Prinsip Perakaunan

Laman ini akan cuba mengupas dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan mengahdapi peperiksaan SPM khususnya bagi mereka yang berhasrat mengambil Mata Pelajaran Prinsip Akaun.

Panduan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan teknik-teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran ini yang berkisar pada semua tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Prinsip Akaun bagi tingkatan 4 dan 5 sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Moga-moga panduan ringkas ini akan memberi manfaat kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun bagi peperiksaan SPM. Ianya juga boleh menjadi panduan berguna kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini.

Topik-topik yang akan dibincangkan merangkumi topik Tingkatan 4 dan 5, iaitu :

1. Dokumen Perniagaan

2. Penyata Kewangan

3. Pelarasan Pada Tarikh Imbangan

4. Akaun Kawalan

5. Pembetulan Kesilapan

6. Penyata Penyesuaian Bank

7. Belanjawan Tunai

8. Perkongsian – Pengasingan Untung Rugi

9. Perkongsian – Pembubaran

10. Syarikat Berhad

11. Akaun Kelab dan Persatuan

12. Rekod Tak Lengkap

13. Akaun Pengeluaran

14. Analisis Kos Volum Untung

15. Tafsiran Penyata Kewangan

  1. Assalamualaikum Cg Narzuki.

    Prinsip Perakaunan ialah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Vokasional dan Teknologi. Mata pelajaran ini merupakan peluasan dan lanjutan kepada aspek menyimpan rekod yang dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah.

    Isi kandungan mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui Prinsip Perakaunan, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.

    Matlamat pengajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitikberatkan aspek pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan. Justeru itu, individu berkenaan akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan. Selain dari itu individu tersebut akan berkeupayaan membuat keputusan, peka terhadap kesan-kesan keputusan itu dan bertanggungjawab serta kebertanggungjawaban.

    Sumber : Buku Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan, PPK

    Laman Sesawang: Prinsip Perakaunan SPM oleh Cikgu Rithuwan Nasir: https://www.sabah.edu.my/csm07003/utama.htm

    Akhir kalam, selamat datang ke dunia prinsip perakaunan.

  2. cikgu…boleh tak cikgu beri saya kertas spm prinsip perakaunan 2002-2003 kerana saya tidak menjumpai kertas soalan tersebut dan saya amat memerlukan kertas soalan tersebut secepat mungkin?

  3. Zalia,

    Sila dapatkan daripada bahagian C-MUAT TURUN SOALAN disebelah.

    C-Muat Turun Soalan
    SPM 1986 – 2005
    SPM 1993 – 2003 Jwp

  4. salam, cikgu…
    bleh saye mintak bbrape tips subject PA utk spm 2010..please..

  5. Little girl,

    Tips daripada Cg belajar bersungguh2, kuasai semua topik yang ada, jangan ponteng kelas, latihan mesti siap, selalu bertanya guru jika ada masalah, seterusnya persediaan awal.

  6. cikgu…yang cikgu suruh download itu hanyalah kertas 2.
    Saya mahukan soalan kertas 1 dan kertas 2 bagi SPM 2002-2003.

  7. Zalia,

    Maaf, cuba dapatkan Buku Koleksi Soalan Tahun2 Lepas terbitan Cerdik di PSS sekolah anda.

  8. salam cikgu..
    kenapa tidak ada soalan sebenar spm 2007??

  9. Cikgu,

    Boleh tak saya jawab menggunakan pensil dalam exam SPM nanti.

    Tq.

  10. Ram,

    TIDAK digalakkan.

  11. cikgu, sye nk tnye..
    ape peluang saya utk melanjutkn pelajaran dlm bidang perakaunan, jika say hnye
    ambil matapelajaran akaun, add math, syariah, quran sunnah &arab sbg subjek tmbhn?
    terima kasih cikgu..

  12. cikgu, adakah spm tahun ni akan masuk rekod x lengkap untuk soalan (2). mengikut analisis trial spm 2009, 7 negeri rekod x lengkap menjadi soalan (2).. apa pendapat cikgu?

  13. cikgu..blh saya dpt soalan trial 2009 bagi negeri yang lain?
    terima kasih

  14. Anis,

    Jangan bimbang, anda masih berpeluang lagi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.

    Farid,

    Cg tidak berani jamin soalan RTL akan masuk atau tidak, soalan 2 atau soalan lain. Cuma nasihat Cg kuasai topik tersebut sebaik mungkin serta topik2 yang lain juga.

  15. Cikgu,
    Boleh tak saya menulis perkataan Nota (spt Nota 1) dalam kertas jawapan ia merujuk kepada jalan kerja yang dilampirkan bersama?

    Terima Kasih.

    Ram

  16. Ram,

    Boleh, tapi hendaklah ditulis dalam KURUNGAN supaya ianya tidak menganggu BUTIR.

  17. cikgu.. camne nak dapatkan skema paper klantan

  18. Eliz,

    Sila dapatkan Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online Jilid 2A – (Set Lengkap K1, K2 dan Skema bagi Negeri 9, Johor, Kelantan dan Melaka)

  19. cg saya perlukan format penyata pendapatan untuk kelab dan persatuan,dan apa2 yanf berkaitan dgn topik tersebut

    tolong email saya !

  20. Nazir,

    Download saja di bahagian

    C-MUAT TURUN BAHAN
    Cg Sila – Modul Ting 5

  21. salam cg,
    hari ini sy ada seminar akaun di pusat tuisyen..
    cg itu kata akaun ppr 2 boleh guna liquid paper..
    apa pandangan cg?

  22. Teh,

    Penggunaan liquid paper bagi membetulkan kesilapan pada jawapan bagi semua subjek adalah sama, iaitu TIDAK DILARANG. Pada pandangan Cg penggunaannya adalah TIDAK DIGALAKKAN kerana ianya akan mengambil sedikit MASA untuk kering serta tulisan di atas liquid tersebut kadang2 tidak jelas dan ini boleh menyebabkan kehilangan markah.

  23. salam,
    masa terlalu suntuk utk belajar semua topik dlm prinsip perakaunan..
    pada pandangan cikgu apa topik yg patut saya beri penekanan pada masa sekarang..

    sekian..
    sica from subang jaya…

  24. Sica,

    Sila muat turun Analisis Soalan2 Trial 2009 (klik untuk muat turun) yang disediakan oleh Cg Mohammad melalui Blog beliau di https://cikgumohammadsaid.blogspot.com/

    Semoga analisis tersebut dapat memberikan sedikit gambaran tentang topik2 yang dijangkakan keluar dalam SPM oleh setiap negeri.

  25. cikgu,
    adakah topik-topik yang banyak keluar dalam percubaan SPM, biasa dijangkakan keluar dalam SPM sebenar???

    saya dengar cikgu saya cakap tahun ini ada sijil LCCI, bagaimanakah boleh dapatkan sijil ini? adakah soalan SPM tahun ini beza dengan tahun tahun lepas?
    sebagai contoh, dokumen biasanya atas ada tulis asal,salinan…adakah tahun ini tak tulis?

    sekian, terima kasih

  26. Alice,

    Soalan2 percubaan merupakan soalan yang dijangkakan keluar dalam SPM nanti oleh cikgu2 dinegeri masing2.

    Pemberiaan sijil LCCI sudah bermula tahun 2007 kepada sekolah2 tertentu (percubaan), manakala pada tahun 2008 pemberian sijil tersebut terbuka kepada semua calon sebagaimana pada tahun ini dan seterusnya. Untuk keterangan lanjut sila ke post berikut : SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008

    Soalan SPM 2009 dan 2010 masih menyamai format pada SPM 2008. Format dokumen sememangnya ada ASAL / SALINAN, jika tiada maka dokumen itu tidak lengkap. Pada pandangan Cg ianya akan tetap ada.

  27. salam cg, kalau spm nanti bhg B sy jawab semua.. adakah pemeriksa ambil markah yg paling tinggi atau terus ambil soalan 5?

  28. Teh,

    Markah yang paling tinggi akan diambilkira.

  29. A’skum Cg..
    sy nak tnye Cg..
    Cg Ade x soalan2 sport tahun 2009 ni??

  30. Epy,

    Maaf, tiada soalan spot, bagi Cg semua topik kemungkinan masuk. Walau bagaimanapun sebagai panduan boleh rujuk komen Cg di ATAS (klik)

  31. cikgu bagi bahagian dokumen saya tidak tahu bila saya patut buka a/k modal.

  32. cikgu mcm mane nak buka file spm1985-2005 dengan ape yer?? kerna i tak leh bukak file tu

  33. Kohrzuvekar,

    Pada kebiasaannya, Ak Modal dibuka berdasarkan catatan permulaan pada 1 hb. dalam Jurnal Am.

    me,

    fail tersebut merupakan fail ZIP, jadi anda kena buka fail tersebut dengan menggunakan program WINZIP / 7-ZIP (boleh cari di internet) terlebih dahulu.

  34. askum cg,
    sy nak tahu wajib k kite kene letak tarikh pada lejar dan jurnal khas..jika sy x letak die akn menjejaskan markah sy k??

  35. Telah dijawab dalam post berikut “POS KE LEJAR” (klik)

    # sila kemukakan soalan mengikut topik berkaitan yang telah disediakan.

  36. cikgu jika saya tak mahir guna kertas yg disediakan bolehkah saya guna test pad?

  37. Boleh asalkan menyamai format2 yang sepatutnya spt Buku Tunai, Jurnal Am, Jurnal Khas, Lejar. Tetapi jika tidak menggunakan kertas BT,Lejar, Jurnal yang disediakan, anda akan mengorbankan sedikit MASA untuk menyediakan garis2/format tersebut sedangkan MASA sangat penting dan terhad semasa manjawab peperiksaan nanti.

  38. saya sangat keliru apabila lihat kertas lejer itu lol,kalau saya buat di test pad senang cuma lukis bentuk T sahaja.

  39. cikgu,nak tanya jika angka dlm KKK atau PP letak pada kolum yg salah akan mengakibatkan saya tidak dapat markah?

  40. Boleh asalkan cara penulisannya menyamai format Lejar, iaitu ada lajur tarikh, butir dan jumlah, di sebelah debit dan kredit.

  41. cikgu,adakah angka dlm KKK atau PP tersilap letak pada kolum yg salah akan mengakibatkan saya tidak dapat markah?

  42. Tengok pada keadaan, jika ianya menyebabkan format / operasi yang terlibat berlainan, maka dikira salah. Contohnya dalam KKK, ABS dan AS dalam satu lajur yang sama dan dijumlahkan kemudian ditolak dengan LS untuk mendapatkan modal kerja, maka dikira salah.
    Sekiranya tidak menjejaskan apa2, ianya boleh diterima.

  43. faham,terima kasih cikgu.harap esok dapat jawap dengan lancar.

  44. soalan spot utk esk xde ke?

  45. Maaf, Cg tiada soalan spot. Gunakan masa yang seadanya ini untuk ulangkaji sepintas lalu setiap topik serta soalan2 kertas 1… lihat kembali latihan2 yang lalu, ingatkan format2 yang terlibat serta langkah2 penyediaannya.

    ~ Semoga Berjaya.

  46. askum cikgu,,cikgu dh lhat ke blm soalan final exam,,, cikgu sy ad sdkit kmushkilan soalan no 2,,,,iaitu akaun perdagangan dan untung rugi,,,,,,btul kah cikgu kena bt dlm bentuk penyata……..????sy bt ap yg soalan bg….salh atau btul sy bt mcm tu….

  47. Dari segi format tidak menjadi masalah bagi soalan 2, sama ada disediakan dalam bentuk Akaun / “T” ataupun dalam bentuk Penyata, kedua2nya diterima, tidak ada sebarang penolakan markah.

  48. cikgu xde..jawapan utuk kertas 1..spm 2009

  49. Nanti bila free nanti, Cg sediakan.

  50. cikgu, adakah tahun ini graf akan menurun….? jika menurun brapa markah bleh dpt A…???

  51. Maaf, diluar pengetahuan Cg. Maklumat tersebut adalah SULIT dan hanya pengawai2 tertentu di Lembaga Peperiksaan KPM sahaja yang mengetahuinya.

  52. ok.. cg ada tak jawapan utk paper 1?

  53. Maaf, sekarang ini Cg tiada soalan kertas 1 kerana tertinggal di sekolah, jadi tak dapat nak menyediakan jawapannya.

  54. ok ok.. thanks cg.

  55. 1.A 2.A 3.D 4.A 5.B 6.A 7.A 8.D 9.C 10.B 11.C 12.C 13.C 14.C
    15.B 16.B 17.A 18.D 19.D 20.C 21.A 22.D 23.D 24.A 25.B 26.A 27.B 28.C 29.C 30.D 31.C 32.B 33.B 34.C 35.D 36.B 37.A 38.B 39.B 40.C

  56. Terima kasih eric.

  57. cg, maklumat tambahan kedua soalan 2 (pulangan jualan) perlu tolak?

  58. Cg telah berikan komen tentang soalan tersebut dalam post BERIKUT (klik)

  59. Cg…soalan kertas 1 no 13 dan 19 ada kesilapan kan? Dalam soalan 13 butiran diskaun diberi sepatutnya diskaun diterima. Soalan 19 Akaun itu patutnya Ak SewaDibayar baru ada jawapan. Betul tak cg?

  60. Maaf, saya tidak dapat bagi respon sekarang, kerana tiada soalan Kertas 1.

  61. salam cg, sy x faham cg mksud pinjaman berkadar faedah….
    boleh tolong terangkan? cth ader kt dalam soalan spm 2009 kertas 2, soalan 2….

  62. Semua Pinjaman akan dikenakan faedah mengikut kadar2 tertentu, dan ianya dipanggil Faedah Pinjaman.

    Pada pandangan Cg, item yang terlibat hanyalah PINJAMAN (10000+6000) 16000 …. Liabliti Bukan Semasa dalam KKK.

    Oleh kerana terdapat 2 pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang berbeza, maka dinyatakan dalam soalan sedemikian rupa bagi memudahkan calon melakukan pengiraan terhadap FAEDAH PINJAMAN.
    1. Faedah Pinjaman 1 = 12% x 10000 = 1200
    2. Faedah Pinjaman 2 = 10% x 6000 = 600
    Maka,
    Faedah Pinjaman = 1200+600 = 1800 …. BELANJA (PP)

    Faedah Pinjaman (dlm ID) 1350 …. jumlah yg telah dibayar.
    Maka, Pelarasannya :
    Faedah Pinjaman Terakru = 1800 – 1350 = 450 ….LS (KKK)

  63. terima kasih cg, tp kenape dlm maklumat tmbhn pinjaman berkadar faedah dicatat dlm masa 10 tahun?? Ada kaitan dengan ID ke?

  64. Dalam maklumat tambahan menyatakan lebih detail tentang pinjaman tersebut. Iaitu bila tarikh mula pinjaman itu dibuat dan bila tarikh tamat. Manakala dalam ID hanya menunjukkan Jumlah setiap pinjaman tersebut sahaja.

    Daripada tarikh2 tersebut, kita dapat mengetahui bahawa pengiraan untuk Faedah Pinjaman adalah untuk genap setahun, jadi kita hanya X 12% dan X 10% sahaja.

    Setiap PELARASAN yang kita lakukan adalah untuk mengambil kira HASIL dan BELANJA yang dilibatkan dalam TEMPOH PERAKAUNAN SEMASA sahaja. Itulah sebab jika TERDAHULU pelarasannya kena TOLAK, manakala jika TERAKRU pelarasannya kita kena TAMBAH. Pelarasan2 yang dilakukan itu adalah mematuhi KONSEP PEMADANAN.

  65. ohh, maknanye ID tu dikira sbg 1 tahunla??? Dlm maklumat tambahan cume nk britahu berape lama kita bwat pinjamankan?? ok cg, terima kasih byk2, sy nie pelajar spm 2010, jd kertas nie sy dpt laa dr cg tusyen sbg latihan… apa pe pun, say hargai penjelasan cg td,terima kasih!!

  66. salam…
    cg, kesilapan dlm kertas 1 ni dikira bagaimana? adakah menjadi soalan bonus? ataupun jawapan terhampir diterima… minta pandangan…

  67. Boleh ke dimajukan komen tentang kesilapan dalam kertas 1 ini ke pihak LPM? Mungkin ini tidak disedari kerana tiada ralat disertakan. Pasti beri kesan kepada markah murid.

  68. Kedua-dua soalan yang silap itu melibatkan semua calon. Oleh itu, pada pandangan saya, soalan yang wujud kesilapan seperti itu seharusnya tidak diambil kira dalam pengiraan markah supaya perbandingan markah atau prestasi antara calon akan menjadi lebih adil dan objektif. Saya rasa LPM dan MPM berpengalaman dan adalah rasioanl dalam hal ini.

  69. Dalam hal ini pihak LP akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi keadilan kepada semua calon2 SPM pada tahun ini. Jadi kita cikgu2 tak payah bimbang tentang perkara tersebut kita serahkan saja kepada LP menyelesaikannya.

  70. cikgu,..saya calon spm tahun ni..
    i nak tanya kertas2 soalan 4…
    bahawa mesin pembancuh perlu diambil kira sebagai kos tetap kah??

    i pernah buat banyak soalan yang berkaintan dengan bab ini…
    tetapi adanya jawapan yg ambil kira mesintu sebagai k.tetap..dan ada juga tidak ambil kira..dan juga cikgu saya banyak kali suruh kami tidak ambil kira ni sebagai kos teap..kerana ini adalah ABS…

    so,dalam keadaan ini perlukah saya anggap ni sebagai k.tetap??sekiranya mempunyai susut nilai mesin,barulah tidak diambil kira??

