Prinsip Perakaunan SPM
April 25th, 2008 — Cg NarzukiLaman ini akan cuba mengupas dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan mengahdapi peperiksaan SPM khususnya bagi mereka yang berhasrat mengambil Mata Pelajaran Prinsip Akaun.
Panduan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan teknik-teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran ini yang berkisar pada semua tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Prinsip Akaun bagi tingkatan 4 dan 5 sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
Moga-moga panduan ringkas ini akan memberi manfaat kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun bagi peperiksaan SPM. Ianya juga boleh menjadi panduan berguna kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini.
Topik-topik yang akan dibincangkan merangkumi topik Tingkatan 4 dan 5, iaitu :
1. Dokumen Perniagaan
2. Penyata Kewangan
3. Pelarasan Pada Tarikh Imbangan
4. Akaun Kawalan
5. Pembetulan Kesilapan
6. Penyata Penyesuaian Bank
7. Belanjawan Tunai
8. Perkongsian - Pengasingan Untung Rugi
9. Perkongsian - Pembubaran
10. Syarikat Berhad
11. Akaun Kelab dan Persatuan
12. Rekod Tak Lengkap
13. Akaun Pengeluaran
14. Analisis Kos Volum Untung
15. Tafsiran Penyata Kewangan



September 25th, 2009 at 2:41 pm
Assalamualaikum Cg Narzuki.
Prinsip Perakaunan ialah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Vokasional dan Teknologi. Mata pelajaran ini merupakan peluasan dan lanjutan kepada aspek menyimpan rekod yang dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah.
Isi kandungan mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui Prinsip Perakaunan, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.
Matlamat pengajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitikberatkan aspek pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan. Justeru itu, individu berkenaan akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan. Selain dari itu individu tersebut akan berkeupayaan membuat keputusan, peka terhadap kesan-kesan keputusan itu dan bertanggungjawab serta kebertanggungjawaban.
Sumber : Buku Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan, PPK
Laman Sesawang: Prinsip Perakaunan SPM oleh Cikgu Rithuwan Nasir: http://www.sabah.edu.my/csm07003/utama.htm
Akhir kalam, selamat datang ke dunia prinsip perakaunan.
September 28th, 2009 at 9:54 am
cikgu…boleh tak cikgu beri saya kertas spm prinsip perakaunan 2002-2003 kerana saya tidak menjumpai kertas soalan tersebut dan saya amat memerlukan kertas soalan tersebut secepat mungkin?
September 28th, 2009 at 10:23 am
Zalia,
Sila dapatkan daripada bahagian C-MUAT TURUN SOALAN disebelah.
C-Muat Turun Soalan
SPM 1986 – 2005
SPM 1993 – 2003 Jwp
September 29th, 2009 at 11:17 am
salam, cikgu…
bleh saye mintak bbrape tips subject PA utk spm 2010..please..
September 29th, 2009 at 11:18 am
Little girl,
Tips daripada Cg belajar bersungguh2, kuasai semua topik yang ada, jangan ponteng kelas, latihan mesti siap, selalu bertanya guru jika ada masalah, seterusnya persediaan awal.
September 29th, 2009 at 11:32 am
cikgu…yang cikgu suruh download itu hanyalah kertas 2.
Saya mahukan soalan kertas 1 dan kertas 2 bagi SPM 2002-2003.
September 29th, 2009 at 11:33 am
Zalia,
Maaf, cuba dapatkan Buku Koleksi Soalan Tahun2 Lepas terbitan Cerdik di PSS sekolah anda.
October 5th, 2009 at 6:28 pm
salam cikgu..
kenapa tidak ada soalan sebenar spm 2007??
October 6th, 2009 at 11:55 pm
Cikgu,
Boleh tak saya jawab menggunakan pensil dalam exam SPM nanti.
Tq.
October 7th, 2009 at 12:17 am
Ram,
TIDAK digalakkan.
October 7th, 2009 at 10:52 pm
cikgu, sye nk tnye..
ape peluang saya utk melanjutkn pelajaran dlm bidang perakaunan, jika say hnye
ambil matapelajaran akaun, add math, syariah, quran sunnah &arab sbg subjek tmbhn?
terima kasih cikgu..
October 8th, 2009 at 12:02 am
cikgu, adakah spm tahun ni akan masuk rekod x lengkap untuk soalan (2). mengikut analisis trial spm 2009, 7 negeri rekod x lengkap menjadi soalan (2).. apa pendapat cikgu?
October 9th, 2009 at 10:50 pm
cikgu..blh saya dpt soalan trial 2009 bagi negeri yang lain?
terima kasih
October 10th, 2009 at 12:44 am
Anis,
Jangan bimbang, anda masih berpeluang lagi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.
Farid,
Cg tidak berani jamin soalan RTL akan masuk atau tidak, soalan 2 atau soalan lain. Cuma nasihat Cg kuasai topik tersebut sebaik mungkin serta topik2 yang lain juga.
October 11th, 2009 at 10:41 am
Cikgu,
Boleh tak saya menulis perkataan Nota (spt Nota 1) dalam kertas jawapan ia merujuk kepada jalan kerja yang dilampirkan bersama?
Terima Kasih.
Ram
October 11th, 2009 at 10:42 am
Ram,
Boleh, tapi hendaklah ditulis dalam KURUNGAN supaya ianya tidak menganggu BUTIR.
October 18th, 2009 at 6:13 pm
cikgu.. camne nak dapatkan skema paper klantan
October 18th, 2009 at 8:32 pm
Eliz,
Sila dapatkan Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online Jilid 2A – (Set Lengkap K1, K2 dan Skema bagi Negeri 9, Johor, Kelantan dan Melaka)
October 30th, 2009 at 7:38 pm
cg saya perlukan format penyata pendapatan untuk kelab dan persatuan,dan apa2 yanf berkaitan dgn topik tersebut
tolong email saya !
October 30th, 2009 at 7:53 pm
Nazir,
Download saja di bahagian
C-MUAT TURUN BAHAN
Cg Sila – Modul Ting 5
October 31st, 2009 at 10:09 pm
salam cg,
hari ini sy ada seminar akaun di pusat tuisyen..
cg itu kata akaun ppr 2 boleh guna liquid paper..
apa pandangan cg?
October 31st, 2009 at 10:54 pm
Teh,
Penggunaan liquid paper bagi membetulkan kesilapan pada jawapan bagi semua subjek adalah sama, iaitu TIDAK DILARANG. Pada pandangan Cg penggunaannya adalah TIDAK DIGALAKKAN kerana ianya akan mengambil sedikit MASA untuk kering serta tulisan di atas liquid tersebut kadang2 tidak jelas dan ini boleh menyebabkan kehilangan markah.
November 2nd, 2009 at 3:30 am
salam,
masa terlalu suntuk utk belajar semua topik dlm prinsip perakaunan..
pada pandangan cikgu apa topik yg patut saya beri penekanan pada masa sekarang..
sekian..
sica from subang jaya…
November 2nd, 2009 at 8:21 am
Sica,
Sila muat turun Analisis Soalan2 Trial 2009 (klik untuk muat turun) yang disediakan oleh Cg Mohammad melalui Blog beliau di http://cikgumohammadsaid.blogspot.com/
Semoga analisis tersebut dapat memberikan sedikit gambaran tentang topik2 yang dijangkakan keluar dalam SPM oleh setiap negeri.
