan guru-guru ataupun dikalangan pelajar sendiri. Terima kasih sekali lagi, komen Sifu2b sangat dialu-alukan.

  15. Cg Narzuki Says:

    KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN YANG PERLU DIKEMBANGKAN

    1) Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda mendapat markah yang lebih tinggi.

    2) Guru harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun yang lepas untuk mengetahui:

    i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.
    ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan
    iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.
    iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.

    3) Guru harus melatih pelajar sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk menjawab soalan peperiksaan awam.

    4) Dalam proses melatih pelajar:

    i. Guru harus membimbingan pelajar dalam cara menjawab soalan peperiksaan dengan contoh-contoh yang sesuai.
    ii. Kemudian, guru harus memberi banyak latihan sehingga pelajar mahir menjawab soalan peperiksaan.

    5) Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif, subjektif atau kedua-duanya.

    6) Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus menentukan pelajar boleh:

    i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
    ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
    iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
    iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberi
    v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
    vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
    vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.
    viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka
    ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul
    x. semak semua jawapan

    7) Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus menentukan pelajar boleh:

    i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
    ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
    iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
    iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
    v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu.
    vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu
    vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
    viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya
    ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab.
    x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca
    xi. semak semua jawapan.

    Sumber : http://www.teachersrock.net

  16. Cgu Sila Says:

    Salam…

    wow!! banyak perkembangan baru yang sy tertinggal… dah lama tak online selepas bercuti menguruskan anak yang tidak sihat… semakin mencabar rasanya… baru2 ni pun putrajaya buat mesyuarat prinsip perakaunan dan dimaklumkan juga dengan perubahan pemarkahan bagi penyata kewangan… dan seperti apa yang telah dibincangkan di atas…

    mudahan dalam masa yang singkat ni dapat mengaplikasikan perubahan semua tu agar anak didik sy tak tertinggal… cgu narzuki macamana pula dengan soalan pendek tetap perlu dititikberatkan or sebaliknya? makluman SBP akan mula trial bermula ogos ni… sekarang ni tengah pulun menghabiskan silibus yang tak habis lagi ni… macam2 keje…

  17. Cg Narzuki Says:

    Semoga anak Cg Sila cepat sembuh dengan sebaik-baik kesembuhan.

    Behubung dengan soalan esei pendek tidak diperkatakan dalam mesyuarat penataran tersebut. Pada pandangan saya ianya perlu juga dititikberatkan. Ini kerana pada soalan tahun lepas (SPM 2007) setiap soalan kecuali soalan 1 ada dikemukakan soalan esei pendek tersebut, dan jumlah markah keseluruhannya 10 markah. Dan format tersebut menyamai format soalan LCCI, di mana setiap soalan akan dimasukkan soalan esei pendek. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga adalah lebih baik kita berikan latihan berhubung dengan perkara tersebut.

  18. Zakiah Soid Says:

    Salam..
    Saya ingin mendapatkan kursus cara pemarkahan prinsip perakaunan..ada ker kursus-kursus berbayar yang cg narzuki tahu?yang boleh saya hadiri.
    Erm..lagi satu, maksudnyer segala pembaharuan ini, akan berlaku kepada pelajar SPM2009, bermaksud kepada pelajar Tingkatan 4 sekarang?tetapi, tiada sebarang perubahan silibus pun kepada pelajar tingkatan 4, 2008 ini.

  19. Cg Narzuki Says:

    Cg Zakiah,

    Setahu saya tidak ada kursus cara pemarkahan sedemikian, ini kerana skema pemarkahan LPM adalah sesuatu yang SULIT dan tertakluk kepada Akta Rahsia kerajaan. Pada kebiasaannya kursus tersebut dianjurkan oleh Panitia Prinsip Perakaunan di peringkat PPD atau peringkat Negeri kepada guru-guru masing-masing dalam Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-guru Prinsip Perakaunan atau sebagainya.

    Daripada maklumat yang saya dapat draf sukatan pelajaran baru sudah siap dibentuk, cuma menunggu kelulusan pihak kementerian kalau tak silap dalam bulan September ni. Jika diluluskan, maka tahun depan akan terus dimulakan. Walau bagaimanapun kita sama-sama tunggu berita / pengumunan yang akan dibuat nanti.

  20. zura Says:

    salam… sy student UPSI dlm program pendidikan perakaunan perlukan sukatan pelajaran prinsip akaun tahun 2008 untuk membantu sy menyiapkan asemen pedagogi, jadi disini sy mintk sangat jasa baik cikgu dapat kirimkn sukatan pelajaran prinsip akaun kepada sy…

  21. Cg Narzuki Says:

    Zura,

    Sukatan pelajaran boleh didapati SINI. Manakala Huraian Sukatan Pelajaran boleh MUAT TURUN di bahagian A-Info Perakaunan (menu disebelah kiri). Semoga ianya dapat membantu Zura, ….. sampaikan salam saya kepada En. Rosli bin Samat.

  22. fira Says:

    salam..sya pun student upsi gak..minor in account..
    agak mngejutkan ttg perbhan format peperiksaan. tapi bg saya ia merupakan satu perubahann yang baik serta sudah tiba masanya sukatan pelajaran prinsip perakaunan diubah. ini kerana jika kita kaji, sukatan pelajaran yang digunakan sudah agak lama serta terdapat beberapa tajuk yang boleh di tambah atau dihapuskan. juga mungkin topik baru seperti etika dlm pengurusan perniagaan atau lebih tepat ialah etika dalam profesion perakaunan boleh diselitkan. secara tidak langsung pelajar tahu etika-etika yang boleh atau tidak diamalkan untuk masa hadapan. sebagai contoh, kerjaya sebagai seorang akauntant seharusnya menitikberatkan etika jujur serta amanah. ini dapat mngelakkan berlaknya kes-kes pecah amanah seperti yang berlaku pada hari ini…
    utk pengetahuan cg narzuki sya juga merupakan pelajar En. Rosli Bin Samat..

  23. Cg Narzuki Says:

    Fira, terima kasih kerana sudi melawat. Usaha tersebut sememangnya sangat baik demi meningkatkan lagi tahap “keprofesionalan” dan pengiktirafan dunia terhadap AKAUNTAN keluaran negara kita. Peringkat SPM merupakan langkah awal dalam tindakan kerajaan kearah pencapaian matlamat tersebut.

  24. sabri Says:

    A’kum cg narzuki, adakah format soalan P.Perakaunan 2008 sudah pasti berubah atau kaedah pemberian markahnya berubah seperti yang cg nyatakan. Rasanya adakah semua guru yang mengajar P.Perakaunan maklum tentang perkara ini? Sekiranya sukatan hendak disemak semula atau ada perubahan adakah cg pasti ianya akan dilaksanakan pada thn 2009?. Berdasarkan pada dua pensijilan tersebut tidakkah graf kelulusannya merosot kerana pihak sekolah biasanya menetapkan pelajar yang mengambil m/p ini biasanya pelajar kelas ketiga setelah kelas sains1 dan sains2. Pernah sebelum ini pelajar yang mengambil m/p prinsip akaun ada mengambil sijil perdagangan M’sia tetapi terdiri daripada mereka yang bijak dan cemerlang dalam m/p prinsip akaun. Sebenarnya banyak faktor perlu diambilkira dalam perubahan ini… antaranya masa yang diperuntukan, kualiti pelajar dan tahap/aras soalan yang dikemukakan. Saya rasa cukup setakat ini dari saya..T/K.

  25. sabri Says:

    A’kum Cg Narzuki, cuma nak tanya, cikgu belajar di UKM ke pada 1988-1992?. T/K

  26. Cg Narzuki Says:

    Saudara Sabri, sahabat lama. (UKM 1988-1992)

    Format soalan bagi TAHUN 2008 masih lagi sama iaitu Kertas 1 (40 soalan objektif) dan Kertas 2 (Bhg A jawab 4 soalan dan Bhg B pilih 1 daripada 2 soalan) serta pengagihan markahnya masih sama. Untuk tahun 2008 perubahan yang dilakukan hanya dari segi GAYA PENYOALAN dan CARA PEMBERIAN MARKAH sahaja.

    Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengadakan Mesyuarat / Taklimat Penataran Prinsip Perakaunan 2008 sebanyak 5 kali mengikut zon di seluruh negara. Dan sepatutnya pihak JPN masing-masing menyebarkan atau mengadakannya diperingkat negeri kepada semua guru-guru. Terdapat 2 perkara utama yang disampaikan, iaitu :

    1. Semakan Semula Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan
    2. Perubahan Soalan Prinsip Perakaunan SPM bagi tahun 2008.

    Semakan semula sukatan pelajaran telahpun siap dibuat, cuma menunggu kelulusan pihak kementerian sahaja. Daripada apa yang dirancang pelaksanaanya akan bermula pada calon SPM 2009.

    Sebenarnya pelajar pada tahun ini AMAT BERTUAH berbanding dengan pelajar tahun-tahun lepas, kerana mereka semua BERPELUANG untuk menerima Dua Persijilan (iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI).

    Melalui projek dua pensijilan itu, PELBAGAI KELEBIHAN bakal dinikmati oleh para pelajar yang menduduki Prinsip Perakaunan. Antaranya ialah para pelajar mempunyai ruang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan sehingga ke peringkat lebih tinggi melalui saluran profesional iaitu dengan terus menduduki ACCA dan LCCI yang telah diberi pengecualian daripada peperiksaan awalan.

    Bagi pelajar yang tidak berpeluang meneruskan pengajian perakaunan ke peringkat yang lebih tinggi, sijil profesional melalui dua pensijilan ini membolehkan mereka menceburi pekerjaan dalam bidang perakaunan di peringkat perkeranian/penyimpan kira, sama ada di dalam atau luar negara.

    Keputusan perubahan dan tindakan pelaksanaannya dibuat setelah mengambil kira SEMUA faktor-faktor yang berkaitan. Sekarang ini kebanyakkan sekolah-sekolah telah memberikan RUANG dan PELUANG kepada pelajar2 sains untuk mengambil Prinsip Perakaunan, termasuklah MRSM. Jadi guru-guru akaun seharusnya memaklumkan kepada Pengetua masing2 tentang peluang2 tersebut, terutamanya kepada pelajar2 sains supaya dibenarkan mengambil Prinsip Perakaunan.

    Untuk mendapatkan maklumat dan bahan2 bekaitan dengan perubahan2 tersebut, sila ke PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN 2008.

    Sekian, wassalam.

    Saudara Sabri bertugas dimana sekarang ?

  27. sabri Says:

    Salam, Narzuki.
    Saya sekarang berada di SMK Seri Teja, Gopeng. Baru saja ditukarkan ke Gopeng. Sebelum ini dipinjamkan ke Kem. Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Geng-geng kita ramai di Perak. Sharini, Sayed Ruslan, Azarudddin, Salina. Bila saya balik ke Kementerian, agak terkejut juga tentang perkembangan terbaru ni. Masa semakan semula sukatan pelajaran P. Perakaunan (2002-2003) saya terlibat sepenuhnya di JPTek. La ni bila dengan perkembangan terbaru hendak juga tahu.
    Dengan cerita sukatan baru ada tambah ‘payroll’ dan lain-lain yang saya tak kompom. Kalau Narzuki terlibat dengan group semakan semula tu atau geng-geng lain, tolong pikirkan perkara-perkara berikut:
    1. Masa yang diperuntukan (sekarang 4 waktu- 35 minit satu waktu)
    2. Setahun 38-40 minggu yang diperuntukan termasuk yang pasti tiada P&P waktu berikut:
    – 2 minggu untuk ujian bulanan ( 2 kali setahun)
    – 4 minggu utk peperiksaan tengah dan akhir tahun
    – tidak termasuk cuti perayaan dan peristiwa yang akan mengurangkan masa P&P.
    – setengah sekolah kena buat macam-macam program dalam waktu P&P spt Teknik Menjawab, MMS, LTS, dan smart workshop. Ini menyebabkan guru mengejar masa untuk mengajar m/p Prinsip Perakaunan. Situasi ini biasanya kementerian tidak tahu kecuali mereka diberitahu atau ada yang terlibat secara langsung.
    Oleh itu pesankan kepada kawan-kawan yang terlibat dalam semakan semula sukatan, kalau topik ditambah pikirkan bgm pelaksanaannya dapat dilakukan secara berkesan. Paling baik adakan dailog untuk mendapatkan respon kepada wakil setiap negeri.
    Seperti kata Narzuki bukan semua pengetua akan mengambil perhatian tentang perkara ini yakni mengutamakan pelajar yang berkemampuan untuk mempelajari subjek ini. Rata-rata biasanya di sekolah mereka yang ambil m/p ini yang dapat Maths C/D, Sains C/D. Jarang pelajar yang dapat Maths A dan Sains A kecuali pelajar sekolah teknik (‘pure’ teknik). Saya tengok soalan dokumen yang ada dalam link Cg. Sila tu, ada diantaranya daripada LTS yang kami buat. Tak pe lah, elok dipanjangkan ilmu tu. Lagi ramai guna lagi baik. Bila saya tengok soalan tu teringat balik kerja-kerja dulu yang saya buat. Sebab banyak nama-nama pada dokumen tu saya buat nama kawan-kawan, anak-anak, sekolah2 lama saya.
    Oh ya, tolong emailkan saya nombor telefon Narzuki.
    Mudah2an kita berjumpa nanti. InsyaAllah. Sampaikan salam saya pada member2 kita di UKM yang saya lose contact. T/Kasih.

  28. Cg Narzuki Says:

    Salam, Saudara Sabri,

    Sebenarnya saya tidak terlibat dengan group semakan tersebut, hanya mendapat maklumat melalui Mesyuarat Penataran yang dianjurkan oleh LPM sahaja dan melalui rakan-rakan guru lain. Untuk mendapatkan draf sukatan baru saudara boleh dapatkan melalui B-MUAT TURUN iaitu PA Kerian – Draf Sukatan Baru. Di mana terdapat pertambahan dan perubahan topik serta penggunaan ICT dalam setiap topik.

    Saya setuju bahawa masa yang diperuntukan tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran sepenuhnya, jadi terpaksalah kita pilih-pilih bahagian2 tertentu sahaja untuk diberikan penekanan.

    Sampaikan salam saya kepada member2 di Perak (kalau jumpa), dan jemputlah mereka melawat ke Cg Narzuki Online …. untuk sama-sama kita kongsi maklumat, pengalaman dan sebagainya.

  29. fira Says:

    salam..saya pelajar upsi..xlame lg saya kne micro teaching utk tajuk jurnal am..ssaya mahukan pendapat atau idea bagaimana saya boleh mempelbagaikan sumber serta bahan-bahan yang boleh digunakan dalam proses p&p supaya topik yang saya ajar ini dapat menjadi menarik serta mudah difahami oleh pelajar.

  30. Cg Narzuki Says:

    Fira,

    Cg cadangkan gunakan kemudahan ICT spt Powerpoint bagi menerangkan format, fungsi dll berkaitan dengan Jurnal Am. Cara-cara merekodkan juga boleh ditunjukkan dengan jelas kepada pelajar. Kita tayangkan Dokumen, kemudian tunjukkan langkah2 untuk merekodkan dalam Jurnal Am satu persatu. Nanti Cg emailkan contoh Powerpoint sebagai panduan Fira.

  31. fira Says:

    terima kasih cg narzuki

  32. Cgu Sila Says:

    salam,

    cikgu narzuki, sy masih tak jelas untuk dalam pemberian markah.. untuk makluman juga SBP dah selesai trial pada hari ni.. blh cgu bagi idea cara pemarkahan diberi bagi soalan 1 hingga 6… tq

  33. Cg Narzuki Says:

    Salam Cg Sila,

    Boleh tidak menjadi masalah, cuma saya minta Cg Sila hantarkan set soalan dan skema supaya memudahkan saya menerangkan berpandukan soalan & skema yang sedia ada. Nanti saya akan balas dengan Soalan Trial Kelantan dan negeri2 lain apabila saya memperolehinya.

  34. sifu2b Says:

    Maaf menyampuk,
    Boleh saya dapat salinan soalan percubaan dari cikgu berdua?

  35. Cg Narzuki Says:

    InsyaAllah, apabila saya dapat nanti kita akan kongsi sama-sama soalan2 tersebut. Diharapkan cikgu-cikgu daripada setiap negeri sudi menyumbangkan soalan negeri masing-masing untuk dikongsikan bersama.

    Jika seorang cikgu sumbangkan SATU set soalan, maka dia akan dapat balik TIGA BELAS set soalan negeri lain.
    Wow, ini sesuatu yang menguntungkan.

    Kepada sesiapa yang berminat, sila emailkan kepada saya di narzuki@gmail.com.

  36. Zakiah Soid Says:

    Salam..adakah ckgu narzuki sudah sedia mklum soalan peperiksaan spm 2009 bagi matapelajaran prinsip akaun akan ada 3 kertas, kertas 1, kertas 2 n kertas 3.
    Kertas 1 (objektif 40 soalan -20%)
    Kertas 2 ( 4 soalan -60 %)
    Kertas 3 ( projek soalan dokumen- 20 %)
    maklumat ini saya perolehi dari KP di sekolah sya, pergi meeting panitia daerah.

    Saya berharap, sebarang maklumat terkini dapat dikongsi bersama..
    TQ

  37. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih Cg Zakiah di atas perkongsian maklumat tersebut, sebenarnya saya dah sedia maklum perkara tersebut, cuma ianya dianggap tidak rasmi sehingga pengumuman yang akan dibuat pada bulan Oktober 2008 ini melalui Taklimat Penataran Prinsip Perakaunan 2009 oleh LPM.

    Semasa Taklimat tersebut beberapa perkara mungkin akan diedarkan kepada guru2 iaitu :
    1. Semakan Sukatan Pelajaran 2009,
    2. Format Pentaksiran SPM 2009
    3. Panduan Kerja Kursus untuk Kertas 3.

  38. fira Says:

    salam.cg,
    saya nak mintak pandangan atau idea, power point yg cikgu email sudah sya terima..
    saya tak tahu abm ape yang perlu saya guna bagi menarik minat pelajar terhadap tajuk pengenalan kepada jurnal am.
    buat makluman cg, kami tidak dibenarkan menggunakan power point, jadi saya masih tidak dapat memilih abm yang menarik untuk mengajar tajuk ini.

  39. Cg Narzuki Says:

    Fira,

    Kalau kemudahan ICT tidak dibenarkan, maka terpaksalah menggunakan cara lama iaitu papan hijau atau kertas majung. Siapkan Format Jurnal Am kemudian minta pelajar lekatkan tajuk2nya seperti TARIKH, BUTIR, FOLIO, DEBIT dan KREDIT. Kemudian bincang dan terangkan kegunaan setiap satunya. Seterusnya nyatakan kegunaan Jurnal Am dengan memberikan contoh setiap satunya, serta cara-cara untuk mencatatkannya. Minta pelajar yang lekatkan pada format tersebut apa yang perlu didebit dan dikreditkan serta keterangannya sekali. Semua label2 tersebut perlu disiapkan terlebih dahulu, pelajar hanya memilih dan lekatkannya pada format jurnal am tadi.

    Kalau nak lebih meriah lagi bahagikan pelajar kepada 2/3 kumpulan, masing2 bertanding, kemudian semak dan berikan markah, akhir sekali bincangkan jawapan yang betul. Ok, itu saja cadangan daripada Cg.

  40. fira Says:

    OK
    TEIRMA KSH CG

  41. Cgu Sila Says:

    salam,

    ada tak terima mana2 cgu yang terima pekeliling mengenai Sijil LCCI? sy baru terima semalam…

    blh kita bincang kan …

  42. Cg Narzuki Says:

    Cgu Sila,

    Saya masih belum menerimanya lagi, nanti bila dapat boleh kita bincangkan. Atau mana-mana cikgu yang telah menerimanya bolehlah dibincangkan disini, supaya kita semua dapat berkongsi maklumat dan pendapat mengenainya.

  43. Cgu Sila Says:

    SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008
    SIJIL LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY (LCCI) BAGI CALON PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

    Penganugerahan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini bukanlah wajib kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM tetapi sebagai nilai tambah atau value added kepada sijil SPM yang akan dianugerahkan.

    Calon yang layak memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ;
    1. Calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred 6C bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

    2. Calon yang mencapai gred 6C ke atas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts terbuka. Calon yang mencapai gred 7C ke bawah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts dengan pernyataan Bahasa Melayu diterakan pada sijil berkenaan.

    Surat Pekeliling Ikhtisas ini juga bertujuan untuk memaklumkan mengenai bayaran sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts bagi calon Prinsip Perakaunan SPM seperti ketetapan berikut;

    a) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang tidak berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts tidak dikenakan sebarang bayaran selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam.

    b) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (Ringgit Dua Puluh Lima sahaja).

    c) Calon yang berhasrat boleh membuat bayaran tersebut kepada pihak sekolah masing-masing hanya dalam masa sebulan selepas keputusan peperiksaan SPM tahun semasa diumumkan. Pihak Lembaga Peperiksaan akan mengedarkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts kepada pihak sekolah.

  44. Cg Narzuki Says:

    Cgu Sila,

    Terima kasih atas maklumat berikut.