  71. cilkgu…berapa markah boleh dapat A+??thx..^^

  72. assalamualaikum cg, nk tanye, sy mahu cg beri p’jelasan ttg soalan yg sy beri…

    Berikut di bawah adlh sebahagian Imbagn Duga pd 31 Julai 2009

    Cth :
    Debit
    Promosi 1238

    Maklumat tambahan :

    1.Belanja promosi termasuk bayaran iklan yang akan ditayangkan di televisyen mulai bulan Ogos 2009.

    cg tolong jelaskn perkare ini, terima kasih. klu boleh tolong beri jalan kerjenyer…

  73. Leong,

    Berkaitan dengan soalan 4 kertas 2 SPM2009, Sila rujuk komen Cg DISINI.

    Cg tak tahu markah sebenar untuk dapat A+, anggapkan saja 90 markah ke atas.

    Safone,

    Setiap pelarasan melibatkan 2 akaun :
    (Katakan bayaran iklan adalah RM200-jumlah sebenar rujuk soalan)
    1. Ak Promosi (1238 – 200) … RM1038
    2. Ak Iklan ………………………..RM200

    Ak Promosi terpaksa diTOLAK kerana RM200 tersebut adalah untuk Belanja Iklan, dan wujukkan Ak Iklan RM200 (jika belum ada), jika telah ada TAMBAHkan di Ak Iklan tersebut sebanyak RM200.

  74. saya nak memohon cntoh soalan spm kelantan 2009

  75. cikgu….
    blh ckgu senaraikan kegunaan setiap jenis laporan kewangan di dalam pembuatan keptusan…sy arap sgt….puah sy mncri tp xdpt bhn utk bwt assgmnt sy..thnks..=]

  76. Nadia,

    Cg minta maaf kerana tiada “contoh soalan spm kelantan 2009”.

    Nik eiqha,

    Cg sekarang sibuk sedikit, jadi buat masa ini cg tidak dapat memberikan bantuan. Haraf Maaf.

  77. cg nak tanye ckit soalan spm taun nie susah ke senang drpd taun lepas…….

  78. merujuk kepada komen cgu ttg faedah pinjaman dlmspm 2009…cgu nyatakn faedah pnjaman sbyk 1200+1600=1800 sbgai belanja.bukankah hanya 1350 shj blnja faedah pnjaman yg perlu diambil kira dlm PP.krana hanya 1350 shj yg sudah dbyr kan

  79. ooo…sy rasa btl la 1800 diambil kira sbg belanja..krana tmbh ckali dgn yg terakru hjg tahun kan…emmm…

  80. cikgu..

    sya tngkatan 3 (pmr 2009) .. sya mmg bermnat nk jdi akauntan.. sbjek ape yg perlu sya ambil unt0k tngkatan 4 nnti???….

  81. Sekiranya anda memang berminat jadi akauntan, adalah lebih baik ambil subjek prinsip perakaunan di tingkatan 4 & 5 sebagai persediaan awal.

  82. Hi cg,
    cg, bila saya boleh dapat modul baru untuk silibus 2010? Sebab sekolah saya belum edarkan modul lagi.
    Ada e-version yang boleh di”download”?

  83. Entahlah, bila modul tersebut akan dikeluarkan. Saya pun masih belum menerimanya lagi … sama-sama kita tunggu dan lihat.

  84. salam
    saya ibu kepada seorang anak yang perlu bimbingan guru tuisyen prinsip akaun,ekonomi dan bahasa inggeris mengjar di rumah. boleh tak cikgu mencarinya untuk saya dikawasan cheras.ramai guru diluar sana.tetapi saya nak Cg carikan.boleh

  85. Maaf, kerana tidak dapat membantu Pn Zarina, ianya diluar keupayaan saya yang berada jauh di Kelantan.

    ** Sekiranya ada cikgu-cikgu yang sudi, sila hubungi Pn Zarina melalui email berikut: zarina@um.edu.my

  86. Adakah benar PA akan ikut syallibus yand baru tahun depan , soalan dokumen akan dikeluarkan dari kertas 2 dan diganti dalam Kertas yang baru ? Bersyukur kalau cikgu dapat tunjuk ajar.
    Terima kasih

  87. Sukatan Pelajaran baru telah bermula pada tahun ini bagi Tingkatan 4. Jadi format pentaksiran SPM 2011 kemungkinan besar akan mengalami perubahan, cuma format sebenar yang akan digunapakai masih belum dikeluarkan secara rasmi lagi.

  88. assalammualaikum warahmahtullahi wabarakatuh ehrmm… boleh cgku tambah kan ckit di web ckgu ni tentang sejarah2 badan perakaunan?

  89. Waalaikumussalam… terima kasih atas cadangan tersebut.

  90. Hi cg,
    Kenapa link untuk download modul prinsip perakaunan 2010 tidak valid? saya tak dapat download… cg boleh tolong?

  91. Cg, saya berjaya download sekarang. Terima kasih atas sumbangan cg dalam membekalkan maklumat dalam masa yang cepat.

  92. Semoga rakan guru dapat menafaatkan sepenuhnya Sumber Bahan PnP Prinsip Perakaunan tersebut.

  93. Cg,

    Saya di tingkatan 5 dan mengambil tuisyen Prinsip akaun di samping belajar di sekolah. tapi cikgu tuisyen saya mengajar bab akaun kawalan manakala cikgu sekolah mengajar bab belanjawan tunai. adalah betul cikgu tuisyen bermula dengan bab akaun kawalan.

    terima kasih.
    salam.

  94. Zati, bab-bab di Tingkatan 5 tidak saling berkaitan secara langsung sebagaimana bab-bab dalam tingkatan 4. Jadi mana-mana bab boleh diajar dahulu, ianya bergantung kepada perancangan guru tersebut. Kesimpulanya, kedua-dua guru anda adalah betul.

  95. thanks usaha cgu for uploading modul baru ting4..sy dah download ia…satu usaha yg baik.

  96. cikgu, ada tak perubahan berlaku dalam format SPM 2009 terkini untuk pelajar tingkatan 5 sekarang(sukatan lama) dari segi bab dan kewujudan kertas 3

  97. cg sya dah tgok soalan taun lps agak susah banding 2 taun lps n tauh nie gune a+ or a1

  98. Mages Khan,
    Format Pentaksiran SPM yang baru akan mula digunapakai pada SPM 2011 nanti. Jadi format pentaksiran bagi SPM 2010 masih lagi menggunakan format yang SAMA sebagaimana format SPM 2008 dan SPM 2009.

    Fizah, mulai SPM 2009 sistem gred menggunakan A+, A, A- dan seterusnya.

  99. cikgu, saya ada buat blog utk membantu para pelajar spm yg ada masalah dlm subjek ini.. Ini blog saya https://spmakaun.blogspot.com Harap cikgu boleh luangkan masa utk berkunjung dan bagi komen dan apa2 cadangan cikgu utk meningkatkan kualiti blog saya.. Saya betul2 ingin membantu para pelajar dalam subjek ini.. Buat pelajar lain juga, boleh berkunjung dan beri komen atau soalan.. Saya akan cuba membantu anda..

  100. cikgu, kat mana saya boleh dapat jawapan atau skema jawapan ke utk paper 2 spm 2009?

  101. Tahniah saya ucapkan di atas kelahiran Blog saudara dalam usaha membantu para pelajar prinsip perakaunan. Saya telah lawati blog tersebut, ianya satu permulaan yang baik. Pada peringkat awal pembinaan blog, kita kena fikirkan kerangka utama pengisian blog kita, supaya mudah untuk kita masukkan input2 secara lebih kemas dan berstruktur. Cadangan saya sediakan kerangka tersebut dahulu kemudian baru dimasukkan input2 secara beransur2.

    Skema jawapan sebenar hanya berada di Lembaga Peperiksaan sahaja dan ianya adalah SULIT.

  102. terima kasih atas nasihat….penambahbaikan akan dilakukan.saya akan jadikan web cikgu narzuki sebagai benchmark dalam pengendalin blog dan seterusnya web…

  103. terima kasih cikgu, saya akan cuba memperbaiki dan menambah baik lagi blog saya.

  104. Sama-sama, semoga kita sama-sama memberikan sedikit sumbangan kepada rakan-rakan guru, dan yang lebih penting kepada pelajar semua. InsyaAllah.

  105. Hi, cg
    Kalau pelajar science stream mengambil subjek Prinsip Perakaunan sebagai mata pelajaran tambahan, bagaimanakah folio (kertas 3) yang disediakan oleh mereka disemak dan dinilai sedangkan mereka tidak menyertai kelas di sekolah.
    Terima kasih cg.

  106. Maklumat tentang Format Pentaksiran yang akan digunapakai SPM 2011 masih belum lagi dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM. Jadi saya tidak dapat berikan apa-apa komen mengenainya, sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya nanti …..

  107. assalamualaikum ckgu , apa pandangan ckgu tentang soalan kedua spm tahun 2009 ? maklumat tambahannnya yang terlalu padat buatkan saya susah untuk memahaminya ..

  108. Waalaikumussalam, itulah antara gaya penyoalan yang akan dimukakan ditahun2 hadapan terutamanya 2 soalan Anchor Item. Di mana pelajar perlu betul2 faham dan menguasai kemahiran perakaunan, bukannya sekadar hafal format semata-mata.

  109. salam. saya pelajar f6. saya nak tanya beberapa soalan.
    1) apakah ciri-ciri syarikat awam bhd dan sdn bhd
    2) perbezaan diantara milik tunggal,perkongsian,syarikat dan koperasi.
    3) memorundum syarikat
    4) tatawujud syarikat
    5) perbezaan diantara saham dengan debentur.

  110. Myn,

    Maaf, Cg tak akan jawab disini, walau bagaimanapun Cg sediakan Nota Perakaunan Syarikat (klik) untuk dijadikan rujukan.

  111. hi
    cikgu

    saya tak dapat cari jawapan spm kertas 2 pada tahun 2001~

    mana saya boleh dapat itu

    terima kasih

  112. Cadangan jawapan soalan2 SPM boleh diperolehi daripada Buku Koleksi Soalan2 Peperiksaan terbitan Cerdik.

  113. Salam cikgu,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi Modul Prinsip Perakaunan 2010. Saya guru tuisyen mengajar subjek ini dan selalu menjadikan blog cikgu sebagai rujukan.

    Apabila diteliti modul tsb, ia melibatkan topik Tingkatan 4 dan 5. Adakah untuk SPM 2010 ini terpakai? Atau hanya untuk pelajar SPM 2011 sahaja?

  114. cikgu sy dengar yg tahun hadapan calon spm mesti buat kerja kursus akaun..betulkah apa yg sy dengar n???

  115. Cg Saudah,

    Sukatan Pelajaran Baru digunapakai untuk pelajar tingkatan 4 tahun 2010 dan diteruskan di tingkatan 5 tahun 2011 nanti. Pelajar tingkatan 5 tahun 2010 masih ikut sukatan lama.

    Love akaun,

    Perkara tersebut masih belum ada hitam-putih, ini kerana Format Pentaksiran Baru SPM 2011 masih belum dikeluarkan lagi.

  116. cikgu, kat mana boleh saya dapatkan skema permarkahan yang lebih terperinci bagi soalan kertas 2 prinsip perakaunan?

  117. Skema Soalan SPM adalah SULIT dan hanya ada di Lembaga Peperiksaan sahaja.

  118. salam cg,
    nk tnya penyata kewangan dgn pelarasan ni pnting jgk k?
    sy br form 4 tp ada la tgk2 buku rjukan….pelarasan ni msuk jgk ke dlm exam?…terima kasih.

  119. Salam, itu topik/kemahiran yang paling penting perlu dikuasai oleh pelajar, ini kerana tujuan utama penyediaan rekod perakaunan adalah untuk menyediakan PENYATA KEWANGAN perniagaan pada akhir sesuatu tempoh perakaunan. Dan topik penyediaan penyata kewangan dengan pelarasan tersebut boleh dikatakan wajib akan keluar dalam peperiksaan nanti.

  120. Salam sejahtera, Cg Narzuki,
    Saya ni dah lama tak mengajor PA, opsyen memang PA tapi sejak posting tahun 94, baru tahun ni kena ngajar PA. memang banyaklah perkara baru dalam sukatan 2010 ni, dan terima kasih kerana maklumat yang saya perolehi banyak membantu dan nampaknya kena banyak buat rujukkan kerana banyak yang dah lupa, …….

  121. emm cg….dlm semua chapter f5,tjuk mne yg pnting yg sering atau mmg wajib kluar dlm paper2 heh??? tenq

  122. Semua tajuk tingkatan 5 penting dan perlu diberikan perhatian, kerana setiap satu berkemungkinan akan keluar dalam SPM nanti.

  123. ckg,
    mcm mane nk kuasai sume subjek akaun…
    sblm spm??

  124. Kuasai setiap bab satu per satu, pastikan FAHAM apa yang cikgu ajar dan tahu apakah TEKNIK MENJAWAB bagi setiap topik tersebut. Buat semua LATIHAN yang diberikan, selalu berTANYA guru jika ada masalah dan perbanyakkan latihan soalan SPM dan percubaan tahun2 lepas.

  125. salam
    ckg,mcm mana utk fhm prinsip akaun ni dgn lbh cepat??
    sy keliru tentang debit dan kredit

  126. Cara paling cepat faham, ialah berTANYA cikgu anda secara langsung, minta tunjuk ajar beliau.

  127. selamat sejahtera..
    saya nk tanya..memandangkan ada sukatan baru..mana sye nk dptkan buku rujukan dan buku latihan[yg mempunyai sukatan baru]….

  128. Kalau tak silap saya .. Buku Longman dan Pelangi terbitan 2010 telah menggunakan HSP baru.

  129. sekadar berkongsi, saya dapati buku Prinsip Perakaunan terbaharu terbitan Pelangi, adalah lebih baik dari Longman pearson. Buku Longman langsung tidak mengandungi perkara perakaunan Islam, tetapi buku Pelangi ada.

  130. salam cg..

    mcam mana nak kuasai tajuk penyata pendapatan,KKK,penyata perdagangan,dengan belanja terakru semua tu…saya lemah sangat dengan topik form4

  131. Sifu2b, terima kasih atas maklumat tersebut.

    Amalina,
    1. Format Penyata Pendapatan dan KKK – mesti INGAT dan FAHAM.
    2. Kuasai pelarasan satu per satu, setiap jenis pelarasan ada caranya yang tersendiri. Apa yang penting setiap pelarasan akan melibatkan 2 AKAUN, sedikit pengiraan kemudian kenalpasti kesan keatas 2 AKAUN tersebut, perlu diTAMBAH atau diTOLAK.

  132. hi cikgu saya nak tanya sekarang saya tingkatan 5 tetapi saya tidak boleh buat latihan tingkatan 4 macam mana ye? masih sempat ke untuk catch up pelajaran saya

  133. Asalkan anda berusaha bersungguh2, anda pasti boleh. Pernah beberapa tahun lalu 10 orang pelajar Cg hanya mula belajar akaun bulan April semasa di tingkatan 5 dan semuanya lulus dengan cemerlang. Dan 3 orang daripada mereka sekarang ini sedang mengikuti program Ijazah Sarjanamuda Perakaunan di UiTM dan Ijazah Sarjanamuda Perbankkan di UIA.

  134. nadiah baharruddin

    hai cikgu saya nadiah pelajar dari bukit indah ampang gombak.saya sekarang tingkatan 4.baru-baru ni cikgu di sekolah saya ada memaklumkan bahawa tahun ini ada sylivus baru.jadi dalam buku rujuk saya tidak mempunyai sylivus yang baru.jadi saya ingin meminta jasa baik cikgu untuk membuat nota ringkas untuk pelajar-pelajar perakaunan.sekurang-kurangnya perlajar-pelajar boleh download nota-nota tersebut di laman web cikgu untuk kegunanan semasa sesi pembelajaran.saya amat berharap cikgu dapat membantu saya dalam mencari nota-nota perakaunan ini.
    terima kasih.

  135. Nadiah,

    Sebagai pelajar, adalah lebih berkesan sediakan nota ringkas sendiri setelah baca buku2 rujukan dan mendengar penerangan daripada cikgu anda. Pada masa ini, buku rujukan yang menggunakan sukatan baru ialah buku terbitan Pelangi (lebih lengkap) dan Longman 2010.

  136. Cikgu, ada tak format Penyata Pendapatan berubah pada sukatan baru? Perlukah masukkan catatan Kontra dalam Penyata Pendapatan seperti Belian – Pulangan Belian -Diskaun diterima?

  137. cikgu, saya sangat lemah dlm perakaunan, tahun ini saya menghadapi spm’10, baru-baru ujian bulanan pertama saya mendapat 50% dan saya dari aliran sains akaun, kwn2 saya dari akaun mendapat markah lebih tinggi dari saya ; sob,sob, sedih!

  138. Peluang untuk skor A+ masih terbuka luas dihadapan, asalkan RAJIN buat LATIHAN, berTANYA kawan2 ataupun sebaik2nya guru jika menghadapi apa2 masalah.

  139. Cikgu, Jika satu bangunan dibeli pada tahun 2005 dengan harga RM150,000 dan nilai pasaran bangunan tersebut naik ke RM200,000 pada tahun 2010 selepas penilaian dibuat, berapakah nilai bangunan yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2010?

  140. Cuba baca dan fahami apakah yang dimaksudkan dengan KONSEP KOS SEJARAH. Setelah faham, Cg pasti anda dapat jawapannya.

  141. hai cg narzuki, terima kasih atas sumbangan kamu kepada semua guru akaun. saya adalah guru sekolah swasta dan sekolah swasta. oleh yang demikian saya tidak tahu perkembangan semasa dalam subjek prinsip perakaunan. saya perlukan bantuan cg bagi mengetahui segala perubahan yang berlaku dalam subjek akaun.