November 3rd, 2009 at 8:50 pm
cikgu,
adakah topik-topik yang banyak keluar dalam percubaan SPM, biasa dijangkakan keluar dalam SPM sebenar???
saya dengar cikgu saya cakap tahun ini ada sijil LCCI, bagaimanakah boleh dapatkan sijil ini? adakah soalan SPM tahun ini beza dengan tahun tahun lepas?
sebagai contoh, dokumen biasanya atas ada tulis asal,salinan…adakah tahun ini tak tulis?
sekian, terima kasih
November 3rd, 2009 at 8:51 pm
Alice,
Soalan2 percubaan merupakan soalan yang dijangkakan keluar dalam SPM nanti oleh cikgu2 dinegeri masing2.
Pemberiaan sijil LCCI sudah bermula tahun 2007 kepada sekolah2 tertentu (percubaan), manakala pada tahun 2008 pemberian sijil tersebut terbuka kepada semua calon sebagaimana pada tahun ini dan seterusnya. Untuk keterangan lanjut sila ke post berikut : SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008
Soalan SPM 2009 dan 2010 masih menyamai format pada SPM 2008. Format dokumen sememangnya ada ASAL / SALINAN, jika tiada maka dokumen itu tidak lengkap. Pada pandangan Cg ianya akan tetap ada.
November 26th, 2009 at 10:26 pm
salam cg, kalau spm nanti bhg B sy jawab semua.. adakah pemeriksa ambil markah yg paling tinggi atau terus ambil soalan 5?
November 26th, 2009 at 10:34 pm
Teh,
Markah yang paling tinggi akan diambilkira.
November 27th, 2009 at 4:59 pm
A’skum Cg..
sy nak tnye Cg..
Cg Ade x soalan2 sport tahun 2009 ni??
November 27th, 2009 at 5:00 pm
Epy,
Maaf, tiada soalan spot, bagi Cg semua topik kemungkinan masuk. Walau bagaimanapun sebagai panduan boleh rujuk komen Cg di ATAS (klik)
November 29th, 2009 at 6:16 pm
cikgu bagi bahagian dokumen saya tidak tahu bila saya patut buka a/k modal.
November 29th, 2009 at 6:24 pm
cikgu mcm mane nak buka file spm1985-2005 dengan ape yer?? kerna i tak leh bukak file tu
November 29th, 2009 at 6:25 pm
Kohrzuvekar,
Pada kebiasaannya, Ak Modal dibuka berdasarkan catatan permulaan pada 1 hb. dalam Jurnal Am.
me,
fail tersebut merupakan fail ZIP, jadi anda kena buka fail tersebut dengan menggunakan program WINZIP / 7-ZIP (boleh cari di internet) terlebih dahulu.
November 30th, 2009 at 11:58 am
askum cg,
sy nak tahu wajib k kite kene letak tarikh pada lejar dan jurnal khas..jika sy x letak die akn menjejaskan markah sy k??
November 30th, 2009 at 12:19 pm
Telah dijawab dalam post berikut “POS KE LEJAR” (klik)
# sila kemukakan soalan mengikut topik berkaitan yang telah disediakan.
November 30th, 2009 at 12:21 pm
cikgu jika saya tak mahir guna kertas yg disediakan bolehkah saya guna test pad?
November 30th, 2009 at 12:33 pm
Boleh asalkan menyamai format2 yang sepatutnya spt Buku Tunai, Jurnal Am, Jurnal Khas, Lejar. Tetapi jika tidak menggunakan kertas BT,Lejar, Jurnal yang disediakan, anda akan mengorbankan sedikit MASA untuk menyediakan garis2/format tersebut sedangkan MASA sangat penting dan terhad semasa manjawab peperiksaan nanti.
November 30th, 2009 at 12:35 pm
saya sangat keliru apabila lihat kertas lejer itu lol,kalau saya buat di test pad senang cuma lukis bentuk T sahaja.
November 30th, 2009 at 12:41 pm
cikgu,nak tanya jika angka dlm KKK atau PP letak pada kolum yg salah akan mengakibatkan saya tidak dapat markah?
November 30th, 2009 at 12:42 pm
Boleh asalkan cara penulisannya menyamai format Lejar, iaitu ada lajur tarikh, butir dan jumlah, di sebelah debit dan kredit.
November 30th, 2009 at 12:52 pm
cikgu,adakah angka dlm KKK atau PP tersilap letak pada kolum yg salah akan mengakibatkan saya tidak dapat markah?
November 30th, 2009 at 12:53 pm
Tengok pada keadaan, jika ianya menyebabkan format / operasi yang terlibat berlainan, maka dikira salah. Contohnya dalam KKK, ABS dan AS dalam satu lajur yang sama dan dijumlahkan kemudian ditolak dengan LS untuk mendapatkan modal kerja, maka dikira salah.
Sekiranya tidak menjejaskan apa2, ianya boleh diterima.
November 30th, 2009 at 3:50 pm
faham,terima kasih cikgu.harap esok dapat jawap dengan lancar.
November 30th, 2009 at 8:45 pm
soalan spot utk esk xde ke?
November 30th, 2009 at 9:00 pm
Maaf, Cg tiada soalan spot. Gunakan masa yang seadanya ini untuk ulangkaji sepintas lalu setiap topik serta soalan2 kertas 1… lihat kembali latihan2 yang lalu, ingatkan format2 yang terlibat serta langkah2 penyediaannya.
~ Semoga Berjaya.
December 1st, 2009 at 3:02 pm
askum cikgu,,cikgu dh lhat ke blm soalan final exam,,, cikgu sy ad sdkit kmushkilan soalan no 2,,,,iaitu akaun perdagangan dan untung rugi,,,,,,btul kah cikgu kena bt dlm bentuk penyata……..????sy bt ap yg soalan bg….salh atau btul sy bt mcm tu….
December 1st, 2009 at 3:03 pm
Dari segi format tidak menjadi masalah bagi soalan 2, sama ada disediakan dalam bentuk Akaun / “T” ataupun dalam bentuk Penyata, kedua2nya diterima, tidak ada sebarang penolakan markah.
December 2nd, 2009 at 12:49 pm
cikgu xde..jawapan utuk kertas 1..spm 2009
December 2nd, 2009 at 1:09 pm
Nanti bila free nanti, Cg sediakan.
December 2nd, 2009 at 8:37 pm
cikgu, adakah tahun ini graf akan menurun….? jika menurun brapa markah bleh dpt A…???
December 2nd, 2009 at 8:38 pm
Maaf, diluar pengetahuan Cg. Maklumat tersebut adalah SULIT dan hanya pengawai2 tertentu di Lembaga Peperiksaan KPM sahaja yang mengetahuinya.
December 2nd, 2009 at 9:00 pm
ok.. cg ada tak jawapan utk paper 1?
December 2nd, 2009 at 9:05 pm
Maaf, sekarang ini Cg tiada soalan kertas 1 kerana tertinggal di sekolah, jadi tak dapat nak menyediakan jawapannya.
December 2nd, 2009 at 9:27 pm
ok ok.. thanks cg.
December 3rd, 2009 at 10:13 pm
1.A 2.A 3.D 4.A 5.B 6.A 7.A 8.D 9.C 10.B 11.C 12.C 13.C 14.C
15.B 16.B 17.A 18.D 19.D 20.C 21.A 22.D 23.D 24.A 25.B 26.A 27.B 28.C 29.C 30.D 31.C 32.B 33.B 34.C 35.D 36.B 37.A 38.B 39.B 40.C
December 3rd, 2009 at 10:14 pm
Terima kasih eric.
December 3rd, 2009 at 11:01 pm
cg, maklumat tambahan kedua soalan 2 (pulangan jualan) perlu tolak?
