Yearly Archives: 2008

PERMOHONAN KE IPTA GUNA APLIKASI DALAM TALIAN

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan permohonan kemasukan ke institut pengajian awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sepenuhnya mulai sesi akademik 2008/2009.

KPT melaksanakan permohonan aplikasi itu secara dua fasa membabitkan pendaftaran permohonan bagi Fasa 1 dan Pengesahan Permohonan bagi Fasa 2.

Calon lepasan SPM (2006 hingga 2008) dikehendaki mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA Fasa 1 melalui URL https://www.mohe.gov.my yang dibuka mulai Isnin ini dan tarikh tutup permohonan pada 31 Disember ini, menurut kenyataan KPT hari ini.

Kenyataan itu menyebut calon lepasan SPM bagi Fasa 1 hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan perlu mengisi maklumat peribadi, pekerjaan, keluarga, akademik, kategori permohonan dan kokurikulum.

Sementara itu bagi Fasa 2 pula akan dibuka pada Isnin ini mulai 12 tengah hari dan pemohon perlu membeli nombor unik ID dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sumber : Utusan Online Nov2.2008.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 2010

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PRINSIP PERAKAUNAN KBSM

(SEMAK SEMULA 2009)

MULA BERKUATKUASA 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MUAT TURUN :

1. SUKATAN PELAJARAN 2010

2. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kepada : Semua Guru dan Pelajar Muslim.

~ Maaf Zahir dan Batin ~

Daripada : Cg Narzuki

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008

SIJIL LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY (LCCI) BAGI CALON PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Penganugerahan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini bukanlah wajib kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM tetapi sebagai nilai tambah atau value added kepada sijil SPM yang akan dianugerahkan.

Calon yang layak memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ;

1. Calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred 6C bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

2. Calon yang mencapai gred 6C ke atas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts terbuka. Calon yang mencapai gred 7C ke bawah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts dengan pernyataan Bahasa Melayu diterakan pada sijil berkenaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini juga bertujuan untuk memaklumkan mengenai bayaran sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts bagi calon Prinsip Perakaunan SPM seperti ketetapan berikut;

a) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang tidak berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts tidak dikenakan sebarang bayaran selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam.

b) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (Ringgit Dua Puluh Lima sahaja).

c) Calon yang berhasrat boleh membuat bayaran tersebut kepada pihak sekolah masing-masing hanya dalam masa sebulan selepas keputusan peperiksaan SPM tahun semasa diumumkan. Pihak Lembaga Peperiksaan akan mengedarkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts kepada pihak sekolah.

~ APAKAH KOMEN ANDA ~

SALAM RAMADHAN AL~MUBARAK

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.