  142. Sama-sama, sila kunjungi blog ini dari semasa ke semasa bagi mengikuti perkembangan terbaru prinsip perakaunan.

  143. ade tk tips snang utk hfal formula??

  144. salam cikgu..ada peluang x untuk saya melanjutkan pelajaran dlm bidang perakaunan jika saya tidak mengambil add math.tetapi diganti dengan ICT..??dan universiti timur tengah yang mana menyediakan kos akaun ni??

  145. Salam,
    Walaupun tidak mengambil add mate, anda masih berpeluang untuk melanjutkan di bidang perakaunan di IPT, hanya tidak dapat ke Matrikulasi Perakaunan sahaja. Maaf, Cg tidak pasti U timur tengah mana yang menawarkan kos akaun, tapi yang penting ianya diiktiraf oleh kerajaan malaysia. Ianya boleh disemak di laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

  146. salam,
    saya pelajar tingkatan 4 dari sekolah Maahad Saniah P.P.K.
    saya ingin bertanya bagaimana cara-cara untuk memudahkan saya memahami segala apa yang diajar oleh guru..?

  147. saya nak tanya, dalam kunci kira-kira, kalau alih bank ke overdraf bank adakah ia akan menjadi negatif???boleh bagi tips tak untuk menyediakan penyata pendapatan..

  148. Zed,
    Selalulah BERTANYA apabila tidak faham dan dapatkan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR secara langsung daripada guru semasa atau selepas waktu PnP.

    Ismail,

    Dalam KKK bukan main alih-alih gitu. Akaun Bank boleh wujud dalam 2 keadaan :
    1. Berbaki Debit – Bank di kelaskan sebagai ASET SEMASA dalam KKK.
    2. Berbaki Kredit @ dikenali sebagai Overdraf Bank, maka dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA dalam KKK.

    Bagi Penyata Pendapatan, dapat kenalpasti item2 Jualan Bersih, Kos Jualan, Belanja dan Hasil. Fahami kedudukannya dalam Penyata Pendapatan serta ingat formatnya.

  149. terima kasih..sekarang baru saya faham..terima kasih atas maklumat daripada cikgu…

  150. cikgu,buku teks baru bila keluar kpd pelajar????

  151. cikgu..bantu saya ..saya tidak begitu memahami bab tingkatan 5. syarikah berhad.bagaimanakah cara untuk memahaminya ..kerana peperiksaan semakin hampir .bantu saya

  152. salam cg,

    SeLaMaT hArI gUrU,

    Moga dimurahkan rezeki dan ditambah keberkatan dalam umur dan rezeki and also moga bahagia selalu…HEPY SOKMO

  153. salam..pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat hari guru buat cikgu..semoga cikgu berjaya di dunia dan diakhirat..
    saya merupakan pelajar jurusan sains tulen(SPM 2009)..baru-baru ini saya telah mendapat tawaran dari UTM dalam bidang diploma pengurusan teknologi perakaunan..soalan saya.1)adakah bidang ini banyak mengaplikasikan sistem komputer?2)bagaimana dengan bidang yang akan saya teruskan pada peringkat ijazah nanti?untuk makluman cikgu,atas maklumat ramai,dikatakan UTM tiada ijazah dalam bidang perakaunan..terima kasih.

  154. salam..cikgu
    boleh tak daya nak dapatkan silibus berkaitan PA ni? yang terbaru saya dengar mengenai kerja kursus 20% tu. boleh terangkan?

  155. salam cikgu…
    ckg bleh brikan sy tip utk mengelaskan dkmen x???

  156. salam. .sy pnh mngikuti seminar p.akaun SMK PC1. .Sy tlh drop dr mngambl subjek +math. .dalam kelas sy,seramai 12 org pljar yg drop +math. .p.akaun sy slalunya B. .Jd apa plihan yg sy ada utk menuntukan msa dpn sy. .adakah dgn ke tingktn 6 itu sudah memadai..sy harap cg dpt mmberi sedikit komen. .

  157. Jika tak ambil add mate, anda hanya tidak layak untuk memohon matrikulasi sahaja, lain2 program seperti diploma di IPT atau UPU masih boleh memohon.

  158. ckgu…
    ade x formt utk pnyata & imbangan duga???
    tq….

  159. knpe bile sye muat trun bhan2 yg ckgu brikan….
    kmdian sy tdak bleh buka???

  160. nisa,
    Format tersebut boleh diperoleh dalam Modul Ting 4 Cg Sila di bahagian Muat Turun Bahan. Bagi mengelakkan sebarang masalah untuk buka fail2 yang dimuat turun, pastikan Nisa mempunyai Adobe Reader 9 (klik), yang boleh dimuat turun secara percuma.

  161. assalamualaikum cg..sy nk tanya kpd cg..apakah soalan ramalan prinsip akaun yang kemungkinan akan keluar pd thn ini..tq..

  162. selamat petang cikgu, saya baru masuk tingkatan enam…susas nak cari buku rujukan akaun la…boleh cikgu bantu?

  163. * susash nak cari buku rujukan akaun

  164. Love akaun,
    Maaf, Cg tak buat ramalan soalan, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, semakin banyak dikuasai semakin hampir dengan A+.

    Butch,
    Memang tidak dinafikan, susah untuk mendapatkan bahan rujukan STPM. Cg telah berusaha untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bahan2 STPM bagi membantu rakan guru dan juga pelajar STPM, sila muat turun DISINI.

  165. sy nk tny ni,, mcm mna nk dptkan soalan2 spm yg past year???
    tahun 2007 camtu laa

  166. Boleh beli dipasaran buku Koleksi Soalan peperiksaan tahun2 lepas terbitan CERDIK.

  167. salam…
    ckgu, ape itu full set akaun??
    blh ckgu terangkan dengan lebih detail lg….
    TQ

  168. Salam, set lengkap bermaksud dapat menyediakan rekod perakaunan bermula dari penyediaan dokumen hinggalah kepada penyediaan Penyata Kewangan.

  169. nk tnye apa 5 bidang perakaunan????

  170. Secara umumnya Bidang Perakaunan terdiri daripada :
    1. Perakaunan Kewangan
    2. Perakaunan Pengurusan
    3. Pengauditan
    4. Percukaian
    5. Sisitem Maklumat Perakaunan

  171. cg , apa itu kos waranti?thank you

  172. Sila rujuk buku berikut – Perakaunan Kewangan Jilid 2

  173. what is the sentence meaning for?
    (the stock at 31oct 2006 has been valued at selling price which is calculated by adding a 50% mark-up to the cost of goods.)

  174. Pada pandangan Cg, Stok Akhir dinilai pada harga pasaran, di mana harga pasaran = harga kos + mark-up 50%
    Katakan Harga Kos = RM1000, maka Mark-up= RM500 dan Harga Pasaran = RM1500.

  175. cikgu,macam mana nak buat persamaan perakaunan???

  176. Aset = Liabiliti + Ekuiti
    Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja – Ambilan

  177. cgu,apa kaedah terbaik utk membuat soalan dokumen,(soalan 1 kertas 2) dgn cepat

    ada yg kata kaedah terbaik adalah kaedah 3 in 1

  178. Terdapat beberapa kaedah untuk menjawab soalan tersebut, dan setiap kaedah ada kelebihan masing2. Apa yang penting anda menguasai sesuatu kaedah tersebut sebaik mungkin, dan dapat jawab dengan TEPAT dalam MASA kurang daripada 50 minit.

  179. Cikgu, saya ada 2 soalan :

    1. Soalan berbunyi :
    Encik muraj jalan Perniagaan Muraj dengan jual alatan eletrik di subang. pada 1 mac 20X3, baki-baki didapati :

    Bank 5000, Lengkapan 35600, Tunai, 500

    Selepas itu, diberi beberapa contoh dokumen. salah satunya merupakan
    1. Invois ASAL yang mengatakan beli Rak pameran. Rak pameran ini perlu dimasukkan sebagai perabot atau Lengkapan?
    2. Memo yang mengatakan menegeluarkan tunei RM 200 dan sebuah periuk nasi model RC12 berkos RM80 utk didermakan kpd Persatuan Kebajikan Selangor. Ini perlu dimasukkan dalam Jurnal Am dan Buku Tunai…
    —Namun, Butir sebelah Kredit Buku tunai dan juga Jurnal AM tulis DERMA atau AMBILAN.

  180. 1. Dalam kes ini, rak pameran tersebut boleh dikelaskan sebagai LENGKAPAN, kerana telah wujudnya Akaun Lengkapan daripada maklumat awal.

    2. Urus niaga mengeluarkan tunai tunai perlu dicatatkan dalam Buku Tunai manakala pengeluaran barang niga perlu dicatat dalam Jurnal Am.

    Buku Tunai:
    Kt: DERMA RM200

    Jurnal Am
    Dt: DERMA RM80
    Kt: BELIAN RM80

  181. salam cikgu, ada tak bhn utk download kerja kursus f4 thn ni yg berkaitan dokumen sumber tu?

  182. Soalan atau Arahan Tugasan bagi kerja kursus Tingkatan 4 2010 akan dikeluarkan pada bulan Julai nanti. Contoh arahan tugasan untuk dijadikan panduan, boleh muat turun daripada Blog Cikgu Azlan atau klik DISINI.

  183. sy merupakan lepasan SPM 2007…sy mendapat 1A utk prinsip perakaunan…kini bru sy sedari mengenai pengecualian CAT…skrng sy merupakan lepasan STPM 2009…bagaimana boley sy dapatkan pengecualian tersebut,…

  184. Pelajar lepasan SPM2007, masih belum dilaksanakan Persijilan Berganda sepenuhnya, hanya beberapa sekolah2 rintis sahaja. Di mana Gred LCCI ada tertulis dalam slip SPM tersebut.

  185. Zaihara Salamal

    Salam cikgu,
    Sy nak tanya, mana lg bagus ambil bac in accting ke ambil CAT? Harap cikgu bg penjelasan… TQ

  186. cikgu buku teks tingkatan 5 prinsip akaun edisi selangor..
    nak tahu jawapan dia..
    no 8..
    m/s 186..
    secepat mungkin..

  187. Maaf, cg tak ada buku tersebut.

  188. cikgu,saya da dkt trial spm xp masih xtwu cm ner nk wat dokumen gn tol..ley ckgu bg tips untk saya dpt full marks dlm dokumen x?

  189. 1. Kenal pasti apakah kelemahan / kesilapan yang telah anda lakukan semasa menjawab soalan dokumen.
    2. Atasi semua kelemahan2 tersebut dengan bimbingan guru anda.
    3. Apabila semua kelemahan dapat diatasi, maka markah penuh jadi milik anda.

  190. Balqis Baharudin

    Assalamualaikum…cikgu..
    tajuk tingkatan 5 berkenaan dengan komputer pernah masuk kew di dalam spm????

  191. salam,,,peruncingan percubaan spm terangganu masuk npe cikgu????
    tajuk npe kne bgi perhatian lbih skit???

  192. cikgu..terima kasih atas jasamu mewngajar ku ttg perakaunan…sebab tunjuk ajarmu smpai skang aku skor dlm akaun..tq..jasamu di kenang..student tusyen aqdi 2004-2005

  193. Balqis,
    Waalaikumussalam, pernah dikeluarkan dalam Kertas 1.

    Alif,
    Maaf, diluar pengetahuan Cg. Cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

    Student,
    Sama-sama, semoga anda terus berjaya.

  194. Assalammualaikum cikgu..

    Terima kasih diatas info-info yang cikgu kongsikan. Memang sangat membantu saya untuk menjadi cikgu perakaunan yang lebih baik.. 🙂

  195. Waalaikumussalam,

    Sama-sama, semoga Cikgu Ros menjadi guru perakaunan yang terbaik, InsyaAllah.

  196. assalammualaikum

    cikgu.. saya ingin bertanya.. cikgu ad x koleksi soalan soalan spm sebenar tahun 2005-2010.. jikalau ada boleh x berikan kepada saya

  197. saya mintak maaf cikgu.. spm 2010 belum keluar lg..

  198. Waalaikumussalam,
    Cuba dapatkan dipasaran Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM terbitan CERDIK Edisi 2010 yang mengandungi soalan SPM 2004 – 2009 : Kertas 1, Kertas 2 dan Jawapan.

  199. assalamualaikum…
    cikgu, merujuk soalan spm 2010, soalan 2, pelajar dikehendaki menyediakan akaun perdagangan dan untung rugi. kenapa jwpn yg diberi berbentuk penyata pendapatan??

  200. Azzah,
    Soalan SPM 2010 belum keluar lagi ….. macam mana dah tahu jawapannya ?

    Ok, sekarang ini format PENYATA adalah digalakkan, walaupun soalan minta “Akaun Perdagangan dan Untung Rugi”.

  201. mY God !!!!PA it was sgt susahlah ???

  202. jhotika > of couse la susah ..
    sye na pengsan buat p.a ..
    na jew tukar class ..
    :”(

  203. MANA BOLEH !ITU DAH TETAP DAH ……
    MACAM MANA PUN RUGI SAJA>DAH MASUK ,, WAJIB BUAT***

  204. tpie sye ta na …….
    ea sgt ssah la jhotika …..
    help me la …

  205. COOL ITS OK WHEN WE MEET LET US HELPS 2GATHER BYE………..

  206. uwkeyh ..
    bubye ,,,,,,,
    ^^

  207. BYE DEAR SEE U

  208. PA memang susah guyz…

  209. cikgu bolehkah jawapan ditulis dengan pensil dalam peperiksaan kertas 2 prinsip akaun

  210. Bbwoon,

    Penulisan dengan pencil adalah TIDAK DIGALAKKAN.

  211. cikgu..
    apakah itu belanja am ??

  212. Aby,

    Belanja Am biasanya digunakan bagi belanja yang kecil2 seperti belanja minuman pelanggan, akbhar dan majalah dan lain2 belanja yang tidak memerlukan disediakan AKAUN KHAS untuknya.

  213. owh.. maksudnya brg tersebut hanya menggunakan buku tunai runcit utk mencatatnya ??
    ermm.. kalau membuat pinjaman drpd bank.. dokumen yg apakah yang perlu digunakan ??

  214. Aby,

    Tidak semestinya Buku Tunai Runcit, buku tunai biasapun boleh cuma semua belanja2 tersebut disatukan dalam satu akaun sahaja yang dinamakan BELANJA AM.

    Pinjaman daripada Bank boleh gunakan MAKLUMAN KREDIT sebagai dokumen sokongan.

  215. cikgu,bahgian b soaln tertentu je kan…contoh2 soalan dye ape cikgu…

  216. Eyna,
    KESEMUA topik boleh berada di BAHAGIAN B dalam Kertas 2, kecuali soalan dokumen sahaja.

  217. maklumat dlm laman web cikgu amat berguna an memanfaatkan.
    terima kasih,cikgu.

  218. soalan anchor/soalan ramalan spm 2010 tau tak

  219. Dura,
    Maaf, Cg tidak tahu. Cadangan Cg, Kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, jawap semua soalan2 trial dari negeri2 lain dan soalan SPM tahun2 lepas.

  220. cikgu agak2 soaln ape yg perlu saye fokus untuk prcubaan hari jumaat ini di daerah johor bahru

  221. Eyna,
    Maaf, Cg tak pandai nak agak2 / ramalkan soalan, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

  222. salam cikgu,
    saya susah nk ingat formula titik pulang modal dgn tfsiran penyata kewangan.

  223. Naqya,
    Salam. Cuba FAHAMI maksud rumus tersebut dahulu, baru mudah anda HAFAL dan INGAT

  224. cikgu…ade tak tajuk peruncingan untuk soalan perakaunan untuk SPM 2010 ni…???

  225. Maaf, Cg tiada tajuk peruncingan. Nasihat Cg, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada kerana semakin banyak yang dikuasai, maka semakin hampir dengan A+.

  226. cikgu saya pyah untk kuasai tajuk2 lcci.pyah sangat…

  227. Syikin,
    Sekiranya TERLALU sukar untuk anda kuasai dalam masa yang terdekat ini, Cg cadangkan anda pastikan topik2 lain dapat dikuasai sebaik mungkin. Jangan terlalu tumpukan kepada topik yang SUKAR sedangkan topik2 yang MUDAH juga tidak dapat dikuasai dengan baik. Cuba kuasai topik satu persatu dari MUDAH ke SUKAR… Semoga Berjaya.

  228. slm..cikgu dlm satu bulan lgi sy nk spm tapi saya xpat perfom sngat akaun niyh..
    nape susah sngat nk hfal formula?jlan kerje nye susah sya nk pham.sya pernh dpa A sekali sajer =)

  229. Gunalah masa yang seadanya ini untuk munguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada. Akaun ni kena FAHAM dahulu baru boleh hafal, kalau nak mudah faham kena banyak BERTANYA guru anda. Oleh kerana anda pernah dapat A, ini menunjukkan anda sebenarnya seorang yang berpotensi untuk cemerlang dalam Prinsip Perakaunan, cuma perlu tingkatkan USAHA. Semoga Berjaya.

  230. cikgu,
    subjek ini memang takutkan i…………..kalau x dapat luls mcm mana…i rasa keliru lak cikgu……cikgu ade cara lain untuk belajar akauns x?

  231. Ranjitha,
    Sila baca TIPS BELAJAR (klik) yang telah Cg sediakan sebelum ini sebagai panduan.

  232. cikgu,,,ada x skema jawapan spm 2004???

  233. Boleh rujuk Buku Koleksi Soalan Sebenar Peperiksaan SPM Tahun2 Lepas.

  234. Assalamualaikum. Terima kasih tidak terhingga kepada cikgu kerana bahan yang amat bermanfaat kepada saya dan anak didik saya. Terima kasih sekali lagi.