  45. zulia Says:

    saya merupakan editor bagi buku rujukan prinsip perakaunan.saya ingin bertanyakan pendapat cikgu tentang istilah yang tepat digunakan terhadap kertas 2 prinsip perakaunan.saya dapati kertas 2 selalu dipanggil sebagai kertas subjektif atau pun kertas essei padahal istilah tersebut tidak sesuai digunakan kerana jawapan di dalam kertas 2 bukanlah berbentuk subjektif atau pun essei. pada pendapat cikgu apakah istilah yang lebih tepat digunakan?

  46. Cg Narzuki Says:

    Zulia,

    Ujian Objektif dinamakan sedemikian kerana pemeriksa yang lain akan memberikan markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan, salah-benar, ujian padanan dan ujian lengkapkan.

    Manakala Ujian Subjektif atau ujian esei dibuat untuk menguji pengetahuan yang diperoleh murid serta juga kebolehan murid untuk berfikir dan menggunakan pengetahuan itu. Calon bebas memilih soalan serta memberikan jawapan dengan gaya serta pendekatannya sendiri.

    Pada pandangan saya, Kertas 2 tidak sesuai dipanggil “Soalan Subjektif” kerana ianya tidak menyamai konsep ujian esei seperti yang dinyatakan diatas. Sebaliknya ia lebih mirip kepada ujian objektif kerana jawapan sudah tetap mengikut skemanya, jika lain maka dikira salah walaupun diperiksa oleh pemeriksa yang berbeza. Tetapi jika Kertas 2 dipanggil sebagai “Soalan Objektif” mungkin agak pelik di mata pelajar. Ianya seolah-olah gabungan antara objektif dan subjektif. Mungkin “Soalan Struktur” boleh digunakan kerana jawapan yang dikehendaki adalah terarah kepada sesuatu format tertentu.

    Untuk makluman, Kertas 3 : Kerja Kursus akan mula diperkenalkan mulai SPM 2009. Dan ianya mungkin sesuai dipanggil “Soalan Subjektif” kerana ianya memenuhi ciri-ciri Ujian subjektif.

    Itu saja pandangan daripada saya, semoga sedikit sebanyak dapat membantu Zulia.

  47. muna Says:

    saya nak download soalan tapi tak dapat. Boleh tak cg email kepada saya?

  48. Cg Narzuki Says:

    Muna,

    Sila muat turun melalui pilihan 2. DISINI

  49. syaza muna Says:

    Assalamualaikum, saya tingkatan 3 tahun ni dalam dilema nak memilh jurusan apa untuk tingkatan4. saya meminati dalam pengiraan tetapi saya tak yakin saya boleh bawak kerana minat saya dalam sesuatu subjek senang berubah.

  50. Cg Narzuki Says:

    Syaza,

    Bagi membuat sesuatu pilihan atau keputusan, senaraikan dahulu pilihan jurusan yang ada disekolah anda. Kenalpasti dan senarai apakah kebaikan dan keburukan setiap jurusan tersebut dengan mengambilkira minat, cita-cita, pencapaian akademik serta harapan ibu bapa.

    Restu ibu bapa sangat penting, setelah berbincang dengan mereka berdua baru buat pilihan yang terbaik untuk syaza.

  51. NITA Says:

    cikgu..saya ingin bertanya di manakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai silibus baru prinsip perakaunan? Sebagai contoh bab baru maklumat untuk membuat keputusan. Hal ini kerana silibus baru ini tidak boleh diperolehi di dalam buku teks dan rujukan. Selain itu saya juga mempunyai empat soalan:
    1. Adakah formula pulangan atas modal dalam silibus lama adalah sama untuk milikan tunggal,perkongsian dan sayarikat berhad?
    2. Apakah nisbah ujian mampu? Dimanakah boleh mendapatkan maklumat?
    3. Apakah formula pengiraan tempoh kutipan dan pembayaran hutang?
    4. Apakah yang dimaksudkan dengan penyata varian?Bolehkah cikgu memberi contoh?
    Diharap cikgu dapat menjawab kemusykilan saya

  52. Cg Narzuki Says:

    Cg Nita,

    Pada perancangannya, peringkat awal akan disediakan satu modul bagi topik2 yang tidak terdapat dalam buku teks dan diedarkan ke sekolah2 untuk panduan para guru. Sejauh mana perlaksanaannya sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.

    Salah satu bahan yang saya ada untuk dijadikan rujukan ialah Nota Matrikulasi, sila muat turun bab2 tersebut.

    Nota Matrikulasi :
    Bab 19 – Pengkosan Piawai dan Analisis Varian
    Bab 20 – Pembuatan Keputusan dan Kos Releven

    Menjawab soalan Cg Nita :

    1. HSP lama lebih kepada milikan tunggal. HSP baru pula melibatkan MT, P dan SB. Jadi kemungkinan formulanya lain sedikit kerana sumber modalnya berbeza. Formulanya saya tidak pasti, sama-sama kita cuba carikan.

    2. Nisbah Ujian Mampu = Jumlah liabiliti / Jumlah Aset, Manakala
    Nisbah Ujian Asid = Nisbah Cepat iaitu = (Aset Semasa – Stok Akhir) / Liabiliti Semasa.

    3. Formula Tempoh Kutipan Hutang = Penghutang / Jualan X 365
    Formula Pembayaran Hutang = Pemiutang / Belian X 365

    4. Maklumat berkaitan Penyata Varian boleh diperolehi dalam Nota Matrikulasi di atas.

  53. ciknon Says:

    cg saya amat bersetuju jika soalan dokumen dikekalkan dlm SPM krn dlm dunia prniagaan sbnrnya memang dokumen tersebut wujud, mungkin format agk berbeza. jika sukatan baru ingin menguji pelajar utk menghadapi dunia perakaunan yg sebenarnya, lebih baik diajr dan disoal dlm SPM. saya dapati kerja kursus memang bagus tetapi dikhuatiri pelajar boleh tiru dr buku dan ubah suai shj. akhirnya pelajar buat sbb terpaksa bukan sbb dia tahu buat. jika mereka betul2 buat sendiri memang ia sgt berkesan sbb saya prnh buat semasa mengambil kursus percukaian dulu. bezanya ialah kami kena pergi cari sebuah perniagaan tunggal dan minta izin gunakan dokumen mereka utk tugasan. ia sgt menarik tetapi amt memerlukan byk masa. saya hrp soalan SPM 2009/2010 ini tidak byk perubahan dilakukan sbb byk tajuk lama memang relevan dgn dunia perniagaan sbnrnya.

  54. Cg Narzuki Says:

    Ciknon,

    Saya juga setuju bahawa kemahiran topik dokumen (kitaran perakaunan) sangat penting. Oleh itu topik tersebut dikekalkan dan dimasukkan sebagai tugasan projek (Kertas 3). Ini bertujuan bukan sahaja untuk menguji pelajar tetapi memastikan pelajar betul-betul memahami dan menguasai kemahiran tersebut kerana ianya sangat penting dan berguna dalam dunia perniagaan/organisasi sebenar. Tidak seperti tahun2 sebelum ini, cikgu mengajar topik dokumen hanya untuk menjawab soalan SPM atau untuk LULUS sahaja sedangkan pelajar tidak begitu memahami proses2 yang terlibat, bermula daripada penyediaan dokumen hinggalah kepada penyediaan penyata kewangan. Oleh itu menjadi TUGAS dan TANGGUNGJAWAB seorang guru untuk memastikan SEMUA pelajarnya betul2 dapat menguasai kemahiran tersebut. Kemahiran yang diajarkan bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan tetapi dapat digunakan dalam kehidupun sebenar mereka nanti.

    Jika tajuk2 dalam HSP lama sudah dianggap releven, maka HSP baru LEBIH RELEVEN lagi kerana perubahan yang dibuat adalah mengambilkira perubahan dan perkembangan dunia perniagaan sebanar pada hari ini.

  55. Syadiyah Says:

    Cikgu..saya masih keliru dengan penggunaan pensel dalam kertas 2 SPM. Boleh atau tidak?harap cikgu dapat memberi pandangan.Terima kasih

  56. Cg Narzuki Says:

    Cg Syadiyah,

    Setahu saya tiada peraturan yang melarang penggunaan pencil semasa peperiksaan. Cuma ianya tidak digalakkan kerana kadang2 tulisannya tidak jelas, kabur sehingga sukar untuk dibaca yang boleh menyebabkan kehilangan markah. Lagipun, Skrip jawapan tersebut merupakan dokumen rasmi dan sulit kerajaan, ianya akan disimpan untuk suatu tempoh tertentu.

  57. zita Says:

    Cikgu..saya ingin bertanya pakah perbezaan antara catatan kontra dengan akaun kontra.Bolehkah cikgu memberi penjelasan?

  58. Cg Narzuki Says:

    Zita,

    Saya tidak pasti apa yang sebenarnya dimaksudkan “Akaun Kontra” dalam HSP kerana tiada sebarang penjelasan lanjut.

    Pada pandangan saya, AKAUN KONTRA ini merujuk kepada akaun2 seperti Ak Pulangan Jualan iaitu akaun yang dikelaskan dalam “HASIL” tetapi bersifat mengurangkan Hasil. Jadi ianya dipanggil AKAUN KONTRA kepada jualan. Begitu juga dengan Ak Pulangan Belian, Ak Peruntukan Susutnilai Aset Bekan Semasa, dan Ak Peruntukan Hutang Ragu. Iaitu akaun2 yang bersifat mengurangkan / KONTRA kepada sifat akaun asalnya. Di mana dalam Penyata Pendapatan dan KKK kita catatkan sebagai TOLAK.

  59. vie Says:

    Salam sejahtera,

    Saya ingin meminta pendapat dan idea cikgu tentang bagaimana untuk membuat set induksi untuk topik kunci kira-kira?

  60. Cg Narzuki Says:

    Vie,

    Untuk buat set induksi, sebaik-baiknya ambil kira topik yang hendak diajar dan juga pengetahuan sedia ada pelajar, seperti :
    1. pelajar telah mempelajari Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja.
    2. pengetahuan tentang penyata kewangan.

    Set 1 :
    Kita perkenalkan penyata kewangan :
    1. Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
    2. Bincangkan kegunaan dan kepentingan setiap satu.
    3. Minta pelajar padamkan A,L,E,H,B dengan PP dan KKK
    H-B = Untung — PP
    A=L+E ———– KKK
    4. kaitkan dengan isi yang hendah diajar.

    Set 2:
    Tunjukkan format Penyata Pendapatan dan KKK yang lengkap.
    1. Minta pelajar kenalpasti jenis2 akaun (ALEHB) yang terdapat dalam setiap satunya.
    2. Bincangkan maklumat2 yang dapati diperolehi daripada KKK.
    3. Apakah tujuan PP dan KKK disediakan ?
    4. kaitkan dengan isi yang hendah diajar.

    Itu saja cadangan yang dapat Cg berikan pada masa ini. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada ISI PENGAJARAN dan PENGETAHUAN SEDIA ADA pelajar.

  61. ina Says:

    assalamualaikum c.narzuki…

    sy adalah graduan pendidikan perakaunan dan dah setahun sy mengajar di pahang. sy dikehendaki mengajar ekonomi asas ting 4 dan 5 masa first posting dulu.. tapi baru2 ni, sy diminta mengajar prinsip akaun tingkatan 5 kerana kekurangan guru. masalah sy sekarang adalah, sy kurang berkeyakinan untuk mengajar pelajar ting 5 kerana bimbang sy tak dpt beri yg terbaik kpd calon spm thn ni. tambahan pula sy dah terlalu lama tinggalkan subjek prinsip akaun ditambah pula format baru yg diperkenalkan baru2 ni..
    apa pendapat cikgu?

  62. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,

    Semua guru akan menghadapi masalah yang sama, maklumlah tahun pertama mengajar, rasa tidak yakin dan sebagainya. Tiada manusia yang dilahirkan terus boleh berlari, mesti melalui peringkat2nya satu per satu. Begitu juga kita sebagai GURU tidak boleh terus memberikan yang terbaik kepada pelajar kita. Kerana kita sendiri perlu melalui proses BELAJAR CARA MENGAJAR.

    Apa yang penting kita sendiri mempunyai keinginan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran demi kejayaan anak didik kita. Saya sendiri pada setiap tahun sentiasa menilai, memperbaiki dan mencari cara2 dan kaedah2 mengajar yang baru bagi menjadikan PnP lebih berkesan dan berkualiti. Dengan cara tersebut saya rasa seronok untuk masuk kelas mengajar kerana sentiasa ingin mencuba kaedah2 atau pendekatan2 baru dan menguji keberkesanannya.

    Pada pandangan saya, sebagai “graduan pendidikan perakaunan”, PELUANG dan CABARAN tersebut perlu disahut dengan HATI YANG TERBUKA. Dan saya YAKIN cikgu boleh melakukannya. InsyaAllah saya disini sentiasa SEDIA membantu setakat yang termampu.

  63. ckg syud Says:

    blh berikan huraian dan sukatan utk prinsip perakaunan yg terbaru?…saya merupakan guru yg baru posting…kalau blh…blh bagi cadangan tak tentang aktiviti yg blh dijalankan dlm panitia prinsip perakaunan…saya jg telah di lantik menjadi ketua panitia prinsip perakaunan….tunjuk ajar dr kalian semua amt d perlukan

  64. Cg Narzuki Says:

    Ckg Syud,

    HSP untuk 2009 dan juga HSP baru untuk 2010 boleh dimuat turun dibahagian A-Info Perakaunan. Aktiviti2 asas yang perlu dilakukan oleh panitia biasanya sebagaimana program/aktiviti2 yang telah dirancang oleh Program Kecemerlangan Akademik Sekolah masing2.

  65. Cg Narzuki Says:

    ‘ICT BUKAN INSTRUMEN UTAMA PEMBELAJARAN DI SEKOLAH’

    KEMUNCULAN peralatan canggih berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pasaran membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di bilik darjah. Bagaimanapun, topik yang diajar adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang diterjemah menerusi buku teks.

    Penggunaan ICT bukanlah instrumen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebaliknya ia hanya bertindak sebagai pelengkap bertujuan menjadikan kegiatan yang dijalankan menarik, penuh kreativiti dan tidak membosankan.

    Mengimbau sejarah penggunaan buku teks dalam sistem pendidikan di negara ini, bermula 42 tahun lalu apabila kerajaan memperkenalkan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

    Pada awalnya, skim itu memberi keutamaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau mempunyai jumlah tanggungan ramai.

    Kriteria ditetapkan ialah anak daripada keluarga berpendapatan kurang RM2,000 ke bawah atau RM2,000 yang mempunyai ramai tanggungan membabitkan pelajar sekolah bantuan kerajaan.

    Pelaksanaan SPBT juga bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga kurang mampu. Ia bagi memastikan murid daripada keluarga berkenaan tidak tercicir daripada alam persekolahan.

    Boleh dikatakan majoriti atau kira-kira 85 peratus daripada pelajar layak menerima bantuan berkenaan menerusi SPBT.

    Bagaimanapun selepas meneliti pelbagai faktor termasuk keberkesanan penggunaan buku teks secara khusus serta kepentingan pendidikan kerajaan memutuskan semua pelajar di sekolah kerajaan layak mendapat kemudahan berkenaan.

    Menerusi Rang Undang-Undang Pembekalan 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada September 2007, kerajaan bersetuju SPBT diperluaskan kepada semua murid warga negara tanpa mengira pendapatan isi rumah.

    Bagi melancarkan pelaksanaan skim berkenaan, Kementerian Pelajaran mewujudkan Bahagian Buku Teks (BBT) yang bertanggungjawab menentukan sekolah mematuhi peraturan mengenai pembelian, penjualan dan penggunaan buku teks.

    BBT juga memantau proses penerbitan buku teks yang perlu dilaksanakan berdasarkan kehendak kurikulum, sukatan pelajaran dan huraiannya.

    Ia menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Objektif penulisan pula perlu sejajar dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Sumber : Berita Harian Online 26 Jan. 2009

  66. Ckg Geetha Says:

    hi, ckg. saya pun sebenarnya dalam keadaan ina juga seperti di atas. walaupun graduan perakaunan, memang tak berpeluang mengajar akaun untuk beberapa tahun. baru tahun ini dapat mengajar, itupun pelajar SPM. walaupun ia memberi tekanan sebab pelajar exam, namun seperti kata ckg saya terimaje. sebab memang saya minat mengajar subjek ini. kini saya berusaha untuk update diri saya mengenai subjek akaun ini. memang blog seumpama ini banyak membantu saya dalam meningkatkan diri saya. terima kasih kepada semua guru dan semoga kita dapat bekerjasama menerusi blog ini untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar Akaun kita. dan kepada ckg terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dari semasa ke semasa. memang ia banyak membantu saya. tq dan teruskan usaha ckg. satu sahaja permintaan saya. memandangkan saya bertugas di kawasan pedalaman di sabah, penerimaan sebarang maklumat mengenai subjek akaun ini memang saya lambat dapat tahu. so, harap blog ini dapat memberi makluman dari semasa ke semasa mengenai sebarang maklumat mengenai subjek akaun. tq

  67. Cg Narzuki Says:

    Ckg Geetha,

    Semua cikgu menghadapi tekanan, sama ada cikgu baru atau cikgu lama, mengajar di sekolah harian biasa, MRSM atau SBP. Masing2 dengan tekanan masing2, ada yang mahukan 100% Lulus, 100% A atau 100% 1A dan sebagainya. Kita sepatutnya jadikan TEKANAN tersebut sebagai suatu CABARAN / MOTIVASI untuk kita sentiasa tingkatkan kemahiran diri terutamanya dalam p&p. Apa yang penting kita lakukan YANG TERBAIK mengikut kemampuan kita dalam apa keadaan sekalipun, demi kejayaan dan kecemerlangan anak didik kita.

    Blog ini disediakan khas untuk para guru berkongsi bahan, pengalaman, pandangan, pendapat, maklumat terkini dan sebagainya. Di samping para pelajar mendapat sedikit tunjuk ajar, panduan, bahan2 dll yang berkaitan dengan Prinsip Perakaunan SPM.

  68. Cg Mai Says:

    Nak kongsi sedikit dengan Ckg Geetha.

    Tahun pertama saya mengajar PA adalah PA tingkatan empat dan tahun seterusnya mengajar pelajar yg sama.

    Pada pendapat saya pelajar tingkatan 5 mereka sudah ada pengetahuan asas perakaunan berbanding dengan pelajar tingkatan empat. Susah juga nak bina tapak semasa tingkatan 4 sebab kebanyakan pelajar saya ambil KH3-Pertanian. Kalau KH4 tak der masalah sangat.

    Saya rasa dengan ‘passion’ cikgu dengan subjek ini dan asas yg pelajar sudah pelajari semasa tingkatan 4 dapat membantu dan memberi cikgu semangat untuk berkongsi ilmu dengan pelajar.

    Bila diingat balik kesian juga dengan 1st batch yg saya ajar tu. macam tak puas hati dengan pencapaian mereka. Mungkin saya terlalu teknikal dengan mereka.

  69. Ckg Geetha Says:

    terima kasih kepada ckg narzuki dan ckg Mai di atas pandangan anda. ya, walaupun ia memberi tekanan pada awalnya, namun sekarang ia tiada lagi. cuma ada semangat untuk memastikan mereka mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. sebab itulah saya sekarang update diri saya dalam subjek ini. semualah dari aspek kaji bentuk soalan, membuat analisis SPM tahun lepas dan cara penandaan. pandangan ckg berdua akan saya ambil sebagai panduan untuk teruskan usaha saya. terima kasih.

  70. ciknon Says:

    utk ckgu Geetha,
    semakin lama kita mengajar kita sepatutnya semakin cekap. apa yang perlu dilakukan ialah mencari dan mencipta cara-cara untuk memastikan pelajar dapat memahami dan membuat kerja akaun dengan cepat dan senang. dari pengalaman saya yang sudah melibatkan diri hampir 15 tahun dalam subjek ini terutama di peringkat SPM, ia menjadi semakin menarik jika kita dapat mencipta cara-cara penyampaian yang dapat menarik pelajar mempelajari subjek ini dengan mudah. harap ckgu juga dapat mencari n mencipta cara / kaedah P&P yang menarik supaya bukan sahaja pelajar mudah dan cepat faham, tetapi juga guru akan dpt teknik mengajar dengan baik.

  71. Cg Narzuki Says:

    Saya sangat setuju dengan komen Cg Ciknon di atas. Dan sangat berbesar hati kerana mendapat respon daripada seorang guru yang berpengalaman. Semoga perkongsian pendapat, sumbangan idea dll melalui blog ini dapat diteruskan untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

  72. zu Says:

    salam….
    cikgu ni pmeriksa kertas jawapan untuk spm 2008 ke??

  73. Cg Narzuki Says:

    Zu,

    Maaf kerana tidak dapat jawab soalan tersebut.

  74. ckgu mat Says:

    Salam maulidur rasul
    Sekiranya sesebuah perniagaan memberi pinjaman tunai kepada orang lain, apakah urus niaga yang perlu direkodkan? Contohnye, koperasi sekolah memberi pinjaman kepada sekolah…
    tq

  75. Cg Narzuki Says:

    Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi SAW.