December 3rd, 2009 at 11:40 pm
Cg telah berikan komen tentang soalan tersebut dalam post BERIKUT (klik)
December 4th, 2009 at 2:10 pm
Cg…soalan kertas 1 no 13 dan 19 ada kesilapan kan? Dalam soalan 13 butiran diskaun diberi sepatutnya diskaun diterima. Soalan 19 Akaun itu patutnya Ak SewaDibayar baru ada jawapan. Betul tak cg?
December 4th, 2009 at 3:54 pm
Maaf, saya tidak dapat bagi respon sekarang, kerana tiada soalan Kertas 1.
December 6th, 2009 at 8:46 pm
salam cg, sy x faham cg mksud pinjaman berkadar faedah….
boleh tolong terangkan? cth ader kt dalam soalan spm 2009 kertas 2, soalan 2….
December 6th, 2009 at 9:38 pm
Semua Pinjaman akan dikenakan faedah mengikut kadar2 tertentu, dan ianya dipanggil Faedah Pinjaman.
Pada pandangan Cg, item yang terlibat hanyalah PINJAMAN (10000+6000) 16000 …. Liabliti Bukan Semasa dalam KKK.
Oleh kerana terdapat 2 pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang berbeza, maka dinyatakan dalam soalan sedemikian rupa bagi memudahkan calon melakukan pengiraan terhadap FAEDAH PINJAMAN.
1. Faedah Pinjaman 1 = 12% x 10000 = 1200
2. Faedah Pinjaman 2 = 10% x 6000 = 600
Maka,
Faedah Pinjaman = 1200+600 = 1800 …. BELANJA (PP)
Faedah Pinjaman (dlm ID) 1350 …. jumlah yg telah dibayar.
Maka, Pelarasannya :
Faedah Pinjaman Terakru = 1800 – 1350 = 450 ….LS (KKK)
December 6th, 2009 at 10:10 pm
terima kasih cg, tp kenape dlm maklumat tmbhn pinjaman berkadar faedah dicatat dlm masa 10 tahun?? Ada kaitan dengan ID ke?
December 6th, 2009 at 10:39 pm
Dalam maklumat tambahan menyatakan lebih detail tentang pinjaman tersebut. Iaitu bila tarikh mula pinjaman itu dibuat dan bila tarikh tamat. Manakala dalam ID hanya menunjukkan Jumlah setiap pinjaman tersebut sahaja.
Daripada tarikh2 tersebut, kita dapat mengetahui bahawa pengiraan untuk Faedah Pinjaman adalah untuk genap setahun, jadi kita hanya X 12% dan X 10% sahaja.
Setiap PELARASAN yang kita lakukan adalah untuk mengambil kira HASIL dan BELANJA yang dilibatkan dalam TEMPOH PERAKAUNAN SEMASA sahaja. Itulah sebab jika TERDAHULU pelarasannya kena TOLAK, manakala jika TERAKRU pelarasannya kita kena TAMBAH. Pelarasan2 yang dilakukan itu adalah mematuhi KONSEP PEMADANAN.
December 6th, 2009 at 10:44 pm
ohh, maknanye ID tu dikira sbg 1 tahunla??? Dlm maklumat tambahan cume nk britahu berape lama kita bwat pinjamankan?? ok cg, terima kasih byk2, sy nie pelajar spm 2010, jd kertas nie sy dpt laa dr cg tusyen sbg latihan… apa pe pun, say hargai penjelasan cg td,terima kasih!!
December 7th, 2009 at 2:09 pm
salam…
cg, kesilapan dlm kertas 1 ni dikira bagaimana? adakah menjadi soalan bonus? ataupun jawapan terhampir diterima… minta pandangan…
December 8th, 2009 at 12:27 am
Boleh ke dimajukan komen tentang kesilapan dalam kertas 1 ini ke pihak LPM? Mungkin ini tidak disedari kerana tiada ralat disertakan. Pasti beri kesan kepada markah murid.
December 8th, 2009 at 7:51 am
Kedua-dua soalan yang silap itu melibatkan semua calon. Oleh itu, pada pandangan saya, soalan yang wujud kesilapan seperti itu seharusnya tidak diambil kira dalam pengiraan markah supaya perbandingan markah atau prestasi antara calon akan menjadi lebih adil dan objektif. Saya rasa LPM dan MPM berpengalaman dan adalah rasioanl dalam hal ini.
December 8th, 2009 at 11:09 am
Dalam hal ini pihak LP akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi keadilan kepada semua calon2 SPM pada tahun ini. Jadi kita cikgu2 tak payah bimbang tentang perkara tersebut kita serahkan saja kepada LP menyelesaikannya.
December 9th, 2009 at 2:59 pm
cikgu,..saya calon spm tahun ni..
i nak tanya kertas2 soalan 4…
bahawa mesin pembancuh perlu diambil kira sebagai kos tetap kah??
i pernah buat banyak soalan yang berkaintan dengan bab ini…
tetapi adanya jawapan yg ambil kira mesintu sebagai k.tetap..dan ada juga tidak ambil kira..dan juga cikgu saya banyak kali suruh kami tidak ambil kira ni sebagai kos teap..kerana ini adalah ABS…
so,dalam keadaan ini perlukah saya anggap ni sebagai k.tetap??sekiranya mempunyai susut nilai mesin,barulah tidak diambil kira??
December 9th, 2009 at 3:18 pm
cilkgu…berapa markah boleh dapat A+??thx..^^
December 12th, 2009 at 10:28 pm
assalamualaikum cg, nk tanye, sy mahu cg beri p’jelasan ttg soalan yg sy beri…
Berikut di bawah adlh sebahagian Imbagn Duga pd 31 Julai 2009
Cth :
Debit
Promosi 1238
Maklumat tambahan :
1.Belanja promosi termasuk bayaran iklan yang akan ditayangkan di televisyen mulai bulan Ogos 2009.
cg tolong jelaskn perkare ini, terima kasih. klu boleh tolong beri jalan kerjenyer…
December 13th, 2009 at 10:17 pm
Leong,
Berkaitan dengan soalan 4 kertas 2 SPM2009, Sila rujuk komen Cg DISINI.
Cg tak tahu markah sebenar untuk dapat A+, anggapkan saja 90 markah ke atas.
Safone,
Setiap pelarasan melibatkan 2 akaun :
(Katakan bayaran iklan adalah RM200-jumlah sebenar rujuk soalan)
1. Ak Promosi (1238 – 200) … RM1038
2. Ak Iklan ………………………..RM200
Ak Promosi terpaksa diTOLAK kerana RM200 tersebut adalah untuk Belanja Iklan, dan wujukkan Ak Iklan RM200 (jika belum ada), jika telah ada TAMBAHkan di Ak Iklan tersebut sebanyak RM200.
December 15th, 2009 at 2:37 am
saya nak memohon cntoh soalan spm kelantan 2009
December 16th, 2009 at 1:57 am
cikgu….
blh ckgu senaraikan kegunaan setiap jenis laporan kewangan di dalam pembuatan keptusan…sy arap sgt….puah sy mncri tp xdpt bhn utk bwt assgmnt sy..thnks..=]
December 17th, 2009 at 12:43 am
Nadia,
Cg minta maaf kerana tiada “contoh soalan spm kelantan 2009″.
Nik eiqha,
Cg sekarang sibuk sedikit, jadi buat masa ini cg tidak dapat memberikan bantuan. Haraf Maaf.