  235. salam.. cg.. sya nk mtk format suma bab prinsip akaun yg tdapat dlm exam..

  236. Salam,
    Cuba muat turun Modul Cg Sila Ting4 & Ting 5 diblog beliau ataupun dibahagian B-MUAT TURUN BAHAN yang telah disediakan, mungkin ianya dapat membantu anda.

  237. cikgu ade x tips tentang penyata pelarasan untung rugI?

  238. Mustakim, berikut adalah petikan daripada komen Cg sebelum ini bagi menyediakan Penyata Penyelarasan Untung Rugi.

    Dengan mengambilkira maklumat tambahan pelajar kena kenalpasti KESAN maklumat tersebut ka atas UNTUNG BERSIH. Sekiranya menambahkan HASIL, maka kesannya UB perlu TAMBAH, jika menambah BELANJA, maka UB perlu ditolak. Sekiranya mengurangkan HASIL, maka kesannya UB perlu TOLAK dan jika mengurangkan BELANJA, maka kesanya UB perlu TAMBAH. Maka secara ringkasnya bolehlah dirumuskan seperti berikut :

    UB (sebelum pelarasan)
    Tambah:
    – Urus niaga yang menambahkan Hasil
    – Urus niaga yang mengurangkan Belanja
    Tolak :
    – Urus niaga yang mengurangkan Hasil
    – Urus niaga yang menambahkan Belanja
    = UNTUNG BERSIH (terselaras)

  239. salam..cikgu..boleh tlg sy?

  240. cikgu ada tak soalan target spm 2010???

  241. Maaf, tiada soalan target. Cadangan Cg, jawab semua soalan daripada Koleksi Trial 2010 Cg Narzuki Online serta soalan SPM tahun lepas. Dan cuba kuasai sebanyak mungkin topik yang ada.

  242. cikgu… apa topik2 yang spot utk spm tahun nie yer??? ada tak analisis soalan trial spm 2010???

  243. May,
    Maaf, tiada soalan spot, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada. Semua koleksi soalan telah diberikan, jadi analisis tersebut boleh dibuat sendiri tanpa sebarang masalah.

    TSYang,
    Buat masa ini belum buat lagi, banyak lagi perkara 2010 yang perlu dibereskan. Mungkin awal tahun hadapan baru saya ada kelapangan untuk sediakan rancangan tersebut.

  244. ada tak rancangan pelajaran PA tingkatan 4 n 5 untuk tahun 2011? kalau ade tolong email.TQ

  245. salam cikgu. nak tanya,,
    soalan 4 anchor item ada kesalahan bukan? yg faedah atas pinjaman. dan soalan 6, faedah atas ambilan kamil.

  246. Fafa,
    Pada pandangan Cg, tiada apa yang salah dalam kedua2 perkara tersebut.

  247. cg yg d atas tu soalan ramalan ke? dan apa yg spatutnya utk lajutkan lagi dalam perakaunan bagi lepasan spm2010 ni..

  248. salam

    cg yg kertas 2 bahagian B perlu tekan tajuk apa ? dengan jasa baik cg kalo ade soalan spot bg tahu ek?

  249. Salam,
    Topiknya tidak tentu, jadi nasihat Cg untuk mencapai kecemerlangan cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

  250. salam cg.
    sy calon spm 2010 utk subjek akaun.
    sy nk tnye.
    cg ade ape2 ramalan ape yg keluar utk akaun spm hari khamis next week tak?

  251. cg ade tak skema jawapan utk akaun trial spm 2010 negeri selangor?

  252. Maaf, Cg tiada soalan ramalan. Cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada sementara masa masih ada.

    Jawapan untuk soalan Selangor 2010 ada disediakan, sila muat turun.

  253. salam.. cg..soalan no. 6 penang.. saya cnfuse.. bkn kah stok awl bhn mntah msti d + dgn keja dl proses awl bhn mntah..sbb kerja dlm proses d pcah kpd 3 kmpenen bhn mntah, bruh lngsung, kos overhead…

    kos buruh langsung adakah msti d + dgn kerja dlm proses awl buruh langsung..

  254. cikgu ,

    saya x berapa faham modul tentang pembetulan kesilapan? Blhkah cikgu terangkan?

  255. salam cg….sya sangat risau exam yang akan anak-anak kita hadapi pada 9 Disember nanti. Cg ada tak tajuk2 yang diramal dalam exam spm prinsip perakaunan 2010

  256. CkG bgmana sy blH mndpat MKLUMAT mngnai AKAUN YURAN?

  257. cikgu soalan akaun kelab dan persatuan naik tak agak-agak.sya x brapa fhm psai akaun kelab dan persatuan

  258. salam cg…
    sy xtau nk rujuk pd sape..sy hrp cg bleh tlg sy..sy br keje sbg kerani kedai perabot yg lbh kurang 1 thn beroperasi tp x pnah ade akaun kedai. sy ditugaskan buat akaun utk kedai tu. sy pnah blaja akaun di sekolah & politeknik.. tp sy xtau dari mana nk mula…hrp cg boleh bg pndpt.

  259. Pada pandangan Cg,
    1. tentukan tempoh perakaunan.
    2. kumpulkan semua maklumat/rekod/dokumen berkaitan urus niaga kedai.
    3. sediakan buku catatan pertama ikut urutan tarikh, poskan ke lejar dan sediakan ID pada setiap bulan bagi menyemak ketepatan sistem catatan bergu yang telah dilakukan.

    Sekiranya anda mempunyai kemahiran menggunakan perisisan perakaunan semasa di politeknik, maka boleh cuba mengaplikasikannya sekarang.

  260. wah..bez betul budak2 zaman skang..paper akaun ader 2..for me lagik seng scored..xtau la pendapat org lain kan..adik sya baru laz yer spm ..amik akaun..selalu gak tgok paper2 dia..selalu gtau dia..ni ker yg obj tu rasa senang..kalu kita dah terer nk buat akaun mesti nak apply dlm teori sng..kalu masa fida dulu masa tu amik spm 2003..rasa nya laz ke belum tah guna 1 paper tue..agak teperangkap gak la..kalu xreti jawab soalan tu..mmg abis la..huhu..tekan kalkulator je la..huhu..ape pon..di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. =)

  261. cikgu saya bakal mengambil spm tahun ni…saya begitu berminat utk mengambil subjek akaun sebagai tambahan tapi saya tidak mempunyai asasnya…..apa pndapat cikgu…utk pengetahuan cikgu saya juga agk lemah dlm mathematics…sya aliran perdagangan dan saya ingin bertanya juga sekiranya kita nak smbg blajar dlm bidang perniagaan di mana mana universiti seluruh dunia…apakah akaun merupakan subjek yg wajib ada dn lulus dlm SPM??

  262. Jue,
    Pelajar yang ingin mendaftar subjek Prinsip Perakaunan pada tahun 2011 sepatutnya telah menyiapkan Kerja Kursus / Tugasan Projek semasa Tingkatan 4 lagi dan Tugasan Projek semasa di Tingkatan 5. Tugasan tersebut merupakan KERTAS 3 bagi format pentaksiran baru. Untuk makluman Jue, tidak semestinya tidak mengambil subjek prinsip perakaunan semasa SPM tidak dapat meneruskan pelajaran dibidang perniagaan. Peluang masih lagi terbuka luas, bergantung kepada syarat kelayakan memohan yang ditawarkan oleh IPT. Malah pelajar juga masih lagi berpeluang malanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.

  263. bgaimana cara utk jd user dlm laman ini

  264. Intan Suhana,
    Tidak perlu daftar untuk jadi user, blog ini terbuka untuk semua..

  265. cg,
    kalau nk download soalan2,mcm mne?

  266. Intan,

    Soalan2 boleh dimuat turun melalui bahagian C-MUAT TURUN SOALAN.

  267. cikgu bagaimana saya nak skor a’s dalam bidang ini ?

  268. Syafiq,
    Sila baca semua post di KEMAHIRAN BELAJAR (klik) untuk dijadikan panduan. Anda bukan saja boleh skor A+ bagi subjek Prinsip Perakaunan, malah semua subjekpun boleh.

  269. salam..ckgu,d mna ada klas tuisyen d sabah,kk..??

  270. Tira, Salam.
    Maaf, tak dapat Cg nak menolongnya… kena tanya guru2 di Sabah.

  271. cikgu tolong sye…sye risau kn sukatan tingkatan 4 lah
    msih x kuasai lagi…….
    tambah pulak ngan sukatan timgkatan 5….
    cikgu blh tlong x mcm mne nk kuasai semuanye dlam mse stahun

  272. saya adalah pelajar tingkatan 4.Dan sy telah mengambil subjek prinsip akaun,add math,fizik n kimia…
    sebenarnya,sy risau ambil subjek2 brikut sbb rmai org kata,sbjek brikut “susah”….tp,kalo fikir2 kan balik.Kalo, x kenal maka x cinta.Yela,x belajar lg mana nk tau kn…So,skrg sy nk tnya cikgu,adakah prinsip akaun boleh m’buka luas dlm kejayaan sy masa akan dtg.Contohnya,mngkin 10 thun akn dtg? Dan,kalo nk masuk “U”,prinsip akaun kena dpt kan A+ ke?

  273. Abg sy juga,x bg amek subjek berikut…
    Tapi,sy yakin “dimana ada kemahuan disitu ada jln”.
    t’dpt bnyk kemungkinan untk ggal krana kejayaan hnya boleh dicapai dgn 1 prkara iaitu USAHA !!!
    Betol x cikgu?

  274. salam .

    cikgu , guru akaun di sekolah saya kurang bagus kerana mereka masih muda n baru . saya tidak paham bila belajar dengan dia . lagi satu , masa untuk sbjek akaun terhad sebab sekolah nak cover subjek science yang lain . saya nak minta tip cikgu macam mana untuk senang paham sesuatu bab . n pada pendapat cikgu , buku latihan jenis macam mana yang bagus untuk pelajar form 5 macam saya ni ?

    syukran . xei xei . terima kase .

  275. Fara,
    Guru muda dan baru tidak semestinya tidak bagus. Cg tidak dinafikan mereka masih kurang pengalaman tetapi mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu anda mencapai kecemerlangan sedaya upaya mereka. Jika ada masalah, Cg yakin beliau akan merujuk kepada rakan guru akaun yang lebih berpengalaman bagi membantu menyelesaikan masalah anda. Guru adalah orang sangat2 mengharapkan kecemerlangan semua anak didiknya. Jadi rapati beliau, kerana beliau dipihak yang sama, berjuanglah bersama-sama.

    Sebenarnya tiada cara senang untuk faham sesuatu bab, melainkan dengan banyakkan BERTANYA dan LATIHAN.

  276. assalamualaikum ckgu……
    mcm mne na struggle utk akaun???????????????sy susah la….

  277. terima kase cekgu . saya akan cuba .
    cikgu , saya nak tanye . ape beza belanja teraku dan belaanja terdahulu ? dan macam mana cara untuk kira ?
    maaf jika saya banyak bertanya .

  278. cikgu..cemana nk buat kerja kursus ni??
    sye x phm la

  279. Iyana,
    Tempoh pelaksanaan BELUM bermula. Soalan tugasan hanya akan dikeluarkan pada akhir bulan sebelumnya.
    Tingkatan 4 : Ogos – September
    Tingkatan 5 : April – Mei

  280. Hai cikgu,

    soalan n bab apakah yg slalu keluar dlm SPM?
    adakah akaun kawalan slalu kluar?

  281. Riyuu,
    Dengan format pentaksiran baru ini, kesemua topik ada kemungkinan akan dikeluarkan dalam SPM nanti. Nasihat Cg, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang anda pelajari.

  282. salam,
    cg buku rujukan ape yg bgus dn mdh fhm bg prinsip perakaunan?
    tq

  283. Fatiha,
    Pada pandangan Cg, buku yang paling sesuai digunakan pada masa ini ialah Buku Teks kerana ianya memenuhi Sukatan Pelajaran yang baru digunapakai pada tahun 2010. Manakala untuk mudah faham bukan bergantung kepada buku yang digunakan tetapi cara belajar yang berkesan, sentiasa bertanya dan mendapat bimbingan daripada guru anda secara berterusan.

  284. salam,cg.
    apakah laluan yg harus sy lalui sekiranya sy ingin menjdi seorang pro akauntan?

  285. Atiey,
    Berikut adalah carta Laluan Pendidikan Untuk Pendidikan Perakaunan yang Cg jumpa.

    Lalaun Pendidikan Bidang Perakaunan

  286. Assalamualaikum. cikgu boleh tak terangkan tentang kesan angkutan masuk dan angkutan keluar terhadap untung rugi.

  287. Waalaikumussalam,
    Cg bagi nota ringkas saja, Alia cuba fahami apakah maksud, kaitan dan kesannya terhadap Penyata Pendapatan / Ak Untung Rugi.

    Angkutan masuk – Kos Jualan – Untung Kasar
    Angkutan keluar – Belanja – Untung Bersih

  288. Cikgu ada tak skema jawapan bagi spm 2010 ?

  289. Maaf, tiada dalam simpanan.

  290. assalamualaikum…..
    CG sy nak tanya,CG ada sediakan nota tak dalam simpanan cikgu kerana sy tengok blog ni berguna lah kepada sy kerana sy baru ting.4….harap2 ada lah….

    TQ

  291. Afeeq asraf,
    Sila ke bahagian B-MUAT TURUN BAHAN dan C-MUAT TURUN SOALAN untuk mendapatkan bahan tersebut.

  292. salam. nak tanya, soalan dokumen di tanya ke dlm exam paper 2 p. akaun bila dah guna format baru ni di mana bab dokumen perniagaan sbgai sumber maklumat di buat sbgai folio (paper3)???? blh tlg jwb??

  293. markah folio paper3 student form4 thn 2010 (skrg mereka form5) yang dh key in , nk bt apa slps tu??mcmna nk gabungkan dgn mrkah folio form5 (thn 2011)?? slps semak folio tersebut dan diberi markah, apa tindakan selanjutnya??

  294. saya tak berkesempatan mengikuti bengkel paper3 akaun format baru kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan ketika itu, blh tlg jelaskan mengenainya dan apa yg perlu sy lakukan???tlg bantu saya…tq

  295. Cg Linda,
    Sila muat turun CONTOH SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN FORMAT SPM 2011 sebagai panduan, didalamnya ada dikemukakan item contoh bagi Kertas 2.

    Selepas semak Tugasan Ting 5 nanti, kita akan gabungkan markah Ting 4 dan Ting 5, kemudian baru diserahkan kepada S/U Peperiksaan Sekolah untuk dikey-in secara online.

    Maklumat mengenai kerja kursus Tingkatan 4 boleh rujuk post KERTAS 3 – KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 (klik). Manakala Taklimat mengenai Kerja Kursus Tingkatan 5 akan diadakan dalam bulan Feb – Mac nanti mengikut Zon masing2.

  296. boleh cikgu upload soalan p.perakaunan SPM sebenar TAHUN 2009 DAN 2010…

  297. Priya,
    Maaf, hanya pihak yang mendapat kebenaran daripada KPM sahaja boleh berbuat demikian. Soalan2 tersebut serta cadangan jawapan boleh diperolehi dalam Buku Koleksi Soalan2 Sebenar tahun2 lepas dipasaran.

  298. cikgu, jwpan akaun 2010 ada ta?

  299. Putery fana,
    Boleh dapatkan daripada Buku Koleksi Soalan Tahun2 Lepas yang ada dipasaran.

  300. cikgu,,
    macam mana hendak lg memahami prinsip perakaunan ini..?
    kerana sy xfaham cikgu di sekolah menajar..?
    cikgu tolong…..

  301. Dila,
    Untuk betul2 memahaminya kita kena banyak BERTANYA, samada guru disekolah, rakan2 atau siapa saja yang lebih mengetahuinya. Sebagai panduan sila baca : KEMAHIRAN BERTANYA DALAM PEMBELAJARAN (klik)

  302. Salam cikgu,
    adakah soalan dokumen perniagaan masih ada dalam format baru spm 2011 nanti?

  303. Soalan dokumen seperti soalan 1 tahun2 lepas, setahu saya sudah tidak ada lagi kerana telah dikeluarkan dari Kertas 2 dan dijadikan sebagai tugasan dalam kerja kursus Kertas 3.

  304. tq untuk info tersebut,
    dengan adanya sukatan baru ni, agak sukar menentukan topik mana yang akan keluar dalam spm2011 nanti, ada cadangan tak nak fokus topik mana yang penting?

  305. Semua topik ada kemungkinan keluar, maka kita kena persiapkan pelajar lebih awal supaya menguasai semua topik yang ada sebaik mungkin, sebagai persedian menduduki peperiksaan SPM 2011 nanti.

  306. cikgu tahun ini akaun topik semua dah berubah,,,, tahun selepas kita tak gunA BUKU BARU TAHUN INI,,, cikgu kita suruh kita pelajar sendiri….. tq jika cikgu baca comment saya ….BYE! BYE!

  307. Cikgu, adakah cikgu terima apa-apa maklumat tentang jadual peperiksaan SPM 2011? Jika masih belum lagi terima, bilakah agaknya akan diumumkan? Bolehkah pelajar pure science tidak mengambil (drop) mata pelajaran seperti Add Math atau Bio semasa signing for SPM di sekolah ? Bolehkah sekolah paksa pelajar itu mengambil subjek tersebut atas sebab dia berada dalam kelas pure science? Tolong Cikgu jelaskan. Terima Kasih.

  308. Cg Martina,
    Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2011 (klik) telahpun dikeluarkan oleh LPM, tetapi sekadar draf sahaja tarikh2nya belum dimasukkan lagi.