    Biasanya kita guna nama akaun yang mudah difahami oleh semua seperti Pinjaman Sekolah. Maka catatan bagi urusniaga tersebut ialah :

    Dt: Pinjaman Sekolah
    Kt: Tunai

    Apabila bayaran balik oleh pihak sekolah, maka catatannya :

    Dt: Tunai / Bank
    Kt: Pinjaman Sekolah (nilai pokok)
    Kt: Faedah atas pinjaman (jika dikenakan faedah)… Hasil kepada koperasi.

  76. Syadiyah Says:

    Salam cikgu,
    Saya ingin bertanya pendapat cikgu tentang pemberian sijil LCCI kepada pelajar SPM 2007. Adakah kementerian akan menghantar sijil-sijil LCCI ini kepada pelajar?

  77. Cg Narzuki Says:

    Salam Cg Syadiyah,

    Maaf, buat masa ini saya tiada maklumat berkaitan perkara tersebut. Walau bagaimanapun saya akan cuba dapat maklumat2 berhubung dengan Sijil2 LCCI daripada rakan2 guru yang lain, InsyaAllah.

  78. nurabadi Says:

    terima kasih di atas kunjungan tuan serta kesudian meletakkan link aspirasidiri di ruangan motivasi. Sy juga telah meletakkan cg narzuki di link aspirasidiri… teruskan usaha membimbing ……

  79. Cg Narzuki Says:

    Saya juga ucapkan terima kasih kerana banyak bahan, panduan2 yang saya perolehi dan pelajari daripada Laman Aspirasidiri. Semoga kita sama-sama teruskan usaha kita ini ……..

  80. Syadiyah Says:

    Terima kasih cikgu. Diharap akan ada informasi berkenaan sijil tersebut,kerana ada segelintir pelajar (yang layak)yang begitu teruja dengan pemberian sijil ini.

  81. Cg Narzuki Says:

    Cg Syadiyah,

    Saya baru menghubungi Pengawai Unit TekVok di JPN Kelantan, beliau memaklumkan supaya pihak sekolah mengutip dan merekodkan bayaran daripada calon2 yang berhasrat memiliki sijil tersebut. Senarai nama lengkap (ada angka giliran) serta wang bayaran tersebut dihantar terus ke Unit Penilaian dan Peperiksaan di JPN untuk tindakan selanjutnya.

    Bagi negeri lain saya tidak pasti, mungkin sama. Saya cadangkan cikgu hubungi pegawai di JPN masing2 untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

  82. Syadiyah Says:

    Salam Cikgu Narzuki ,
    Terima kasih banyak atas maklumat di atas. Adakah saya perlu meletakkan sebarang nama untuk perhatian (U/P) sesiapa di JPN ?Atau saya terus menghantar nama dan wang tersebut ke UNit TekVok JPN. Untuk makluman cikgu, saya juga mengajar sekolah di Kelantan.

  83. Cg Narzuki Says:

    Salam Cg Syadiyah,

    Hantarkan nama dan bayaran tersebut TERUS kepada Pegawai di UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN di JPN, bukannya di Unit TekVok. Nama pegawai kena rujuk Dairi Jabatan.

    # Analisis Prinsip Perakaunan SPM 2008 JPN Kelantan telah sediakan untuk dimuat turun.

  84. Cg Narzuki Says:

    Salam Cg Syadiyah,

    Hari ini pihak sekolah telah hubungi pihak PPD berhubung dengan perkara tersebut. Pihak PDD minta supaya senarai nama dan bayaran tersebut dihantarkan ke PDD Unit Penilaian dan Peperiksaan terlebih dahulu untuk dikumpulkan di peringkat PPD seterusnya akan dihantarkan JPN.

  85. cikgusila Says:

    Salam cgu,

    Slip SPM tahun ni ada menunjukkan keputusan LCCI…. berdasarkan gred yg ditetapkan… sy dapat semasa pengumuman SPM surat tawaran ACCA dan panduan untuk mendapatkan Sijil LCCI + Borang Permohonan Sijil LCCI.. cuma bl sy rujuk semula dengan berita yg awal2 dulu… 1A dan 2A tidak akan dikenakan bayaran sebanyak RM25… tetapi sekarang bila SPM dah keluar semua dikehendaki bayar RM25..

  86. Cg Narzuki Says:

    Salam Cg Sila,

    Selagi tidak ada surat hitam putih, maka itu lah jadinya. Semasa Mesyuarat Penataran dahulu ada dinyatakan bahawa pelajar tidak perlu bayar, semuanya akan ditanggung oleh KPM tetapi tidak ada hitam putihnya, maka terpaksalah pelajar bayar juga RM25 sebagaimana surat pekeliling yang terdahulu.

    Satu lagi, jika tidak keberatan minta Cg Sila emailkan panduan dan borang tersebut untuk saya. TQ.

  87. maria Says:

    Cikgu, saya ada beberapa soalan yang ingin ditanya kepada cikgu:
    1. Adakah dalam silibus baru baucar pembayaran telah ditukar nama menjadi baucar bayaran?
    2. Adakah borang pesanan telah ditukar nama menjadi pesanan belian?
    3.Adakah penyata akaun telah ditukar nama menjadi bil bayaran?
    Diharap cikgu dapat menjawab pertanyaan saya ini.

  88. Cg Narzuki Says:

    Maria,

    1. Baucar bayaran dan baucar pembayaran sama saja maksudnya, biasanya dokumen tersebut hanya dipanggil “Baucar”.
    2. Berdasarkan buku teks, Sukatan lama juga menggunakan “Pesanan Belian” bukannya “Borang Pesanan”.
    3. Penyata Akaun dan Bil Bayaran adalah dua dokumen yang berbeza sama sekali.

  89. Cg Ghazali Says:

    minta rakan-rakan yang ada Jadual Spesifikasi Item P Akaun masukkan ke bolg.
    Terima kasih

  90. Raja Badrul Hazim Says:

    mengapa kita kena ambil nilai yg terendah diantara harga kos dan harga pasaran sebagai stok akhir? Boleh tak cikgu jelaskan sebabnya?Mengapa tidak ambil harga kos sahaja atau harga pasaran sahaja?

    terimakasih

  91. Cg Narzuki Says:

    Raja,

    STOK AKHIR harus dinilai pada harga TERENDAH antara harga kos dan harga pasaran kerana mematuhi Konsep KONSERVATISMA (salah satu konsep perakaunan yang diterima umum).

    Konsep Konservatisma, secara ringkas :
    1. Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-benar berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.
    2. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata.

    Oleh itu, STOK AKHIR dinilai lebih rendah supaya UNTUNG KASAR nanti tidak terlebih nilai. Manakala ASET tidak terlebih nyata.

  92. Raja Badrul Hazim Says:

    Assalamualaikum cikgu,

    Saya merupakan guru pusat tuisyen dibeberapa tempat didalam prinsip akaun. Ada 3 soalan nak dikemukakan

    1) Betulkah format baru akan dikemukakan untuk soalan SPM 2009 bersesuaian dgn standard LCCI? Sekiranya benar, boleh tak saya tahu tentang format tersebut?
    Sebabnya last year students ada mendapat A1 utk SPM tetapi pada masa sama mendapat c4 dan A2 utk LCCI.Dimana perbezaan format/skema tersebut?

    2) Soalan dokumen yg biasa keluar utk SPM yg lepas masih lagi relevant tak utk SPM 2009?

    Terimakasih

  93. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,

    1) Format yang digunakan pakai untuk SPM 2009 menyamai farmat SPM 2008, perkara ini telah dibincangkan dalam post terdahulu, PERUBAHAN FORMAT PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008.

    2) Kaedah penentuan gred LCCI juga telah dibincangkan dipost BERIKUT.

    3) Soalan dokumen masih kekal sehingga SPM 2010.

  94. sudaryadi Says:

    salam kenal dari kalimantan indonesia,
    saya seorang pendidik
    kunjungi juga blog saya, terimakasih

  95. Cg Narzuki Says:

    Sudaryadi,

    Salam Pengenalan dari Malaysia.

  96. ckgu mat Says:

    assalamulaikum
    cikgu, ada tak lagi ape2 kursus yang LPM akan anjurkan untuk sulibus tahun dpan… sambungan kursus bagu last year… saya masih samar2 tentang format baru…
    tq

  97. Cg Narzuki Says:

    Ckgu mat,

    Kalau tak silap saya, LPM akan mengadakan Mesyuarat Penataran untuk SPM 2009 ke seluruh negeri tak lama lagi. Sama-sama kita tunggu perkembangannya nanti.

  98. Norsahiat Says:

    Tahniah la cikgu narzuki.. web awak ni banyak membantu saya mendidik anak murid saya. Saya dah lama tak mengajar akaun tapi tahun ni kena ajar akaun pula. Terkial-kial saya dibuatnya. Harap cikgu dapat kumpulkan soalan soalan pertengahan tahun dari negeri-negeri lain. Boleh saya berkongsi dgn anak murid saya.

    Terima kasih sekali lagi ya.

  99. Cg Narzuki Says:

    Cg Norsahiat,

    Terima kasih. Bagi mengumpul semua soalan2 pertengahan tahun tersebut memerlukan kerjasama daripada semua guru-guru. Apa kata buat permulaan, Cg emailkan soalan dan skema ke narzuki@gmail.com nanti saya akan balas dengan soalan pertengahan tahun Kelantan (selaras). Semoga akan ada lagi cikgu2 yang sanggup berkongsi soalan negeri masing2 untuk kebaikan bersama.

  100. Cgu Sila Says:

    salam, cgu, sy pun nak join untuk dapatkan soalan2 pep prtghn tahun…. sek sy exam selepas cuti sekolah… bl dh selesai sy email…

  101. Cg Narzuki Says:

    Cgu Sila,

    Penyertaan cgu amat dialu-alukan, terima kasih.

  102. Cg. Hangtuah Says:

    Negeri Pahang pun buat soalan selaras satu negeri. Nanti saya emailkan ke cikgu Narzuki ya. Boleh kita kongsi sama-sama. Tapi lepas periksala pada 28 Mei ni. nanti bocor pula soalan. : )

  103. Cg Narzuki Says:

    Cg Hangtuah,

    Terima kasih atas kesudian saudara, semoga lebih ramai lagi guru-guru sudi kongsikan soalan negeri masing2.

  104. cg lend Says:

    sejahtera…
    cg narzuki, negeri sy tiada pula soalan2 yang selaras..jd ble tak cgu2 semua khusus kepada cg sila & cgu hangtuah kongsikan soalan agar sy juga dpt mengongsikan dgn plajar2 sy..nanti kongsikan berserta dgn skema jawapan..

    cg narzuki juga boleh kongsikan soalan dgn sy..
    sy sangat risau dgn pelajar2 spm sy thn ni..risau pula kalau rsult keluar separuh kelas ja yg lulus..
    tq..

  105. Cg Narzuki Says:

    Cg Lend,

    Cara perkongsiann yang saya gunakan ialah mana2 cikgu hantar SATU set soalan dan skema kepada saya, saya akan balas dengan SEMUA set soalan yang saya ada. Iaitu pertukaran SATU dengan BANYAK.

    Daripada markah ujian, saya cadangkan buat analisis item dan kenalpasti pelajar2 yang lemah serta topik2 sebahagian besar pelajar tidak dapat kuasai. Rancang dan lakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah/kelemahn pelajar tersebut. Gunakan soalan tahun2 lepas sebagai soalan latihan kepada pelajar.

  106. cg yani Says:

    salam..saya guru baru yang mengajar prinsip perakaunan tingkatan 4 dan 5, bagaimana saya nak dapatkan pendedahan mengenai cara menanda kertas dan skima pemarkahan sebenar spm selain menjadi penanda kertas spm..kerana saya belum bersedia untuk itu

  107. Cg Narzuki Says:

    Cg Yani,

    Cara yang terbaik untuk mengetahui ialah dengan memohon untuk menjadi Pemeriksa Kertas. Selain daripada itu Cg Yani boleh muat turun dan pelajari melalui skema2 pemarkahan bagi soalan2 percubaan tahun lepas yang telah saya sediakan di SINI.

  108. Cg wahida Says:

    Assalamualaikum cikgu,
    saya merupakan bakal guru baru dan sekarang sedang menjalani latihan mengajar (praktikal). saya sering mengunjungi laman ini untuk mengetahui ilmu-ilmu baru dalam perakaunan. terima kasih kerana mewujudkan laman ini yang secara tidak langsung membantu saya dan para pelajar. buat pengetahuan cikgu, saya mengajar 43 orang students yang mempunyai ability yang berbeza-beza. bagaimana saya nak menarik perhaatian student yang lemah untuk belajar?

  109. Cg Narzuki Says:

    Cg Wahida,

    Waalaikumussalam.
    1. Pupuk MINAT pelajar terhadap bidang perakaunan, peluang2 ke IPT, bidang2 dan peluang2 kerjaya. Tanpa MINAT, maka kesungguhan pelajar tidak seberapa.
    2. Pastikan pelajar kita FAHAM apa yang kita ajar, bukan HARAP2 pelajar akan faham.
    3. Jangan terlalu banyak isi/kemahiran yang diajar dalam satu masa, rancang dengan teliti P&P kita. – Mudah ke Payah. Pelbagaikan aktiviti, penyediaan BBM.
    4. Pastikan pelajar dapat menguasai kemahiran yang diajar, TUNJUKKAN cara2 menjawab dengan jelas – lakukan BERSAMA-SAMA langkah demi langkah.
    5. Berikan LATIHAN secara KUMPULAN, serta BIMBINGAN oleh GURU atau RAKAN KUMPULAN semasa menjawab. – galakkan pelajar BERJUMPA dan BERTANYA.

    Saya sentiasa menganggap semua pelajar LEMAH, jadi bila nak masuk kelas kita akan lebih BERSEDIA dan MENGAJAR sebaik mungkin, bagi memastikan P&P yang kita jalankan BERKESAN dan BERKUALITI.

    Itu saja secara ringkas, yang dapat saya sampaikan. Apabila pelajar mula MINAT, mudah FAHAM apa yang kita ajar, dapat BUAT latihan yang diberikan, serta sentiasa mendapat BIMBINGAN secara berterusan. InsyaAllah pelajar akan ternanti2 untuk masuk ke kelas Prinsip Perakaunan.

  110. wana Says:

    salam…cikgu…saya nak tanya cikgu…set induksi ape yang sesuai untuk mengajar terakru dan terdahulu…saya merupakan cikgu praktikal..saya nak tahu teknik mengajar untuk bab pelarasan terakru dan terdahulu…ok x kalu saya tunjukkan kad prepaid celcom or maxis sbg set induksi…harap, cikgu dapat bantu saya….

  111. Cg Narzuki Says:

    Wana,

    Pada Cg, penggunaan kad prepaid sebagai set induksi sudah cukup menarik. Kemudian terangkan yang mana dikatakan sebagai belanja dan belanja terdahulu.

    Bagi topik terakru dan terdahulu, pastikan pelajar dapat memahami dan membezakan antara Perakaunan TUNAI dan Perakauanan AKRUAN terlebih dahulu.

    Daripada Perakaunan Akruan baru dikaitkan dengan belanja / hasil ….. terdahulu dan terakru. Pastikan pelajar memahami apakah tujuan dilakukan pelarasan tersebut dan apakah konsep2 perakaunan yang terlibat.

  112. Cg Ghazali Says:

    Seronok dapat bertukar-tukar pandangan dengan guru-guru akaun di kursus semak semula P Perakaunan di Hotel Maytower K.L. Semoga hubungan yang terbina akan dapat dimanfaafkan untuk anak-nak didik di sekolah.

  113. Cg Narzuki Says:

    Ya memang betul, kalau dulu kita hanya kenal di alam cycber tetapi sekarang kita bersahabat dialam nyata … sungguh seronok sekali, cuma masanya agak terbatas, kalau boleh diadakan satu slot khas untuk peserta bertukar2 pandangan dll untuk kebaikan dan manafaat bersama.

    Saya minta maaf kerana kita tidak sempat bertemu dan bersalam sebelum kita pulang ke negeri masing2. InsyaAllah, kita akan terus bertemu dan berhubung samada di alam cycber atau di alam nyata.

  114. cikgu mat Says:

    assalamualaikum..
    pelajar-pelajar saya tahun ini amat lemah berbanding tahun-tahun sebelum ini..saya terpaksa ‘slow’kan Pnp saya..ini menyebabkan banyak tajuk yang belum sempat dicover..risau saya…apa yang buat sekarang ialah terus kepada cara menjawab soalan xm terutama bagi dokumen sumber… tak refer buku teks.. ok tak cara saya nie..tq

  115. Cg Narzuki Says:

    Cikgu Mat, waalaikumussalam,

    Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru untuk mengajar semua yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran kepada anak didik kita. Disinilah penting Perancangan Tahunan yang kita buat. Bila perlu dihabiskan sukatan, ulangkaji pelajaran, bagaimana kita mengajar sesuatu topik, apakah persediaan / bahan2 yang perlu kita sediakan, bila perlu diadakan kelas tambahan dan sebagainya. Kita juga perlu sentiasa memperbaiki dan mencari teknik2 mengajar yang lebih berkesan.

    Kita mengajar tidak semestinya ikut buku teks satu persatu. Buku teks boleh dijadikan sebagai rujukan bila perlu sahaja. Apa yang penting ISI PELAJARAN yang hendak kita sampaikan kepada pelajar.

    Disaat-saat akhir begini, adalah sangat sesuai diajarkan cara2 / teknik2 menjawab sesuatu soalan / topik dengan menggunakan soalan2 format SPM (soalan tahun2 lepas, soalan trial) sebagai latihan.

    Terdapat satu artikel yang ditulis oleh Sifu2b dalam blog beliau untuk dijadikan panduan. Di mana terdapat Tips Untuk Lulus, Tips Untuk Kepujian dan Tips Untuk Cemerlang.

    Sila layari blog beliau untuk membaca artikel tersebut atau klik DISINI.

  116. lisa Says:

    salam,saya seorang guru yang baru mengajar subjek prinsip perakaunan,,soalan saya,,macam mana ingin menarik perhatian pelajar supaya berminat untuk belajar subjek ini di dalam kelas? dan,,bagaimana ingin mendedahkan kepada pelajar betapa pentingnya subjek ini serta bagaimana meminta pelajar mengingati setiap tajuk yang sudah diajar??
    harap cekgu dapat membantu…

  117. Cg Narzuki Says:

    Cg Lisa,

    Sila rujuk pandangan yang telah saya kemukakan di ATAS. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu.

  118. slim shady Says:

    salam…saya baru jer menghadiri kursus kertas 2@lcci sheme..mmg mencabar jugak dr segi permarkahan…memandangkan saya baru mengajar akaun setelah 6 thn tinggal pengajaran akaun (mengajar subjek kritikal di sabah) mmg amat berbeza dr apa yg dialamai ketika belajar dulu…thn nih walaupun saya memegang tingkatan 4 thn …mmg agak mendukacita kan saya melihat prestasi pelajar…kurang membanggakan apabile menjawab soalan yang asas…pernah diluahkan kepada ketua bidang mengenai masalah pelajar…apabiler dilihat kelayakan mereka tidak sesuai untuk membawa prinsip akaun..namun kurang mendapat perhatian atas alasan kuota…jadi sekiranya saya ingin mengajar pelajar saya untuk form 5..pada pendapat cikgu..sekiranya nota yang saya berikan seperti yang dimuat turunkan untuk diedarkan kepada pelajar…bagi memudahkan masa pembelajaran..dan latihan yang banyak…ader kah sesuai…saya dah bercadang untuk menggunakan masa cuti nanti bg memulakan kelas tingkatan 5 lebih awal sebab mmg saya risau prestasi pelajar disekolah saya…siapa yang tak nak anak murid nyer berjaya..yang paling penting sedar akan kelebihan penggunaan perakaunan dalam waktu bekerja nanti.. mintak pandangan cikgu…

  119. Cg Narzuki Says:

    Slim Shady,

    Tahniah saya ucapkan kerana anda seorang yang cukup komited dan dedikasi dalam menjalankan tugas anda sebagai seorang guru. Pemilihan pelajar untuk mengambil prinsip perakaunan kadang2 diluar kawalan kita sebagai guru biasa, maka terpaksalah kita terima mereka yang seadanya. Sebenarnya disitulah tugas dan peranan kita untuk menyediakan suatu ruang dan peluang kepada pelajar2 tersebut bagi menceburi bidang perakaunan sebagai kerjaya mereka. Walaupun bukan semuanya yang akan berjaya tetapi jika ada sebilangan kecil berjaya sudah mencukupi sebagai permulaan. Sekurang-kurangnya kita dapat membuka sedikit mata pihak pentadbiran tentang peluang2 yang bakal diperolehi oleh pelajar2 yang mengambil prinsip perakaunan. Seterusnya masalah2 yang kita kemukakan nanti, mungkin akan mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.

