Yearly Archives: 2010

KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM & PERAKAUNAN STPM 2010

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Sekali lagi Cg Narzuki Online mengorak langkah untuk membantu rakan guru dan anak-anak pelajar bagi mengumpulkan soalan-soalan percubaan setiap negeri pada tahun ini.  Kejayaan pada tahun lepas menyediakan KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN  SPM 2009 amat memberangsangkan, Cg Narzuki Online ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan2 guru yang telah sudi bekerjasama menyumbangkan soalan percubaan masing2 untuk dikongsikan bersama.  Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun ini dan tahun2 seterusnya.

Memandangkan RUANG dan PELUANG yang ada, Cg Narzuki Online bercadang untuk membantu rakan guru Perakaunan STPM pada tahun ini  menyediakan KOLEKSI TRIAL PERAKAUNAN STPM 2010.

Semoga usaha penyediaan KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010 dan KOLEKSI TRIAL PERAKAUNAN STPM 2010 ini mendapat sambutan dan kerjasama rakan2 guru sekalian. Semoga berjaya.

~ MUAT TURUN (AHLI SAHAJA) ~                       PENDAFTARAN (Klik)

Perakaunan STPM 2010

– Perak (K1, K2, Skema)
– Perak – Gempur (k1, K2, Skema)
– Pahang (K1, Skema)
– Melaka (K1, K2, Skema)
– Negeri Sembilan (K1, K2, Skema)
– Johor (K1)

~ MUAT TURUN : KOLEKSI TRIAL STPM 2010 CG NARZUKI ONLINE(KLIK)~

Caranya sama seperti tahun2 lepas, guru hanya sumbangkan sekurang2nya SATU SET SOALAN (K1, K2, dan Skema) dan sebagai balasannya akan memperolehi SEMUA Koleksi yang telah berjaya dikumpulkan dengan kadar yang SEGERA.  Manakala guru yang tidak memberi sebarang sumbang hanya akan diperolehi Koleksi tersebut apabila semuanya telah berjaya dikumpulkan. Bahan2 yang ingin disumbangkan boleh dihantarkan ke email : cgnarzukionline@gmail.com

KERTAS 3 – KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010

Kertas 3 (3756/3)

– Tugasan Projek
– Tugasan 1 – semasa Tingkatan 4 (Ogos-Sept)
– Tugasan 2 – semasa Tingkatan 5 (April – Mei)
– Gred Elemen – 20%

 

TUGASAN KERJA KURSUS 3765/3

1. Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011 (klik)

2. Panduan  Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010) (klik)

3. Tugasan  Projek (klik)

4. Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Projek Tingkatan 4 Bagi Prinsip Perakaunan Kertas 3 (klik)

 

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2010

PEPERIKSAAN PRINSIP PERAKAUNAN 2010
TARIKH : 09 DISEMBER 2010 (KHAMIS)
KERTAS 1 – 11.15 pg HINGGA 12.30 tgh
KERTAS 2 – 02.00 ptg HINGGA 04.30 ptg

Muat Turun Jadual Waktu SPM 2010


KURSUS PENDEDAHAN FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011

Satu Kursus Pendedahan Format Baru Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM telah diadakan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 April 2010. Sayangnya saya sendiri tidak dapat menghadiri kursus tersebut.

Walau bagaimanapun setelah mendapat maklumat yang sahih daripada rakan2 guru yang menghadirinya, InsyaAllah Cg Narzuki Online akan kongsikan kepada semua rakan guru yang lain apa2 maklumat terkini berkaitan format baru tersebut.

Ataupun mana-mana rakan guru yang telah mendapat maklumat tahu tersebut,  sekiranya sudi kongsikan kepada rakan guru yang lain, Cg Narzuki Online amat berbesar hati dan mengalu-alukannya…..

FORMAT PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756
(MULAI SPM 2011)

Kertas 1 (3756/1)
– Objektif
– 40 soalan
– masa 1 jam 15 minit
– 40 markah
– 20%

Kertas 2 (3756/2)
– Subjektif
– Bahagian A (3 soalan – wajib) – 60 markah
– Bahagian B (3 soalan – Pilih 2) – 40 markah
– masa 2 jam 30 minit
– 100 markah
– 60%

Kertas 3 (3756/3)
– Tugasan Projek
– Tugasan 1 – semasa Tingkatan 4 (Ogos-Sept)
– Tugasan 2 – semasa Tingkatan 5 (April – Mei)
– Gred Elemen
– 20%

MUAT TURUN : BUKU FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2011 [dm]2[/dm]

ANALISIS DAN GRED PURATA SPM 2009

ANALISIS DAN GRED PURATA

PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009 PERINGKAT NASIONAL

(Calon sekolah bantuan kerajaan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A+ = 6.7 % – Cemerlang Tertinggi

A = 12.7 % – Cemerlang Tinggi

A- = 6.4 % – Cemerlang

B+ = 7.0 % – Kepujian Tertinggi

B = 7.7 % – Kepujian Tinggi

C+ = 9.6 % – Kepujian Atas

C = 8.9 % – Kepujian

D = 11.4 % – Lulus Atas

E = 10.4 % – Lulus

LULUS = 81.0 %

GAGAL = 19.0%

Jumlah Calon = 85,382 orang

Gred Purata MP = 5.14

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.