Yearly Archives: 2008

PEPERIKSAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

TARIKH    : 1 DISEMBER 2008 (ISNIN)

KERTAS 2 : 8.00 hingga 10.30 pagi

KERTAS 1 : 11.10 hingga 12.25 tgh.

MUAT TURUN : JADUAL WAKTU SPM 2008

SOALAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2008

1. KELANTAN (Kertas 1 dan 2, Skema)
2. KEDAH (Kertas 1 dan 2, Skema)
3. SBP-SAS Putrajaya. (Kertas 1 dan 2, Skema)
4. TERENGGANU (Kertas1 dan 2)
5. TIMES GUIDES SDN BHD (Kertas 1 dan 2)
6. PERAK (Kertas 1 dan 2)
7. NEGERI 9 (Kertas 1 dan 2, Skema)
8. JOHOR (Kertas 1 dan 2, Skema)
9. PAHANG (Kertas 1 dan 2, Skema)
10. SELANGOR – SMKDamansara Utama (Kertas 1 dan 2)
11. SABAH-SMKPutatan (Kertas 2 dan Jawapan)
12. PERLIS (Kertas 1 dan 2, Skema)
13. MELAKA (Kertas 1 dan 2, Skema)
14. MRSM (Kertas 1, Kertas 2, Skema)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JADUAL ANALISIS SOALAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008
Disediakan oleh : Cg Rithuwan (Sifu Anda Menulis)

Muatturun Jadual Analisis versi 3 DISINI.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ SEKALUNG PENGHARGAAN ~

Sekalung penghargaan diucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian, kerana telah sama-sama menjayakan usaha pengumpulan Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan bagi tahun 2008.

Cg Ghazali – Kedah
Cg Mohammad – Negeri Sembilan
Cg Ambia – Johor
Cg Sila – Putrajaya
Cg Rithuwan – Sabah
Cg Shamsol – Perak
Cg Norzita – MRSM Pontian
Cg Zakiah – Gombak
Cg Loi Thiam Fatt
Adelyne – Damansara

Semoga usaha yang kita lakukan ini akan membawa kebaikan kepada semua guru dan pelajar Prinsip Perakaunan SPM 2008.

NOTA LENGKAP MATRIKULASI PERAKAUNAN

Kepada guru, pelajar SPM, pelajar Matrikulasi atau sesiapa saja yang berminat untuk dapatkan nota-nota tersebut, boleh dapatkan di sini.

MUAT TURUN NOTA

08-08-08

BAHAN PnP PRINSIP PERAKAUNAN (POWERPOINT)

Panitia Prinsip Perakuanan Hulu Langat, Selangor telah menganjurkan Seminar ICT dalam PnP Prinsip Perakaunan SPM kepada semua guru perakaunan Daerah Hulu Langat pada 23 Jun 2008 yang bertempat di Makmal Komputer SMK Abdul Jalil.

Guru-guru ditugaskan untuk menyediakan bahan-bahan PnP dengan menggunakan Powerpoint bagi semua topik Prinsip Perakaunan bagi Tingkatan 4 dan 5. Dan diharapkan agar semua guru perakaunan akan dapat menggunakan bahan yang disediakan tersebut di dalam PnP kepada pelajar di sekolah masing – masing.

Saya secara peribadi mengucapkan TAHNIAH kepada Panitia Prinsip Perakaunan Daerah Hulu Langat, Selangor kerana telah berjaya menganjurkan seminar ICT tersebut serta berjaya menghasilkan Bahan PnP Prinsip Perakaunan.  Semoga bahan-bahan tersebut bukan saja dapat membantu guru-guru di Daerah Hulu Langat  dalam PnP malah semua guru Prinsip Perakaunan di seluruh Malaysia.

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN

PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

Diharapkan pelajar semua lebih bersedia untuk menjawab soalan prinsip perakaunan pada tahun ini. Ini kerana soalan pada tahun ini terdapat sedikit perubahan ekoran daripada Program dua pensijilan yang baru diperkenalkan, iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI.

Dalam usaha menaiktaraf kelulusan Prinsip Perakaunan SPM ke peringkat lebih profesional, maka beberapa perubahan akan dibuat terhadap soalan pada tahun ini. Di mana GAYA PENYOALAN yang digunakan berlainan sedikit berbanding dengan soalan tahun-tahun lepas. Penilaian dan PEMBERIAN MARKAH juga turut berubah mengikut cara pemarkahan LCCI, di mana penekanan diberikan kepada KEMAHIRAN PERAKAUNAN, seperti kemahiran catatan pelarasan dan pengiraan hendaklah ditunjukkan dalam kertas jawapan.

Semoga usaha menaiktaraf ini, menjadikan Sijil Perakaunan SPM setanding dengan Sijil Profesional Perakaunan lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.