    Saya setuju dengan cara tersebut, kita sediakan nota ringkas, carta minda, format2 sebagai panduan pelajar untuk lebih mudah memahami dan mengusai sesuatu kemahiran yang hendak diajar. Perbanyakkan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR melalui soalan2 latihan yang diberikan. Memulakan kelas tingkatan 5 lebih awal merupakan suatu langkah yang bijak dan HEBAT, kerana jarang guru yang sanggup berbuat demikian, Syabas saya ucapkan. Semoga pengorbanan saudara tidak sia-sia dan akan membuahkan hasil yang menbanggakan.

  120. zalia Says:

    cikgu….saya nak tanya..adakah item contoh anchor SPM 2009 dan 2010 adalah format peperiksaan SPM yang terbaru?jika bukan di mana boleh saya dapat format peperiksaan SPM yang terbaru?

  121. Cg Narzuki Says:

    Zalia,

    Format Pentaksiran Baru akan mula berkuatkuasa pada SPM 2011 nanti. Bagi tahun 2009 dan 2010, formatnya masih sama, cuma perubahannya dimasukkan Anchor Item dalam Kertas 2 (soalan 2 dan 3). Di mana gaya penyoalan dan skema pemarkahannya berlainan berbanding dengan soalan tahun2 lepas.

  122. zalia Says:

    cikgu saya tak faham…boleh cikgu jelaskan dengan lebih lanjut?saya hendak tahu tentang corak pemarkahan kerana jika saya lihat item anchor di dalam laman web ini, setiap soalan markahnya adalah berbeza,soalan 1=12 markah, soalan 2=10 markah, soalan 3=18 markah, saoalah 4=20 markah, soalan 5=20 markah, soalan 6=20 markah, soalan 7=20 markah. Jadi keseluruhan markah ialah 120. Sepatutnya satu soalan berapa markah bagi kertas 2? Apa maksud anchor item?Anchor item dimasukkan dalam kertas 2 sebagai soalan 2 dan 3? Yang mana satu bentuk soalan yang akan dimasukkan dalam kertas 2 berdasarkan Item Anchor yang cikgu letakkan dalam web ini? Apa perubahan yang akan dilakukan? sila jelaskan

  123. Cg Narzuki Says:

    Cg Zalia,

    Format soalan masih sama, iaitu :
    Bahagian A
    Soalan 1 – Dokumen
    Soalan 2 – Anchor Item
    Soalan 3 – Anchor Item
    Soalan 4
    Bahagian B (Pilih satu)
    Soalan 5
    Soalan 6

    Cuma pada soalan 2 dan 3 sahaja melibat Anchor Item, iaitu topik (Akaun Penamat, Akaun Kelab dan Persatuan, Rekod Tak Lengkap, Perkongsian, dan Akaun Kawalan). Di mana gaya penyoalannya berbeza sedikit berbanding tahun2 lepas. Contoh Anchor Item SPM 2009 dan 2010 yang diedarkan adalah contoh bagi soalan 2 dan 3 sahaja, bukannya format soalan SPM keseluruhannya.

    Sila dapatkan bahan2 dan maklumat berkaitan dengan Perubahan Format Prinsip Perakaunan dan Bahan Taklimat Penataran yang telah saya sediakan dibahagian B-MUAT TURUN BAHAN.

  124. zalia Says:

    cikgu, berdasarkan sukatan pelajaran yang baru ini, saya ingin bertanya adakah format peperiksaan SPM juga turut berubah? Adakah masih ada 3 kertas iaitu kertas 1, kertas 2 dan kertas 3? Adakah Kertas 2 masih ada soalan dokumen?sila beri penjelasan lanjut mengenai foramt peperiksaan SPM 2011 berdasarkan sukatan pelajaran yang baru.

  125. slim shady Says:

    nakk tanyer kalau cikgu ader link website tuk soalan stpm trial akaun atau soalan soalan lain untuk stpm..leh maklumkan tak????

  126. Cg Narzuki Says:

    Cg Zalia,

    SP & HSP baru akan mula digunapakai pada 2010 (Tingkatan 4) dan Format Pentaksiran Baru pada SPM 2011. Terdapat 3 Kertas, di mana Kertas 3 merupakan kerja kursus berkaitan kitaran perakaunan (Dokumen – Akaun Penamat). Oleh itu dalam Kertas 2 nanti soalan dokumen tidak akan ditanya lagi. Buat masa ini format pentaksiran SPM 2011 (Kertas 2) tidak dapat dimaklumkan kerana masih dalam proses mendapatkan kelulusan pihak2 tertentu setelah dilakukan sedikit penambahbaikkan.

  127. Cg Narzuki Says:

    Slim Shady,

    Pada masa ini saya tiada link website untuk soalan stpm trial akaun atau soalan soalan lain untuk stpm. Sebagai satu usaha untuk rakan guru Perakaunan STPM, saya akan cuba mengumpulkan bahan2 seperti nota, soalan2 dll daripada rakan2 guru perakaunan STPM melalui proses PERTUKARAN. Mana-mana rakan guru yang menghantarkan bahan2 tersebut kepada saya, saya akan BALAS/TUKAR dengan SEMUA bahan2 yang ada dalam simpanan saya. Pada masa ini bahan2 yang berjaya saya kumpulkan adalah seperti berikut :

    1. Soalan STPM Akaun Kertas 1 2003
    2. Soalan STPM Akaun Kertas 1 2004
    3. Soalan STPM Akaun Kertas 1 2005
    4. Soalan STPM Akaun Kertas 1 2006
    5. Soalan STPM Akaun Kertas 1 2007
    6. Nota Pembetulan kesilapan.

    Bagi menjayakan usaha pengumpulan ini, terlebih dahulu saya minta maaf kerana sebarang permohonan untuk mendapatkan bahan2 tersebut TANPA melalui proses PERTUKARAN tidak akan dilayan. Tetapi sekiranya cikgu2 menyumbangkan apa2 bahan yang ada, saya akan TUKARkan dengan SEMUA bahan2 yang sedia ada dan juga bahan2 yang baru saya dapat dari semasa ke semasa.

    Kemudahan untuk UPLOAD FILES bahan ada disediakan dibawah.

    Semoga usaha saya ini, mendapat sambutan dan sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 guru perakaunan STPM sekalian.

    ~ BERKONGSI UNTUK KEBAIKKAN BERSAMA ~

  128. Cikgu Mohammad b Said Says:

    Tuan, saya sertakan contoh-contoh soalan item untuk berkongsi bersama.

    BAHAN CG MOHAMMAD : CONTOH SOALAN ANCHOR ITEM

  129. Cikgu Mohammad b Said Says:

    Tuan, nanti kongsi soalan2 percubaan spm negeri2 lain. Nanti saya kongsikan soalan percubaan N9. Paper Prinsip percubaan N9 pada 14/9/2009.

  130. Cg Narzuki Says:

    Cg Mohammad,

    Terima kasih diatas perkongsian bahan tersebut.

    Usaha pengumpulan soalan2 trial SPM 2009, sama-sama kita jayakan seperti mana dilakukan pada tahun lepas. InsyaAllah dengan kerjasama rakan guru sekalian pada awal Oktober kita akan berjaya kumpulkan kesemua soalan2 trial tersebut.

  131. Cg Ghazali Says:

    Percubaan Kedah Prinsip Akaun 8 Sept. Nanti saya e-mail.

  132. Cg Narzuki Says:

    Ok, didahului dengan ucapan terima kasih.

  133. Cg Narzuki Says:

    SAJAK : Guru Memerdekakana Jiwa
    Ditulis oleh Ami Masra
    [img]http://pendidik.com.my/images/stories/Ogos/23.jpg[/img]

  134. wan mohd helmi Says:

    salam ckg…
    skrg sy mngajar akaun form 4..dr segi silibus sy dah abes smpai akaun penamat dgn pelarasan..soalan sy topik mne yg perlu sy tekankan untuk tingkatan 4 ni..

  135. Cg Narzuki Says:

    Wan,

    Tahniah kerana telah berjaya habis sukatan, tetapi pastikan pelajar kita memahami dan menguasai kemahiran yang telah diajar. Topik2 utama yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk kertas 2 ialah :
    1. Dokumen Perniagaan
    2. Penyata Kewangan – Milikan Tunggal
    3. Persamaan Perakaunan
    4. Buku Tunai Runcit
    5. Pelarasan pada tarikh imbangan :
    - SN dan PSN serta Pelupusan aset bukan semasa
    - HL, HLT dan Peruntukan Hutang Ragu
    - Hasil & Belanja Terakru & Terdahulu

    Manakala, perbanyakkan latih tubi bagi soalan2 kertas 1. Jadi gunakan masa yang seadanya untuk mengulangkaji dan aktiviti pengukuhan topik2 tersebut.

  136. cikgu mat Says:

    Assalamualaikummm…selamat berpuasa cikgu!
    Saya nak tanya tentang pemerkahan bagi soalan kos volum untung dan juga analisis nisbah… sekiranya pelajar salah menghitung KOS TETAP di soalan (a),adakah soalan yang seterusnya yang menggunakan maklumat kos tetap turut dikira salah?tq

  137. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam, dan selamat berpuasa,

    Kebiasaannya soalan yang melibatkan pengiraan seperti topik TPM, Tafsiran Penyata Kewangan dan Syarikat Berhad, jawapan dibahagian (a) akan digunakan dalam pengiraan di bahagian (b). Oleh itu kesalahan jawapan dibahagian (a) sudah tentu akan memberi kesan ke atas jawapan di bahagian (b).

    Sekiranya angka jawapan dalam (b) salah, maka markah penuh (biasanya 2 markah) tidak dapat diberikan, tetapi markah jalan kerja akan diberikan (1 markah) sekiranya jalan kerja adalah betul dengan mengambil nilai daripada jawapan (a), walaupun ianya nilai yang salah.

  138. Mr. Mohammad Said Says:

    Assamulaikum, saya kirimkan soalan PA Trial Kedah Kertas 2 pada tuan. Yang N9 minggu depan.

  139. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,

    Terima kasih Cg Mohammad atas kiriman tersebut, sila dapatkan set soalan Koleksi Trial 2009 melalui email saudara.

  140. ana kiu Says:

    Ingin tahun, ada kursus semakan Prinsip perakaunan untuk negeri Sarawak sini? Masih kabur tentang tugasan 3 untuk tingkatan 4 tahun depan.

  141. Cg Narzuki Says:

    Ana kiu,

    Perlaksanaan Kertas 3 – Kerja Kursus akan bermula pada tahun 2011 bagi pelajar tingkatan 5. Pada pandangan saya satu taklimat / kursus penataran berkaitan dengan perkara tersebut mungkin akan diadakan pada tahun 2010 nanti. Tiada tugasan kerja kursus kepada pelajar tingkatan 4.

  142. ckg helmi Says:

    salam…
    nak tnye..lembaran kerja perlu saya ajar k x?dgr cter dah x msuk exam kn..btol k?sy tkot nnt x ajar tkot msuk final exam form 4

  143. Cg Narzuki Says:

    Sukatan Pelajaran 2010 nanti topik Lembaran Kerja sudah dikeluarkan daripada sukatan. Untuk Soalan SPM, ramai cikgu2 yang menyatakan topik tersebut tidak akan dikeluarkan lagi. Tetapi untuk peperiksaan akhir tingkatan 4 di Pahang, saya tidak pasti kerana ianya digubal oleh guru2 disana.

  144. Cg Ghazali Says:

    Percubaan MRSM 2009
    2. PP perniagaan tunggal
    3. Kelab dan Persatuan
    4. Kos Volum Untung
    5. Penyata Penyesuaian Bank
    6. Pembubaran perkongsian

  145. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih Cg Ghazali atas makluman tersebut.

  146. Cikgu Lily Says:

    Akum..cikgu.
    saya nak minta jasa baik cikgu untuk bagi idea untuk buat projek perakaunan tingkatan 4 selama 4 minggu sebelum cuti sekolah ini. Sekolah saya tiada program Asset Base, maka saya perlu buat powerpoint untuk bentangkan Rancangan Harian untuk 4 minggu. Kalau cikgu ada mana2 maklumat, hantar email kat saya. tq.

  147. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Ok kita bincang melalui email.

  148. cg farhana Says:

    saya nk mintak pendapat cikgu b’kenaan teknik penyampaian yg b’kesan untuk ajar topik simpan kira Tingkatan 3..saya masih takda idea lagi untuk menggunakan kaedah apa. Harap sgt cikgu dapat beri idea sbb saya sedang melakukan kajian tindakan terhadap penguasaan pelajar ke atas topik ini.

  149. Cg Narzuki Says:

    Cg Farhana,

    Pada pandangan saya, untuk menguasai topik ini pelajar perlu menguasai kemahiran2 berikut terlebih dahulu :
    1. Dapat klasifikasikan Aset. Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja serta memahami apakah yang dimaksudkan dengan “AB = LEH”.
    2. Memahami konsep asas perakaunan, iaitu Sistem Catatan Bergu.
    3. Cara2 merekod urus niaga ke dalam lejar.

    Kemudian baru kita tentukan apakah teknik/kaedah pengajaran yang sesuai dengan kemahiran2 yang hendak kita sampaikan. Antaranya Kaedah Kuliah/Penerangan, Perbincangan, Sumbangsaran, Kajian Kes, Kaedah Penyoalan, Tunjukcara dll. Pada pandangan saya, penggunaan hanya satu kaedah/teknik sahaja dalam menyampaikan sesuatu kemahiran agak kurang berkesan berbanding penggunaan kepelbagaian kaedah pengajaran dalam menyampaikan sesuatu kemahiran.

    Contonnya:
    1. Kemahiran klasifikari akaun ALEHB – Kaedah Kuliah/Penerangan + Perbincangan Kumpulan atau Kaedah Kuliah/Penerangan + Kajian Kes + Sumbangsaran.
    2. Kemahiran merekod urus niaga ke lejar – Kaedah Tunjukcara + Penyoalan atau Kaedah Tunjukcara + Perbincangan Kumpulan.

    Pada pandangan saya lagi, keberkesanan PnP bukannya bergantung kepada kaedah/teknik semata2 tetapi kreativiti dan persediaan guru itu sendiri dalam memilih kaedah2, mengatur perancangan serta penyediaan BBM yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan.

  150. cg farhana Says:

    Terima kasih byk2 atas pandangan yg Cg Narzuki berikan. Amat berguna untuk kajian saya. Saya masih ada beberapa soalan yang ingin dikemukakan..

    1. Bagaimana cara untuk saya meningkatkan pemahaman pelajar dalam prinsip catatan beregu? Adakah cikgu mempunyai kaedah yang lebih mudah untuk membantu pelajar memahaminya?

    2. Pada pandangan cikgu, adakah sesuai dipraktikkan pembelajaran secara kooperatif dalam isu ini?

  151. linteo Says:

    salam sejahtera…
    teo ada soalan tentang trial kertas 2 melaka soalan 2, ada satu maklumat tambahan yang menyatakan pulangan jualan tidak direkod di mana-mana buku. jadi kenapa skema hanya menunjukkan tolak di jualan (penyata pemndapatan) , dan di akaun kawalan penghutang tidak dimasukkan????
    TQ….

  152. Cg Narzuki Says:

    Linteo,

    Sila rujuk pandangan saya berhubung soalan tersebut diSINI.

  153. Cg Narzuki Says:

    Cg Farhana,

    Pada pandangan saya, TUNJUKCARA (step by step) dan PENERANGAN terhadap Sistem Catatan Bergu dan AB=LEH daripada cikgu itu sendiri lebih cepat membantu pelajar untuk memahaminya. Seterusnya sebagai aktiviti pengukuhan, pembelajaran secara koperatif sangat sesuai digunakan.

  154. cg farhana Says:

    Terima kasih di atas pandangan Cg..Alhamdulillah kaedah yang Cg cdgn telah saya aplikasikan semasa kajian dibuat. Hasilnya sgt positif dan memberangsangkan. Para pelajar turut menyatakan kaedah yang saya gunakan lebih mudah untuk mereka faham tentang prinsip catatan bergu.

  155. iswani Says:

    salam n salam 1 malaysia.. cikgu narzuki,
    tq so much … website cikgu byk membantu saya.

  156. shazlina Says:

    salam cikgu. saya guru baru prinsip perakaunan. saya masih blur2 dalam sistem permakahan dan lain2 hal lagi x tahu mcm mana nak tanya di blog ini boleh ke kalau saya minta email cg narzuki supaya saya boleh tanya lebih lanjut.

    lagi satu nak bertanya, cikgu ada kenal sesiapa tak untuk memberi ‘workshop’ pada guru-guru sama ada perakaunan, ekonomi dan perdagangan

    terima kasih sangat2

  157. Cg Narzuki Says:

    Salam, bukan saja guru baru, guru lama juga masih ada yang blur dengan sistem pemarkahan terutamanya soalan 2 dan 3 (anchor item), maklumlah dalam proses tranformasi. Jika ada apa2 masalah boleh hubungi saya di narzuki@gmail.com, insyaAllah saya bantu setakat yang termampu.

    Berhubung dengan “workshop” untuk guru, maaf saya tidak tahu. Cadangan saya, adalah lebih baik berhubung terus dengan GC atau guru berpengalaman disekitar kawasan anda bagi mendapat maklumat, panduan atau bimbingan berkaitan mata pelajaran masing2.

  158. cg eda Says:

    salam cg….saya nak tanya form 5 tahun 2010 masih guna sukatan pelajaran lama kan?sukatan baru bermula dengan form 4 tahun 2010, betul tak cg?terima kasih

  159. Cg Narzuki Says:

    Salam Cg Eda, ya memang betul tingkatan 5 tahun 2010 masih lagi gunapakai HSP lama. HSP baru akan bermula dengan tingkatan 4 tahun 2010.

  160. cg eda Says:

    terima kasih cg kerana respond dgn soalan sy.dah 4 tahun saya tak mengajar form 5 sebab tukar sekolah.ni baru dapat semula peluang utk mengajar akaun….harapan sy agar dapat mengajar anak-anak pelajar saya sebaik mungkin.

  161. Cg Narzuki Says:

    Sama2. Syukurlah, kerana dapat mengajar prinsip perakaunan kembali. Jadi gunalah peluang yang diberikan itu untuk buktikan bahawa cikgu memang layak. Buktikan dengan pencapaian SPM yang lebih baik dan lebih cemerlang berbanding tahun sebelumnya.

  162. zu Says:

    Salam…
    Cg narzuki, menurut pelajar saya, soalan SPM 2009 paper sanagt mencabar. Kebanyakkan pelajar saya mengadu soalan susah dan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan baik.Lebih2 lagi saya tidak berada di sisi mereka sewaktu mereka menduduki exam PA berikutan saya terpaksa menghadiri kelas KDC. Risau saya dibuatnya. Apapun, saya sentiasa berdoa agar semuanya berjalan lancar dan mendapat keputusan yang baik.

    Cg, setiap tahun sy akan menghadapi masalah untuk menghabiskan silibus F4 berikutan kelas hanya bermula lewat pertengahan tahun, atau awal pertengahan tahun ke-2. Tambahan pula kelas adalah di luar jadual waktu. Ini berikutan subjek PA merupakan subjek elektif di skolah sy ; hanya pelajar yang berminat sahaja yang mengambil subjek ini. Pelajar pula terdiri dari pelajar dari kelas yang berbeza-beza. Selain kesuntukan waktu mengajar, sy menghadapi masalah untuk membuat kelas disebabkan kekangan pelajar yg mempunyai jadual waktu yg berbeza-beza.

    Kelas biasanya dibuat di waktu petang, bermula jam 3 – 4.15, malam minggu atau hari minggu.Kekadang2 sy rasakan waktu ni tidak efektif untuk mengajar sbb pelajar dah penat belajar dari pagi, dan hari minggu untuk mereka berehat, mengulangkaji dan membuat kerja sekolah. Tapi saya tiada cara lain dan terpaksa teruskan kelas pada waktu2 tersebut.Dan disebabkan kesuntukan masa juga, sy mengajar sesuatu topik agak laju ; bila ada kelapangan, kami akan mengulangkaji topik2 yg sukar bersama. Namun, lama kelamaan, sy lihat pelajar semakin kurang minat n menganggap subjek PA susah. Sy sedih jika satu masa nnti tiada pelajar yg ingin mengikuti kelas PA kerana fokus mereka lebih kepada subjek sains yg merupakan subjek teras di skolah sy.
    Pada pendapat cg, apakah cara untuk menarik & mengekalkan minat pelajar untuk terus memilih PA sebagai subjek elektif ? dan bagaimanakan persepsi mereka terhadap subjek PA (subjek susah) dapat disangkal?
    Tolong cg..

  163. Cg Narzuki Says:

    Salam Cg Zu,

    Saya turut simpati dengan maslaah yang cikgu hadapi. Pada pandangan saya, semua masalah ini akan dapat diselesaikan sekiranya cikgu dapat mewujudkan satu kelas yang tetap dan berjadual. Jika tidak, masalah tersebut akan berterusan dan segala usaha, penat lelah, masa yang cikgu korbankan akan sia-sia saja.

