KERTAS 3 – KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010

Kertas 3 (3756/3)

– Tugasan Projek
– Tugasan 1 – semasa Tingkatan 4 (Ogos-Sept)
– Tugasan 2 – semasa Tingkatan 5 (April – Mei)
– Gred Elemen – 20%

 

TUGASAN KERJA KURSUS 3765/3

1. Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011 (klik)

2. Panduan  Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010) (klik)

3. Tugasan  Projek (klik)

4. Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Projek Tingkatan 4 Bagi Prinsip Perakaunan Kertas 3 (klik)

 

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2010

PEPERIKSAAN PRINSIP PERAKAUNAN 2010
TARIKH : 09 DISEMBER 2010 (KHAMIS)
KERTAS 1 – 11.15 pg HINGGA 12.30 tgh
KERTAS 2 – 02.00 ptg HINGGA 04.30 ptg

Muat Turun Jadual Waktu SPM 2010


KURSUS PENDEDAHAN FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011

Satu Kursus Pendedahan Format Baru Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM telah diadakan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 April 2010. Sayangnya saya sendiri tidak dapat menghadiri kursus tersebut.

Walau bagaimanapun setelah mendapat maklumat yang sahih daripada rakan2 guru yang menghadirinya, InsyaAllah Cg Narzuki Online akan kongsikan kepada semua rakan guru yang lain apa2 maklumat terkini berkaitan format baru tersebut.

Ataupun mana-mana rakan guru yang telah mendapat maklumat tahu tersebut,  sekiranya sudi kongsikan kepada rakan guru yang lain, Cg Narzuki Online amat berbesar hati dan mengalu-alukannya…..

FORMAT PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756
(MULAI SPM 2011)

Kertas 1 (3756/1)
– Objektif
– 40 soalan
– masa 1 jam 15 minit
– 40 markah
– 20%

Kertas 2 (3756/2)
– Subjektif
– Bahagian A (3 soalan – wajib) – 60 markah
– Bahagian B (3 soalan – Pilih 2) – 40 markah
– masa 2 jam 30 minit
– 100 markah
– 60%

Kertas 3 (3756/3)
– Tugasan Projek
– Tugasan 1 – semasa Tingkatan 4 (Ogos-Sept)
– Tugasan 2 – semasa Tingkatan 5 (April – Mei)
– Gred Elemen
– 20%

MUAT TURUN : BUKU FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2011 [dm]2[/dm]

ANALISIS DAN GRED PURATA SPM 2009

ANALISIS DAN GRED PURATA

PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009 PERINGKAT NASIONAL

(Calon sekolah bantuan kerajaan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A+ = 6.7 % – Cemerlang Tertinggi

A = 12.7 % – Cemerlang Tinggi

A- = 6.4 % – Cemerlang

B+ = 7.0 % – Kepujian Tertinggi

B = 7.7 % – Kepujian Tinggi

C+ = 9.6 % – Kepujian Atas

C = 8.9 % – Kepujian

D = 11.4 % – Lulus Atas

E = 10.4 % – Lulus

LULUS = 81.0 %

GAGAL = 19.0%

Jumlah Calon = 85,382 orang

Gred Purata MP = 5.14

KEPUTUSAN SPM 2009 ~ 11 MAC 2010

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 orang. Sebanyak 3,569 pusat peperiksaan dengan 23,864 petugas peperiksaan disediakan untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online 07/03/2010

PERMOHONAN SIJIL LCCI – SPM 2009

1. BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI

2. PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SIJIL LCCI

3. BORANG ANALISIS PERMOHONAN SIJIL LCCI

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.