December 24th, 2009 at 9:54 pm
cg nak tanye ckit soalan spm taun nie susah ke senang drpd taun lepas…….
December 25th, 2009 at 11:07 am
merujuk kepada komen cgu ttg faedah pinjaman dlmspm 2009…cgu nyatakn faedah pnjaman sbyk 1200+1600=1800 sbgai belanja.bukankah hanya 1350 shj blnja faedah pnjaman yg perlu diambil kira dlm PP.krana hanya 1350 shj yg sudah dbyr kan
December 25th, 2009 at 11:12 am
ooo…sy rasa btl la 1800 diambil kira sbg belanja..krana tmbh ckali dgn yg terakru hjg tahun kan…emmm…
January 4th, 2010 at 8:24 pm
cikgu..
sya tngkatan 3 (pmr 2009) .. sya mmg bermnat nk jdi akauntan.. sbjek ape yg perlu sya ambil unt0k tngkatan 4 nnti???….
January 4th, 2010 at 10:58 pm
Sekiranya anda memang berminat jadi akauntan, adalah lebih baik ambil subjek prinsip perakaunan di tingkatan 4 & 5 sebagai persediaan awal.
January 6th, 2010 at 12:03 pm
Hi cg,
cg, bila saya boleh dapat modul baru untuk silibus 2010? Sebab sekolah saya belum edarkan modul lagi.
Ada e-version yang boleh di”download”?
January 6th, 2010 at 12:18 pm
Entahlah, bila modul tersebut akan dikeluarkan. Saya pun masih belum menerimanya lagi … sama-sama kita tunggu dan lihat.
January 8th, 2010 at 3:53 pm
salam
saya ibu kepada seorang anak yang perlu bimbingan guru tuisyen prinsip akaun,ekonomi dan bahasa inggeris mengjar di rumah. boleh tak cikgu mencarinya untuk saya dikawasan cheras.ramai guru diluar sana.tetapi saya nak Cg carikan.boleh
January 8th, 2010 at 6:22 pm
Maaf, kerana tidak dapat membantu Pn Zarina, ianya diluar keupayaan saya yang berada jauh di Kelantan.
** Sekiranya ada cikgu-cikgu yang sudi, sila hubungi Pn Zarina melalui email berikut: zarina@um.edu.my
January 8th, 2010 at 10:48 pm
Adakah benar PA akan ikut syallibus yand baru tahun depan , soalan dokumen akan dikeluarkan dari kertas 2 dan diganti dalam Kertas yang baru ? Bersyukur kalau cikgu dapat tunjuk ajar.
Terima kasih
January 8th, 2010 at 11:12 pm
Sukatan Pelajaran baru telah bermula pada tahun ini bagi Tingkatan 4. Jadi format pentaksiran SPM 2011 kemungkinan besar akan mengalami perubahan, cuma format sebenar yang akan digunapakai masih belum dikeluarkan secara rasmi lagi.
January 12th, 2010 at 4:02 pm
assalammualaikum warahmahtullahi wabarakatuh ehrmm… boleh cgku tambah kan ckit di web ckgu ni tentang sejarah2 badan perakaunan?
January 12th, 2010 at 4:03 pm
Waalaikumussalam… terima kasih atas cadangan tersebut.
January 12th, 2010 at 4:27 pm
Hi cg,
Kenapa link untuk download modul prinsip perakaunan 2010 tidak valid? saya tak dapat download… cg boleh tolong?
January 12th, 2010 at 4:31 pm
Cg, saya berjaya download sekarang. Terima kasih atas sumbangan cg dalam membekalkan maklumat dalam masa yang cepat.
January 12th, 2010 at 4:32 pm
Semoga rakan guru dapat menafaatkan sepenuhnya Sumber Bahan PnP Prinsip Perakaunan tersebut.
January 13th, 2010 at 12:17 am
Cg,
Saya di tingkatan 5 dan mengambil tuisyen Prinsip akaun di samping belajar di sekolah. tapi cikgu tuisyen saya mengajar bab akaun kawalan manakala cikgu sekolah mengajar bab belanjawan tunai. adalah betul cikgu tuisyen bermula dengan bab akaun kawalan.
terima kasih.
salam.
January 13th, 2010 at 12:18 am
Zati, bab-bab di Tingkatan 5 tidak saling berkaitan secara langsung sebagaimana bab-bab dalam tingkatan 4. Jadi mana-mana bab boleh diajar dahulu, ianya bergantung kepada perancangan guru tersebut. Kesimpulanya, kedua-dua guru anda adalah betul.
January 13th, 2010 at 10:11 pm
thanks usaha cgu for uploading modul baru ting4..sy dah download ia…satu usaha yg baik.
January 14th, 2010 at 12:07 pm
cikgu, ada tak perubahan berlaku dalam format SPM 2009 terkini untuk pelajar tingkatan 5 sekarang(sukatan lama) dari segi bab dan kewujudan kertas 3
January 14th, 2010 at 8:39 pm
cg sya dah tgok soalan taun lps agak susah banding 2 taun lps n tauh nie gune a+ or a1
January 14th, 2010 at 8:40 pm
Mages Khan,
Format Pentaksiran SPM yang baru akan mula digunapakai pada SPM 2011 nanti. Jadi format pentaksiran bagi SPM 2010 masih lagi menggunakan format yang SAMA sebagaimana format SPM 2008 dan SPM 2009.
Fizah, mulai SPM 2009 sistem gred menggunakan A+, A, A- dan seterusnya.
January 15th, 2010 at 1:51 am
cikgu, saya ada buat blog utk membantu para pelajar spm yg ada masalah dlm subjek ini.. Ini blog saya http://spmakaun.blogspot.com Harap cikgu boleh luangkan masa utk berkunjung dan bagi komen dan apa2 cadangan cikgu utk meningkatkan kualiti blog saya.. Saya betul2 ingin membantu para pelajar dalam subjek ini.. Buat pelajar lain juga, boleh berkunjung dan beri komen atau soalan.. Saya akan cuba membantu anda..
January 15th, 2010 at 1:53 am
cikgu, kat mana saya boleh dapat jawapan atau skema jawapan ke utk paper 2 spm 2009?
January 15th, 2010 at 2:11 am
Tahniah saya ucapkan di atas kelahiran Blog saudara dalam usaha membantu para pelajar prinsip perakaunan. Saya telah lawati blog tersebut, ianya satu permulaan yang baik. Pada peringkat awal pembinaan blog, kita kena fikirkan kerangka utama pengisian blog kita, supaya mudah untuk kita masukkan input2 secara lebih kemas dan berstruktur. Cadangan saya sediakan kerangka tersebut dahulu kemudian baru dimasukkan input2 secara beransur2.
Skema jawapan sebenar hanya berada di Lembaga Peperiksaan sahaja dan ianya adalah SULIT.
January 15th, 2010 at 10:18 am
terima kasih atas nasihat….penambahbaikan akan dilakukan.saya akan jadikan web cikgu narzuki sebagai benchmark dalam pengendalin blog dan seterusnya web…
January 15th, 2010 at 4:44 pm
terima kasih cikgu, saya akan cuba memperbaiki dan menambah baik lagi blog saya.
January 15th, 2010 at 4:45 pm
Sama-sama, semoga kita sama-sama memberikan sedikit sumbangan kepada rakan-rakan guru, dan yang lebih penting kepada pelajar semua. InsyaAllah.
January 17th, 2010 at 12:54 pm
Hi, cg
Kalau pelajar science stream mengambil subjek Prinsip Perakaunan sebagai mata pelajaran tambahan, bagaimanakah folio (kertas 3) yang disediakan oleh mereka disemak dan dinilai sedangkan mereka tidak menyertai kelas di sekolah.