  164. Siti Aishah Hj. Bechi Says:

    Salam.
    Cikgu Narzuki, soalan saya:
    1. Adakah murid tingkatan 4 (tahun 2010) akan ada kerja kursus iaitu menghasilkan dokumen sehinggalah menyediakan P.Pendapatan dan KKK (dalam aplikasi komputer)?
    2. Murid tingkatan 5 (tahun 2010) masih menggunakan HSP lama?
    3. Dalam HSP (sukatan baru semak semula), terdapat beberapa tajuk (tajuk 1.2, tajuk 4,5 dan 6) menekankan penggunaan komputer (selain kaedah manual). Soalannya: Adakah bidang pembelajaran menggunakan komputer tersebut perlu dipraktikkan oleh murid (secara amali)- contohnya bagi tajuk 4.1(d)(i): merekod urusniaga dlm jurnal daripada dokumen secara berkomputer. Ada sedikit mslh bg penggunaan komp di sek.saya kerana kami tidak mempunyai kemudahan komp yg banyak (cuma ada 2/3 yg elok)
    Saya takut pengaplikasian komputer itu akan menjadi salah satu kerja kursus murid (untuk pentaksiran 2011 ke, manalah tau…)
    Harap cikgu dpt leraikan kemusykilan saya ini. Tq very much

  165. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Pandangan saya,

    1. Sehingga hari ini tidak ada surat hitam-putih lagi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tentang kerja kursus tersebut, jadi adalah lebih baik kita sama-sama tunggu dan lihat dahulu.

    2. Ya, pelajar tingkatan 5 tahun 2010 masih ikut HSP lama.

    3. Salah satu Matlamat Kurikulum prinsip perakaunan (baru) ialah Berpengetahuan dalam teknologi maklumat, iaitu pelajar berupaya dan mahir menggunakan ICT seperti internet, perisian asas dan perisian perakaunan. Jadi pada pandangan saya kita ikut saja HSP tersebut dan kita laksanakannya setakat mana yang termampu berdasarkan kemudahan yang kita ada. Saya yakin masalah tersebut juga dihadapi oleh sebahagian besar guru prinsip perakaunan 1Malaysia. Saya juga berpendapat bahawa matlamat kurikulum yang dibentuk tersebut bukannya hendak dicapai hanya dalam masa setahun. Jadi kementerian akan mengambil langkah2 tertentu secara berperingkat-peringkat ke arah pencapaian matlamat kurikulum tersebut, InsyaAllah. Tugas kita hanya ikut HSP sebaik mungkin berdasarkan kemampuan dan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin, selebihnya adalah diluar kawalan kita.

  166. zu Says:

    salam…
    terima kasih cikgu atas pandangan cikgu..sy pernah suarakan idea tu malah merayu pd sekolah, tp ditolak…tahun 2010 sy akan mengalami perkara yg sama….sy tak pasti sy boleh hadapinya lg atau tidak…sy pendam n cuba bertahan dr tahun 2007 lagi….sy sedih cg sbb mereka tak dapat tolong dan memahami situasi kami
    Apapun, sy cuba wat yg terbaik untuk pelajar saya tahun 2010 nanti.

  167. Cg Narzuki Says:

    Tahniah saya ucapkan kerana usaha dan dedikasi cg zu mewujudkan kelas akaun tersebut. Cadangan saya, bagi MEMBUKA MATA pihak2 tertentu, cikgu pastikan SEMUA pelajar cikgu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti, seterusnya layak ke matrik akaun / IPT bidang perakaunan.

    Memandangkan kekangan dan masalah yang cikgu SEDANG dan AKAN hadapi nanti, saya cadangkan cikgu KECILKAN bilangan pelajar, PILIH pelajar yang betul2 bercita-cita meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan sahaja. Semoga dengan langkah tersebut akan MENGURANGKAN sedikit bebanan/rintangan cikgu TETAPI dapat MENINGKATKAN peluang KEJAYAAN pelajar cikgu.

    ~ Semoga Berjaya.

  168. zu Says:

    salam…
    terima kasih cikgu sbb sudi mendengar masalah sy dan bg sy cadangan yg baik…student sy ramai masa tingkatan 4 dan mula berkurang bila melangkah ke tingkatan 5…last sekali, yg terpilih register SPM untuk paper akaun ni tinggal sedikit sahaja..bukan mereka tak layak dan tak pandai, tapi mereka tidak dibenarkan mengambil subjek tersebut disebabkan mereka lemah dalam ‘core’ subjek yg lain..(sains&matematik)..sy sedih sbb tak dapat nak bantu mereka…sejak SPM 2007 & 2008, keputusan pelajar sy amat memberangsangkan, alhamdulillah, berkat usaha n doa mereka…tp masih tidak mendapat tempat, peluang dan sokongan dari pihak sekolah….sedikit sebanyak, perkara ni menggangu emosi sy cg…tambahan lg tahun 2010 sy ada praktikal dan masih menjalani KDC.
    Apapepun, terima kasih byk2 cg atas cadangan dan keperihatinan cg.

  169. suraya Says:

    saya guru baru pa tg4. ada tak sukatan dan rancangan tahunan u tg4 2010 yang terbaru.Tolong email pada saya.

  170. Cg Narzuki Says:

    Boleh muat turun bahan berikut di bawah ini :
    1. Sukatan Pelajaran 2010
    2. Huraian Sukatan Pelajaran 2010

    Maaf, Rancangan Tahunan masih dalam proses penyediaan.

  171. suraya Says:

    terima kasih banyak2 di ats kerjasama dan prihatin anda

  172. cal Says:

    hi cikgu

    a) di mana saya boleh mendapat nota untuk topik baru iaitu
    i) belanjawan tunai dan varian
    ii) akaun penggajian

    b) pelajar spm 2010 perlukah belajar kedua-dua topik di atas?

    tq

  173. Cg Narzuki Says:

    Nota-nota tersebut sudah boleh diperolehi daripada salah satu buku rujukan dipasaran (terbitan 2010).

    Pelajar SPM 2010 masih mengikuti HSP lama.

  174. cikgu azlan Says:

    akum cikgu…
    macam mana nak dapatkan maklumat-maklumat berkenaan tajuk yang baru sahaja dimasukkan ke dalam hsp 2010. Buku teks yang baru belum disediakan namun modul tambahan telah dijanjikan tetapi sehingga sekarang masih belum dapat. Ada beberapa tajuk baru tersebut hanya dietangkan secara ringkas sahaja semasa bengkel hsp yang telah dibuat….saya terpaksa mencari sendiri maklumat tersebut di internet mahupun buku rujukan namun buku rujukan masih mengekalkan hsp yang lama…saya risau saya memberi info atau maklumat yang salah kepada pelajar…..harap cikgu dapat bantu saya terutama bagi tajuk2 yang baru dimasukkkan….terima kasih

  175. Cg Narzuki Says:

    Cikgu azlan,

    Buku rujukan terbitan Longman 2010 telah mencakupi sebahagian besar HSP baru, cuba dapatkan dipasaran.

  176. cikgu azlan Says:

    terima kasih cg narzuki

  177. ciknon Says:

    salam. sebagai guru yg agak lama mengajar subjek akaun, saya rasa agak terkilan kerana sukatan baru dikeluarkan tanpa ada bahan atau buku yang boleh guru rujuk. tajuk tersebut pula tajuk-tajuk agak awal dalam sukatan pelajaran. sementara hendak menunggu modul kita sudah sampai ke tajuk tersebut. dalam keadaan begitu terpaksa mengajar ikut apa yang kita tahu. alangkah bagusnya jika sukatan baru dilancarkan jika semua bahan/ buku sudah siap ada di pasaran atau diedarkan kepada sekolah terlebih dahulu. saya khuatir kepada guru yang baru hendak mengajar akaun mereka akan menghadapi masalah kerana semua masih blur lagi!

  178. shazlina Says:

    cikgu saya guru baru prinsip akaun saya betul2 perlukan bantuan mengajar. boleh tolong saya tak

  179. Cg Narzuki Says:

    Cg Ciknon, saya juga sangat setuju dengan pandangan cikgu, tapi apa boleh buat perkara tersebut diluar kawalan kita. Jadi kita terpaksa gunakan apa yang seadanya terlebih dahulu.

    Cg Shazlin, insyaAllah saya akan cuba bantu setakat yang termampu.

  180. Cg Narzuki Says:

    Salam.

    Berita gembira, apa yang ditunggu-tunggu telah tiba… Sila ke post BAHAN SUMBER PnP PRINSIP PERAKAUNAN 2010

  181. zainab Says:

    Salam. Cikgu, saya merupakan guru baru prinsip akaun. Tahun ini saya baru mula mengajar. Saya rasa blur sangat. Saya harap cikgu boleh tolong saya.

  182. zarina Says:

    saya ingin belajar dgn cikgu

    cikgu saya guru baru,thn ini saya pegang kelas tingkatan 4 & 5 p.akaun. saya rasa amat berat, saya jenis lambt pikat berkenaan nombor,mmg sblum ini saya ijazah perakaunan tp saya tak ada basic sek men, tiba2 di sek sekrg disruh ajar, saya ketua panitia, sbnrnya saya tidak cukup masa utk mengajar,kaedah utk menarik minat pelajar terhadap apa yang saya ajar,saya risau apa yang saya ajar salah itu yg bermain di fikiran sayer, tolong ckgu..

  183. Cg Narzuki Says:

    Salam, InsyaAllah saya akan tolong sekadar yang termampu.

  184. geetha Says:

    cikgu, ada persoalan mengenai tajuk baru dalam bab 1. memandangkan belum ada bahannya, bg tajuk komponen dalam penyata kewangan. adakah pelajar diajar mengenai format penyata pendapatan dan kunci kira-kira sedangkan mereka hanya belajar mengenai aset, liabiliti, hasil,EP, belanja semua dalam bab dua. persoalan saya
    a) adakah tajuk ini diajar secara ringkas sahaja mengenai komponen penting atau
    b) format yang sebetulnya diajar berserta dengan membuat pengiraan? (seperti bab 2 HSP lama)

  185. Cg Narzuki Says:

    Geetha,

    Bahan Sumber atau Modul Prinsip Perakaunan 2010 telahpun saya sediakan, sila muat turun bahan tersebut di SINI.

  186. Habsah Says:

    Terima kasih banyak Cikgu Narzuki kerana telah upload Modul Prinsip Perakaunan 2010 untuk dikongsikan di sini. Saya baru saja disuruh mengajar Tingkatan 4 tahun ini dan agak blur dengan sukatan baru. Saya ingin bertanya tentang Huraian Sukatan Tg4, tajuk 1.0 Pengenalan (c) dan (d) iaitu “Tajuk Penyata Kewangan” dan” Komponen Setiap Jenis Penyata Kewangan”. Mohon penjelasan dari cikgu Narzuki atau mana-mana guru yang telah memulakan bab ini di Tingkatan 4. Terima kasih.

  187. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan, bab 1 hanyalah pengenalan sahaja, iaitu Pendedahan Kepada Penyata Kewangan. Jadi janganlah terlalu detail diceritakan kepada pelajar yang masih baru, nanti MENAKUTKAN mereka kerana “tidak faham apa yang kita perkatakan”. Memadai beritahu tajuk lengkap penyata pendapatan dan tajuk bagi Kunci kira-kira, apakah maksud “PP bagi tahun berakhir …..” dan “KKK pada …”. Kemudian apakan komponen bagi setiap PK tersebut, H dan B dalam PP, manakala A,E dan L dalam KKK secara ringkas. Hanya sebagai pendedahan awal, kerana mereka akan diajar secara detail dalam bab2 berikutnya nanti.

  188. Cg Ghazali Says:

    Tajuk ini hanyalah pendedahan awal format penyata kewangan kepada pelajar dan tjuan pemilik perniagaan menyediakannya. Penerangan kepada pelajar adalah kepada tujuan sesebuah perniagaan menyediakan penyata kewangan. Format yang perlu didedahkan adalah yang ringkas.

  189. Ivory Says:

    Cg narzuki,
    Tentang Sejarah Perakaunan Islam adakah ini penting untuk pelajar?

  190. Cg Narzuki Says:

    Apabila ada dalam HSP, maka ianya penting dan menjadi tugas guru untuk diajarkan/disampaikan kepada pelajar.

  191. Habsah Says:

    Oh…gitu. Terima kasih banyak Cikgu Narzuki atas penjelasan cikgu. Saya ingat perlu detail tadi. Maknanya lebih kurang sama dengan sukatan lama dalam Bab 2.

  192. cikgu ct Says:

    Assalamualaikum cg Narzuki

    Saya cikgu baru yang mengajar akaun f4 tahun ni, sebelum saya mengajar akaun pengurusan t6, saya tak pernah mengajar akaun t4 dan t5, yang menjadi masalah saya sekarang perlukah saya mengajar mengikut sukatan baru atau skip mana-mana sukatan contohnya mengajar topik lajer dulu atau sebagainya…kerana saya pernah tanya senior saya yang dah lama ajar akaun t4 dan t5 mengajar tak ikut sukatan tetapi skip mana2 tajuk supaya murid tak berapa keliru.. minta cikgu bagi pandangan..ucap terima kasih kerana sediakan modul perakaunan yang baru.

  193. cikgu ct Says:

    Assalamualaikum…
    kalau boleh saya nak kongsi bahan P&P cikgu, kerana saya sekarang masih baru nak kumpul bahan dan tengah study subjek ini.. dan nak minta nasihat serta pandangan cikgu..terima kasih

  194. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,

    Pada pandangan saya, kita mesti mengajar semua yang terkandung dalam SP dan HSP, cuma urutan topik mana dahulu mana kemudian bergantung kepada Rancangan Pengajaran Tahunan kita. Ini kerana soalan tahun2 hadapan tak boleh diramalkan dan mungkin diluar jangkaan, samada dari segi soalan itu sendiri ataupun gaya penyoalan yang digunakan – tidak sebagaimana tahun2 lepas.

    Bahan PnP boleh dimuat turun di bahagian B-MUAT TURUN BAHAN.

  195. C.Shuib Says:

    salam.saya ada soalan
    1. saya guru baru dilantik mengajar kelas PA t5 dan tak pernah mengajar sewaktu pelajar2 ini di t4.ini menimbulkan masalah krn terpaksa memahami dulu tahap penguasaan subjek ini.
    2. Jumlah pelajar saya 34 org.wajarkah dengan jumlah itu?ramai kwn2 sekolah lain kata jumlah ini ramai. hanya 15 hingga 20 org yg sesuai
    3. Apakah langkah terbaik saya sebagai guru baru mengajar PA t5 berdasarkan kedudukan pelajar kelas sederhana.saya risau result spm 2011 nanti!
    tolong cikgu….bagi pandangan

  196. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    1. Kita tidak dapat lari dari masalah, sama ada cikgu baru atau cikgu lama masalah tetap ada dalam berbagai cara dan keadaan. Jadi kita jangan jadikan MASALAH sebagai halangan untuk kita tidak berjaya dengan cemerlang. Sebaliknya kita selesaikan masalah tersebut dengan BIJAKSANA, kerana masalah tersebut akan mengajar kita erti perancangan, usaha, kreatif, inovatif, kesungguhan, kemahiran, tawakkal dan kejayaan.

    2. Pada saya jumlah tersebut sudah wajar berbanding setengah2 sekolah 60 atau 90 orang pelajar. Penentu kepada kejayaan bukannya bilangan murid semata-mata, tetapi PnP yang berkesan dan berkualiti.

    3. Bilangan pelajar yang sedikit lebih merusingkan kerana bilangan yang sedikit memberikan kesan yang besar terhadap peratus kelulusan.

    Pada saya, apa yang penting kita lakukan yang terbaik, usaha bersungguh2, sentiasa memperbaiki dan meningkatkan pengetahuan/ kemahiran diri dalam PnP demi kejayaan anak didik kita.

  197. Ian Says:

    Cikgu,
    Saya tak faham apakah maksud nisbah ujian mampu. Bolehkah cikgu terangkan? Adakah ia sama dengan debt ratio sebab formula adalah sama iaitu Jumlah liabiliti / Jumlah Aset. Apakah nisbah ujian mampu dalam Bahasa Inggeris? Terima kasih!

  198. Cg Narzuki Says:

    Nisbah Ujian Mampu – nisbah ini menunjukkan kemampuan perniagaan meneruskan operasinya.

    Jika NUM < 1 (iaitu Jumlah Liabiliti < Jumlah Aset)
    - Ini menunjukkan perniagaan tersebut masih mampu menjelaskan kesemua Liabilitinya dan dapat meneruskan operasi perniagaannya.

    Jika NUM > 1 (iaitu Jumlah Liabiliti > Jumlah Aset)
    - Ini menunjukkan perniagaan berada dalam kedudukan tidak mampu untuk menjelaskan semua Liabiliti serta meneruskan operasinya.

    Pada pandangan Cg, jika formulanya sama, ada kemungkinan DEBT RATIO dan NISBAH UJIAN MAMPU adalah perkara yang sama.

  199. Patrick Says:

    1 Bagaimanakah guru-guru sekolah menggunakan ASSETBase dalam kelas?
    2 Adakah murid didedahkan ASSETBase? Bagaimana? Murid dapat mencubanya di kelas atau di luar kelas?
    3 Kertas 3 memerlukan ASSETBase untuk melaksanakannya??

  200. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan saya, penggunaan Assetbase bukannya suatu kemestian, ianya hanya sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Ada bahagian yang sesuai dan ada yang tidak sesuai digunakan kepada pelajar.

    Pendedahan AssetBase kepada murid juga bergantung kepada perancangan, kemahiran guru, kesesuaian, kemudahan ICT di sekolah serta kekangan masa dalam menghabiskan sukatan pelajaran.

  201. cg bentong Says:

    selain melalui sekolah adakah cara lain untuk memohon menjadi penanda kertas peperiksaan prinsip perakaunan

  202. Cg Narzuki Says:

    Cuba kemukakan pertanyaan anda ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Lembaga Peperiksaan melalui email berikut : weblpm@moe.gov.my

  203. zarina Says:

    cgu.. tingkatan 4 tahun ni maksudnya, ada kertas kerja ke?
    saya boleh bagi terus ker tajuk projek itu?risau tingkatan 5 nanti kelam kabut..

  204. zarina Says:

    cikgu…murid tingkatan 5 sekarang ni saya mesti bagi habis sukatan pada bulan berapa? sebab saya banyak subjek mengajar, tak sempat seminggu 4 masa saja utk akaun, saya baru mengajar tingkatan 5, byk lagi saya kena study tapi kdg2 tak sempat..boleh tak saya cgu bagi tips sikit utk saya mengajar dengan bijak dan pelajar minat pengajaran saya,

  205. Cg Narzuki Says:

    Pada masa ini tiada sebarang maklumat rasmi berhubung dengan Kertas 3. Daripada maklumat awal yang diterima, tugasan untuk kerja kursus tersebut akan diberikan kepada calon semasa di tingkatan 5 nanti. Di mana kemahiran yang perlu calon ada ialah menyediakan format dan catatan rekod perakaunan menggunakan komputer sebagaimana yang terdapat dalam HSP 2010 bagi setiap bab tingkatan 4. Pada pandangan saya, kita ajarkan pelajar sebagaimana kehendak HSP 2010.

    Pada kebiasaanya sukatan pelajaran perlu dihabiskan selewat2nya bulan Ogos, lebih awal lebih baik. Ini kerana peperiksaan percubaan biasanya akan dijalankan dalam bulan September. Pada pandangan saya, perkara yang penting untuk mengajar dengan bijak dan menarik minat pelajar ialah penguasaan guru dalam kandungan pelajaran, perancangan pengajaran yang baik serta persediaan BBM yang sesuai semasa PnP.

  206. Patrick Says:

    Soalan terbuka kepada semua guru Prinsip Perakaunan SPM:
    1 Boleh saya tahu respon guru dan murid tentang ASSETBase?
    2 Murid minat menggunakannya?
    3 Adakah P&P melalui ASSETBase berkesan?
    Terima kasih.

  207. cg bentong Says:

    tq

  208. cg su Says:

    kenapa mp prinsip akaun di bawah teknik vokasiaonal? Kenapa prinsip akaun yang dikira subjek profesional tidak diikhtiraf sebagai mp sains teknikal setaraf seperti lukisan kejuruteraan dan sains pertanian. Seiring dengan dua pensijilan sepatutnya prinsip akaun diikhtiraf sebagai sains teknikal supaya ia boleh ditawarkan di kelas-kelas yang berlatarkan pelajar yang pandai atau sederhana. Apabila akaun sebagai mp teknik vokasional iannya bukannya elektif yang boleh menjadikan pakej tersebut sains. Apabila sekolah membuat pakej 60-40, prinsip akaun akan tersisih hingga kelas yang ke 4 atau 5 kerana status subjek tersebut. Sedangkan kalau kita lihat soalan spm 2008 dan 2009, aras soalan terlalu tinggi hanya sesuai untuk pelajar yang pandai.

  209. Cg Narzuki Says:

    Saya sangat bersetuju dengan cadangan dan pandangan Cg Su. Pada pandangan saya, oleh kerana perubahan tersebut masih diperingkat awal, maka kemungkinan belum ada pihak yang membangkitkan perkara tersebut ke peringkat atasan yang terlibat.

    Nanti saya cuba dapatkan respon daripada pihak2 tertentu berhubung perkara tersebut. (Itupun kalau dapat)

  210. Patrick Says:

    Nampaknya para guru dan murid kurang berminat akan ASSETBase:-(

  211. mieza Says:

    salam..saya merupakan pelajar uum..xlame lg saya kne micro teaching utk tajuk jurnal belian dan pulangan belian.saya mahukan pendapat cikgu bagaimana untuk membuat set induksi berkaitan tajuk tersebut.

