Yearly Archives: 2010

KEPUTUSAN SPM 2009 ~ 11 MAC 2010

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 orang. Sebanyak 3,569 pusat peperiksaan dengan 23,864 petugas peperiksaan disediakan untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online 07/03/2010

PERMOHONAN SIJIL LCCI – SPM 2009

1. BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI

2. PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SIJIL LCCI

3. BORANG ANALISIS PERMOHONAN SIJIL LCCI

BUKU SUMBER P&P PRINSIP PERAKAUNAN

BERITA TERKINI 12 JANUARI 2010

Modul (Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran) yang telah diperkatakan sebelum ini telah siap dan masih dalam proses cetakan.

Dijangkakan akan siap pada minggu ini atau hadapan. Buku ini akan diedarkan ke JPN untuk diedarkan ke sekolah-sekolah yang menawarkan mp ini.

Oleh kerana buku sumber ini diperlukan segera, maka Cg Narzuki Online akan bantu sebarluaskan kepada rakan guru sekalian.

MUAT TURUN :

MODUL PRINSIP PERAKAUNAN 2010

( Bagi mengelakkan sebarang masalah sila gunakan Adobe Reader  9)

~ Sehingga 21/06/2010 : Bilangan muat turun : 3587 orang.

BAHAN PERAKAUNAN STPM

Cg Narzuki Online menyediakan menyediakan post ini khas untuk membantu rakan-rakan guru Perakaunan STPM berkongsi-kongsi maklumat, bahan-bahan seperti soalan-soalan tahun lepas, soalan percubaan dan sebagainya.

Sekalung Penghargaan kepada Cg Fadzlina (Melaka), Cg Siti Azzira, Cg Sevaramann, Cg Wong, Kevin dan Cg Shairul di atas kesudian menyumbangkan bahan2 STPM masing2 untuk dikongsikan bersama rakan2 guru yang lain.

Memandangkan koleksi bahan yang terkumpul sudah banyak, maka Cg Narzuki Online memutuskan untuk dikongsikan bahan2 tersebut kepada SEMUA guru dan pelajar STPM sekalian.

MUAT TURUN : Klik pada menu  MUAT TURUN BAHAN –> BAHAN PERAKAUNAN STPM : Nota Matrikulasi / Koleksi Trial / Koleksi Bahan STPM

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.