    Setahu saya, pelajar yang tentukan subjek apa yang hendak didaftarkan sekolah tidak boleh main paksa2. Walau bagaimanapun saya kena rujuk SU Peperiksaan sekolah dahulu, kerana beliau lebih mengetahuinya.

  309. salam cikgu, sekarang format akaun tok f5 (pp & k3) da berubah . .
    kalo naty spm jwb ikot format xlh erk???

  310. Dila, sila guna ejaan yang lengkap supaya mudah difahami oleh siapa yang membacanya.

  311. Salam Cikgu ,
    Saya nak lihat contoh soalan SPM P.Akaun tahun 2009 atau 2010 .
    Adakah cikgu tahu dimana dan bagaimana saya boleh mndapatkn nya?

  312. Boleh dapatkan dipasaran, cari Buku Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar Tahun2 Lepas.

  313. salam…saya cikgu yang agak baru dan tahun ni merupakan tahun pertama saya mengajar prinsip akaun tingkatan 5.saya menghadapi masalah dalam pemberian markah untuk prinsip perakaunan.bagaimana dan dari mana sumber yang boleh saya dapatkan peraturan pemarkahan?sukar bagi saya untuk memberi markah kerana kurang pendedahan dalam pemberian markah ini.harap cikgu dapat membantu..terima kasih

  314. Cadangan saya, cuba dapatkan set2 soalan dan skema peperiksaan/soalan percubaan tahun lepas daripada rakan guru dari sekolah2 sekitar.

  315. salam Cg,
    saya juga ingin bertanya tentang pemberian markah. diharap Cg dpt berkongsi di laman ini. tq..

  316. Saya cadangkan supaya diutarakan kepada JU negeri masing2 untuk mengadakan kursus penandaan dan pemberikan markah di peringkat negeri. Ataupun adakan kursus diperingkat Daerah masing2 sebagai salah satu aktiviti panitia prinsip perakaunan daerah.

  317. salam…cikgu.mintak maaf kerana saya tersalah sent emel b’tajuk skema jawapan kat cikgu.mohon maaf atas kesulitan.

  318. salam.. ckgu ade x format p&p dan kkk??

  319. salam.. ckgu ade x nota awam berhad?

  320. cikgu punya tAK DE ke …. yang cikgu sila kata nota sylabuss baru kena bayar rm 10

  321. Kelvin,
    Maaf, Cg tak sediakan nota kerana buku teks sudah ada nota yang lengkap.

  322. assalamualaikum cikgu narzuki…sy mohon prtolongan….cikgu ada x contoh prniagaan yg lngkap satu bulan prekodan….buku catatan pertama n lejar n imbangan duga n penyata pndapatan n kunci kira-kira….sy benar2 mohon prtolongan cikgU…assaLamualaikUm…

  323. Waalaikumussalam,
    Maaf tidak ada, apa yang boleh di tolong ialah hantarkan jawapan anda kemudian Cg tolong semakkan.

  324. untuk seorang pelajar baru yang baru berpindah ke sekolah baru dan mengambil mata pelajaran elektif baru iaitu prinsip perakaunan, adakah 8 bulan cukup untuknya menguasai semua topik-topik dari tingkatan 4 hingga 5 ?
    terima kasih 🙂

  325. Irwan,
    Pertama pastikan anda menyiapkan KERJA KURSUS Tingkatan 4 terlebih dahulu, jika tidak anda tidak layak untuk mendaftar mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM 2011.
    Manakala untuk menguasai semua topik2 tersebut bergantung kepada USAHA dan KESUNGGUHAN anda serta BIMBINGAN GURU secara berterusan.

  326. Hafiz,
    Maaf Cg hanya seorang guru Prinsip Perakaunan, jadi perkara2 yang berkaitan dengan BAHASA MALAYSIA adalah diluar pengetahuan Cg.

  327. assalamualaikum..
    terima kasih byk buat guru2 terutamanya cg narzuki kerana byk membantu saya dlm akaun..alhamdulillah semua pelajar saya lulus..4 org dapat A.lain2 C,B..sorg je D…

  328. Waalaikumussalam,

    Alhamdulillah dan TAHNIAH saya ucapakan atas pencapaian tersebut, semoga dapat ditingkatkan lagi pada tahun2 hadapan, InsyaAllah.

  329. assalamualaikum…..cikgu,
    saya merupakan pelajar dalam aliran sains dan sedang mengambil 9 mata pelajaran termasuklah BM,BI,Matematik,Matematik Tambahan,Biology,Kimia,,P.Agama Islam,Sejarah dan Fizik…..Saya ingin mengambil 3 lagi mata pelajaran tambahan iaitu EST,Prinsip Perakaunan dan Tasawwur Islam…..dibenarkan ke tidak ye?

  330. Azu, waalaikumussalam,

    Sila rujuk kepada Kaunselor dan Setiausaha Peperiksaan di sekolah anda berhubung perkara tersebut.

  331. terima kasih cikgu .
    blog cikgu sangat beguna kepada saya . saya byk dapat sumber dan bahan dari blog cikgu . blog cikgu byk membantu saya dalam SPM yg lalu dan saya berjaya mendapat keputusan yg cemerlang . saya berharapa supaya blog ini terus kekal cikgu .
    terima kasih sekali lagi untuk cikgu Narzuki atas blog ini yg byk membantu .

  332. Jad,
    Tahniah Cg ucapkan atas kejayaan tersebut. Semoga Jad akan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

  333. salam, adakah helaian jurnal dan kertas lejar masih digunakan untuk menjawab soalan. Macamana pulak dgn Buku tunai?

  334. Pada pandangan saya, sekiranya soalan minta disediakan jurnal, lejar atau buku tunai, maka kertas helaian tersebut akan dibekalkan.

  335. selamat sejahtra ckgu.saya pelajar tingkatan 5.saya ambil mata pelajaran prinsip perakaunan.boleh tak ckgu terang kepada saya tentang assignment PA tingakatan 5.saya x paham.

  336. sAlam cg..cM ner sy nk dptkn nota akaun dLm lamAn ini..??

  337. ckg..nk tny ne..
    utk plarasan 2 yg solan (g)..
    selain ambikan dn angkutan kluar,ap lg yg bleh kta ltk???
    utk kslpn cttn

  338. website ini nak download kena bayar rm 10 … ape lah ini nak buat bissnes ke ??

  339. Cikgu Amin,

    Untuk muat turun adalah PERCUMA tidak dikenakan sebarang bayaran, hanya untuk menjadi AHLI sahaja dikenakan bayaran pendaftaran. Semua bahan yang dikumpulkan adalah sumbangan daripada AHLI2 dan akan dikongsikan kepada AHLI2 yang lain.

  340. Cikgu Narzuki,
    Untuk mengendalikan satu website yang penuh dengan segala ilmu pengetahuan dan berjaya bukan mudah. Ramai yang tidak dapat mengendalikannya dengan berjaya dan segelintir pula hanya mampu memberi kritikan yang tidak berfaedah. Bayaran murah yang RM10 sepatutnya dikenakan atas usaha cikgu narzuki yang berjaya mengendalikan website ini dengan berjaya dan ramai daripada cikgu dan pelajar telah mendapat banyak ilmu pengetahuan dan maafaat di website ini. Harap tiada orang lagi mempertikaikan bayaran ini. Kami sentiasa menyokong usaha cikgu narzuki dalam menjayakan website ini. Terima kasih cikgu.

  341. Fatimah,
    Terima kasih atas sokongan yang diberikan, memang tidak dinafikan banyak masa, kos dan tenaga telah dihabiskan untuk mengendalikan blog ini. Bila ada guru yang mempertikaikannya, maka terfikirlah pula oleh saya…

    1. Untuk siapa blog ini disediakan ?
    …… untuk kegunaan saya sendiri, anak didik saya, rakan2 guru, anak2 pelajar … atau SIAPA ?

    2. Kenapa blog ini disediakan ?
    ….. kepentingan diri sendiri, kerana inginkan nama, nak buat duit, sekadar membantu, berkongsi bahan/ilmu … atau KENAPA ?

    Bak kata Nabil (RL) …….. “Lu Fikirlah Sendiri”

  342. Banyak dah jasa cg narzuki kepada saya. Sangat2 terima kasih.. Selamat Hr Guru Cg narzuki..
    Nasihat saya klu cikguamin tak nak byr rm10, buatlah website sendiri…

  343. Zai,
    Terima kasih atas sokongan. Selamat Hari Guru untuk semua rakan guru.

  344. usaha cg narzuki mmg wajar dipuji kerana dpt membantu guru2 pak lain seluruh malaysia..kita x sepatutnya mempertikaikan bayaran RM10 yang dikenakan oleh beliau kerana ilmu yang kita perolehi tidak terhingga nilainya jika dibandingkan dengan nilai RM10

  345. Assalam cgu Narzuki .. saya nak tanya , mcm mana nak nak dapat skema jawapan untuk kerja khusus prinsip perakaunan tingkatan 5 2011 .. saya amat amat memerlukan skema untuk dibuat rujukan .. harap cikgu dapat membantu saya .

  346. cgu, tolong bagi contoh belanja yang b’kaitan dngan belian barang niaga. thnx 🙂

  347. Cindy,

    Ianya dipanggil KOS BELIAN, antaranya : Angkutan masuk, Upah atas belian, Insurans atas belian, Duti/Cukai atas belian.

  348. ok, terima kasih cgu. ^-^

  349. cikgu, bila boleh dapat tajuk kerja kursus prinsip perakaunan tingkatan 4 2011?

  350. Mon,

    Tempoh pelaksanaan kerja kursus tingkatan 4 ialah Ogos hingga September, maka soalan tugasan akan dikeluarkan pada 1 Ogos 2011 nanti… paling awalpun pada 31 Julai 2011 (berdasarkan tahun lepas).

  351. Cikgu, kalau Saya tidak buat kerja kursus prinsip akaun ,paper 1 markah saya akan 40mark kan ?

  352. Kent,

    Berdasarkan maklumat yang Cg terima, format pentaksiran tidak berubah:
    Kertas 1 – 20%
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 – 20%

    Jika calon tidak buat kerja kursus (Kertas 3), maka markah untuk Kertas 3 = 0 % dan markah maksimum yang mampu diperolehi hanya 80% sahaja (kertas 1 + Kertas 2).

  353. cikgu,adakah dokumen perniagaan msh keluar dlm exm thn ni??format msh sama ka ckgu??

  354. Rachel,

    Format Pentaksiran Kertas 2 mulai SPM 2011 tidak sama dengan format tahun2 lepas, iaitu:
    Kertas 2:
    Bahagian A (Jawab SEMUA Soalan)
    Soalan 1 – 10 markah
    Soalan 2 – 25 markah
    Soalan 3 – 25 markah

    Bahagian B (Pilih DUA)
    Soalan 4 – 20 markah
    Soalan 5 – 20 markah
    Soalan 6 – 20 markah

    Setahu saya,
    Soalan Dokumen seperti tahun2 sebelum ini tidak dikeluarkan lagi kerana telah diserapkan dalam Kertas 3 (Tugasan Projek/ Kerja Kursus.)

  355. cikgu,
    apakah soalan yg di ramalkan akan keluar pada tahun ini sekiranya format soalan telah ditukar?
    bagaimanakah contoh soalan bagi bahagian A dan B?

  356. Salmiah,

    Contoh soalan tersebut telah dikeluarkann oleh LPM dan telah saya sediakan DISINI.

  357. dlm jangkaan ckg,apakh soalan yang akan keluar pada tahun ini?

  358. Clarence,

    Cadangan Cg, gunakan masa yang seadanya ini untuk menguasai sebanyak mungkin topik2 yang dipelajari sebagai persediaan menghadapi kertas Prinsip Perakaunan SPM pada 5 Disember 2011 nanti.

  359. bolehkah cikgu berikan tajuk mengikut no soalan bagi format baru ini..contoh format lama ,S1=dokumen ,S2=Penyata pendapatan………

  360. Suzilawati,

    Tiada sebarang penetapan khas bagi setiap soalan, setiap topik boleh dikeluarkan dalam mana2 soalan.

  361. Cikgu,

    Saya seorang guru tusiyen prinsip akuan. saya difahamkan pelajar tingkatan 4 kelas saya, yang cikgu sekolahnya mengarahkan diskaun diterima diletakkan di bawah hasil dan bukannya di ditolak dari belian seperti silibus baru. saya difahamkan pelajar tersebut yang cikgunya telah menghadiri satu kursus berkaitan dengan prinsip akaun. Saya berharap agar cikgu narzuki dapat memberi confirmation terhadap perkara ini.

  362. Cva,

    Cadangan saya ikut Sukatan Baru dan Buku Teks baru, ini kerana format tersebut juga telah lama digunakan diperingkat matrikulasi.

  363. assalamualaikum
    cg, sy ingin bertanya apakah kertas jawapan yang akan digunakan untuk peperiksaan percubaan nanti. adakah masih menggunakan kertas lama iaitu kertas putih (lejar), kertas biru (jurnal) dan kertas hijau (buku tunai) ataupun menggunakan kertas ‘test pad’ sahaja.

  364. Hanuni, waalaikumussalam,

    Pada pandangan saya, kertas-kertas tersebut masih boleh digunakan oleh pelajar dalam menjawab soalan2 yang berkaitan.
    Berdasarkan arahan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2011 bagi kertas 2 Prinsip Perakaunan pada 5 Disember 2011 ada dinyatakan “Ketua Pengawas mengarahkan calon mengisi butiran pada Helaian Tambahan, Lejar, Jurnal dan Buku Tunai Tiga Ruangan”. Ini bermaksud semasa SPM nanti kertas-kertas tersebut juga akan diedarkan kepada calon2.

  365. salam. ade x soalan account yg ade lebih dr 20 transaction?
    kalau ade,bleh sy download?

  366. Syko-g,

    Maaf tiada soalan sedemikian dalam simpanan Cg.

  367. Cikgu,
    Ada apakah maklumat tentang projek tingkatan 4? Projek ini masih belum keluar lagi. Hari ini sudah pun 1/8. Adakah apa-apa perubahan? Terima kasih

  368. Martina,

    Buat masa ini tiada sebarang maklumat berhubung perkara tersebut, kita cuba lihat esok… jika tiada juga, mungkin ada perubahan yang dilakukan.. sama2 kita tunggu makluman daripada pihak LPM nanti.

  369. SOALAN YG KEMUNGKINAN BLH KELUAR TAHUN INI 2011…

  370. Roshinee,

    SEMUA topik ada kemungkinan akan dikeluarkan pada tahun ini, Cadangan Cg, buat masa ini … cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, kemudian jawab semua soalan percubaan 2011 setiap negeri nanti.

  371. teacher,the marks we get from the folio will be added into the spm account result paper 1 and 2 n then divide it?
    or just the gred of the folio is important?

  372. Chinfen,

    Format Pentaksiran SPM 2011
    Kertas 1 = 20%
    Kertas 2 = 60%
    Kertas 3 = 20% …. kerja kursus.

  373. Cikgu,
    Soalan anchor tahun ini ada tak? Kalau soalan LCCI, cara jawah sama ke? Soalan anchor tahun lepas boleh digunakan lagi?
    Thnx.

  374. Shobana,

    Pada pandangan saya,
    Soalan “anchor item” dengan soalan format LCCI adalah perkara yang sama, bezanya tahun lepas hanya soalan 2 & 3 sahaja menggunakan format LCCI yang dikenali sebagai “Anchor Item”. Format baru.. semua soalan boleh menggunakan soalan format LCCI. Cara jawab sama saja, cuma gaya penyoalan agak berbeza sedikit berbanding soalan tahun2 sebelum ini. Dan soalan2 anchor ietm tahun lepas memang sesuai digunakan.

  375. CIkgu, dalam buku teks baru halaman 492, dinyatakan bahawa gaji kakitangan pejabat kilang adalah kos overhed kilang. Jadi, adakah gaji kerani pejabat diambil kira sebagai kos overhed?

  376. Jery,

    Kos Pengeluaran hanya belanja2 yang melibatkan KILANG SAHAJA, jika melibatkan perbelanjaan pejabat / kedai dicatat dalam Penyata Pendapatan kedai tersebut.

  377. Cgu

    klau SPM nanti…jawapan saya tak seimbang…tapi merangkumi semua item…..adakah saya tetap mendapat markah??? ataupun ianya 0..?? sebab saya rasa 2 jam 30 minit masa peruntukan tidak cukup untuk saya mengimbangkan jawapan itu…
    TQ

  378. Robby Lim,

    Tiada markah untuk KESIMBANGKAN… markah biasanya diberikan kepada item2 yang melibatkan pelarasan atau pengiraan. Walaupun tidak seimbang, markah masih diperolehi daripada item2 tersebut.

  379. Cgu

    Boleh beri pendapat ?
    Sekurang2nya berapa peratus markah untuk mendapat A dalam peperiksaan SPM….subject AKAUN ini?? 70%..??

  380. Robby Lim,

    Pada pandangan Cg,
    Markahnya bergantung kepada graf pencapaian semua calon nanti, namun sebagai satu NILAI SASARAN, Cg cadangkan tetapkan 80% markah sebagai A.

  381. Cgu

    Pernah buat analisis permarkahan SPM akaun tahun lepas…??? senior tahun lepas~~~

  382. cikgu macammana nak kuasai penyata pndapatan dan kunci kira-kira…susahlah

  383. Aslinda,

    NAK seribu DAYA, ….TAK NAK seribu DALIH.

    Kuasai kemahiran PELARASAN serta faham dan Ingat FORMAT Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

  384. how to download the stpm trial question 2011

  385. salam..ada tak skema jwpn soalan spm 2010?

  386. Mkna494,

    Skemanya hanya LPM yang boleh keluarkan, manakala cadangan jawapan boleh dapatkan daipada buku Koleksi Soalan Sebenar Tahun2 Lepas di pasaran.