  212. Cg Narzuki Says:

    Terlebih dahulu Cg minta mieza kemukakan cadangan, kemudian Cg berikan pandangan dan penambahbaikkan terhadap cadangan tersebut.

  213. SHIHAN Says:

    Salam,

    Saya sedang mengambil CAT dan selepas ini sambung ACCA. Buat masa ini pembelajaran kami dalam kelas adalah bergabung dengan LCCI.

    Apabila mengambil acca,apa yg perlu dilakukan jika saya nah dapatkan MBA dan Degree?adakah saya terpaksa ikut mana mana exam.Adakah yuran bagi MBA dan Degree ini dibayar lain daripada ACCA.

    Bagaimana saya boleh sambung ACCA untuk mendapatkan PhD dan aliran mana.

    Masih menjadi keraguan,adakah ACCA ini merupakan aliran yg baik.apakah ijazah akaun lebih baik daripada ACCA.

    Seorang rakan saya yg berkelayakan belajar perubatan berminat mengambil ACCA.Mana satu krusus yg harus dipilih olehnya kerana dia minat akan perubatan dan ACCA.

  214. Cg Narzuki Says:

    Shihan,

    LCCI dan ACCA adalah sijil profesional yang diiktiraf diperingkat antarabangsa meneruskan kerjaya khusus dalam bidang perakaunan. Ianya bukannya sijil akademik seperti Ijazah yang melayakkan meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi seperti MBA dan PhD.

    ACCA atau Ijazah, mana yang lebih baik? kedua-dua ada kelebihan masing2 bergantung kepada matlamat dan cita2 masing2, sama ada terus megorak langkah ke bidang perakaunan sebagai kerjaya ataupun untuk meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

    Berhubung masalah kawan anda, dia kena pilih apakah bidang kerjaya yang mahu diceburi perubatan atau perakaunan di masa depan.

  215. Cikgu Ct Says:

    saya masih belum menggunakan assetbase sebagai p&p, adakah wajib kita perkenalkan kepada pelajar tingkatan 4..kerana saya masih kurang arif macam mana nak guna? boleh tak cikgu tolong terangkan kaedah yang sesuai untuk memudahkan proses p&p.

  216. Cg Narzuki Says:

    Cg Ct,

    Pertama, rujuk kepada HSP dan Modul apa yang hendak diajar / disampaikan kepada pelajar, sekiranya boleh disampaikan tanpa Assetbase maka teruskan. AssetBase hanyalah salah satu ABM sahaja, tidak semestinya digunakan dalam PnP.

  217. mieza Says:

    saya bercadang utk membuat lakonan di mana 2 org pljr akan blakon sebagai sorg penjual dan pembeli..kemudian pembeli akan mencatatkan pembelian di dalam buku catatan pertama iaitu jurnal..situasi seterusnya pembeli mendapati terdapat kerosakan pd brg yg dibeli.pembeli memulangkan brg tersebut dan kmdn mcatat di dalam jurnal sbg pulangan belian.adalah set induksi ini sesuai dengan tajuk yang saya perlu present iaitu jurnal belian dan pulangan belian.

  218. ciknon Says:

    boleh juga masukkan jenis dokumen yg terlibat dahulu. keluarkan invois utk pembelian dan nota kredit utk pemulangan. dari sana cg boleh gunakan utk menunjukkan cara merekodkan dlm jurnal khas tersebut.

  219. Cg Narzuki Says:

    Seperti cadangan Cg Ciknon, penggunaan replika dokumen juga sangat sesuai digunakan semasa urus niaga berlaku. Dan cadangan Cg ditambahkan satu lagi watak iaitu ANAK PEMBELI. Di mana si anak memainkan peranan mengemukakan soalan demi soalan, seperti Apa urusniaga sedang ayah buat ? Macam mana / di mana nak rekod ? Apa tujuan jurnal belian / jurnal pulangan belian ? dll

    Melalui dialog si anak dan bapa tersebut, dapat kita tentukan apakah isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ok, itu saja cadangan daripada Cg.

  220. Ami Says:

    Cikgu,
    Cikgu ada tak menjalankan tuition? Saya ingin menghantar anak saya yang baru mengenali Prinsip Perakaunan.

  221. mohd sujairi Says:

    assalamualaikum cikgu, boleh cikgu berikan saya markah untuk sekolah cikgu bagi penggredan spm yang terbaru..dari a+ hingga d..tq cikgu..

  222. Cg Narzuki Says:

    Ami,
    Maaf saya tidak mengajar tuition. Kalau anak ingin dapatkan bantuan/pertanyaan boleh kemukakan disini, email ataupun di facebook.

    Mohd Sujairi,
    Pengredan yang sedang saya gunakan sekarang adalah seperti berikut :
    A+ 85-100
    A 75-84
    A- 70-74
    B+ 65-69
    B 60-64
    C+ 50-59
    C 40-49
    D 30-39
    E 25-29
    G 0-24

  223. cikgu mat Says:

    Assalamulaikum…
    Mengikut sulibus baru, perlu kita ajar secara ditir tentang FIFO dan LIFO….tq

  224. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Merujuk kepada Modul yang disediakan, pada pandangan saya, ianya hanyalah pengenalan kepada sistem penilaian inventori sahaja.

    Di mana objektif bahagian tersebut hanyalah :
    1. pelajar dapat memberikan definisi inventori,
    2. pelajar dapat membandingkan antara sistem inventori berkala dan sistem inventori berkala.

  225. PUSAKAK BANGSA Says:

    Salam cg..

    Sy Ummal dari Sabah, mau tny ba cg,

    gred di atas tuk sek cg tu…vg itu untuk semua subjek tau khusus tuk akaun jer.. bolehka minta cikgu narzuki bagi markah gred untuk prinsip akaun..yg average la..

    senang budjet kita..tQ

  226. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Sekolah saya menggunakan Gred tersebut bagi subjek prinsip perakaunan dan beberapa subjek yang lain. Ianya telah diselaraskan diperingkat PPD. Kalau dirasakan ianya tidak sesuai, cikgu boleh ubah suai sedikit gred tersebut.

  227. Cikgu Rashid Says:

    Salam…
    Saya merupakan seorang guru praktikum di sebauh sekolah di KL. Bolehkah saya tahu tentang format soalan SPM yang sebenar mengikut HSP 2010?
    Ini kerana, cikgu sekolah (cikgu senior) memberitahu supaya skip ja tajuk dokumen sumber kerana tidak akan di soal lagi dalam SPM 2011 dan minta terus ajar buku catatan pertama.

    Soalan:
    1) Adakah Dokumen Sumber perlu diberi penekanan lagi seperti sukkatan lama @ mengajar untuk pengetahuan pelajar sahaja…?
    2) Penggunaan Asset Base penting @ untuk pengetahuan umum shj?
    3) Adakah penekanan soalan teori di utamakan dalam SPM 2011 seperti silibus matrikulasi

    Diharap, siapa2 sahaja dapat menjawab persoalan sy ini??? terima kasih…

  228. cgyah Says:

    salam cg,
    Dalam modul p.perakaunan t4,topik 2.6 Akaun kontra, saya dapati diskaun diberi ditolak daripada jumlah jualan dan diskaun diterima ditolak daripada jumlah belian. Kemusykilan saya, adakah ini format baru dalam penyediaan penyata pendapatan.

  229. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Ya, sila rujuk komen saya diSINI (klik) berhubung perkara tersebut.

  230. Hairi.. Says:

    Salam..
    Ckgu, kenapa ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri perlu kite kreditkan Akaun Belian?Nape kita tak kreditkan Akaun Stok Ajer..tq

  231. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    STOK dinilai secara fizikal pada akhir tempoh perakauaan sahaja, iaitu STOK AKHIR dan dipindahkan sebagai STOK AWAL di tempoh berikutnya. Dalam tempoh semasa, segala urus niaga yang melibatkan barang niaga kita rujuk kepada Ak BELIAN.

    Sila rujuk juga komen saya DISINI.

  232. Jrudad Says:

    Saya baru je tahun ni kena mengajar PA setelah lebih 16 tahun berkhidmat, memang opsyen dulu PA & PDG tetapi tidak pernah diberikan subjek PA, kelas yang ambil PA pun hanya 1 kelas ting 4 & 1 ting 5, bila guru PA tu berpindah barulah kena… tapi bersyukur juga kerana banyak dapat bahan dari laman ini dan blog JPNkelantan tu…. . Format spm untuk PA bagi ahun 2011 tu nanti macam mana ye dan katanya ada PBS bagi kerja kursus, bila mulanya dan berapa peratus markahnya dan adakah dimasukkan sekali dalam markah keseluruhan. Saya suka kalau ada PBS sebab dapat bantu pelajar score markah tinggi… bagi yang mahu ikut nasihat le sebab saya juga mengajar Reka Cipta, PBS markah 50% dan bertulis 50% dan pelajar boleh dapat markah penuh 50, sebelum menduduki peperiksaan bertulis… dan saya harap kalau PA ada kerja kursus, bagus juga…

  233. Cg Narzuki Says:

    Jrudad,
    Format Pentaksiran SPM 2011 masih belum dikeluarkan secara rasmi lagi, jadi saya tak dapat berikan apa2 komen mengenainya. Sama-sama kita tunggu ianya dikeluarkan nanti.

  234. rasyidah hairuldin Says:

    salam
    terima kasih atas balasan email cikgu. Sy ada soalan yg perlukn pendapat cikgu iaitu:

    1. apakah catatan beregu bagi bunga dikenakan atas overdraf bank? (jwpn sy kredit akaun bank, debit akaun bunga atas overdraf)

    2. apakah yang dimaksudkan dengan gadai janji? apakah urusniaga yang terlibat dalam gadai janji? Jika boleh, sy harap cikgu boleh terangkn serba sedikit tentang gadai janji.

    Kerjasama cikgu sy dahului dgn ucapan terima kasih.

  235. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    1. Cg setuju dengan jawapan tersebut.

    2. Secara ringkasnya, GADAI JANJI merupakan salah satu bentuk PINJAMAN. Contoh, syarikat membuat pinjaman untuk membeli bangunan, semasa bank membuat bayaran pinjaman syarikat dikehendaki menandatangani surat Gadaian hakmilik bangunan tersebut kepada pihak bank. Sekiranya syarikat tidak mampu membayar balik pinjaman, maka pihak bank akan mengambilalih bangunan tersebut, seolah-olah suatu cagaran.

    Secara amnya, pihak bank yang memiliki bangunan tersebut, selagi syarikat tidak membayar sepenuhnya jumlah pinjaman . Kemudian apabila telah dijelaskan sepenuhnya, barulah pemindahan hakmilik diberikan kepada syarikat.

  236. rasyidah0408 Says:

    salam
    cikgu, terima kasih atas jwpn cikgu.
    sy ada sedikit soalan ttg overdraf bank.

    1. adakah akaun overdraf wujud? boleh cikgu beri contoh urusniaga dan catatan bergu yg melibatkan akaun overdraf bank?

    terima kasih.

  237. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Overdraf Bank adalah merujuk kepada AK BANK berbaki kredit sahaja, ianya tiada akaun tersendiri. Ianya berlaku apabila baki di Ak Bank berbaki kredit, maka ianya dipanggil Overdraf bank.
    Ataupun setelah kita imbang dan tutup Ak Bank, jika didapati berbaki kredit, maka ianya dipanggil Overdraf bank.

  238. zarina Says:

    salam..cgu..ini soalan ting. 5
    apa maksud akaun semasa,boleh cikgu jelaskan dengan detail siap dengan contoh sekali?terima kasih cikgu

    2) cgu..apakah formula cara mengira rugi realisasi dan untung realisasi..boleh cikgu bg satu cth pendek..

  239. zarina Says:

    salam..cikgu narzuki,untuk dapat sijil LCCi tu macam maner..contohnya murid saya ting.5 tahun ini 2010..

    sijil ini ditawarkan bila kita tamat exam nanti ,Lembaga peperiksaan akan letakkan perkataan LCCI pada pelajar yang layak dapat ambil exam itu ker..atau tak payah ambil exam LCCI teruskan dapat sijil LCCI..

    tolong cikgu saya tak faham masud sijil LCCI ni..

    dan cikgu ader pergi seminar tak dekat UM baru-baru ni berkenaan LCCI..sebab saya tak sempat.kalu cikgu pergi saya ingin mendapat info atau bahan yang ckgu dapat dari sana..
    tima kasih banyak-banyk cikgu

  240. zarina Says:

    cikgu biasanya bila saya soalan ditanya hari ini agaknya bila saya dapat chek

  241. Cg Narzuki Says:

    AKAUN SEMASA menunjukan tuntutan perkongsian terhadap pekongsi dan tuntutan pekongsi terhadap perkongsian. Secara mudahnya, segala urus niaga yang melibatkan rakan kongsi akan menggunakan Akaun Semasa. Sama ada perkongsian kena bayar kepada pekongsi (iaitu :faedah atas modal, gaji pekongsi, kongsi untung, faedah atas pinjaman) ataupun pekongsi kena bayar kepada perkongsian (iaitu: Ambilan, faedah atas ambilan, kongsi rugi)

    RUGI/UNTUNG REALISASI – Caranya sama seperti cari BAKI H/B, Cuma AMAUN tersebut perlu diagihkan mengikut perjanjian kongsi untung, contohnya 3:2. Maka AMAUN tersebut perlu diagihkan 3/5 dan 2/5 daripada jumlah tersebut.

    Berhubung dengan Sijil LCCI, sila rujuk post
    PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI PELAJAR PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008 (klik)

    Maaf, saya juga tidak pergi ke Seminar tersebut

  242. ciknon Says:

    sijil LCCI utk calon SPM 2008 sudah diterima oleh sekolah saya pada hari jumaat lepas bersama dengan sijil spm

  243. zu Says:

    Salam…

    Cikgu, ada apa2 berita tentang format baru SPM 2011 ni?

  244. ela Says:

    permohonan sijil lcci tuk spm 2009 xda ker??

  245. Cg Narzuki Says:

    Zu,
    Setakat hari ini, masih belum ada apa2 berita rasmi yang saya terima berhubung format pentaksiran SPM 2011. … sama-sama kita tunggu.

    Ela,
    Pelajar SPM2008, SPM2009 dan seterusnya, yang mendapat keputusan cemerlang Prinsip Perakaunan dalam SPM akan layak mendapat Sijil LCCI. Untuk mendapat maklumat lanjut sila ke SINI (klik)

  246. aqilah Says:

    salam…cikgu..nak tanya,,di mana saya boleh dapat website tentang pelaburan beserta contoh soalan tentangnya?

  247. Cg Narzuki Says:

    Maaf, cg tak tau… cuba tanya pakcik google.

  248. nur Says:

    Salam cg,

    saya baru mengambil alih sebuah kelas yang sgt. lemah dalam akaun. skrg mereka di tingkatan 5.namun, ape yg cg sebelum ni ajar sume mereka tak dpt tgkp. bl ditanya, tak phm dan tak ingat apa yg dh di ajar. dr segi pemerhatian sy pd hari pertama, mereka lgsg tak tahu bgmana utk debit atau kredit. skrg, sy bermula dgn topik 1 tgktn 5 akaun kawalan. yg menjadi mslh, pelajar tidak memahami dgn lancar bhs melayu.namun bk2 rujukan kbykn bhs melayu.semasa pembelajaran, sy akan translate ke english namun sy takut sekiranya mereke tidak dapat menjwb dan phm soalan spm nanti. apa pendekatan yg berkesan yg blh sy gunakan di ms yg singkat ini?

  249. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Masalah utamanya – pelajar kurang faham bahasa melayu, sangat lemah akaun dan kekangan masa.

    Pada pandangan saya, penekanan dan pendekatan yang perlu digunakan adalah untuk mereka LULUS sahaja. Adalah sangat penting untuk mereka memahami konsep asas terutamanya catatan bergu dan klasifikasi akaun. Serta tumpuan diberikan kepada penguasaan kemahiran menjawab soalan Dokumen. Ini kerana soalan tersebut tidak memerlukan penguasaan bahasa melayu yang tinggi untuk memahaminya. Pelajar hanya perlu menguasai kemahiran pengecaman, catatan dalam BCP, pos ke lejar dan sediakan Imbangan Duga, yang boleh disampaikan dalam BI.

    Setelah menguasai soalan dokumen, barulah ditumpukan ke topik2 lain serta soalan2 kertas 1. Ok, itu saja pandangan daripada saya, semoga sedikit sebanyak dapat membantu Cg Nur.

  250. heidi Says:

    is the sijil LCCI important? i need to get it or not?
    what is the importance? when i continue my study in accounting, will it help?

  251. heidi Says:

    i hope u can reply my question as soon as possible. thank you/

  252. Cg Narzuki Says:

    Kalau sebelum ini untuk mendapatkan sijil LCCI Level 1 dan Level 2, terpaksa menduduki peperiksaan LCCI dengan meangambil masa lebih kurang 2 tahun. Tetapi sekarang hasil kerjasama KPM dan LCCI, setelah dilakukan perubahan terhadap sukatan pelajaran dan format saolan SPM, pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM juga dinilai untuk pemberian Sijil LCCI. Jadi dengan hanya menduduki peperiksaan SPM sahaja pelajar berpeluang mendapat 2 sijil, iaitu sijil SPM dan Sijil LCCI. Untuk makluman sijil LCCI yang dikeluarkan adalah sijil profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Pada pandangan Cg, sekiranya anda layak menerima sijil tersebut, adalah lebih baik keluarkan hanya RM25 untuk memohon sijil tersebut, ianya sangat susah untuk mendapatkannya serta mempunyai nilainya yang tersendiri. Secara tidak langsung sijil tersebut menjadi nilai tambah kepada anda untuk memohon kerjaya dalam bidang perakaunan nanti, di mana kemahiran perakaunan anda telah mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa, walaupun hanya setakat LCCI Level 2 sahaja.

  253. heidi Says:

    terima kasih cikgu^^

  254. Cikgu Lama Says:

    Salam, mohon pertolongan cikgu.
    Saya guru yg dah 14 thn tak mengajar p ak, tiba-tiba sekolah perkenal p ak. Saya tak tahu tajuk mana nak fokus. Saya jadi lebih panik bila pelajar tak boleh kuasai banyak perkara. Mohon nasihat drpd cikgu. T kasih

  255. Cg Narzuki Says:

    Seperti sedia maklum, bahawa pada tahun ini pelajar tingkatan 4 akan mengunapakai Sukatan Pelajaran 2010 (Baru) dan mereka akan menduduki peperiksaan SPM pada 2011 dengan menguna pakai Format Pentaksiran Baru.

    Ekoran daripada itu, corak dan gaya penyoalan juga ada sedikit perubahan berbanding soalan tahun2 lepas. Oleh kerana semua baru, maka adalah sukar untuk menentukan topik mana yang perlu difokuskan.

    Pada pandangan saya, adalah lebih selamat dan adil kepada pelajar untuk kita berikan tumpuan pada semua topik sebagaimana kehendak HSP baru. Tumpuan terhadap topik2 “Anchor Item” seperti Penyata Kewangan, Akaun Kelab dan Persatuan, Rekod Tak Lengkap, Perkongsian dan Akaun Kawalan juga perlu diberikan perhatian.

  256. zya Says:

    askum sekali lagi…pada pndpt cikgu apakah skop pekerjaan untuk pelajar keluaran kewangan..kerana kadang2 pelajar hanya berfikir kewangan hanya berkaitan dengan bank sahaja….sekiranya nanti saya ingin menceburi bidang pendidikan sebagai seorang pendidik pendidikan dalam bidang apakah hangat di pasaran sekarang??

  257. Cg Narzuki Says:

    Setahu Cg, kekurangan guru yang paling ketara ialah Guru BI atau TESL.

  258. Ckgu su Says:

    Assalamualaikum Ckgu,
    Saya nak minta penjelasan tentang ACCA dan LCCI. Bagi pelajar spm 2009, calon yang dapat A+, A- dan A layak dapat surat qualification ACCA. Bagi calon yang tertera LCCI di slip peperiksaannya layak memohon sijil LCCI. Apa beza antara keduanya?

  259. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Sekiranya tercatat LCCI pada slip peperiksaan bermaksud pelajar tersebut telah LULUS mengikut pengredan LCCI dan LAYAK mendapat sijil yang dikeluarkan oleh pihak LCCI yang dicetak oleh Ibu Pejabat di London. Cuma jika ingin mendapat Sijil tersebut pelajar perlu memohon dan membuat pembayaran sebanyak RM25 terlebih dahulu.

    Dengan kelulusan dan pengiktirafan oleh LCCI, pihak LCCI dan ACCA juga memberikan pengiktirafan kepada pelajar dengan memberikan pengecualian tertentu sekiranya pelajar meneruskan pengajian dengan mereka.

  260. reena Says:

    ckg, soalan 2 SPM tahun lepas merangkumi tajuk penyata kewangan ting 4 sahajake atau termasuk bab tingkatan 5?