Terima kasih cg.
January 17th, 2010 at 12:57 pm
Maklumat tentang Format Pentaksiran yang akan digunapakai SPM 2011 masih belum lagi dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM. Jadi saya tidak dapat berikan apa-apa komen mengenainya, sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya nanti …..
January 18th, 2010 at 10:28 am
assalamualaikum ckgu , apa pandangan ckgu tentang soalan kedua spm tahun 2009 ? maklumat tambahannnya yang terlalu padat buatkan saya susah untuk memahaminya ..
January 18th, 2010 at 10:47 am
Waalaikumussalam, itulah antara gaya penyoalan yang akan dimukakan ditahun2 hadapan terutamanya 2 soalan Anchor Item. Di mana pelajar perlu betul2 faham dan menguasai kemahiran perakaunan, bukannya sekadar hafal format semata-mata.
January 20th, 2010 at 5:01 pm
salam. saya pelajar f6. saya nak tanya beberapa soalan.
1) apakah ciri-ciri syarikat awam bhd dan sdn bhd
2) perbezaan diantara milik tunggal,perkongsian,syarikat dan koperasi.
3) memorundum syarikat
4) tatawujud syarikat
5) perbezaan diantara saham dengan debentur.
January 20th, 2010 at 6:12 pm
Myn,
Maaf, Cg tak akan jawab disini, walau bagaimanapun Cg sediakan Nota Perakaunan Syarikat (klik) untuk dijadikan rujukan.
January 28th, 2010 at 11:09 pm
hi
cikgu
saya tak dapat cari jawapan spm kertas 2 pada tahun 2001~
mana saya boleh dapat itu
terima kasih
January 28th, 2010 at 11:11 pm
Cadangan jawapan soalan2 SPM boleh diperolehi daripada Buku Koleksi Soalan2 Peperiksaan terbitan Cerdik.
February 2nd, 2010 at 4:16 pm
Salam cikgu,
Terima kasih kerana sudi berkongsi Modul Prinsip Perakaunan 2010. Saya guru tuisyen mengajar subjek ini dan selalu menjadikan blog cikgu sebagai rujukan.
Apabila diteliti modul tsb, ia melibatkan topik Tingkatan 4 dan 5. Adakah untuk SPM 2010 ini terpakai? Atau hanya untuk pelajar SPM 2011 sahaja?
February 2nd, 2010 at 5:25 pm
cikgu sy dengar yg tahun hadapan calon spm mesti buat kerja kursus akaun..betulkah apa yg sy dengar n???
February 2nd, 2010 at 5:40 pm
Cg Saudah,
Sukatan Pelajaran Baru digunapakai untuk pelajar tingkatan 4 tahun 2010 dan diteruskan di tingkatan 5 tahun 2011 nanti. Pelajar tingkatan 5 tahun 2010 masih ikut sukatan lama.
Love akaun,
Perkara tersebut masih belum ada hitam-putih, ini kerana Format Pentaksiran Baru SPM 2011 masih belum dikeluarkan lagi.
February 4th, 2010 at 4:08 am
cikgu, kat mana boleh saya dapatkan skema permarkahan yang lebih terperinci bagi soalan kertas 2 prinsip perakaunan?
February 4th, 2010 at 8:41 am
Skema Soalan SPM adalah SULIT dan hanya ada di Lembaga Peperiksaan sahaja.
February 8th, 2010 at 10:32 pm
salam cg,
nk tnya penyata kewangan dgn pelarasan ni pnting jgk k?
sy br form 4 tp ada la tgk2 buku rjukan….pelarasan ni msuk jgk ke dlm exam?…terima kasih.
February 8th, 2010 at 10:35 pm
Salam, itu topik/kemahiran yang paling penting perlu dikuasai oleh pelajar, ini kerana tujuan utama penyediaan rekod perakaunan adalah untuk menyediakan PENYATA KEWANGAN perniagaan pada akhir sesuatu tempoh perakaunan. Dan topik penyediaan penyata kewangan dengan pelarasan tersebut boleh dikatakan wajib akan keluar dalam peperiksaan nanti.
February 9th, 2010 at 12:31 pm
Salam sejahtera, Cg Narzuki,
Saya ni dah lama tak mengajor PA, opsyen memang PA tapi sejak posting tahun 94, baru tahun ni kena ngajar PA. memang banyaklah perkara baru dalam sukatan 2010 ni, dan terima kasih kerana maklumat yang saya perolehi banyak membantu dan nampaknya kena banyak buat rujukkan kerana banyak yang dah lupa, …….
February 12th, 2010 at 8:50 pm
emm cg….dlm semua chapter f5,tjuk mne yg pnting yg sering atau mmg wajib kluar dlm paper2 heh??? tenq
February 12th, 2010 at 8:51 pm
Semua tajuk tingkatan 5 penting dan perlu diberikan perhatian, kerana setiap satu berkemungkinan akan keluar dalam SPM nanti.
February 20th, 2010 at 1:05 pm
ckg,
mcm mane nk kuasai sume subjek akaun…
sblm spm??
February 20th, 2010 at 2:47 pm
Kuasai setiap bab satu per satu, pastikan FAHAM apa yang cikgu ajar dan tahu apakah TEKNIK MENJAWAB bagi setiap topik tersebut. Buat semua LATIHAN yang diberikan, selalu berTANYA guru jika ada masalah dan perbanyakkan latihan soalan SPM dan percubaan tahun2 lepas.
February 25th, 2010 at 11:02 pm
salam
ckg,mcm mana utk fhm prinsip akaun ni dgn lbh cepat??
sy keliru tentang debit dan kredit
February 25th, 2010 at 11:05 pm
Cara paling cepat faham, ialah berTANYA cikgu anda secara langsung, minta tunjuk ajar beliau.
February 26th, 2010 at 11:58 pm
selamat sejahtera..
saya nk tanya..memandangkan ada sukatan baru..mana sye nk dptkan buku rujukan dan buku latihan[yg mempunyai sukatan baru]….
February 27th, 2010 at 12:17 am
Kalau tak silap saya .. Buku Longman dan Pelangi terbitan 2010 telah menggunakan HSP baru.
February 27th, 2010 at 12:53 am
sekadar berkongsi, saya dapati buku Prinsip Perakaunan terbaharu terbitan Pelangi, adalah lebih baik dari Longman pearson. Buku Longman langsung tidak mengandungi perkara perakaunan Islam, tetapi buku Pelangi ada.
February 27th, 2010 at 10:53 am
salam cg..
mcam mana nak kuasai tajuk penyata pendapatan,KKK,penyata perdagangan,dengan belanja terakru semua tu…saya lemah sangat dengan topik form4
February 27th, 2010 at 11:26 am
Sifu2b, terima kasih atas maklumat tersebut.
Amalina,
1. Format Penyata Pendapatan dan KKK – mesti INGAT dan FAHAM.
2. Kuasai pelarasan satu per satu, setiap jenis pelarasan ada caranya yang tersendiri. Apa yang penting setiap pelarasan akan melibatkan 2 AKAUN, sedikit pengiraan kemudian kenalpasti kesan keatas 2 AKAUN tersebut, perlu diTAMBAH atau diTOLAK.