  387. ASSALAM.. MaCAM mANA NAK JADI aHLI ?

  388. Cgu

    Mcm mana nak atur masa untuk jawab 5 soalan prisip perakaunan di SPM dlam masa 2 . 30 jam….saya rasa tak sempat. Boleh tak cgu beri pendapat?? lebih2 lagi soalan terengganu yang susah itu.

  389. Robby,

    Persediaan awal dan penguasaan kemahiran pelarasan dan ingat semua format2 amat penting bagi memastikan masa mencukupi.

    Anggaran peruntukan masa menjawab bagi setiap soalan:
    Soalan 1 = 15 minit
    Soalan 2 & 3 = 37.5 minit
    Soalan 4,5 & 6 = 30 minit

  390. pelajar yang lemah boleh tak saya fokus dua tajuk saja untuk kertas 2. perkongsian dengan pengeluaran?? kalau cikgu boleh bagi idea nak tolong pelajar yang lemah untuk lulus. saya benar-benar mengharapkan kawan-kwan yang boleh memberi idea atau pendapat.

  391. Cadangan saya kepada pelajar LEMAH, lakukan LATIH TUBI terkadap Kertas 1 serta Soalan 1 Kertas 2… seterusnya latihan terhadap topik2 yang aras mudah dan sederhana sahaja.

  392. Bab yg saya ragu ialah KOS PENGELUARAN dan PEMBETULAN KESILAPAN( CATATAN JURNAL )
    ….susah nak tentukan ia adalah KOS OVERHED ~~

  393. Robby,

    Selain kos bahan langsung, kos buruh langsung dan belanja langsung… maka ianya dikelaskan sebagai kos overhed.. asalkan melibatkan kos/belanja berkaitan dengan KILANG.

  394. hallo cikgu ~ minta tanya ~apa itu hasil terakru dan apa hasil terdahulu ? boleh tengok contoh tak ?

  395. Jiro,

    hasil terakru – komisen belum terima
    hasil terdahulu – sewa diterima terdahulu

  396. salam cg..sya t’kjt jg tngk blog cg nie..

    bnyk info blh dpt..
    cg..,sya bru msk form 4 thn ni..
    masih keliru nk amik PA ke x..
    x brape confident la cg..
    bg smngt ckit cg..
    tq..
    salam..

  397. Ami,

    Cg cadangkan baca artikel2 yang telah kemukakan di KERJAYA DIBIDANG PERAKAUNAN (klik)
    Semoga ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan.

  398. salam..
    blh tak dapatkan kpd saya soalan p.akaun spm 2010 dan 2012..tq

  399. Amirah,

    Soalan2 SPM dan cadangan jawapan boleh diperolehi daripada buku Koleksi Soalan-Soalan Tahun Lepas di pasaran, manakala soalan SPM 2012 masih belum keluar lagi, kena tunggu bulan Disember 2012 nanti.

    # Adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa sahaja yang mengedar soalan2 sebenar SPM dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran/kelulusan daripada LPM terlebih dahulu.

  400. salam,
    saya ni tengah keliru nak memilih diantara perinsip perkaunan ataupun ict…cikgu rasa yang mane patut saya pilih….

  401. Nerdy,

    Cg tidak dapat tentukan apa yang patut dipilih, kerana ianya bergantung kepada MINAT dan KESUNGGUHAN anda untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Sila rujuk PETUA MEMBUAT KEPUTUSAN (klik) semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat.

    Maklumat tentang Kerjaya Bidang Perakaunan boleh rujuk DISINI (klik)

  402. assalamualaikum cikgu , subjek PA ni senang ke nak score A ? boleh bagi tip tak macam mane nak menguasai subjek ni ……. terime kasih

  403. salam..
    cg tq atas nachat cg..sye dah yakin skrang nak amik pa..

    tq cg..

    salam…

  404. assalamualaikum cikgu …… macam mane untuk kite lebih memahami subjek PA ni dgn lebih mendalam ? harap cg boleh bantu …. tq .

  405. Azwan & Asni, waalaikumussalam.

    Semua subjek adalah senang untuk score A, asalkan ada MINAT , KESUNGGUHAN dan banyakkan BERTANYA serta kemahiran belajar yang betul. Sebagai panduan sila baca komen2 di KEMAHIRAN BELAJAR(klik). Ianya boleh digunakan untuk semua subjek.

  406. terime kasih atas panduan tersebut …… semoge lepas ni sye akan lebih tekun belajar subjek PA ni ….. Insyaallah ….

  407. cikgu, apa pandangan cikgu jika saya ambil prinsip akaun sebagai elektif tambahan? harap cikgu dapat membalas secepat mungkin …

  408. Eira,

    Cg sangat2 sokong,… kerana ianya akan membuka LEBIH BANYAK PELUANG untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM nanti.

  409. SALAM.ESOK SAYA AKAN JAWAB TRIAL AKAUN TETAPI TAKUT TAK DPT JAWAB SBB SBLUM NI DLM PERIKSA SY GAGAL.BLH X CKG BG TIPS MCM MANE NK SKOR AKAUN DGN MUDAh?

  410. Siti Aisyah,

    Pengurusan MASA sangat penting … biasanya pelajar mengalami masa masalah TIDAK CUKUP MASA… walaupun soalan tersebut beliau dapat jawab.
    Tips ringkas daripada Cg ialah lihat KESELURUHAN SOALAN dahulu, jawab soalan yang PALING MUDAH dan YAKIN dapat jawab dalam masa yang singkat…… pilih dan jawab dari soalan MUDAH ke soalan SUSAH. TERUS menjawab walaupun dirasakan ada kesilapan telah dilakukan / tidak seimbang.

    Akhir sekali, semoga dapat jawab dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang, InsyaAllah.

  411. cg nak tanya bagaimanakah agihan/wajaran markah dalam kertas PA ini Kertas 1 ?wjaran Kertas 2 ? wajaran Kertas 3 (Tugasan 20%)
    Berapa markah/wajaran yang dapat A?

  412. Infostpm,

    Kertas 1 – 20%
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 – 20%

    Markah sebenar untuk dapat A… ditentukan oleh pihak LPM berdasarkan graf keseluruhan calon… sebagai SASARAN kita boleh tetap 75 % sebagai markah A.

  413. terima kasih cikgu.

  414. slm cg nazuki
    mcm mnew ha nk tentukan debit kredit??

  415. Lokman,

    Pada asasnya akaun yang berbaki DEBIT ialah ASET dan BELANJA, manakala akaun2 yang berbaki KREDIT ialah LIABILITI, EKUITI dan HASIL.

    Walau bagaimanapun untuk menentukan catatan bergunya .. mesti rujuk kepada URUS NIAGA tersebut.
    Contohnya : Jualan barang niaga secara tunai, maka catatan bergunya :
    Debit : TUNAI dan Kredit : JUALAN

  416. Salam cg,

    Minta pendapat cg perbezaan antara lekapan, lengkapan dan kelengkapan? Yang mana skop lebih luas ?

    Tq
    cgkay

  417. Cg Kay,

    KELENGKAPAN – tiada dalam istilah perakaunan. maka adalah SALAH sama sekali jika digunakan.
    Istilah yang sepatutnya ialah LENGKAPAN iaitu aset2 seperti perabot, kabinet dan seumpamanya. Manakala LEKAPAN merujuk kepada aset2 seperti kipas, penghawa dingin, lampu dan seumpamanya. Dan ada juga yang mengabungkan kedua2 dalam satu akaun iaitu AK. LEKAPAN DAN LENGKAPAN

  418. Assalamualaikum cikgu.. saya nak btanya pasal apakah maksud tamat temp0h matangnyee dan semua maklumat dalam pyata pdaptan adalah butir yang patut di bayar dalam satu temp0h perakaunan kea cikgu? lagi satu st0k akhir kena ambil yang harga k0s kea 0r harga pasaran?

    saya da lupa dan cikgu saya sekarang pergi menunaikan haji s0 saya tak tahu nak btanye dgn siapa..

  419. Nurul, waalaikumussalam.

    TEMPOH MATANG ialah tempoh tamatnya sesuatu perkara.. contonhnya PINJAMAN (Tempoh matang 31/12/2015)…. maksudnya Pinjaman tersebut akan HABIS DIBAYAR pada 31/12/2015 nanti.

    MAKLUMAT TAMBAHAN dalam soalan adalah merujuk kepada perkara2 yang perlu dilakukan PELARASAN… dalam menentukan HASIL dan BELANJA yang sepatutnya bagi Tempoh Perakaunan tersebut …..seperti Susut Nilai, PHR dll.

    STOK AKHIR – menggunakan TAKAP = Terendah Antara Kos Atau Pasaran ….. iaitu pilih NILAI RENDAH antara Nilai Kos dan Nilai Pasaran.

  420. assalammualaikum cg.narzuki,tajuk tajuk yang manakah yg perlu lebih dfokuskan?

  421. Hafiz. waalaikumussalam.

    Masih terlalu awal untuk fokus topik2 tertentu sahaja. Petua untuk capai kecemerlangan.. mudah sahaja.. iaitu: “Semakin banyak topik yang dikuasai.. maka semakin hampir dengan A+”. Cadangan Cg.. cubalah kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada… jika ada masalah terus bertanya.. kawan / guru.

  422. Asslammualaikum, cikgu saya lemah sangat dalam akaun. Saya sangat tak berminat, Saya ambil mataplejaran akaun atas desakan keluarga. Sekarang saya dah berada di tingkatan lima. Dan saya masih lagi tidak menguasai topik tingkatan 4 mahupun tingkatan 5. Mula dari ujian kecil sampai ke peperiksaan akhir tahun tingkatan empat. Saya masih gagal. Tidak lupa juga ujian tingkatan 5 baru baru ini pun saya masih gagal. Saya dah taktahu apa cara untuk menguasai akaun ni. Mohon cikgu memberikan sebarang tips atau ansihat.

  423. Waalaikumussalam.

    Semua pelajar bermula dengan lemah / tak tahu. Hanya dengan USAHA BERSUNGGUH2 secara BERTERUSAN, kita akan dapat menguasainya dengan baik. Masih ada MASA dan PELUANG, jika Syeera sanggup berusaha.

    Nasihat Cg berikan TUMPUAN sepenuhnya semasa cikgu mengajar, buat LATIHAN yang diberikan, terus BERTANYA jika tidak faham (kawan / guru). Kuasai dahulu topik2 yang sedang diajar sekarang .. satu persatu (topik tingkatan 5), Cg yakin selepas ini guru anda akan buat ULANGKAJI bagi topik2 tingkatan 4, kerana masih ada kawan2 Syeera yang masih lemah atau sudah lupa. Cara paling CEPAT untuk memahami sesuatu adalah dengan cara BERTANYA. Maka selalulah bertanya KAWAN atau sebaik2nya GURU.

    Maklumat lanjut boleh rujuk KEMAHIRAN BELAJAR (klik)

    Semoga Berjaya.

  424. salam..cg..ada x soalan sbp thun 2005 until 2012

  425. Zara,

    Maaf, tiada dalam simpanan cg.

  426. salam..cg..
    thun ni kne buat folio ke??
    sebab sy tngok dlm laman web cg sila,,ramai yg tnye psl folio??

  427. Fatin,

    Dua tahun lepas, pelajar telah mula buat kerja kursus.. sebagai Kertas 3, yang membawa markah 20%.

  428. Salam. Cikgu. Saya nak bertanya kenapa nilai stok akhir pilih nilai yang paling rendah. Saya tahu stok akhir guna TAKAP. Tapi saya masih tertanya2 kenapa pilih nilai yang rendah?

  429. Mirra.
    Kita boleh kaitkan dengan salah satu prinsip asas perakaunan iaitu PRINSIP KONSERVATISME.

    Cuba dapatkan satu penyata pendapatan….. lihat apakah kesan keatas UNTUNG KASAR sekiranya nilai STOK AKHIR ditambah RM1000… ?

    kemudian kita kaitkan dengan prinsip konservatisme, kenapa perlu dilaporkan nilai UNTUNG yang LEBIH RENDAH dalam penyata kewangan yang disediakan.

  430. ohh okay. baru saya faham. konservatisme menekankan supaya menganggarkan nilai aset yang rendah (tidak TERLEBIH nyata). belajar akaun ni kena banyak kait mengait dengan topik asas. Terima kasih cikgu! 🙂

  431. salam,,cg..
    spm thun dpn msih guna format lama sprti dlm bku teks skrg atau yg bru??

  432. Zara,

    Format baru bermula SPM 2011 … dan buku teks baru (yang digunakan sekarang).

  433. assalamualaikum cikgu. saya pelajar johor dan merupakan salah seorang calon spm 2013. saya ambil akaun. saya dah taw markah kertas 1 & kertas 3. saya rasa macam takde harapan nak dapat A. saya takot kertas 2 saya teruk. soalan kertas 2 susah! kertas 1 saya dapat 31/40 manakala kertas 3 saya dapat 19/20. jadi berapa markah yang perlu saya dapat untuk kertas 2. saya harap saya dapat A.

  434. Izza, waalaikumussalam,

    Secara kasarnya,,, lebih kurang 65 markah daripada kertas 2,, iaitu bersamaan 40%.

  435. 65 markah? peh banyaknyeeeee!! saya harap tahun ni cg yang menanda dapat bagi saya yang tebaik. terima kasih cikgu.

  436. Assalamualaikum.Ckgu,sy pljr dri sabah & calon SPM 2014.Sy mnat nak jadi akauntan tp skrg bdg saya pure science.Masalahnya
    1.masi smpat ka saya nak tambah subjek akaun? tambahan pula asas tiada dan belum buat kerja kursus?
    2.Luaskah bdang kerjaya dalam perakaunan ni?
    Sy harap cgu dpat mbrikn pndpt.Terima Kasih.

  437. Tina, waalaikumussalam.

    Untuk makluman Tina, jika betul2 berminat.. peluang masih terbuka luas, ini kerana sekiranya TIDAK mengambil subjek Prinsip Perakauan semasa SPM masih lagi layak memohon ke Matrikulasi Perakaunan atau Diploma Perakaunan. … Cuma jika ambil Prinsip Perakaunan semasa SPM adalah lebih baik kerana telah menguasai kemahiran asas rekod perakaunan.

    Maklumat tentang bidang perakaunan boleh baca di post berikut Kerjaya Dalam Bidang Perakaunan (klik).

  438. assalamualaikum cikgu,

    saya mengalami masalah di mana saya susah untuk memahami prinsip perakaunan.Tambah2 lagi bila exam saya selalu mendapat markah paling rendah di dalam kelas..wlwpun saya sering membuat latihan tapi saya tetap gagal..saya juga sering dimarahi guru kerana mendapat markah yang rendah..saya ingin mendapat keputusan yang memuaskan tetapi saya tidak tahu mcm mana nk mula…cikgu…saya berhrap agar cikgu dapat memberi tip untuk berjaya dalam prinsip perakaunan ni kpda saya….

  439. Hazirah, waalaikumussalam,

    Tahniah kerana cuba untuk mencari penyelesaian awal kepada masalah yang dihadapi, untuk menguasai subjek ini LATIHAN mesti lebih, FAHAMI apa yang dibuat (latihan siap tapi tidak faham, tiada guna), jika ada sebarang masalah / tidak faham semasa menjawab soalan terus BERTANYA rakan/ guru (sebaik2nya guru), Guna waktu cuti ini untuk mengulangkaji pelajaran tingkatan 4 atau mengikuti kelas2 tuisyen,

  440. cikgu,terima kasih atas tip yg diberi.
    saya akn cuba untuk mnggunakan masa cuti ini dgn bermanfaat.

  441. Slm…ckgu…apabile saye msok kls prnsip prakaunn…rmai yg kte peluang tuk brjaya ckt…dan mereka kte ramai lpsan universiti corse akaun rmai yg menganggur…apa pndapt ckgu?

  442. assalamualaikum cikgu,
    cikgu,macam mana saya nak menguasai penyata pendapatan &kunci kira-kira?saya sangat sukar untuk memahami tajuk ini….
    cikgu,ada tip x untuk menguasai tajuk ni…..
    saya berharap cikgu dpt membantu saya…

  443. Eira, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg, untuk menguasai topik ini anda terlebih dahulu perlu menguasai perkara2 berikut :
    1. FORMAT Penyata Pendapatan dan KKK.
    2. Item-item PELARASAN satu persatu (iaitu: belanja/hasil terdahulu/terakru, susut nilai, PHR, faedah pinjaman, kesilapan/ketinggalan urus niaga.dll)
    3. Banyakkan LATIHAN
    4. Sentiasa BERTANYAKAN guru / rakan jika ada masalah.

  444. salam cikgu. kertas akaun spm 2013 da siap tanda?

  445. Izza,

    Pada pandangan saya,
    Pada tahun 2013, kertas Prinsip Perakaunan dijalankan awal pada 13 & 14 Nov 2013, maka sudah sepatutnya ianya telah siap ditanda.

  446. salam..cikgu
    saya masih baru dalam dunia akaun ini. jadi saya inginkan panduan drpd cikgu, bagaimana cara untuk mahir dalam akaun ini..saya pernah mempelajari akaun ini di tingkatan 3, iaitu Pilihan 4, Perdagangan dan simpan kira. Adakah ia sama dgn akaun ????

  447. Ain Sofia,

    Apa yang telah dipelajari dalam KH4 dulu merupakan perkara asas dalam ilmu perakaunan. Cara2 untuk mahir dalam sesuatu subjek hampir sama sahaja.. sila rujuk KEMAHIRAN BELAJAR (klik).