  261. Cg Narzuki Says:

    Hanya topik Penyata Kewangan – Milikan Tunggal tingkatan 4 sahaja.

  262. reena Says:

    oh yake. ok. tq. apa kata upload jawapan bagi semua soalan SPM tahun 2009. berguna untuk rujukan semua dan boleh berbincang sama-sama. ini pandangan saya. harap diberi perhatian.tq

  263. Cg Narzuki Says:

    Maaf, saya tidak pernah sediakan jawapan lengkap bertaip untuk diberikan kepada pelajar. Sekadar tulisan tangan dan saya tidak menyimpannya. Saya hanya catatkan jawapan2 akhir seperti UK, UB, Modal Kerja dan jumlah KKK pada kertas soalan sahaja. Sekiranya pelajar tidak dapat jawapan tersebut, minta mereka cari selisihnya dan kesan di mana kesilapannya… bertanya, berbincang sehingga mereka mendapat jawapan yang betul. Mereka hantar dan saya hanya semak dari segi kesilapan/kesesuaian format jawapan yang digunakan sahaja.

  264. reena Says:

    yake. ok, ckg. klu mcm tu boleh tak bg jawapan akhir bagi semua soalan SPM 2009. nanti klu ada sebarang kemusykilan saya tanya ckg untuk minta tunjuk ajar. boleh?

  265. Cg Narzuki Says:

    S1: JB=2800, JJ=4050, JPJ=135, T=202, B=9453, ID=45112

    S2: UK=138914, UB=29125, AS=59417, LS=26895, MK=32522, KKK (penyata)=110512

    S3: UR=J:1623, M:1082, MODAL=J:51722, M:5360, B=52072

    S4: (a) RM0.60, RM6000, 7500, 10500

    S5: BT=2083 (Dt)

    S6: (a) 76400, (b) 7640, (c) Rugi Pelupusan=3650.

  266. kalai Says:

    hai cikgu, terima kasih atas sumbangan kamu terhadap semua guru yang akaun. saya guru sekolah swasta dan tidak mengetahui sebarang perkembangan dalam sukatan pelajaran terbaru. saya dapati sukatan baru ada penggunaan komputer. so boleh tak jelaskan apa yang patuh saya buat

  267. reena Says:

    tq ckg, nanti i try bt soalan. nanti klu ada masalah i tanya ckg nanti. tq

  268. Cg Narzuki Says:

    Salah satu MATLAMAT sukatan pelajaran baru ialah melahirkan individu yang berkemahiran dalam ICT terutamanya yang berkaitan dengan perakaunan. Kemahiran2 asas yang perlu dikuasai telah dinyatakan dalam HSP pada setiap bab, maka kita ikut saja.

  269. shuib Says:

    salam cikgu.
    adakah wajar kita langkah bab dlm silibus tingkatan 5.maksud saya kita ambil bab yang penting dahulu utk diajar.apa pendapat cg.kalau ada dan boleh cikgu bagi tajuk2 yang perlu diberi penekanan dahulu.saya bimbang tak sempat habis silibus.maklumlah baru ajar akaun….t.ksh

  270. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Semuanya bergantung kepada perancangan tahunan kita. Pada pandangan saya, semua topik tingkatan 5 perlu dihabiskan kerana semuanya ada kemungkinan akan keluar dalam SPM. Soalan sekarang agak sukar untuk dijangkakan sama ada dari segi topik mahupun gaya penyoalan kerana sekarang dalam era perubahan. Topik2 “anchor item” jangan ditinggalkan kerana 2 soalan akan dikeluarkan daripada topik2 tersebut.

    Memang tidak sempat habis, jika hanya mengharapkan waktu pnp untuk menghabiskan sukatan. Terpaksalah kita korbankan sedikit masa untuk mengadakan kelas2 tambahan.

  271. shuib Says:

    terima kasih ckgu…saya akan buat yang terbaik.semangat dengar kata2 cikgu…doakan kejayaan saya dn ank didik saya.

  272. Norsahiat Says:

    Salam cikgu… selamat teruskan perjuangan.. saya banyak ambik bahan-bahan cikgu kat sini… terima kasih bebanyak…
    Persoalan saya sekarang ni.. saya mengajar tingkatan 4. Bagaimana agaknya soalan pertengahan tahun ini?? Adakah melibatkan soalan dokumen perniagaan dan penyediaan penyata-penyata kewangan. Susah juga nak mengajar dalam proses peralihan sukatan ni. Anak murid tanya saya tak boleh nak jawab.

  273. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Bagi JPN Kelantan, rancangan pelajaran tahunan telah diselaraskan di peringkat negeri. Di mana sepatutnya setiap sekolah akan mengikuti RPT yang telah dikeluarkan oleh Unit TekVok. Maka penyediaaan soalan2 tersebut juga akan mengikuti apa yang terkandung dalam RPT tersebut.

  274. Jamalul Says:

    Saya baru 2 bulan mengajar PA tingkatan 4 sukatan terkini. Cuma nak tanya, dalam bab persamaan perakaunan, perlu ke atau bolehke kita perkenalkan Kunci kira-kira dalam tajuk tersebut, sebab kalau ikut rancangan tahunan, Kunci kira-kira tu ada babnya sendiri di hujung rancanan pelajaran tingkatan 4 ni iaitu dalam bab 7. Dalam buku-buku rujukkan dan latihan yang ada dipasaran, ada dimasukkan kunci kira-kira….. harap Cg dapat memberikan sedikit penjelasan.
    Terima kasih didahulukan…

  275. Cg Narzuki Says:

    Asas kepada Persamaan Perakauanan adalah KKK itu sendiri, di mana Jumlah Aset = Jumlah Ekuiti + Jumlah Liabiliti. Jadi adalah sangat sesuai jika diperkenalkan KKK secara ringkas kepada pelajar sebagaimana soalan2 yang terdapat dalam buku. Ini kerana setiap urus niaga akan memberikan kesan kepada perubahan aset, liabilti dan ekuiti serta dapat dilihat melalui keseimbangan pada KKK. Manakala dalam Bab 7 nanti penyata kewangan (penyata pendapatan dan KKK) akan diterangkan kepada pelajar secara lebih detail lagi.

  276. ayu leen Says:

    salam, ada maklumat terbaru mengenai penggunaan perisian untuk melatih pelajar penggunaan aplikasi untuk soalan dokumen? saya guru koperasi dan dah biasa menggunakan perisian sekkop 123. agaknya boleh diguna untuk mengajar pelajar tingkatan 4 (memandangkan ada tajuk koperasi di dalam silibus baru)

  277. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Pada pandangan saya, penyediaan secara manual perlu diberikan keutamaan kerana itu adalah kemahiran utama (Dokumen-BCP-Lejer-ID) yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kemudian baru didedahkan sedikit tentang sistem perakaunan berkomputer secara perbandingan dengan kaedah manual. Memandangkan kekangan masa untuk menghabiskan sukatan dan menyiapkan tugasan (2 bulan), saya rasa adalah tidak perlu untuk melatih semua pelajar menggunakan perisian sekkop123 semasa PnP. Mungkin boleh diajar penggunaannya kepada AJK Koop ataupun semasa aktiviti kelab dan persatuan sahaja.

  278. ayu leen Says:

    apakah perisian yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek bagi tingkatan 4? saya baru mengajar semula mata pelajaran ini, jadi banyak pembaharuan jika dibandingkan dengan silibus sebelumnya. saya agak risau sekiranya tidak dapat membantu pelajar menyiapkan projek, kerana hampir 50% pelajar saya lemah di dalam matematik dan ada pula yang mempunyai masalah kefahaman, jadi bagi setiap bab, saya banyak menghabiskan masa kepada penjelasan yang mendalam tentang konsep.

  279. Cg Narzuki Says:

    Perisian asas seperti Ms Word dan Ms Excel sudah memadai jika mahu menggunakan komputer. Daripada maklumat yang saya terima kerja kursus tersebut boleh juga disediakan secara manual.

    Pada pandangan saya, pada peringkat awal konsep2 tersebut disampaikan secara ringkas dan dalam bahasa yang mudah. Biar pelajar dapat gambaran kasar dahulu, kemudian dari semasa ke semasa kita kaitkan dengan konsep2 tersebut. Kalau diceritakan secara detail pada peringkat awal memang susah untuk pelajar faham.

    Kadang2 kita boleh terangkan konsep2 kemudian.
    Sebagai contoh, bagi topik Belanjawan Tunai, saya terus sahaja tunjukkan Format Belanjawan Tunai yang lengkap … kemudian bincangkan apa item2 yang terdapat dalam penerimaan, pembayaran, apa maksud baki awal, baki akhir setiap bulan. Jadi apabila pelajar sudah nampak apa itu belanjawan tunai, maka mudah bagi kita untuk menerangkan apakah maksud belanjawan tunai serta kepentingan atau kegunaannya. Dan pelajar dapat memahaminya dengan lebih mudah.

  280. Cg.Za Says:

    Salam….
    terima kasih kerana nota2, latihan dan info terkini yang disediakan dlm web cg byk membantu dlm proses p&p sy sbg guru baru p.akaun. Sy inginkan kepastian sama ada bg SPM 2010, calon hanya dibenarkan menjawab soalan berkaitan penyata kewangan dlm btk penyata sahaja atau masih diberi kelonggaran utk menjwb dlm btk akaun /format T. cthnya, bg bab 6 (Akaun Kelab dan persatuan) sy hanya menyuruh pelajar menyediakan penyata yuran, penyata penerimaan dan pembyrn, penyata pendapatan dan perbelanjaan serta kunci kira2 dlm btk penyata shj tanpa menunjukkan cara penyediaan dlm btk akaun/format T. ini krn sy mendpt info bhw kelonggaran t’sbt hy utk SPM 2009. Harap bg penjelasan jk sy t’slp. Terima kasih atas bantuan…..

  281. Cg Narzuki Says:

    Cg. Za,
    Pada pandangan saya, bagi soalan berkaitan PENYATA KEWANGAN / AKAUN PENAMAT adalah digalakkan sediakan dalam bentuk PENYATA. Sekiranya pelajar menyediakan dalam bentuk “T”, ianya tidak dikira salah, Cuma akan kehilangan markah pada MODAL KERJA sahaja. Contoh Akaun Penamat bagi topik AKAUN KELAB DAN PERSATUAN ialah Akaun Perdagangan, Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan serta KKK juga digalakkan sediakan dalam bentuk PENYATA.

    Manakala AKAUN2 dalam LEJAR seperti Akaun Yuran Ahli, Akaun Realisasi, Buku Tunai dll, semestinya dalam bentuk “T”. Kecuali soalan meminta “HITUNGKAN Yuran Ahli”, maka pelajar boleh menyediakan dalam berbagai bentuk seperti Penyata, Akaun “T” ataupun bentuk pengiraan sahaja.

  282. Jamalul Says:

    Salam,

    RPT untuk Ting 5 sukatan baru sudah ada ke. Dimana boleh didownload.

  283. Cg Narzuki Says:

    RPT sepatutnya disediakan oleh setiap guru pada awal tahun mengikut perancangan masing2. Cuma Unit TekVok JPN Kelantan telah menyelaraskan seluruh negeri, bagi memudahkan penyediaan soalan ujian selaras. RPT tersebut mungkin tidak sesuai digunakan untuk negeri lain kerana ianya disusun tidak mengikut urutan bab dalam buku teks.

  284. cahaya Says:

    salam…
    cikgu, terima kasih atas nota2 cikgu yang banyak membantu saya…
    saya sekarang sedang menyediakan penyata kewangan bagi tujuan pengiraan cukai untuk restoran kakak saya…tetapi saya sekarang confuse macam mana nak bezakan antara aset dan expenses. cnth: belian barangan plastik untuk restoran. barangan ini boleh dikatakan dibeli pada setiap bulan.so, macam mana nak clasify belanja2 tersebut… samaada belanja tersebut dianggap sebagai aset atau expense bagi restoran tersebut…dan macam mane nk bezakan antara COGS dan expenses…

  285. Cg Narzuki Says:

    salam,
    secara mudah, ASET (HARTA) benda tahan lama (lebih 1 thn) dan ianya bernilai contohnya perabot, kenderaan, alatan kedai dll. Manakala BELANJA benda tersebut habis digunakan ataupun tidak boleh dianggap sebagai HARTA seperti alat tulis, barangan plastik.
    Manakala COGS adalah belanja2 yang terlibat secara langsung dengan barang niaga.

    Maklumat lanjut boleh rujuk post Cg sebelum ini di SINI.

  286. Jamalul Says:

    Quote: “RPT sepatutnya disediakan oleh setiap guru pada awal tahun mengikut perancangan masing2. Cuma Unit TekVok JPN Kelantan telah menyelaraskan seluruh negeri, bagi memudahkan penyediaan soalan ujian selaras. RPT tersebut mungkin tidak sesuai digunakan untuk negeri lain kerana ianya disusun tidak mengikut urutan bab dalam buku teks.”

    Maksud saya ialah RPT untuk Tingkatan 5 tahun 2011. RPT Ting 4 2010 yang saya download dari Unit TekVok JPN Kelantan tu memang molek dah dan saya guna pakai untuk Ting 4 tahun ini kerana ianya mengikut Huraian Sukatan Terbaru. Kalau ada RPT Ting 5 tahun 2011 tu rasanya banyak membantu saya dan rakan-rakan guru baru dan lama, tentu lebih molek lagi….

  287. Cg Narzuki Says:

    Maaf kalau saya yang salah faham maksud saudara. Ok, untuk RPT tahun 2011 biasanaya akan disediakan pada akhir tahun 2010 ataupun awal 2011 nanti kerana sekarang ini adalah terlalu awal untuk merancang bagi tahun 2011 sedangkan apa yang dirancang untuk tahun ini masih belum habis dilaksanakan lagi. Dan setelah dilakukan penilaian, mungkin beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan untuk tahun depan, misalnya perlu diambil kira penyediaan tugasan projek dalam RPT tersebut.

  288. Jamalul Says:

    Kalau begitu kita sama-samalah tunggu kemunculannya tahun hadapan dan tentunya RPT tersebut amat berguna untuk kami yang belum pernah mengajar PA Ting 5. Kepada rakan-rakan yang telah menyumbangkan bahan untuk kemudahan guru dan juga murid serta sesiapa sahaja yang memerlukan mudah-mudahan mendapat ganjaran yang berlipat ganda di akhirat kelak.. saya belum dapat memberikan apa-apa sumbangan lagi memandangkan pengalaman dalam PA ni pun baru mula tahun ini, kalau bidang IT tu… insyaAllah mungkin dapat saya berikan sumbangan…..

  289. Rosya Abu Bakar Says:

    Assalamualikum Cikgu Narzuki. Boleh tak cikgu cadangkan jenis buku rujukan yang terbaik untuk pelajar SPM. tq

  290. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Pada saya setiap buku rujukan ada kelebihan dan kelemahan masing2, jadi tidak dapat saya cadangkan mana2 buku rujukan yang terbaik untuk digunakan, harap maaf.

  291. abang jumali Says:

    Assalamulaikum
    Apakhabar? ingat lagi saya. kita bersama pada tahun 80an.
    Tahniah jadi guru yang berjaya dan berjasa. Saya akan tinggalkan legasi ini tidak lama lagi. Kepada semua guru, ingatlah mungkin kulit kita tidak sama, rambut kita tidak sama tapi darah kita sama warna. Didiklah anak2 Malaysia dengan yang terbaik. SELAMAT HARI GURU 2010

  292. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Baik alhamdulillah, semoga Abang Jumali juga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya masih ingat lagi, masa tu kita sama2 di UKM. InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik. Selamat Hari Guru.

  293. Arif Azrin Says:

    a’kum cg narzuki..
    sy ade sesuatu perkara utk ditanya kpd cg. sy adalah graduan jurusan perakaunan pd thn 2004. sy sgt berminat dlm ‘teaching line’ terutamanya subjek p’akaun. sy tlh mencuba utk memohon kpli selama 3 thn. tp malangnya dlm kpli xde jurusn p’akaun ditawarkn. so, sy pilih la jurusan yg lain. alhamdulillh sy dpt mengikuti program kpli (sek ren) utk pend khas b’mslh pembelajaran pd thn 2007. sekarang ni sy mengajar di slh sebuah sekolah rendah utk kelas pend khas juga. soalan sy, adakah sy b’peluang utk memohon bg mengajar di sek men dlm bidang p’akaunan? jika ade peluang, bagaimn cara utk memohon? sejak dr 2003 hingga sekarng sy hanya dpt mengajar tuisyen p’perakaunan bg pelajr2 sek men. alhmdulllh ada diantara pljr sy yg b’jaya.. cuma sy b’minat utk melibtkn diri lg dlm pengajaran p.p’akaunan. tqvm atas pndangan cg narzuki. salam.

  294. Arif Azrin Says:

    a’kum cg narzuki,

    minta pndpt cg ttg faedah atas overdraf dlm soalan Penyata Pendapatan (pelarasan).
    Dalam Imb Duga tidak diberikan apa2 butir ttg faedh atas overdrf. hanya baki bank ditunjukkan sblh kredit iaitu RM3000. dlm maklmt tmbhn pula diberikan; bank mengenakan faedah atas overdraf sebnyk 5%. jwpn sy adalah:

    1. di PP = RM150 (faedah atas overdraf-belanja)
    2. di KKK = RM150 (faedah atas overdraf t’akru-liab semasa)

    betul ke jwpn sy tu? mnta [ndpt cg narzuki. tqvm. salam.

  295. Cg Narzuki Says:

    Ya, saya setuju dengan jawapan tersebut.

  296. kalai Says:

    hai cikgu i dapati bahawa tajuk projek sudah di edarkan kepada sekolah. benarkah? adakah tajuk projek bagi setiap sekolah sama.

  297. Cg Narzuki Says:

    Arahan Tugasan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui laman web MOE ataupun diposkan kesekolah, kemungkinan pada bulan JULAI nanti. Pada pendapat saya, apa yang diedarkan itu hanyalah CONTOH Arahan Tugasan sebagai panduan / gambaran awal kepada cikgu2 berhubung tugasan kertas 3.

  298. kalai Says:

    terima kasih cg narzuki for information. so panduan tugasan boleh tak cikgu uploadkan untuk kita. satu lagi soalan kalau kita rujuk pada semak jawapan soalan trial didapati tanda (* terima angka sendiri) apa yang dimaksudkan? boleh tak kita terima apa saja jawapan yang diberi oleh pelajar .

  299. Rosya Abu Bakar Says:

    Salam Cg Narzuki.
    Saya nak tanya cikgu berkenaan permarkahan. Contohnya dalam soalan diminta menyediakan Akaun Pengasingan Untung Rugi tetapi pelajar menyediakan Penyata Pengasingan Untung Rugi. Adakah markah akan ditolak, berapakah markah yang di peruntukkan untuk format.

  300. Cg Narzuki Says:

    Kalai,
    Angka sendiri bermaksud NILAI tersebut perlu dirujuk kepada PUNCAnya. Contohnya dalam Imbangan Duga ….. Bank RM3450*, sekiranya pelajar menulis nilainya RM3000 dan nilai tersebut adalah nilai BAKI AKHIR daripada BUKU TUNAI, maka ianya dikira BETUL, kerana apa yang diuji disini ialah pelajar memahami cara2 menyediakan ID.

    Cg Rosya,
    Salam, apa yang saya tahu, sekarang ini sudah tiada lagi penolakan markah dan tiada sebarang peruntukan markah untuk format, kerana bukan format yang hendak diuji tetapi kemahiran yang berkaitan dengannya. Penyediaan dalam bentuk penyata adalah digalakkan, walaupun soalan menyatakan sediakan Akaun PUR.

  301. rasyidah hairuldin Says:

    salam
    cikgu, saya ada soalan berkaitan dengan angkutan

    1. catatan beregu untuk angkutan masuk (Dt angkutan masuk, Kt Pemiutang). manakala untuk angkutan Keluar (Dt Penghutang, Kt angkutan keluar) mengikut prinsip dimana angkutan masuk adalah hutang, manakala angkutan keluar adalah hasil. Tetapi, sy dapati ada beberapa buku latihan yg meletakkan baki akaun angkutan keluar di sebelah debit.
    Harap cikgu dpt jelaskan.

    2. konsep perakaunan kos sejarah masih diguna pakai atau tidak? kerana agak sukar menerangkan kos sejarah apabila konsep pelaporan berdasarkn nilai saksama diperkenal.

    terima kasih.

  302. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    1. Angkutan Masuk dan Angkutan Keluar, kedua2nya adalah BELANJA. Dimana Angkutan Masuk merujuk kepada kos/tambang pengangkutan bagi membawa MASUK barang yang DIBELI ke kedai. manakala Angkutan Keluar pula merujuk kepada kos/ tambang pengangkutan bagi menghantar barang yang DIJUAL ke kedai/rumah pelanggan. Oleh kerana kedua2nya adalah BELANJA maka bakinya mestilah disebelah DEBIT. Sistem catatan bergu yang Rasyidah nyatakan diatas adalah tidak tepat.

    2. Konsep kos sejarah dan pelaporan berdasarkan nilai saksama masih digunapakai bersama-sama, sila baca komen Cg dalam pos BERIKUT.