March 3rd, 2010 at 5:16 pm
hi cikgu saya nak tanya sekarang saya tingkatan 5 tetapi saya tidak boleh buat latihan tingkatan 4 macam mana ye? masih sempat ke untuk catch up pelajaran saya
March 3rd, 2010 at 5:32 pm
Asalkan anda berusaha bersungguh2, anda pasti boleh. Pernah beberapa tahun lalu 10 orang pelajar Cg hanya mula belajar akaun bulan April semasa di tingkatan 5 dan semuanya lulus dengan cemerlang. Dan 3 orang daripada mereka sekarang ini sedang mengikuti program Ijazah Sarjanamuda Perakaunan di UiTM dan Ijazah Sarjanamuda Perbankkan di UIA.
March 6th, 2010 at 9:21 pm
hai cikgu saya nadiah pelajar dari bukit indah ampang gombak.saya sekarang tingkatan 4.baru-baru ni cikgu di sekolah saya ada memaklumkan bahawa tahun ini ada sylivus baru.jadi dalam buku rujuk saya tidak mempunyai sylivus yang baru.jadi saya ingin meminta jasa baik cikgu untuk membuat nota ringkas untuk pelajar-pelajar perakaunan.sekurang-kurangnya perlajar-pelajar boleh download nota-nota tersebut di laman web cikgu untuk kegunanan semasa sesi pembelajaran.saya amat berharap cikgu dapat membantu saya dalam mencari nota-nota perakaunan ini.
terima kasih.
March 6th, 2010 at 10:31 pm
Nadiah,
Sebagai pelajar, adalah lebih berkesan sediakan nota ringkas sendiri setelah baca buku2 rujukan dan mendengar penerangan daripada cikgu anda. Pada masa ini, buku rujukan yang menggunakan sukatan baru ialah buku terbitan Pelangi (lebih lengkap) dan Longman 2010.
March 8th, 2010 at 11:06 am
Cikgu, ada tak format Penyata Pendapatan berubah pada sukatan baru? Perlukah masukkan catatan Kontra dalam Penyata Pendapatan seperti Belian – Pulangan Belian -Diskaun diterima?
March 13th, 2010 at 12:29 pm
cikgu, saya sangat lemah dlm perakaunan, tahun ini saya menghadapi spm’10, baru-baru ujian bulanan pertama saya mendapat 50% dan saya dari aliran sains akaun, kwn2 saya dari akaun mendapat markah lebih tinggi dari saya ; sob,sob, sedih!
March 13th, 2010 at 1:45 pm
Peluang untuk skor A+ masih terbuka luas dihadapan, asalkan RAJIN buat LATIHAN, berTANYA kawan2 ataupun sebaik2nya guru jika menghadapi apa2 masalah.
March 20th, 2010 at 11:00 am
Cikgu, Jika satu bangunan dibeli pada tahun 2005 dengan harga RM150,000 dan nilai pasaran bangunan tersebut naik ke RM200,000 pada tahun 2010 selepas penilaian dibuat, berapakah nilai bangunan yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2010?
March 20th, 2010 at 11:35 am
Cuba baca dan fahami apakah yang dimaksudkan dengan KONSEP KOS SEJARAH. Setelah faham, Cg pasti anda dapat jawapannya.
March 30th, 2010 at 4:05 pm
hai cg narzuki, terima kasih atas sumbangan kamu kepada semua guru akaun. saya adalah guru sekolah swasta dan sekolah swasta. oleh yang demikian saya tidak tahu perkembangan semasa dalam subjek prinsip perakaunan. saya perlukan bantuan cg bagi mengetahui segala perubahan yang berlaku dalam subjek akaun.
March 30th, 2010 at 4:31 pm
Sama-sama, sila kunjungi blog ini dari semasa ke semasa bagi mengikuti perkembangan terbaru prinsip perakaunan.
April 9th, 2010 at 5:00 pm
ade tk tips snang utk hfal formula??
April 18th, 2010 at 1:08 am
salam cikgu..ada peluang x untuk saya melanjutkan pelajaran dlm bidang perakaunan jika saya tidak mengambil add math.tetapi diganti dengan ICT..??dan universiti timur tengah yang mana menyediakan kos akaun ni??
April 18th, 2010 at 7:36 am
Salam,
Walaupun tidak mengambil add mate, anda masih berpeluang untuk melanjutkan di bidang perakaunan di IPT, hanya tidak dapat ke Matrikulasi Perakaunan sahaja. Maaf, Cg tidak pasti U timur tengah mana yang menawarkan kos akaun, tapi yang penting ianya diiktiraf oleh kerajaan malaysia. Ianya boleh disemak di laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
May 13th, 2010 at 2:59 pm
salam,
saya pelajar tingkatan 4 dari sekolah Maahad Saniah P.P.K.
saya ingin bertanya bagaimana cara-cara untuk memudahkan saya memahami segala apa yang diajar oleh guru..?
May 13th, 2010 at 4:41 pm
saya nak tanya, dalam kunci kira-kira, kalau alih bank ke overdraf bank adakah ia akan menjadi negatif???boleh bagi tips tak untuk menyediakan penyata pendapatan..
May 13th, 2010 at 4:50 pm
Zed,
Selalulah BERTANYA apabila tidak faham dan dapatkan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR secara langsung daripada guru semasa atau selepas waktu PnP.
Ismail,
Dalam KKK bukan main alih-alih gitu. Akaun Bank boleh wujud dalam 2 keadaan :
1. Berbaki Debit – Bank di kelaskan sebagai ASET SEMASA dalam KKK.
2. Berbaki Kredit @ dikenali sebagai Overdraf Bank, maka dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA dalam KKK.
Bagi Penyata Pendapatan, dapat kenalpasti item2 Jualan Bersih, Kos Jualan, Belanja dan Hasil. Fahami kedudukannya dalam Penyata Pendapatan serta ingat formatnya.
May 13th, 2010 at 8:21 pm
terima kasih..sekarang baru saya faham..terima kasih atas maklumat daripada cikgu…
May 16th, 2010 at 1:36 am
cikgu,buku teks baru bila keluar kpd pelajar????
May 16th, 2010 at 5:23 pm
cikgu..bantu saya ..saya tidak begitu memahami bab tingkatan 5. syarikah berhad.bagaimanakah cara untuk memahaminya ..kerana peperiksaan semakin hampir .bantu saya
May 16th, 2010 at 7:43 pm
salam cg,
SeLaMaT hArI gUrU,
Moga dimurahkan rezeki dan ditambah keberkatan dalam umur dan rezeki and also moga bahagia selalu…HEPY SOKMO
May 17th, 2010 at 9:01 am
salam..pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat hari guru buat cikgu..semoga cikgu berjaya di dunia dan diakhirat..
saya merupakan pelajar jurusan sains tulen(SPM 2009)..baru-baru ini saya telah mendapat tawaran dari UTM dalam bidang diploma pengurusan teknologi perakaunan..soalan saya.1)adakah bidang ini banyak mengaplikasikan sistem komputer?2)bagaimana dengan bidang yang akan saya teruskan pada peringkat ijazah nanti?untuk makluman cikgu,atas maklumat ramai,dikatakan UTM tiada ijazah dalam bidang perakaunan..terima kasih.
May 17th, 2010 at 3:38 pm
salam..cikgu
boleh tak daya nak dapatkan silibus berkaitan PA ni? yang terbaru saya dengar mengenai kerja kursus 20% tu. boleh terangkan?
May 17th, 2010 at 10:11 pm
salam cikgu…
ckg bleh brikan sy tip utk mengelaskan dkmen x???
May 18th, 2010 at 12:50 am
Yana,
Terima kasih, semoga kita semua diberkati dan dimurahkan rezeki.