  448. cikgu ade tak format stok akhir. ? terima kasih 😀

  449. Ifah,

    Tiada apa-apa format untuk STOK AKHIR… ianya lebih kepada kaedah penilaian, sama ada atas kos atau nilai pasaran. Manakala kaeadh atas kos pula ada beberapa jenis seperti LIFO, FIFO dan Nilai Purata.


  450. Cg Narzuki:

    Ifah,
    Tiada apa-apa format untuk STOK AKHIR… ianya lebih kepada kaedah penilaian, sama ada atas kos atau nilai pasaran. Manakala kaeadh atas kos pula ada beberapa jenis seperti LIFO, FIFO dan Nilai Purata.

    apa LIFO dan FIFO?

  451. Iffah,

    Sila rujuk FIFO and LIFO Accounting (klik)

  452. Cikgu…… macamana nak kira keuntungan realisasi

  453. Thines,

    Sediakan AKAUN REASLISASI

  454. cg narzuki…cmne nk slesaikan mslah bile seseorg tu dye fham format ttapi bile nk jwb soalan,dye xpndai nk jwab…

  455. Cinta Allah,

    Setelah kuasai FORMAT Penyata Kewangan tersebut, langkah seterusnya cuba kuasai KEMAHIRAN PELARASAN satu persatu .. antaranya :
    1. Stok akhir
    2. Hasil & Belanja — Terdahulu & Terakru
    3. Susut nilai & Susut nilai terkumpul ABS
    4. Peruntukan Hutang Ragu
    5. Ketinggalan / Kesilapan catatan

  456. sori…mksd sy ckg narzuki,bile dye dh fham elemen asas perakaunan iaitu bab 2 form4 tp ble dpt soaln dye xblh jwb

  457. Cinta Allah,

    Faham elemen asas perakaunan sahaja belum tentu boleh jawab soalan, kerana soalan nak uji kemahiran yang berkaitan dengannya. Cuba kuasai KEMAHIRAN2 tersebut sama ada penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ataupun Persamaan Perakaunan.

  458. cikgu . saya dari form 4 sampai lha form 5 . satu pun saya tak paham . tapi bila saya buat kerja dengan rakan rakan saya boleh buat . tapi bila time ezam and buat sesorang . saya jadi blur dan tak tau nak buat ape . apa yang harus saya buat ?

  459. Bila TIDAK FAHAM, sudah semestinya tidak dapat jawab bila exam. Cara penyelesaiannya pastikan anda FAHAM latihan yang dibuat dengan bertanyakan kawan / guru anda. Ingat FORMAT yang terlibat, tahu LANGKAH2 penyelesaiannya satu per satu, kenal pasti item2 PELARASAN / pengiraan.

  460. salam ckg…ckg ade x contoh tugasan kerja kursus prinsip perakaunan tingkatan 4 2013 yg dh siap???hrap ckg bls scepatnye..minta maaf ckg

  461. Akma,

    Maaf, saya tidak boleh bantu dalam perkara tersebut.

  462. assalamualaikum

    cikgu saya selalu tak dapat jawapan bila megira….tapi pernah dapat pun bab gaji dan syarikat berhad yang tu ja…yang lain saya tak pernah dapat jawapan…macam mana cikgu….apa yang saya kena buat…. 🙂

  463. Qurratu aini, waalaikumussalam.

    Banyakkan LATIHAN dan sentiasa BERTANYA kepada guru ataupun rakan2 yang lain apabila ada sebarang masalah / tidak faham.

  464. cg, nak tanya cara pemilihan pelajar ke matrikulasi bidang perakaunan. bgmn cara pengiraannya ?

  465. cikgu macam mana nak imbangkan buku jurnal lejar dan buku tunai.dan satu lagi no.invois di dokumen mana yang perlu ditulis?

  466. Luvbalqis,

    Kemahiran mengimbang perlu dipelajari melalui TUNJUKAJAR secara bersekemuka dengan guru / kawan anda disekolah… cara tersebut lebih berkesan untuk anda betul2 menmahaminya…. begitu juga dengan no dokumen tersebut.

  467. Assalammualaikum CIkgu Narzuki,

    Saya mohon link untuk download nota prinsip perakaunan Cikgu Hashim bin Jusoh (SMKA Melor)…

  468. Nazatulhizam, waalaikumussalam.

    Maaf, saya tiada kebenaran untuk dikongsikan kepada semua nota tersebut, jadi tiada link di blog saya. Sila hubungi terus dengan beliau, insyaAllah beliau bagi.

  469. Cikgu, utk pelarasan Simpanan Tetap di bhagian mana? Penyata Pendapatan atau Kunci Kira-kira, lepas tu dibwah ape ye?

  470. HaziqAziz,

    Pada asasnya Simpanan Tetap dikelaskan sebagai Aset Semasa (KKK), walau bagaimanapun sekiranya dinyatakan TEMPOH MATANG lebig setahun, maka dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa.

  471. Cikgu boleh hantar jawapan objective soalan sebenar spm 2013 pls …..

  472. Thines,

    Cadangan jawapan saya :
    BDCAD CABBA ABDBA CBAAC DCDAC DBCDD ADABD BADCD

  473. cikgu , mana boleh rujuk dan download soalan sebenar spm tahun2 lepas ..

  474. Thines,

    Boleh dapatkan dipasaran buku Koleksi Soalan2 SPM tahun2 lepas.

  475. Cikgu,
    apa ramalan SPM 2014 untuk Prinsip Perakaunan …

  476. Thines,

    Maaf, saya tiada soalan2 ramalan. Saya minta pelajar sediakan senarai topik2 yang ada sebagai SENARAI SEMAK, kemudian guna masa yang seadanya untuk kuasai sebanyak mungkin topik2 tersebut.

  477. salam,cg soalan manakah yg sy patut buat untuk lulus..tq

  478. Salam
    saya sekarang berada di tingkatan 4 dan mengambil aliran sains.. saya berminat utk mengambil PA..
    tetapi sy khuatir mengenai kerja kursus.. jd sy ingin bertanya bolehkah kerja kursus tingkatan 4 dihantar sewaktu di tingkatan 5

  479. Milo,

    Sila rujuk guru akaun disekolah anda.

  480. salam cikgu , sy masih ragu-ragu samada hendak memilih prinsip perakaunan atau perdagangan , bagi pendapat cikgu , apa yang lebih terbaik untuk saya .. saya minat kira-kira tetapi saya terlalu cuai ketika peperiksaan ..

    terima kasih , nita …

  481. Nita Amira,

    Peluang kerjaya bidang perakaunan lebih meluas. CUAI tidak bergantung kepada subjek yang kita ambil.. tetapi SIKAP kita sendiri.. maka untuk BERJAYA dalam apa2 bidang sekalipun.. kita hendaklah sentiasa membaiki kelemahan dan kekurangan diri… berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

  482. cikgu apa perbezaan ekonomi asas dengan prinsip perakaunan

  483. CIKGU patut ke saya ambik prinsip perakaunan niee

  484. Hakim,

    Bidang perakaunan mempunyai prospek kerjaya yang luas…. jadi jangan lepaskan peluang tersebut.

  485. Terima kasih cikgu sbb bagi pendapat..saya akan cuba yang terbaik dalam bidang ini..terim kasih sekali lagi atas pendapat cikgu NARZUKI 🙂

  486. cikgu saya pelajar tingkatan 5 ,elektif saya add math,ekonomi dan akaun,tapi saya memang rasa saya tak boleh terus mengambil akaun sebagai mata pelajaran elektif saya kalau saya drop akaun ,ada effect tak dekat kemungkinan saya untuk masuk universiti ?

  487. Irfan,

    Jika ambil akaun, maka peluang untuk memohon program di IPT lebih luas berbanding tidak ambil akaun.

  488. Salam, saya sue..sekrg sdg bljr ky UM.saya nk tya, apakah kebaikan terbesar yang terhasil dari pengambilalihan set prinsip perakaunan antarabangsa.
    terima kasih.

  489. Assalamualaikum Cikgu, tajuk Pembangunan Semula Syarikat sama dengan bab apa ya? Saya mahu buat rujukan. Terima kasih. 🙂

  490. Hi, waalaikumussalam.

    Tiada dalam sukatan SPM.

  491. Bagaimanakah cara untuk menguasai matapeljrn p.akaun ni?

  492. Ain Najwa,

    1. Faham dan ingat FORMAT setiap topik.
    2. Tahu LANGKAH2 penyelesaian.
    3. Kuasai item PELARASAN yang MUDAH
    4. Kuasai item PELARASAN KBAT.

    Sila rujuk KEMAHIRAN BELAJAR (klik)

  493. Salam cikgu . Agak agak cikgu ada soalan spot tak spm tahun ni .

  494. Lokman,

    Nasihat Cg, gunakan masa yang seadanya ini untuk menguasai sebanyak mungkin topik yang ada. Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir anda dengan A.

  495. Assalam cg.tolong sy.sy Susah LA nk fham akaun kawalan ni.APA yg prlu sy buat?lg SATU pengeposan ke lejar sy agak x fhm…

  496. Nadia, waalaikumussalam.

    Cuba baca nota dan soal jawab disini (klik)

  497. mussyahhalidan

    cikgu boleh bagi kh magic jwab prinsip

  498. Mussyahhalidan,

    Tiada magic dalam belajar. Tambahan lagi prinsip perakaunan merupakan ilmu KEMAHIRAN, maka hanya melalui KEFAHAMAN dan LATIHAN sahaja dapat betul2 menguasai kemahiran tersebut.

  499. Cikgu sekiranya saya buat loan rm5000, kemana dia pergi dalam liability dan asset?

  500. Jimmy,

    Bank + 5000
    Pinjaman + 5000

  501. Teacher if d jadual persamaan akaun for ambilan dan belanja i do like (1000) so that it will balance….is it wrong to use (1000) instead of 1000??becuz if using 1000 i cant balance..

  502. Anna,

    BETUL.. jawapan tersebut.

  503. Salam cikgu,
    Nak tanya kalau saya terlupa atau tersalah menulis tajuk penyata pendapatan(Penyata Pendapatan bagi… ) dan nama perniagaan ,akan tolak berapa markah dlm peperiksaan? TQ

  504. Derek,

    Sekarang, tiada lagi penolakan markah… dan Tajuk biasanya tiada markah.

  505. Salam, apakah pendapat cikgu tentang soalan 14 SPM 2015 PAPER 1?

  506. salam cikgu…antara subjek biologi dan prinsip perakaunan yg mnakah lebih dpt mencerahkan masa dpan saya..

  507. Ikram,

    Tidak kira subjek apa yang kita ambil… asalkan keputusan cemerlang, insyaAllah masa depan akan cerah.

  508. salam cikgu….boleh tak saya nak nombor whatsapp cikgu…sebab ini memudahkan saya bertanya soalan tentang prinsip perakaunan kepada cikgu..

  509. hanis zulaikha

    salam cg,
    cgu adakah betul tindakan saya untuk mengikuti kelas prinsip perakaunan dsekolah sya atau sebaliknya?
    adakah mata pelajaran prinsip perakaunan sedikit susah?

    Mohon bantuan nasihat dari cgu bgi memudahkan saya untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan niat saya atau tidak…..

  510. Hanis,

    Untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai dikemudian hari.. kita kena bersusah2 terlebih dahulu.

    Mudah / susah semuanya bergantung kepada kesungguhan kita sendiri untuk berjaya.

  511. Assalamualaikum ? Cikgu tak cikgu tolong ajar saya prinsip akaun ? .

  512. Menjual 1/3 dari jumlah stock kepada Wong secara credit untuk rm3600 akaun apee yg terlibat dan mcm mneee nkkk kireee

  513. Lynn,

    Untuk topik persamaan perakaunan.. kesan urus niaga tersebut iakah:
    Stok (-) x
    Penghutang (+) 3600
    Untung (+) (3600-x)

  514. Nur amirah fatehana

    CIkgu. Boleh bantu saya tak? Saya student act sem 2. Saya nak tnya soalan. How can someone avoid or minimize making error in accounting? Dalam proses manual. Pliss cikgu. Bantuan sangat diperlukan. ?

  515. Nur Amirah,

    Pada pandangan Cg, pematuhan kepada prosedur perekodan yang ditetapkan, sentiasa berhati-hati, bersistematik, sentiasa tingkatkan kemahiran diri, lakukan kawalan dalaman seperti tetapkan semakan semula terhadap rekod yang telah dibuat setiap seminggu sekali, atau lantik pembantu untuk tujuan semakan …. konon2nya sebagai juru audit dalaman.

    Tambahan :
    1. Kawalan Dalaman
    2. Apakah maksud kawalan dalaman

  516. kerja khursus berapa markah semua?

  517. Farisyah,

    Kerja kursus Tingkatan 4 & Tingkatan 5 (kertas 3)…… 20%

  518. Cikgu,
    Saya nak tanya buku latihan apa yang cikgu boleh suggest kepada saya supaya boleh megukuhkan bab1,2,3,4 form 4

  519. Lim,

    Mana-mana buku pun boleh… yang penting kita faham apa yang kita jawab… dan jika ada masalah terus bertanyakan guru di sekolah.

  520. Cikgu, bolek tak cikgu explain apa beza capital expenditure and revenues expenditure?

  521. XMek,

    Secara mudah:
    Perbelanjaan modal… beli aset bukan semasa.
    Perbelanjaan hasil… bayaran belanja yang biasa… yang akan dipadankan dengan hasil dalam penyata pendapatan.

  522. cikgu, saya tak perasan C-muat turun soalan sebelah.

    saya nak carikan untuk anak saya

  523. Erin,

    Koleksi Trial 2007 – 2015 DISINI (klik)

  524. Cikgu
    1.Peruntukan hutang lapuk msk pp atau kkk
    2.ID-pinjaman azmir 20000
    MT-pinjaman azmir di buat pada 1 Julai
    2014 perlu dijelaskan sebelum 30 Jun
    2015
    Perlu msk liabiliti semasa atau bukan
    Semasa

  525. Airin,

    PHL…. dalam KKK
    Tempoh kurang setahun.. LS

  526. Salam.. Cg penyata pendapatan wajib ado stok awal ke? Ade ke jln kira nk kira stok awal jika soalan itu tdk bagi stok awal?

  527. Bal,

    Jika perniagaan tersebut baru memulakan perniagaan… maka tidak wujud lagi stok awal.

  528. Selamat petang Cikgu Narzuki,

    Saya nak bertanya ambilan barang niaga berjumlah RM238 belum direkod dalam mana-mana buku perniagaan???

  529. Kltham,

    Catatan bergunya…
    Dt Ambilan 238 …. Ambalan +
    Kt Belian 238 …. Belian –

    A

  530. Selamat petang Cikgu Narzuki,

    Saya nak bertranya kalau stok pada 30 september 2005 bernilai RM11305 pada harga kos dan RM10505 pada harga pasaran.Cikgu ini saya tak faham??? Stok akhir dia ialah RM11305 ke RM10505??

  531. Kltham,

    Untuk penilaian stok akhir… kita pilih nilai yang RENDAH antara kos atau pasaran.

  532. Selamat pagi Cikgu Nurzuki,

    Saya nak bertanya kadar bayaran di PP mana???

  533. Klthan,

    Kadar bayaran dikelaskan sebagai belanja dalam PP.

  534. Selamat tengga hari Cikgu,

    Saya nak tanya susut nilai kenderaan ditetapkan pada kada 10% setahun atas kos.

    Kenderaan (kos) (Dt) RM10000
    Peruntukan susut nilai kenderaan (Kt) RM700
    cikgu macam mana buat???

  535. Klthan,

    Kira susut nilai kenderaan tersebut menggunakan rumus kaedah atas kos.
    Dt SN Kt SNT

  536. cikgu apa adalah SN dan SNT

  537. Kitham,

    SN = susut nilai
    SNT = susut nilai terkumpul

  538. Salam cikgu, akaun modal dalam lejar perlu menyatakan urus niaga ambilan atau membeli aset dalam bulan tersebut x?

  539. Vinc,

    Urus niaga ambilan atau beli Aset…tidak melibatksn Ak Modal.

  540. Cikgu blh x bagi contoh urus niaga yg melibatkan akaun modal?

  541. Cikgu, dlm lejar am ada tak akaun stok? sebab urus niaga sya ada stok dari bulan lepas, tapi saya keliru dgn akaun belian dan akaun stok, harap cikgu boleh jelaskan, tq!

  542. Vinc,

    Semua akaun dalam LA… ak penghutang2 dalam LJ dan ak pemiutang2 dalam LB.

    Ak Stok hanya ambil baki dari tahun lepas sahaja… manakala Ak Belian merekod semua urus niaga belian sepanjang tahun berkenaan.

  543. assalamualaikum cikgu.. sya pelajar politeknik.. dlu msa form4 n form 5 sy xambil aliran perakaunan.. sy dari aliran sains.. skrg belajar di politeknik, sy mndpat course perakaunan.. sdgkan sy tiada asas dlm perakaunan.. mcm mna sy nk tingkatkan kefahaman saya dlm subjek akaun ni yer? lecturer pon hnya mngajar biasa2 saja.. sy malu untuk bertanya.. takut kna marah.. blh xcgu bgi tunjuk ajar untuk sya tingkatkan kefahaman saya untuk subjek akaun ni? 😀

  544. Nur, waalaikumussalam.

    Baca / Hafal… kita akan Lupa
    Tulis…… kita akan Ingat
    Buat laihan ……. kita akan Faham

    Perakaunan adalah ilmu kemahiran… kita akan mahir.. jika berguru pada yang mahir (guru/pensyarah).

    Tiada guru/pensyarah yang akan marah jika kita Bertanya apabila tak faham.

    Guru/Pensyarah akan rasa marah jika pelajarnya tidak bertanya walaupun tidak faham.