  303. rasyidah hairuldin Says:

    salam
    terima kasih atas jwpn cikgu. sy ibgin tahu:
    1. boleh cikgu berikn catatan beregu untuk kedua-dua akaun angkutan tersebut?
    kenapa angkutan keluar dikenali sbg belanja? Bukankah angkutan keluar merupakan caj yg pihak perniagaan kenakan atas pelanggan untuk penghantaran barang? harap cikgu dpt terangkn lebih lanjut catatan beregu yg terlibat.

    2. setelah rujuk penerangan cikgu untuk kos sejarah dan pelaporan berdasarkan nilai saksama sy dapati konsep ini saling melengkapi bagi melaporkan nilai aset dan nilai semasa aset. adakah betul apa tafsiran sy?

    terima kasih

  304. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Kes 1 :
    ANGKUTAN KELUAR adalah merujuk kepada kos pengangkutan yang DIBAYAR kepada syarikat pengangkutan lain untuk menghantar barang kepada pelanggan, maka ianya dikelaskan sebagai BELANJA.

    i) Catatan bergu, jika perniagaan yang tanggung kos tersebut :
    Dt: Angkutan Keluar
    Kt: Tunai/Bank/Syarikat Pengangkutan (secara kredit)

    ii) Jika kos angkutan tersebut dikenakan ke atas pelanggan / penghutang, maka :
    Dt: Syarikat Pelanggan / PENGHUTANG
    Kt: Syarikat Pengangkutan

    Sekiranya perniagaan mempunyai pengankutan sendiri seperti lori/van, dan perniagaan mengenakan caj bagi tujuan penghantarkan tersebut, maka akaun yang sesuai digunakan ialah CAJ ANGKUTAN yang dikelaskan sebagai HASIL.

    Kes 2:
    Begitulah pandangan saya, kerana kedua2nya diguna pakai dalam penyediaan pelaporan penyata kewangan.

  305. Habsah Says:

    Cikgu Narzuki,
    Saya ingin nak tahu bagaimana cara untuk kita memberi markah OF. Sebagai contoh, merujuk kepada jawapan S3(a) Kertas Percubaan 2009 Negeri Johor, terdapat 4 butir dalam Akaun Kawalan Penghutang untuk mengira Jualan kredit….iaitu Baki b/b, Bank, Diskaun diberi, Baki h/b. Syarat untuk mendapat 1OF ialah base baki awal mesti ada dan mana2 dua butiran lain betul selain dpd baki awal.

    Soalan yang saya nak tanya….bagaimana jika pelajar menambahkan butiran asing dlm Akaun Kawalan tersebut, adakah dia layak utk mendapat 1OF tu? Terima kasih.

  306. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan saya, pemberian markah OF mesti memenuhi 2 syarat iaitu tiada butiran asing dan operasinya betul. Maka, dalam kes tersebut tidak dapat diberikan markah kerana adanya butiran asing.

  307. Habsah Says:

    Oh begitu. Terima kasih ccikgu Narzuki. Adakah layak diberi markah 1OF jika butirannya semua betul tetapi salah satu daripadanya dicatat dengan amaun yang salah? Susah benar nak beri markah menggunakan kaedah baru ni. Masih blur lagi.

  308. Cg Narzuki Says:

    Butiran betul.. tiada butiran asing, dan 2 betul daripada 3 item tidak termasuk baki awal, maka dapat markah.

  309. cahaya Says:

    salam…
    cikgu, bagaimana untuk mencatat modal untuk akaun restoran ini…contohnya: modal untuk restoran ini diperolehi daripada pinjaman sebanyak RM10,000 digunakan untuk membeli peralatan dapur, kerusi dan meja…saya ingin tahu bagaimana untuk membuat catatan bagi urusniaga di atas

  310. Cg Narzuki Says:

    Cahaya,
    Bagi tujuan merekod kita hendaklah jelas kedudukan urus niaga tersebut dengan mengambil kira konsep entiti berasingan. Cara merekod bergantung kepada keadaan berikut :

    Kes 1 – Pinjaman tersebut merupakan pinjaman peribadi yang akan dibayar balik menggunakan wang peribadi. Dan wang tersebut dimasukkan kedalam perniagaan sebagai modal permulaan, maka catatanya :
    Dt: Bank/Tunai ……..RM10,000
    Kt: Modal ……………………………RM10,000

    Sekiranya, kesemua wang tersebut digunakan untuk membeli aset2, dan dimasukkan ke dalam perniagaan, maka :
    Dt: ASET……..RM10,000
    Kt: Modal ……………………………RM10,000

    Kes 2 – Pinjaman tersebut merupakan pinjaman perniagaan dan akan dibayar balik dengan wang perniagaan, maka ianya tidak dikelaskan sebagai modal, di mana catatannya :
    Dt: Bank / Tunai …….RM10,000
    Kt: Pinjaman bank ……………..RM10,000

    Sekiranya wang tersebut digunakan untuk membeli aset2, maka:
    Dt: ASET ……RM10,000
    Kt: Bank/Tunai …………….RM10,000

    Ataupun terus dicatatkan sebagai :
    Dt: ASET……..RM10,000
    Kt: Pinjaman bank……….RM10,000

  311. Habsah Says:

    Terima kasih sekali lagi atas segala penerangan cikgu. Ringkas dan mudah difahami.

  312. cahaya Says:

    Terima kasih atas penerangan cikgu.

  313. rasyidah hairuldin Says:

    salam

    1. terima kasih pada cikgu kerana telah bantu sy memahami konsep angkutan masuk dan keluar dlm urusniaga.

    2.sy ingin tahu sama ada sukatan baru ting 4 bab 2 adalah seperti berikut?:
    -akaun kontra
    -carta akaun
    -inventori (berkala dan berterusan).

    harap dapat pandangan cikgu. Terima kasih.

  314. tom Says:

    salam cg,

    cg saya ingin bertanya di mana saya baleh mendapatkan nota bagi bab belanjawan STPM.. sebab saya sudah mencari tapi tak jumpa la cg..

  315. Cg Narzuki Says:

    Rasyidah,
    Sila muat turun Sukatan Pelajaran & HSP 2010 dan juga Modul Prinsip Perakaunan 2010 berhubung perkara tersebut.

    Tom,
    Sila dapatkan bahan2 STPM yang telah berjaya Cg kumpulkan di SINI.

  316. tom Says:

    cikgu terima kasih atas pertolongan cikgu tempoh hari.. sebab saya dah dapat bahan yang saya ingin kan.. terimah kasih sangat2 cikgu..

  317. Norlia Says:

    Cikgu….cikgu ada maklumat tak mengenai panduan kerja kursus prinsip perakaunan kertas 3?

  318. Cg Narzuki Says:

    Sila muat turun Item Contoh berikut sebagai panduan awal.
    Kertas 3 – Item Contoh

  319. norlia Says:

    Cikgu, jadi macam mana panduan kerja kursus Tg.5? tak ada pun disediakan dalam item contoh?

  320. Cg Narzuki Says:

    Belum dikeluarkan lagi, sama-sama kita tunggu.

  321. AD Says:

    Salam, sy gru PA ting.5, mslh sy skg adalh sy x psti dgn skema pemarkahan yg sentiasa berubah, terutama skali utk soalan no. 3 dan 4, baru2 ini kami didedahkan sekali lagi cara pemarkahan yg mengandungi markah 1, 1OF, 1+1OF dll. Klu dilihat cr ini akan menambahkan beban pljr utk mendapat mrkh, so adakah cgu mempunyai cr yg lbh mudah @ tips utk pljr score dgn baik? utk pgthn cgu sy mengajar pljr yg tdk minat PA disebabkan pihak sklh yg menentukan pakej.

  322. Cg Narzuki Says:

    Salam, skema pemarkahan bukannya sentiasa berubah, ianya diubah selaras dengan perubahan kepada Program Persijilan Berganda iaitu Sijil SPM dan Sijil LCCI yang mula dilaksanakan pada tahun 2008. Sekarang ini tumpuan markah pada kemahiran2 yang diuji, di mana markah biasanya diperuntukkan dibahagian yang melibatkan pengiraan / pelarasan. Tidak ada cara lain untuk pelajar skor dengan baik melainkan pelajar dapat jawab dengan betul dan tetap. Pelajar juga seharusnya menjawab kelima-lima soalan, walaupun dirasakan jawapannya tidak tepat / salah. Ini kerana pelajar masih lagi boleh mendapatkan markah daripada markah OF yang diperuntukkan.

  323. kalai Says:

    cikgu narzuki i nak tahu cara pengiraan kertas 1 dan kertas 2. pengiraan peratus

  324. Cg Narzuki Says:

    Cara yang saya gunakan ialah (K1 + K2)/120 X 100%

  325. kalai Says:

    cikgu, i masih kurang pasti dengan sukatan pelajaran yang baru. i nak topik dokumen perlu tak kita mengajar seperti yang sebelum ini. iaitu catatan jurnal, buku tunai, lejar dan imbangan duga. terima kasih

  326. Cg Narzuki Says:

    Sangat2 perlu, kerana kemahiran tersebut perlu dikuasai sebaik mungkin bagi membolehkan mereka menyediakan Tugasan Projek. Tujuan utama Kertas 3 diwujudkan adalah untuk memastikan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran prinsip perakaunan dapat menguasai kemahiran asas perakaunan dan dapat menyediakan set akaun yang lengkap hingga ke penyediaan penyata kewangan dengan bimbingan guru melalui tugasan projek tersebut. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru-guru untuk melaksanakan perkara tersebut sebaik mungkin.

  327. Razana Says:

    salam, ckg sudi tak dtg ke sabah untuk sampaikan seminar menjawab soalan spm prinsip akaun, kalau ckg sudi saya nk jemput ckg dtg sini…

  328. Cg Narzuki Says:

    Salam, insyaAllah jika sesuai dengan masa dan betul salurannya.

  329. Razana Says:

    macamana nak contact ckg nak bincang pasal seminar ni?

  330. Cg Narzuki Says:

    Boleh emailkan ke cgnarzukionline@gmail.com

  331. c.kam Says:

    Askum cikgu, saya salah seoarang guru yang mengajar prinsip perakaunan di sekolah menengah. saya tak faham lah disebabkan perisian asset base kita perlu menukar kurikulum matapelajaran prinsip perakaunan. Adakah perisian ini menepati kehendak ACCA & LCCI dan LPM?

  332. Cg Narzuki Says:

    Salam, cikgu sudah tersilap faham, penukaran sukatan baru memang tiada kaitan langsung dengan perisian Assetbase. Buktinya dalam Sukatan dan Huraian Sukatan TIADA disebutpun tentang penggunaan perisian Assetbase. Ianya tidak wajib diajar atau digunakan, hanya sebagai salah satu bahan bantu mengajar sahaja, jika dirasakan sesuai boleh digunakan, jika tidak sebaliknya. Penukaran sukatan tersebut lebih kepada program KPM untuk menantarabangsakan sijil SPM dan dimulai dengan BI dan Projek Sijil Berganda bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

  333. c.kam Says:

    ok, faham la saya. terima kasih cikgu.

  334. c.kam Says:

    salam, mengikut pengalaman cikgu sekarang dah bulan julai, agak-agak soalan tajuk apa yang akan keluar dalam kertas 2 spm prinsip perakaunan?

  335. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Maaf, semua topik ada kemungkinan akan dikeluarkan dalam soalan SPM nanti. Buat perancangan awal, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

    ~ SEMAKIN BANYAK TOPIK DIKUASAI, SEMAKIN HAMPIR DENGAN A+

  336. bbwoon Says:

    Cikgu , kalau soalan dokumen lejar tiada tarikh adakah jawapan itu salah sebab semua skima jawapan menyatakan tatikh boleh diabaikan

  337. Cg Narzuki Says:

    Boleh diterima, tapi saya mencadangkan tarikh tersebut hendaklah ditulis, bagi memudahkan semakan dan mengesan kesilapan.

  338. cikgu Yanie Says:

    salam… cikgu, sy nk tanya.. dlm silibus baru form 4, bab 6 ada tjuk pembetulan kesilapan.. perlukah sy mgjr secara detail spt dlm buku teks form 5 atau x?

  339. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan saya, ianya perlu diajar sebagaimana dalam buku teks tingkatan 5. Ianya antara topik penting yang boleh dikemukakan dalam mana2 soalan yang melibatkan pelarasan.

  340. NORSAHIAT B RUSLI Says:

    Salam Cg Narzuki

    Saya telah menghadiri kursus pendedahan format baru pentaksiran SPM 2010 edisi Pahang. Dalam taklimat ada dinyatakan bahawa soalan kertas 3 ting 4 akan keluar menerusi laman web LPM mulai pertenghan bulan 7. Kenapa sampai sekarang soalan kerja kursus itu masih belum wujud? Atau ada kesilapan pemahaman dari pihak saya. Harap dapat kongsi pandangan?

  341. Cg Narzuki Says:

    Kemungkinan akhir Julai nanti baru dikeluarkan soalan, walau bagaimanapun sama-sama kita layari laman LMP dari semasa ke semasa.

  342. fatin Says:

    cikgu boleh saya macam mana nak buat folio tingkatan 4? saya dah pening ni. esok cikgu saya nak check.

  343. fatin Says:

    tolong cikgu secepat mungkin saya nak jawapan cikgu.

  344. Cg Narzuki Says:

    Soalan Tugasan Kerja Kursus Ting 4 yang sebenarnya masih belum dikeluarkan lagi. Ianya perlu disiapkan mulai Ogos – September. Mungkin folio yang cikgu anda berikan itu adalah sebagai persediaan awal. Jadi adalah lebih baik Fatin merujuk kepada cikgu disekolah kerana beliau yang mengeluarkan arahan apa yang perlu dibuat.

  345. kalai Says:

    hai cikgu, permohonan sijil LCCI yang kita hantar pada bulan mac sudah diedarkan ke sekolah ke? bila sijil itu akan dikeluakan.

  346. kalai Says:

    cikgu saya nak mengajar pelajar LCCI tetapi saya bukan daripada jurusan perakaunan. boleh saya mendapat bantuan cikgu untuk mendapatkan bahan rujukan. boleh tak cikgu berikan saya cadangan.

  347. Cg Narzuki Says:

    Permohonan Sijil LCCI bagi pelajar SPM2009 akan siap kemungkinan Mac tahun hadapan, ianya akan diedarkan bersama2 Sijil SPM nanti.

    Bahan2 seperti buku rujukan dan kertas soalan tahun2 lepas boleh dibeli di Pejabat LCCI PJ Selangor ataupun layari laman LCCI bagi mendapat maklumat lanjut.
    http://lcciasia.com/

  348. maisarah Says:

    cikgu,sy pn cikgu PA tp baru je mengajar tahun nie untuk tingkatan 4 coz sekolah sy baru wujud tingkatan 4.saya ada masalah dlm menyediakan soalan exam.kalo bole sy nk cikgu emailkan kepada soalan akhir tahun form 4 beserta skema jawapan sekali.pertolongan cikgu dapat memecah kebuntuan saya.terima kasih

  349. Cg Narzuki Says:

    Cg Maisarah,
    Tingkatan 4 tahun ini sepatutnya menggunakan Format Pentaksiran baru. Jadi format soalannya tidak sama dengan soalan tahun2 lepas. Saya cadangkan cikgu rujuk Format Pentaksiran SPM 2011 terlebih dahulu. Jika ada masalah boleh hubungi saya untuk perbincangan lanjut / kongsi pandangan / bertukar2 pendapat melalui email cgnarzukionline@gmail.com. Soalan periksa ni SULIT untuk dibincangkan disini, nanti pelajar tahu.

  350. azfa Says:

    salam,saya dah download perisian k3 T4 FOO series tapi saya tak dapat membukanya. Perisian apakah yang paling sesuai untuk membuka fail tersebut? Diharap cikgu dapt membantu saya.TQ

  351. Cg Narzuki Says:

    Fail tersebut dalam format Excel cuma tukarkan ke format ZIP bagi memudahkan muat turun. Sebelum ianya boleh digunakan terlebih dahulu perlu di buka (Extract) menggunakan program WINZIP atau seumpamanya.

  352. aziey anna~ Says:

    cikgu….
    lau nk tngok tugasan cmne ek??

  353. ujie Says:

    cikgu, nak tnye ni….soalan no 2 (Paper 2) kertas SPM 2009…
    maklumat tambahan (ii) Pada 29 November 2008, pulangan jualan RM 250 telah diterima tetapi Nota Kredit hanya dikeluarkan pada 1 Disember 2008. Pulangan ini belum direkodkan dalam mana-mana buku dan belum diambil kira dalam penilaian stok. Barang niaga ini telah dijual pada harga kos + 100% tokokan.
    confuse….. merujuk pada skema jawapan yang diberi…. Stok akhir selepas penilaian ialah… RM 23 000+ 125. knpe cikgu…bleh terangkn?
    mungkin juga sebab lambat terima nota kredit??? selama 2 hari…so 250/2=125

  354. Cg Narzuki Says:

    Ok, pulangan jualan berlaku, maka STOK AKHIR perlu diselaraskan, iaitu kena tambah STOK yang dipulangkan bagi mendapat NILAI STOK AKHIR.
    Sebabnya bukan begitu…… STOK AKHIR akan dinilai mengikut NILAI KOS, jadi persoalannya berapakan nilai kos bagi barang yang dipulangkan itu ?

    Harga jualan RM250, TOKOKAN 100% bermaksud ianya dijual dengan UNTUNG 1 kali ganda (untung kasar = kos jualan), iaitu :
    HARGA KOS = 125
    Untung = 125 ( 1 kali ganda)
    Harga Jual = 250

    Maka, NILAI KOS STOK yang dipulangkan ialah RM125.
    Nilai STOK AKHIR akan bertambah = 23 000 + 125 = 23 125

  355. ujie Says:

    terima kasih atas penerangan cikgu….
    sy baru mengajar PA tahun ni… Form 4…and ada paper 3 plak… sy nak tnye cikgu, dokumen yang pelajar2 guna sebagai bukti urusniaga, adakah dokumen yang original ataupun fotostat?

  356. Cg Narzuki Says:

    Kedua-dua boleh digunakan tetapi sebaik-baiknya semua dokumen tersebut dibuat dengan komputer bagi memastikan pelajar mendapat markah penuh untuk kertas 3.

  357. ujie Says:

    means.. pelajar kena taip sendiri contoh invois, keratan cek dan sebagainya? so yg membezakan belian dan jualan… pelajar kena letak perkataan ‘Asal’ dan ‘Salinan’ lah kan?…

  358. Cg Narzuki Says:

    Kalau nak memudahkan pelajar cikgu siapkan dokumen2 kosong, nanti pelajar isikan buitr2 yang berkaitan urus niaga mereka. Ya, dokumen mesti lengkap termasuk no siri sekali.

  359. muna Says:

    Apakah aspek yang hendak disemak minggu depan ni?

  360. Cg Narzuki Says:

    Cg Muna,

    Perancangan Pelaksanaan Kerja Kursus bagi setiap negeri mungkin tidak sama. Bagi Negeri Kelantan, minggu depan sepatutnya guru2 menyemak Perancangan Urus Niaga serta memberikan gred dalam Borang Semkan dan Penilaian Guru.

    Antara Semakan yang perlu dibuat :
    1. Cukup Bilangan 40 Urus Niaga mengikut peruntukan setiap Komponen. (Elemen 2.1)
    2. Dokumen yang betul digunakan bagi setiap Urus Niaga.(Elemen 2.1)
    3. Susunan Urus Niaga mengikut Tarikh. (Elemen 5.1)
    4. Urus niaga yang dirancang yang RASIONAL. (Elemen 5.3)

    Tegur hasil kerja pelajar untuk penambahbaikan dan tentukan tarikh hantaran kali 2 (jika perlu). Setelah berpuas hati, minta pelajar hantarkan hasil kerja yang siap bertaip komputer. Dan bersedia untuk penyediaan Dokumen2 Perniagaan.

  361. Jamalul Says:

    Cg,
    Macam nama nak dapat perisian FOO untuk key in markah yang terkini. Sewaktu saya hadiri taklimat, JU kata perisian yang ada belum diupdate, ada bahagian yang tak boleh fungsi.
    Terima kasih

  362. Cg Narzuki Says:

    Cg Jamalul,

    Memang Perisian tersebut masih perlu dikemaskini terlebih dahulu, cuma kita boleh cuba2 dan dapat gambaran kasar tentang perisian tersebut terlebih dahulu. Maaf, saya tidak pasti bila Perisian Terkini akan diedarkan kepada guru2, sama-samalah kita tunggu perkembangannya.

  363. siti aminah Says:

    cg hebatlah…terima kasih kerana membantu….

  364. foong Says:

    cg sila,
    terbaca surat pekeliling berkenaan sijil LCCI, agak keliru tentang pencapaian 6C ke atas bagi Bahasa Inggeris 1119 layak mendapat sijil LCCI level 2. apa kaitannya?

    DAN dengan sijil itu bermakna, jika pelajar ingin mengambil kursus ACCA, boleh dpt exemption untuk subjek accounting ke?

    saya ingat pelajar dapat A baru boleh dapat sijil?
    thank you.
    foong

Leave a Reply