Fatin,
Sila layari laman2 berikut :
http://web.utm.my/tncap/images/stories/KST/Dip%20Pngurusan%20Teknologi%20_Perakaunan_1.pdf
http://web.utm.my/skpost/index.php?option=content&task=view&id=972&Itemid=75
molisa,
salam, maklumat tersebut boleh diperolehi di post2 berikut :
1. KURSUS PENDEDAHAN FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011
2. KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN UNTUK JURULATIH UTAMA
Nisa,
Sila ke post PENGECAMAN DOKUMEN (klik).
May 18th, 2010 at 4:56 pm
salam. .sy pnh mngikuti seminar p.akaun SMK PC1. .Sy tlh drop dr mngambl subjek +math. .dalam kelas sy,seramai 12 org pljar yg drop +math. .p.akaun sy slalunya B. .Jd apa plihan yg sy ada utk menuntukan msa dpn sy. .adakah dgn ke tingktn 6 itu sudah memadai..sy harap cg dpt mmberi sedikit komen. .
May 18th, 2010 at 5:01 pm
Jika tak ambil add mate, anda hanya tidak layak untuk memohon matrikulasi sahaja, lain2 program seperti diploma di IPT atau UPU masih boleh memohon.
May 18th, 2010 at 7:41 pm
ckgu…
ade x formt utk pnyata & imbangan duga???
tq….
May 18th, 2010 at 7:45 pm
knpe bile sye muat trun bhan2 yg ckgu brikan….
kmdian sy tdak bleh buka???
May 18th, 2010 at 8:36 pm
nisa,
Format tersebut boleh diperoleh dalam Modul Ting 4 Cg Sila di bahagian Muat Turun Bahan. Bagi mengelakkan sebarang masalah untuk buka fail2 yang dimuat turun, pastikan Nisa mempunyai Adobe Reader 9 (klik), yang boleh dimuat turun secara percuma.
May 22nd, 2010 at 12:59 pm
assalamualaikum cg..sy nk tanya kpd cg..apakah soalan ramalan prinsip akaun yang kemungkinan akan keluar pd thn ini..tq..
May 22nd, 2010 at 2:25 pm
selamat petang cikgu, saya baru masuk tingkatan enam…susas nak cari buku rujukan akaun la…boleh cikgu bantu?
May 22nd, 2010 at 2:25 pm
* susash nak cari buku rujukan akaun
May 22nd, 2010 at 2:30 pm
Love akaun,
Maaf, Cg tak buat ramalan soalan, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, semakin banyak dikuasai semakin hampir dengan A+.
Butch,
Memang tidak dinafikan, susah untuk mendapatkan bahan rujukan STPM. Cg telah berusaha untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bahan2 STPM bagi membantu rakan guru dan juga pelajar STPM, sila muat turun DISINI.
May 23rd, 2010 at 7:59 pm
sy nk tny ni,, mcm mna nk dptkan soalan2 spm yg past year???
tahun 2007 camtu laa
May 23rd, 2010 at 8:44 pm
Boleh beli dipasaran buku Koleksi Soalan peperiksaan tahun2 lepas terbitan CERDIK.
May 25th, 2010 at 3:49 pm
salam…
ckgu, ape itu full set akaun??
blh ckgu terangkan dengan lebih detail lg….
TQ
May 25th, 2010 at 3:55 pm
Salam, set lengkap bermaksud dapat menyediakan rekod perakaunan bermula dari penyediaan dokumen hinggalah kepada penyediaan Penyata Kewangan.
May 28th, 2010 at 12:32 pm
nk tnye apa 5 bidang perakaunan????
May 28th, 2010 at 12:40 pm
Secara umumnya Bidang Perakaunan terdiri daripada :
1. Perakaunan Kewangan
2. Perakaunan Pengurusan
3. Pengauditan
4. Percukaian
5. Sisitem Maklumat Perakaunan
June 1st, 2010 at 6:19 pm
cg , apa itu kos waranti?thank you
June 1st, 2010 at 10:08 pm
Sila rujuk buku berikut – Perakaunan Kewangan Jilid 2
June 2nd, 2010 at 8:44 am
what is the sentence meaning for?
(the stock at 31oct 2006 has been valued at selling price which is calculated by adding a 50% mark-up to the cost of goods.)
June 3rd, 2010 at 9:48 am
Pada pandangan Cg, Stok Akhir dinilai pada harga pasaran, di mana harga pasaran = harga kos + mark-up 50%
Katakan Harga Kos = RM1000, maka Mark-up= RM500 dan Harga Pasaran = RM1500.
June 4th, 2010 at 5:59 am
cikgu,macam mana nak buat persamaan perakaunan???
June 4th, 2010 at 6:49 am
Aset = Liabiliti + Ekuiti
Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja – Ambilan
June 11th, 2010 at 10:34 am
cgu,apa kaedah terbaik utk membuat soalan dokumen,(soalan 1 kertas 2) dgn cepat
ada yg kata kaedah terbaik adalah kaedah 3 in 1
June 11th, 2010 at 11:07 am
Terdapat beberapa kaedah untuk menjawab soalan tersebut, dan setiap kaedah ada kelebihan masing2. Apa yang penting anda menguasai sesuatu kaedah tersebut sebaik mungkin, dan dapat jawab dengan TEPAT dalam MASA kurang daripada 50 minit.
June 15th, 2010 at 2:49 am
Cikgu, saya ada 2 soalan :
1. Soalan berbunyi :
Encik muraj jalan Perniagaan Muraj dengan jual alatan eletrik di subang. pada 1 mac 20X3, baki-baki didapati :
Bank 5000, Lengkapan 35600, Tunai, 500
Selepas itu, diberi beberapa contoh dokumen. salah satunya merupakan
1. Invois ASAL yang mengatakan beli Rak pameran. Rak pameran ini perlu dimasukkan sebagai perabot atau Lengkapan?
2. Memo yang mengatakan menegeluarkan tunei RM 200 dan sebuah periuk nasi model RC12 berkos RM80 utk didermakan kpd Persatuan Kebajikan Selangor. Ini perlu dimasukkan dalam Jurnal Am dan Buku Tunai…
—Namun, Butir sebelah Kredit Buku tunai dan juga Jurnal AM tulis DERMA atau AMBILAN.
June 15th, 2010 at 3:00 am
1. Dalam kes ini, rak pameran tersebut boleh dikelaskan sebagai LENGKAPAN, kerana telah wujudnya Akaun Lengkapan daripada maklumat awal.
2. Urus niaga mengeluarkan tunai tunai perlu dicatatkan dalam Buku Tunai manakala pengeluaran barang niga perlu dicatat dalam Jurnal Am.
Buku Tunai:
Kt: DERMA RM200
Jurnal Am
Dt: DERMA RM80
Kt: BELIAN RM80
June 17th, 2010 at 11:38 pm
salam cikgu, ada tak bhn utk download kerja kursus f4 thn ni yg berkaitan dokumen sumber tu?
June 18th, 2010 at 12:11 am
Soalan atau Arahan Tugasan bagi kerja kursus Tingkatan 4 2010 akan dikeluarkan pada bulan Julai nanti. Contoh arahan tugasan untuk dijadikan panduan, boleh muat turun daripada Blog Cikgu Azlan atau klik DISINI.
July 6th, 2010 at 10:57 am
sy merupakan lepasan SPM 2007…sy mendapat 1A utk prinsip perakaunan…kini bru sy sedari mengenai pengecualian CAT…skrng sy merupakan lepasan STPM 2009…bagaimana boley sy dapatkan pengecualian tersebut,…
July 6th, 2010 at 11:00 am
Pelajar lepasan SPM2007, masih belum dilaksanakan Persijilan Berganda sepenuhnya, hanya beberapa sekolah2 rintis sahaja. Di mana Gred LCCI ada tertulis dalam slip SPM tersebut.