    Maka banyakkan Latihan.. untuk kita mengetahui apa yang kita tidak faham… dan baru kita tahu apa yang hendak ditanya… dan banyakkan bertanya untuk tingkatkan kefahaman dan kemahirannya.

    Semoga berjaya dalam pelajaran..

  545. terima kasih cikgu ats nasihat..

    In Shaa Allah.. Ameen.. 🙂

  546. cikgu..
    apakah maksud overdraf bank?
    mcm mna nk buat lejar? kalau dia bagi baki b/b ialah tunai, bank, kenderaan.. adakah termasuk dalam ak.modal? lpas tu, kna buka satu per satu ke akaun untuk tunai, bank, kenderaan?

  547. Nur,

    Jika ada apa2 masalah boleh hubungi Cg melalui email seperti diatas.. blog ini khas untuk SPM.

  548. Selamat petang cikgu
    Saya nak tanya saat kalau gaji dibayar kepada pemilik sendiri ,perlu direkod sebagai ambilan atau belanja gaji dalam penyata kewangan ?
    Perniagaan itu perniagaan milikan tunggal .
    Terima kasih cikgu

  549. Au ChunTuan,

    Bergantung kepada dasar perniagaan tersebut direkodkan sebagai belanja gaji atau sebagai ambilan.

  550. Assalamualaikum, cikgu ..
    Betul ke transaction saya ni ..

    1. Menerima RM20000 daripada TR Enterprise dan memberi diskaun sebanyak RM500.

    Dr. Bank 20000
    Dr. Diskaun diberi 500
    Cr. TR Enterprise 20500

    2. Pemilik mengambil tunai RM100 dan barang niaga RM400 kedua-duanya digunakan untuk kegunaan pejabat

    Dr. Ambilan 500
    Cr. Tunai 100
    Cr. Belanja 400

  551. Nur Syahirah, waalaikumussalam.

    1. Betul
    2. Penyataan urus niaga tidak lengkap..

  552. Maksud cikgu penyataan urusniaga tidak lengkap??

    The owner withdrew cash RM100 and goods RM400 which are both for office use .

    Penyataan diberi mcm tu sahaja

  553. Nur,

    Ok.. tunai tu dia keluarkan daripada bank.
    Apa jenis perniagaan ? Dan apa barang niaganya ?
    Cth:
    1. jika kedai alat tulis… ambil baranf niaga untuk kegunaan kedai.. maka Dt Alat tulis Kt Belian.
    2. Jika kedai perabot… maka Dt Perabot Kt Belian.

  554. https://0daymusic.org

    Thanks really beneficial. Will share website with my pals.

  555. Bleh xshare about kelebihan sub pa ny

  556. Eryn,

    Sila rujuk Kerjaya bidang perakaunan (klik)

  557. hmmmmm…saya masih blur boleh bagi apakah ,maksud akaun?

  558. Estadio,

    Cuba fahami maksud perakaunan (klik) dahulu.

  559. Cikgu,ada spm sebenar prinsip perakaunan 2011 kertas 2 skema jawapan tak?

  560. Tracy,

    Maaf, sila rujuk buku koleksi SPM tahun2 lepas di pasaran.

  561. cikgu saya perlukan jadual pengiraan gaji pekerja untu kerja kursus akaun saya yang hendak ditaip melalui komputer…..macam mana saya boleh dapatkannya

  562. Assalam.. Cg silbus stpm dgtn matrikulasi same ke??

  563. Aisyah, waalaikumussalam.

    Sukatan masing2…. tetapi isi kandungan hampir sama.

  564. Assalam cg, sya nak tnya. mengeluarkan wang di bank untuk kegunaan perniagaan perlu diletakkan di sebelah debit atau kredit dalam buku tunai?

  565. Nina, waalaikumussalam.

    Kontra : Bank –> Tunai
    Dt Tunai Kt Bank

  566. Cg kalau wang tunai di bank sebanyak 30000 dan perabot bernilai 2500 dibawa msuk utk memulakan perniagaan nak letak kt mane dlm bku tunai?

  567. Nina,

    Catatan permulaan –> JA
    Dt Bank 30000
    Dt Perabot 2500
    Kt Modal 32500

    Dalam BT
    Dt Modal 30000 (lajur bank)

  568. Assalamualaikum Cikgu Narzuki, saya nak tumpang tanya, cikgu ada tak skema jawapan untuk Soalan Praktis Bestari Projek Jawab Untuk Jaya 2016 Prinsip Perakaunan kertas 1/ set 3? Kalau Cikgu, ada saya nak mintak jasa baik cikgu untuk kongsikan kepada saya memandangkan saya nak semak jawapan saya. Terima kasih Cikgu.

  569. Haiqal, waalaikumussalam.

    Ada, tapi kena cari dahulu dimana saya simpannya.

  570. Cikgu soalan wajib yg akan keluar setiap kali SPM ape? Boleh nyatakn.

  571. Maksud saya tajuk tajuk yg akan ada setiap tahun (pasti ada)/(soalan wajib)

  572. Nina Raman,

    Tiada sebarang ketetapan topik yang wajib keluar.. SEMUA TOPIK ada kemungkinan akan keluar. Maka guna masa yang ada untuk menguasai sebanyak mungkin topik yang ada.

  573. Cikgu, ada soalan MRSM trial 2017 – perinsip perakaunan?

  574. Yizhen,

    Telah ada dalam Koleksi Trial 2017 untuk ahli yang berdaftar.

  575. CIKGU SAYA NAK TANYA APA YANG SAYA BOLEH BANTU ANAK SAYA YANG LEMAH ACCOUNT, TAHUN DEPAN DIA AKAN AMBIL SPM. MACAM MAN NAK MENGUASAI PERINSIP AKAUN TINGKATAN 4 YANG BARU NI. APAKAH BUKU TERBAIK UNTUK DIA BUAT LATIHAN

  576. Pn Norazlin,

    Saya cadangankan dapatkan khidmat guru tuisyen, anak puan perlu banyakkan bertanya apabila tidak faham.. dan saya cadangkan guna buku Pelangi.. kerana terdapat banyak soalan dalamnya.

  577. Nak macam mana terangkan maksud kos manfaat?

  578. Jwei,

    Boleh rujuk buku teks… ada diterangkan maksudnya.

  579. Saya ada soalan yg tak fhm. Boleh tak saya nk no cikgu? ??

  580. Salam..cgu boleh terangkan. Kenapa untung atas pelupusan merupakan hasil Yang tidak melibatkan penerimaan Wang.

  581. Siti,

    Kenderaan 50000
    (-) SNT 40000
    –> nilai buku 10000
    Jika dilupuskan(dijual) dgn harga 12000
    Maka, untung pelupusan RM2000 –> Hasil

    Jika dijual dgn harga RM900
    Maka Rugi pelupusan RM1000 –> Belanja

  582. Ckg boleh saya tanya soalan akaun Form 6?

  583. Muthu,

    Maaf.. saya tidak mengajar Form 6.

  584. Macam mana nak jawab soalan di maklumat tambahn yg tidak menyatakan nilai

  585. Fric,

    Rujuk nilai dalam senarai baki yang diberi..

  586. Cikgu, bagaimana nak jawab soalan ni?

    Berdasarkan situasi berikut, kenal pasti bilakah hasil perlu diiktiraf?

    I)Home Furniture Trading menjual sebuah meja mesyuarat ke dekolah Rendah Convent Klang pada 31 Disember 2017 untuk rm5000. Meja tersebut tidak dibayar sehingga 15 januari 2018 dan ia dihantar ke sekolah tersrbut pada 31 januari 2018

  587. Nur,

    Pada pandangan saya… pada tarikh urusniaga jualan tersebut berlaku…

  588. Cikgu,apakah yang dimaksudkan dengan maklumat tambahan 2 pada soalan 2?

  589. James..

    Itu maksudnya Tokokan = 40%

  590. Salam
    Soalan ini bagaimana ye

    Imbangan duga pada 31oktober 2013

    Akaun samasa 1 november 2012
    Gajus. 3654
    Hisya. 894

    Ambilan 1 november 2012
    Gajus. 1256
    Hisya. 186

    Bagaimanakah hendak membuat akaun semasa
    Sebab soalan bagi baki b/b pada 2012

  591. Nurul & Aishah

    Sila kemukakan soalan ikut topik2 yang telah disediakan…. rujuk MENU sebelah KIRI.

  592. Cikgu,saya nk tanya soalan.
    (i) pd 1 januari 2017, pemilik telah membawa masuk kenderaan peribadi bernilai rm20000 utk kegunaan keluarga. perkara ini blm direkodkan dlm buku perniagaan
    (ii) faedah ats pinjaman dikenakan 8% setahun atas baki pinjaman dan nilai ini belum dijelaskan.

    1 Januari 2017 31 disember 2017
    Kenderaan (8000) ?
    pinjaman (13500) 12000

    * Pinjaman tu matang pd 31 disember 2025

  593. Dea,

    1. Ada kesilapan pada soalan….. sepatutnya “untuk kegunaan perniagaan”.
    Kenderaan +20000… modal +20000

    2. Faedah atas pinjaman = 8% x 13500 = ….
    Faedah pinjaman belum bayar …..

  594. cg, apakah maksud sewa diterima terakru?

  595. Jean,

    = sewa belum terima

  596. di manakah ruangan c-muat turun soalan? saya tidak nmpk ruangan c di website ini.

  597. Lisa,

    Klik pada Langkah Pendaftaran ataupun Koleksi Trial Prinsip Perakaunan… disebelah KANAN —>

  598. Assalamualaikum cg saya ingin bertanyakan beberapa soalan :
    i) Barang niaga dikeluarkan dari inventori untuk tujuan iklan
    ii) Pemilik memasukkan cek peribadi ke dalam perniagaannya
    iii) Pemilik mengambil tunai untuk bayar sewa kediaman

    Jawapan saya :
    i) Iklan-kredit inventori-debit
    ii) Ambilan-kredit bank-debit
    iii) Tunai-kredit sewa-debit

  599. Aina.. waalaikumussalam.

    Ketiga2. Salah… cuba lagii..

    Nota:
    Pemilik –> Perniagaan ==> MODAL
    Perniagaan –> Pemilik ==> AMBILAN

    # lain kali.. kemukakan soalan ikut MODUL yang telah disediakan –> MENU SEBELAH KIRI.

  600. jadi soalan nombor 2 ambilan tukar kepada modal ?

  601. Aina,

    Ya.
    Soalan 1 & 3 ?

  602. assalamuaikum cg, kawan saya bagi jawapnnya
    soalan no. 3 ambilan-debit tunai kredit. adakah jawapannya betul? boleh cg terangkan mengapa?

  603. 2. boleh cg terangkan soalan no.1 ? saya kurang faham..
    tq~

  604. Aina, waalaikumussalam.

    i) Barang niaga dikeluarkan dari inventori untuk tujuan iklan.
    Dt Iklan Kt Belian

    ii) Pemilik memasukkan cek peribadi ke dalam perniagaannya.
    Dt Bank Kt Modal

    iii) Pemilik mengambil tunai untuk bayar sewa kediaman.
    Dt Ambilan Kt Tunai

    # rujuk nota cg:
    Perniagaan –> Peniaga ==> AMBILAN
    asal pemilik ambil untuk kegunaan peribadi –> Ambilan
    Wang Tunai perniagaan berkurang –> Tunai kredit

  605. assalamualaikum cg,

    sekarang nie tengah study untuk SPM.
    cg rasa ada kaedah mantap untuk ulang kaji subjek prinsip akaun?

  606. Wafiy, waalaikumussalam.

    Kuasai sebanyak mungkin topik yang ada…
    Pastikan setiap topik :
    1. Ingat format2 yang terlibat
    2. Ingat langkah2 menjawab ..
    3. Kuasai pelarasan dari yg mudah –> sederhana –> susah

  607. Salam.cikgu saya baru daftar ahli.bila saya dpt tahu confirmation dari cikgu?

  608. Nurnala,

    Rujuk email… sudahpun berjaya didaftarkan.. terima kasih.

  609. Salam..cgu..saya xfaham soalan ini:
    -sebuah hawa dingin yg djual dgn harga 1250 di dermakan kpd rmah anak yatim belum direkodkan…margin untung kasar 20%…

    Saya tahu utk rekod melibatkan
    Derma dan belian…tetapi berapakah jumlah yg perlu dimasukkan..dan bagaimana nak dptkan nilainya..

  610. Jol,

    Ok.. akaunnya sudah betul.
    Nilainya mesti merujuk kepada nilai KOS.
    Diberi nilai jualan 1250
    Margin UK = 20%
    Maka secara mudah.. kita boleh tentukan Nilai KOS.

    Jualan —–> 100%
    (-) Kos Jualan —> 80%
    = UK ——> 20%
    Maka KOS JUALAN = 80% X 1250 = 1000

    Derma (+)1000… Belian (-)1000

  611. Aset aset direalis pada nilai nilai berikut:
    inventori 13200
    kenderaan 49440

    apa yang patut di lakukan cikgu?

  612. Roty,

    Sila kemukakan soalan dalam Modul/Tajuk yang berkaitan. (Rujuk Menu sebelah kiri)

    # Modul 13:Pembubaran Perkongsian :
    Realis = aset tersebut dijual

  613. Salam, cikgu
    saya akan masuk ke tingkatan 5 tahun hadapan, tetapi keputusan masih lemah ( tidak gagal). Saya berfikir untuk drop subjek akaun. Adakah cikgu rasa itu keputusan yang baik?

  614. Noor Suhailah,

    Satu kerugian.. jika drop..
    Pelajar cikgu yang lepas2… ramai juga yang gagal masa peperiksaan akhir tahun T4… tetapi berjaya dapat A masa SPM sebenar.
    Semuanya bergantung kepada KESUNGUHAN kita sendiri untuk menguasai subjek tersebut.
    Cg cadangkan berbincang dengan guru akaun sekolah terlebih dahulu.. sebelum buat keputusan.

  615. Tempoh perakaunan = 1/7/2016 – 30/6/2017
    Pinjaman = RM8 000

    Faedah atas pinjaman 5% setahun. Pinjaman telah diambil pada 1 October 2016

    Macam mana nak kira???

  616. Raziah,

    Faedah = 5% x 8000 x 9/12

  617. Peperiksaan percubaan tahun 2019 cno,soalan tu dibuat oleh cikgu keh?saya tak dapat skema jawapan blh tak cikgu send untuk saya.terima kasih

  618. Jiaying,

    Tidak… soalan2 tersebut dibuat oleh guru2 akaun negeri masing2… saya hanya bantu kumpulkan sahaja.. untuk membantu guru dan anak pelajar mempersiapkan diri untuk menduduki SPM nanti..

  619. Cikgu,adakah saya masih boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan jika saya tidak mengambil matapelajaran matematik tambahan?

  620. Nish,

    Peluang masih terbuka luas…. cuma tidak boleh masuk matrikulasi saja.

  621. assalamualaikum cikgu,saya nak tanya,kalau kita nak mulakan bisnes,patut ke kita ambil kira inventori awal/akhir ataupun selepas business kita dah berjalan,baru boleh ambil kira inventori?

  622. ASSALAM CIKGU. SAYA NAK TYA CIKGU ADA BUAT NOTA PA UTK F4 DAN F5?

  623. Raja Arina,

    Google @ cari saja dalam group Telegram… insyaAllah akan jumpa.

  624. Salam sejahtera cikgu

    Saya nak tanya tentang belanjawan tunai

    Baki awal ialah RM(39500), Jumlah penerimaan ialah RM 106 000, Jumlah Pembayaran ialah
    RM 126 000 dan mempunyai kurangan sebanyak RM (20 000), berapakah baki akhir dia? Adakah baki akhir dia ialah RM(19500) atau RM(59500)?

    Cikgu, saya tidak pasti mana satu jawapan yang sebenarnya

  625. Vividly, salam sejahtera.

    Baki akhir = Baki awal + Lebihan/(Kurangan)
    = (39500)+(20000) = …..

  626. imbangan duga pada 31 julai 2019: jualan RM489900.
    jualan termasuk RM2600 yang diterima untuk kerja-kerja yang akan dijalankan pada bulan september 2019.
    macam mana?

  627. Fiqa,

    Jualan (-)
    Jualan Belum Terperoleh (+)

  628. cikgu, nak tanya kalau dkt maklumat tambahan dia cakap, cek tak laku telah direkodkan tetapi pembatalan diskaun diberi rm 55 masih belum direkodkan.
    untuk yg ni kan, butiran apa yg akan berkurang atau bertambah kosnya?

  629. Amni,

    Dt ABT 55
    Kt Diskaun diberi 55

  630. Salam Cikgu, anak saya aliran sains tulen form 4 tahun ini..di sekolahnya tiada ditawarkan subject selain sains tulen..tapi dia berminat nak ambil prinsip akaun sebagai subject tambahan..bagaimana cara untuk dia mengambil subject ini secara persendirian dan kemana dia boleh menghantar kerja folio berkaitan.

  631. Jehan,

    Pada pandangan saya,
    1. pasti anak puan maklumkan kepada pihak sekolah bahaea beliau mahu mendaftarkan subjek ini semasa pendaftaran SPM nanti, supaya SU Peperiksaan dapat mengambil tindakan yang sepatutnya.
    2. Puan mohon jasa baik guru sekolah anak puan supaya menghubungi Ketua Pentaksir Kawasan bagi mengatasi masalah pelaksanaan dan pentaksiran kerja kursus anak puan nanti.

  632. Assalamualaikum cg,

    Saya ingin bertanya apa beza prepaid insurance dgn insurance expense? Adakah dua2 ni sama? Prepaid insurance more kpd contract ke. Mohon penjelasan. Saya masih confius antara dua ni

  633. Nadzirah,

    Insurans –> Belanja
    Insurans Prabayar –> Aset Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.