July 9th, 2010 at 11:12 am
Salam cikgu,
Sy nak tanya, mana lg bagus ambil bac in accting ke ambil CAT? Harap cikgu bg penjelasan… TQ
July 10th, 2010 at 11:01 pm
cikgu buku teks tingkatan 5 prinsip akaun edisi selangor..
nak tahu jawapan dia..
no 8..
m/s 186..
secepat mungkin..
July 10th, 2010 at 11:02 pm
Maaf, cg tak ada buku tersebut.
July 11th, 2010 at 5:06 pm
cikgu,saya da dkt trial spm xp masih xtwu cm ner nk wat dokumen gn tol..ley ckgu bg tips untk saya dpt full marks dlm dokumen x?
July 11th, 2010 at 5:10 pm
1. Kenal pasti apakah kelemahan / kesilapan yang telah anda lakukan semasa menjawab soalan dokumen.
2. Atasi semua kelemahan2 tersebut dengan bimbingan guru anda.
3. Apabila semua kelemahan dapat diatasi, maka markah penuh jadi milik anda.
July 15th, 2010 at 2:04 pm
Assalamualaikum…cikgu..
tajuk tingkatan 5 berkenaan dengan komputer pernah masuk kew di dalam spm????
July 16th, 2010 at 9:17 am
salam,,,peruncingan percubaan spm terangganu masuk npe cikgu????
tajuk npe kne bgi perhatian lbih skit???
July 16th, 2010 at 4:48 pm
cikgu..terima kasih atas jasamu mewngajar ku ttg perakaunan…sebab tunjuk ajarmu smpai skang aku skor dlm akaun..tq..jasamu di kenang..student tusyen aqdi 2004-2005
July 16th, 2010 at 4:50 pm
Balqis,
Waalaikumussalam, pernah dikeluarkan dalam Kertas 1.
Alif,
Maaf, diluar pengetahuan Cg. Cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.
Student,
Sama-sama, semoga anda terus berjaya.
July 29th, 2010 at 6:25 pm
Assalammualaikum cikgu..
Terima kasih diatas info-info yang cikgu kongsikan. Memang sangat membantu saya untuk menjadi cikgu perakaunan yang lebih baik.. :)
July 29th, 2010 at 6:41 pm
Waalaikumussalam,
Sama-sama, semoga Cikgu Ros menjadi guru perakaunan yang terbaik, InsyaAllah.
August 3rd, 2010 at 6:20 pm
assalammualaikum
cikgu.. saya ingin bertanya.. cikgu ad x koleksi soalan soalan spm sebenar tahun 2005-2010.. jikalau ada boleh x berikan kepada saya
August 3rd, 2010 at 6:25 pm
saya mintak maaf cikgu.. spm 2010 belum keluar lg..
August 3rd, 2010 at 6:27 pm
Waalaikumussalam,
Cuba dapatkan dipasaran Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM terbitan CERDIK Edisi 2010 yang mengandungi soalan SPM 2004 – 2009 : Kertas 1, Kertas 2 dan Jawapan.
August 16th, 2010 at 11:39 am
assalamualaikum…
cikgu, merujuk soalan spm 2010, soalan 2, pelajar dikehendaki menyediakan akaun perdagangan dan untung rugi. kenapa jwpn yg diberi berbentuk penyata pendapatan??
August 16th, 2010 at 11:40 am
Azzah,
Soalan SPM 2010 belum keluar lagi ….. macam mana dah tahu jawapannya ?
Ok, sekarang ini format PENYATA adalah digalakkan, walaupun soalan minta “Akaun Perdagangan dan Untung Rugi”.
August 18th, 2010 at 2:00 pm
mY God !!!!PA it was sgt susahlah ???
August 18th, 2010 at 2:02 pm
jhotika > of couse la susah ..
sye na pengsan buat p.a ..
na jew tukar class ..
:”(
August 18th, 2010 at 2:06 pm
MANA BOLEH !ITU DAH TETAP DAH ……
MACAM MANA PUN RUGI SAJA>DAH MASUK ,, WAJIB BUAT***
August 18th, 2010 at 2:07 pm
tpie sye ta na …….
ea sgt ssah la jhotika …..
help me la …
August 18th, 2010 at 2:10 pm
COOL ITS OK WHEN WE MEET LET US HELPS 2GATHER BYE………..
August 18th, 2010 at 2:13 pm
uwkeyh ..
bubye ,,,,,,,
^^
August 18th, 2010 at 2:44 pm
BYE DEAR SEE U
August 18th, 2010 at 8:33 pm
PA memang susah guyz…
August 21st, 2010 at 10:07 am
cikgu bolehkah jawapan ditulis dengan pensil dalam peperiksaan kertas 2 prinsip akaun
August 21st, 2010 at 10:08 am
Bbwoon,
Penulisan dengan pencil adalah TIDAK DIGALAKKAN.
August 22nd, 2010 at 9:53 pm
cikgu..
apakah itu belanja am ??
August 22nd, 2010 at 9:54 pm
Aby,
Belanja Am biasanya digunakan bagi belanja yang kecil2 seperti belanja minuman pelanggan, akbhar dan majalah dan lain2 belanja yang tidak memerlukan disediakan AKAUN KHAS untuknya.
August 23rd, 2010 at 3:40 pm
owh.. maksudnya brg tersebut hanya menggunakan buku tunai runcit utk mencatatnya ??
ermm.. kalau membuat pinjaman drpd bank.. dokumen yg apakah yang perlu digunakan ??
August 23rd, 2010 at 3:41 pm
Aby,
Tidak semestinya Buku Tunai Runcit, buku tunai biasapun boleh cuma semua belanja2 tersebut disatukan dalam satu akaun sahaja yang dinamakan BELANJA AM.
Pinjaman daripada Bank boleh gunakan MAKLUMAN KREDIT sebagai dokumen sokongan.
August 31st, 2010 at 12:22 pm
cikgu,bahgian b soaln tertentu je kan…contoh2 soalan dye ape cikgu…
August 31st, 2010 at 12:23 pm
Eyna,
KESEMUA topik boleh berada di BAHAGIAN B dalam Kertas 2, kecuali soalan dokumen sahaja.
August 31st, 2010 at 5:04 pm
maklumat dlm laman web cikgu amat berguna an memanfaatkan.
terima kasih,cikgu.
September 1st, 2010 at 8:48 am
soalan anchor/soalan ramalan spm 2010 tau tak
September 1st, 2010 at 8:50 am
Dura,
Maaf, Cg tidak tahu. Cadangan Cg, Kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, jawap semua soalan2 trial dari negeri2 lain dan soalan SPM tahun2 lepas.
September 1st, 2010 at 9:47 pm
cikgu agak2 soaln ape yg perlu saye fokus untuk prcubaan hari jumaat ini di daerah johor bahru
September 1st, 2010 at 10:53 pm
Eyna,
Maaf, Cg tak pandai nak agak2 / ramalkan soalan, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.
September 6th, 2010 at 5:44 pm
salam cikgu,
saya susah nk ingat formula titik pulang modal dgn tfsiran penyata kewangan.
September 6th, 2010 at 5:45 pm
Naqya,
Salam. Cuba FAHAMI maksud rumus tersebut dahulu, baru mudah anda HAFAL dan INGAT